Pahang Daily Online |
| Posted: 25 May 2011 01:13 AM PDT ![]() KUANTAN, 25 Mei - Penduduk di bandar ini yang sedang berdukacita akibat masalah gangguan air sejak semalam, diminta bersabar buat seketika. Ini kerana pihak kami mendapat maklumat panas, selepas isu ini di siarkan dalam Pahang Daily Online (PDO) Pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang telah dihubungi bertalu-talu oleh rakyat yang mahukan maklumat terkini. Antara jawapan yang diterima daripada pihak JBA Pahang setakt ini ialah masalah tersebut sedang diatasi dan dijangka akan selesai selewat-lewatnya malam ini. Namun, tidak dapat dipastikan pukul berapa ia akan berakhir. Difahamkan kini pihak JBA terpaksa memberikan berbagai alasan kepada mereka yang menghubungi jabatan terbabit. Operator JBA diarahkan menjawab perkara yang sama tanpa memberi waktu yang tepat. Mereka yang mahu mendapatkan info terkini bolehlah menghubungi talian 09-5121040. Anehnya bila ada yang mahu bercakap dengan pegawai yang berkenaan, tiada jawapan yang diterima. Malahan pihak JBA juga bagai menyembunyikan sesuatu apabila tidak dapat memaklumkan siapakah pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ini. Semua pegawai Operator JBA Kuantan dan JBA Pahang diarahkan menjawab "Pegawai cuma beritahu air akan pulih malam ini", tetapi merahsiakan nama pegawai terbabit. Tinjauan kami ke bandar Kuantan tengahari tadi mendapati banyak restoran popular menutup perniagaan mereka hari ini. Jika ada yang buka sekali pun, mereka terpaksa menggunakan pinggan "polystrin" dan cawan "plastik". Orang ramai yang ditemui kecewa dengan senario yang berlaku, tambahan pula ramai diantara mereka tidak dapat bersiap sedia untuk menyimpan air kerana tiada notis awal yang dikeluarkan oleh JBA. [Maklumat daripada Pejabat Menteri Besar Pahang, juga mahu rakyat bersabar dan mereka akan selesaikan segera. Keadaan yang berlaku ini bukan sahaja menyusahkan rakyat biasa, malahan mereka yang bekerja di jabatan kerajaan dan swasta. Akibat ketiada air, menyebabkan alat penghawa dingin tidak dapat berfungsi seperti biasa. Diharapkan, janji JBA Pahang untuk selesaikan masalah ini sehingga malam nanti dapat ditunaikan. Jika ia berlarutan hingga esok hari, mungkin ramai lagi akan menjadi mangsa. Sesungguhnya apa yang berlaku ini harus dijadikan ikhtibar agar masing-masing "sediakan payung sebelum hujan". Jika berlaku masalah teknikal seperti ini, akhirnya ia menyusahkan kita yang tidak bersedia sebenarnya. Namun masalah ini bukanlah perkara biasa yang berlaku, namun ia cukup memeritkan kepada mereka yang punyai anak ramai atau mahu mengadakan majlis keramaian dan kenduri]. |
| Posted: 24 May 2011 07:19 PM PDT KUANTAN, 25 Mei - Orang ramai di bandar ini amat kecewa dengan masalah gangguan belakan air yang masih gagal diselesaikan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang hingga ke hari ini. Masalah kritikal yang bermula petang semalam itu, telah menyebabkan hampir seluruh bandar ini mengalami gangguan tersebut. Sehingga berita ini ditulis, masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Apa yang menjadi kemusykilan dan kemarahan penduduk ialah pihak JBA Pahang sendiri dilihat masih gagal memberi jawapan yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Tempoh yang tepat bilakah bekalan air itu dapat dipulihkan gagal diberikan. Ini menyebabkan banyak aktiviti ekonomi rakyat lumpuh sama sekali, terutamanya bagi mereka yang mengguanakan air seperti gerai makanan, warung, restoran, kilang-kilang dan sebagainya. Difahamkan pihak terbabit hanya memberi jaminan bahawa masalah sedang diatasi dan kerosakan sedang diperbaiki. Ini amat mendukacitakan mereka yang telah beberapa kali menghubungi pihak terbabit. Sepatutnya JBA Pahang dapat memberi jawapan khusus, contohnya bekalan akan dipulihkan pada waktu tertentu bagi membuktikan komitmen mereka dan bukan membiarkan rakyat tertanya-tanya tanpa jawapan seperti sekarang. Paling mengejutkan apabila ada pihak yang menghubungi talian hotline JBA Pahang 09-5739999, mereka pula diarahkan berhubung terus dengan Jurutera Daerah (JD) sendiri, atas alasan pegawai terbabit tidak menjawab bilakah bekalan air dapat dipulihkan. Ini bermakna, masalah yang melanda ini tidak mempunya "dateline" dan rakyat perlu menunggu dan terus menunggu.[Siasatan pihak kami mendapati gangguan bekalan air yang melanda bandar Kuantan berpunca akibat kecuaian pemandu "Backhoe" sebuah syarikat kontraktor yang sedang melebarkan jalan ke Sungai Lembing. Akibat kecuaian itu, batang paip besar telah pecah dan ini menyebabkan masalah air melanda. Lantaran itulah tiada notis dihantar kepada orang ramai sebenarnya. Kerja-kerja pembetulan masih dilakukan dan kemungkinan besar memerlukan masa yang agak lama untuk dipulihkan. Tinjauan kami semalam mendapati banyak restoran ditutup akibat masalah air. Begitu juga dengan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar, mungkin tidak menjadi masalah yang besar sangat. Namun, bila ia berlaku di kawasan yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri itu sendiri maka kekecohan berlaku di sana sini. Ia bukan sahaja menyulitkan urusan seharian, malah turut membantutkan berbagai acara majlis keramaian. Semoga pihak JBA Pahang dapat menyegerakan kerja-kerja berkaitan dan rakyat diminta bersabar atas apa yang berlaku. Kami masih menunggu jawapan terkini]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan