Pulakdah! |
- Wanita POTONG ZAKAR PEROGOL Dan Serah Kepada Polis
- WIKILIEAKS : Hubungan MALAYSIA Dan ABU SAYYAF Malukan Mahathir
- AMAT SERUPA Seperti Bayi SEBENAR, Lebih RM800 Seorang BAYI
Wanita POTONG ZAKAR PEROGOL Dan Serah Kepada Polis Posted: 30 May 2011 05:47 AM PDT DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berumur 40 tahun memotong zakar seseorang lelaki semasa ia cuba untuk merogolnya dan membawanya ke sebuah balai polis sebagai bahan bukti, menurut kenyataan seorang polis di bahagian pedalaman Bangladesh pada Isnin (20/5/2010). Wanita itu yang juga seorang ibu kepada tiga orang anak, telah dicabul ketika ia sedang tidur di dalam pondoknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer (120 batu) di selatan Dhaka, pada malam Sabtu. "Ketika dia cuba merogolnya, wanita itu memotong zakarnya dengan sebilah pisau. Dia kemudian membungkus zakar itu dengan plastik dan dibawa ke balai polis Jhalakathi sebagai bahan bukti jenayah," ketua polis Abul Khaer memberitahu AFP. Wanita itu telah memfailkan satu kes menuduh lelaki itu -- yang juga berusia 40 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai lima anak -- dalam cubaan merogol, dan dikatakan telah menganggu dirinya sejak enam bulan. Zakar yang terpotong itu telah disimpan di balai polis dan suspek kes rogol itu sedang dirawat di hospital. "Kami akan menangkapnya sebaik sahaja keadaannya bertambah baik," Khaer menambah. |
WIKILIEAKS : Hubungan MALAYSIA Dan ABU SAYYAF Malukan Mahathir Posted: 30 May 2011 01:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad agak 'luar biasa sederhana' ketika menyerang terhadap dua artikel yang mengkritik kerajaannya dalam majalah Time and Fortune pada awal 1995 kerana dia "bukanlah lelaki yang disebut di dalam cerita tersebut". Juga , Mahathir tidak berminat meneruskan serangan-serangannya terhadap artikel majalah Time yang secara khusus mendakwa hubungan-hubungan yang berlaku di antara kerajaannya dengan pergerakan Abu Sayyaf di Filipina. "Memandangkan sejarah umum yang suram berkaitan pelbagai urusan di antara Moro-Malaysian, dia mungkin merasakan adalah (langkah) terbaik untuknya tidak pergi kepada butiran yang lebih lanjut," tulis diplomat AS di kedutaan AS di dalam kabel rahsia mereka kepada the US State Department di Washington. Kabel rahsia ini bertarikh pada 13 April, 1995. Kabel ini dibocorkan oleh WikiLeaks dan diserahkan kepada FMT hari ini . Diplomat AS merasakan bahawa Mahathir cepat dengan serangan-serangannya yang anti Baratnya apabila dua artikel telah dicetak, terutama apabila pilihan raya umum semakin hampir. Bagaimanapun , mereka menyatakan tindak balasnya ialah "sederhana dan kelihatan sementara". Diplomat AS merasakan sebab utama mengapa serangan Mahathir yang sederhana kepada Time dan Fortune disebabkan fakta itu yang dirinya bukanlah yang disasarkan di dalam dua artikel tersebut. Diplomat juga menyebut yang Mahathir sedar terhadap serangan-serangan terbarunya yang anti-British dan anti-Australia tidak akan memberikannya kemenangan yang mutlak. Mereka merasakan bahawa kerajaan Malaysia tidak mahu untuk menimbulkan isu berikutan artikel Time, terutama melihat kepada pertalian sejarah antara pergerakan Moro dan Malaysia. Artikel Time yang diterbitkan pada 10 April 1995 telah menuduh kumpulan pelampau Islam Selatan Filipina Abu Sayyaf telah menerima senjata, wang dan latihan untuk kumpulan Islam itu daripada pelbagai negara, termasuk Malaysia. Artikel seterusnya mendakwa Abu Sayyaf menggunakan kem-kem latihan di Malaysia dan mengharapkan penghantaran-penghantaran senjata dari penyokong-penyokong Malaysia. Kempen media barat Tindak balas Mahathir terhadap artikel tersebut ialah melabelkannya sebagai "sebahagian dari satu kempen media barat untuk menghina Malaysia" menghalang pelaburan dan pelancongan. Artikel Time diterbitkan sejurus selepas artikel berbeza dalam majalah Fortune yang telah menyatakan bahawa mata wang Malaysia menghadapi risiko. Diplomat AS berkata Mahathir amat risauk kesan negatif daripadadua artikel tersebut kepada Malaysia. Bagaimanapun , mereka berkata tiada sesiapa daripada pihak kerajaan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi yang mengadu tentang artikel Time tersebut kepada kedutaan AS. Mereka menambah bahawa Mahathir telah mengarahkan satu penangguhan dalam pengedaran majalah Time keluaran tersebut tetapi tidak mengharamkannya, apa yang diberitahu oleh pemerhati-pemerhati adalah majalah tersebut akan dibenarkan untuk jualan selepas dua minggu. Diplomat US mencatatkan di dalam kabel bahawa tahap kemarahan Mahathir kepada Time ialah "sederhana dan singkat" dan tidak ada apa-apa berbanding dengan tindakan-tindakannya menentang penerbitan lain pada masa lalu. Mereka menyatakan bahawa dia pernah menolak kontrak-kontrak untuk firma-firma British sebagai tindak balas terhadap satu artikel yang tidak baik di dalam akhbar British. Kredit : FMT |
AMAT SERUPA Seperti Bayi SEBENAR, Lebih RM800 Seorang BAYI Posted: 29 May 2011 10:53 PM PDT Seorang bekas pereka grafik yang sekarang menjadi pereka anak patung di England, Nikki Hunn, mencipta anak patung yang amat mirip sengan bayi sebenar. Anak patung bayi itu dibuat untuk menghibur hati para ibu yang kehilangan bayi. Anak patung yang dinamakan "reborn babies" ini dibuat semirip mungkin dengan bayi yang sebenar. Kelembutan plastiknya hampir tidak ada bezanya dengan kulit bayi. Begitu juga dengan warna kulit dan matanya. Jarinya juga dilengkapi kuku dan kepalanya memiliki rambut tipis seperti bayi. Yang paling unik, anak patung ini boleh mengeluarkan air liur. Anak patung ini itu tidak dibuat dengan jumlah yang banyak. Pembeli harus memesannya terlebih dulu dan boleh membawa foto bayi yang mereka inginkan. Kerena itu harganya cukup mahal, iaitu 300 dollar AS atau lebih RM 800. Selain para pengumpul anak patung, pembelinya ialah para ibu yang kehilangan bayinya meninggal. Seperti Eve Hasty, wanita Amerika berusia 57 tahun, yang puterinya meninggal kerana leukemia pada usia tujuh tahun. Hasty menamakan anak patungnya "Abby" dan meletaknya di dalam buaian seperti bayinya yang sebenar. "Abby mengingatkan saya pada anak saya ketika masih bayi," katanya. Bagi Hasty, Abby bukan sekadar anak patung. "Saya tahu dia tidak akan sakit dan tidak akan mati. Saya tidak akan merasa tertekan lagi," kata ibu kepada seorang anak lelaki yang memberinya cucu perempuan berusia lapan tahun. Ada juga wanita yang memesan anak patung itu kerana ingin memiliki anak tetapi tidak mempunyai waktu untuk menjaganya. Alasan mereka, anak patung ini tidak bertambah besar sehingga tidak perlu sering membeli baju. Anak patung ini amat serupa dengan bayi sebenar, sehingga ramai orang menyangkanya ialah bayi sebenar. Dalam beberapa kejadian di Amerika Syarikat, polis harus memecahkan cermin tingkap kaca kenderaan kerana menyangkakan ada bayi terperangkap atau tertinggal di dalam kereta. Kredit : DailyMail |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan