Biaqpila |
- Demonstrasi di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 9/5/11
- Selepas petrol, gula pula naik 20 sen
- Bapa seret anak yang dibogelkan
- Umno terdesak raih sokongan Melayu-Islam
- Mayat bergerak
- Gagal ! Taktik Umno Takut- Takutkan Melayu Untuk Terus Berkuasa
Demonstrasi di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO Posted: 09 May 2011 03:00 PM PDT Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol, malah bermain dengan apai menerusi pembohongan bahawa DAP ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian, semuanya untuk meraih sokongan kaum Melayu tidak kira apa kosnya. Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) semalam menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5juta. Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO ini menyebar kata-kata bohong secara terang-terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya. Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak UMNO untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata- mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun. Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras-kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian. Kegagalan menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia daripada meneruskan kempen pembohongannya, kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian. DAP amat khuatir bahawa kempen benci yang dilancarkan terhadap orang beragama Kristian oleh Utusan Malaysia ini tidak akan berhenti setakat serangan lisan sahaja. Kerajaan BN perlu menanggung sepenuhnya tanggungjawab terhadap sebarang akibat yang tidak diingini yang berlaku pada komuniti Kristian di Malaysia berikutan dengan kempen bohong dan benci oleh Utusan ini. DAP telah mengulangi pendirian parti kami yang menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. DAP menentang sebarang cubaan untuk membentuk negara teokratis yang berdasarkan mana-mana agama. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimanamana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga termaktub dalam perlembagaan parti DAP. DAP merasa kesal bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyeru semua pihak supaya bertenang dan berjanji akan menyiasat dakwaan yang berkenaan tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya didapati ianya mencetak berita palsu. Jelas sekali, kerajaan BN bukan sahaja gagal untuk menghalang Utusan Malaysia daripada terus membuat serangan tidak berasas, malah telah memberikan galakan kepada Utusan dengan berjanji untuk mengambil tidakan terhadap paderi Kristian dan DAP jika terbukti beritanya benar. Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia sekiranya akhbar berkenaan dibuktikan menyiarkan berita palsu? Double- standard seperti ini daripada barisan pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO yang dibenarkan untuk menyebarkan pembohongan bahaya dan melancarkan kempen benci terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka. Dalam demonstrasi terhadap saya semalam, UMNO memang berhak untuk menentang pembinaan jalan alternatif tanpa tol yang dibuka semalam di Jalan Bagan 29-Jalan Siram yang memakan kos kurang daripada anggaran awal iaitu RM5 juta. Melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang melaksanakan sistem tender terbuka, kos pembinaan telah berjaya dikurangkan kepada RM3.3 juta. Kontraktor yang mengendalikan projek tersebut merupakan kontraktor Melayu yang telah berjaya mengurangkan kos jauh lebih rendah iaitu RM800,000 menjadikan kos akhir hanya RM2.5 juta. Semua ini telah dilakukan melalui pengawasan rapi daripada EXCO Kerajaan Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng. Ini adalah kes yang klasik di mana kos projek di bawah pengawasan Kerajaan Negeri dapat dikurangkan sehingga lebih rendah dari kos yang ditender, sesuatu yang tidak akan berlaku di negeri BN. Lebih-lebih lagi, kontraktor yang berjaya melakukan kerja dengan baik adalah kontraktor Melayu, sekali lagi membuktikan bahawa bukan sahaja kontraktor Melayu boleh bersaing di bawah sistem tender tebuka tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga turut memberi majoriti projek kita kepada kontraktor Melayu. Sangat menyedihkan apabila UMNO sanggup menentang jalan alternatif percuma tetapi tidak pula mengadakan demonstrasi menentang jalan yang dikenakan tol. Ini adalah perbezaan penting ketara di antara BN dan PR. BN hendak membuat jalan bertol untuk mengaut duit daripada rakyat tanpa menyediakan jalan alternatif percuma lain. PR pula menyediakan jalan alternatif tanpa tol. BN dan UMNO mempunyai hak untuk membantah dan menentang kerajaan PR Pulau Pinang di atas pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan (Butterwrorth). Ini ternyata terdapat perbezaan prinsip dan Polisi Bangunan Kebangsaan antara BN dan PR. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melancarkan suatu kempen berdasarkan pembohongan dan UMNO tidak berhak untuk membantah sesuatu perkara yang tidak benar. Kalau tidak, sampai bilakah semua ini akan berakhir? Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa. Rakyat Malaysia tanpa kita kaum dan agama harus berdiri bersama- sama menentang UMNO dan Utusan Malaysia yang sengaja bermain api dan bersedia untuk membakar 1 Malaysia dengan agenda perkauman 1Melayu/ 1Bumi, 1Cina oleh MCA ataupun 1India oleh MIC. Dipetik daripada blog Lim Guan Eng SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 09 May 2011 08:12 AM PDT
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Selepas petrol, gula pula naik 20 sen Posted: 09 May 2011 06:00 AM PDT UNDILAH BN LAGI.... KUALA LUMPUR, 9 Mei: Bemula esok, rakyat Malaysia terpaksa membeli gula dengan harga RM2.30 sekilogram iaitu peningkatan sebayak 20 sen berbanding harga sekarang RM2.10. Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom yang berkata kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. Kenaikan itu berlaku selepas lima hari rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter Jelas Mohd Zain, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. "Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain. Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta. Sebelum ini banyak pihak menyelar tindakan kerajaan dalam usaha mereka 'menyelaraskan subsidi' beberapa barangan keperluan rakyat selaku pengguna. Kenaikan harga gula ini, turut dibimbangi akan memberi kesan kepada kepada harga makanan dan minuman pula. Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Bapa seret anak yang dibogelkan Posted: 09 May 2011 03:00 AM PDT LU TAN menyeret anak lelakinya dalam keadaan bogel di bandar Hechi, China baru-baru ini. HECHI, China - Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di sini selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya. Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat." Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut. Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet. Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet. Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan. "Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. - Agensi K KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Umno terdesak raih sokongan Melayu-Islam Posted: 09 May 2011 01:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Umno cuba mencetuskan ketegangan agama dan kaum dengan menjadikan media mereka, Utusan Malaysia bagi menyebar propaganda murahan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Bippa) KEADILAN, Ahmad Kassim. Katanya, laporan Utusan menyiarkan berita yang mengundang sensitiviti kaum dan agama, dilakukan bagi mengalih perhatian rakyat, di saat Umno semakin kehilangan sokongan orang Melayu-Islam. "Tindakan ini menunjukkan betapa terdesaknya Umno-BN untuk meraih sokongan orang Melayu-Islam hingga terpaksa membuat propaganda murahan, setelah tidak yakin akan mendapat undi daripada masyarakat Cina dan masyarakat minoriti lain. "Motifnya adalah sama, iaitu cuba menarik semaksimum mungkin sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional," katanya kepada Keadilandaily.com. Utusan dalam laporannya, mendakwa wujud usaha menjadikan kristian sebagai agama rasmi, dengan mengheret nama pimpinan Dap dalam dakwaan itu. Ia mendapat kecaman keras Dap dan pimpinan Pakatan Rakyat yang menyifatkan berita itu berunsur fitnah dan berniat jahat. Menurut Ahmad Kassim, sentimen kebencian kaum dan agama itu kemudian disemarakkan lagi oleh pertubuhan rasis seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa, yang mengapi-apikan kemarahan orang Melayu. "Ini merupakan tindakan lanjut berikutan kegagalan pertubuhan Perkasa yang sebelum itu kononnya mahu menghimpunkan 30,000 orang Melayu di Kedah, dua minggu lalu. Walaupun dengan kehadiran penasihatnya Tun Dr Mahathir, mereka tidak mampu mengumpul lebih dari 2,000 orang pun, katanya. "Mereka inilah sebenarnya yang menjadi pengkhianat apabila cuba mencetuskan ketegangan. Namun saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah diperbodohkan," katanya kepada Keadilandaily. Oleh kerana itu, katanya, Umno cuba memberikan gambaran Pakatan Rakyat mengenepikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia. Sedangkan, Pakatan Rakyat, katanya sejak dulu tegas mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan negara. "Secara jelas dan didokumenkan, jaminan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan perkara asas di dalam perlembagaan Malaysia iaitu kedaulatan Institusi Diraja, agama Islam sebagai agama rasmi, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dipertikai," ujarnya. Tambah beliau, selepas meniup api kebencian yang berupaya mencetuskan pertelagahan kaum dan agama, Umno cuba berlagak hero untuk menjernihkan keadaan. Beliau merujuk kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini yang meminta semua pihak bertenang dan tidak mengekploitasi isu agama itu. "Selepas memanaskan negara dengan isu yang menegangkan perhubungan antara kaum atau pun penganut sesuatu agama dengan yang lain, mereka cuba berlagak sebagai hero bagi menyelesaikan isu tersebut. "Ini adalah langkah terakhir oleh pihak yang menggelabah dan panik," katanya. KD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 08 May 2011 09:00 PM PDT KANGAR: Menggemparkan apabila 'mayat' seorang warga emas yang dikatakan meninggal dunia di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Sena, sejak dua hari lalu, tiba-tiba bergerak sebelum dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan, kelmarin. Khaw Sui Liong, 54, ditemui oleh dua rakannya dalam keadaan kaku dan tertiarap seolah-olah tidak bernyawa di atas tilam sebuah bilik di sebuah rumah di tingkat enam Blok B pangsapuri berkenaan, jam 5 petang. Terkejut dengan penemuan itu, seorang daripada mereka, Mohd Zawari Zain, 31, memaklumkan jiran bersebelahan sebelum menghubungi polis. Ramai penghuni bergegas ke rumah berkenaan namun tidak berani memegang tubuh mangsa. Bagaimanapun, anak saudara mangsa, Kent Khaw, 24, yang menuntut dalam bidang perubatan di sebuah kolej perubatan di Sungai Petani, membuat bantuan pernafasan (CPR) dan mendapati mangsa masih bernafas. Mohd Zawari berkata, mangsa menetap seorang diri selepas kematian ibunya lapan bulan lalu. "Mangsa gagal menjawab panggilan telefon sejak dua hari lalu menyebabkan kami datang ke rumahnya untuk melihat kejadian sebenar. "Saya melihat mangsa tertiarap tidak bergerak di atas tilam, manakala udara di sekitar bilik berbau busuk seolah-olah bau mayat. "Namun saya dan rakan tidak berani memegangnya kerana menjangka dia sudah mati," katanya. Menurutnya, dua anggota polis bersama sepasukan anggota perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang memasuki rumah terbabit mengesahkan mangsa masih bernyawa. "Orang ramai terkejut apabila dimaklumkan mangsa masih bernyawa. Anak saudara mangsa membuat CPR dan mendapati Khaw masih hidup," katanya. Jurucakap HTF berkata, mangsa kini koma tetapi stabil dan menerima rawatan intensif. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Gagal ! Taktik Umno Takut- Takutkan Melayu Untuk Terus Berkuasa Posted: 08 May 2011 06:00 PM PDT KOMENTAR : Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan. Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri ! Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu. Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. Dalam pilihanraya- pilihanraya kecil seluruh Negara selepas Mac 2008 dan pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar. Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat. Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadusiber direkrut dengan upah yang tinggi. Semuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luarbandar). Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis. Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhanliwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka. Malangnya, ini tidak berlaku. Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Kini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat. Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu. Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat ! Sebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat ! Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat. Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu. Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS. Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas. Jikaada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974. Oleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978. PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno. Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut- nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan danrasuah. Gelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadusiber yang berlebih- lebihan memakihamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini. TVS KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan