Addin |
- Kak Mah Oii.. Mana-Mana PM Pun Buat Macam Tu..
- Portal Berita DAP, Rocketkini.com Akan Dilancar Esok
- Senarai Penuh Nama Mangsa Tanah Runtuh Di Hulu Langat
- Laut Telan Kampung
- (Video) Sekitar Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat
Kak Mah Oii.. Mana-Mana PM Pun Buat Macam Tu.. Posted: 22 May 2011 09:04 AM PDT Kak Mah ooi.. mana-mana PM pun akan buat macam tu.. akan balik atau batalkan lawatan ke mana-mana sekiranya musibah akan berlaku kepada rakyatnya.. Itulah tanggungjawab seorang PM.. bukannya menghabiskan duit rakyat dengan membuat lawatan sahaja.. Jikalau PM tak buat endah, pasti akan di"belasah' oleh seluruh rakyat, media dan parti-parti pembangkang.. itulah rasionalnya Kak Mah oii.. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di Amerika Syarikat akan memendekkan lawatannya dan segera pulang ke tanah air bagi menziarahi keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat, demikian menurut Datin Seri Rosmah Mansor. Isteri Perdana Menteri berkata bahawa Najib dan beliau yang sepatutnya berlepas ke Jepun dari Amerika Syarikat, kini akan pulang terus ke Malaysia. "Saya gembira beliau mengambil keputusan ini kerana ia akan membolehkan saya melawat tempat itu secepat mungkin," katanya dalam satu temu bual secara langsung dengan Bernama Radio24 dari Washington malam ini. Temubual itu terhenti seketika disebabkan Rosmah sebak kerana nyata sedih dengan tragedi itu. Sehingga tengah malam, 10 kanak-kanak penghuni rumah anak yatim di Batu 14 Jalan Hulu Langat dan dua dewasa penjaga mereka, terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada 2.30 petang manakala empat lagi dipercayai masih tertimbus. Kerja mencari dan menyelamat diteruskan kerana empat lagi penghuni rumah itu dipercayai masih tertimbus. p/s : menangis sebab tak abih shopping ke Kak Mah?? | |||||||||
Portal Berita DAP, Rocketkini.com Akan Dilancar Esok Posted: 22 May 2011 02:00 AM PDT DAP telah melancarkan sebuah laman portal berita dalam bahasa Malaysia yang dinamakan Roketkini.com dalam usahanya untuk menyampaikan mesej kepada para pembaca dan komuniti Melayu. Pengarangnya, Wan Hamidi Hamid berkata, portal berita bahasa Malaysia itu akan berfungsi sebagai platform untuk berkomunikasi secara lebih berkesan dengan komuniti Melayu. "Misalnya kami akan menyentuh dan memperjelaskan tentang isu-isu seperti isu kontroversi agama Kristian yang kononnya hendak dijadikan sebagai agama rasmi persekutuan dan isu-isu berkaitan serangan yang dilakukan ke atas Kerajaan Negeri pimpinan DAP," ujarnya. Portal ini juga berhasrat untuk mengenegahkan polisi dan perkembangan di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tambahnya. Hanya beberapa hari selepas naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, DAP akan melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia, Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini. "Buat masa sekarang, ada jurang besar bagi kami di media Bahasa Malaysia. Anda tidak mendengar apa-apa mengenai DAP kecuali (maklumat) kami diserang," kata setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari. Parti majoriti ahlinya kaum Cina itu terus-menerus didakwa oleh Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN) dan media Bahasa Malaysia sebagai mengamalkan politik perkauman. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu. Roketkini, menurut Zairil, bukan sahaja akan bertindak sebagai portal berita tetapi juga sebagai "jenama bagi kami untuk mengadakan forum-forum, perbincangan dan acara-acara dalam Bahasa Malaysia untuk mendekati demografi ini.""DAP tiada (sokongan) akar umbi di kawasan luar bandar. Jadi, meskipun kami ada akhbar Rocket versi Bahasa Malaysia, sukar bagi kami untuk mengedarkannya. "(Jadi), laman web ini sebenarnya akan menyelesaikan masalah pengedaran yang kami hadapi meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet pada masa sekarang," katanya. | |||||||||
Senarai Penuh Nama Mangsa Tanah Runtuh Di Hulu Langat Posted: 22 May 2011 01:02 AM PDT KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini. Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera. Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi. 1) Azrel, 8, 2) Nael, 8, 3) Shahrul, 9, 4) Boboy, 10, 5) Farid, 34, 6) Zaim * 7) Angah * 8) Rahimi * 9) Zaid Ashwal, 18, 10) Riz, 9, 11) Lokman, 11, 12) Fahad, 9, 13) Aiman, 10, 14) Hazim, 9, 15) Mustakim * 16) Hasril, 11, Sembilan yang terselamat iaitu: 1) Khairul, 9, 2) Hairis * 3) Harris * 4) Akmal * 5) Aizat * 6) Alaudin * 7) Irwan, 33, 8) Din, 30, 9) Syafiq, 23, * umur tidak diketahui | |||||||||
Posted: 21 May 2011 11:19 PM PDT
KOTA BHARU - "Hanya geran tanah ini yang menjadi bukti satu ketika dulu, kira-kira dua kilometer dalam Laut China Selatan sekarang, ada satu penempatan dinamakan Kampung Pulau Pak Amat. "Di penempatan itulah juga saya dilahir serta dibesarkan, namun kini perkampungan itu semua sudah hilang dan hanya tinggal sebagai sejarah, bagaikan cerita dongeng, 'ditelan' laut," kata Omar Senik, 82. | |||||||||
(Video) Sekitar Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat Posted: 21 May 2011 07:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan