Pulakdah! |
- Dua POLIS TRAFIK Digantung Tugas Kerana Terlibat Dalam VIDEO LUCAH
- Geronimo Untuk OSAMA, RED INDIAN Tuntut PERMOHONAN MAAF
- GAMBAR Tiga Lelaki TERBUNUH Di Kediaman Osama, TIADA OSAMA (18SG)
- EDISI BONGKAR-2 : Saya Baru Jana RM1K, DIA Dah Dapat RM8K!!
Dua POLIS TRAFIK Digantung Tugas Kerana Terlibat Dalam VIDEO LUCAH Posted: 05 May 2011 05:29 AM PDT Dua pegawai polis trafik Los Angeles yang dikatakan terlibat di dalam pembikinan filem lucah ketika bertugas telah digantung tugas dari kerja mereka. Seorang daripada pegawai polis ditunjukkan 'memukul' punggung dan membelai seorang pelakon wanita di dalam video tersebut, yang telah diposkan di sebuah laman web lucah, menurut laporan sebuah stesen televisyen Amerika Syarikat KNBC. Pelakon wanita itu turut menunjukkan perbuatan aksi lucah di dalam kenderaan California Department of Transportation. Aksi dua pegawai Polis Trafik yanbg terlibat dalam rakaman video lucah tersebut. Stesen televisyen turut melaporkan wanita itu turut 'memukul' pegawai polis kedua dan menunjukkan aksi-ksi lucah di dalam kereta beliau. Satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad lalu oleh Pengurus Interim California Department of Transportation Amir Sedadi, pekerja-pekerja telah digantung dari bertugas sementara menunggu satu siasatan, laman web berita Los Angeles ktla.com melaporkan. Sedadi berkata Pengurus Penguatkuasa tempat letak kereta tahu mengenai tentang rakaman video tersebut tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Pengurus KNBC memuat turun video tersebut dan diberikan kepadi Department of Transportation untuk mengenal pasti pekerja-pekerja mereka. Undang-undang negeri di California tidak membenarkan nama-nama pegawai-pegawai ini untuk didedahkan. Ahli Dewan Los Angeles Bill Rosendahl berkata tindakan undang-undang akan diambil jika mana-mana kesalahan jenayah berlaku, ktla.com melaporkan. |
Geronimo Untuk OSAMA, RED INDIAN Tuntut PERMOHONAN MAAF Posted: 05 May 2011 12:08 AM PDT Geronimo ALBUQUERQUEN - Ketua suku Apache menuntut permohonan maaf dari Presiden Barack Obama, kerana telah menggunakan nama salah seorang pejuang mereka, Geronimo, sebagai kod untuk Osama bin Laden. Ketua Suku Apache Fort Sill Jeff Houser mengirim surat kepada Presiden Obama pada Selasa, 3 Mei 2011. Di dalam surat tersebut disebut, menyamakan pejuang legenda Apache dengan pengganas dan pembunuh seperti Osama, amat menyakitkan dan menyinggung perasaan seluruh warga Indian Amerika. Surat tersebut kemudian dipublikasikan di laman web rasmi suku Apache di Oklahoma pada Rabu 4 Mei. "Saat ini anak-anak Indian Amerika di seluruh negeri ini menghadapi kenyataan bahawa salah seorang tokoh yang dihormati dalam suku mereka dikaitkan dengan seorang pengganas dan pembunuh ribuan warga Amerika yang tidak berdosa. Fikirkan bagaimana perasaan mereka kini," tulis Houser dalam suratnya yang dipetik dari Associated Press, Khamis (5/5/2011). Houser berkata, Obama terpilih sebagai presiden kerana membawa mesej kasih sayang dan perubahan. Apabila mengaitkan Geronimo sebagai salah seorang musuh yang paling dibenci yang pernah ada di Amerika, ia tidak sama sekali menunjukan kasih sayang atau perubahan pandangan terhadap warga Indian atau perjuangan mereka. Rumah Putih menyerahkan pertanyaan ini kepada Kementerian Luar Negeri Amerika Syarikat. Mereka mengatakan tidak bermaksud sama sekali untuk tidak menghormati warga Indian Amerika. Namun, Kementerian Luar Negeri AS tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan kod Geronimo, namun menjelaskan kod nama dipilih secara rawak supaya mereka yang sedang menjalankan misi dapat berkomunikasi, tanpa membocorkan informasi walaupun kepada musuh. |
GAMBAR Tiga Lelaki TERBUNUH Di Kediaman Osama, TIADA OSAMA (18SG) Posted: 04 May 2011 07:53 PM PDT Gambar yang diperolehi oleh Reuters ini telah diambil lebih kurang sejam selepas serangan AS di persembunyian Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan yang menunjukkan mayat tiga lelaki yang telah terbunuh berlumuran darah dan TIDAK BERSENJATA. Gambar-gambar yang telah diambil oleh Pegawai Keselamatan Pakistan yang memasuki halaman kediaman ini selepas serangan pada awal pagi Isnin, menunjukkan dua lelaki berpakaian tradisi Pakistan dan seorang lagi berbaju-T, dengan darah mengalir dari telinga, hidung dan mulut mereka. Pegawai Keselamatan itu, yang tidak mahu dikenali, telah menjual gambar-gambar itu kepada Reuters. Tiada seorang pun daripada lelaki ini yang kelihatan seperti Bin Laden. Presiden Barack Obama memutuskan untuk tidak mengeluarkan gambar-gambar jasad Osama kerana ia mungkin menyebabkan meningkatnya serangan keganasan dan akan menjadi alat propaganda al Qaeda. "Adalah penting bagi kami untuk memastikan setiap gambar terperinci seseorang yang ditembak mati di kepala tidak disebarkan sebagai satu tindakan yang boleh mengapi-apikan keganasan baru ataupun sebagai alat propaganda," Obama memberitahu di dalam program CBS "60 Minutes." Berdasarkan tarikh dan masa pada gambar-gambar yang diambil, gambar paling awal ialah 2 Mei, 2:30 a.m., kira-kira sejam selepas serbuan di mana Bin Laden telah dibunuh. Gambar-gambar lain berikutnya di antara 5:21 a.m. dan 6:43 a.m. menunjukkan keadaan di luar rumah yang berselerak dan terdapat bangkai helikopter Amerika Syarikat yang ditinggalkan. Reuters amat yakin dengan ketulenan imej-imej tersebut kerana terdapat butiran di dalam gambar yang menunjukkan sebuah helikopter rosak kesan dari serangan, sepadan dengan gambar-gambar yang dikeluarkan pada Isnin lepas. Tentera AS kehilangan sebuah helikopter di dalam serbuan itu disebabkan oleh satu masalah teknikal dan kemudian menghancurkannya. Gambar-gambar yang diambil juga berturutan dan semuanya mempunyai saiz dan pixel yang sama, menunjukkan semuanya tidak diusik. Masa dan tarikh di dalam gambar-gambar turut sepadan dengan keadaan cahaya kawasan tersebut. Gambar-gambar yang diambil tidak menunjukkan sebarang senjata pada lelaki-lelaki yang terbunuh itu, tetapi gambar-gambar itu diambil secara dekat dan kemungkinan tangan dan senjata lelaki itu tidak kelihatan. Satu foto menunjukkan kabel komputer dan seolah-olah pistol plastik mainan hijau-jingga berada di bawah bahu kanan seorang daripada lelaki yang terbunuh itu. Di bawah kepalanya berlumuran darah. Foto ini menunjukkan seorang lagi lelaki dengan darah yang keluar dari hidungnya melalui pipi kanannya dan satu tompokan besar darah di dadanya. Foto lelaki ketiga, yang berbaju-T, dibelakang kepalanya penuh dengan takungan darah dipercayai kesan dari kecederaan kepala. Kerajaan AS mengakui pada Selasa lalu bahawa Bin Laden tidak bersenjata ketika ditembak mati dan ini telah menimbulkan tuduhan Washington telah mencabuli undang-undang antarabangsa. Keadaan-keadaan tepat bagaimana kematiannya tidak jelas dan dapat memarakkan kontroversi, terutama sekali di dalam dunia Islam. Pakistan turut merasa malu, akhbar utama Islamabad berkata, bagaimana lelaki paling dikehendaki di dunia mampu hidup selama bertahun-tahun di dalam bandar yang turut menempatkan pasukan tentera di Abbottabad, hanya di utara ibu kota. Pakistan turut menyalahkan unit perisikan di seluruh dunia kerana gagal mengesan Bin Laden, ketika Washington menuduh bahawa sekutunya itu telah memberikan perlindungan kepada pemimpin al Qaeda, dan Islamabad bersungguh-sungguh menafikannya. Kredit : Reuters |
EDISI BONGKAR-2 : Saya Baru Jana RM1K, DIA Dah Dapat RM8K!! Posted: 04 May 2011 05:24 PM PDT Pada awalnya saya ingin membuat sambungan entri Edisi Bongkar - Bagaimana Blog Ini Cecah Pendapatan 4 Angka Sebulan. Entri yang lepas ada saya tunjukkan pendapatan harian blog ini melalui pengiklanan Innity. Perancangan untuk sambungan entri itu 'tersangkut' apabila saya berkenalan dengan seorang blogger yang masih belajar (mahasiswa ITP) berusia 24 tahun tetapi telah menjana sehingga RM8K SEBULAN!!. Bukan SETAHUN ye...tapi SEBULAN. Sesiapa yang biasa dengan Innity pun tentu arif memang Innity adalah sebuah syarikat pengiklanan yang paling LUMAYAN bayarannya. Tetapi untuk mendapat RM5K - RM8K SEBULAN bagi saya memanglah sesuatu yang sukar (pada awalnya). Yang lebih menarik..RAHSIA BAGAIMANA BLOGGER KHAIRUL HAKIMI ini berjaya memaksa Innity membayarnya sebgitu lumayan telah dibongkarkan dalam eBook ini. Pada masa itu saya baru menerima bayaran dari Innity sebanyak RM 527.66 dalam akaun M2U (seperti di bawah). Oh, ye...bagi sesiapa yang tidak biasa dengan Innity, syarikat ini membuat bayaran melalui direct bank-in. Tak payah guna cek. Nak pergi-pergi bank...lepas tu tunggu clear cek pelbagai. Cukup masanya...duit masuk, kita cuma perlu cucuk je dekat ATM. Mudah kan?. Bayaran daripada Innity dibuat dalam masa 45 hari. Contoh kiraan mudah lihat screen-shot di atas. Pendapatan pada bulan Februari akan dibayar pada 15hb April. Ok...ramai yang kata, "Banyak dah tu..". Saya pun pada awalnya anggap begitu...tapi lepas kenal dengan Blogger Khairul Hakimi ni memang rasa potensi untuk pergi lebih jauh lagi memang BOLEH. Dan hasilnya..dari 'sedikit' ilmu yang dikongsi oleh beliau adalah seperti di bawah... Alhamdulillah....dan saya sedang menantikan duit itu di dalam akaun M2U 15hb ini... Ramai yang mahukan pendapatan seperti ini. Dengan kos sara diri yang tinggi. Harga Minyak yang naik setiap bulan..lepas ni confirm harga barang turut naik. Saya rasa ramai yang MAHUKAN pendapatan sampingan yang sedikit sebanyak dapat MEMBANTU beban ini. DAN yang menariknya...ILMU blogger Khairul Hakimi ini sudah dibukukan, dan ia amat-amat sesuai untuk semua orang. YA!..apabila saya kata semua orang TERMASUKLAH yang memang buta pasal BLOG. Sebab apa... Sebab ILMU beliau ini lengkap dengan panduan untuk mereka yang baru belajar blog...hinggalah yang dah pernah merasa DUIT dari berblog. Sampai saya rasa...jika inilah eBook PERTAMA yang saya beli, kan untung. Sebab saya belajar blog dari banyak eBook..bila beli eBook Khairul Hakimi ni, saya SKIP habis BAB ASAS untuk blog dan FOKUS 'teknik' bagaimana beliau boleh dapar RM8K SEBULAN!. Memang gila!!. Jadi tanpa sebarang rasa prejudis, saya amat REKOMEN eBook TERBAIK yang pernah saya miliki selama saya berblogging. Klik BANNER DI BAWAH, untuk dapatkan LAPORAN PERCUMA. P/S : TAWARAN KHAS!, psstt...atas dasar harga kawan-kawan dengan blogger Khairul Hakimi. Saya ada diskaun/rebet sebanyak RM9.90 kepada pembaca blog ini yang membeli eBook beliau melalui saya. (Kena KLIK banner di atas ye, kalau link orang lain, tak dapek den nak nolong eh) Macam mana nak dapat rebet itu?, masukkan detail pembelian anda di bahagian komen di bawah entri ini, dan saya akan pulangkan WANG REBET anda sebanyak RM9.90. Cepat ia untuk 9 PEMBELI TERAWAL SAHAJA!!! Disclaimer : All content in this document has been initiated and developed solely by www.kuasainnity.com. This information does not have any direct or indirect association with Innity. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan