™ kaasii peecaahhh laaa...® |
YB Salih Man - kerajaan PERLU menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia Posted: 11 May 2011 03:46 AM PDT Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB.Hj Salleh Man Permatang Pasir juga mengambil bahagian dalam isu Utusan Malaysia. Assalamualaikum wtb wth Yang Berhormat Dato Speaker Saya bangun untuk turut membahaskan persoalan mengenai kegilaan Utusan Malaysia yang semakin menjadi-jadi, menabur fitnah dan mengungkitkan perkara yang sensitive tanpa menjejaki bumi nyata. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kini ternyata terlebih berani mencabar kesabaran dan ketenteraman kehidupan rakyat Malaysia dengan mencetuskan perkara-perkara yang kadang-kala tidak boleh diterima akal. Semahunya, Utusan jelas kelihatan sebagai media yang berusaha menanam (planted) isu-isu yang sensitif ke dalam pemikiran rakyat, khususnya Melayu dan kaum-kaum lain. Ini amat membahayakan kerana mampu menimbulkan kecelaruan di kalangan rakyat. Utusan ternyata gemar menjentik perasaan orang Melayu, khususnya dan kaum-kaum lain, dengan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan dan menghakiskan kesabaran orang Melayu. Namun demikian, oleh kerana sebahagian besar rakyat telah lama menolak Utusan Malaysia dengan hal-hal yang meloyakan, maka tahap keboleh percayaan terhadap isu dibangkitkan tidak begitu diterima pembaca atau tidak dipercaya langsung kesahihannya. Begitupun, rakyat merasa tercabar kerana kerajaan, khususnya pihak berwajib menutup mata dengan menganggapnya tidak sensitif dan tidak perlu diambil tindakan. Inilah yang dibicarakan oleh rakyat semasa yang turut menyifatkannya sebagai tidak berlaku keadilan dalam menguatkuasakan hukum. Pihak berwajib kelihatan banyak bersandiwara dalam menangani hal ini. Tindakan tegas wajar diambil segera terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan mendakwa pemimpin Kristian bersekongkol dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi Negara. Laporan tersebut langsung tidak logik dan tidak berasas, memandangkan adalah satu hal yang mustahil untuk DAP melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen DAP sendiri tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju. Oleh itu, pihak berwajib patut bertindak segera ke atas Utusan yang sengaja menimbulkan perkara yang sensitif dan boleh menimbulkan kemarahan rakyat Tindakan wajib diambil ke atas Utusan Malaysia dan dua blogger pro Umno yang cuba mencemarkan ketenteraman dan keamanan Negara. Wajar diketahui rakyat bahawa sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam. Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi Negara. Utusan Malaysia sudah menjadi semakin melampau dalam pemberitaan ekoran ruang 'kebebasan bersuara' yang keterlaluan diberikan pihak berwajib, khususnya Umno dalam mengekalkan kuasa. Kelesuan dan kelonggaran tahap melampau pihak berwajib terhadap Utusan ini telah menjadikan media propaganda Umno ini semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan kententeraman awam. Kementerian Dalam Negeri membiarkan sentimen perkauman dan agama ini ditaburkan agar menjentik amarah rakyat berbilang kaum. Utusan Malaysia sebelum ini menimbulkan isu 1Melayu, 1Bumi, dan sebelumnya, mengenai kritikan terhadap raja-raja Melayu serta pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yang dikeluarkan. Sehubungan itu, saya menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia dan pihak berwajib, khususnya Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) juga wajar meletakkan jawatan jika gagal bertindak dan membendunginya. Kegagalan menangani isu ini dengan bijak boleh menyemarakkan api permusuhan antara agama dan kaum, dan oleh kerana ini saya mencadangkan agar Utusan Malaysia ini diboikot/haramkan. |
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan