Rabu, 11 Mei 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


daripada berkabung lebih baik.......

Posted: 11 May 2011 01:18 AM PDT

Apa maksud berkabung sebenarnya? Biasanya berkabung digunakan oleh nonmuslim.
Tapi apa yg berlaku kpd jenazah selepas dikebumikan selama 40 hari 40 malam?
yg dpt menolong arwah hnyalah doa anak yg soleh, ilmu yg dimunafaatkan & amal jariah yg ditinggalkan.
Kenapa kita sibuk nak berkabung atau tak berkabung bila berlaku kematian?

Sebagai anak yg soleh dia boleh mendoakan ibunya.

Menghadiahkan bacaan alquran 30 juzu' dalamasa 7 hari samada diupahkan org membaca atau dibaca sendiri tadarus bersama ahli keluiarga.

Menghadiahkan oleh anak yg soleh kpd arwah dgn zikir Lailaha illallah sebanyak 70 ribu kali.

Menghadiahkan oleh anak yg soleh kpd arwah dgn surah ikhlas sebanya seribu x.

Juga menghadiahkan bacaan doa tahlil kpd arwah.

Menghadiah solat sunat arwah selepas solat maghrib oleh anak2 juga dpt membantu arwah di dlm kubur.

Perkara di atas sebaik2nya dilakukan oleh anak yg soleh dlm masa 40 hari 40 mlm. Kerana dikabarkan selama itulah jenazah terlalu azab di dlm kuburnya jika amalan yg dibawa tidak mencukupi.

Adalah lebih baik lebih afdhal jika amalan tersebut berkekalan sepanjang hayat.

Di kabarkan juga bahawa arwah di alam barzah juga seperti org di dunia. Ada rasa lapar dahaga sejuk & kepanasan. Terpulang kpd amalan masing2.

Maka kiriman anak2 yg soleh lah yg membuatkan arwah tenang & dpt menjalani khdupan normal selayaknya di alam sana.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan: