PEJUANG PRO DEMOKRASI |
- Kepala Butoh La ! Tak Naik,
- Menjadi Batu Api adalah tugas Gerombolan!
- Lain Kali Ajak Gerombolan Main Kat Jalanraya
| Posted: 25 May 2011 04:35 AM PDT Kalau Tak Naik Abes Tu Apa? Takkan Selaras Rasionalisasi Kot???? TIADA KENAIKAN RON95,DIESEL DAN LPG-Mkini ![]() Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sab ri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG). "Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya. Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan. "Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini. Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram. Tiada kaitan pilihan raya Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lalu.Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini menga kibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini. Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama. Ditanya adakah pengekalan harga bahan api ini ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Ismail berkata: "Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya." "Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan ![]() raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka. Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan," katanya. Ismail juga menolak tanggapan bahawa pengekalan harga bahan api itu juga adalah berikutan desakan pembangkang. "Kita tidak dengar pun daripada pembangkang. Pemuda Umno pun ada buat usul dan sebagainya. Ia bukan sebab pembangkang," katanya. Ismail juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terpengaruh dengan khabar angin terutama yang dibawa oleh parti pembangkang. "Saya dapat lihat dalam blog, dalam Facebook, dalam risalah yang dikeluarkan oleh pembangkang mengatakan bahawa kerajaan akan menaikkan harga. Ada yang kata 20 sen, 30 sen. Semua cerita itu adalah cerita bohong, cerita tidak benar," katanya. LSS: Tak payah kelentong banyak - banyak! makin banyak kelentong,makin banyak "kencing" makin haring di punya bau! dulu kata tak naik naik jugak.Lepas tu kata kekal,Kekal ape ke benda mencanak - canak jugak dia naik. Ini semua kalau tak pasal Pilihanraya abis tu pasal apa? takkan pasal babi dok bertenggek kat atas batu kot! ini benda biasa la,trik lama orang dia biasa tengok! kalau dulu asal Pilihanraya aje Harga getah mesti Naik! Lepas tu gerombolan dok canang kat semua orang yang mana mereka dah berjaya naik tarafkan hidup rakyat.Tapi yang pelik lepas tu harga getah akan menjunam jatuh ke bawah! meleleh air liur Makcik - makcik Felda! Sebelum Pilihanraya kasi turun Harga minyak pasal nak kelentong orang kampung dan makcik - Makcik Felda yang mengatakan bahawa gerombolan berjaya selamatkan ekonomi orang kampung.Lepas abis Pilihanraya,kuasa dah dapat,negeri dah rampas konpom harga minyak akan naik mencanak - canak balik! Rasionalisasi Beb! |
| Menjadi Batu Api adalah tugas Gerombolan! Posted: 25 May 2011 04:10 AM PDT POLIS SIASAT MASJID DI SIMBAH CAT,KEPALA BABI DI GANTUNG-Mkini ![]() Polis Pulau Pinang sedang menyiasat kejadian sebuah gerai cendol berdekatan Masjid Lama Sungai Bakap di Nibong Tebal yang disimbah cat merah dengan kepala khinzir digantung di hadapan gerai berkenaan. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata, kejadian itu dipercayai berlaku awal hari ini dan disedari oleh sekumplan jemaah yang baru pulang selepas solat Subuh di masjid pada pukul 7 pagi. Polis percaya ia dilakukan sebelum waktu subuh," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata siasatan awal mendapati peniaga gerai berkenaan pernah menerima satu panggilan amaran dari seseorang pada Mac lalu. Pemanggil itu tidak menyatakan sebarang ugutan sebaliknya mahu peniaga cendol berkenaan supaya berhati-hati dan polis tidak menolak kemungkinan kes tersebut ada kaitan dengan kegiatan kongsi gelap, katanya. Ayub meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan kes itu dengan isu perkauman dan agama. "Saya menyeru kepada semua pihak agar tidak mengaitkan kes ini dengan isu sensitif kerana ianya membabitkan seorang individu sahaja," katanya. Beliau berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak atau kumpulan yang terbabit dengan perbuatan seumpama itu dan meminta mana-mana peniaga yang menjadi mangsa agar segera membuat laporan polis. Katanya kes itu disisasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan secara Jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan. ![]() LSS: Ini lah tugas utama regim United Malays National Organsation dan mana - mana regim diktator dalam dunia ini.Regim takkan berasa senang kalau semua bangsa yang berlainan agama boleh bersatu padu.Mereka ini semua (Islam,Hindu,Buddha dan Kristian) mesti di laga - lagakan antara satu sama lain. Andai semua feksyen agama di negara boleh bersatu padu maka ini satu bala bencana buat gerombolan United Malays National Organisation! Kerana Apabila semua bangsa dan agama ini bersatu maka arahnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke bawah. Tak percaya? Cuba lihat di Mesir apabila Umat Islam dan Kristian bersatu padu dan sepakat untuk turun berdemonstrasi di Jalanraya maka Mubarak yang selama ini menjadi barua Amerika - Israel telah terhumban ke jalanraya. Apabila Umat Islam sedang mendirikan Solat di dalam Masjid maka Orang Kristian akan berkawal di luar masjid untuk menjaga keselamatan Umat Islam kerana mereka tahu mereka saling memerlukan antara satu sama lain demi Menghumbankan Mubarak ke dalam Sungai Nil. Maka andai semua bangsa dan agama bersatu - padu maka ia akan menjadi satu kuasa yang hebat untuk menghumbankan regim macam gerombolan United Malays National Organisation! Oleh sebab itu mengapa agen - agen rahsia gerombolan di hantar untuk menggantung kepala babi dalam masjid dan surau,membakar gereja kristian dan mengarak kepala lembu! ini semua atas sebab mereka mahu Masyarakat berlainan agama terus bergaduh sama - sendiri kerana ini lah kunci untuk gerombolan berkuasa sampai kiamat! |
| Lain Kali Ajak Gerombolan Main Kat Jalanraya Posted: 25 May 2011 03:38 AM PDT PEMBANGKANG ENGGAN BUBAR DUN DI 4 NEGERI - berita hairan ![]() pembangkang yang kini mentadbir empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan tahun ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata ia antara lain bertujuan memastikan jentera pilihan raya pakatan pembangkang bersedia sepenuhnya menghadapi Barisan Nasional (BN) selain menumpukan perhatian untuk menawan kembali Perak. "DAP akan mencadangkan kepada kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang tidak membubarkan DUN sekiranya pilihan raya umum diadakan tahun ini. "Keputusan (cadangan) ini dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang berlangsung semalam. Bagaimanapun, keputusan bersama mengenainya akan dibuat secara bersama oleh pimpinan pakatan pembangkang tidak lama lagi. "Pucuk pimpinan DAP juga mengulangi pendirian bahawa kita tetap menyokong kepemimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang kembali menguasai Perak," katanya pada sidang media di sini, semalam. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, pula berkata kajian dilakukan pihaknya mendapati pakatan pembangkang mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi DUN Perak pada pilihan raya umum akan datang. ![]() LSS: Yeahhh!!!! bagoss! bagoss! ini adalah yang terbaik antara yang terbaik, jangan sesekali kita terperdaya dengan ajakan gerombolan United Malays National Organisation.Ini perlu di amalkan sampai gerombolan ikut apa kita nak "main". Kalau gerombolan ajak main bola kita kena cakap "busy la bro! hari ni nak layan awek tengok citer "pirates Of Caribbean" esok, tulat atau palat nanti kita main Ok! " Apa saje cadangan semua kita kasi "beta"(tanya budak muda apa itu "beta") itu pasal nak kasi kantoi semua kelentong - kelentong gerombolan United Malays National Organisation .Biar diorang macam cacing kepanasan sket! gerombolan nak kelentong kaw - kaw ,kalau dia kata Islam bukan pengganas itu kelentong pasal Obama kata "islamic is terroris" itu pasal semua benda yang gerombolan United Malays National Organisation cadangkan semua kita kasi "beta" ! Abis tu sampai bila? Sampai gerombolan tanya : Abis tu nak main apa ? Maka kat sini lah peluang kita untuk "main" kan diorang balik! nak main apa? main kat Jalanraya lah!!! menh kita tengok sape dulu kena langgar lori kah...kah....kah |
| You are subscribed to email updates from PEJUANG PRO DEMOKRASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya. 




Tiada ulasan:
Catat Ulasan