Rabu, 25 Mei 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


UMNO Dungun Sudah Gila

Posted: 25 May 2011 09:00 AM PDT


UMNO Dungun sudah gila akibat terkena virus PGU atau nama saintifiknya ialah PAS Ganti UMNO. Virus ini telah menyerang UMNO di sekitar Terengganu menyebabkan ramai puak-puak songkok tinggi jadi gila sehinggakan ada yang terkena histeria sehingga mengoyakkan kain rentang yang tertulis PAS Ganti UMNO seperti dalam gambar di atas.

Seluruh pelusuk Terengganu mula diserang pemasangan kain rentang PAS Ganti Umno di setiap ceruk kampung.Pemasangan di tempat-tempat strategik ini begitu menarik perhatian rakyat yang sememangnya sudah lama cukup tertekan dengan segala tindak tanduk kerajaan Umno BN ini.

Pastinya tindakan PAS Terengganu ini begitu menggelisahkan Umno yang semestinya berbulu mata bila terpandang kain-kain rentang yang dipasang ini. Semoga UMNO yang memperjuangkan Melayu mati ditelan gelombang biru di sana.

Ahli Parlimen UMNO Sabah Terlibat Seks

Posted: 25 May 2011 08:17 AM PDT


Seorang wanita yang mengakui mengandung anak hasil hubungan sulitnya setelah diperdaya seorang Ahli Parlimen daripada UMNO. Wanita berkenaan menghubungi Sabahkini.net dan menunjukkan hasil DNA anaknya yang sama dengan profail DNA Lelaki 'S' iaitu seorang Ahli Parlimen UMNO daripada Sabah. 

Sumber sedang mendapatkan pengesahan pihak yang mengeluarkan keputusan DNA tersebut dan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah berhubung status anak wanita berkenaan yang dibinkan kepada seorang lelaki lain. Dimaklumkan keluarga wanita terbabit telah membuat laporan polis tetapi kes berkenaan ditutup begitu sahaja kerana pengaruh Ahli Parlimen berkenaan.

Perkasa Tunjuk Hero

Posted: 25 May 2011 05:13 AM PDT


Pihaknya mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar tidak tunduk kepada tekanan yang dibuat parti-parti politik termasuk dari Barisan Nasional (BN). Perkasa mendesak agar JPA tidak tunduk kepada tekanan mana-mana parti politik dalam soal urusan pemberian biasiswa.
Ia urusan kerajaan dan MCA atau MIC jangan ganggu urusan JPA, Umno dan Pemuda Umno tidak ganggu JPA walaupun ramai Bumiputera tidak dapat biasiswa JPA dan pelajar Bumiputera yang tidak diberi biasiswa belajar di luar negara.
Sepatutnya semua pihak bersyukur, belajar di mana-mana tidak menjadi soal apatah lagi belajar dalam negara sendiri, di mana-mana sudah banyak IPTA dan semua kursus ada ditawarkan. - Ibrahim Ali
P/s: Hebat betul mamat ni. Dah macam menteri duk arah sana sini. Mau jadi hero melayu tu tak tahan. UMNO/BN pun kene dengan dia.

'Demonstrasi' Royalti Di Dalam Stadium Bukit Jalil Pada 11 Jun

Posted: 25 May 2011 01:17 AM PDT


Kehadiran 100,000 orang mungkin akan tercapai pada 11 Jun ini ketika Kelantan melawan Terengganu pada aksi perlawanan akhir Piala F.A yang mana 60,000 tiket dijual untuk pasukan Kelantan manakala selebihnya untuk Terengganu.

Bukan itu sahaja, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) turut akan bersama-sama dengan peminat dan penyokong pasukan Kelantan dan Terengganu yang kebetulan negeri pengeluar minyak petroleum negara.


Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) juga mengharapkan dari peminat untuk menyahut seruan supaya mendesak kerajaan memberikan royalti kepada negeri pengeluar minyak terutamanya Kelantan yang telah dinafikan hak semenjak tahun 2004.

Penafian hak itu telah berlalu selama 7 tahun dan jumlah royalti yang patut dibayar oleh kerajaan persekutuan adalah lebih RM2 bilion kepada kerajaan Kelantan. Namun sikap kerajaan yang hanya membayar royalti kepada Terengganu secara berperingkat seakan-akan mempunyai unsur-unsur politik.

Kerajaan Persekutuan pula bertegas bahawa Kerajaan Kelantan hanya layak dapat Wang Ehsan (sedekah) yang berjumlah RM20 juta dan bukannya Royalti RM2 bilion.


Akta Pembangunan Petroleum 1974, penubuhan Petronas dan juga perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975 yang ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Dato' Mohamad Nasir, dan Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sama-sama kita menyatakan sokong terhadap royalti kerana itu hak rakyat. Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) juga meyeru kepada semua untuk menyahut kempen "1Hari, 1Banner".

Jual Dara Anak RM30,000

Posted: 24 May 2011 11:30 PM PDT


SALT LAKE CITY: Seorang wanita di bandar raya ini didakwa menawarkan dara anak perempuannya berusia 13 tahun kepada seorang lelaki dengan bayaran AS$10,000 (RM30,000).

Wanita itu didakwa, semalam di Mahkamah Daerah Utah dengan dua tuduhan penderaan seksual serta dua lagi tuduhan eksploitasi seksual. Stesen televisyen KTVX saluran 4 melaporkan mahkamah mendakwa, dia membuat tawaran itu selepas lelaki berkenaan meminta untuk melakukan seks oral bersama kanak-kanak terbabit. 

Polis berkata, wanita itu dan anaknya akan memperagakan pakaian dalam untuk lelaki terbabit. Tawaran itu diketahui teman lelaki wanita berkenaan yang menemui beberapa mesej pesanan ringkas membincangkan mengenai hal itu di telefon bimbitnya. 

AP

Sebab Subsidi Kena Potong

Posted: 24 May 2011 10:17 PM PDT

 Klik imej untuk pembesaran

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Sumber

Tahun 1998 UMNO Sepatutnya Telah dibatalkan Pendaftaran oleh ROS?

Posted: 24 May 2011 08:26 PM PDT


Sepatutnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan pendaftaran UMNO dan bukannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang diterima oleh PKR bahawa parti akan dilucutkan pendaftaran pertubuhan itu pada Jun ini.

Ini kerana, pada September 1998 UMNO/BN telah memecat Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KeADILan pada ketika beliau bersama dengan UMNO/BN tanpa dipanggil untuk membela diri oleh jawatan kuasa parti itu.

Tindakan ROS cuba membatalkan PKR adalah kerana PKR bertindak memecat keahlian A. Jayagopal setelah melanggar perlembagaan parti. Jika itu yang diambil kira oleh ROS, maka ROS juga harus bertindak terhadap UMNO kerana memecat Saifuddin pada ketika itu tanpa perbicaraan disiplin parti.

Contoh pada September 1998, Saifuddin telah dipecat daripada UMNO tanpa dipanggil membela diri atau menghadap jawatankuasa disiplin di bawah Tun Zaki Azmi (yang masuk IJN beberapa hari lepas). Saifuddin adalah ahli jawatankuasa disiplin UMNO.

Saifuddin telah dipecat daripada UMNO dua minggu setelah Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO tanpa dipanggil. Jika pemecatan ini tidak berlaku semasa dalam Lembaga Disiplin, UMNO juga wajib dibubar atau dibatalkan pendaftaran pada ketika itu.

Rogol Gadis Dalam MPV Ibu

Posted: 24 May 2011 05:44 PM PDT


AMPANG: Seorang pembantu jualan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik ibunya, dua minggu lalu.

Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, yang memakai kemeja-T dan berseluar jeans itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Manira Mohd Noor. 

Mengikut pertuduhan, Khairil Ivan didakwa merogol remaja berumur 15 tahun itu di dalam kenderaan berwarna putih di tepi Jalan Kosas, di sini, pada jam 11 pagi, 11 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni, manakala tertuduh diwakili Roslan Hassan.

Tiada ulasan: