Isnin, 23 Mei 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


BERSIH 2.0 : Konvoi Kelantan-Seremban-KL.

Posted: 23 May 2011 12:50 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua mencari sesiapa yang berminat untuk konvoi ke Demo BERSIH 2.0 Jun nanti. Gua umum skang supaya lu orang bleh stanby. Apa yang perlu ada untuk menjayakan konvoi ni adalah 2 golongan. 

  1. Pemilik kereta.
  2. Penumpang. 
Begini, bro. 1 kereta boleh isi 4 orang, termasuk si pemilik. Katakan ada 3 pemilik kereta yang berminat. Bermakna, 9 penumpang + 3 pemilik kereta boleh berkonvoi bersama-sama. Nanti kita bahagi2la supaya 1 kereta mempunyai sekurang2nya 2 driver. Penumpang yang mempunyai lesen memandu kita bagi2kan.

Kos minyak pergi dan balik pula, Kelantan-Seremban, adalah RM200 (kereta Mazda 323 gua RM150). Tapi janganla lu ajak naik Ferrari plak. Mampos la nak share minyak. Share 4 orang (termasuk driver) jatuh RM50. Dari Seremban, gua akan bawa lu ke satu port baik punya, untuk park kereta, dan berehat. Sebelum menaiki komuter ke stesyen KL. Stesyen KL sejengkal dengan Masjid Negara. Tambang komuter gua tak pasti skang. Katakan RM15 untuk pergi dan balik (2 hala).

Kalau drive kereta masuk KL, memang kompom payah punya. Roadblock gila babun. Naik pengangkutan awam ni pun sipi2 jer nih. Stanby la kalau keadaan sabotaj berlaku. Macam train / bas delay atau tak turun di stesyen2 sepatutnya.

Perbezaan kos.

Skang gua bagi lu perbezaan kos pulak. Kos perjalanan sahaja lah nih. Kos makan, kos rokok lu kira sendiri. Jangan lupa minta resit. Bleh claim kat JKKK tempat anda. Kos konvoi ialah RM50 + RM15 = RM65


1. Keretapi Wakaf Bharu - Seremban RM27. Pergi balik RM54. Tu baru sampai Seremban. Sampai KL, kena up lagi. Gua tak sure berapa, tapi rasanya melebihi RM65.

2. Bas KB-KL RM45. Sehala tu. Pergi balik RM90.

3. Basikal KB-KL RM20. Pergi dan balik. Tu sebab kira ganti tiub bocor.

Perbezaan masa.

Skang perbezaan masa plak. Tak kira masa untuk berak, kencing, merokok, sesat, etc.

1. Keretapi Wakaf Bharu - Seremban lebih dari 12 jam. Walau tulis kat tiket tu sampai dalam masa 12 jam. Gua tahu la. Dok ulang-alik sokmo g Mahkamah Seremban. Naik kul 7 malam kat Wakaf Bharu, sampai kul 10 pagi kat Seremban. Baru Seremban. Mau pukul 1 petang baru sampai KL.

2. Bas KB-KL 8 jam. Bergantung kepada kerempitan driver. Mmg cepat. Tapi gua ramal, pada tarikh berkenaan, masuk KL menggunakan jalan raya akan tersekat berjam2 di pintu masuk KL.

Sapa2 yang naik bas rombongan Cik Kiah anjuran PAS Kawasan plak, mmg kompon diarahkan patah balik oleh polis. Siap eskot lagik. Lu ingat pak lebai - pak lebai PAS ni pandai buat muka menipu ke? Tu belum kira bas diminta bermalam di balai polis lagik.

"Err saya dalam perjalanan ke rumah kenduri kawin, En polis."

"Kenduri kawin kepala otak lu. Kawan lu seat depan cakap nak g Sunway Legun."

"Err.. dia lain. Saya lain."

"Lu ingat gua bangang nak beza antara bas rombongan dengan bas ekspress ke Ostad?"

10 bas yang disewa PAS Kawasan, hanya 1 jer sampai time bertolak. 9 lagi dibayar 2 kali ganda untuk batalkan tempahan. Gigit jari pak lebai - pak lebai PAS ni. Paling kuat semayang hajat balas dendam sebelum pulang peluk bini. Kena bodoh sampai ke mati. Hampir 60 tahun kalah kena bodoh dek UMNO. Berapa rugi dah dalam tajuk kekuatan demo di KL nanti.

3. Kereta KB-Seremban 9 jam. Tolak 9 malam (lepas Isyak), sampai kul 6 pagi. Subuh, lepak, sarapan dan berak sambil berehat di Seremban, kul 10 pagi naik komuter. 12 tengah hari sampai Masjid Negara. Kalau sabotaj stesen pun, ada masa lagi untuk sampai ke Masjid Negara sebelum Zuhur. Sebab Zuhurlah time peserta demo bercantum.

Habis demo selalu petang. Bergantung kepada kekuatan peserta untuk putus asa atau tidak. Demo Melayu ma.. gua jamin tak makan masa berhari2 punya. Nak rempuh FRU pun takut. Selalunya pukul 8 malam gua dah ada di Seremban semula. Lepak, makan, berak dan jamak, pukul 10 malam drive semula ke KB. Drive gilir2 la. 1 kereta kalau boleh ada 2 driver.

Kalau sangkut kat roadblock.

Nanti, kalau jadi, gua story la sikit2 bagaimana. Apa yang penting ialah, pastikan bahan2 demo / parti seperti baju, risalah, stiker kereta, etc tidak boleh dijumpai polis. Dan jangan mengaku kita adalah konvoi. Biar 1 kereta berisi ulama sangkut, takper. Janji 2 kereta lagi lepas ke demo. Dari 3-3 tak dapat pergi ke demo. Sesiapa yang pegang falsafah biar Islam kalah, asal ulama tak kalah, gua tampar laju2.

Selebihnya kita bincang kalau jadi lah. Insyaallah. Sebarang pertanyaan :


Email : adukataruna2008@gmail.com
Facebook : AdukaTaruna
Blog : adukataruna.blogspot.com


Hangat! PDRM jamin kelancaran demo BERSIH 2.0

Posted: 22 May 2011 06:20 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Jangan bimbang tuan-puan. Base on record, bukti bergambar, PDRM memberikan kita jaminan bahawa demo BERSIH 2.0 tidak akan diganggu, malah akan diberikan kawalan keselamatan bertaraf dunia.




Terima kasih kepada PDRM kerana tidak mengamalkan double standard. PDRM adalah pelindung kepada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik.


Tiada ulasan: