Selasa, 10 Mei 2011

Addin

Addin


Menteri Bidas Pandi Kutty Dan Utusan

Posted: 10 May 2011 05:00 PM PDT

SHAH ALAM -  Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok menjadi pemimpin pertama parti komponen pertama Barisan Nasional mempersoalkan Umno dan membidas Utusan Malaysia atas keghairahan membawa agenda Melayu bersabit perlantikan Perdana Menteri dan Islam sebagai agama rasmi. "Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen.

"Sekiranya Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, Cina atau India yang menjadi rakyat Malaysia boleh memenuhi peruntukan dalam Artikel 43 dalam perlembagaan, dia boleh menjadi perdana menteri di negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan.

Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut menyifatkan Utusan sebagai mencalar etika kewartawanan kerana menyiarkan dakwaan blogger kononnya sekumpulan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

Dompok berkata, tindakan akhbar itu menggugat keamanan dan keharmonian negara ini. "Bagaimana sebuah akhbar kebangsaan, bukan hanya mencetak, tetapi mensensasikan tulisan penulis blog. Ini adalah kemuncak (sikap) tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurut Dompok, pengalaman peribadinya sebagai seorang Kristian menunjukkan majlis yang dimaksudkan oleh Utusan itu hanya untuk memohon kebaikan negara, pemimpin dan rakyatnya.

"Kedudukan Islam dijamin dalam perlembagaan dan diterima tanpa soal oleh seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kepercayaan agama," katanya.

Sebaliknya, tambah Bernard, apa yang orang bukan Islam mahukan adalah kebebasan untuk mengamalkan ajaran masing-masing dengan aman./Tvsnews


Panas!! Blogger Pro UMNO Kecut.. Padam Posting Kontroversi 'Kristian Agama Rasmi?'

Posted: 10 May 2011 08:41 AM PDT

Blogger yang bertanggung jawab atas laporan konspirasi Kristian Malaysia di Utusan Malaysia, iaitu blog marahku.blogspot.com, telah memadamkan semua posting yang berkaitan. Semakan telah di buat menunukkan semua posting kontroversi tersebut telah dibuang atau dihapuskan dari blog pro-UMNO Marah ku. 9 laporan polis telah di buat terhadap Utusan dan blogger tersebut.

Penghapusan posting tersebut  telah mencetuskan polimek  sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut. Dalam posting blog-nya berjudul, "Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?",? 

Penulis menuduh DAP cuba untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan seorang Kristian untuk menjadi perdana menteri. Posting tersebut menjadi kontroversi apabila Utusan Meloya milik UMNO menerbitkan artikel tersebut pada muka hadapan Sabtu lepas. 

Addin 



Mahasiswa Koyak, Pijak Utusan Tanda Bantah

Posted: 10 May 2011 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini membuat satu laporan polis berhubung laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?'Laporan itu dibuat presidennya, Ahmad Syazwan Hassan di balai polis Pantai dekat sini kira-kira jam 11.30( 9 Mei) dengan diiringi 20 wakil pertubuhan pelajar lain termasuk bukan Islam yang berkumpul di luar pekarangan balai polis tersebut.

Menurut Ahmad Syazwan, kenyataan akhbar Utusan yang dikeluarkan pada 7 Mei 2011 boleh mejejaskan perpaduan kaum di negara ini kerana bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama di negara ini.Menurut beliau lagi Utusan Malaysia dilihat tidak bijak dan kredibitinya dipertikai apabila mengambil sumber hanya daripada blog yang bersifat pandangan peribadi penulis.

Beliau juga mahu tindakan yang tegas diambil terhadap pihak Utusan mengenai kenyataan tersebut.Selain itu, beliau juga menggesa pihak Utusan meminta maaf dan bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat media milik Umno itu."Tindakan ini adalah untuk memberi pengajaran terhadap mana-mana media yang juga mencetuskan sentimen agama yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini", katanya

Sementara itu, menurut Presiden Majlis Pewakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Syahid Zaini berkata tindakan Utusan itu cuba mengaut keuntungan politik tanpa mengira kesannya kepada rakyat di negara ini.residen Persatuan Mahasiswa Islam UM, Mohd. Safwan Anang pula mahu mahasiswa menolak budaya fitnah dan provokasi dilemparkan akhbar tersebut. Pandangan sama turut disokong Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM, Mohd Hazim Mohd Noh.

"Kami bersikap tegas terhadap mana-mana media yang cuba mencetuskan sentimen perkauman ini, saya berharap segala unsur fitnah dan khabar yang tidak benar dari sumber yang betul hendaklah diselidik terlebih dahulu agar sebarang kenyataan yang dikeluarkan tidak menjejaskan keharmonian yang sedia ada di negara kita," katanya.

Sehubungan itu, mereka turut mendesak agar tindakan tegas diambil kepada pihak akhbar tersebut.Sebagai tanda bantahan, mereka turut membaca akhbar utusan secara terbalik sebelum mengoyak dan memijak akhbar terbabit./Gamis


(Video) Mustahil DAP Boleh Tukar Agama Rasmi Negara

Posted: 10 May 2011 02:30 AM PDT

SHAH ALAM - Suara tidak sampai 20 peratus ahli DAP yang beragama Kristian dan sekitar 60 kerusi parlimen yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum di negara ini, ia jauh sekali untuk membentuk majoriti dua pertiga apatah lagi meminda Perlembagaan negara. Menjelaskan hal itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, hujah bahawa DAP berhajat menukar agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan kepada agama Kristian adalah suatu hujah yang begitu dangkal dan fitnah terdesak pihak berkepentingan kerana ia suatu yang mustahil berlaku di negara ini. 

Malah ia juga jelas Khalid adalah usaha bagi mengelirukan rakyat oleh Umno-Barisan Nasional demi mengekalkan kuasa dan cengkaman mereka ke atas masyarakat Melayu di negara ini. "Saya haraplah umat Islam dan masyarakat Melayu tidak mudah tertipu, orang (ahli) DAP seperti mana saya sebut tak sampai 20 peratus daripada mereka adalah orang Kristian tak mungkin mereka boleh tukarkan perlembagaan negara. 

"Kalau DAP menang semua kerusi yang mereka tandingi pun paling maksimum hanya boleh dapat 60 kerusi daripada 222. "Kalau nak tukar perlembagaan dan sebagainya, nak jadikan negara Kristian dan sebagainya, DAP kena menang paling kurang 140 kerusi untuk menjadikan dua pertiga dan ianya satu perkara yang mustahil dan ini tak diberitahu pada orang Melayu. 

Orang Melayu di kampung-kampung ditakut-takutkan," katanya ketika ditemui Tv Selangor pada sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan, semalam. Jelas Khalid, sikap terdesak Umno-BN ini hakikatnya "memaksa" masyarakat Melayu untuk terus hidup dalam keadaan bimbang, takut dan kecurigaan yang berpanjangan terhadap kaum lain di negara ini. 

Ia sekaligus digunakan untuk melemah dan memburukkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti pelbagai kaum yang memperjuangkan hak sama rata rakyat di negara ini. "Ini cara bagaimana orang Melayu kita ini diperbodohkan dan ditakut-takutkan demi kepentingan Umno- Barisan Nasional," katanya. 

"Mereka (Umno-BN) dalam keadaan kelam kabut dan mereka main apa saja isu yang mereka rasa boleh menyebabkan orang Melayu takut pada Pakatan Rakyat yang menyebabkan orang Melayu ini lari kepada mereka,"tambahnya lagi./Tvsnews


 


Najib Bentang Bajet Pilihanraya Pada 7 Oktober

Posted: 10 May 2011 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2012 minggu pertama Oktober ini, yang dilihat penganalisis bakal muncul sebagai "bajet pilihan raya" sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan. Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7 Oktober. Tahun lalu Najib, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, membentangkan Bajet 2011 pada 15 Oktober dan kali ini dipercepatkan satu minggu. Pengumuman tarikh itu dibuat di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan Oktober ini meskipun ada ramalan menyebut ia akan dipanggil sebelum Ramadan.


 Kementerian Kewangan sedang mengakan sesi dialog tahunan mengenai bajet. Kerajaan BN pernah membubarkan Parlimen ketika Dewan Rakyat sedang membahaskan ucapan belanjawan negara 2000 bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum 1999. 

Dalam pada itu, laporan Bernama Online memetik Najib berkata, Bajet 2012 adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi. Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata Najib. "Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan," kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya. 

Najib berkata usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar. "Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif," kata Najib lagi. Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat. 

Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan./TMI


Panas!! Kereta Anwar Di Sabotaj

Posted: 09 May 2011 10:41 PM PDT

Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini. Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan Anwar dan keluarga. Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April yang lalu.


Sani ketika berkata, kejadian itu hampir mendatangkan kemalangan ketika kereta itu dinaiki Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, hujung bulan lalu. Ketika itu beliau memandu membawa Wan Azizah pulang dari satu program PKR di Chemor, Perak.

"Masa balik dari Chemor dan kereta saya nak potong lori, tiba-tiba pemegang brek caliper terbuka. Bila ia terbuka, kereta bergegar. Tuhan punya kuasa, mujur tidak kemalangan."Selama 28 tahun saya menjadi pemandu Datuk Seri, perkara ini tak pernah berlaku," katanya yang turut menyertakan bukti gambar bahagian brek tersebut.

Menurut Sani, kereta itu kali terakhir diperiksa bulan Oktober tahun lalu. Pada 4 Mac lepas, kereta Anwar rosak apabila mereka yang dipercayai petugas Umno BN mengepung dan membaling batu ke arah kereta yang dinaiki Anwar..

Menceritakan kejadian itu, Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, berkata, kira-kira 30 orang pemuda, memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah kepada ketua umum parti itu.

Dari kelibat dan gaya percakapan mereka, Ahmad Nizam berkata beliau yakin kesemua mereka adalah orang luar dan bukan masyarakat tempatan. "Ini budaya baru yang dibawa, kerana dipahang tak pernah berlaku sebelum ini" kata Nizam pada sidang media di markas induk PAS bagi Pilihan Raya kecil Kerdau.

Sebelum itu katanya, sejumlah paku turut ditaburkan di atas jalan raya khususnya di jalan jengka 22 menuju ke tapak ceramah ketua pembangkang itu menyebabkan kira-kira 50 buah motorsikal dan beberapa kereta mengalami kerosakan tayar./KLT


Tengku Adnan Akui UMNO Masih Lemah

Posted: 09 May 2011 07:00 PM PDT

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengakui bahawa kontroversi yang timbul berhubung isu negara Kristian tidak sepatutnya berlaku. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau turut menekankan kepentingan untuk mengesahkan maklumat yang diperolehi daripada pihak ketiga. Bagaimanapun, beliau mengelak daripada menyalahkan Utusan Malaysia kerana membangkitkan ketegangan agama berhubung isu berkenaan.


Katanya, isu berkenaan merupakan salah satu daripada cabaran yang dihadapi kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dibanggai oleh seluruh warganya.

Tengku Adnan nampaknya juga bersetuju dengan pandangan bekas ketua parti itu, Tun Dr Mahathir Mahathir bahawa komponen teras BN itu kini lemah sambil menambah, ia perlu menjauhkan diri daripada "hubungan-hubungan yang lemah."

Semalam, bekas presiden Umno itu berkata parti itu sangat lemah sekarang disebabkan kewujudan pemimpin-pemimpin lemah, yang tidak lagi berjuang untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Dr Mahathir juga memberi amaran BN akan berhadapan lagi dengan prestasi buruk yang disaksikan pada pilihan raya 2008 jika parti itu tidak menjauhkan diri daripada rasuah dan nepotisme.

Bagaimanapun Tengku Adnan mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dan menekankan presiden sedang bekerja keras untuk memperkukuhkan parti.

"Ya, ia perkara baik yang dikatakan oleh bekas presiden saya. Beliau adalah betul. Ada beberapa hubungan lemah dalam Umno sendiri di mana presiden sedang berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan itu.

Dr Mahathir memimpin Umno selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003. "Itu sebabnya perdana menteri mengambil tindakan tegas," kata beliau.

Sebenarnya kata Adnan, Najib sendiri mahu meminda perlembagaan Umno dan mahu memudahkannya mudah agar undi akar umbi tinggi.

"Saya memberitahu beliau bahawa ia kemungkinan satu masalah bagi penyandang. Beliau berkata tidak dan biarkan agar ia lebih bebas," kata beliau kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Akhir 2009, Umno meminda perlembagaannya dan memansuhkan sistem kuota. Pindaan itu membolehkan 60,000 perwakilan berbanding 2,600 sebelum itu.

"Ini perkara-perkara yang saya percaya orang ramai akan faham apa yang presiden sedang cuba lakukan.

"Ya, saya tidak boleh menafikan ada kelemahan hubungan, bukan sahaja bagi Umno, tetapi juga Barisan Nasional, malah pembangkang juga lemah berbanding dengan kita buat masa sekarang," katanya.

Tengku Adnan mengulangi bahawa Najib melakukan sedaya upaya bagi Malaysia menjadi sebuah negara yang bukan sahaja bagi Melayu tetapi juga bagi komuniti-komuniti lain agar turut berbangga. "Ia adalah cabaran sebenar ketika harga barangan dan minyak semakin meningkat. 

Tolong berikan perdana menteri satu peluang dan saya percaya beliau sedang cuba sedaya upaya," katanya.Bagaimanapun Tengku Adnan enggan mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa kerajaan harus menangguhkan pilihan raya umum kerana itu adalah hak kuasa di tangan Perdana Menteri.

Rumah Setiausaha Agung Umno itu semalam turut rosak dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kerosakan alat pendingin hawa.Rumah bangle empat tingkat itu terletak di Lorong 5, Taman Duta di sini awal pagi semalam./KLT


Tiada ulasan: