PERAKITE |
Ketua Hakim Negara Tun Zaki rebah di Hospital Putrajaya Posted: 22 May 2011 10:46 PM PDT Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi kini dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) setelah dilaporkan terjatuh di Hospital Putrajaya pagi Isnin. Menurut sumber, beliau kini dilaporkan dalam keadaan stabil. Sebelum ini, Zaki yang dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung dilaporkan kritikal. Malaysiakini difahamkan, keluarganya kini mahukan privasi dan tidak mahu ditemubual dengan pihak media buat masa ini. Zaki, 66, dilantik sebagai ketua hakim negara yang keenam pada 21 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed. Beliau juga berkhidmat sebagai hakim mahkamah persekutuan dan presiden mahkamah rayuan. Zaki memulakan kerjanya di Pejabat Peguam Negara pada tahun 1969 dan menjadi peguam kanan persekutuan di Kementerian Dalam Negeri pada 1976, sebelum menjadi pengamal undang-undang sebagai peguam bela dan peguam cara. |
Salleh Man terima pencalonan AJK PAS Pusat Posted: 22 May 2011 10:32 PM PDT Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Ustaz Salleh bin Man hari ini (Isnin) menerima pencalonan untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bagi meneruskan khidmat membantu dan memperkukuhkan parti. "Saya menerima pencalonan sebagai AJK parti untuk meneruskan khidmat dan membantu memperkukuhkan parti dalam usaha menumbangkan Umno BN. "Oleh itu, saya serahkan kepada perwakilan untuk membuat penilaian dan penentuan terhadap suara saya sebagai satu-satunya wakil parti dalam kerajaan negeri Pulau Pinang" katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir. Sambil mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan presiden parti tanpa bertanding, Salleh berkata, ia menunjukkan Abdul Hadi sentiasa mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan