PERAKITE |
- Mangsa dikebumikan: AlFatihah
- Ulama Acheh menggesa rakyat Kelantan pertahankan kerajaan negeri yang ada
- Pemimpin Umno perlu siapkan mental untuk menjadi pembangkang selepas PRU13
- wajah anak-anak yatim yang terselamat
Posted: 22 May 2011 06:22 AM PDT Sebahagian daripada 500 orang menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat dekat sini, Ahad. Kesemua jenazah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding Batu 14 , Hulu Langat. Sementara sembilan lagi mangsa yang turut terkorban dalam tragedi berkenaan telah dituntut keluarga dan waris masing untuk diurus dan dikebumikan. Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang Sabtu, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah. Enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat. |
Ulama Acheh menggesa rakyat Kelantan pertahankan kerajaan negeri yang ada Posted: 22 May 2011 06:14 AM PDT Rakyat Kelantan digesa mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain. Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Datuk TG Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini. Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik. "Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya. Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,"ujarnya. Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila. Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri. Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku. Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah. "Untuk menjaga itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita",ujarnya. |
Pemimpin Umno perlu siapkan mental untuk menjadi pembangkang selepas PRU13 Posted: 22 May 2011 12:37 AM PDT Pejabat Ketua Penerangan PAS PERAK Kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin agar rakyat bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekonomi yang bakal berlaku menggambarkan satu lagi kelemahan ketara BN mentadbir negara. Apakah rakyat disuruh bersedia menghadapi tekanan ekonomi kerana pemimpin BN gagal berusaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat? Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat mempersiapkan mental untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan kekurangan jumlah bekalan makanan kononnya akibat perubahan iklim sejagat. Kerajaan BN telah mengaut keuntungan besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat. Malaysia sepatutnya memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang berjaya melaksanakan dasar sehingga negara jiran itu tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negara luar secara total. Kegagalan BN mengurustadbir negara kian terserlah berikutan langkah-langkah yang diambil (kononnya sangat mengambil berat kebajikan rakyat) telah terbukti ia sebagai satu pembohongan kepada rakyat. Usaha BN membela rakyat sejak 50 tahun lepas sebetulnya tidak terbela, kecuali dikaburi laporan media pro BN yang menutup perbuatan terkutuk Umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah. Sepatutnya, pemimpin Umno BN yang mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU13 kerana rakyat akan pasti menolak ekoran telah cuak dengan lakonan mereka. Ketua Penerangan Pas Perak Drs Khalil Idham Lim 22hb Mei 2011 |
wajah anak-anak yatim yang terselamat Posted: 21 May 2011 04:31 PM PDT |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan