AdukaTaruna |
- Barcelona VS Red Warrior.
- Mufti Perlis naif, buta sejarah politik : Prof Dr Aziz Bari
- Apa paksi Anwar Ibrahim mengenai US dan Osama?
Posted: 05 May 2011 01:58 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Panas jer hati gua apabila memikirkan ketuahan Red Warrior @ Man U nih. Lawan dia sap2 soi la. Pagi buta tadik, gua tgk game Man U. Macam biasalah. Sahaja gua bangun pagi buta kerana dengki sama Man U. Sekali bila tengok Shalke main macam N9, passing complete tahap cilako, defend dah macam baru lepas kawin dengan artis Malaysia, gua terus berbulu. Tak sanggup tengok sampai habis. "Baik gua tahajut kalau camnih." Kata gua sambil tutup TV dan sambung tidur. Pagi2 buta, sebelum gua kena settlekan tempahan baju, gua kena hantar bini gua kerja. Lalu jer depan rumah member gua, gua nampak dia sengeh2. Sial! Balik dari hantar bini, gua, member gua dah tunggu siap pakai baju Man U sambil ciyom logo Man U yang disulam di Siam tu. Panas! Panas! Dah la KB ni panas. Tak hujan sebulan dah. Takper2, 29 Mei ni, tarikh Malaysia, Man U akan tahu langit tu biru ke hitam sebenarnya. Kalau lu nak tengok Rooney diletakkan Fergusen bermain sebelah Van Der Sar, lu tengoklah bila Man U atau mana2 kelab EPL lawan kelab Sepanyol. Formasi Man U apabila menentang Barcelona ialah 10-0-0. Ball position Man U hanya 30%. Vidic kena red card. Nasib baik Furgusen tak boleh main. Kalau tak, dengan dia2 sekali duduk berkubu. Set2 Kelate ramai Man U bai... gua selalu tengok kat restoran apa ntah. Berhampiran JPJ Panji. Penonton di situ lebih ramai dari penonton di Stadium Paroi. Gua agak, 10 penonton, 3 jer Barca. Sempena Final ni, gua akan naikkan banner : "AMK mahu Qazaf ke atas Manchester United." |
Mufti Perlis naif, buta sejarah politik : Prof Dr Aziz Bari Posted: 04 May 2011 09:55 PM PDT Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam. Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974. "PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam. "Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam. "Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya. Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut. "Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Beliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan. Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan. Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti. Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara. "Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya. Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan "satu jenayah" bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan. Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang. Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan. - malaysiakini |
Apa paksi Anwar Ibrahim mengenai US dan Osama? Posted: 04 May 2011 06:38 PM PDT 1. Hisham KDN telah menyatakan paksi rasmi (pendirian) terhadap US dan Osama. 2. Najib telah menyatakan paksi rasmi (pendirian) terhadap US dan Osama. 3. Mursyidul Am PAS telah menyatakan paksi rasmi (pendirian) terhadap US dan Osama. 4. PUM telah menyatakan paksi rasmi (pendirian) terhadap US dan Osama. 5. Mahathir telah menyatakan paksi rasmi (pendirian) terhadap US dan Osama. Gua, sebagai rakyat Malaysia, yang bakal berPMkan Ketua Umum PKR itu, berhak untuk mengetahui paksi rasmi Anwar Ibrahim terhadap US dan Osama. Jika sumpah pun takut, ada penjelasan pihak agama untuk Anwar. Sebagai raja saman, paling tidak boleh diterima akal gua, ialah ketakutan Anwar dan ahli keluarganya untuk saman orang yang terang2 memfitnahnya. Malah tiada hujah pihak agama untuk membenarkan ketakutan Anwar ini. Anak bongsu Anwar adalah penerima impak yang terbesar dari fitnah. Pemfailan saman fitnah boleh memberikan kelebihan emosi untuknya. Kemudian, dalam desakan AMK untuk ditegakkan Qazaf, gua mahu AMK mengeluarkan pendirian PKR terhadap hukum Hudud dan Qisas. UMNO menolak Qazaf kerana umum tahu mereka penentang Hudud dan Qisas. PKR mahu Qazaf kerana perintah Allah atau kerana kelebihan politik semasa Anwar Ibrahim? Seterusnya, ialah hak gua untuk mengetahui paksi Anwar Ibrahim dalam isu US dan Osama. Setakat ini, tiada mana2 pihak agama yang mengeluarkan hujah bagi membenarkan Anwar dan menafikan hak gua. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan