Rabu, 25 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Orang dah tak sior, depa masih terlior

Posted: 25 May 2011 09:00 AM PDT


Apa binatang Mubarak tu??

Oooo.... bekas anggota rakyat BN di Malaysia. Uuuu... orang-orang BN ler. Ai.. nampak gaya nyer, puak-puak dah jadi macam promoter kepada 'perkahwinan' PAS-UMNO jer. Tanpa segan-silu menyatakan sokongan mereka kepada penyatuan terlarang ini. Berharap sesunguh mereka agar ia menjadi kenyataan.

Weh.... mengkalor PAS dah kata tak sior, tak yah ler sibuk-sibuk dan menyibuk. Orang dah kata tak nak.... tak nak ler. Paham...

Daripada 3 orang yang bertanding tu... si Mubarak ni siap sebut 2 nama yang menjadi favourite mereka@UMporNO. Pertama.... Nasaruddin dan kedua.... Tuan Ibrrahim. Mereka menaruh harapan kepada kedua-dua calon tersebut untuk merealisasikan perkahwinan terlarang antara PAS-UMporNO. Mereka rasa mereka boleh 'makan' kedua-dua calon tersebut.

Well... don't put your hopes up too high, sebab pasti ia takkan menjadi punyer. I can bet on that!!

Tapi..... mengapa nama Mat Sabu langsung tak dimention?? Mat Sabu bukan calang-calang pejuang. Seperti yang aku kata, dia istiqamah dalam perjuangan. Lantang bersuara dan berani ke depan dan menghadapi cabaran. Kita tak payah persoalkan keberanian dia, sebab dia telah teruji. Pernah disumbat ke dalam ISA. Pernah keluar masuk lokap, pernah diheret dan diseret polis dalam perhimpunan rakyat dan turun naik mahkamah dah jadi lumrah baginya.

Namun, semangat dan cintanya pada perjuangan parti tetap jitu. Dan, yang paling aku respek ialah perasaan bencinya terhadap UMporNO tak pernah luntur. UMporNO.... musuh paling dibencinya.

Aha... sebab ituler si Mubarak tak sebut pun nama Mat Sabu... jauh sekali nak meletakkan harapan kepadanya untuk menjayakan perpaduan PAS-UMporNO. Seandainya Mat Sabu terpilih menjadi Timbalan Presiden PAS, punahlah harapan puak-puak laknat ini.

Yang lagi buat aku nak termuntah dengan gelagat Mubarak ini ialah bertapa ghairahnya mereka terhadap konsep 1Malaysia si Najib. Kekuatan 1Malaysia bergatung kepada perpaduan Melayu. Jika Melayu berpecah 1Malaysia punah dan bangsa Melayu akan goyah. Ek ele... asyik-asyik Melayu.... asyik-asyik Melayu.

Weh... siapa peduli dengan 1Malaysia Najib. Boleh pergi jahanamler!! As for Melayu pulak.... Melayu tak rugi apa-apa tanpa UMporNO. Selama ini pun, Melayu asyik kena khianat jer dengan puak-puak lahanat tu. Alo... alooo.... Melayu lebih sejahtera tanpa UMporNO, okay??

So... Mubarak, jangan buang masa. Nah seposen, gi mian jauh-jauh. Menyibuk jer..

[sumber]

Setakat ini... belum lagi. Tak jadi....

Posted: 25 May 2011 02:30 AM PDT


Ooooo.... tidak ada kenaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG. Baguslah... tapi sampai bila?? Tunggu jer ler...

Apa-apa pun, alasan standard mengapa kerajaan hold dulu niat untuk naikkan harga tersebut adalah kerana menjaga kepentingan rakyat. Biasa ler tuuuu..

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Pentadbiran Najib menangguhkan keputusan berkaitan pelarasan subsidi dan soal kajian semula tarif elektrik yang menjadi fokus banyak pihak hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu muncul agenda utama pada mesyuarat Kabinet mingguan hari ini, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tiada keputusan dicapai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan perkara ini tetapi Kabinet tidak dapat mencapai keputusan akhir hari ini.

Kebanyakan anggota Kabinet risau berkenaan dengan beban dan impak kenaikan harga ke atas kumpulan berpendapatan rendah.

"Kami risau mengenai implikasi, tidak banyak berkenaan soal bagaimana ia akan memberi kesan ke atas populariti Barisan Nasional (BN) tetapi bagaimana ia akan memberi kesan ke atas rakyat miskin," katanya ketika dihubungi. - MI

Di sana dah kena. Di sini masih ber'nyawa'

Posted: 25 May 2011 12:30 AM PDT


Hosni tak membunuh secara direct..
Yang membunuh ialah barua-barua dia.
Tetapi dia diheret juga.

Jangan lupa....
Hosni dan 'mem'-nyer juga diheret kerana rasuah

Itu citer di Mesir.

Ini pulak citer di sebuah negara kecil nusantara...


Tok Ketua dan bininya dikaitkan dengan pembunuhan seorang model

Tapi, yang diheret ialah kambing-kambing hitam yang tiada motif.
Cuma, kononnyer mereka dapat arahan daripada dot-dot-dot...
Peliknya... mengapa polis dan peguam negara tak siasat siapa dot-dot-dot tu
Itulah hebatnyer negara kecil nusantara ini!!

Jangan lupa juga...

Tok Ketua ini juga dikaitkan dengan penyelewengan kuasa dan komisyen berjumlah....??
Fulamaakkk, banyak oooo....
Kawannyer yang diheret... terlepas bebas. Bersenang lenang nun jauh di negara orang.
Tok Ketua hingga kini... tak disentuh pun oleh polis dan Peguam Negara.
Peliknya.... yang beriya-iya menyiasat kes ini ialah negara, yang menjadi lubok datangnya komisyen tersebut.
Nak dapatkan komisyen tersebut, kena 'selam' beb!!

Ituler citer negara kecil nusantara, yang penuh dengan perkara pelik-pelik.

Mungkin belum tiba masanyer lagi kot, Tok Ketua negara nusantara ini nak kena. Maklumler masih pegang kuasa. Banyak pulak barua-barua yang menjaganyer. Tak der kuasa nanti, bagaimana agaknyer nasib dia, ya??

[Ilham N3 dari sini]

Who's the real BASTARD??

Posted: 24 May 2011 10:00 PM PDT


or...



This BASTARD got him!!

Transformasi PAS: Ubah agar lebih gagah!!

Posted: 24 May 2011 07:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Mei — Prof Dr A Aziz Bari mengingatkan PAS, komponen Pakatan Rakyat, agar tidak terlalu syok sendiri sekiranya serius mahu menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

Justeru kata penganalisis politik itu, PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu melakukan lebih banyak transformasi dalam parti.

"Yang kita nak cari dalam PAS ini bukan tok imam tapi panglima, pejuang... sebab itu PAS jangan syok sendiri.

"PAS nak syok sendiri atau mahu kemukakan alternatif kepada rakyat, kalau PAS masih bincang berapa ramai tok lebai nak diletakkan di atas (barisan tertinggi PAS) buat apa? Kalau macam ini PAS belum layak untuk menggantikan Umno?" katanya pada pada forum "Melakar Masa Depan PAS" di sini malam tadi.

Selain itu, beliau juga menegaskan ideologi pimpinan PAS bahawa barisan tertinggi harus dari kalangan golongan ulama perlu dikikis selain bersikap lebih terbuka untuk menerima lebih banyak perubahan dalam parti.

"Dalam PAS ini memang ada yang antiperubahan yang mana mereka nak kekal dengan apa yang ada dan memang ada kumpulan yang gabra dengan perkembangan baru ini.

"Ada yang rasa gelisah bila parti ini buka pintu kepada orang bukan Melayu dan mereka yang gabra ini masih bertanyakan perkara ini," katanya penganalisis ini yang seringkali memberikan pandangan keras mengenai masa depan PAS.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad berkata, konsep kepimpinan ulama dari sudut perlembagaan parti itu merujuk kepada Majlis Syura.

Selain itu beliau juga menegaskan tiada dalam perlembagaan parti bahawa barisan kepimpinan harus terdiri daripada golongan ulama.

"Soal kepimpinan ulama kalau dari segi perlembagaan parti merujuk kepada Majlis Syura, tidak mengatakan presiden dan timbalan presiden harus dari golongan ulama.

"Cuma ahli PAS kadang-kadang terpengaruh dengan peranan media dan golongan yang berkepentingan dalam parti yang mengatakan presiden dan timbalan presiden harus dari kalangan ulama," katanya.

PAS, yang berusia lebih enam dekad, akan mengadakan muktamarnya awal bulan depan dengan pemilihan peringkat pusat bagi penggal 2011-2013.

Hadi telah berjaya mempertahankan jawatannya tanpa saingan.- MI

Kebangangan melampau

Posted: 24 May 2011 05:30 PM PDT


DAP@Pakatan Rakyat kata... 4 buah negeri yang berada di bawah pemerintahan mereka, tidak akan membubarkan DUN sekiranya kerajaan mengadakan PRU tahun ini.

Salah ke apa yang Guan Eng suggestkan tu...??

Itu hak dia dan geng dia ler... bila demer nak buat PRU... Tak perlu ler demer ikut pungkoq komer. Ater... itu mesti dah kecut perut tu. Takut kalah dan hilang kuasa...

Apa yang Guan Eng kata tu, tak salah, kan?? So, apa hal pulak malaon dari Bagan Datuk tu merepek menyuruh DAP keluar Pakatan Rakyat dan bertanding secara solo pulak??

Kalau DAP berani berbuat demikian.... barulah DAP 'anak jantan', katanya. Ek ele... bangangnyer!!

Sebelun kamu cabar DAP 'anak jantan', lebih baik tanya diri kamu sendiri.... samada kamu tu yang anak jantan atau dot... dot... dot....

Weh oi... DAP bercakap pun memang ler atas dasar politik. Ater bertanding dalam PRU untuk menubuhkan kerajaan bukan ke melibatkan parti politik. Ater.... sah ler apa yang Guan Eng cakap tu bersifat politik. Takkan bersifat beruk pulak kot?? Aaaa... bukan ke dah double bangang!!

Entah ler.... Macam mana ler puak-puak UMporNO ni boleh pilih orang bangang ni jadi Naib Presiden UMNO. It looks like UMporNO ni, is full of bangangs... dari yang di top sampai le ke bawah nyer.

Ha.. ha.. ha... Only the bangangs with the same mentaliti bangang, flock together. Syabas!!

And... Syabas juga kepada Guan Eng@Pakatan Rakyat kerana berjaya buat mamat tersebut meroyan dan ketakutan. Bravo!! Bravo!!

[sumber]

Mengapa?? Cer citer!! Cer Citer!!

Posted: 24 May 2011 09:15 AM PDT


Mengapa 'orang' pinjam duit??

A. Sebab... 'orang' tu tak ada duit.

B. Sebab... 'orang' tu nak tunjuk gaya tapi sebenarnya dia pape

C. Sebab... 'orang' tu gile

Ahmad Maslan.... Ahmad Maslan... Kalau Felda kukuh kewangannya, mengapa pinjam duit sampai berbilion ringgit??

Tak masuk akei.... Tak masuk akei...

Oleh itu.... jawab!! Jawab jangan tak jawab...

[Kisahnya di sini]

Tiada ulasan: