Isnin, 23 Mei 2011

Addin

Addin


Awas !! Secret Recipe Ada DNA Babi..

Posted: 23 May 2011 08:42 AM PDT

Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu... Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah! kata jer Malaysia ini negara islam? tapi persekitaran? kedai-kedai makan pun banyak yang was-was! Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah! 

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. 

Dua ramuan terbabit ialah 'Whole Egg Powder' dan 'Whole Milk Powder.' Syarikat tersebut adalah: Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) link: Penemuan DNA Babi Dalam Bahan Ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.


8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011


link: http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM./PPIM


Acheh Tetap Laksanakan Hukuman Sebat

Posted: 23 May 2011 02:30 AM PDT

ACHEH - Ulama Aceh Tgk H Imam Suja,  menegaskan hukuman sebat yang dilaksanakan di Wilayah Aceh tidak melanggar hak asasi manusia (HAM), kerana peraturan tersebut sudah ditetapkan dalam syariat Islam. Imam Suja yang juga Penasihat DPW Muhammadiyah Aceh itu menyatakan hal tersebut ekoran kenyataan Amnesty International yang meminta Indonesia menghentikan penggunaan hukuman sebat sebagai bentuk hukuman yang diterapkan di Wilayah Aceh.


Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Sam Zarifi dalam keterangannya menyebutkan di Kota Langsa, 14 lelaki disebat di luar Masjid Darul Falah pada 19 Mei selepas hukuman sebat ke atas tujuh lelaki seminggu sebelum ini. Hukuman  tersebut dikenakan kerana melanggar undang-undang syariah (qanun) Aceh yang melarang perjudian dan dijatuhi hukuman masing-masing enam kali sebatan sementara ratusan orang menontonnya.

Amnesty International menyerukan pemerintah pusat Indonesia untuk mengkaji semua undang-undang dan peraturan-peraturan tempatan untuk memastikan keselarasan mereka dengan undang-undang dan standard hak asasi manusia antarabangsa, juga dengan peruntukan-peruntukan hak asasi manusia dalam undang-undang domestik sahaja.

Berbicara HAM, menurut Imam Suja yang pernah menjadi ahli MPR dan DPR itu sebenarnya Islam merupakan agama yang pertama kali menegakkan hak asasi manusia, ketika pada zaman jahiliyah orang-orang perempuan ditanam hidup-hidup. "Pada saat Islam datang, maka perempuan yang sebelumnya ditanam hidup-hidup, tidak ada lagi. Oleh itu, tidak benar bila Islam melanggar hak asasi manusia, justeru menegakkan hak asasi manusia," katanya.

Dikatakan, hukuman tersebut merupakan hukuman untuk membuat orang insaf, agar tidak mengulangi perbuatannya. Jadi, katanya, agama itu adalah peraturan, sehingga HAM tidak boleh mengintervensi syariat yang sudah berlaku di Aceh ini.

Addin:

Syabas kepada pemerintah Acheh, tetap laksanakan hukuman berlandaskan syariat Islam walaupun di tekan oleh pelbagai pihak. Ia sepatutnya menjadi tauladan kepada negara - negara yang mengaku negara Islam walhal tidak melaksanakan syariat Islam dalam pemerintahannya.


Syabas!! 1Malaysia Tangga Ke 10 Peminum Arak Teramai Di Dunia

Posted: 23 May 2011 12:30 AM PDT

Hebat! Malaysia tangga ke 10 peminum arak teramai di dunia

PELIK tapi benar, kalau kita lihat di peta dunia, Negara Malaysia ini hanya sebesar habuk nak dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang lain. Malaysia juga memiliki majoriti rakyat yang beragama Islam. Namun apa yang peliknya, negara ini menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia diulangi rangking Top 10 peminum arak teramai di dunia. Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan beer di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita [TheStar].



Patutlah sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yassin begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh [Negara Islam].


Tidak hairanlah Malaysia jadi antara Negara Top 10 memiliki peminum arak terbesar dunia, mana tidaknya? Anak pemimpin pun ada yang jadi tokey syarikat Arak terbesar Filipina, San Miguel, manakala bapaknya pula menghentam ulama konon dialah yang lebih pandai bab hukum hakam. Konon dialah yang paling Melayu walaupun mak bapaknya bukan Melayu almaklumlah "Melayu mudah lupa" katanya. /MiloSuam


(Video) Ceramah DSAI : Bandinglah Harga Minyak Dengan Negara Pengeluar

Posted: 22 May 2011 08:32 PM PDT

KOTA BELUD - Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat dan kerajaan membandingkan harga minyak dengan negara-negara pengeluar minyak dunia yang menurutnya jauh lebih rendah berbanding Malaysia. Beliau yakin kadar ditetapkan oleh kerajaan tidak boleh dibandingkan dengan negara yang tidak mempunyai sumber minyak seperti Singapura.

Bercakap pada ceramah bersempena lawatan beliau ke negeri Sabah semalam, Anwar mengecam peranan kerajaan yang gagal memberi manfaat kepada negeri itu dan Malaysia secara keseluruhan untak menikmati keselesaan harga minyak rendah.

Ini katanya berikutan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak mempunyai kepentingan mengumpul dana kerajaan berbanding mengurangkan beban rakyat. "Kita kena banding minyak dengan harga pengeluar minyak. Brunei, Arab Saudi, Qatar Venezuela dan Iran. Semuanya rendah bila dibandingkan," ujar beliau.

Di hadapan 500 penyokong yang hadir, beliau mengulas pengumuman kerajaan baru-baru ini menarik subsidi petrol diesel ke atas 9 jenis kenderaan komersial dengan alasan untuk mengurangkan defisit negara kepada 2.8 peratus menjelang 2015.

"Habis siapa yang dapat? Umno yang bawah-bawah ini menyibuk sahaja. Saya tidak musuh dengan Umno bawahan. Kalau boleh saya mahu terangkan kepada ahli Umno ini, kalau meraka terbuka sikit minda dia tidak akan terima. Kita menang 2008 banyak ahli Umno sokong kita," katanya lagi.

Anwar yang memegang jawatan Menteri Kewangan daripada tahun 1990 hingga 1998 berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam lapan tahun berturut-turut.

Justeru beliau turut cemerlang dalam usaha menangani kemelesetan ekonomi serta mempertahankan kedudukan negara apabila matawang negara jatuh pada tahun 1997.

Anwar berkata matlamat kerajaan Pakatan Rakyat akan menumpukan sepenuhnya kepada usaha meringankan beban rakyat di samping tidak mengabaikan kepesatan pembanggunan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Katanya, rakyat di negeri Sabah dan Sarawak berhak menikmati hasil bumi (minyak) dengan harga yang rendah.

Menurutnya pendekatan ini berbeza dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) melalui Petronas mengaut keuntungan berjumlah RM90 bilion setahun namun dalam masa yang sama menaikkan harga minyak domestik.

"Sudah begitu banyak wang dapat tapi naikkan harga minyak. Ini tidak masuk akal. Kemudian mereka (kerajaan) kata sebab harga pasaran tinggi. Saya peduli apa harga pasaran.

"Ini harga orang Sabah dan minyak keluar daripada bumi ini, kenapa mahu bebankan rakyat bumi ini. Siapa punya tanah, siapa punya minyak? Bukan kamu punya. Bahagikan, mudahkan, ringankan beban rakyat, itu matlamat kita," kata Anwar disambut sorakan penyokong.

Anwar meluangkan masa dua hari melawat dan bertemu rakyat di sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan dalam siri jelajah memberi penerangan. Turut hadir ke sesi ceramah termasuk kepimpinan tertinggi PKR negeri Sabah.

Dalam pada itu Anwar dalam ucapan sama bertegas untuk tidak mengangkat pemimpin Pakatan Rakyat yang sanggup meninggalkan parti demi kepentingan peribadi.

Katanya, mustahil bagi beliau sebagai Ketua Umum untuk merisikokan perjuangan tulen mengangkat martabat rakyat bersandarkan individu yang tidak berpendirian.

Lantaran itu beliau menyarankan ahli-ahli parti mengukuhkan semangat perjuangan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Beliau mengulas tindakan A Gobalakrishnan melompat parti selepas didakwa menerima cek bernilai RM1.4 juta.

"Kemudian bila lompat cakap tiada keyakinan kepada Anwar Ibrahim dan tinggalkan beliau. (lihat) Orang yang macam mana ditinggalkan. Cek dan kontrak.

"Kalau tidak tinggalkan parti dan saya tahu dia berbuat begitu sedangkan saya di sini korban dengan tenaga dan kemudian mahu angkat orang begini untuk wakil kita. Bodoh saya (jika buat begitu) dan tidak layak saya memimpin kalau saya angkat orang begitu," jelas beliau lagi./Tvs

MB Selangor Batal Hadiri Seminar Di Amerika Syarikat

Posted: 22 May 2011 06:13 PM PDT

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan menghadiri seminar kepimpinan di Institut Aspen Colorado Amerika Syarikat susulan berlakunya kejadian tanah runtuh di Felcra Semungkis di Hulu Langat yang mengorbankan 16 kanak-kanak. Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang esok dan akan terus ke lokasi kejadian untuk melawat mangsa yang selamat serta bertemu dengan ahli keluarga mangsa yang terkorban. Kerajaan Negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort.

Tiada ulasan: