Ahad, 22 Mei 2011

shalehudin

shalehudin


Umno layan rakyat macam tikus makmal...

Posted: 22 May 2011 09:40 AM PDT

Fuziah ulangi, mengapa Lynas tak bina projek nadir bumi di Australia?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengulangi persoalan mengapa Lynas Corporation tidak membina pusat pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Australia, sebaliknya dibina di Gebeng Kuantan.

Beliau berkata demikian selepas perarakan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia, petang tadi.

Ketika ditemui para pemberita, Fuziah berkata, Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi loji ini kerana undang-undang Australia ketat dalam penjagaan alam sekitarnya.

"Lynas mendapat lesen di Australia tetapi mereka tidak memilih untuk membuka kilang di sana kerana peraturan yang ketat dalam aspek menjaga alam sekitar.

"Ada 41 komitmen yang perlu dijaga dengan pelbagai aspek melalui agensi Lembaga Pemuliharaan Alam Sekitar (EPA).

"Di Malaysia badan pengawalnya ialah Agensi Tenaga Atom Kebangsaan (AELB) yang hanya memikirkan kesan radiasi dan tahap radioaktif. Namun, AELB tidak dapat berfungsi seperti EPA kerana sekatan perundangan dan penguatkuasaan yang lemah dari Kerajaan Malaysia sendiri," tegas Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Justeru itu beliau menyatakan tindakan Lynas itu jelas bertujuan untuk memanipulasi undang-undang alam sekitar di Malaysia yang longgar.

"Di Australia, zon penampannya (Buffer Zone) ada dalam radius 30 km, dan tak boleh ada penduduk. Di Gebeng ada 70 ribu penduduk dalam radius 30 km itu. Kami bimbang Lynas mengambil kesempatan dengan undang-undang Malaysia," jelasnya.

Fuziah menambah, tidak ada kilang yang menjadi rujukan bagi pembinaan loji tersebut, justeru kerajaan Malaysia tidak boleh membuat sebarang keputusan untuk membenarkan industri yang bakal mengundang bencana.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong berkata, kerajaan Selangor tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kilang pemprosesan bahan radioaktif.

"Kita tidak akan membenarkan sebarang industri yang mencemar alam sekitar," katanya yang turut serta dalam perarakan di lokasi perhimpunan tersebut.

Penduduk bukan 'Tikus Makmal'

Petang tadi, meskipun dalam keadaan cuaca yang berubah dari panas terik kepada hujan, namun ia tidak menghalang kira-kira 500 peserta dari pelbagai lapisan umur dan bangsa untuk berhimpun bagi membantah projek tersebut.

Bermula dari masjid As Syakirin KLCC, kumpulan tersebut menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan berhimpun di persimpangan Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

Perarakan itu anjuran People's Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas bersama pimpinan parti Pakatan Rakyat dari KEADILAN, Pas, DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sebanyak enam trak polis lengkap dengan meriam air dan dua trak dari Pasukan Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan, namun tidak ada sebarang tangkapan dilakukan.

Setibanya di lokasi berhampiran Kedutaan Australia, peserta perarakan melaungkan slogan 'Hidup Rakyat', 'Bantah Lynas' dan 'Kami bukan tikus makmal' manakala, pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO bergilir-gilir memberikan ucapan.

Pelbagai slogan bantahan tertera pada kain pemidang yang direntangkan, sementara pengguna kenderaan di Jalan Ampang turut membunyikan hon tanda sokongan.

Selepas menunggu lebih sejam, enam wakil yang diketuai Fuziah sendiri berjaya menemui Pemangku Timbalan Duta Besar Australia, Arthur Spyrou.

Dengan merujuk kepada pengalaman di Bukit Merah, Perak kandungan memorandum tersebut menjelaskan bahawa penduduk di pinggir bandar Ipoh itu masih trauma dengan kesan Thorium yang berterusan sehingga ke hari ini.

"Lynas akan memproses nadir bumi yang mana terdiri dari Thorium. Sementara mineral Thorium tersebut merupakan bahan radioaktif.

"Australia sendiri menyatakan bahawa bahan tersebut adalah berbahaya, maka keprihatinan kami bahawa di sini kami masih belum bersedia untuk 'bereksperimen' dengan kesihatan nasib masa depan generasi di Malaysia," jelas memorandum tersebut.

Anwar penjahat nombor satu

Posted: 22 May 2011 06:00 AM PDT


Anwar mesti dipasung, baru Umno dapat untung...

Aku punya henpon digodam hampir sepetang petang tadi nih... haram betoi, sms masuk bertali arus... tak tau sapa yang hantaq tapi tengok ke cara depa tulih tu dah tau, ni adalah golongan tak dak otak yang tulih... sah ni mai dari bangsa Umno... kahkahkah... tak larat nak dilayan daa ngan puak puak Umno tolol nih...

Tapi satu yang aku setuju gak ngan bebudak bangsa Umno tak dak kerja nih... Anwar memang jahat, sekarang ni Anwar adalah penjahat nombor satu dalam negara bangsa Umno... kahkahkah...

  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat dah mula sedaq diri yang Najib dan kabinet dapoq berbangsa Umno kaki kencing...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat tergelak guling guling tengok fitnah liwat yang kian gawat...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat Malaysia lagi meluat kat Mahathir dan Najib bila pasai tak percaya Anwar main pelacur Cina... kahkahkah...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat dah tau rakyat akan terpaksa membayar lebih 30 peratus kos kenaikan semua jenis barangan lepas nih...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat jadi huru hara, pakat risau harga barangan nak naik lebih teruk dari 2008 lalu...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat mula muak dengan kelaku hodoh bangsa Umno kelola ekonomi negara...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat mula bukak mata, dok nampak rasuah bermaharajalela, Umno dah jadi parti caca marba...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat nampak tengok Umno begitu sibuk menjunjung kroni bagi mendapat keuntungan yang bukan sedikit
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat baru tau adanya sabsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang depa bagi kat syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat IPP.
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat mula dok tanya, cukai kepala pun kena bayaq, cukai makan minum kena hentam... tapi harga barang dok melambung tinggi jugak...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat dah mula dok tanya, saiz punggung bik mama tu berapa... kahkahkah...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat mula tengok bibir merah Najib bila pulak nak pucat...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat tak sabar sabar dok kira, bila la pulak nak pilihanraya...

Gambar tragedi tanah runtuh

Posted: 22 May 2011 04:00 AM PDT

Biaq depa berkelahi... baik untuk Malaysia... kahkahkah...

Posted: 22 May 2011 02:51 AM PDT

Jangan salah paham, ni bukan MIC yang aku maksudkan walaupun depa tu sama ngan bangsa MIC dalam BN tuh... disalahguna untuk buat wayang... kahkahkah...

Hangpa tak dengaq ka MIC pun dah join sekaki dok gasak JPA pasai biasiswa? Kahkahkah... baguih, kita api apikan lagi bagi panaih. Biaq depa berkelahi sesama sendiri tak pa. Sebab itu baik untuk Malaysia. Biaq depa bergomoi sesama depa baguih, kerana ianya baik untuk kesihatan rakyat Malaysia teramai.... kahkahkah....

MIC ni pun satu bangsa yang paling tak konsisten. Bangsa MIC ni adalah sepusat sepusing dengan puak puak bangsa UMNO jugak. Main wayang ja lebih.... tapi kita kena pandai tengok tang mana lubang yang baik untuk kita jalankan jarum dan letak batu api bagi hangit... kahkahkha...

MIC kata depa kesal dengan tindakan JPA pasai pembahagian pembiayaan biasiswa yang didakwa parti komponen BN itu sebagai tidak adil dan mahukan satu siasatan bebas... kahkahkha.... mana dia PERKASA?  Tak mau bakaq bendera MIC ka? Mana dia Pemuda UMNO? Takkan nak tengok saja MIC dok kacau kuota biasiswa untuk anak anak hangpa nih? Mana dia Gerakan tak join sama ka? Atau Gerakan dan nak gerak keluaq dari BN dah? Hahaha... Mana dia MCA, hangpa dah kaya kot... sebab tu tak rasa sakit macam MIC? Kahkahkah...

Berahim Ali jatuh lubang yang dia korek sendiri... kahkahkah...

Posted: 21 May 2011 11:00 PM PDT

Ibrahim Ali: Saya pun bantu Cina, saya bukan rasis
May 21, 2011

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mempertahankan beliau bukan seorang yang rasis sebagaimana didakwa sesetengah pihak, sebaliknya berkata turut menghulurkan sumbangan dan bantuan tanpa mengira kaum.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata beliau turut membantu masyarakat Cina dan yang terbaru memberi sumbangan kepada petani-petani kaum itu di Kampung Chetok, Pasir Mas.

Selain itu, jelas pemimpin bersuara lantang ini beliau turut memberikan sumbangan RM5,000 kepada tokong Cina dan pelajar-pelajar kaum itu.

"Ini bukti Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa tidak rasis, prihatin kepada semua kaum demi 1 Malaysia.

"Yang bezanya, apa yang dipertahankan ialah asas Perlembagaan Persekutuan dan titah dan ingatan dari Majlis Raja-raja," katanya dalam kenyatan SMS hari ini.

Dalam kenyataan itu, Ibrahim meminta beberapa portal berita termasuk The Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today, akhbar berbahasa Inggeris, The Star dan akhbar Cina agar melihat gambar beliau bersama petani-petani Cina, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini untuk membuktikan beliau seorang bukan rasis.

Ibrahim juga berkata, beliau telah memberi sumbangan mencecah ratusan ribu untuk membantu tiga tokong Cina di kawasan Parlimen itu.

Perkasa dilabelkan sebagai rasis kerana sentiasa menyerang kaum-kaum lain dan hanya mempertahankan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

Malah Perkasa juga dihentam hebat apabila menyokong gelombang "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan Utusan Malaysia.

Semalam, Perkasa bersama Pemuda Umno dan Kimma mengadakan perhimpunan menyokong Utusan Malaysia.

Bangsa Umno mana ada akai nak di pakai

Posted: 21 May 2011 09:00 PM PDT

Ni la puak puak bangsa Umno... akai depa boh kat pungkok... kahkahkah...

Aku jumpak dengan sorang kawan berbangsa Umno pagi tadi waktu tunggu bini aku perabih duit kat pekan sehari tuh...

Sambil bertanya khabar hang aku, kita tak buang masa banyak terus saja ke topik politik semasa. Tapi puak Umno ni memang bangang pun, macam yang aku kata la... bangang ni memang diwujudkan untuk Umno....

Dalam bini dia dok jinjing bakoi yang tak penuh ngan sayoq ikan tu pun dok tak sedaq lagi BN tu adalah parti bagi bangsa BARANG NAIK? Dok angkat Umno lagi walaupun si bini dia dok juih mulut belakang dia... Apa punya bahalol bangsa Umno nih... Bini dok merungut duit habih dekat seratus dah, ikan baru dapat dua jenih ngan ayam sekoq... Sayoq baru dapat tiga ikat... Yang laki dok tak sedaq diri lagi... Yang dia tau apasal Anwar tak letak jawatan dah terbukti Anwar tu tak bermoral...

Puak Umno ni ingat, makna politik bagi depa ialah jatuhkan Anwar ja... lain tu tak dak dah... Tapi lain dengan Pakatan Rakyat (PR). Aku cerita kelainan dia sebab berpolitik dalam PR bagi kami ialah kesenangan dan keadilan bagi rakyat. Ini politik PR dan tujuan PR diwujudkan. Bukan mengkayakan kroni dan memfitnah orang lain... Ada Anwar ka tak dak Anwar ka, politik cara kami ni tetap akan ada orang lain yang teruskan.

Sepatutnya orang Umno ni kena pikiaq mamcana aku ni pikiaq jugak... kita ni sebagai rakyat Malaysia patutnya dah risau sangat dah dengan kenaikan harga baragan nih... Tak risau mai mana, cukai dah bayar... makan minum dan guna servis kat luaq pun kita yang bayaq cukainya... Duit semua tu tak cukup lagi ka sampai nak kena penaik harga barangan lainnya? Hidup kat malaysia ni macam macam cukai dah dibayar. 23 juta rakyat Malaysia tu, memang ramai beb... Takkan tak cukup lagi nak tampung pemerintahan negara?

Opppsss... bangsa Umno mana ada akai untuk dipakai... kahkahkah...

Tragedi Tanah Runtuh : Senarai Nama Mangsa

Posted: 21 May 2011 08:00 PM PDT

Kajang, 22 Mei - Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Senarai nama mangsa :

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,

 Sembilan yang terselamat:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiq, 23,

* umur tidak diketahui

Anwar cuci tangan projek IC

Posted: 21 May 2011 07:46 PM PDT

Peminat gusti mesti sedih gila nih...

Posted: 21 May 2011 07:00 PM PDT

Wallawoiii.... peminat peminat fanatik gusti sezaman dengan Hulk Hogan diera 80'an mesti berduka nih.

Si 'Macho Man' si pesaing terkenal zaman gusti masa tu telah meninggal dunia akibat sakit jantung. Randy 'Macho Man' Savage, intang gusti terkenal era tahun 1980-an dan sezaman dengan Hulk Hogan, Randy 'Macho Man' Savage meninggal dunia di Seminole, Florida, Amerika Syarikat (AS) selepas terlibat dalam satu kemalangan kerana diserang sakit jantung ketika memandu.

Berusia 58 tahun, kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok pada pukul 9.25 pagi waktu tempatan.
AKSI 'Macho Man' melawan Hulk Hogan dalam pertarungan Wrestlemania V pada tahun 1989 di Atlantic City.

Isterinya, Lynn Payne yang dikahwini sejak Mei tahun lalu turut berada di dalam kenderaan sama. Payne bagaimanapun selamat dengan hanya mengalami cedera ringan.

Macho Man yang nama sebenarnya ialah Randy Mario Poffo cukup terkenal dengan fesyen pakaian berwarna terang, topi koboi dan ungkapan 'Ooh yeah!'. Memulakan kerjaya sebagai ahli gusti profesional pada tahun 1985, Savage telah memenangi lebih 20 gelaran dalam pertandingan gusti WWF, WCW dan WWE. - Agensi

Jamal Abdillah buat hal lagi ka?

Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT

Kecewa sikap Jamal
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

TERSERGAM...pelbagai kemudahan terdapat di Pengasih.

KUALA LUMPUR: "Artis ini tak sumbang apa-apa pun sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini. Dia cuma bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja," kata Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, ketika meluahkan kekecewaannya terhadap penyanyi popular Jamal Abdillah, 52.

Menurut Yunus, walaupun menggunakan pelbagai kemudahan di pusat itu sepanjang lima tahun lalu, tidak banyak sumbangan diberikan Jamal kepada Pengasih sedangkan dia seorang artis popular.

"Saya tahu dia banyak duit tapi kalau nak minta...sorry.' Terpulanglah kepada dia sendiri menyumbang," katanya.

Menurutnya, Jamal yang nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.

Yunus berkata, tempoh penghuni yang menjalani pemulihan dadah di pusat itu dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tiga, enam bulan dan setahun sebelum dibenarkan keluar bagi memulakan kehidupan baru.

Saksi tragedi tanah runtuh

Posted: 21 May 2011 03:00 PM PDT

Tiada ulasan: