Selasa, 3 Mei 2011

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Osama terkorban...???

Posted: 03 May 2011 09:46 AM PDT

Dua foto yang dicantumkan

Soal Foto Palsu Jenazah Osama Pejabat AS Belum Memberikan Reaksinya

Foto jenazah Osama bin Laden, yang diterbitkan sebelum ini, ternyata hasil manipulasi dua foto berbeza yang disiarkan online dua tahun terakhir. Foto yang didakwa sebagai jenazah bin Laden itu ternyata telah beredar di internet sejak 2009 lalu.

Beberapa lamanweb akhbar Inggeris menggunakan foto tersebut pada halaman muka, namun dengan cepat mereka terpaksa menghapus foto itu setelah tersiar khabar bahwa foto itu hasil rekayasa. Hal yang sama juga terjadi di berbagai lamanweb surat kabar dan pejabat berita dunia.

Akhbar The Guardian terbitan Inggeris misalnya, menyatakan bahwa foto palsu itu digunakan pertama kali pada "themedialine.org," surat kabar online di Timur Tengah, pada tanggal 29 April 2009. Pihak editor menyatakan tidak dapat memastikan apakah foto tersebut asli atau palsu.

Sejak tahun 2009, sejumlah forum konspirasi bersikeras menyatakan bahwa foto itu tidak palsu dan sesuai mendakwa bahawa pemimpin AlQaeda telah terbunuh. Foto utama diambil dari bin Laden pada tahun 1998 dan digunakan oleh pejabat berita Reuters.

Presiden AS Barack Obama, sebelumnya (2/5) mengumumkan bahawa bin Laden terbunuh di tangan pasukan AS pada hari Ahad (1/5) setelah dia ditemukan di tempat persembunyiannya di Pakistan.

Sementara itu, seorang pejabat Amerika menyatakan bahawa jenazah bin Laden dilempar ke laut, seraya menyatakan bahwa "pemakaman" tergesa-gesa itu sesuai dengan hukum Islam, yang menetapkan waktu penguburan 24 jam setelah kematian. Hingga kini belum ada reaksi dari para pejabat Amerika Serikat mengenai tersebarnya foto rekayasa jenazah bin Laden itu. -republika


Osama Bin Laden Masih Hidup

ISLAMABAD - Pimpinan Taliban Pakistan mengklaim bahawa Osama Bin Laden masih hidup. Pihak Taliban menilai tuduhan Bin Laden terkorban tidak berasas.

Sebelumnya Presiden Amerika Serikat Barack Obama memastikan bahawa Bin Laden terbunuh dalam sebuah operasi militer AS di wilayah Abbottabad, Pakistan. Pemimpin jaringan teroris Al Qaeda tersebut terkorban dalam satu serangan tembakan.

Seperti disiar oleh Bloomberg, Selasa (3/5/2011), dakwaan bahawa Osama Bin Laden masih hidup ini, dilontarkan oleh Pemimpinan Taliban Pakistan yang mengirimkan pernyataan mereka kepada televisyen Pakistan GEO TV.

Osama Bin Laden dinyatakan tewas dalam pertempuran ketika pasukan kecil tentera AS menyerang sebuah rumah kecil di Abbotabbad. Pihak AS sendiri sudah memastikan bahawa Bin Laden memang sudah terbunuh setelah melakukan ujian DNA.

Dakwaan mengenai Osama Bin Laden masih hidup ini tentunya dapat menimbulkan kebingungan. Terlepas dari sudah keluarnya hasil ujianDNA yang dilakukan AS.

Seperti dikutip dari Arrahmah.com, Komandan Waliur Rahman, seorang komandan Mujahidin di Pakistan, menyatakan bahawa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan berada dalam keadaan sehat.

"Saya tidak bertemu secara langsung dengan Syeikh Usama, namun saya dapat mengesahkan dengan jelas kebenaran bahawa Syeikh Usama bin Ladin masih hidup dan dalam keadaan baik," ujar Waliur Rahman dalam kenyataan video yang diambil Arrahmah dari forum Islam Ansar, mengutip siaran berita BBC Arab. -okezone

Kematian Osama : Tok Guru Nik Aziz Dan PUM Sanggah Kenyataan Najib

Kenyataan Najib Dipetik Dari Mstar


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad pada Isnin.
Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

"Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.
"Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya.

Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam. "Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam." katanya.

Perdana Menteri berkata serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.
Katanya ketidakadilan tidak boleh diperjuangkan menerusi penggunaan kekerasan atau melalui perbuatan membunuh orang awam yang tidak berdosa.
Katanya rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan berdasarkan pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai sesuatu yang diperjuangkan.

Mengulas tindakan pihak Amerika Syarikat itu, Najib berkata walaupun mengambil masa 10 tahun, pihak yang menjadi mangsa akan tetap tuntut pembalasan terhadap keganasan yang dilakukan ke atas orang awam yang menjadi mangsa pembunuhan.
Menyentuh tindakan rangkaian Al-Qaeda ke atas ancaman keselamatan negara, Najib berkata pada masa ini, tiada ada tanda-tanda yang anggota kumpulan itu berada di dalam negara.

Bagaimanapun, katanya polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengesan mana-mana kumpulan yang mahu mengancam keselamatan negara kerana simpati dengan kematian pengasas kumpulan A-Qaeda itu.
"Ini satu tamparan yang hebat kepada Al-Qaeda, ini bukan bererti mereka akan terkubur sama sekali, kita tidak boleh anggap bahawa segala-galanya sudah pun tamat.

"Tetapi jelas bahawa kumpulan itu hilang kekuatan dengan kehilangan Osama bin Laden yang merupakan sumber inspirasi kepada pergerakan itu," katanya. -BERNAMA

Kenyataan Balas Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Dipetik Dari TVS

Pandangan Perdana Menteri Najib Razak bahawa dunia kononnya lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika", kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" tanya Nik Aziz.

Najib semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.
Malah Perdana Menteri menyifatkan kematian Osama sebagai pengajaran bahawa keganasan membawa kemudaratan kepada semua pihak.

Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.
"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.
"Sebesar manapun kesalahan seorang Muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

NIk Aziz yang juga Mursyidul Am PAS bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.
"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.
"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.
"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.

Kenyataan Balas PUM Dipetik Dari Keadilandaily

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama Ben Laden akan menjadikan dunia ini lebih selamat dan aman, sebagai kurang tepat.
Yang Dipertua PUM, Dato Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara Imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan.

"Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri," kata Sheikh Abdul Halim.
Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti osama.
"Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan. "
"Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan," kata Sheikh Abdul Halim.
Menurut Sheikh Abdul Halim lagi, publisiti kematian Osama sebenarnya meningkatkan rasa ketakutan orang lain terhadap umat Islam yang sering diberikan gambaran salah oleh golongan yang tidak senang dengan gerakan Islam.Keadilandaily



"MENGOMBAK KEMENANGAN KUALA PILAH

Posted: 03 May 2011 08:44 AM PDT


Parti keADILan Cabang Kuala Pilah

mengundang Tuan/Puan ke Majlis "MENGOMBAK KEMENANGAN KUALA PILAH"

Seperti butiran berikut:-

TETAMU KHAS

Dato' Seri Anwar Ibrahim (KETUA UMUM PKR)

TURUT SERTA:-

YB Azmin Ali,

YB Saifuddin Nasution,

YB Zuraida Kamaruddin, Dato' Kamarul Baharin Abas,

Sdr. Zulkefli Omar (PAS) YB Anthony Loke (DAP). Sdr. Zaharuddin Othman (YDP PAS KP)

TARIKH : 8hb. Mei 2011 (Ahad) Jam 9.00 Malam

DI KG. SERI PILAH, SENALING, KUALA PILAH.

Kehadirasn Tuan/Puan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Wassalam.

Tiada ulasan: