Rabu, 11 Mei 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


COBAAN MEMBUNUH ANWAR?

Posted: 11 May 2011 12:09 AM PDT

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

NONESehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.

NONESelepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganyahttp://www.malaysiakini.com/news/163712

Harga minyak jatuh AS$101 setong:UMNO NAIKKAN PULA 20CEN CISSSSSSSSS

Posted: 10 May 2011 08:02 PM PDT

Harga minyak di Asia jatuh kepada AS$101 setong hari ini.

oil world market 141008 04Sehubungan itu, peniaga mengunjurkan pertambahan inventori minyak mentah mingguan Amerika Syarikat susulan permintaan yang lemah.

Menurut laporan AP, penanda aras minyak mentah bagi Jun jatuh dalam lingkungan AS$1.65 kepada AS$100.90 setong bagi tempoh pertengahan dagangan elektronik Kuala Lumpur bagi Bursa Merkantil New York.

Sementara itu, kadar kontrak mencatatkan peningkatan AS$5.37 atau 5.5 peratus sebelum reda pada AS$102.55 pada Isnin.
Di sebalik penurunan itu, bermula 5 Mei lalu, petrol RON 97 dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, iaitu meningkat lagi sebanyak 20 sen.
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Pandikutty untuk politik jijik BN, bukan Najib

Posted: 10 May 2011 07:00 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan perkataan pandikutty berkaitan dengan politik kotor dan jijik yang diamalkan oleh Barisan Nasional, bukan ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Demikian penjelasan Naib Presiden PKR, N Surendran yang turut berada pada majlis bersama Anwar di sebuah majlis di Klang pada 7 Mei lalu.
Beliau merujuk kepada tuduhan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan akhbar Umno seperti Utusan Malaysia bahawa Anwar menggunakan perkataan pandikutty terhadap Najib pada majlis itu.
"Perkataan ini bermakna babi kecil. Saya berada di majlis tersebut dan mengesahkan di sini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan perkataan tersebut terhadap Najib," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sekali lagi, katanya suatu tuduhan yang palsu sama sekali telah dibawa terhadap Ketua Pembangkang oleh parti BN dan media massanya.
"Perdana Menteri sendiri telah mengulangi tuduhan palsu ini dalam komennya pada hari ini yang menyerang Anwar Ibrahim atas isu ini," ujarnya.
Menurutnya, adalah juga ironis untuk mendengar rungutan remeh seperti itu daripada parti BN yang telah melemparkan berbagai-bagai fitnah melampau dan jahat ke atas Ketua Pembangkang sejak tahun 1998.
BN juga, ujarnya tidak pernah teragak-agak untuk memperalatkan badan kehakiman dan polis untuk membawa tuduhan jenayah palsu terhadap Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain.
"Meskipun ini, Najib masih tergamak untuk menuduh ketua pembangkang mengamalkan politik tidak beretika dalam kenyataannya hari ini," katanya.
Tambahnya, adalah jelas bahawa Barisan Nasional menganjurkan kontroversi palsu dan kosong seperti ini untuk cuba mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan pemerintahan BN dan kenaikan harga petrol dan barangan yang tidak wajar.
"Kami sekali lagi menuntut bahawa pemimpin BN hentikan politik kotor dan pengeluaran kenyataan palsu dengan segera," ujarnya.

DUN: 2 ADUN Umno tak percaya laporan Utusan

Posted: 10 May 2011 06:00 PM PDT

Dua ADUN Umno Pulau Pinang berkata mereka tidak percaya laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa DAP dan sekumpulan
pastor Kristian merancang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

Sewaktu membentangkan usul melarang akhbar milik Umno itu membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang,
Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertanya kepada Datuk Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) sama ada beliau percaya laporan itu.

Lim, yang membentangkan usul terhadap satu laporan Utusan pada 11 November tahun lalu berhubung kos pengubahsuaian kediaman
rasminya, mengecam akhbar harian Melayu itu kerana sering membangkitkan isu-isu sensitif untuk memecah-belahkan rakyat pelbagai kaum di negara itu.

NONEHilmi (kiri) sebelum itu mengakui Umno mungkin pemegang saham terbesar Utusan, tetapi ia tidak semestinya menerima semua yang
dilakukan oleh akhbar tersebut.

Katanya, seperti juga akhbar-akhbar lain, Utusan adalah sebuah entiti perniagaan dan cenderung untuk mensensasikan artikelnya untuk meningkatkan jumlah pembacanya.

Bagaimanapun, Hilmi meminta supaya menunggu hasil siasatan untuk mengetahui siapa yang memutarbelitkan berita tersebut.

Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) kemudiannya mendesak Hilmi mengakui bahawa laporan kontroversi itu bertujuan untuk
membangkitkan isu perkauman.

Beliau menggesa Hilmi, sebagai seorang pemimpin Umno, supaya memastikan akhbar tersebut tidak mengulangi kesilapan sedemikian kerana ia memudaratkan negara Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.

Katanya, Hilmi berkata akhbar-akhbar lain juga mensesasikan isu tetapi "kita tidak nampak yang lainnya berbuat demikian, tetapi hanya Utusan".
"Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh Umno untuk memastikan ia tidak berulang?" tanya Jagdeep.
Lim kemudiannya meminta Hilmi menyatakan pandangan peribadinya sama ada beliau percaya laporan itu, yang berdasarkan kepada
maklumat tidak disahkan di dua blog pro-Umno.

"Sebagai rakyat Malaysia, bila saya mula-mula baca laporan itu, saya tidak percaya sama sekali," kata Hilmi.

"Kita telah hidup harmoni dengan semua kaum buat sekian lamanya... jadi biarkan kita tunggu siasatan dan kemudiannya kita boleh mengesahkan siapa yang melakukan ini. Saya percaya kita semua rasional," tambahnya.

Lim kemudian berkata "syabas!" dan terus bertanya kepada seorang lagi ADUN Umno sama ada beliau percaya laporan itu.

pulau betong adun muhammad farid saad pc on my balik pulau newsletter 060211 01Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong, kanan) menjawab: "Saya
mahukan sebuah negara yang aman."

Bila terus didesak oleh Lim Farid meminta supaya menunggu hasil siasatan.

Bila diminta menjawab secara jujur, Farid berkata: "Saya tidak percaya laporan itu."

Hanya Hilmi dan Farid ADUN Umno yang berada dalam dewan ketika usul untuk melarang Utusan membuat liputan persidangan DUN dibentangkan. Usul itu kemudiannya diluluskan.
Lulus tiga usul
Sementara itu, Bernama melaporkan DUN Pulau Pinang hari ini ditangguhkan dengan meluluskan tiga usul termasuk usul mengharamkan wartawan akhbar Utusan Malaysia membuat liputan persidangan dewan itu berkuatkuasa, hari ini.

Lim berkata, usul itu dicadang ekoran akhbar itu didakwa sering menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri.

Katanya, merujuk kepada satu laporan satu berita Utusan Malaysia bertarikh 11 November 2010, akhbar itu memetik kononnya seorang wakil rakyat Shahbudin Yahya (BN-Permatang Berangan) mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.5juta untuk membaiki banglo yang didiami oleh Ketua Menteri iaitu Seri Teratai.

"Bagaimanapun Shahbudin menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan itu ketika disoal dalam DUN dan ini menunjukkan Utusan Malaysia telah menyiarkan laporan palsu," katanya dalam sesi penggulungan persidangan DUN.

Beliau berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN turut melakukan siasatan dan memanggil ketua pengarang Utusan Malaysia untuk memberi keterangan tetapi beliau atau wakilnya tidak hadir.

Lim berkata, tambah membimbangkan ialah apabila akhbar itu mengeluarkan berita fitnah berunsur perkauman dan keagamaan kononnya terdapat perhimpunan paderi Kristian di negeri ini yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan mahukan perdana menteri dari kalangan penganut agama itu.

Bagaimanapun, usul itu diluluskan dengan sokongan majoriti anggota DUN penyokong kerajaan negeri.

Dua lagi usul yang diluluskan ialah Rang Undang-Undang Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dan usul mengesahkan pengenaan dan pemungutan fi caj air atau surcaj oleh pihak berkuasa negeri selama tempoh mulai 1 Januari 2001 hingga 31 Oktober 2010.

Persidangan DUN ditangguhkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Tiada ulasan: