PENYAPU SIAL |
- UMNO suka ayam sabungnya Nasha menang Timbalan Presiden PAS....dari ayam sabung PAS ,Mat Sabu yang memang UMNO takut dengannya...!!!
- Kerajaan dah nak muflis dek UMNO/BN, jangan mimpi la sekarang nak kerja gomen
- Hakim Korup wajar di talkinkan....!!!
- Musim Ahli Politik "Gila Talak" Dalam Umno
- tahniah buat bangsat bangsat penyokong UMNOPORNO-BN...sokong lagi kerajaan biawak hidup....tak sedar diri di rompak hidup hidup setelah minyak dan gula kini eletrik mencanak naik ...!!!
- hidung tak mancung pipi tersorong sorong...UMNO PORNO memang tak tau malu...'5 kali cuba pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri'
- kawal pembaziran dan rasuah sebelum minta rakyat tanggung beban...sepatutnya kerajaan kena tanggung beban rakyat ...ini tidak rakyat kena tanggung pulak beban kerajaan...!!!
Posted: 30 May 2011 05:50 AM PDT MENGAPA Umno begitu bimbang jika Mat Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS? Tidak lain tidak bukan adalah kerana Mat Sabu begitu lantang menentang kerjasama politik Umno dan PAS. Ini bukan bermakna pemimpin lain tidak menentang kerjasama itu, tetapi Mat Sabu lebih lantang daripada beberapa pimpinan lain. Memetik ucapan berapi Mat Sabu sewaktu ceramah di Markas PAS Kerdau kelmarin, beliau sekali lagi membidas kerjasama yang kununnya untuk perpaduan Melayu itu. "Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP. DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah. "Kita dah ada pengalaman bersama Umno. Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun. "Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau kelmarin. Tentulah tektik Umno ingin berpura-pura dengan PAS atas dasar kerjasama perpaduan Melayu ini gagal seandainya Mat Sabu berada di kerusi Timbalan Presiden PAS itu. Apakah Umno mengharapkan Mat Sabu tewas? Tentulah begitu, tetapi Umno jangan lupa bahawa sekiranya Mat Sabu tidak dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden PAS kali ini, Umno jangan berharap tektik murahannya itu boleh dilaksanakan jika Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memenangi jawatan tersebut. Meskipun Ustaz Tuan Ibrahim tidak selantang Mat Sabu menentang kerjasama Umno-PAS ini, namun tidak pernah kita menyaksikan tokoh PAS dari Pahang ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk bersama Umno. Bahkan, di dalam setiap siri ceramah Pesuruhjaya PAS Pahang ini berterusan membongkar kemungkaran Umno. Kepimpinan di bawah Us Nasha telah kita lihat, tentu ada yang menyokongnya dan ada yang tidak. Itu pilihan masing-masing setelah melihat sendiri rekod yang beliau tunjukkan. Pada aku, jika Ustaz Tuan Ibrahim berpeluang menjadi Timbalan Presiden PAS pun aku juga suka juga, tetapi jika beliau tewas dan Mat Sabu dipilih, aku tidak kecewa kerana Mat Sabu adalah idola aku di dalam PAS. Mungkin benar kata mereka, PAS lebih ditakuti oleh Umno jika `ayam sabung' PAS ini berada di sisi Presiden |
Kerajaan dah nak muflis dek UMNO/BN, jangan mimpi la sekarang nak kerja gomen Posted: 30 May 2011 05:39 AM PDT tengok sapa yang tak pandai urus negara? dan sapa yg rompak rakyat? guna akal dan bukan guna kepala lutut...!!! |
Hakim Korup wajar di talkinkan....!!! Posted: 30 May 2011 05:24 AM PDT Hakim yang "korup dan melaksanakan undang-undang rimba" akan menjadi sasaran utama dalam pembaharuan badan kehakiman jika Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk ,menawan Putrajaya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Maklumat terperinci mengenai rombakan badan kehakiman akan ditentukan kelak, namun matlamat pembaharuan adalah memastikan hakim menjalankan tanggungjawab secara amanah dan bebas, tambah beliau. "Langkah yang spesefik akan dibincangkan, tetapi yang lebih penting pembaharuan badan kehakiman itu akan dilakukan. Individu yang korup akan disingkirkan," kata beliau dalam dialog dengan hampir 400 golongan professional beliau di sebuah hotel di sini. Dalam dialog hampir tiga jam itu, Anwar ditanya pelbagai isu, khususnya mengenai hala tuju dan rancangan masa depan Pakatan Rakyat, kebebasan dan hak asasi, standard penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin menurun di negara ini. Anwar juga ditanya perancangan gagasan pembangkang itu untuk mengembalikan kredibiliti sistem kehakiman negara yang dilihat sebagai tercalar sejak pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu yakin Malaysia masih mempunyai hakim-hakim yang berwibawa namun tidak juga kurang hakim yang membelakangkan prisip-prinsip keadilan. "Ada hakim yang masih okay, tetapi ada yang masih mendokong prinsip yang salah. Contohnya pada tahun 1998 badan juri antarabangsa membuat laporan mengenai badan kehakiman negara (hilang kewibawaan). Saya kadang-kadang hairan orang semua tahu ini, tetapi hakim masih buat tak tahu, " kata Anwar. Akibatnya ramai pihak yang menjadi mangsa keputusan-keputusan hakim yang tidak berpaksi kepada undang-undang dan prinsip keadilan. "Hakim kata saya tidak peduli, saya hanya ikut undang-undang, undang-undang mana? Undang-undang hutan ke? Perkara ini masih berlaku dalam negara kita," kata Anwar. Anwar dilihat sebagai mangsa perbicaraan berat sebelah apabila beliau didapati bersalah atas tuduhan liwat dan rasuah setelah dipecat dari kerajaan dan Umno oleh Mahathir pada tahun 1998. Beliau merengkok enam tahun dalam penjara sebelum Mahkamah Rayuan mendapatkan mantan timbalan kepada Mahathir itu disabit dengan bukti yang rapuh dan tidak boleh dipercayai. Setelah memimpin Pakatan Rakyat kepada kejayaan besar pada pilihanraya umum 2008, Anwar sekali lagi diheret ke mahkamah untuk tuduhan liwat kali kedua. Seperti kes pertama, perbicaraan kali ini juga penuh dengan keterangan rapuh saksi dan pengadu serta bukti yang mencurigai. Malah pengadu Saiful Bukhari Azlan bertemu Perdana Menteri Najib Razak dan menalifon Ketua Polis Negara ketika itu Musa Hassan beberapa hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. Bagaimanapun Hakim Zabidin Mohamad Diah menerima segala bukti dan keterangan saksi pendakwaraya dan mengarahkan Anwar untuk membela diri mulai 6 Jun depan. -tvs |
Musim Ahli Politik "Gila Talak" Dalam Umno Posted: 30 May 2011 05:20 AM PDT Memang patut Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai Umno. Ini bukan kerana ideologi mahupun cara pengurusan atau kepemimpinan PAS yang tidak betul, tetapi personaliti seperti Nakhaie memang tidak sesuai berdiri dalam saf perjuangan PAS. Rumusan ini boleh dibuat daripada kenyataan Nakhaie yang dipetik oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam. Dalam kes pelbagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Nakhaie mengesyorkan supaya ulama PAS membuat penyiasatan sendiri akan kebenaran tuduhan-tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar. Matlamat Nakhaie ialah supaya PAS kemudian boleh membuat pendirian tegas berhubung isu kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar. Sekali imbas mungkin nasihat bekas Naib Presiden PAS itu ada logiknya. Namun mengambil kira Nakhaie ini adalah orang yang pernah bermufarakah dari jemaah PAS, apa yang dapat disimpulkan daripada saranannya tentu berbaur politik. Nakhaie ingin menabur jasa menyelamatkan Umno yang sedang menggelepar dalam gelanggang politik. Nakhaie sedar pemikiran politik Umno sekarang ialah ia perlu dapatkan sokongan Melayu semula. Jika orang Melayu bersatu di bawah Umno, pasti parti berusia 65 tahun itu tidak akan jadi parti pembangkang selepas pilihanraya umum ke-13 nanti. Sebab itu, Nakhaie cuba menjadi guru tuisyen politik kepada ulama PAS – siasat sendiri tuduhan terhadap Anwar dan kemudian nyatakan pendirian sama ada hendak terus dalam Pakatan Rakyat atau bergabung dalam usul "penyambung hayat" Umno membentuk kerjasama dan perpaduan dengan PAS. Nakhaie memang terdesak. Kontrak sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah - habuan terbaik yang diperolehinya kerana cuba menggadaikan maruah PAS dengan mentalak jawatan Naib Presiden PAS dan bersenggama dengan Umno – kini sudah jatuh ke tangan orang lain. Beliau tiada kedudukan dalam Umno dan tidak mungkin berpeluang menjadi calon Umno dalam pilihanraya akan datang. Lantas inilah ketika yang sesuai pada fikiran Nakhaie untuk membuktikan pada kepimpinan Umno, beliau masih ada guna dalam parti itu. Pada congakan Nakhaie jika ada ulama PAS memberi reaksi akan cadangannya itu, tentu ia akan dapat menggoncang perpaduan PAS. Memang diketahui umum, perpaduan dalam PAS hari ini amat kental. Malah bak kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Kepimpinan PAS, Abdul Halim Andul Rahman, beliau amat tenang menjalankan proses pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, walaupun ia adalah paling sengit dalam sejarah PAS. Justeru bagi Nakhaie jika saranan beliau itu dapat menggugah sedikit perpaduan PAS, tentu Umno akan terhutang budi padanya. Kegoyahan perpaduan PAS bererti pendirian tegas PAS agar tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut perintah Allah – laksana hukum qazaf – mungkin berubah dan PAS mungkin boleh dipujuk untuk keluar Pakatan Rakyat dan membuka pintu rundingan dengan Umno. Pemikiran Nakhaie ini memang Umno. Hal ini disahkan oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang bercakap di mesyuarat perwakilan Umno Bukit Gantang di Taiping semalam bahawa Umno hanya boleh mengekalkan kuasa jika ada perpaduan di kalangan parti itu dengan PAS. Adalah jelas Umno memang terdesak sekarang. Sebab itu, golongan yang sudah lama terpinggir dari arus kepimpinan Umno cuba mencari-cari jalan untuk kembali ke arus perdana parti itu. Isa Samad, bekas Naib Presiden Umno yang pernah terpelanting dari barisan kepemimpinan Umno kerana rasuah dalam pemilihan parti, kini sudah dapat peluang jadi calon pilihanraya kecil tahun lalu. Kemungkinan beliau kembali memimpin Negeri Sembilan adalah terbuka. Begitu juga dengan bekas Ketua Pemuda Umno dan juga Mantan Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik. Beliau diberikan tempat untuk memimpin Risda. Tidak puas dengan itu, Rahim membentuk regu Datuk T yang menaja dan menjaja video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Nampaknya, dalam keadaan Umno yang cemas menghadapi pilihanraya umum ini, ahli politik "aliran katak melompat parti" seperti Nakhaie, Zulkifli Noordin, Rahim Thamby Chik, menghidu peluang untuk menggunakan talian hayat politik masing-masing untuk kembali ke barisan pimpinan utama Umno. Persamaan mereka ialah mereka menggunakan modal yang sama – pertikai dan aibkan Anwar Ibrahim, orang yang paling digeruni oleh Umno hari ini. Bagi mereka harapan ini bukan mustahil dicapai. Selain Isa Samad, mereka melihat paling berjaya mendekati Presiden Umno, Najib Razak sekarang ialah Ibrahim Ali. Dengan menggunakan pendekatan ultra-Melayu Ibrahim dan PERKASA, Ibrahim semakin hari semakin dilihat "berguna" untuk menggertak orang Melayu supaya bersatu di bawah pimpinan Umno. Namun Nakhaie pula berhajat menggunakan pendekatan lebih "berani dan berbaloi" bagi mencapai maksud "memaksa" orang Melayu berlindung di bawah payung Umno. Nakhaie cuba menyergah ulama-ulama PAS supaya "bangkit" dan ambil pendirian tinggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat. Dalam congakan Nakhaie, jika ini bisa dilakukan, tentu habuan untuknya kali ini lebih besar daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Saat yang dipilih oleh Nakhaie untuk memporak-perandakan PAS ialah di ambang pemilihan kepimpinan PAS minggu depan. Namun Nakhaie kurang bernasib baik. Ulama PAS kini kental pandangan politik mereka hingga langsung tiada persaingan dalam pemilihan Dewan Ulama. Sergahan Nakhaie pasti tidak menjadi. Jika Nakhaie berharap ada calon yang bertanding dalam pemilihan PAS kali ini akan mengutip saranannya dan menggugah perpaduan dalam parti, beliau pasti hampa. PAS hari ini bukan seperti PAS yang ditinggalkannya dahulu. Walau bagaimana ganas atau lembut serta liciknya pujukan serta cabaran yang dihadapinya, perpaduan PAS tidak akan tergugat. Bak kata pepatah, biduk lalu kiambang bertaut. Itu sifat politik PAS. Perpaduan PAS diikat oleh ideologi tauhid. Tiada permainan politik yang boleh merungkai prinsip yang berpaksi aqidah. Mungkin Nakhaie telah terlalu lama meninggalkan jemaah PAS. Sebab itu dia gagal membaca pemikiran perjuangan PAS hari ini. Atau, mungkin juga Nakhaie memang tidak pernah faham apa sebenarnya perjuangan PAS. Sebab itu, walau sudah menduduki kerusi Naib Presiden PAS, Nakhaie berasa rimas "ghanimah" perjuangan yang diharap-harapkan tidak kunjung tiba. Sebab itu, agaknya, beliau melompat ke pangkuan Umno. tvs penyapu sial jangan lupa spesis penghianat seperti malaun nie masih ada dalam PAS...kena berjaga jaga...sibuk dengan wala dengan pemimpin tak memasal boleh jadi punca PAS di khianati dalam ...orang orang seperti nasharudin mat isa,mustafa ali ,hassan ali serta beberpa ekor kambing balau UMNO berbulu PAS perlu di awasi tindak tanduknya...jangan sampai barah jadi kanser tahap gaban....sampai mamus tak mampu di ubati lagi....!!! |
Posted: 30 May 2011 05:10 AM PDT Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya akan diapung sepenuhnya. Oleh itu, kadar tarif elektrik baru nanti ialah 33.54 sen/kwj berbanding 31.31 sen/kwj yang dinikmati ketika ini. Kenaikkan adalah kesan daripada dua komponen iaitu penyelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu. |
Posted: 30 May 2011 05:03 AM PDT Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat. Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam. "Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ. Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan". Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu. Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR. Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu. Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat). Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu. |
Posted: 30 May 2011 04:49 AM PDT Kerajaan terlebih dahulu perlu membanteras amalan pembaziran, ketirisan dan rasuah keterlaluan sebelum meminta rakyat menanggung beban subsidi. Kerajaan Umno-Barisan Nasional juga perlu bersedia mengkaji semula subsidi dan pampasan besar diperuntukkan kepada syarikat kroni seperti Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) dan konsesi lebuh raya, sebelum memindahkan beban itu kepada rakyat. Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditampung kerajaan. Sebelum Muhyiddin meminta rakyat menanggung semua kos subsidi, kita minta dua perkara daripada kerajaan BN. Pertama kawal semua pembaziran, ketirisan dan kawal amalan rasuah yang begitu berleluasa. Kedua, kaji balik subsidi yang tinggi diberikan kepada sektor pengeluaran tenaga seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kerajaan memberikan subsidi yang begitu tinggi dan membebankan rakyat... Sebelum meminta rakyat memikul beban yang ditanggung kerajaan, dia sendiri perlu meminta perdana Menteri, Najib dan jemaah menteri supaya tidak boros dan melakukan pembaziran... Kenyataan Muhyiddin juga di sangkal kununnya , bahawa pengekalan harga bahan api seperti petrol RON95, gas asli cecair (LPG) dan diesel menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah rakyat. Mengekalkan harga dari kenaikan sebelum ini, bukan bermakna kerajaan tidak akan menaikkan harga bahan api. Kita pasti kerajaan akan menaikkan harga selepas mereka menang pilihan raya. Jadi rakyat Malaysia jangan tertipu dengan tindakan kerajaan mengekalkan harga bahan api pada masa ini kerana mereka pasti akan menaikkannya selepas pilihan raya. Kerajaan pimpinan Umno-BN sebelum ini dilihat begitu boros dengan melakukan pembaziran wang rakyat, antaranya pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion. Ketika rakyat dihimpit dengan peningkatan kos, kerajaan pimpinan Najib juga tidak segan silu membelanjakan sebanyak RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda pesisir pantai. Malah, kerajaan juga mampu meluluskan kontrak sebanyak RM77 juta kepada syarikat pro Israel, Apco bagi tujuan perunding perkhidmatan komunikasi.Senarai pembaziran Umno-BN terlalu panjang untuk disenarai, termasuk pembaziran yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan sebanyak RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke luar negara, sepanjang menjadi perdana menteri. Malah, Najib juga gagal mengawal tabiat isterinya Datin Seri Rosmah Mansur yang gemar berbelanja besar seperti menghabiskan RM4.5 juta hanya untuk mengadakan sidang wanita pertama di Kuala Lumpur tahun lalu. Rosmah turut membelanjakan lebih RM100,000 semalam hanya untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu ketika mengadakan lawatan ke negara berkenaan. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan