Isnin, 9 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PRU 13: PAS sedia, tidak bergantung pada angka

Posted: 09 May 2011 07:28 AM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah mendorong rakyat untuk terus berteka-teki berdasarkan angka-angka tertentu mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Najib dilihat lebih bergantung kepada kesesuaian angka untuk mengadakan PRU daripada meyakinkan rakyat mengenai dasar dan polisi kerajaan.

"Najib tidak mengiyakan akan mengadakan PRU pada 11.11.11 tapi masih berlegar kepada permainan angka seolah-olah dia mendorong orang untuk terus bermain dengan angka.

"Nampaknya Perdana Menteri terdesak nak buat PRU dan lebih banyak bergantung kepada perkiraan angka.

"Maknanya dia tidak ada lagi kepercayaan bahawa dasar dan polisi yang mereka buat itu boleh meyakinkan rakyat tapi hanya bergantung keapda angka dan tarikh sedangkan angka dan tarikh tidak memberi apa-apa makna," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai teka-teki yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila meramalkan PRU ke-13 akan diadakan pada 11 November tahun ini kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Najib ketika ditemui pemberita selepas ke udara menerusi sebuah rangkaian radio Jumaat lalu tidak mengiyakan mahupun menefikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, Najib perlu menghentikan teka-teki sedemikian yang disifatkannya sebagai tidak sihat.

"Saya pun terkejut Najib mempunyai kepercayan-kepercayaan berkaitan angka. Saya tidak tahu sama ada dia ada kepercayaan sama ada angka itu bawa tuah kepada dia atau tidak.

"Inilah kepercayaan yang ada kepada Najib yang menunjukkan ada sedikit unsur-unsur yang tidak sihat kepada kepercayaan seperti ini," katanya.

Walaubagaimana pun tegas beliau, PAS bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU ke-13 tanpa bergantung kepada ramlan berdasarkan angka.

"PAS bersedia, kita tidak bergantung kepada angka. Apa-apa angka pun kita terima," katanya.

Najib dalam temubual dengan penyampai radio berkenaan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.

Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Sobree serah borang permohonan sertai PAS

Posted: 09 May 2011 07:25 AM PDT

Harakahdaily


KOTA BHARU: Setelah berteka-teki ke manakah Sobree Shafii akan pergi selepas keluar dari Umno akhir tahun lepas, hari ini terjawab apabila beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS.

Sobree menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz di pejabat MB Kelantan jam 10.30 pagi tadi.

Sobree Shafii digelar penglima hitam Umno sejak tahun-tahun 80-an

Menurut Mohd Sayuti Omar dalam blognya, ekoran kemasukan Sobree ke dalam PAS itu, seorang orang kanan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Annuar Musa akan mengambil keputusan yang sama bersama beberapa pengikutnya.


Dengan berlangsung peristiwa itu pada pagi ini maka tamatlah teka teki mengenai kedudukan Sobree yang sebelum ini kabur sama ada hendak bersama PKR atau Pas.

Sobree meninggalkan Umno akhir tahun lepas selepas kecewa dengan sistem diamalkan parti berkenaan dan juga tindak tanduk pemimpin parti berkenaan.

Katanya semasa mengumumkan keluar dari Umno, beliau rela kecewa di luar Umno dari kecewa di dalam Umno.

"Kalau Tuhan mahukan saya menyertai PAS, tidak ada usaha lain yang saya boleh lakukan melainkan akur saja sebab saya makhluk kerdil di mana sepanjang masa dalam kawalan takdir Allah," ujarnya tenang dalam satu majlis sebelum ini.

Mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Nik Abdul Aziz hari ini, Sobree melahirkan rasa gembria yang amat sangat.

"Saya tidak ada bahasa untuk melukiskan perasaan gembira saya kecuali hanya bersyukur kepada Allah dan terima kasih banyak kepada Tok Guru dan seluruh kepimpinan PAS Kelantan," ujarnya.

Beliau juga menyifatkan kemurahan hati Tok Guru untuk menerima borang kemasukannya menggambarkan sikap tawaduk, rendah diri dan jiwa besar Menteri Besar Kelantan itu sebagai seorang mursyid.

"Beliau senang saja menerima kemasukan saya bila saya menyatakan hasrat, tanpa ada dolak dalih dan membayangkan berbagai kemungkinan dan implikasinya," ceritanya.

Sebelum ini beliau sudah berjumpa dengan Nik Aziz dan setiap kali berjumpa MB itu selalu bertanya beliau bila nak serah borang dan berceramah bila mana beliau mula memberi gambaran berminat dengan PAS.

Malam esok Sobree akan muncul di pentas ceramah di Ketereh buat pertama sekali sebagai bakal ahli PAS bersama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Husam Musa.

Katanya dalam ceramah itu dia akan mendedahkan kepincangan kepimpinan Umno Ketereh khasnya mengenai Alwi Che Amat.

PA Exco Negeri Sembilan sertai PAS

(Gambar: Anuar [dua dari kanan] ketika bercakap kepada media selepas umumkan sertai PAS)

Sebelum ini, bekas Pembantu Khas (PA) Exco kerajaan Negeri Sembilan, Yunus Rahmat iaitu Anuar Hashim meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS itu kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefli Mohd Omar.

Anuar berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti itu sudah membelakangi perjuangan asalnya dan menyalahgunakan Islam.

"Umno telah mengambil pendekatan fitnah dalam politiknya dan ia sudah tidak selari dengan kehendak Islam," kata beliau dalam satu sidang media bersama Pesuhjaya PAS Negeri Sembilan itu.

"Saya menyertai PAS kerana perjuangannya sentiasa konsistem dengan Islam sejak dahulu hingga kini," kata Anuar.

40% RMM untuk pembeli 35 tahun ke bawah

Posted: 09 May 2011 07:21 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Ketika Umno BN sedang rancak menyusun pelbagai fitnah termasuk mengatakan kerajaan Selangor menzalimi rakyat dalam rangka menawan kembali negeri itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus menyusun pelbagai program untuk membantu dan membela rakyatnya.

Terbaru, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan 40 peratus rumah mampu milik (RMM) yang diperkenalkannya akan dikhaskan untuk pembeli berumur 35 tahun ke bawah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, rumah mampu milik yang telah diperkenalkan itu berkeluasan antara 750 hingga 850 kaki persegi dan berharga antara RM69,000 hingga RM100,000 seunit.

Menurut beliau, rumah-rumah tersebut dalam bentuk pangsapuri akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju-pemaju swasta yang bersetuju menyertai program itu.

Katanya, lebih 2,000 unit rumah akan dibina di pelbagai lokasi di Selangor dengan fasa pertama akan dilancarkan di Bangi pada 31 Mei depan.

"PKNS juga telah mengenal pasti 6 tapak untuk membina rumah-rumah mampu milik itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Rumah-rumah mampu milik itu, menurut beliau, adalah untuk mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan.

"Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengawal jualan rumah mampu milik itu agar hanya mereka yang layak dapat membelinya," katanya.

Sehubungan itu, jelas beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menganjurkan Seminar Rumah Mampu Milik pada 5 Julai ini di SACC Convec, Shah Alam.

"LPHS dan PKNS akan mengendalikan seminar ini dan akan membentangkan rekabentuk-rekabentuk rumah mampu milik yang telah dihasilkan oleh PKNS," katanya.

Beliau yang juga Adun Chempaka memberitahu, tujuan seminar itu diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan terhadap rekabentuk-rekabentuk yang telah dihasilkan itu.

"Para pemaju, para profesional, ahli-ahli akademik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dijemput ke seminar tersebut," jelasnya.

PM harus Muslim selagi Raja-raja Melayu wujud, kata Perkasa

Posted: 09 May 2011 07:15 AM PDT


KUALA LUMPUR— Sayap Wanita Perkasa berkata selagi Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu secara automatik perdana menteri mestilah seorang beragama Islam.

Ketua Wiranitanya Zaira Jaafar berkata, walaupun tiada peruntukan yang mengatakan seorang perdana menteri mesti beragama Islam tetapi dalam Perlembagaan Persekutuan jika difahami secara holistik, Raja-raja Melayu beragama Islam, begitu juga perdana menteri.

"Jika kita merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, perdana menteri tidak semestinya beragama Islam tapi peruntukan itu perlu dibaca bersama dan bukan diasingkan kerana kesemua peruntukan itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.

"Di bawah Artikel 181 kedaulatan Raja-raja Melayu, kami faham raja mesti Melayu dan beragama Islam," Zaira (gambar, tengah) kata kepada pemberita selepas membuat aduan polis berhubung laporan Utusan Malaysia yang mengatakan ada cubaan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Utusan Malaysia kelmarin dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri daripada kalangan penganut itu.

Utusan Malaysia juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan kelmarin.

Berdasarkan pandangan pakar undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata walaupun perdana menteri bukan beragama Islam, namun ia boleh menjamin hak orang Melayu dan agama Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Zaira menafikan Perkasa mahu membangkitkan terus dakwaan itu, sebaliknya menegaskan hanya mahu mengetahui sekiranya tuduhan itu benar atau tidak.

"Kita telah lihat banyak laporan polis dan kami mengambil sikap yang sama hari ini kerana ia adalah isu besar dan kami tahu ramai yang tidak faham akan perlembagaan. Baca banyak kali tapi tidak faham.

"Kami bukan mahu memperbesarkan isu ini tapi kami mahu polis ambil tindakan. Kami mahu tahu sama ada laporan itu benar atau tidak. Jika ia benar ia akan jadi masalah yang besar," katanya.

Zaira juga mengaku bahawa Islam bukan agama rasmi tapi sejak ia menjadi agama dalam Perlembagaan Persekutuan, ia harus diterima semua pihak.

"Mereka perlu faham dan terima Islam bukan agama rasmi tapi Islam adalah agama dalam Perlembagaan dan mustahil untuk memindanya. Islam diletakkan dalam kedudukan yang istimewa, paling tinggi dan ia dilindungi Perlembagaan, juga melalui undang-undang dan Raja-raja Melayu.

"Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan Islam adalah agama rasmi perlembagaan, jadi ia membuatkan Islam lebih tinggi dari agama-agama lain tapi penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama masing-masing," katanya.

Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan Islam sebagai agama "rasmi" negara.

Kristian-Islam: Siasat Utusan, kata Gerakan

Posted: 09 May 2011 07:14 AM PDT


KUALA LUMPUR – Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menjalankan siasatan terhadap Utusan Malaysia berhubung laporan akhbar milik Umno itu yang mendakwa wujud konspirasi mahu meletakkan penganut Kristian sebagai perdana menteri.

"Utusan (Malaysia) terlalu mementingkan laporan palsu yang boleh menimbulkan ketegangan agama dan memberikan impak terhadap perpaduan dan kehamonian negara," kata Koh (gambar) dalam satu kenyataan.

Kata beliau, satu siasatan yang bebas dan profesional perlu dilakukan bagi menyiasat kontroversi itu, yang mana ia mula dibangkitkan pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.

"Jika siasatan mendapati laporan itu tidak benar, maka kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap blogger dan Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan yang salah.

"Berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya terhadap pemimpin Kristian, saya percaya mereka faham Perlembagaan Persekutuan," kata Koh.

Beliau juga mengingatkan pandangan yang dikeluarkan satu atau dua individu sepatutnya tidak disalah tafsir kerana ia bukan mewakili organisasi Kristian.

Utusan Malaysia dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Utusan Malaysia juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan.

Apa salah Kristian jadi PM, kata Bernard Dompok

Posted: 09 May 2011 07:07 AM PDT


KUALA LUMPUR — Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata, tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia itu seorang beragama Kristian.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) itu menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri yang beragama Islam yang boleh menerajui kerajaan.

"Bagi persoalan seorang perdana menteri Kristian, apa masalahnya, saya tidak nampak.

"Lagipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan soal agama dalam soal melantik perdana menteri, satu-satunya syarat adalah mendapat sokongan dalam Parlimen.

"Jika orang Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Cina atau India yang memenuhi peruntukan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, dia boleh menjadi perdana menteri negara ini," kata Dompok.

Tambah beliau, kedudukan Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia telah diterima semua pihak.

"Semua orang bukan Islam menerima Islam dalam Perlembagaan dan di Malaysia kita bebas untuk mengamalkan agama masing-masing," katanya.

Bagaimanapun tegas Dompok, laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" tanpa mengesahkan kesahihannya akan menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara.

"Bagaimana sebuah akhbar boleh menyiarkan laporan dengan memetik daripada penulis blog? Ia tidak bertanggungjawab. Saya telah beberapa kali ke gereja dan selama ini mereka berdoa yang baik mengenai negara, pemimpin dalam kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Sesungguhnya doa yang dibuat itu adalah untuk kesejahteraan negara dan pemimpin-pemimpin," katanya.

Utusan Malaysia kelmarin dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri daripada kalangan penganut itu.

Utusan Malaysia juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan kelmarin.

Bagi pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

"Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Isu Kristian: Sikap Membisu MCA & MIC Jelas Mereka Terpinggir Dalam BN

Posted: 09 May 2011 07:05 AM PDT

SABAH DAILY


Tindakan membisu MCA dan MIC berhubung isu agama Kristian menunjukkan mereka tidak mempunyai "kekuatan" atau paling tepat tidak mempunyai sokongan untuk membuat sebarang komentar mengenainya memandangkan parti itu adalah parti terpinggir dalam Barisan Nasional (BN).

Namun menurut ahli parlimen Klang, Charles Santiago, jika benar kedua-dua parti berkenaan mahu mewakili suara rakyat terutama penganut Kristian yang diwakili mereka, keadilan haruslah ditegakkan walau dengan apa cara sekalipun.

"Mereka pun sudah tidak tahu apa nak komen. Mereka pun tahu mereka telah dipinggirkan dalam konteks Barisan Nasional. Mereka tahu mereka tidak mempunyai peranan dan pegangan politik. Sepatutnya untuk memperjuangkan hak rakyat di negara ini, mereka perlu kritik Perdana Menteri dan Utusan tetapi mereka tidak mempunyai tulang belakang untuk mengkritik," katanya kepada Tv Selangor.

Tambah Charles, senario semasa yang cuba dibangkitkan oleh media kawalan Umno-BN dalam isu agama Kristian membuktikan bahawa slogan 1 Malaysia yang dicanangkan Najib Razak gagal untuk menyatupadukan rakyat di negara ini.

"Kalau isu ini dimainkan akhbar lain, sudah diarahkan tutup dalam tempoh 24jam. Tetapi kerana Utusan adalah suara Umno dan Najib, apabila mereka melanggar undang-undang menghasut rakyat, mereka tidak mengambil tindakan serius. Ini satu tindakan yang salah," tambahnya lagi.

Pada Sabtu, laporan muka depan Utusan berjudul "Kristian Agama Rasmi?" dibidas pelbagai pihak berikutan hanya menceduk dakwaan daripada 2 laman blog pro-Umno, BigDog dan Marahku, bukannya daripada agensi berita atau individu yang mempunyai kreadibiliti tertentu.

Dakwaan itu terus dinafikan pelbagai pihak termasuk Paderi Besar (bishop) Pulau Pinang, DAP dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Tanpa merujuk kepada pertubuhan yang dituduh, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini memberikan reaksi "gerakan ini amat menghasut dan meletakkan seluruh negara dalam bahaya".

Malah Tv3 juga memaparkan reaksi ramai pemimpin negara yang mengkritik keras pimpinan DAP dan pertubuhan terbabit namun tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan berbaur hasutan.

BN mesyuarat Jumaat, bincang p'raya umum

Posted: 09 May 2011 06:54 AM PDT

SABAH DAILY

Majlis tertinggi BN akan mengadakan pertemuan pada Jumaat bagi membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya ujian sebagai persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu telah membincangkan isu berkenaan dengan panjang lebar termasuk mengadakan ujiannya sendiri pada Julai bagi melicinkan jentera pilihan rayanya.

"Bila kita ada pilihan raya mengejut, kita tidak tahu. Itu kita serahkan kepada Tuhan dan juga perdana menteri...," katanya yang juga setiausaha agung BN dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengakui bahawa terdapat isu tertentu yang memberi kesan kepada jentera BN berdasarkan prestasinya dalam pilihan raya negeri Sarawak dan siri pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2008.

"Kita lihat apa yang berlaku di Sarawak, di Batu Sapi, di Johor dan semua pilihan raya kecil yang kita telah lalui, kita mahu (pertingkatkan) jentera tertentu yang tidak berusaha seperti yang kita mahu," katanya," katanya lagi. -MK

Pengacara Terkenal Berpoligami Lagi: Apa Rahsia Salih Yaakob Cukupkan Kuota 4 Dengan Gadis Berusia 24 Tahun Pelajar UiTM..

Posted: 09 May 2011 06:46 AM PDT

SEDAKA SEJAHTERA


saleh yakkob bin 4

Tengok tue gaya abang Salih Yaakob kita. Macho, gagah dan tampan. Jadi tak hairanlah bila semalam di Harian Metro Salih Yaakob menyatakan yang dia bakal berkahwin untuk melengkapkan kuota 4 isteri dengan seorang gadis berusia 24 tahun. Muda lagi tue beb. Paling tak tahan bakal isteri SY ialah seorang pelajar di UiTM Shah Alam. Hebat sungguh Abang SY.

Jadi marilah kita beramai-ramai (kaum lelaki sahaja) angkat tangan ke dahi dan membuat gaya tabik kepada Abang SY. Respek gila. Kesemua isteri-isteri SY telah bersetuju dengan permintaannya untuk mengambil gadis berusia 24 tahun ini sebagai isteri.

Apa pun tahniah kepada Salih Yaakob. Dengar cerita tak lama lagi Astro Warna akan keluarkan program bual bicara SY yang bertajuk SY I Follow.

Berdasarkan kronologi, perkahwinan pertama Salih berlangsung pada tahun 1980.

Setelah sembilan tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan - Norliana, 25, dan Nurulazwa, 22, Salih meminta izin isterinya untuk berkahwin dengan Norlizah.

"Ketika saya mengalami penyakit misteri, saya bertemu dengan Norlizah. Setelah mengenal hati budinya dan melihat keserasiannya dengan saya, saya meminta izin isteri pertama saya ketika itu.

"Dengan izinnya, saya berkahwin dengan Norlizah pada tahun 1989. selepas kahwin, kami hidup bahagia tanpa masalah.

"Namun selepas sembilan bulan hidup bermadu, rumah tangga kami diduga. Campur tangan keluarga menyebabkan kami terpaksa bercerai.

"Walaupun saya amat sedih terpaksa berpisah dengan isteri dan dua anak tersayang, namun saya reda dengan semua itu," cerita Salih membuka cerita duka dalam hidupnya sebelum ini.
Walaupun perkahwinan pertamanya itu berakhir dengan perceraian, namun Salih tidak pernah berdendam.

Malah, Salih tetap melangsaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada kedua-dua anaknya itu hinggalah mereka dewasa. Anak sulungnya telah melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lalu.

Malah perkahwinan anak sulungnya, Norliana dengan pasangannya diuruskan oleh ketiga-tiga isteri Salih.


Mereka bukan sahaja sama-sama berganding bahu bertiga malah turut membantu bekas isteri Salih bagi memastikan majlis berlangsung dengan teratur.

http://viomedia.altmedia.my/files.php?file=GUA/Entertainment/PRamlee_article02_917565038.jpg

"Sebagai lelaki dan suami, saya amat bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan isteri-isteri yang amat taat kepada suami.

"Bagi saya inilah anugerah Allah SWT yang amat berharga untuk saya sebagai makhluknya. Sebenarnya bukan mudah mengemudikan tiga rumah tangga dengan aman dan damai jika tidak ada ilmu agama.

"Setiap wanita yang saya kawini bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Tetapi mereka yang saya nikahi adalah seorang yang memahami al-Quran dan tahu hukum hakam agama.

"Selepas menikahi mereka, saya tidak tinggalkan mereka begitu saja. Saya membimbing mereka ke jalan Allah dan sentiasa berpesan kepada mereka harus ada keyakinan dan pegangan agama yang cukup.

"Sebagai seorang suami saya sentiasa berpegang pada akidah dan beriman serta beramal. Pesan saya kepada mereka mesti memahami al-Quran dan sentiasa lekat di hati.

"Bukan itu sahaja, malah saya sering mengingatkan kepada mereka bahawa apa juga yang akan berlaku adalah ketentuan Allah dan mereka harus terima," Salih berkongsi kisah mengenai isteri-isterinya.

Menurut Salih, setiap kali berkenalan dengan wanita dia bukan setakat mengenali hatinya malah menyelami jiwanya.

"Bagi saya perkahwinan bukan cinta dan jasad semata-mata tetapi ia adalah perkahwinan dengan roh dan jiwa. Jika kita berkahwin hanya kerana jasad, apa yang akan terjadi kita akan melihat wanita lain lebih cantik daripada isteri sendiri," akui Salih sambil tersenyum.

Disebabkan sikap keterbukaan Salih dan ketiga-tiga isterinya - Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat,42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, hidup aman bahagia tanpa rasa cemburu atau benci.

Malah apa yang membanggakan isteri-isteri Salih hidup bagaikan adik beradik saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.

Perkahwinan Salih dengan Norlizah dikurniakan tiga orang anak - Irfan Izwan, 20, Irfan Sapuan,15, dan Norfarisya,12 tahun.

Salih yang berkahwin dengan Norraha pada tahun 1993 dikurniakan lima orang anak - Effa Madiha,16, Effa Najiha,13, Effa Soleha,12, Mohd. Ehsan,8, dan Effa Fateha tujuh tahun.

Norfara Wahida yang dikahwini pada tahun 2007 baru dikurniakan anak, Fara Aqeesya yang kini berusia 11 bulan.

Hidup Salih bersama tiga isterinya sebetulnya bukan saja dicemburui ramai lelaki bahkan, dia turut dikagumi jiran tetangganya.

Di sebalik kebahagiaan itu, Salih bagaimanapun tidak alpa dengan tanggungjawab yang dipikulnya. Demi memastikan dia tidak berjauhan daripada keiga-tiga isteri dan anak-anaknya, Salih membelikan rumah buat setiap isterinya di kawasan kediaman berhampiran.

Demi keadilan juga, Salih bergilir bermalam di rumah ketiga-tiga isterinya selain menjaga kebajikan mereka dan anak-anak bagi mengekalkan keharmonian rumah tangganya.
"Saya tidur di rumah isteri-isteri saya bergilir-gilir setiap satu malam. Ini bukan sahaja untuk memastikan kasih sayang kami suami isteri sentiasa berkekalan malah saya juga pentingkan anak-anak.

"Saya tidak mahu terpisah daripada anak-anak begitu lama. Jadi selepas semalam tidur di rumah isteri pertama, esoknya saya akan tidur di rumah isteri kedua dan seterusnya isteri ketiga.

"Mereka dan anak-anak tidak pernah mempersoalkan itu semua kerana tahu saya tidak pernah berat sebelah malah sentiasa adil," katanya berterus-terang.

ISU KRISTIAN - RUPANYA JAMIL KHIR TERTIDOR

Posted: 09 May 2011 06:41 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR mungkin terlena di kerusi Senator dan menterinya apabila membuat cabaran bodoh terhadap DAP berkaitan isu kununnya Kristian menjadi agama resmi negara ini. Cabaran beliau yang telah disiarkan oleh TV 3 suku malam tadi ditertawakan orang dan menampakkan kecetekan bekas Pengarah KAGAT ini.

Memang kita jangka isu ini akan dijaja sepuas-puasnya oleh sekutu Apco setelah isu liwat dan video seks menjadi bahan lucuan masyarakat yang berakal. Hakikatnya, sebelum Jamil Khir membuat cabaran kebudak-budakan itu, DAP telah pun menyatakan pendirian parti berkenaan tentang Islam sebagai agama resmi negara ini.

Bermula dari konvensyen PR yang lalu lagi, DAP bersama PAS dan PKR bersama-sama menandatangani perakuan secara hitam putih (dokumen) bahawa PR menyanjung Perlembagaan berkaitan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Ugama Islam sebagai Agama Resmi negara ini.

Apabila isu ini dimainkan semula oleh media pencacai, sekali lagi DAP menegaskan pendiriannya dan kenyataan DAP ini lebih awal dibuat sebelum Jamil Khir menunjukkan `hero'nya untuk mencabar parti tersebut.

Saya petik kenyataan Lim Guan Eng semalam yang disiarkan oleh Malaysiakini, "Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat. "Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita di Georgetown (Malaysiakini).

Saya menghormati kenyataan oleh Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi yang mahukan isu ini disiasat segera samada memang benar berlaku atau hanya mainan untuk mencetuskan kegelisahan rakyat di negara ini.

Cuma, kenyataan Zahid Hamidi yang saya merasa sangsi adalah apabila beliau menyebut sekiranya dua blog yang mendedahkan isu ini ternyata berbohong, blog ini perlulah membuat pembetulan segera. Adakah itu sahaja tindakan terhadap blog yang menimbulkan isu yang amat sensitif ini?

Sekiranya pihak Pembangkang yang melakukannya, agak-agaknya apa tindakan yang bakal diambil? Kita jangan lupa, Akta ISA masih releven di negara ini dan kemungkinan besar sedia menanti jika Pembangkang yang terlibat.

Bagaimana pula dengan akhbar yang meletakkan isu ini sebagai tajuk besar mereka? Akhbar jenis apa yang mengambil sumber hanya melalui blog tanpa menemui pihak penganjur yang terlibat? Apa motif akhbar yang berkait rapat dengan sebuah parti sekutu Apco ini? Mengapa kenyataan Lim Guan Eng di atas tidak menarik minat akhbar ini termasuk TV 3 suku?

Saya yakin puak mereka akan terperangkap dengan isu ini. Namun kita masih meletakkan harapan agar pihak berkuasa berani untuk menyiasat isu yang sensitif ini dan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat tidak kira mereka dari kumpulan mana sekali pun.

Jika benar Jeff Oii terlibat, atau mana-mana Paderi terlibat, tindakan tegas perlu diambil sekiranya bukti mencukupi tetapi Akta ISA bukan caranya untuk membuat pengadilan. Kita telah maklum, Jeff Oii telah pun membuat laporan Polis terhadap fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Kita biarkan Polis meneruskan siasatan dan kita harap hasil siasatan mesti didedahkan./

wfauzdin.blogspot.com

Penduduk Port Dickson Gempar Kebocoran Minyak Mentah

Posted: 09 May 2011 06:39 AM PDT

PORT DICKSON: Penduduk sekitar bandar peranginan ini telah dikejutkan dengan kejadian kebocoran minyak mentah yang belum diproses dipercayai berpunca dari loji penapis minyak dekat sini.

Adalah difahamkan loji berkenaan telah ditutup pada hujung minggu untuk kerja-kerja pembaikan. Bagaimanapun kebocoran itu dikesan sejak petang Sabtu lalu.

Proses membersihkannya kini sedang dijalankan.

Ramai yang melihat para pekerja yang mengenakan pakaian perlindungan khas berwarna putih melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah saliran dekat sini sepanjang hari minggu untuk membersihkan minyak yang bocor keluar itu.

Jentera berat termasuk jentolak turut kelihatan di kawasan yang tercemar untuk kerja-kerja pembersihan itu.

Beberapa penduduk di Kampung Paya dan Kampung Air Meleleh, yang terletak berhampiran dengan loji berkenaan telah memaklumkan tentang kebocoran itu kepada pihak pengurusan loji apabila melihat tompokan minyak hitam mengalir keluar menerusi salah satu saliran monson berhampiran kampung mereka.

Bau minyak yang kuat juga segera menyelubungi kawasan berkenaan.

Sementara itu dalam reaksi segera, Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Korporat Shell Refining Company, Amri Mohd Sham, telah mengesahkan kebocoran itu yang bermula Sabtu lalu.

Katanya, langkah segera oleh kakitangan Shell dari loji berkenaan dengan bantuan Kumpulan Petroleum Industry Malaysia Mutual Aid telah berjaya membendung minyak yang mengalir keluar itu daripada memasuki Selat Melaka.

Amri menambah, mendapan minyak yang telah dikutip dari saliran monson tersebut akan dibawa semula ke loji berkenaan.

Katanya, Shell juga telah membuat laporan terperinci kepada Jabatan Alam Sekitar berkenaan insiden tersebut dan juga kepada Jabatan Parit dan Saliran.

"Kami telah bekerja bertungkus lumus sepanjang hujung minggu untuk membersihkan kawasan yang telah tercemar dan situasi sekarang adalah terkawal," kata Amri sambil menambah, punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihaknya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri, Charanpal Singh turut mengesahkan bahawa para pegawainya kini sedang memantau dan menyiasat kejadian itu.

Warga Singapura Ditahan Di Bawah ISA

Posted: 09 May 2011 06:37 AM PDT

MSTAR ONLINE

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan warganegera Singapura telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terbabit dalam aktiviti militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan berkata, individu terbabit yang dikenali sebagai Abdul Majid Kunji Mohamad disyaki menyalurkan dana dan bantuan logistik kepada sebuah kumpulan militan yang beroperasi di Selatan Filipina.

"Dia ditahan kerana ada sebab-sebab mempercayai bahawa penglibatannya boleh memudaratkan keselamatan Malaysia," katanya di sini, Isnin.

Abdul majid yang beralamat di Kuala Lumpur ditahan pada Jumaat lalu.

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

Posted: 09 May 2011 06:27 AM PDT

"Ya Betul Umno Ada Kelemahan Tapi Kita Sedang Atasi" - Ku Nan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju dengan penilaian bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu lemah.

Bagaimanapun beliau berkata, kelemahan berkenaan sedang diatasi oleh Umno termasuk menerusi usaha bersepadu oleh presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Ada perkara-perkara yang disebut oleh Tun Mahathir betul. Memang ada beberapa kelemahan dalam Umno, sebab itu Perdana Menteri dan juga Presiden Umno sekarang berusaha untuk atasi dan perkukuhkan parti," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa Umno kini lemah kerana wujudnya pemimpin yang mengamalkan rasuah serta tidak lagi mempertahankan nasib orang Melayu dan Islam.

Dr Mahathir juga mengingatkan parti berkenaan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menghadapi nasib yang sama seperti pilihan raya umum 2008 sekiranya tidak berubah.

Mengulas lanjut Tengku Adnan berkata, Umno dan BN di bawah pentadbiran Najib sedang melalui proses transformasi bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Saya tak nafikan ada kelemahan bukan sahaja dalam Umno tapi juga BN, tapi kita berusaha untuk atasinya.

"Saya harap rakyat dapat lihat apa yang perdana menteri buat, pelbagai langkah diambil seperti beliau sendiri turun ke bawah untuk mendengar masalah rakyat...untuk dapatkan maklum balas," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai pandangan Dr Mahathir bahawa pilihan raya umum ke-13 tidak patut diadakan sehinggalah sekurang-kurangnya 2012, Tengku Adnan berkata perkara berkenaan terpulang kepada pertimbangan perdana menteri.

"Itu pandangan mantan perdana menteri, kita terima dengan terbuka. Barangkali Tun Mahathir ada pemikiran (penilaiannya) sendiri," katanya.

Penduduk Bingkor Rayu Klinik Digunakan

Posted: 09 May 2011 06:24 AM PDT

Oleh : Rozie Jumat

Keningau: Masyarakat di kawasan Bingkor merayu kerajaan agar Klinik Kesihatan Bingkor yang telah siap setahun yang lalu digunakan untuk kemudahan pesakit. Keperluan penggunaan bangunan baru itu sangat penting kerana ia adalah tumpuan ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.

Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bingkor (PPPKK) Jailin Lian berkata, pengunjung terutama ibu-ibu mengandung terpaksa menumpang tandas kakitangan di klinik itu, berikutan tandas yang sedia ada telah dibuka ketika pembinaan bangunan klinik yang dinaik taraf tersebut.

"Kasihanilah ibu-ibu yang mengandung ini kerana sudah menjadi tabiat mereka yang suka ke tandas dengan kerap. Oleh itu kemudahan tandas adalah tidak mencukupi ," kata Jailin yang juga Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Sabah.

Katanya , tandas di klinik itu telah dibuka bagi memberi ruang kepada pembinaan bangunan baru klinik kesihatan Bingkor.

"Tidak ada sebab untuk kita melengahkan masa untuk menggunakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan, kerana ianya bertujuan untuk memberi keselesaan kepada masyarakat," ujar Jailin.

Sehubungan dengan itu kata Jailin, jika bekalan elektrik sebagai punca kelewatan penggunaan bangunan itu, pihak SESB diminta untuk membuat tindakan segera.

Beliau juga meminta pihak berkaitan untuk turut memantau masalah yang sama melibatkan Klinik Desa Baginda dan Klinik Desa Ansip yang telah disiapkan sejak June 2010.

Murid guna E-Book, guru masih guna papan hitam

Posted: 09 May 2011 06:18 AM PDT



Oleh:
amkns

"INI HANYA BERLAKU DI MALAYSIA, Seperti Kera Mendapat Bunga, Mahal Rantai Dari Beruk. May 6, 2011. "Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja," kata seorang felo kanan UKM. Guru-guru di Terengganu masih menggunakan papan hitam ketika mengajar walaupun pelajar diberikan komputer riba E-Book.

Dakwaan itu dibuat oleh Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr.Kamaruzaman Yusof dalam satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.

"Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja," katanya.

Beliau juga mendakwa, E-Book yang diberikan kepada para pelajar tahun lima sekolah rendah itu, mengalami kerosakkan selepas 2 tahun digunakan.

Apabila komputer tersebut rosak, ia tidak dapat diperbaiki, kerana tidak ada pihak yang boleh membaik pulih, tambahnya.

Di Singapura, kata Dr. Kamaruzaman, pelajar yang mendapat E-Book tidak lagi membawa buku teks ke sekolah.

Katanya, pemberian E-Book, bukanlah 'tidak elok' tetapi belum sampai masanya lagi kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggunakan E-book.

Oleh kerana itu, menurutnya, berlaku perkara-perkara yang tidak diingin di kalangan pelajar yang diberikan E-Book tersebut.

"Maknanya saya nak katakan di sini E-Book bukanya tidak elok, tetapi masalahnya masyarakat kita belum sampai lagi boleh guna E-Book.

"Bila diberikan kepada budak-budak berlaku (lah) perkara yang tidak baik dan tidak diingini,"jelasnya.

Usaha untuk menghubungi exco pendidikan kerajaan Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman bagi mengulas perkara tersebut gagal.

Penyerang asid kembali serang warga KL, Polis GAGAL

Posted: 09 May 2011 06:08 AM PDT

Oleh: amkns


"Pada bulan Mac 2011 seramai 14 orang di KL dan 2 orang di Seremban telah diserang menggunakan asid oleh penunggang motosikal misteri. Polis gagal menangkap penjenayah tersebut.

Kini pada bulan Mei 2011warga KL sekali lagi telah diserang asid. Berita ini hanya keluar dalam NST dan Malay Mail, kerana Utusan sedang sibuk memperjuangkan serangan Kristian dan memperjuangkan keputusan judi nombor ekor di bahagian sukan.

Mangsa terbaru pada Jumaat 6 Mei 2011 ialah tiga orang wanita dan seorang kanak-kanak. Seorang wanita tersebut dalam keadaan kritikal dan mungkin hilang penglihatan.

POLIS APA BIKIN ! Mahu cari Jam Tangan Omega atau penyerang asid?

Kini suda 24 orang rakyat 1Malaysia menjadi mangsa serangan asid dalam tempoh 2 bulan.

TENGOK SENDIRI MUKA WANITA YANG DISERANG ASID DI SEREMBAN PADA PAUTAN BERIKUT http://amkns.blogspot.com/2011/04/rakyat-nsembilan-pula-diserang-asib.html

'Splasher' attacks four women, child

New Straits Times 2011/05/07

KUALA LUMPUR: The motorcyclist who has been terrorising women here by splashing a harmful liquid on them attacked four women on Friday and yesterday, leaving one in intensive care.

The first attack occurred at 9pm on Friday when two women, aged 23 and 25, were walking along Jalan Pudu Lama after having dinner.

The suspect approached the women from behind on his motorcycle and splashed the liquid on them before speeding off.

The victims ran into a nearby building where they tried to wash off the liquid. A woman, working in the building, later sent them to the Tung Shin Hospital where the 23-year-old was given outpatient treatment.

However, her companion was transferred to the Kuala Lumpur Hospital where she was warded in the intensive care unit.

Sources said the victim suffered five per cent burns to the face, neck and hands. She is said to be in danger of losing sight in her left eye.

About half-an-hour later, the same man was believed to have splashed liquid at another woman at a parking lot in front of The Mall.

City police chief Datuk Ku Chin Wah said yesterday the man's third victim, a lawyer in her 30s, suffered minor burns and was given outpatient treatment at a nearby hospital.

He said police had sent samples of the liquid to the Chemistry Department and were awaiting the results.

Yesterday, at 3pm, the man struck again, this time in Persiaran Titiwangsa, near here.

The victim, in her 30s, was standing in her house compound while carrying her year-old child when the splasher rode by and threw the liquid at them.

Sentul district police chief Assistant Commissioner Zakaria Pagan said both mother and child were rushed to Kuala Lumpur Hospital for treatment as the liquid had splashed into their eyes.

The "splasher" is said to have struck 24 times since February.

City police have since formed a task force to find the suspect.

However, to date, police have said the only information they have of the man is that he is of dark complexion and rides a Honda EX5 motorcycle with a carrier in front.


Selepas petrol, gula pula naik 20 sen

Posted: 09 May 2011 06:06 AM PDT

Sumber Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Bemula esok, rakyat Malaysia terpaksa membeli gula dengan harga RM2.30 sekilogram iaitu peningkatan sebayak 20 sen berbanding harga sekarang RM2.10. Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom yang berkata kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

Kenaikan itu berlaku selepas lima hari rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter

Jelas Mohd Zain, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Sebelum ini banyak pihak menyelar tindakan kerajaan dalam usaha mereka 'menyelaraskan subsidi' beberapa barangan keperluan rakyat selaku pengguna.

Kenaikan harga gula ini, turut dibimbangi akan memberi kesan kepada kepada harga makanan dan minuman pula.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Tiada paderi mahu Kristian agama rasmi

Posted: 08 May 2011 11:03 PM PDT

Mohs Sabri Said


GEORGETOWN: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak timbul langsung soal Kristian mahu menjadi agama rasmi negara manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula mengesyaki Umno di belakang isu ini.

Menurut Mujahid, sepanjang mengadakan dialog, pertemuan atau penerangan dasar perjuangan Islam di serata gereja termasuk di Sabah dan Sarawak tidak timbul langsung suara daripada kalangan paderi mereka mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Jelasnya, hasil penerangan mereka sendiri pun tahu dan akur bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak dulu dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana -mana pihak.

"Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul di dada akhbar kononya pertemuan paderi di Pulau Pinang mahukan Kristian sebagai agama rasmi walhal ia mustahil sekali berlaku kecuali isu ini cuba dimainkan oleh Umno untuk mengwujudkan ke marahan Umat Islam menjelang pilihanraya umun kelak," terangnya.

Manakala itu, Ketua Paderi Kristian Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan Utusan itu dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.

"Bagi pihak Paderi Katholik Malaysia, saya menafikan dakwaan itu bahawa perjumpaan itu berlaku dan akan berlaku di mana-mana gereja Katholik, Pulau Pinang.

"Jelas, laporan ini tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab kerana pemberita atau editor akhbar berkenaan tidak pernah berusaha mengambil langkah untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh blogger tanpa nama itu," kata Murphy dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas laporan Utusan 7 Mei lalu yang melaporkan di muka depannya dengan tajuk "Malaysia negara Kristian" yang mendakwa paderi Kristian sedang berbincang untuk menjadikan Kristian agama rasmi bagi membolehkan orang Kristian menjadi perdana menteri negara ini.

Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang rasa 'pelik' tiba-tiba sahaja isu ini digemburkan dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal dalam urus tadbir negara dengan berkesan sehingga negara menjadi tercorot dalam kemajuan sebaliknya menjadi negara terlaris dalam bidang rasuah dan penyelewengan.

"Kepimpinan BN cuba belitkan isu sensitiviti perkauman pula selepas mereka gagal memecahkan Pakatan Rakyat. Banyak isu yang ditimbulkan akan hilang malahan ada yang makan diri. Jadi untuk memastikan BN senantiasa ada isu satu persatu dicipta sehinggalah bertemu tarikh pilihanraya, " tambah beliau.

Kata beliau, isu ini begitu bahaya kepada kestabilan negara seandainya pihak berwajib tidak tangani segera dengan menyiasat blog-blog yang menyiarkan isu berkenaan.

"Orang melayu mesti bangkit menunjukan bantahan jika sayangkan kestabilan negara ini. Kita tahu siapa sebenarnya yang mencorakan keadaan, " tegasnya.

Umno dalangi

Sementara itu, spekulasi 'Kristian agama rasmi' yang dilaporkan Utusan Malaysia beberapa hari lalu mungkin didalangi pemimpin Umno pusat sendiri demi memastikan 70 peratus pengundi Melayu kekal menyokong Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13, tegas Datuk Mansor Othman (gambar).

Bercakap ketika merasmikan Induksi Jentera PKR 2011 hari ini, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turut mengajak rakyat khususnya Melayu supaya mempertahankan kedudukan Islam, keharmonian beragama lain di samping menolak dakyah terbaru Umno yang menggemparkan negara sekarang.

"Ini semua mungkin kerja Umno untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus undi Melayu kekal bersamanya di pilihan raya umum (ke-13). Dia (Umno) sangat takut kalau berlaku peralihan undi antara 5 peratus hingga 7 peratus.

"(Disebabkan itu), rakyat khususnya orang Melayu kena pertahan perlembahagaan, pertahan hal kedudukan Islam, pertahan kebebasan agama
dan sama-sama tolak dakyah media Umno ini yang bagi kita boleh menggugat kesejahteraan hidup rakyat," ujarnya petang semalam di Auditorium Tingkat 5, Komtar, di sini.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR merangkap pengerusi perhubungan negeri berkata, Umno negeri khabarnya bimbang sekiranya pilihan raya umum kali ini menyaksikan Melayu pula bangkit menolak politik kotor mereka sebagaimana yang dilakukan oleh rata-rata masyarakat Cina dan India pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Ini kerana katanya, sokongan Melayu tidak mustahil bakal mengakibatkan Umno akan hilang empat atau lima kerusi Adun lagi di negeri tersebut.

"Mereka (Umno) pun tahu bahawa kita (Pakatan Rakyat) memerlukan 40 peratus (undi Melayu) sahaja di kawasan-kawasan (Dun) majoriti pengundi adalah Melayu.

"Kalau kita (Pakatan Rakyat) bekerja keras untuk memenangkan calon-calon PKR dan PAS di kawasan-kawasan ini (majoriti Melayu), 'Swing vote' (peralihan undi) pasti akan berlaku," ujarnya di depan lebih 400 pertugas parti, di sini.

Ditambah dengan isu fitnah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau percaya akar umno Umno yang masih bermasuah serta rasional akan memberi 'sokongan senyap' pada Pakatan Rakyat negeri kelak.

Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Umno yang kini diteraju oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencipta pelbagai lagi isu dasyat yang boleh menggugat keharmonian rakyat demi memastikan mereka terus kekal menguasai kerajaan pusat kelak.

SMM tuntut Utusan, blogger mohon maaf jika dakwaan tak benar

Posted: 08 May 2011 10:58 PM PDT


KUALA LUMPUR— Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Utusan Malaysia dan blog memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia jika didapati menyiarkan laporan tidak bertanggungjawab kononnya ada konspirasi mengubah status agama rasmi negara ini.

Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab berkata, Utusan Malaysia selaku media arus perdana tidak sepatutnya menyebarkan laporan yang dipetik daripada penulisan blog kerana ia kemungkinan tidak benar dan boleh menimbulkan ketegangan antara agama terutamanya orang Islam dan penganut Kristian.

Ahmad Syukri berkata demkian sebagai respons terhadap akhbar berkenaan kelmarin yang melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Laporan itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Laporan muka depan dengan tajuk "Kristian agama rasmi" itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Tegas Ahmad Syukri, penulisan blog yang dipetik Utusan Malaysia tidak seharusnya dijadikan bahan publisiti oleh akhbar milik Umno itu kerana ia tidak menghormati sensitiviti agama lain.

"Sekiranya penulis blog itu benar-benar memiliki bukti mengenai isu yang ditimbulkan, saluran yang betul perlu digunakan agar isu ini dapat disiasat tanpa mewujudkan ketegangan yang mengancam keharmonian rakyat.

"Selain itu, SMM juga mendesak agar mana-mana pihak tidak menjadikan isu ini sebagai isu politik bagi menamatkan kekeruhan yang telah tercetus... SMM berpendirian untuk menunggu siasatan polis dan sekiranya terbukti isu yang ditimbulkan adalah fitnah dan berniat jahat, maka blogger itu perlu dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan fitnah," katanya.

Tambah beliau, sekiranya dakwaan penulis blog itu benar pihaknya menuntut agar siasatan lanjut dilakukan agar Perlembagaan Persekutuan dijaga dan terpelihara.

"Sekiranya isu yang ditimbulkan oleh blogger berkenaan adalah benar iaitu wujud sentimen yang cuba mencabar kedudukan agama Islam dalam Artikel 11 Perlembagaan, maka SMM menuntut agar siasatan lanjut diadakan agar integriti Perlembagaan Malaysia kekal sebagai undang-undang tertinggi negara," katanya.

SPR Jangan guna persempadanan untuk manipulasi undi – Fuziah

Posted: 08 May 2011 10:56 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingat agar tidak menggunakan persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk manipulasi undi yang memihak kepada Umno-Barisan Nasional.

Demikian dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh sewaktu mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa suruhanjaya itu sedang membuat kajian awal persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Abdul Aziz memberi alasan persempadanan itu perlu dilakukan kerana tempoh lapan tahun selepas kali terakhir persempadanan semula kawasan pilihan raya tamat 21 Mac lepas.

Menurut Fuziah, persempadanan semula pilihan raya hanya boleh dilakukan dengan syarat jumlah kerusi di Parlimen juga ditambah pada masa yang sama.

Penambahan kerusi juga hanya boleh dilakukan jika SPR berjaya membuktikan jumlah penduduk dalam sesuatu kawasan bertambah.

"Misalnya kawasan A ada 75 ribu penduduk dan kawasan B juga ada 75 ribu penduduk, maka kita boleh tambah lagi satu kawasan kerusi agar setiap kerusi Parlimen ada kira-kira 50 ribu penduduk.Hanya jika kerusi ditambah, baru lah persempadanan semula boleh dilakukan," kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Bagaimanapun katanya, BN berkemungkinan besar tidak akan memperolehi cukup sokongan untuk berbuat demikian.

"Untuk menambah jumlah kerusi ia memerlukan sokongan dua pertiga dari Ahli Parlimen dan saya tidak rasa mereka (BN ) akan mampu berbuat demikian," ujarnya.

Tambahnya, seandainya SPR tetap ingin melakukan persempadanan semula tanpa penambahan kerusi, ia tidak mustahil merupakan satu lagi manipulasi undi oleh BN.

"Kita khuatir jika ia benar-benar dilaksanakan, ia merupakan penyalahgunaan undang-undang untuk memastikan BN terus berkuasa.

"Justeru, saya ingatkan SPR agar tidak melakukan sebarang 'gerrymandering' untuk memberikan kelebihan yang tidak adil kepada BN," kata Fuziah.

Bercakap lebih lanjut, Fuziah berkata beliau berani membuat dakwaan itu kerana terdapat bukti SPR cuba memindahkan pengundi pada pilihan raya kecil sebelum ini, demi memastikan kemenangan Umno-BN.

"Pilihan raya kecil Hulu Selangor yang lepas, Kampung Tanjung yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat dipindahkan secara senyap-senyap ke Parlimen Selayang (demi memastikan BN menang).

"Malah, pada tahun 2004 juga, kem tentera Batu 9 di Kuantan yang terdapat lebih 10,000 anggota tentera udara dipindah ke Parlimen Pekan yang merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," kata Fuziah.

Menurutnya lagi, KEADILAN kini juga mendapat laporan kira-kira 14,000 pengundi di Selangor ditukarkan daerah mengundi tanpa pengetahuan mereka sendiri.

"Pengundi akan kecewa dan bosan kerana mereka ditukar tempat mengundi sesuka hati dan ini mungkin memberi kesan kepada Pakatan Rakyat," kata Fuziah.

Utusan Malaysia Berbohong - Gereja Pulau Pinang

Posted: 08 May 2011 10:49 PM PDT

Ditulis oleh Ayie


GEORGETOWN : Paderi Besar (biskop) Gereja Pulau Pinang, Anthony Selvanayagam berkata tiada sebarang perbincangan untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Beliau juga berkata tiada sebarang konspirasi untuk menjadikan individu yang beragama Kristian sebagai perdan menteri dinegara ini.

Anthony juga berkata, sebagai antara paderi besar dinegara ini, beliau langsung tidak tahu menahu tentang pertemuan yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 7 Mei lalu.

"Laporan itu tidak benar. Tiada pertemuan sedemikian di mana-mana gereja Katolik atau kemudahan di sini. Sebagai biskop, saya pastinya tahu. Ini laporan palsu," kata Anthony.

Justeru, Anthony berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan mahkamah keatas akhbar milik UMNO itu.

"Saya perlu berunding dengan Gereja Katolik dan penasihat undang-undang saya," ujar Anthony.

Anthony yang menjadi paderi besar sejak 1980 turut melahirkan kekesalannya apabila Utusan bertindak melaporkan berita seumpama itu tanpa merujuk kesahihannya terlebih dahulu.

"Setahu Gereja Katolik, kami tidak terlibat," nafinya.

Tindakan Utusan Malaysia memaparkan artikel bertajuk "Kristian agama rasmi", dibidas banyak pihak kerana hanya menjadikan 'entri' 2 blogger pro umno, sebagai bahan beritanya dimuka surat hadapan, tanpa sebarang siasatan terlebih dahulu.

Blog- blog itu turut menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang- undang negara untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara.

DAP petang semalam menolak laporan Utusan Malaysia itu dan menganggap laporan seumpama itu satu pembohongan yang berbahaya kepada negara.

Jeff Ooi : Utusan Dan Blogger "Berniat Jahat"

Posted: 08 May 2011 10:48 PM PDT

TVS NEWS



GEORGETOWN : DAP menggesa akhbar Utusan Malaysia dan penulis blog Bigdog.com, Zakir Mohammed membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penganut agama Kristian kerana telah melemparkan fitnah kepada mereka.

Ahli Eksekutif DAP, Ooi Chuan Aun berkata, permohonan maaf itu perlu dilakukan kerana akhbar dan blogger berkenaan menyiarkan berita yang telah mengguris hati penganut agama Kristian selain cuba membangkitkan sentimen agama dan perkauman bagi memecah belahkan perpaduan negara.

Chuan Aun atau lebih dikenali dengan sebagai Jeff Ooi juga sudah pun membuat laporan polis ke atas Utusan dan juga blogger terbabit kerana membuat dakwaan "berniat jahat" terhadap beliau dalam konspirasi menukar agama rasmi negara.

Beliau yang juga ahli parlimen kawasan Jelutong berkata, tindakan akhbar dan blogger terbabit juga adalah satu cubaan mengapi-apikan sentimen anti Cina di kalangan masyarakat Melayu, membangkitkan perbalahan di antara penganut Buddha dan Kristian dan sengaja mengungkit tragedi 13 Mei.

"Saya beri tempoh kepada mereka untuk melakukan permohonan maaf dalam 24 jam sahaja dan sekiranya mereka gagal melakukan sedemikian,saya akan berjumpa dengan semua komuniti Kristian dan Buddha bagi menjelaskan apa yang berlaku dan mahu mereka membuat perhitungan masing-masing apabila mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan kerajaan akan datang,"katanya kepada media selepas membuat laporan polis di balai polis Jalan Pattani di sini semalam.

Pada Sabtu, muka depan Utusan Malaysia menggemparkan negara dengan laporan bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?'.

Dalam laporan polis yang dibuatnya, Ooi juga menggesa polis menyiasat laporan di halaman lima Utusan bertajuk 'Dua halaman blog dedah ikrar paderi seluruh negara' dan 'Jeff Ooi nafi anjur majlis'.

Ooi berkata, tulisan tersebut membayangkan bahawa beliau telah menghadiri satu pertemuan bersama pemimpin agama Kristian pada Jumaat lalu di mana kumpulan berkenaan telah berdoa supaya Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan penulis Bigdog adalah berniat jahat dan harus disiasat di bawah Seksyen 499 kerana melemparkan fitnah dan tohmahan kepada DAP.

Menurut Ooi beliau memang ada menghadiri majlis makan malam bersama kumpulan paderi namun ia hanyalah sekadar memenuhi jemputan.

"Adakah salah saya seorang Buddha untuk menghadiri majlis makan malam bersama penganut agama Krisitian?

"Saya bukan penganjur dan saya juga bukan orang yang bertanggungjawab mengumpul mereka di sini untuk majlis itu.Kumpulan paderi ini datang ke negeri ini untuk menjalankan seminar bagi membincangkan apakah sumbangan yang boleh dilakukan oleh penganut agama Kristian dalam membanteras kegiatan rasuah dan penyelewengan kuasa,"katanya.

Beliau yang ditanya adakah mendengar ikrar yang dilaungkan oleh kumpulan paderi itu untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia dan Perdana Menteri dilantik daripada kalangan penganut agama Kristian bagaimanapun menafikannya.

"Dalam majlis itu, saya hanya menjamu selera dan berbual dengan kenalan selain sibuk dengan iPad saya.Terus terang saya mengatakan saya tidak mendengarnya.

"Memang mereka ada membuat bulatan dan berpegang tangan namun itu adalah salah satu ritual penganut agama Kristian bagi menunjukkan rasa kesyukuran. Utusan dan Bigdog sebenarnya jahil dan tidak berpengetahuan tentang budaya dan tradisi agama Kristian jadi mereka tidak boleh membuat andaian sendiri,"katanya.

Letupan Di Ibu Negara, Warga British Cedera

Posted: 08 May 2011 10:46 PM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR : Satu letupan kuat dipercayai berpunca daripada kebocoran sistem gas terpusat berlaku di sebuah unit tingkat 17, sebuah kondominium 30 tingkat, di Jalan Ampang, di Kuala Lumpur, malam semalam.

Kejadian itu menyebabkan penghuni Paul Levell, seorang warga British berumur 61 tahun yang mendiami unit itu, mengalami kebakaran 60 peratus di badannya dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Prince Court.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.44 malam tadi itu menyebabkan rumah di tingkat itu terbakar selain kaca tingkap dan pintu utama bertaburan di atas jalan raya.

"Tiba di tempat kejadian bomba guna peralatan di dalam bangunan untuk padam kebakaran dan satu jam kemudian didapati terdapat kesan kebakaran di setiap bilik di dalam unit itu.

"Di bahagian syiling menunjukkan keseluruhan di dalam unit itu tadi dipenuhi dengan gas LNG kerana kerana unit itu guna sistem pembekalan gas terpusat," katanya di tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya akan mengenalpasti punca kebakaran dengan pihak Gas Malaysia Sdn Bhd sama ada kebakaran itu berpunca daripada kelalaian pihaknya atau kecuaian daripada mangsa.

"Kita percaya punca gas itu tadi daripada bahagian dapur. Bagaimanapun kita akan buat siasatan bagaimana gas itu boleh bocor, sama ada injap pada gas di bahagian dapur terbuka atau sebaliknya.

Beliau berkata kesan letupan menyebabkan terdapat gegaran di ibu kota sehingga beberapa tingkap di Hotel Corus, berdekatan, pecah dan bertaburan di jalan raya serta tingkap pada beberapa buah kereta pecah.

"Di tingkat 17 itu ada tiga buah unit yang mana hanya dua unit telah didiami. Tapi hanya unit yang tidak didiami tidak mengalami kesan daripada kebakaran itu manakala kesan letupan itu juga menyebabkan pintu lif di tingkat itu terkopak dan tidak boleh digunakan," katanya sambil menambah mangsa baru berpindah di kondominium itu, Jumaat lalu.

Katanya, sebanyak empat jentera dari Balai Bomba Hang Tuah dengan 38 anggota termasuk pegawai dikerahkan ke tempat kejadian.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata punca kejadian itu adalah daripada gas dan tiada unsur lain termasuk jenayah.

Sementara itu, seorang saksi yang dikenali sebagai Daniela Semeraro, 42, berkata ketika kejadian dia dan suami sedang menonton televisyen di rumahnya di tingkat 12.

"Saya dengar letupan kuat dan lihat kebakaran besar di tingkat 17 dan kami segera keluar," katanya.

No. 2 PAS : Mat Sabu Dahului Senarai Pencalonan

Posted: 08 May 2011 10:43 PM PDT

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu sedang mendahului senarai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden mengatasi jumlah yang diterima penyandangnya Nasharudin Mat Isa, setakat hujung minggu lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Mohamad yang turut dikenali sebagai "Mat Sabu" sudah memperoleh 70 pencalonan manakala Nasharudin hampir 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan sudah bermesyuarat.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

Setakat hujung minggu lalu, hampir 75 peratus kawasan atau bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan masing-masing. Ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa pun.

Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan ialah 15 Mei ini.

Pemerhati-pemerhati politik PAS juga berpandangan bahawa jumlah pencalonan tidak semestinya akan mencerminkan arah aliran sokongan dan undi pada hari pemilihan kelak.

"Jumlah pencalonan diterima Mat Sabu (gambar) agak menarik tetapi seperti tahun-tahun lalu dan di parti-parti lain, pencalonan tidak semestinya boleh diterjemahkan dalam bentuk undi dan sokongan muktamad... atau kemenangan seseorang calon," kata seorang penganalis ketika dihubungi.

Bagaimanapun penganalisis itu tidak menafikan pencalonan diterima oleh Mohamad, bekas naib presiden dan bekas ahli Parlimen, menggambarkan perkembangan semasa dalam parti Islam itu.

Mohamad, yang minggu lalu mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden, enggan mengulas perkembangan semasa ini.

Pada pemilihan 2009, Mohamad hanya menerima sekitar 30 pencalonan.

"Akhirnya, para perwakilan akan meletakkan pertimbangan antara latar belakang ulama dan profesional dalam menentukan sokongan mereka," kata sumber itu yang tidak menafikan populariti Mohamad sebagai penceramah paling popular di kalangan pemimpin kanan PAS buat masa sekarang.

Rata-rata, Mohamad memperoleh pencalonan dari semua negeri - Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka Sabah, Kelantan, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun setakat ini Mohamad masih belum menerima sebarang pencalonan daripada Terengganu.

Dari segi pecahan kasar, Mohamad menerima pencalonan paling banyak dari Johor dengan 15 pencalonan, diikuti Perak (13), Kedah (lapan), Kelantan (enam), Pulau Pinang dan Sabah (lima), Selangor dan Negeri Sembilan (empat), Pahang (tiga) manakala Melaka, Perlis dan Wilayah Persekutuan masing-masing menyumbang dua pencalonan dan satu dari Sarawak

Tambah sumber itu, keputusan itu diperoleh dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah selesai mengadakan mesyuarat bagi menamakan bakal calon yang akan ditentukan nasib pada pemilihan bulan depan.

Selain Mohamad dan Nasharudin, empat lagi pemimpin utama PAS turut dicalonkan bagi jawatan itu.

Ketiga-tiga pemimpin itu adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 17 pencalonan, Menteri Besar Kedah dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (lima pencalonan), seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (empat pencalonan) dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan satu pencalonan.

Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharudin sudah mengesahkan untuk bertanding bagi jawatan tersebut.

Dalam laporan Harakah awal minggu lalu, akhbar parti PAS edisi terbaru, Nasharudin mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

Nasharudin berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.

"Insya-Allah saya akan pertahankan kerusi timbalan presiden kerana PAS kawasan mencalonkan saya untuk kerusi berkenaan.

"Tambahan pula mereka telah mencalonkan saya, lagipun kita mengamalkan demokrasi dalam parti, malah perlembagaan parti menyebut seseorang itu layak untuk dicalonkan dan mencalonkan seseorang itu bertanding," katanya.

Pada pemilihan 2009, kerusi timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad, Nasharudin dan Datuk Husam Musa yang mana keputusannya memihak kepada Nasharudin yang menghimpunkan 480 undi.

Husam memperoleh 281 undi sementara Mohamad hanya mendapat 261 undi.

Husam, kini ahli jawatankuasa PAS pusat telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan itu kali ini.-The Malaysian Insider

PAS Tetap Bersama Pakatan Rakyat Tepis Segala Tomahan

Posted: 08 May 2011 10:42 PM PDT

Ditulis oleh Ayie



SHAH ALAM : Pakatan Rakyat akan berusaha menepis segala tomahan yang dilempar UMNO Barisan Nasional dan tidak akan terjerumus dalam perangkap parti perkauman itu yang mahukan Pakatan Rakyat berpecah- belah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak akan mempercayai laporan akbbar Utusan Malaysia kononnya DAP bersekongkol dengan kumpulan paderi untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi.

Beliau berkata UMNO melalui Utusan terdesak meraih sokongan rakyat berikutan isu fitnah liwat dan fitnah video seks gagal melonggarkan kepercayaan rakyat terhadap gagasan itu.

" Itu biasa lah dia nak lumpuhkan parti lawan nak tutup kelemahan perpecahan dia sendiri," katanya kepada TV Selangor selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan di tapak pasar pagi Shah Alam di sini hari ini.

Sehubungan itu, Hadi berkata, PAS tetap akan kukuh bersama Pakatan Rakyat tidak kira apa jua tomahan jijik UMNO BN.

" Kita masih dengan Pakatan. Kita akan terus dengan Pakatan," katanya.

Utusan Malaysia 7 Mei lalu melaporkan berita berdasarkan 'entri' dari 2 laman blog pro- Umno kononnya, terdapat konspirasi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Bagaimanapun, pendedahan Utusan dan blogger tersebut dipertikai banyak pihak berikutan terdapat penafian dari paderi besar (Biskop) Gereja yang mengesahkan tiada sebarang usaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Dalam perkembangan lain, Hadi menyifatkan sistem pilihanraya Malaysia berbeza dengan negara lain berikutan tarikh pilihanraya hanya bergantung kepada kerajaan pemerintah semata- mata.

"Pilihanraya ini berbeza di Malaysia ni dengan negara lain, negara lain ikut peraturan, bila mereka mahu buat pilihan raya. Di Malaysia, kalau BN was- was, BN akan tangguh pilihan raya. Ikut keselesaan dia (BN), bukan ikut demokrasi," katanya.

Tiada ulasan: