Jumaat, 27 Mei 2011

Addin

Addin


Panas!! Lagi Skandal Seks MP BN Di Dedahkan..

Posted: 27 May 2011 05:00 PM PDT

Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat Semporna, Azizul @ Ajijul Sanarul, mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan kenapa polis tidak menjalankan siasatan terhadap laporan polis yang beliau buat pada 2008 berhubung Skandal Seks Ahli Parlimen Labuan berdasarkan pendedahan Malaysia-Today.net. Menurut Azizul, beliau membuat laporan polis pada 30 Julai 2008 di Balai Polis Semporna, namun sehingga kini beliau tidak dimaklumkan keputusan siasatan polis berhubung laporan yang beliau buat dan dipercayai polis telah menutup kes berkenaan.

Sehubungan itu, Azizul menggesa Tan Sri Ismail membuka semula laporan polis beliau, SED/RPT/3502/08 yang menyatakan bahawa; "Pada Lebih kurang jam 4.00 petang, saya terbaca laporan laman web Malaysia-Today.net di sebuah kafe siber bertajuk 'Skandal Seks Ahli Parlimen Labuan'. 
Saya membuat laporan ini supaya polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Labuan mengambil tindakan di bawa undang-undang jenayah terhadap Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal kerana bersekedudukan dengan Norazlina Asaplee sejak tujuh tahun lalu dan bersubahat melakukan pengguguran haram."

"Memandangkan kes ini adalah kes jenayah, maka demi menjaga maruah UMNO yang semakin tercalar ekoran tindakan pemimpin yang tidak Islamik dan khianat kepada bangsa sendiri, maka saya menggesa agar siasatan menyeluruh diadakan segera," kata Azizul yang percaya Skandal Seks berkenaan masih berlaku sehingga kini.

Berikut ialah Risalah yang diedarkan oleh Cawangan Tampi-Tampi Darat untuk ahlinya dan diserahkan sesalinan kepada Sabahkini.net untuk dipaparkan kepada umum bagi memberi pengajaran kepada semua pihak agar menghindarkan diri daripada sebarang skandal yang memalukan Negara./Sabahkini

Klik artikel asal di sini.

Skandal Seks Ryan Giggs, Petaka Buat MU

Posted: 27 May 2011 05:00 AM PDT

MANCHESTER - Persiapan Manchester United tampil di final Liga Champions melawan Barcelona, Sabtu nanti, sedikit terganggu. Gelandang veteran tim itu, Ryan Giggs, kini menjadi sorotan karena perselingkuhannya dengan bintang program Big Brother, Imogen Thomas. Giggs, 37 tahun, sebelumnya sempat aman dari serbuan media massa Inggris karena sempat mengantongi surat perintah pengadilan yang memungkinkan namanya tak disebut media dalam pemberitaan. 


Imogen sendiri, dalam acara This Morning di stasiun televisi ITV pekan lalu, menangis dan mengaku menyesal tidak memiliki uang 50 ribu pound sterling (Rp 688 juta), sehingga bisa meminta pengadilan mengeluarkan putusan serupa agar namanya juga dirahasiakan.

Tapi kini semua itu berubah. Anggota parlemen dari Partai Liberal Demokrat, John Hemming, Senin lalu berani menyebut nama Giggs secara terbuka. "Nama Ryan Giggs sudah ramai dibicarakan sekitar 75 ribu orang di Twitter. Jadi tak penting lagi bagi kami untuk tidak mengatakannya ke depan publik," kata Hemming.

Asmara Giggs dan Imogen, 28 tahun, dikabarkan sempat terjalin selama enam bulan. Keduanya kerap bertemu diam-diam di pelbagai hotel mewah. Kabar perselingkuhan Giggs itu--ia menikah dengan Stacey Cooke dan sudah dikaruniai dua anak-mengejutkan publik Inggris karena sebelumnya pemain ini disebut sebagai suami teladan dan sepi dari skandal. 

Gelandang itu juga pernah menerima gelar kesatria dari Kerajaan Inggris pada 2007 dan sempat dinobatkan oleh BBC sebagai olahragawan dengan kepribadian terbaik pada 2009.

Di MU, Giggs adalah sosok sangat penting. Perannya amat sentral dalam mengantar MU merebut gelar juara Liga Primer ke-19 musim ini, atau ke-12 selama diperkuat Giggs. Di Liga Champions, ia juga sudah merasakan dua trofi.

Sejauh ini pelatih MU, Sir Alex Ferguson, belum mengeluarkan tanggapan soal kasus itu. Media Inggris pun hanya bisa berspekulasi tentang peluang diturunkannya Giggs pada partai final. Yang disepakati mereka hanyalah: kalaupun diturunkan di Wembley, Giggs akan menghadapi tekanan sangat besar untuk tetap bisa menunjukkan performa terbaiknya. 

Ferguson, yang sangat keras dalam mendisiplinkan pemainnya, sebelumnya sudah berkali-kali dengan terang menyatakan kebanggaan dan pujiannya atas kemampuan Giggs dalam menjaga penampilannya agar tetap prima serta keberhasilannya menjauhkan diri dari sorotan media gosip. Tapi kini terbukti kekaguman itu telah dikhianati./TempoInteraktif

Addin :
Moga Barcelona dapat mengulangi kegimalangan final 2009..


Kes Scorpene, Peguam Perancis Akan Datang Ke Malaysia

Posted: 27 May 2011 03:00 AM PDT

Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene. Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.


Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat. Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.

"Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi," kata Cynthia.

(Video) Panas!! 1Malaysia, Ustaz UMNO Kutuk Cina India?

Posted: 27 May 2011 01:00 AM PDT


Bagaimana Orang Islam Boleh Termakan Babi

Posted: 26 May 2011 09:49 PM PDT

Gambar Hiasan
Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.


Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain seperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim .

Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....

1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai k ulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.

Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia .Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu. *frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda./PPIM


Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang 27-28 Mei ini

Posted: 26 May 2011 07:00 PM PDT

Himpunan kebangkitan warga Felda Pahang akan diadakan pada 27 dan 28 Mei ini di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dan Felda Jengka 16 dan 19. Program yang disusun rapi oleh Badan Perhubungan PAS Pahang dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu bertemakan 'sertai kebangkitan bersama tokoh-tokoh pimpinan rakyat' akan dimulakan dengan program pertama pada 27 Mei iaitu ceramah perdana bermula jam 7 hingga 12 tengah malam.Ceramah perdana itu akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dengan menampilkan penceramah khas iaitu Presiden PAS yang jugaAhli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Manakala barisan penceramah lain pada malam itu ialah Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Presiden ANAK, Mazlan Aliman dan calon PAS di Dun Tenang, Normala Sudirman. 

Seterusnya pada 28 Mei pula dua program dijadualkan bermula jam 2 petang masing-masing di Markas PAS Jengka 16 dan Simpang Jengka 19. Bagi program di Markas PAS Jengka 16, diadakan Forum Bicara Peneroka jam 2 hingga 5.30 petang. Forum itu akan diadakan sesi dialog berkenaan hal ehwal peneroka felda berkaitan dengan Kadar Perahan Gred (KPG), Wang TTS, harta pusaka dan lain-lain lagi. 

Antara panel yang dijemput berdialog terdiri daripada Presiden ANAK yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, dua orang peguam iaitu Mohd Fadly Ramli dan Harris Abdullah. Manakala bagi program kedua yang juga berlangsung jam 2 hingga 6.30 petang itu akan menampilkan tetamu istimewa iaitu Bob Lokman di Simpang Jengka 19 dalam slot program santai petang. 

Antara aktiviti sepanjang program itu ialah klinik dan demonstrasi permotoran oleh Yasir Saad, minum petang bersama Mat Sabu Mohamad, bual belia serta aktiviti amal. Turut dibuka di program tersebuat kaunter daftar pemilih dan pendaftaran keahlian ANAK. Kemuncak program dua hari itu akan dilabuhkan tirainya dengan pidato perdana bermula jam 9 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau. 

Antara barisan pemidato pada malam tersebut terdiri daripada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mat Sabu Mohamed dan Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail./KD

Penjelasan Dari Secret Recipe

Posted: 26 May 2011 05:00 PM PDT

Secret Recipe menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan Puratos Malaysia Sdn. Bhd. sehingga ramuan kek keluaran syarikat itu dikatakan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi. Sebaliknya khabar angin itu timbul ekoran syarikat tersebut menggunakan perkataan umum 'secret recipe' pada produk mereka. Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal dengan hebahan dalam beberapa blog yang mendakwa mereka menggunakan dua bahan ramuan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.


"Kami tidak menempah dan menggunakan bahan ramuan yang dikeluarkan syarikat itu. Dua jenis produk yang dikenal pasti itu menggunakan perkataan 'secret recipe' secara kebetulan," katanya.

Menurut Wan Zawani, kek keluaran Secret Recipe dihasilkan menggunakan bahan ramuan halal dan mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pada Isnin, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Sementara itu, laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Zawani berkata, pihaknya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium.

"Semua ramuan yang diimport juga mempunyai persijilan halal luar negara yang mendapat perakuan halal daripada Jakim," katanya.

Zawani berkata, jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak Secret Recipe di talian 03-78034891./KLT

Tiada ulasan: