Selasa, 3 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Buli Cina, Tipu Melayu - Strategi Umno untuk terus berkuasa

Posted: 03 May 2011 08:08 PM PDT

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Buli Cina, tipu Melayu, itulah sahaja cara Umno BN untuk terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Pada masa yang sama, parti itu juga terpaksa menjangkitkan wabak takut Cina ke dalam pemikiran orang-orang Melayu sebagai salah satu strategi utamanya untuk menipu orang-orang Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa, kata beliau.

"Setelah menggunakan bermacam-macam cara untuk memeras ugut orang-orang Cina supaya menyokongnya, termasuk ancaman tidak ada lagi menteri dari kalangan kaum Cina jika kaum itu enggan mengundi Barisan Nasional (BN), sokongan orang-orang Cina terhadap parti itu tetap semakin pupus.

"Akibatnya, Umno hanya mengharapkan undi orang-orang Melayu sahaja. Untuk menghasut orang-orang Melayu supaya menyokongnya, parti itu terpaksa menyebarkan wabak fobia Cina dan fobia DAP.

"Itu taktik Yahudi Zionis yang digunakan oleh Amerika Syarikat yang menakut-nakutkan dunia dengan fobia Islamnya.

Tidak menghairankan jika Umno khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menggunakan taktik yang sama kerana Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide adalah tempat beliau dan parti yang dikepalainya memohon petunjuk," kata beliau ketika menolak hasutan perkauman Najib terhadap PAS.

Dengan memainkan sentimen perkauman, Perdana Menteri mendakwa penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya menguntungkan DAP.

Dengan harapan untuk memudahkan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno itu kelihatan berharap sangat agar PAS keluar dari PR.

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," katanya ketika berucap di Kuala Terenganu Sabtu lalu.

Mahfuz menyifatkan hasutan perkauman Najib itu sebagai keluhan orang putus asa dan terdesak.

"Najib dan Umno sudah berputus asa dengan undi orang-orang Cina dan hanya mengharapkan sokongan orang Umno.

"Untuk memastikan Umno menang di kawasan-kawasan yang ditandinginya, racun perkauman digunakan habis-habisan untuk menghasut PAS supaya bersendirian dan bila ada pertandingan tiga penjuru di antara Umno, PAS dan PR, Najib menyangka mudahlah Umno memenangi kerusi-kerusi yang ditandinginya.

"Tidak perlu aktivis politik, budak berhingus pun boleh membaca muslihat yang sangat tidak cerdik itu. Apa boleh buat, setakat itu sahaja kemampuan dan kebolehan Perdana Menteri untuk berfikir bagi memastikan partinya terus berkuasa," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan orang-orang Melayu agar tidak membiarkan Umno yang membawa wabak perkauman terus menipu mereka kerana jika dibiarkan, negara ini boleh terjerumus ke dalam kehancuran akibat rusuhan kaum.

"Keganasan strategi buli Cina, tipu Melayu tidak boleh terus dibiarkan.

"Jika dibiarkan dan Umno terus berkuasa, rusuhan kaum mungkin tercetus dan orang-orang Melayu pula akan terus rugi dan ketinggalan kerana parti perasuah tentulah lebih mengutamakan tuan-tuannya yang terdiri dari tauke-tauke yang selama ini menjadi rakan kongsinya, bukannya orang-orang Melayu yang tidak mampu mengenyangkan perasuah," katanya.

Beliau juga mengingatkan, orang-orang Melayu juga tidak boleh membiarkan Umno terus berkuasa untuk membuli orang-orang Cina.

"Jika dibiarkan, orang-orang Melayu juga akan terpalit dengan imej jahat itu. Orang-orang Melayu tidak boleh membiarkan Umno mempalitkan mereka dengan imej pembuli yang jahat dan gila bermusuh," kata Mahfuz.

Beliau bagaimanapun tidak nampak kemungkinan Umno akan menghentikan agenda buli Cina dan tipu Melayu itu kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk membolehkan parti itu terus berkuasa.

"Umno nampaknya begitu selesa dengan strategi buli Cina, tipu Melayu itu," kata Mahfuz  - HD

"Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang yang bodoh"

Posted: 03 May 2011 04:56 PM PDT

Osama mati atau tidak? Teori konspirasi mula muncul

May 04, 2011NEW YORK, 4 Mei — Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.

Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.

Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama (gambar) ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.

Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi.

Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai 'alat' CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan.

Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul.

"Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh," tulis Sheehan di laman Facebooknya.

Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan.

Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan.

Dan, katanya, pada 2007 bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto mendakwa Osama sudah pun mati.

Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian.

Laman Yahoo Internet berkata "carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati", "Osama bin Laden masih hidup" dan "bin Laden tidak mati" kelihatan ketara kelmarin.

Kaum lelaki dilihat berpendapat bahawa dia masih hidup, kata Yahoo sambil menambah, pencari teori "konspirasi Osama hidup" kebanyakan adalah dari kawasan Oregon, Wisconsin, North Carolina, Indiana dan New Jersey.

Di Iran, agensi berita separa rasmi Mehr berkata: "(Berita) kematian Osama satu pembohongan."

Stesen televisyen kerajaan Iran berkata, dengan melepaskan jenazah ke laut "misteri (kematian) makin meningkat."

Malah media Iran juga berkata dongeng Osama digunakan untuk menjustifikasikan pencerobohan AS ke atas jirannya Afghanistan.

Taliban Afghanistan dalam kenyataannya disiarkan menerusi laman web mereka berkata, cakap-cakp bahawa Osama mati "adalah terlalu awal" dan AS belum menyediakan "bukti-bukti yang meyakinkan."

Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti: "Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?"

Di lokasi "Ground Zero" New York, beberapa pengunjung tertanya-tanya sama ada dia benar-benar mati.

"Saya berharap kita benar-benar telah mendapatkannya. Mereka telah menyemadikan dia di laut. Siapa sebenarnya tahu apa yang berlaku?' kata pengurus projek Sal Leto, 59.

Bekas guru Joani Ellingson, 62, yang datang dari Minnesota berkata: "Ia sebahagian daripada budaya kematian yang kita mahukan bukti positif. Kita ada keinginan untuk tahu."

Rosaleen Tallon, yang adiknya terbunuh dalam serangan 11 September Pusat Dagangan Dunia berkata, dia "tidak gembira" dengan tindakan menyemadikan Osama dengan cepat." — Reuters - TMI

Foto Palsu, Amerika Masih Diam. Taliban Dakwa Osama Masih Hidup

Posted: 03 May 2011 04:38 PM PDT

Soal Foto Palsu Jenazah Osama Pejabat AS Belum Memberikan Reaksinya

Foto jenazah Osama bin Laden, yang diterbitkan sebelum ini, ternyata hasil manipulasi dua foto berbeza yang disiarkan online dua tahun terakhir. Foto yang didakwa sebagai jenazah bin Laden itu ternyata telah beredar di internet sejak 2009 lalu.

Beberapa lamanweb akhbar Inggeris menggunakan foto tersebut pada halaman muka, namun dengan cepat mereka terpaksa menghapus foto itu setelah tersiar khabar bahwa foto itu hasil rekayasa. Hal yang sama juga terjadi di berbagai lamanweb surat kabar dan pejabat berita dunia.

Akhbar The Guardian terbitan Inggeris misalnya, menyatakan bahwa foto palsu itu digunakan pertama kali pada "themedialine.org," surat kabar online di Timur Tengah, pada tanggal 29 April 2009. Pihak editor menyatakan tidak dapat memastikan apakah foto tersebut asli atau palsu.

Sejak tahun 2009, sejumlah forum konspirasi bersikeras menyatakan bahwa foto itu tidak palsu dan sesuai mendakwa bahawa pemimpin AlQaeda telah terbunuh. Foto utama diambil dari bin Laden pada tahun 1998 dan digunakan oleh pejabat berita Reuters.

Presiden AS Barack Obama, sebelumnya (2/5) mengumumkan bahawa bin Laden terbunuh di tangan pasukan AS pada hari Ahad (1/5) setelah dia ditemukan di tempat persembunyiannya di Pakistan.

Sementara itu, seorang pejabat Amerika menyatakan bahawa jenazah bin Laden dilempar ke laut, seraya menyatakan bahwa "pemakaman" tergesa-gesa itu sesuai dengan hukum Islam, yang menetapkan waktu penguburan 24 jam setelah kematian. Hingga kini belum ada reaksi dari para pejabat Amerika Serikat mengenai tersebarnya foto rekayasa jenazah bin Laden itu. -republika

Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis

Posted: 03 May 2011 04:51 AM PDT

"Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis", itulah kata-kata yang diungkapkan Tunku Abdul Rahman berikutan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan penangkapan pemimpin-pemimpin barisan pembangkang dan aktivis-aktivis yang lantang bersuara mengkritik dasar pemerintahan BN.

Operasi Lalang itu didalangi Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu dengan menggunakan kuasa polis di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Peristiwa itu menyaksikan kematian sebuah demokrasi, pencabulan hak asasi dan prinsip kebebasan dan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

Negara polis adalah didefinisikan sebagai "sebuah negara yang dikawal oleh sebuah kerajaan yang bersifat menekan dan menindas secara politik, ekonomi dan sosial masyarakat melalui kuasa polis yang digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut nas undang-undang".

Negara polis jelas menekan dan menindas kebebasan dan hak asasi rakyat walaupun ia telah dijamin dan termaktub dalam perlembagaan demi mengekalkan kuasa pemerintahan yang bersifat kuku besi.

Kebangkitan rakyat yang ditekan di bawah sebuah negara polis dalam mengekalkan pemerintahan bersifat kuku besi ini dapat dilihat melalui kebangkitan kuasa rakyat di Timur Tengah yang dimulai di Tunisia, diikuti Mesir dan Syria.

Kuku besi

Angin kebangkitan rakyat menentang pemerintahan kuku besi ini masih bertiup kencang merentas benua, menyampaikan pesan keramat kuasa rakyat untuk terus bangkit menuntut hak dan kebebasan dari cengkaman dan penindasan pemerintahan yang tidak adil dan zalim.

Mesir, sebuah negara yang diperintah diktator Hosni Mubarak telah menyalahgunakan institusi polis sewenang-wenangnya di mana pada bila-bila masa sahaja polis-polis akan menangkap, menculik, menyeksa dan membunuh rakyat yang lantang bersuara menentang ketidakadilan pemerintahan Mubarak.

Rakyat Mesir, di bawah pemerintahan Mubarak sentiasa diselubungi ketakutan di mana polis pada bila-bila masa sahaja bebas untuk melakukan tangkapan yang tidak sah dan ugutan tanpa dikenakan sebarang tindakan meskipun tindakan polis itu sendiri jelas melanggar peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Sebelum tercetusnya revolusi di Mesir pada tanggal 25 Januari lalu, satu kejadian yang segar di ingatan setiap rakyat Mesir tentang keganasan polis terhadap seorang pemuda bernama Khaled Said telah menjadi satu titik penting kebangkitan rakyat yang tidak lagi sanggup ditekan di bawah budaya keganasan polis.

Rambut ditarik, kepala dihentak

Khaled, 28 tahun, telah ditangkap oleh beberapa orang polis di sebuah kafe internet di Alexandria di mana beberapa orang saksi telah menyaksikan beliau dipukul, badannya ditendang, kepalanya dihentak ke dinding, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak bertubi-tubi di tangga.

Saksi-saksi selanjutnya menyatakan bahawa walaupun Khaled berhenti bergerak tetapi polis-polis tersebut masih lagi mencekik lehernya dan terus menendangnya tanpa belas kasihan sehingga lelaki itu menghembuskan nafas terakhirnya.

Kes keganasan polis seperti yang terjadi kepada Khaled di Mesir, dan di negara-negara polis di bawah pemerintahan kuku besi tidak asing jika hendak dibandingkan dengan kes keganasan polis di tanah air kita sendiri, Malaysia.

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Malaysia (Suhakam) Datuk N Siva Subramaniam pernah menyatakan bahawa 70 peratus kes yang dirujuk kepada kepada Suhakam adalah berkaitan dengan kegansan polis yang secara terang melanggar peruntukan undang-undang, norma-norma kebebasan dan hak asasi yang jelas dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kes Khalid di Mesir telah menjadi salah satu pencetus kebangkitan rakyat Mesir di mana satu gerakan yang menggesa keadilan ditegakkan di internet dan telah mencabar rakyat Mesir yang cintakan keadilan dan ingin menamatkan budaya keganasan polis untuk keluar berhimpun dan mendesak agar pemerintahan kuku besi Mubarak dijatuhkan.

Mangsa keganasan polis

Washington News dan ABC News telah melaporkan bahawa Khaled adalah "Wajah Pencetus Revolusi" yang mencetuskan perhimpunan kebangkitan rakyat Mesir mendesak agar pemerintahan kuku besi Mubarak yang memperalatkan institusi polis dijatuhkan.

Malaysia, sebuah negara polis yang diterajui kerajaan BN yang berterusan memperalatkan institutsi polis hari demi hari, menyaksikan seorang demi seorang rakyat Malaysia menjadi mangsa keganasan polis.

Kematian dalam tahanan, tembakan tidak mengikut peruntukan undang-undang, penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan sudah menjadi budaya yang berakar umbi di mana polis-polis yang terlibat terlepas dari dihukum kerana undang-undang yang sedia ada hanyalah sekadar hiasan di atas kertas.

Keadilan untuk mangsa-mangsa keganasan polis terus-terus dinafikan, suara keramat rakyat yang dahagakan perubahan terus-terusan ditekan, hak dan kebebasan rakyat terus-terusan dicabul sewenang-wenangnya.

Sudah tiba masanya, kita rakyat Malasyia yang bebas merdeka bangkit untuk mengakhiri budaya keganasan polis yang hanya memanfaatkan kuasa pemerintahan kuku besi kerajaan yang sekian lama menghinjak dan menekan kita, rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan.


Penulis adalah seorang peguam dan anggota kanan NGO Lawyers for Liberty

Pengkritik paling lantang Pulau Pinang ditahan polis

Posted: 03 May 2011 02:43 AM PDT

GHANI DITAHAN POLIS PANJAT PAGAR DUN P. PINANG

Pengkritik paling lantang terhadap kerajaan Pulau Pinang Mohammed Ghani Abdul Jiman dan tiga lagi ditahan polis hari ini selepas menyerahkan memorandum kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Polis Daerah George Town Gan Kong Meng berkata mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram.

Mohammed Ghani yang datang bersama 10 penyokong berjaya menyerahkan memorandum kepada pegawai akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menemuinya di pagar.

Bagaimanapun, memorandum itu ditujukan kepada Speaker Abdul Halim Hussein, Yang di-Pertua Negeri Abdul Rahman Abbas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak serahkan memo kepada Lim kerana saya sudah hilang kepercayaan padanya," kata Mohammed Ghani.

Mohammed Ghani bagaimanapun berusaha memasuki perkarangan DUN dengan cuba memanjat apabila pagarnya ditutup. - MKINI

Pemuda PAS : Apakah Presiden MCA mahu musuhi Islam?

Posted: 03 May 2011 02:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Pemuda PAS pusat menyifatkan kenyataan komponen BN-MCA kononnya mahu menutup pintu kepada parti itu jika tidak sanggup menggugurkan prinsip negara Islamnya sebagai satu "pendirian keterlaluan, melampau dan cuba mencipta permusuhan" dengan umat Islam.

Pengarah pilihan rayanya, Mohd Firdaus Jaafar berkata, kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kelmarin, yang menimbulkan sentimen perkauman dan keagamaan, tidak wajar wujud kerana umat Islam bukan sahaja majoriti dalam negara, malah Islam adalah agama persekutuan.

"Apakah masalahnya jika PAS meletakkan prinsip Islamnya yang bertepatan dengan agama persekutuan ini dan adakah MCA mahu bermusuhan dengan PAS atau bermusuhan dengan umat Islam negara ini?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kelmarin, Dr Chua berkata MCA menutup pintu menyertai BN kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Bekas menteri kesihatan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

"Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau.

"Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata beliau.

Sabtu lalu, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.

Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

"Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau.

"PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

"Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.

Firdaus juga berkata kenyataan Soi Lek membenarkan Umno sebagai parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam telah menjelaskan "siapa Umno sebenarnya di sisi rakyat dan BN."

"Ternyata kenyataan beliau membenarkan bahawa Umno sememang parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam," kata beliau lagi.

Kata beliau lagi, perkataan Islam hanya bermain di bibir mereka sahaja di hadapan orang Melayu.

Oleh itu katanya, mana mungkin MCA boleh menerima kehadiran Umno sebagai peneraju BN dalam keadaan ia mahu melaksanakan Islam.

"Ini menjelaskan lagi bahawa Umno bukanlah parti untuk umat Islam dan rakyat khususnya yang beragama Islam dan mahukan Islam tidak boleh bernaung di bawah Umno.

"Mana mungkin Umno berani melaksanakan Islam sekiranya parti komponen mereka sendiri menentang," kata beliau sambil menambah, keadaan itu berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana DAP lebih menghormati prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

"Pengerusi DAP, YB Karpal Singh ketika berucap di Konvensyen PR tahun lalu juga menyebut dengan jelas akan komitmen parti itu mempertahankan Islam sebagai agama rasmi bersama-sama PR," katanya.

Faridaus berkata Pemuda PAS pusat mahu menegaskan bahawa PAS tetap dengan prinsip Islamnya, walau dengan siapa PAS berkawan.

"Prinsip Islam dalam PAS telah termaktub sejak hari pertama penubuhannya dan ia konsisten sehingga ke hari ini.

"Pemuda PAS pusat juga menegaskan bahawa PAS tetap bersama dengan Pakatan Rakyat yang menjadi harapan rakyat ketika ini untuk menggantikan BN yang semakin lemah," katanya.

Kata bekliau, PAS tidak akan terhegeh-hegeh untuk menerima pelawaan Umno kerana PAS sentiasa menjaga setiakawan bersama PR.

"Namun sebaliknya Umno atau MCA perlu keluar dari BN dan bersama-sama PR bagi meneruskan survival parti mereka yang sudah semakin hilang sokongan rakyat," katanya lagi. TMI

Inilah dia antara kerja-kerja haram jadah puak2 UMporNO

Posted: 03 May 2011 01:55 AM PDT

Ismail Hashim

PAS BANTAH UMporNO BAWA PENGUNDI LUAR

SHAH ALAM, 3 Mei: PAS Kawasan Pandan hari ini membantah keras tindakan Umno BN yang membawa masuk pengundi dari luar ke dalam kawasan itu dalam usaha merampas semula negeri termaju di Malaysia, Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.

Gesaan juga dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera melakukan penyiasatan kerana dibimbangi operasi itu dibantu oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.

Yang Dipertua PAS Pandan, Ir Iskandar Abdul Samad di dalam sidang media di pejabatnya di sini mendesak satu siasatan segera dilakukan kerana beliau yakin kerja-kerja jahat ini dilakukan oleh banyak agensi kerajaan berkaitan.

Beliau percaya, tindakan mengubah alamat tempat tinggal di dalam kad pengenalan pasti melibatkan paling kurang dua agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Penemuan ini, jelasnya, membuktikan Umno BN telah memindahkan pengundi-pengundi ke dalam Dun-Dun tertentu dan yakin, ini adalah sebahagian kecil dari gerak kerja besar-besaran Umno BN di seluruh Negeri Selangor.

"Umno BN kecewa kerana gagal mendapatkan sokongan rakyat, mereka terpaksa memindahkan pengundi untuk merampas Negeri Selangor dari Pakatan," jelasnya.

Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor berharap jika SPR benar-benar adil dan telus, mereka akan melakukan siasatan terperinci ke atas perkara ini.

Menurutnya, PAS Pandan telah mengenalpasti lebih 900 pengundi baru telah didaftarkan di dalam Dun Chempaka yang beliau menjadi Adunnya.

"Meskipun terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar proses membantah ini kepada SPR, PAS Pandan tetap melakukannya," tegasnya.

Untuk rekod, setiap bantahan memerlukan RM60 untuk setiap pengundi di mana RM10 untuk bantahan pemula dan mempertahankan bantahan di dalam perbicaraan pula perlu dibayar sebanyak RM50 kepada SPR.

Iskandar turut memberikan bukti berkaitan yang dikenalpasti di mana perpindahan itu melibatkan AJK-AJK Umno dari Dun Teratai.

Beliau berkata, AJK Umno Bahagian Pandan yang juga Ketua Umno Cawangan Taman Kencana dipindahkan ke Taman Dagang di dalam Dun Chempaka.

Seramai lima AJK Wanita Umno Cawangan Pangsapuri Intan telah dipindahkan ke Dun Chempaka, Taman Bakti (2), Pandan Jaya (2) dan Lorong Molek Kampung Pandan (1) termasuk 10 ahli Umno Cheras Baru dipindahkan ke Dun Chempaka.

Tambahnya, mereka yang dipindahkan untuk mengundi di Dun Chempaka itu masih bermastautin di Dun Teratai dan mereka tidak menetap di alamat mereka didaftarkan.

Beliau berharap dengan pendedahan sebahagian kecil dari kerja jahat Umno BN di dalam hal ini akan menambahkan kesedaran rakyat secara umumnya tentang kemuflisan mereka di dalam berpolitik secara demokratik dan bersih. - HD

Video seks : Ujian poligraf fidak masuk akal - Surendran

Posted: 03 May 2011 01:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelawaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersama-sama mengambil ujian poligraf adalah satu lagi taktik sensasi dan usaha terdesak menarik sokongan orang ramai.

Demikian dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam kenyataan medianya hari ini yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak masuk akal.

Menurutnya, pelawaan itu juga tidak logik sama sekali dan Anwar juga tidak perlu mengambil ujian berbohong itu kerana pemeriksaan imej lelaki dalam video fitnah jelas menunjukkan ia bukan Anwar.

"Tiada keperluan untuk Anwar mengambil ujian itu. Perbezaan fizikal di antara Anwar dan pelakon video itu amat ketara. Di kala bukti jelas menunjukkan ia bukan Anwar, apa perlunya ujian mengesan pembohongan?" kata Surendran.

Shazryl semalam mempelawa Anwar turut menjalani ujian poligraf bersama beliau untuk membuktikan siapa yang berbohong dalam kes video seks fitnah.

Ia dilakukan selepas tindakannya mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al As Jummat lepas mendapat kecaman hebat dari kebanyakan ulama tersohor tanah air.

Dalam kenyataan yang sama, Surendran turut mengecam tindakan polis dan kerajaan Barisan Nasional yang berdiam diri terhadap pengedaran video seks fitnah itu yang sudah mula dihantar melalui pos kepada sebahagian individu tertentu di seluruh negara. "BN perlu menghentikan politik kotor dan jijik ini dengan segera," kata Surendran.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12674

Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya : TGNA

Posted: 03 May 2011 01:14 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Mei: "Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan.

Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Timb. Presiden PAS - Mat Sabu dahului Nasa

Posted: 03 May 2011 12:46 AM PDT

Penyokong Mohamad Sabu mendakwa bekas naib presiden PAS itu setakat kelmarin mendapat 60 pencalonan kawasan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Manakala penyandangnya Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok pula setakat ini memperolehi 33 pencalonan.

Menurut sumber, keputusan itu diperolehi dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah mengadakan mesyuarat bagi memilih calon berkenaan.

Sumber turut memberitahu tiga lagi pemimpin PAS turut mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua itu.

Mereka adalah naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meraih 13 pencalonan dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mendapat tiga pencalonan.

Seorang lagi naib presiden Salahuddin Ayub - yang juga ahli parlimen Kubang Kerian - memperolehi satu pencalonan.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

Bagaimanapun usaha Malaysiakini untuk mendapat jumlah pencalonan yang pemimpin PAS yang lain itu masih belum berhasil.

Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharuddin menawarkan diri untuk bersaing merebut jawatan timbalan presiden.

Pada pemilihan 2009, kedua-dua tokoh itu bertembung dalam persaingan tiga penjuru yang menyaksikan Nasharuddin terus mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat 480 undi.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 281 undi, manakala Mohamad sekadar meraih 261 undi.

Ibu pejabat parti menetapkan pemilihan dan muktamar PAS akan berlangsung pada selama tiga hari bermula 3 Jun ini di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Sebelum itu, muktamar bagi sayap-sayap parti - Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama - turut akan mengadakan pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan mereka masing-masing dua hari sebelum itu. -mk

‘Najib Porno’ muka depan akhbar Suara Keadilan

Posted: 03 May 2011 12:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keluaran Suara Keadilan, edisi 14 tampil dengan paparan yang lebih panas dan menarik pada isu kali ini.

Muka depan akhbar Parti Rasmi Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, memaparkan tajuk 'Najib Porno', memetik kenyataan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengamalkan budaya lucah dalam politik Malaysia untuk kekal berkuasa.

Dalam paparan kali ini, Isu video fitnah dikupas sebanyak enam halaman, yang menyorot dari perspektif ulama Islam sehingga kepada pemimpin agama Kristian yang kesemuanya menolak manipulasi video fitnah untuk menjatuhkan Anwar.

Ia turut memuatkan berita mengenai isu sumpah yang dilakukan trio Datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang dianggap mencemarkan imej dan kesucian Islam.

Selain itu, lebih menarik, Suara Keadilan turut memuatkan berita mengenai kemungkinan Najib dan sahabatnya, Razak Baginda bakal dipenjarakan di mahkamah Perancis, sekiranya disabitkan kesalahan skandal rasuah kapal selam Scorpene membabitkan 114 juta Euro.

Ia berikutan emel balasan kepada Suara Keadilan oleh peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia( Suaram), Joseph Breham.

Joseph antara lain berkata, dalam isu skandal pemberian komisyen kapal selam tersebut, mahkamah Perancis boleh memanggil mana-mana kenamaan termasuk pemimpin dunia untuk dibicarakan di negara itu .

Selain itu, antara isu lain yang turut dipaparkan kali ini adalah konspirasi polis melindungi pembunuh adik Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis setahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu berjanji menegakkan keadilan terhadap kematian Aminulrasyid namun sehingga kini gagal melakukan sebarang tindakan.

Turut dipaparkan satu temuramah esklusif bersama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengenai projek nadir bumi oleh Lynas di Gebeng.

Dalam temubual tersebut, Fuziah turut menceritakan latar belakang dan mengapa projek berkenaan, yang mengancam keselamatan penduduk perlu dihentikan segera.

Selain berita, Suara Keadilan, seperti kebiasaan turut menyiarkan pelbagai rencana menarik. Antara yang sering ditunggu-tunggu pembaca adalah tulisan dari kolumnis Hishamuddin Rais yang kali ini mengupas isu fitnah secara sinikal dan satira.

Dapatkan Suara Keadilan 14 di pasaran sekarang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12657

Tiada ulasan: