Sabtu, 28 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Umno perlu belajar dari Pakatan - Johari

Posted: 28 May 2011 11:16 PM PDT

Umno perlu 'belajar' dari Pakatan pandai simpan krisis dalaman

Oleh Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Ahli-ahli Umno perlu bertindak seperti barisan pembangkang yang sanggup mengetepikan amalan politiking dalaman, kata ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani hari ini.

Johari berkata, budaya bermusuhan dan mengkhianati dalam Umno, meskipun wujud di peringkat cawangan, akan membawa impak buruk ke atas masa depan politik Umno.

"Mari bekerja sebagai sebuah pasukan untuk memenangi (kerusi) Titiwangsa," kata beliau pada persidangan perwakilan bahagian itu, salah satu bahagian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Barisan Nasional (BN) hilang 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

Bercakap pada majlis perasmian persidangan itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa ahli-ahli parti itu sanggup membuka pekung di khalayak, tidak seperti Pakatan Rakyat (PR).

Kata beliau, walaupun ada masalah yang sama dalam PKR, PAS dan DAP, kepimpinan pembangkang bijak dalam menyembunyikan rasa tidak puas hati mereka daripada pengetahuan awam.

Alat-alat seperti media atas talian seharusnya digunakan dengan baik ke atas pembangkang dan bukannya untuk mencetuskan permusuhan dalam parti kerana ia akan digunakan sebagai peluru oleh pihak musuh, kata Zahid.

"Dengan pilihan raya umum semakin dekat, peluru-peluru ini akan membunuh kita," kata beliau memberi amaran.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata ahli-ahli Umno seharusnya memfokus perhatian mereka ke atas soal pilihan raya, bukannya menghabiskan masa untuk politiking ketika perlu membuat persiapan menghadapi pilihan raya.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat kelmarin memutuskan untuk mengadakan pilihan raya olok-olok menjelang pilihan raya umum.

Datuk Seri Najib Razak, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN dijangka memanggil pilihan raya umum tahun ini meskipun mempunyai mandat sehingga 2013. - TMI

Wanita terseksi di dunia

Posted: 28 May 2011 11:02 PM PDT

USIA lanjut tidak bererti sudah tidak sesuai untuk kelihatan seksi. Aktres Helen Mirren yang kini sudah berusia 65 tahun baru sahaja dinobatkan sebagai Wanita Terseksi.

Dalam undian yang dibuat oleh isme.com, wanita cantik ini menduduki tangga tertinggi dalam kategori 'Wanita Terseksi di Atas 50 Tahun'.

Mirren bersaing snegit dengan model Twinggy, 61, yang berada di kedudukan kedua. Kedua-dua bintang ini diikuti Joanna Lumley di tempat ketiga dan Kim Cattrall, 54.

Beberapa bintang lain yang juga berada di urutan 20 wanita terseksi 'istimewa' ini adalah Michelle Pfeiffer, Emma Thompson, dan Lorraine Kelly.

"Berusia 50 tahun tak berarti kita tak lagi fashionable dan menjadi seksi," ujar Pengarah isme.com, Sara Prowse.

Umat Islam diingat jangan minum 'bir halal'

Posted: 28 May 2011 08:46 PM PDT

PADANG SERAI: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus. Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

"Kita akan merujuk kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas," kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, petang semalam.

Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan "bir halal" di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.

Akhbar berbahasa Melayu yang memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir tersebut dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.

JAIJ kemudian memaklumkan kepada JAKIM dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.

Akhbar itu turut memetik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin sebagai berkata bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus. Katanya ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

"Dalam keadaan tidak pasti, saya ingin menasihatkan umat Islam berhenti meminum minuman itu supaya tidak terperangkap dalam situasi yang mengelirukan," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesal kerana ada pihak-pihak yang ghairah mempermainkan institusi Mufti dan melabelkan mufti ke taraf terendah dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadap dan menghina agama.

Di majlis itu, beliau turut menyampaikan barang keperluan dapur kepada 30 orang golongan susah dan warga emas pelbagai kaum.

Tururt hadir Naib Ketua UMNO Padang Serai, Mohd Bakri Hashim dan setiausaha, Drs Mohd Zubib Saad serta Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr Chin Tung Leong.
-- BERNAMA

Pengalaman Ngeri : Ke kubu Abu Sayyaf di Jolo, Selatan Filipina

Posted: 28 May 2011 06:52 PM PDT

PULAU Jolo di selatan Filipina, tidak pernah sunyi daripada teropong media antarabangsa, selain menjadi markas kumpulan bersenjata Abu Sayyaf menentang Kerajaan Filipina, dengan pulau cuma lima jam perjalanan bot laju dari Semporna, Sabah itu dijadikan pusat penculikan sebagai satu industri bagi meraih pendapatan.

Kejadian penculikan membabitkan rakyat Malaysia bermula sejak 23 April 2000 lagi, apabila sekumpulan 21 pelancong asing dan pekerja pulau peranginan Sipadan, menjadi mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf. Selepas itu beberapa siri penculikan berlaku dan terbaru seorang ahli perniagaan Malaysia, Nazarudin Saidin dari Kuala Lumpur yang berurusan perniagaan ditahan di Jolo. Pengalaman membuat liputan selama 18 hari di selatan Filipina untuk bertemu tebusan Malaysia sebelas tahun lalu masih menjadi ingatan sehingga kini, kerana hampir menjadi mangsa culik.

Penulis dan jurugambar, Datu Ruslan Sulai turut berdepan pengalaman ngeri ketika membuat liputan bersama pasukan perubatan Malaysia di kawasan persembunyian kumpulan Abu Sayyaf yang diketuai Komander Robot (Ghalib Andang) yang terbunuh ketika ditahan di penjara di Manila tidak lama dulu) di Bandang, Jolo.

Tujuan asal membuat liputan kemudian berkembang menjadi juru perunding bagi membolehkan empat anggota pasukan perubatan Malaysia diketuai Dr Yahya Ahmad memberi rawatan kepada tebusan di Barangay Tiis Kudtong selepas kami diugut supaya membayar 10,000 peso (RM698) sebelum dibenarkan masuk.

Sebelum proses ugutan bermula, konvoi kenderaan kami dan satu kereta pengawal pengiring terpaksa berhenti di Bandang kerana menunggu kebenaran masuk. Ketika menunggu lebih tiga jam dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi, kami tidak dibenarkan turun dari jip Tamaraw kerana bimbang akan keselamatan diri.
Kira-kira jam 11 pagi, saya dikejutkan dengan satu bisikan ke telinga daripada seorang anggota kumpulan terbabit meminta duit sebanyak 10,000 peso (RM698) untuk membeli peluru.

Saya kaku sekejap dan terus teringat pengalaman 12 wartawan Jerman sebelum itu ditahan lebih tiga jam, sebelum dibebaskan mereka terpaksa mengorek duit sebanyak 1 juta peso (RM69,780) sebagai wang pelepasan diri.

Saya mengatakan tidak membawa duit, tetapi mereka enggan mengalah. Dalam pada itu, rakan mereka secara sengaja menjatuhkan raifal M16 ke lantai kenderaan, manakala yang lain mengeluarkan peluru pistol sambil bermain-main... mungkin sebagai isyarat.

Tiada pilihan. Saya berbisik kepada Dr Yahya... dia terdiam. Sebelum kami masuk ke tempat tahanan tebusan, Gabenor Sulu, Abdusakur Tan memaklumkan perjalanan pasukan perubatan Malaysia tidak akan diganggu termasuk tuntutan wang. Itu jaminan Abdusakur tetapi pengawal yang mengiringi kami menghilangkan diri.

Keadaan menjadi tegang, rundingan pembebasan kami bermula. Kami hanya berunding di celah pokok pisang dan kopi, kira-kira 15 meter dari kenderaan. Rundingan bermula dan kata putus diambil untuk membebaskan kami.

Saya kembali ke kenderaan dengan lapang dada, rundingan sudah selesai. Andaian meleset di dalam kereta, saya sekali lagi dibisik tentera yang berjabat tangan dengan saya, "Kami mahu beli ubat dan senjata, kami mahu duit, 'tapuk-tapuk' (secara sembunyi - bahasa Sabah)."

Sekali lagi saya bisik permintaan mereka kepada Dr Yahya, dia tidak berkata apa-apa, tetapi sebelum meninggalkan rumah Gabenor Abdusakur kira-kira jam 8 pagi sebelum itu, saya memberi andaian bahawa 'hadiah sagu hati' perlu diberikan sekiranya masuk ke tempat tebusan.

Rundingan kedua bermula, apabila saya dipanggil ke tempat perundingan di bawah pokok kopi dan pisang. Kali ini saya memanggil pengawal peribadi kami, Ibrahim yang juga penduduk Talipao dalam rundingan. Selepas Ibrahim yang bersenjatakan pistol berunding dan bertengkar di dalam bahasa Tausug campur Melayu dan saya mengatakan kumpulan kami tidak membawa duit kerana kami hanya menjalankan tugas.

Selepas berunding hampir 10 minit akhirnya keputusan dibuat kami terpaksa bayar untuk masuk, kalau tidak kami tidak dibenarkan membuat liputan dan memberi rawatan kepada tebusan walaupun sedikit. Saya berlari ke Tamaraw (kenderaan) berbisik dengan Dr Yahya, dia bersetuju memberi 'hadiah' tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Nasib baik Dr Yahya membawa wang. Saya berlari semula ke kawasan rundingan, dan terus berjabat tangan dengan wang yang tidak tahu jumlahnya bertukar tangan.

Serentak itu, suara dari kenderaan berteriak "Cepat! Cepat! Masuk, Tamaraw hendak bertolak ke kem," saya hampir terjatuh kerana terpijak batang pisang.

Kami bertemu semua tebusan warga Malaysia Fong Yin Ken, Zulkarnain Hashim , Kua Yu Loong, Vincent Kong, Lee Hok Liong, Francis Masangkim, Basilius Jim, Baln Krishnan Nair, Abdul Selamat serta warga Filipina, Roland Ullah dan mendapatkan bahan berita daripada mereka yang hanya boleh dihantar ke Kuala Lumpur selepas kembali ke Zamboanga City menaiki kapal penumpang. - BH

oleh : Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar
muhdyusuf@bharian.com.my

KUIN : PR sama saja dengan BN

Posted: 28 May 2011 06:34 PM PDT

oleh : Prof Abdul Aziz Bari

Saya mendapat perspektif yang berbeza tentang kes enam pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang diambil tindakan selepas bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin.

Saya tidak tahu kes ini secara terperinci. Apa yang dilaporkan ialah para pelajar itu digantung pengajian dan didenda kerana berdemonstrasi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut soal-soal teknikal seperti Institusi Pengajian Tinggi ada peraturan dan sebagainya. Ini soal teknikal, soal kecil. Ada gambar besar yang perlu diambilkira; yakni hasrat Pakatan Rakyat yang hendak memperkasa dan membebaskan rakyat.

Kita tidak mahu peraturan digunakan untuk menutup gambar besar tadi. Yakni falsafah pentadbiran secara keseluruhan oleh Pakatan Rakyat.

Nampaknya apa yang KUIN lakukan sama saja dengan IPTA yang berada di bawah Barisan Nasional.

Kalau pelajar ponteng, meniru dalam peperiksaan atau merosakkan harta benda kolej itu boleh diterima. Tetapi kalau hukuman dibuat berdasarkan kepada demonstrasi ini tidak kena dengan falsafah Pakatan.

Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan (Per.10(1) Perlembagaan Persekutuan. Kalau akta parlimen pun tidak boleh mengatasi peruntukan itu apalagi sekadar peraturan kolej universiti. Kerajaan Pakatan tidak harus menafikan kebebasan bersuara sebagaimana Umno-BN melalui polis dll.

Itu gambar besar yang KUIN khususnya dan kerajaan negeri Kedah umumnya perlu prihatin. Apa yang berlaku menggambarkan sikap kuku besi, autokratik dan tidak boleh dikritik.

Setahu saya pelajar di KUIN membayar yuran dan mereka berhak bersuara. Hak ini tidak boleh dinafikan atas alasan lain. Contohnya kalau mereka merosakkan harta benda mereka perlu dihukum atas kesalahan itu dan hukumannya perlu setimpal.

Menteri besar sebagai pengerusi KUIN patut mengambil langkah segera; umpamanya membatalkan hukuman itu.

Jika tidak isu KUIN ini akan digunakan terhadap Pakatan. Bukan sahaja di Kedah tetapi di negeri-negeri lain. Dan boleh menyulitkan perubahan di Putrajaya. - MALAYSIAKINI

Jom pi menikah ... RM18 saja

Posted: 28 May 2011 06:08 PM PDT

Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2011/05/29

KUCHING: Serendah RM18! Dengan hantaran sebanyak itu lelaki dari negara ini boleh berkahwin dengan ga­­­­­­­dis negara jiran yang tinggal di kawasan Sambas, sempadan Malaysia-Indonesia melalui kegiatan dikenali sebagai 'nikah siri'.

Kegiatan ini kebanyakannya dicari oleh lelaki yang ma­­­hu berkah­win dua, tiga atau empat, dengan meng­­­gunakan orang tengah bagi melicinkan kemasukan mereka untuk urusan perni­kahan di kampung terpencil itu - BH

Jatuhnya Putrajaya bukan kerana berhimpun

Posted: 28 May 2011 05:52 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Jatuhnya Putrajaya yang dikuasai BN sekarang bukan disebabkan berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi yang lebih popular kepada Pakatan Rakyat yang akan disaksikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Sehubungan itu, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan rasa terkejut dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 yang hanya dihadiri sekitar 8,000 belia sahaja, semalam.

Katanya, ucapan Najib tersebut menjelaskan lagi apa yang beliau dakwa dalam kenyataannya kelmarin bahawa pemimpin BN sangat resah, gelisah dan semacam tidak boleh tidur nyenyak memikirkan kuasa yang dimiliki di Putrajaya bakal hilang.

Baginya, perhimpunan yang ternyata gagal dari segi jumlah kehadirannya itu ternyata digunakan sepenuhnya Najib dan timbalannya untuk melahirkan perasaan resah dan gelisah kepada kuasa yang bakal hilang.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak berkata, sungguh malang program yang sudah berbulan dirancang dan dicanang oleh pemimpin BN serta mendapat liputan media cetak dan elektronik itu hanya dihadiri seramai itu.

"Maka adakah benar-benar mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mermbenarkan mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat seperti yang dilaungkan Najib dalam ucapannya?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kerana itu beliau meyakini bahawa para belia akan bersama Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan BN dalam PRU 13 nanti.

Oleh itu, beliau sangat menghargai sikap matang para belia pada masa kini untuk bersama seluruh rakyat malaysia bagi menyelamatkan negara yang disayangi ini.

"Lucunya Najib cuba merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat seperti di Mesir dan Tripoli dengan katanya Malaysia aman dan stabil dalam keadaan dia menimbulkan suasana tidak aman dan tenteram dengan mengapi-apikan rasa benci kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Tambahnya, sangat malang bagi sebuah negara yang cuba merosakkan para belia dengan perhimpunan untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang penuh dengan penyelewangan dan dasar yang menindas rakyat.

"Tetapi saya ingatkan di luar sana adalah para belia yang tidak akan berhimpun seperti di Asia Barat tetapi mereka akan berhimpun di pusat pengundian dalam PRU 13 akan datang bagi jatuhkan kerajaan BN.

"Saya tegaskan bahawa Najib dan para belia yang berhimpun bersamanya di Putrajaya kelmarin pasti tidak dapat menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya kerana Putrajaya tidak akan dapat dipertahankan walaupun sejuta belia yang hadir dengan cara berhimpun," ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebelum ini, katanya pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga bercakap nada yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya dengan katanya "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".

Beliau berkata, lucunya Najib mendakwa bahawa para belia tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan tuduhan jahat kononnya Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya.

Baginya, itu satu dakwaan yang dilihat sebagai kegelisahan tahap maksimum seorang pemimpin yang akan bertahan sebagai Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja, sesuai dengan slogan 1Malaysia yang dibawanya.

"Ternyata kalau kita amati gelagat Najib sejak akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda kegusaran yang serius dan tidak pernah dialami oleh pemimpin Umno sebelum ini.

"Beliaulah satu-satunya pemimpin BN yang dilihat terbukti sedang bergelut dengan suasana sangat getir bagi mempertahankan kuasa BN yang telah melewati 50 tahun itu," katanya.

Justeru, Khalil tidak dapat membayangkan apakah ucapan dan tindakan lain yang akan dilakukan oleh seorang yang disifatkan 'gila kuasa' dan sedang melakukan untuk mempertahankan kuasa.

Ceramah DSAI di Kerdau

Posted: 28 May 2011 09:17 AM PDT

Ceramah Mat Sabu di Kerdau

Posted: 28 May 2011 07:53 AM PDT

111 keluar Umno sertai PAS

Posted: 28 May 2011 05:24 AM PDT

SELAYANG, 28 Mei: Bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Melayu Sri Kundang, Mat Senin Mat Lana mengetuai 111 ahli cawangan itu membuat keputusan meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

Mat Senin bersama bekas ketua pemuda cawangan tersebut, Mohd Khairuddin Abu Bakar dan bekas ketua wanita, Kamariah Meor Baldin secara rasmi menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis Ceramah Perdana PAS Ganti Umno di Dewan JKKK Kampung Setia, Tasik Biru, Kuang malam tadi.

Laungan takbir bergema dari kira-kira 2,000 orang yang hadir memenuhi padang sewaktu pengerusi majlis mengumumkan perkara tersebut.

Difahamkan, selepas mereka meninggalkan Umno, ahli cawangan tersebut tinggal 130 orang dan dikepalai oleh timbalan ketuanya.

Menurut sumber, masih ada beberapa ahli yang ingin mengikut jejak langkah ketua mereka untuk menyertai PAS.  SETERUSNYA

18SX : Tidak memakai seluar dalam dan coli - boleh raba dulu

Posted: 27 May 2011 11:56 PM PDT

KUALA LUMPUR - Macam-macam taktik pelacur warga asing yang tidak pernah serik mencari pelanggan di sekitar medan selera di Jalan Pudu di sini apabila mereka kini tampil dengan gaya tidak memakai coli dan seluar dalam ketika mencari pelanggan.

Pelacur warga asing yang terdiri daripada kalangan warga China, warga Myanmar dan Indonesia itu dengan berpakaian seksi akan memberi kesempatan kepada pelanggan yang dihampiri menyentuh bahagian sulit mereka sebelum pelanggan itu ditarik ke hotel-hotel bajet di sekitar Jalan Pudu.

Rahsia pergerakan pelacur yang berumur belasan dan bawah 40-an itu terbongkar apabila polis menyerbu kawasan sekitar di sebuah hotel bajet di sini pada pukul 11.45 pagi semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, polis menahan 40 wanita melibatkan 34 warga China, Myanmar (5) dan Indonesia (1).

Kesemua pelacur yang ditahan itu sedang berpeleseran di sekitar hotel itu untuk mencari pelanggan.

Tiada ulasan: