Isnin, 9 Mei 2011

SETIAWANGSA@KL

SETIAWANGSA@KL


UMNO MAIN API - LGE

Posted: 09 May 2011 03:09 AM PDT

Kenyataan media oleh YAB Lim Guan Eng, Setiausah Agung DAP

Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol, malah bermain dengan api menerusi pembohongan bahawa DAP ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian, semuanya untuk meraih sokongan kaum Melayu tidak kira apa kosnya.

Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) semalam menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5juta. Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO ini menyebar kata­-kata bohong secara terang-­terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya.

Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak UMNO untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata­-mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun. Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras-­kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian.

Kegagalan menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia daripada meneruskan kempen pembohongannya, kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian. DAP amat khuatir bahawa kempen benci yang dilancarkan terhadap orang beragama Kristian oleh Utusan Malaysia ini tidak akan berhenti setakat serangan lisan sahaja.

Kerajaan BN perlu menanggung sepenuhnya tanggungjawab terhadap sebarang akibat yang tidak diingini yang berlaku pada komuniti Kristian di Malaysia berikutan dengan kempen bohong dan benci oleh Utusan ini.

DAP telah mengulangi pendirian parti kami yang menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. DAP menentang sebarang cubaan untuk membentuk negara teokratis yang berdasarkan mana­-mana agama. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga termaktub dalam perlembagaan parti DAP.

DAP merasa kesal bahawa Perdana Menteri, Najib Razak telah menyeru semua pihak supaya bertenang dan berjanji akan menyiasat dakwaan yang berkenaan tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya didapati ianya mencetak berita palsu. Jelas sekali, kerajaan BN bukan sahaja gagal untuk menghalang Utusan Malaysia daripada terus membuat serangan tidak berasas, malah telah memberikan galakan kepada Utusan dengan berjanji untuk mengambil tindakan terhadap paderi Kristian dan DAP jika terbukti beritanya benar. Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia sekiranya akhbar berkenaan dibuktikan menyiarkan berita palsu?

Double-standard seperti ini daripada barisan pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO yang dibenarkan untuk menyebarkan pembohongan bahaya dan melancarkan kempen benci terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.

Dalam demonstrasi terhadap saya semalam, UMNO memang berhak untuk menentang pembinaan jalan alternatif tanpa tol yang dibuka semalam di Jalan Bagan 29 ­Jalan Siram yang memakan kos kurang daripada anggaran awal iaitu RM5 juta. Melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang melaksanakan sistem tender terbuka, kos pembinaan telah berjaya dikurangkan kepada RM3.3 juta.

Kontraktor yang mengendalikan projek tersebut merupakan kontraktor Melayu yang telah berjaya mengurangkan kos jauh lebih rendah iaitu RM800,000 menjadikan kos akhir hanya RM2.5 juta. Semua ini telah dilakukan melalui pengawasan rapi daripada EXCO Kerajaan Pulau Pinang, Lim Hock Seng.

Ini adalah kes yang klasik di mana kos projek di bawah pengawasan Kerajaan Negeri dapat dikurangkan sehingga lebih rendah dari kos yang ditender, sesuatu yang tidak akan berlaku di negeri BN. Lebih­-lebih lagi, kontraktor yang berjaya melakukan kerja dengan baik adalah kontraktor Melayu, sekali lagi membuktikan bahawa bukan sahaja kontraktor Melayu boleh bersaing di bawah sistem tender terbuka tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga turut memberi majoriti projek kita kepada kontraktor Melayu.

Sangat menyedihkan apabila UMNO sanggup menentang jalan alternatif percuma tetapi tidak pula mengadakan demonstrasi menentang jalan yang dikenakan tol. Ini adalah perbezaan penting ketara di antara BN dan PR. BN hendak membuat jalan bertol untuk mengaut duit daripada rakyat tanpa menyediakan jalan alternatif percuma lain. PR pula menyediakan jalan alternatif tanpa tol.

BN dan UMNO mempunyai hak untuk membantah dan menentang kerajaan PR Pulau Pinang di atas pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan (Butterwrorth). Ini ternyata terdapat perbezaan prinsip dan Polisi Pembangunan Kebangsaan antara BN dan PR.

Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melancarkan suatu kempen berdasarkan pembohongan dan UMNO tidak berhak untuk membantah sesuatu perkara yang tidak benar. Kalau tidak, sampai bilakah semua ini akan berakhir? Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa.

Rakyat Malaysia tanpa kita kaum dan agama harus berdiri bersama-sama menentang UMNO dan Utusan Malaysia yang sengaja bermain api dan bersedia untuk membakar 1 Malaysia dengan agenda perkauman 1Melayu/1Bumi, 1Cina oleh MCA ataupun 1India oleh MIC.


ISU KRISTIAN - KENYATAAN BERSAMA

Posted: 09 May 2011 02:56 AM PDT

Yang berikut adalah kenyataan bersama:

1. DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah meminta paderi- paderi Kristian berdoa meminta Tuhan untuk campur tangan dalam usaha untuk membentuk Malaysia sebagai negara Kristian ataupun mempunyai Perdana Menteri Kristian.

2. Paderi Kristian dan pihak Gereja selalunya berdoa agar diberi keberkatan kepada negara, keamanan dan kehidupan yang lebih baik, penyatuan dan keharmonian di antara semua bangsa dan kepimpinan yang jujur dan adil.

3. Pihak paderi dan gereja dibelenggu kekecewaan berikutan dakwaan penipuan tersebut yang dilaporkan di media massa. Kami dengan tulus mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysiayang mencetak dan menyebarkan pembohongan berbahaya seperti yang telah menganggu keharmonian kepelbagaian agama daripada pelbagai masyarakat, mencetuskan rasa takut dan gelisah di kalangan rakyat Malaysia terutama di kalangan penganut Kristian.

4. Kami melahirkan keprihatinan bahawa Utusan Malaysia menyebarkan pembohongan yang sungguh bahaya yang boleh menyebabkan kebencian diwujudkan terhadap penganut agama Kristian dan juga membolehkan perasaan kebencian diwujudkan terhadap penganut agama Kristian yang boleh menyebabkan implikasi- implikasi yang tidak diingini.

5. Ketua Menteri Pulau Pinang akan terus mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Kristian, Ketua Paderi ataupun Paderi seperti mana perjumpaan yang dilakukan terhadap ulama- ulama Islam, sami- sami Buddha atau Hindu selaras dengan tanggungjawab saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

6. Kenyataan bersama ini dibuat bersama Christian Federation of Malaysia (CFM) yang dianggotai oleh:
a)Roman Catholic Church
b)Council of Churches of Malaysia (CCM)
c) National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia
d)Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG SEBENAR

Posted: 08 May 2011 10:11 PM PDT

Tiada ulasan: