Ahad, 29 Mei 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir

Posted: 28 May 2011 02:15 PM PDT

Mungkin ramai masih ingat kejadian gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negara pada 1996. Ada dakwaan ia sengaja dilakukan bagi mengizinkan kelahiran syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan akhirnya membawa perletakan jawatan Ani.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biar pun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.


Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

"Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

"IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996," katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat sini malam tadi.

Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PRK Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR berkata, belum pun kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik secara rasmi, bil terbaru yang diterima pengguna sudah tercatat kadar tarif baru.

Katanya, ramai terkejut menerima bil bulanan terbaru mereka apabila tercatat kenaikan tarif elektrik biar pun kerajaan belum mengumumkan secara rasmi.

Menurutnya juga mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga Petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

"Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

"Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun," ujarnya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

"Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani," ujarnya.

Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi membodek Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

"Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri," ujarnya.

IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir

Sumber - Tranungkite

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Hanya Melayu ada hak untuk biasiswa

Posted: 28 May 2011 01:29 AM PDT

Hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak untuk menerima biasiswa kerajaan, kata kumpulan pendesak yang berkaitan dengan Umno - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps).

"Adakah sebenarnya setiap rakyat Malaysia berhak mendapat biasiswa? Perlembagaan Persekutuan hanya mengariskan orang Melayu dan Bumiputera (sahaja) mempunyai hak untuk menerima biasiswa," kata presiden Gaps Hamidzun Khairuddin dalam satu kenyataan.

"Perlembagaan ini di buat oleh Suruhanjaya Reid, bukan oleh pemimpin Melayu," katanya dalam usaha cuba memindahkan kesalahan itu kepada lima anggota panel Komanwel yang menggubal perlembagaan negara pada tahun 1965.


Hamidzun mengulas kenyataan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berkata, "MCA meminta perdana menteri supaya memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang SPM untuk melanjutkan pelajaran di luar negara meskipun Putrajaya mendakwa tidak membuat sebarang janji seumpama itu."

Sambil menuduh "sesetengah ahli politik parti pemerintah dan pembangkang yang sangat bersifat perkauman dan chauvanistic", Hamidzun membidas Chua, khususnya dan mencabar ketua parti komponen BN yang kedua terbesar itu meminda perlembagaan jika tidak bersetuju.

"Kalau (Chua) Soi Lek tak setuju, dia kena pinda perlembagaan yang digubal oleh Lord Reid ini. Soi Lek wajar bersikap lebih objektif dalam kepimpinannya.

"Soi Lek juga kena belajar menjadi pemimpin untuk semua rakyat Malaysia, bukan menjadi jaguh untuk bangsanya sahaja," kata pemimpin Gaps itu.

Cukup la...

Hamidzun juga membidas parti-parti komponen BN yang katanya setiap tahun dalam bulan Mei-Jun MCA dan MIC serta Umno akan menjadi juara kaum masing-masing.

"Gaps melihat isu ini harus diselesaikan secara tuntas agar ianya tidak menjadi polemik tahunan yang tidak menguntungkan rakyat," katanya sambil menambah pemimpin BN perlu bertanggungjawab mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan kaya di negara ini.

"Cukup lah Do Xiang Zhong (sic), PERKASA dan Hindraf menjadi jurucakap bangsa masing-masing. Mereka cemerlang dalam bidang itu," katanya.

Bagaimanapun bercanggah dengan dakwaannya hanyak orang Melayu dan Bumiputera yang layak diberi biasaiswa, pada akhir kenyataannya Hamidzun menulis "Pemimpin parti politik harus berjiwa besar membina negara bangsa. Mereka harus berani mempertahankan kepentingan semua kaum berdasarkan asas undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan."


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: