DUNIACACAMARBA |
- [Video] Video Klip Lagu Tempatan Papar Aksi BERAHI
- Menteri Letak Jawatan kerana Dakwaan Penderaan Seksual
- Wanita Potong Kemaluan Lelaki yang Cuba Merogolnya
- Cari Lelaki Seiras Anwar Ibrahim, Anda Berpeluang Memiliki Roll Royce. WOW!
- UMCO Didakwa 5 Kali Pujuk TG Nik Aziz Sertai Kerajaan Perpaduan
- Pelajar Tahfiz Dakwa Diliwat Senior. Bandingkan dengan Sayfool!
- Bilangan Pelajar Perempuan Merokok Semakin Meningkat!
- Gadis Maki "Polis Bodoh"
- Jangan MINUM "Bir Halal"
[Video] Video Klip Lagu Tempatan Papar Aksi BERAHI Posted: 30 May 2011 05:08 AM PDT Saya tidak mahu komen lebih-lebih kerana sudah banyak blog memperkatakan aksi yang dipaparkan dalam video klip ini. Menurut keterangan beberapa blog, video di bawah ini ialah klip lagu "Marilah" nyanyian Prema Yin. Yang menjadi isu ialah aksi dan jalan cerita video klip ini yang memaparkan aksi berahi antara si penyanyi dengan pelakon undangannya, Shah Jazle. Aksi mereka bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama pelakonnya malah menyalahi tatasusila dan nilai moral masyarakat Asia. Yang menariknya, video ini bukan diterbitkan oleh mat salleh tetapi dua individu yang mempunyai kaitan dengan industri hiburan, iaitu Gambit Saifullah & Umair Mohamed. P/s: Pak Menteri komen sikit! Bila mahu haramkan video ini? Yang lain, jangan "berangan" lebih-lebih! |
Menteri Letak Jawatan kerana Dakwaan Penderaan Seksual Posted: 30 May 2011 03:22 AM PDT Berita AFP melaporkan seorang menteri meletak jawatan dalam kerajaan bagi menafikan dakwaan yang membabitkannya dengan kes penderaan seksual. Kes ini didedahkan kepada umum dua minggu selepas bekas Ketua Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn ditahan atas tuduhan jenayah seks. Menteri Perkhidmatan Awam, Georges Tron, didakwa mencabul kehormatan dua wanita yang bekerja ketika beliau memegang jawatan Datuk Bandar. Namun, beliau menegaskan akan akan membuktikan dirinya tidak bersalah dalam surat peletakan jawatan kepada Presiden Nicolas Sarkozy. Beliau meletak jawatan selepas pendakwa raya berkata, mereka sudah menjalankan penyiasatan awal berkaitan dengan tuduhan melakukan serangan seksual dan rogol terhadapnya. P/s: Di Malaysia, bekas menteri kanan yang didakwa meraba punggung seorang wanita (kes ditutup selepas mangsa menarik laporan polis yang telah dibuat - berkemungkinan dibayar fulus) masih lagi enak memegang jawatan kerajaan. Begitu juga tokoh politik yang didakwa merogol gadis bawah umur, masih lagi enak menerajui agensi kerajaan. Terbaru, menteri yang berada dalam kabinet Najib... anda sambung... |
Wanita Potong Kemaluan Lelaki yang Cuba Merogolnya Posted: 30 May 2011 01:30 AM PDT AFP menyiarkan berita seorang wanita berusia 40 tahun di Dhaka bertindak memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya. Kemaluan itu kemudiannya dibawa ke balai polis sebagai bukti, kata polis dalam satu kenyataan. Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu. "Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya. Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek kini sedang menjalani rawatan di hospital. P/s: Terbaik! Hukuman paling setimpal untuk perogol! Saya salut wanita ini! |
Cari Lelaki Seiras Anwar Ibrahim, Anda Berpeluang Memiliki Roll Royce. WOW! Posted: 30 May 2011 12:05 AM PDT Ketua KITA Kedah, Zamil Ibrahim menawarkan kereta Rolls Royce (Silver 111, 6700cc) miliknya kepada sesiapa yang dapat menemukan lelaki yang seiras Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain kereta itu, Zamil turut menawarkan wang sebanyak RM10 ribu, yang menurutnya disumbangkan oleh individu yang mahu identitinya dirahsiakan, kepada sesiapa yang berjaya mencari orang yang mungkin menjadi individu yang terlibat dalam video seks Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara. "Kami mengambil tindakan ini (menawarkan kereta dan wang) kerana mahu menamatkan segera isu video seks yang menurut dakwaan Anwar walaupun orang yang melakonkan itu seiras dengannya, namun berbeza dari segi saiz perutnya." Zami mendakwa tawaran yang dibuatnya dapat membantu menyelesaikan kes ini. Kenyataan yang jelas menunjukkan "niat" sebenar Zamil terhadap kes video seks konspirasi ini: "Orang awam keliru. Saya percaya Anwar akan dapat membersihkan namanya jika kita bantu beliau mencari lelaki yang seiras dengannya, berjalan sepertinya, dan senyum sepertinya." Selain itu, Zamil mencadangkan tiga individu yang rapat dengan DSAI untuk menjadi panel yang menentukan lelaki yang menyerupai DSAI itu. Mereka ialah Eskay, Zaib Ibrahim dan Ezam Mohd Noor. P/s: Tawaran ada udang di balik mi! |
UMCO Didakwa 5 Kali Pujuk TG Nik Aziz Sertai Kerajaan Perpaduan Posted: 29 May 2011 10:53 PM PDT Saya petik:
P/s: KANTOI!!! Kah kah kah!!! |
Pelajar Tahfiz Dakwa Diliwat Senior. Bandingkan dengan Sayfool! Posted: 29 May 2011 09:20 PM PDT Saya petik:
P/s: Pelik, Si Sayfool yang mendakwa diliwat orang tua berusia 60 tahun tidak mengalami simptom yang dialami oleh pelajar tahfiz ini. Kah kah kah! Si Sayfool langsung tidak menunjukkan kesan trauma dan kesakitan yang dialami oleh pelajar tahfiz ini! Biarpun begitu, Hakim Zabidin tetap menegaskan bahawa Sayfool saksi yang berwibawa! Wow! |
Bilangan Pelajar Perempuan Merokok Semakin Meningkat! Posted: 29 May 2011 08:45 PM PDT Saya petik: [HM] PUTRAJAYA: Hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi 'cool', lebih ramai remaja perempuan berumur antara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan. P/s: Mahiaddin hanya bimbang pelajar menjadi obes! |
Posted: 29 May 2011 08:00 PM PDT Saya petik:
P/s: Berani tidak bertempat! |
Posted: 29 May 2011 07:20 PM PDT Saya petik:
|
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan