Selasa, 10 Mei 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


BABI SIAL PUKIMAK LAHANAT UMNO.....UMNO khianati Tanah Simpanan Melayu

Posted: 10 May 2011 05:41 AM PDT



Tanah Rezab (Simpanan) Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermula 44% TRM yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar untuk Univeristi Tuanku Abdul Rahman (UTAR).

200 ekar tanah rizab Melayu, tapak kilang simen Perak Hanjoong di jual kepada YTL.
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.

26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu kepada Vicent Tan.

Pada tahan 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) diambil untuk projek kolam udang.

Tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.
Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun oleh orang tempatan telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.

Pulau Batu Putih terlepas pada Singapura.

Seluas 273 ekar rezab Melayu Kg. Chu Badak Sentul K.Lumpur yang diduduki oleh 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Penchala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab Melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai Timur)

Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada Cina Singapura.

Reaksi Menteri UMNOPorno Yang Berjiwa BEBAL....!!!!

Posted: 10 May 2011 05:27 AM PDT



Memang jelas jarak firasat dan kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dengan sekurang-kurangnya tiga menteri Umno yang nyata kontang idea mengenai soal kenegaraan dan juga bagaimana membaja keharmonian di Malaysia.

Apabila diminta komen beliau berhubung kegemparan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia pada Sabtu 7 Mei lalu, dengan tenang pemimpin dan ahli agama itu menguis soalan dengan mengatakan "tidak mungkin beliau boleh mempercayai laporan Utusan Malaysia".

Pendirian Nik Aziz memang berasas. Ini kerana komponen utama Barisan Nasional, MCA sendiri kini menggerakkan kempen untuk memboikot akhbar millik Umno itu.

Perihal Utusan tidak menghormati nilai dan sensitiviti kaum lain dalam melaksanakan apa yang didakwanya sebagai "memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam" memang sudah diketahui umum.

Dalam kes ini, pendirian Utusan itu seolah-olah diperakukan oleh tiga menteri Umno –Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan Menteri Komunikasi, Multimedia dan kebudayaan, Rais Yatim, dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom.

Ketiga-tiganya bingkas menggertak sesiapa sahaja yang cuba membangkitkan sentimen agama dan mengancam kehormonian dan keselamatan Negara akan dikenakan tindakan tegas.

Bagi ketiga-tiganya memberi keabsahan kepada tindak tanduk Utusan itu adalah satu peranan yang perlu diluahkan secara terbuka.

Malah Jamil Khir yang diberi tanggungjawab mengurus halehwal agama Islam lantang mendesak DAP yang dikaitkan oleh laporan Utusan itu sebagai penganjur konspirasi hendak menjadikan Malaysia Negara Kristian dan mahu perdana menteri juga beragama Kristian menyatakan pendirian mereka.

Tidak ada usaha untuk menyiasat sumber berita berkenaan. Soal Utusan tidak berbuat demikian dan memutuskan kaedah penulisan penulis blog adalah sahih memanglah satu pelanggaran etika kewartawanan.

Sedihnya, menteri-menteri Umno yang beragama Islam seolah-olah terus percaya akan kesahihan berita berbahaya itu dan lantas menjerkah sesiapa sahaja yang bertindak mengikut laporan Utusan itu akan dikenakan tindakan tegas.

Usahlah congakan laba politik semata-mata dijadikam sandaran pengurusan Negara.

Kasihanilah rakyat jelata yang mahu hidup dalam Negara yang rukun dan damai. Apakah mungkin menteri-menteri berkenaan bersikap demikian kerana mereka sebenarnya adalah wakil "kerajaan Umno-BN yang lemah" seperti kata mantan Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad?

Sebab itulah agaknya mereka terkocoh-kocoh membuat sergahan tindakan tegas akan diambil untuk memberi gambaran kepemimpinan yang tegas demi menutup kelemahan ketara selama ini?

Beginilah masalahnya jika pemimpin yang tiada kebijaksanaan dan firasat yang tinggi. Malah diukur dari latar belakang pendidikan ketiga-tiga menteri berkenaan, ia pasti menyuntik keresahan dan kebimbangan rakyat betapa soal keselamatan dan susila komunikasi di kalangan kaum, agama dan juga rakyat boleh dikocakkan oleh menteri yang bersikap semberono ini.

Nik Aziz, misalnya, memberi jawapan yang tuntas mengapa laporan Utusan itu harus dikesampingkan. Latihan ilmu mustahalatul hadis – atau kesahihan rantaian laporan dan sumber hadis – yang adil dan saintifik membimbingnya untuk dengan yakin mengenepikan laporan yang tidak sahih dan sering menjadi punca atau sumbernya berbaur pelbagai kepentingan.

Itu natijah didikan agama. Hishamuddin, Jamil dan Rais wajib faham konsep asas – setiap sumber berita itu harus disemak dan disahkan terlebih dahulu – seperti yang diajarkan Allah dalam al Quran:

"Wahai orang-orangyang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepada kalian membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kalian tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kalian menyesali perbuatan kalian itu" (Al Hujurat ayat 6).

Memang isu yang dilaporkan itu perkara besar. Ia boleh menggerhanakan hubungan di antara kaum dan agama di Malaysia. Sebab itu, sikap berhati-hati perlulah menyaluti setiap tindakan daripada pihak berkuasa. Memang hari ini ketiga-tiga mereka orang yang berkuasa dalam Negara ini.

Namun mereka perlu belajar daripada negarawan seperti Nik Aziz supaya lebih berhikmah dan sentiasa memelihara kepentingan agama.

Bersikap bengis dan kasar seperti yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga menteri Umno itu cuma akan melontarkan gambaran yang agak kurang bersusila di benak dan perasaan mereka yang bukan Islam.

Pemimpin harus memimpin dan bukan memaksa rakyat untuk memilih mufarakah atau meninggalkan Jemaah Negara Malaysia. Jika beginilah sikap pemimpin,nampaknya masih jauh lagi konsep 1Malaysia bakal jadi kenyataan.

Namun ditinjau di sudut lain, pasti akan timbul pertanyaan, mengapa ketiga-tiga menteri Umno bersikap bengis sedemikian. Adakah mereka benar-benar yakin konspirasi Kristian ini sahih? Jika ia, apa dan di mana buktinya? Rakyat bukan sekadar ingin tahu, malah mereka wajib tahu kerana implikasi kepada kerukunan hidup di Malaysia amat besar.

Usahlah keserakahan sikap menyokong tindakan beberapa kerat ekstrimis yang mengarak kepala lembu yang menjadi simbol suci dalam agama Hindu dua tahun lalu berulang. Ia kini boleh disimpulkan sebagai cerminan sikap dangkal ilmu dan mutu kepemimpinan yang rendah.

Jika diyakini Islam itu adil dan martabatnya tinggi maka sikap dan perangai pemimpin-pemimpin Islam juga mestilah luhur dan mulia. Dengan menggertak dan menghunus senjata, ia tidak selalu menanamkan kegerunan pada pihak lain. Ia hanya jadi bahan senda gurau dan kebencian rakyat. Belajarlah menjadi dewasa dan bertanggungjawab.


tvs

Rakyat kaki bontot UMNO-BN....Datang gempa bumi baru nak berubah ke...???

Posted: 10 May 2011 04:37 AM PDT



Jika tanah tidak berubah dengan cangkul, ia akan berubah dengan banjir atau jika tidak mahu juga, ia akan berubah gempa bumi.

Adakah rakyat mahu menunggu datangnya gempa bumi, baru hendak berubah?"
Rakyat mesti ingat, jika tidak mahu berubah ikut cara biasa, bila berlaku gempa bumi, ia akan telan semua sekali termasuk Putrajaya.

Sehubungan itu,  rakyat  wajar  berusaha  untuk mengurangkan bebanan hidup dan menambahkan kebajikan mereka boleh dilaksanakan dengan syarat hasil negara tidak bocor.Negara ini mempunyai sumber kekayaan yang mencukupi untuk membiayai kebajikan semua rakyat asalkan amalan rasuah dihapuskan sepenuhnya.

Semua janji yang terdapat di dalam Buku Jingga bukan janji kosong kerana sebahagiannya sudah dibuat di Kelantan dan Terengganu ketika PAS memerintah termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Meskipun, program dalam buku jingga itu memerlukan berpuluh bilion ringgit namun negara mempunyai sumber lain yang boleh menampung dalam usaha menunaikan kebajikan rakyat.

Sebagai contoh, PAS telah menghapuskan tol, cukai pintu dan lesen peniaga-peniaga kecil ketika memerintah Terengganu kerana ketika itu negeri mempunyai sumber royalti minyak.

Kemudian kerana khianat BN menafikan royalti minyak kepada rakyat Terengganu, namun kerajaan negeri di bawah PAS ketika itu tetap laksanakan program kebajikan rakyat.

Kerajaan menaikkan cukai orang kaya, cukai barangan di masa sama, tiada cukai terhadap orang miskin, ini boleh dilaksanakan dengan mudah..

Namun kini, BN tidak naikkan cukai orang kaya dan korporat kerana sebahagian besar golongan itu banyak membantu BN di dalam usaha mengekal kuasa politik mereka.
Boleh buat sebenarnya namun rakyat diperbodohkan, boleh buat senang sahaja, tunaikan amanah

kaedah Islam jika memerintah negara lain tidak memunggah hasil sesebuah negara itu dibawa ke pusat selagi tidak selesai masalah di daerah dan negara itu.Inilah catatan sejarah yang menyebutkan ketika Islam memerintah Parsi, Rom dan Utara Afrika, kerajaan menyelesaikan masalah rakyat negeri terlebih dahulu.

Tindakan ini menyebabkan orang bukan Islam masuk Islam dan lebih rela berada di bawah kerajaan Islam kerana semua rukun hidup dipercumakan," Iia boleh dilaksanakan kerana Thailand boleh lakukan dengan tiada bayaran cukai jalan untuk kenderaan dan tol di jalan raya kerana mereka mempunyai sumber-sumber lain.

Di Britain sekarang ini setiap bayi yang baharu lahir diberikan wang susu mereka dan orang tua diberikan wang sara hidup termasuk mereka yang mengganggur.Dengan syarat tiada rasuah dan kendalikan sumber negara dengan betul, pasti ia boleh selesaikan banyak masalah rakyat dalam negara ini, jelasnya.

Sedihnya kerana rakyat negara ini ditipu sejak sekian lama tetapi tidak berani melakukan perubahan dengan menukarkan kerajaan dengan pemimpin lebih baik.Di negara lain jika pemerintah buat silap, rakyat berani buat perubahan namun di negara kita buatlah kesilapan beratus kali pun, rakyat tetap tidak berani buat perubahan.Pemikiran sebahagian rakyat jadi beku seperti berada dalam peti ais namun begitu Allah tetap akan lakukan perubahan juga akhirnya...

Bakar api perkauman...UMNO-BN bakal jalan operasi lalang 2...????

Posted: 09 May 2011 04:22 PM PDT



Tidak mustahil pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat menjalankan Operasi Lalang ke 2, ekoran tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan pimpinan Umno-BN sejak kebelakangan ini. Beliau merujuk laporan akhbar Utusan Tindakan mereka kini mirip seperti yang terjadi pada 1987, iaitu tuntutan ekstrim oleh kelompok tertentu dalam parti komponen Barisan Nasional.

Waktu itu (1987) Lee Kim Sai (Ketua Pemuda MCA) menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina. "Tetapi tangkapan tidak dibuat kepada mereka, sebaliknya ahli politik pembangkang dan pemimpin NGO yang disumbat dalam ISA..

Najib kini mula menjalankan peranan yang pernah dimainkannya pada 1987 sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno, dengan mengapi-apikan sentimen permusuhan keagamaan dan kaum di kalangan rakyat Malaysia.Ia ditambah dengan beberapa kenyataan pimpinan Barisan Nasional sejak mutakhir ini, termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang membuat kenyataan akan menyertai KEADILAN sekiranya parti itu bersedia menggugurkan hak keistimewaan orang Melayu.

Justeru itu,  tidak menghairankan apabila Umno melalui Utusan Malaysia cuba memarakkan lagi kebencian orang Melayu-Islam dengan memapar laporan pada muka depannya yang bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?' 7 Mei lalu.

"Sekarang, Utusan Malaysia mengapi-apikan perasaan orang Melayu seolah-olah Pakatan Rakyat tidak peduli dengan kedudukan agama rasmi Persekutuan, iaitu agama Islam.
Ini adalah putar belit fakta dan Ketua Pengarang Utusan Malaysia sepatutnya dipanggil polis untuk memberikan keterangan....

Sementara itu,kita menasihati pimpinan Pakatan Rakyat untuk tidak secara terbuka memberikan kenyataan berhubung isu sama bagi mengelakkan manipulasi media Umno-BN.Barisan Nasional sangat terdesak sekarang ini. Mereka merancang perkara yang lebih jahat berbanding apa yang berlaku sekarang.Pertama, mereka akan terus menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merekacipta fitnah yang lain. Dan pemimpin Umno-BN akan berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku...

Ini adalah permainan mereka. Momentum rakyat untuk mengubah pemerintah memang ada, bahkan orang Umno sendiri meluat dengan berita yang sampai kepada mereka.
Kita jangan terperangkap dengan isu perkauman dan sentimen agama yang dicipta.

kote UMNO-BN yang tersepit kerana seekor anjing....!!!!

Posted: 09 May 2011 04:13 PM PDT




Barisan Nasional (BN)  perlu bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian tidak diingini, yang kemungkinan menimpa komuniti Kristian ekoran tindakan parti itu memperakui dakwaan laporan Utusan Malaysia kononnya pihak berkenaan mahu mengubah status Islam di negara ini.

Perikatan itu sengaja enggan menghukum akhbar milik Umno itu, yang menyebarkan kempen membenci dengan pembohongan terhadap komuniti Kristian.Dengan kegagalan menghentikan kempen pembohongan Utusan Malaysia yang berterusan, akhbar milik Umno, kerajaan BN, (sebenarnya) mencetuskan kebencian ke atas komuniti minoriti Kristian..

Kita  sangat bimbang kerana kempen pembencian terhadap Kristian oleh Utusan Malaysia kemungkinan tidak akan berakhir dengan serangan lisan yang disaksikan sekarang.Kerajaan BN perlu memikul tanggungjawab penuh ke atas sebarang kesan tidak diingini terhadap komuniti Kristian di Malaysia berdasarkan kempen pembencian bersifat berbohong Utusan....

Turut di kecam adalah  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berjanji akan laporan itu akan disiasat tanpa mengatakan bahawa tindakan akan diambil terhadap akhbar harian terbabit yang menyiarkan laporan palsu.

Sangat jelas, kerajaan BN bukan sahaja telah gagal untuk menghentikan Utusan Malaysia daripada meneruskan serangan-seranganya tidak berasas sedemikian, malah memberi galakan kepada mereka dengan menjanjikan tindakan ke atas pastor-pastor Kristian dan DAP jika mendapati (laporan) adalah benar.

Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengenakan tindakan tegas ke atas Utusan Malaysia apabila pembohongan Utusan didedahkan?Seolah olah Utusan Malaysia kini menikmati kekebalan penuh untuk menyebarkan dakwaan-dakwaan tidak berasa tanpa berhadapan dengan kemungkinan dihukum kerana laporan palsu.

Adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab bagi Umno bermain api dengan menyebarkan pembohongan menerusi akhbar Utusan Malaysia hanya untuk menerima sokongan Melayu tanpa mempedulikan kosnya.Ramai pemimpin Kristian telah melahirkan rasa tidak senang mereka ke atas pembohongan-pembohongan provokatif dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa kumpulan pastor Kristian bekerja dengan DAP untuk mewujudkan negara Kristian dan melantik perdana menteri (dari kalangan orang Kristian),


Isu Kristian - yang mula dicanangkan oleh "seekor anjing" bigdogdot.com yang kemudian disebarkan oleh akhbar penyebar fitnah blogger UMNO, Utusan Malaysia, telah menjadi api yang membakar di sana sini.

Kini, isu tersebut telah menikam UMNO BN. Mata masyarakat bukan-Islam terbuka luas sikap hipokrit Najib yang kononnya membawa obor 1Malaysia. Maruah UMNO BN penuh terpalit dengan najis anjing tersebut

Lepas satu-satu fitnah cuba ditaburkan oleh UMNO BN ini, selepas video seks yang gagal, kesemuanya kini menjadikan UMNO BN sebagai parti pemfitnah terunggul negara.

Jika esok pilihanraya UMNO BN pasti berkubur! Dan kalahnya UMNO BN adalah kerana anjing besar itu bersama si Luncai bernama Utusan.



berkaitan...


Kristian-Islam: Pastor Pulau Pinang kecam laporan Utusan

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Pastor-pastor Kristian Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya laporan Utusan Malaysia kelmarin mendakwa pihaknya berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara dan perdana menteri pula dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, Pastor-pastor Kristian Pulau Pinang berkata DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah meminta pastor-pastor Kristian untuk berdoa meminta keberkatan Tuhan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian ataupun memiliki pengikut Kristian sebagai perdana menteri.

"Pastor-pastor Kristian dan gereja-gereja sentiasa berdoa untuk kebaikan, keamanan dan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian di kalangan semua kaum dan juga kepimpinan yang jujur dan adil," kata kenyataan bersama itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan pastor-pastor Kristian Pulau Pinang dan Ketua Menteri negeri itu.

Justeru, pastor-pastor Kristian dan Gereja berkata mereka tersinggung kerana pembohongan sedemikian disiarkan dalam media massa.

"Kami dengan tegas dan ikhlas menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menerbitkan dan menyebarkan pembohongan yang bahaya, yang telah mengganggu keharmonian masyarakat, mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia," kata kenyataan itu lagi.

Kata kenyataan itu, mereka risau kerana Utusan Malaysia menyebarkan pembohongan-pembohongan merbahaya, yang menjadikan penganut-penganut Kristian bahan kebencian dan menghasut perasaan membenci terhadap komuniti Kristian yang mungkin membawa kepada kesan-kesan tidak diingini.

Kenyataan itu menambah, Lim akan terus mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian, biskop dan pastor sebagaimana beliau melakukan dengan pemimpin-pemimpin agama lain selaku kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. -TMI

Tiada ulasan: