shalehudin |
- Osama ditawan sebelum dibunuh
- Senarai pembohongan Eskay
- Ca tengok tajuk dia, Obama Bin Laden is dead? Kahkahkah...
- Bangang memang dicipta untuk UMNO... kahkahkah...
Posted: 05 May 2011 11:00 AM PDT ISLAMABAD: Seorang anak perempuan Osama bin Laden berkata, pemimpin al-Qaeda itu ditangkap hidup-hidup oleh tentera elit Amerika Syarikat sebelum ditembak mati. Menurut anak Osama yang berusia 12 tahun itu, dia melihat bagaimana bapanya menjalani 'hukuman mati' itu sebelum mayat berkenaan diheret ke sebuah helikopter. Laporan itu disiarkan rangkaian berita al-Arabiya yang memetik seorang pegawai keselamatan kanan Pakistan, semalam. Al-Arabiya juga melaporkan, seorang pegawai keselamatan Pakistan menafikan dakwaan AS mengenai berlaku pertempuran di antara tentera negara itu dengan penghuni rumah persembunyian Osama. Katanya, tiada sebutir peluru pun ditembak dari kawasan berkenaan ke arah helikopter atau tentera AS. "Helikopter tentera AS mengalami masalah teknikal dan terhempas. "Bangkai pesawat itu kemudian terus ditinggalkan begitu saja," katanya. Sebelum ini, pegawai AS mendakwa Osama bersenjata raifal AK-47 ketika serbuan ke atas tempat persembunyiannya di Abbottabad dilakukan Isnin lalu. Pegawai antikeganasan AS, John Brennan, juga mendakwa kononnya Osama menjadikan isterinya sebagai perisai ketika dia dibunuh. Bagaimanapun, malam kelmarin, Washington mengubah cerita itu dan mendakwa, Osama sebenarnya tidak bersenjata ketika komando elit tentera laut AS menyerbu rumah berkenaan. Mengulas mengenai percanggahan itu maklumat itu, Rumah Putih mendakwa, ia memang biasa berlaku, kononnya akibat kekeliruan pertempuran. Pegawai keselamatan juga tidak menemui sebarang senjata atau bahan letupan ketika menggeledah kediaman tiga tingkat dilengkapi 13 bilik itu. Sebaliknya, mereka hanya memindahkan dua kerbau, seekor lembu dan kira-kira 150 ayam dari kawasan berkenaan. Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jay Carney, berkata tentera AS mengendalikan operasi itu dengan penuh profesionalisme. "Osama terbunuh dalam operasi itu kerana dia melawan," katanya. Al-Arabiya juga melaporkan, ahli keluarga Osama yang terselamat, termasuk enam kanak-kanak dan seorang isterinya, kini ditempatkan di hospital di Rawalpindi. Isteri paling muda Osama, Amal al-Sadah, 27, mengalami kecederaan akibat ditembak di kakinya. - DM |
Posted: 05 May 2011 09:23 AM PDT Jangan kita lupa yang dia ni seorang berbangsa Umno yang berlindung sebagai ahli perniagaan iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah... Pembohongannya mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah... lebih lebih lagi kenyataan Eskay semalam yang menafikan dia yang menuduh Anwar melakukan zina ketika di asak wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu. Kredibiliti bangsa Umno ni serupa saja, senang senang boleh dipertikaikan setelah pembohongan demi pembohongan yang semakin nyata. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula mula kata tempat kejadian seks itu berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang. Perkara asas pasal jam tangan Omega pun dah cukup menggelikan hati yang dikatakan dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pun. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula. Kenyataan terbaru Eskay jelas menunjukkannya semakin gelabah dan mula mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari tuduhan yang dibuatnya sebelum ini. Mungkin dia takut dikenakan tuduhan qazaf. Dia mula cari jalan untuk keluar dari tuduhan menuduh Datuk Seri Anwar berzina. Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan yang diberikannya dan kenyataan yang dibuat polis. Eskay mendakwa kejadian seks itu berlaku di sebuah hotel melibatkan seorang pelacur warganegara China. Manakala polis pula berkata video itu dirakam di sebuah kondominium dan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelajar di sebuah kolej di ibu negara. Ternyata manusia yang berbangsa Umno ni perangai dan tingkah laku mereka adalah serupa, pembohong dan jenis suka mempermain mainkan agama demi survival diri dan keluarga. |
Ca tengok tajuk dia, Obama Bin Laden is dead? Kahkahkah... Posted: 05 May 2011 06:58 AM PDT |
Bangang memang dicipta untuk UMNO... kahkahkah... Posted: 05 May 2011 04:27 AM PDT Sapa yang tak kenai dengan trio Datuk T yang tetiba popular sebagai pengedar halal video lucah yang pertama seumpamanya di Malaysia the bolehland nih. Ramai yang kurang pengetahuan kenapa Datuk T ni terlalu bangang tingkahlaku mereka? Aku telah habiskan sedikit dari masa berharga aku mengkaji kenapa trio ni bangang, dilihat bangang dan berkelakuan bangang. Rupa rupanya, mereka mereka ini adalah orang orang Umno... Umno dan bangang ni memang tak dapat dipisahkan dan bangang ini memanglah dicipta pun untuk Umno. Lihat saja apa dah jadi ngan si Eskay ni yang semakin merapu dan melalut lalut cakapnya... dah macam dimakan sumpah laknatnya sendiri... kahkahkah... Dipetik dari laporan Malaysiakini: "Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," katanya. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay. Dan ini pulak dipetik dari Malaysiakini laporan ketika dia bersumpah dalam sebuah masjid baru baru ini: "A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku." Dah sah kan... dia ni memang bangang dan antara yang paling tak betoi... Ini lah sebabnya Anwar tak layan cabaran dia ni, sebab buang karan ja kalau dilayan orang yang kita dah tau kata bangang dan tak betoi... kahkahkah... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan