Sabtu, 28 Mei 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Hasrat Bob Lokman Bantu PR Ke Putrajaya

Posted: 28 May 2011 12:30 AM PDT

Bukit Mertajam: Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakun Bob Lokman memberitahu, tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khasnya PAS ke Putrajaya.

"Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan.

"Tugas saya kini berceramah, membantu Pakatan Rakyat agar lebih berketrampilan dalam usaha mengejar impian ke Putrajaya," beritahu Bob Lokman (gambar) ketika berpidato pada majlis anjuran PAS Permatang Pauh di belakang Sekalah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam semalam.

Bob Lokman menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program PAS bagi membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat.

"Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, " jelas beliau.

Beliau berceramah dipentas bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan.

Dalam pada itu, beliau juga meminta Jabatan Agama Islam memantau lirik-lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi agar ia tidak terpesong dari aqidah Islam.

Mereka di saran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah.

Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, kata bekas penilis lirik, pencipta lagu dan pelakun itu.

Kadang-kadang, kata beliau, pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas di tambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar.

"Bukan bermakna tidak boleh mencipta lagu asalkan penciptaanya tidak menyalahi Islam. Saya bercakap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri yang pernah melalui era kegemilangan menerusi lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Kumpulan Rock Wings dan Isabella nyanyian Search, " jelasnya.

Baginya, sekaranglah masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.

Keluar dari alam glomour bukan mudah tambahan lagi aktif bersama PAS berceramah sana sini dengan tujuan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang zalim terhadap rakyat bawahan, kata beliau. -hd

Lanjutkan Tempoh PLKN Bukti Kegagalan & Penganiayaan Ke Atas Pelatih

Posted: 27 May 2011 11:50 PM PDT

Lanjut tempoh latihan bukti PLKN gagal, kata DAP

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Pemuda DAP menyifatkan alasan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memanjangkan tempoh Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah tidak berasas, sebaliknya mahu ia dikaji semula kerana didakwa telah gagal.

Sehubungan itu, Ketua Pemudanya Anthony Loke (gambar) menegaskan, sepatutnya jika tempoh latihan selama tiga bulan gagal untuk menerapkan semangat patriotik seperti yang dikatakan oleh Ahmad Zahid, maka PLKN dilaksanakan sejak 2004 wajar dikaji semula.

"Beliau (Ahmad Zahid) mencadangkan agar PLKN dipanjangkan tempoh latihan kerana mendakwa tempoh tiga bulan tidak mencukupi untuk menerapkan semangat patriotik di kalangan pelatihnya.

"Kami membantah cadangan itu kerana ia bukan faktor utama sama ada program itu berjaya memupuk semangat patriotik di kalangan anak muda kita dan sekiranya menteri sendiri mengakui program itu tidak berkesan memupuk semangat patriotik, ia sepatutnya dikaji semula secara komprehensif," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Ahli Parlimen Rasah itu, sekiranya tempoh latihan PLKN dilanjutkan ia secara automatik akan menambah kos mengadakan program tersebut.

"PLKN memakan belanja begitu besar, yang mencecah RM560 juta setahun. Sekiranya tempoh tersebut dipanjangkan, maka tanggungan kerajaan untuk program ini akan bertambah berlipat ganda.

"Adakah ini wajar dalam keadaan kewangan negara ketika ini yang terus mengurangkan pelbagai subsidi untuk barangan keperluan yang menghimpit kehidupan rakyat? Malah, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sendiri telah menyarankan supaya PLKN dikaji semula," kata Loke.

Selain itu, kata beliau, pihaknya juga mempersoalkan cadangan bahawa modul baru akan diperkenalkan dalam PLKN untuk mendidik pelatih mengenai kepentingan mengundi.

"Saya mempersoalkan tujuan sebenar mengapa PLKN begitu beria-ia untuk memperkenalkan modul ini walaupun peserta PLKN belum pun layak untuk mendaftar sebagai pengundi," katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, jika kerajaan benar-benar ikhlas untuk mendidik orang muda tentang sistem demokrasi, ia sepatutnya dimulakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana merekalah yang berhak mengundi dan merupakan golongan yang sepatutnya digalakkan untuk mengambil berat tentang perkembangan politik negara dan sistem pilihan raya dan bukannya terus dibantutkan pemikiran mereka di bawah AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti)," katanya.

Semalam Ahmad Zahid berkata pihaknya mengkaji kemungkinan untuk memanjangkan tempoh latihan PLKN.

Kata beliau, tempoh latihan tiga bulan ketika ini terlalu singkat dan tidak memadai dalam usaha membentuk sahsiah terpuji, keperibadian unggul dan memupuk semangat patriotisme.

PLKN dilancarkan pada 16 Februari 2004 oleh Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, dengan kumpulan sasaran merupakan golongan remaja berumur 18 tahun.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP kebangsaan Dr Tan Seng Giaw menggesa Ahmad Zahid membentangkan laporan penuh berkenaan perbelanjaan mengendalikan PLKN di Parlimen.

"Biar kita adakan perbahasan (di Parlimen) sebelum memperluaskan tempoh latihan lebih daripada tiga bulan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong. -TMI

Ulasan GB

Berita mengenai cadangan lanjutan tempoh PLKN keluar bertepatan serentak pula dengan berita mengenai seorang pelatih PLKN yang melahirkan dan membuang anak di kawasan kem yang disiarkan di entri sebelum ini.

Pelatih PLKN Lahirkan & Buang Bayi Di Belakang Asrama [updated]

Posted: 27 May 2011 09:31 PM PDT

Rahsiakan Kelahiran Bayi, Pelatih PLKN Cancun Park Ditahan

PASIR MAS 27 MEI : Seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cancun Park, Bukit Tuku dekat sini ditahan polis kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian bayinya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata kelahiran 'rahsia' pelatih berkenaan disedari selepas pelatih itu yang mengadu sakit dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini.

"Pihak hospital kemudian mengesahkan suspek telah melahirkan anak sebelum pihak kita menjalankan pemeriksaan mencari mayat bayi perempuan yang dilahirkan suspek di kawasan kem berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Gambar: MAYAT bayi perempuan seberat 2.6 kilogram dijumpai di dalam kawasan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Taman Cancun, Pasir Mas dibawa ke Hospital Pasir Mas, Kota Bharu untuk dibedah siasat. - Foto Syamsi Suhaimi

Beliau berkata mayat bayi tersebut dipercayai dijumpai kakitangan PLKN kem berkenaan di belakang asrama pelatih perempuan dalam kawasan kem.

"Mayat bayi seberat 2.6 kilogram tersebut ditemui masih bertali pusat dan dilahirkan cukup sifat. Mayat itu kemudiannya di bawa ke hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat,"
katanya.

Katanya pelatih berkenaan kini dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kota Baharu dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pelatih bagi menjaga maruah pelatih dan keluarga.

"Kita menerima laporan mengenai kes itu dan saya telah mengarahkan komander kem mengambil tindakan mengikut perintah yang ditetapkan dan membuat laporan polis," katanya.

Abdul Hadi berkata pelatih tersebut baru melaporkan diri bersama 300 pelatih lain untuk siri kedua pada 15 Mei lepas.

Menurutnya, pelatih tersebut menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pelatih lain sebelum melaporkan diri dan lulus dalam pemeriksaan tersebut.


Bir Arab Haram! Mengandungi Kadar Alkohol Melebihi Yang Dibenarkan Syarak

Posted: 27 May 2011 07:50 PM PDT

Bir halal' jadi haram

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal' di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri 'bir halal' itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

"Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

"JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu (gambar) menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara," katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

"Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

"Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam," katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

"Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol
.

"Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman 'halal' berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras," katanya. -hm

[Video] Pengedar Video Seks Fitnah Sasar Kampung Cina

Posted: 27 May 2011 05:00 PM PDT

Selepas tersebar tanpa sekatan di laman Youtube, selain di tabur di kawasan perumahan sehingga ke masjid, video seks fitnah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus disebar.

Terbaru rakaman video itu dikesan di perkampungan Cina dan sasarannya adalah ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat.

Sekurang- kurangnya 15 pemimpin di Hulu Langat dan lebih lapan lagi di Kuala Selangor mengesahkan menerima video berkenaan menerusi pos.

EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, berdasarkan cop pada bungkusan itu, rakaman tersebut dikirim dari Melaka dan Shah Alam.

"Pandangan kita jelas, ini adalah taktik kotor BN dan kita yakin bahawa orang dalam video tersebut bukan Anwar Ibrahim," katanya.

Ean Yong berkata demikian ketika mengiringi 15 ketua kampung dari kawasan Ulu Langat membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau menambah, VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Rakaman video fitnah itu giat diedar pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa sebarang usaha mengekang daripada polis.

"Banyak laporan polis telah dibuat bersabit aktiviti pengedaran video ini, tapi sehingga kini polis masih tidak dapat tangkap orang yang mengedarkan VCD tersebut," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafie hari ini turut membuat laporan polis dan mendakwa penyebaran video ini dalam makluman polis, namun tiada sebarang tindakan diambil.

25 Mei lalu, sekurang- kurangnya sepuluh ketua kampung baru di DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis setelah menerima VCD yang sama, juga menerusi pos.

Rata- rata mereka menolak tindakan tidak bertanggungjawab menyebarkan bahan pornografi kepada umum. -tvsnews



Kenaikan Tarif Elektrik Diluluskan, Kerajaan Perihatin Terhadap Beban Rakyat?

Posted: 27 May 2011 03:40 PM PDT

Kenaikan Tarif Elektrik Diluluskan

PUTRAJAYA: Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.

NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri, lapor Malaysiakini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Ulasan GB

Jika sebelum ini dilaporkan bahawa keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) kerana kerajaan amat prihatin terhadap beban yang ditanggung rakyat, walaupun terpaksa menanggung beban kewangan yang besar berikutan peningkatan jumlah subsidi, sekarang mengapa pula menaikkan tarif elektrik jika benar-benar kerajaan amat perihatin terhadap beban rakyat?

Ini jelas menunjukkan kerajaan UMNO BN sebenarnya lansung tidak menghiraukan beban rakyat.

Kenaikan tarif elektrik jauh lebih memberi kesan negatif kepada rakyat kerana setiap sektor terlibat.

Implikasinya, kenaikan harga barang akan melambung dengan hebat dan ini sekaligus akan melucutkan kuasa beli rakyat dengan jumlah pendapatan yang sama. Nilai wang akan terus menjunam kerana inflasi akan mengakibatkan situasi dimana segala-galanya akan menjadi lebih mahal.

Dan rakyat marhaen menanggung derita dan sengsara yang teramat sangat - di jangka pendek dan jangka panjang.

KDN Diselar Kerana Menganiaya Masa Depan 4 Orang Pelajar

Posted: 27 May 2011 07:30 AM PDT

IPT menanti, tapi remaja masih di lokap

Bimbang dengan masa depan gelap yang mungkin dihadapi anak mereka, sekumpulan ibu bapa terpaksa meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia campur tangan dalam kes penahanan remaja berkenaan bawah Ordinan Darurat.

Seorang daripada ibu remaja berkenaan, Rosmawati Taib berkata, anaknya itu sepatutnya mula mendaftarkan diri di kampus UiTM pada 29 Mei, namun tidak dapat berbuat demikian kerana masih berada dalam tahanan.

Rosmawati berkata, anaknya yang masih berusia 17 tahun itu masih ditahan di lokap balai lokap Ayer Molek, Johor Bahru bawah undang-undang berkenaan.

"Sepatutnya dia dibebaskan. Dia perlu belajar untuk masa depan dia. Apa yang berlaku ini saya sangat tidak puas hati sebab anak saya tidak bersalah.

"Sepatutnya anak saya akan habis tempoh tahanan 60 hari pada 12 Jun. Polis beritahu saya, anak saya selepas ini mungkin akan dibuang daerah atau dipenjara selama dua tahun.

"Polis kata, memang begitulah tindakan mereka. Kecuali jika kami (ibu bapa) merayu kepada menteri dalam negeri sebab itu bawah keputusan menteri," kata Rosmawati ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Rosmawati hari ini hadir ke Suhakam bagi meminta suruhanjaya itu masuk campur dalam kes berkenaan, memandangkan peguam turut enggan membawa kes yang turut melibatkan dua lagi remaja berusia 17 tahun.

Turut ditahan bersama kumpulan remaja berkenaan ialah seorang pemuda, Muhammad Noorariff Bakran, 20.

Ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kayat yang turut bersama ibu bapa remaja berkenaan hari ini berkata kumpulan anak muda itu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan pada malam 28 Mac lalu di Sri Alam, Johor Bahru.

"Kalau benar (anak muda ini) bersalah, dakwa di mahkamah. Kalau tidak, lepaskan mereka. Kita tidak mahu perkara ini menjadi kesusahan kepada mereka," kata Suhaizan ketika dihubungi.

Sementara itu, penyelia pusat aduan rakyat PAS Permas, Syed Othman Syed Abdullah pula berkata, keluarga berkenaan tiada pilihan lain memandangkan peguam bagi kes berkenaan telah menarik diri daripada kes berkenaan.

"Peguam kata tak boleh buat sebab kes bawah Ordinan Darurat tak boleh dibawa ke mahkamah. Keluarga telah berhubung dengan polis tapi polis masih tidak boleh bagi jawapan, remaja ini ditahan bawah kesalahan apa," katanya lagi. -mk

Kenaikan Tarif Elektrik Tak Boleh Dielak, Begitulah Juga, Putrajaya Terlepas Tak Boleh Dielak

Posted: 27 May 2011 06:30 AM PDT

Tarif elektrik: Kenaikan tak boleh dielak, tapi dilaksana berperingkat

SHAH ALAM, 27 Mei — Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut.

Kata Mustapa, kenaikan kos tenaga elektrik akan membebankan kebanyakan industri khususnya sektor-sektor yang berintensifkan tenaga termasuk pengeluaran keluli, minyak dan gas serta mereka yang terlibat dalam pengeluaran elektrik.

"Kami secara berterusan melibatkan mereka yang berada dalam industri. Apa sahaja kenaikan, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat," katanya.

Mustapa juga berkata, kerajaan perlu menaikkan harga gas dan elektrik untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan.

Kelmarin, Putrajaya mengumumkan bahawa tidak akan ada kenaikan harga bahan api buat masa sekarang.

Ulasan GB

Jika demikian jawapan kerajaan, maka rakyat pun menjawab:

Putrajaya pun terlepas dari BN tak boleh dielak, ia akan berlaku secara berperingkat.

Mula-mula hilang majoriti 2/3, kemudian selepas ini kita akan saksikan para menteri duduk di kerusi pembangkang dan PM yang ada bakal menjadi ketuanya!

Demi Integriti Polis, Dalang Penyebaran Video Seks Perlu Ditahan Dan Diadili

Posted: 27 May 2011 05:30 AM PDT

Lagi Laporan Polis Desak Siasat Segera Dalang Sebar Video Lucah

SHAH ALAM 27 MEI : Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Selangor Shuhaimi Shafie membuat laporan polis mendesak agar satu siasatan segera dilakukan berhubung penyebaran VCD lucah dan fitnah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keadilan Selangor melihat bahawa kalau benar VCD yang disiarkan kepada rakan media di Carcosa itu yang asli, sekeping, bagaimana yang sekeping itu terlepas di tangan polis dan diupload di internet sedemikian rupa," kata Suhaimi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Shuhaimi menyatakan kehairanan beliau mengenai bagaimana video tersebut bolos di internet sedangkan trio Datuk T yang menayangkan video tersebut kepada media Mac lalu mengaku hanya mereka mempunyai salinan berkenaan dan telahpun menyerahkannya kepada pihak Polis.

"Persoalannya di sini adakah polis bersekongkol, terlibat menandatangai memorandum persefahaman dengan Datuk T. Datuk T kata hanya ada satu salinan. Adakah Polis bersekongkol atau memang ada salinan lain dengan Datuk T?," kata beliau.

Pemberian dan penyebaran VCD tersebut dikesan berleluasa pada kempen Jelajah Selangor (Jelas) PKR sejak awal bulan ini di Semenyih, Kuala Langat, Tanjung Karang, Subang dan Sabak Bernam, dan Selayang.

Dua hari lalu, Ketua kampung dari 8 kampung buah kampung di Shah Alam dan Klang menerima 4 salinan VCD tersebut setiap seorang melalui Pos.

Tanpa menuduh mana-mana pihak, Shuhaimi melahirkan kebimbangan terdapat gerakan sistematik dan terancang dalam penyebaran VCD ini dengan agenda untuk memburuk-burukkan PKR dan Pakatan Rakyat berdasarkan sasaran penyebaran kepada rakyat dan pemimpin akar umbi seperti Ketua-ketua kampung.

Malah, menurut Shuhaimi tidak mustahil VCD lucah itu akan dihantar dari rumah ke rumah pula selepas ini.

"Persoalannya di sini bukan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan soal Datuk Seri Najib, bukan soal Tan Sri Muhyiddin Yassin. Persoalan pokoknya ialah bagaimana video ini disebarkan dengan begitu meluas tanpa penglibatan atau sekatan pihak-pihak berkuasa. Jadi dipercayai wujudnya satu gerakan terancang untuk menyebarkan video ini dari rumah ke rumah,"ujar beliau.

Justeru Shuhaimi mendesak polis supaya bertindak kerana jawapannya boleh didapati dengan mereka yang paling awal menyebarkan video berkenaan - Datuk T, yang dianggotai oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

"Jadi saya desak pihak polis kalau perlu tahan, tahanlah Datuk T supaya dapat tahu siapa yang terlibat 'sebarkan' video lucah ini," tegas beliau. -tvsnews


Video seks diedarkan di kampung Cina pula

Salinan pita video yang memaparkan seorang lelaki mengadangkan hubungan seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diedarkan di seluruh Selangor.

Tidak terkecuali adalah perkampungan Cina dan sasarannya adalah ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat.

Menurut anggota exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah sekurang-kurangnya 15 pemimpin di Ulu Langat dan lebih lapan lagi di Kuala Selangor mengesahkan menerima video berkenaan menerusi pos.

Katanya, berdasarkan cop pada bungkusan itu, ia dikirimkan dari Melaka dan Shah Alam.

Hari ini Ean Yong mengiringi 15 ketua kampung dari kawasan Ulu Langat membuat laporan berhubung perkara itu.

Sementara itu, ketua kampung dalam DUN Sri Muda parlimen Kota Raja juga dilaporkan menerima video seks dan poster yang cuba dikaitkan dengan ketua umum PKR itu.

Laporan polis itu dibuat oleh ketua penerangan PKR Shuhaimi Shafiei bersama-sama empat ketua kampung tradisi Melayu di ibu pejabat polis Daerah Shah Alam kira-kira 11.30 pagi tadi.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda membuat laporan polis itu mewakili PKR Selangor.

Dalam laporan polisnya, Shuhaimi berkata tujuan aduan dibuat berikutan penyebaran VCD dan poster yang diistilahkan sebagai lucah dan diedarkan di majlis solat hajat dan ceramah 'Tawan Malaysia' di Stadium Selayang pada 14 Mei lalu.

Menurutnya lagi, beliau menerima bahan-bahan tersebut dari petugas keselamatan parti pada majlis tersebut.

Dalam aduannya juga, beliau meminta pihak polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran VCD itu di lima lagi tempat iaitu di Kampung Jalan Kebun, Kampung Melayu Subang, Dewan Majlis Daerah Semenyih, satu program ceramah di Tanjong Karang dan di Dewan Majlis Daerah Kuala Langat.

"Oleh itu, saya mendesak pihak polis menyegerakan siasatan berhubung penyebaran (VCD) dan menghadapkan pihak yang terlibat ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, Shuhaimi berkata keempat-empat ketua kampung tersebut yang dihantar dengan video itu adalah Kampung Teluk Menegun, Kampung Baru Hicom, Kampung Johan Setia dan Kampung Bukit Hadir.

Keempat-empat ketua kampung tersebut menerima VCD dan poster yang dimasukkan ke dalam sampul surat yang diposkan dari Shah Alam dan Melaka. Mereka menerimanya pada 23 dan 24 Mei lalu.

Menurutnya, ketua kampung Baru Hicom dan Kampung Telok Menegun menerima tiga keping VCD manakala dua lagi masing-masing menerima sekeping VCD.

"Mereka semua tak tengok (kandungan VCD), tetapi saya dimaklumkan ia dipercayai pelakunya sama seperti di dalam internet, jika dilihat di bahagian kulit VCD itu," katanya.

Katanya, sepatutnya empat lagi ketua kampung dalam DUN Sri Muda turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, bagaimanapun membatalkannya kerana keuzuran dan mempunyai urusan lain yang lebih penting.

Kampung tersebut antaranya, Kampung Bukit Lancang, Kampung Jalan Kebun dan Kampung Sungai Kandis.

Ditanya sama ada empat ketua kampung itu akan membuat laporan polis selepas ini, Shuhaimi berkata memadai setakat ini dengan laporan yang dibuat pada hari ini.

Menurutnya, sekiranya masih ada ketua kampung yang menerimanya selepas ini, beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Penyebaran bahan ini bukan sahaja dilarang kerana lucah, malah ia memberi implikasi buruk kepada anak-anak kita," katanya.-mk



Video Seks Bocor : Polis Digesa Segera Siasat

SHAH ALAM 26 MEI : Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mahu polis bertindak dengan konsisten dalam penyiasatan mereka berhubung penyebaran cakera video lucah yang dikesan dilakukan kepada ketua-kampung di Selangor.

Khalid berkata, polis dan Kementerian Dalam Negeri perlu bersikap profesional dalam menangani hal ini dan tidak harus berdiam diri seolah-olah menghalalkan fitnah lucah terus tersebar ke serata negara.

"Bagaimana bahan grafik yang dulunya telah diserahkan kepada polis salinan asalnya, secara terbuka disebarkan. Selepas itu dihantar kepada ketua-ketua kampung dan sebagainya.

"Ini bagi kami merupakan politik kotor Umno dan merupakan tanda betapa terdesaknya mereka untuk berhadapan Pilihan Raya Umum. Malangnya pihak berkuasa seperti polis dan KDN mendiamkan diri. Apa sudah jadi?" soalnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang diterimanya daripada lapan orang ketua kampung di sekitar Selangor yang mendakwa telah menerima video berkenaan.

Cakera video berkenaan yang memuatkan rakaman video lucah memaparkan individu yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang telah diterima oleh ketua kampung berkenaan sejak seminggu lalu.

Menurut Khalid, cakera video tersebut diterima oleh ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Kampung Kebun Bunga Batu Tiga, Kampung Kuantan Klang dan Kampung Melayu Subang.

Selain itu, ketua Kampung Bukit Kapar (Meru), Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Jalan Kebun Klang turut menerima rakaman video berkenaan melalui kiriman pos.

Sebelum ini, lapan orang ketua kampung di kawasan Hulu Selangor dilaporkan turut menerima rakaman video berkenaan.

"Tempat lain sudah terima, Shah Alam sudah terima, kemungkinan besar seluruh negara JKKK dan Ketua Kampung dah terima video. Boleh bayangkan jumlah wang yang dibelanja dan tahap yang diusahakan pihak ini.

Khalid berkata penyebaran video berkenaan mungkin didalangi Umno dilakukan bagi menghakis kepercayaan golongan penyokong akar umbi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana gerak kerja mereka yang tersusun dan modal besar yang harus digunakan bagi melakukan penyebaran seperti itu.

"Ini semua menunjukkan ada organisasi dan kempen yang tersusun dan terancang yang sedang dilakukan mereka," kata Khalid. -tvsnews






Perlantikan J/K Panel Lynas Tidak Bebas - MITI Cuba Menipu Rakyat?

Posted: 27 May 2011 04:44 AM PDT

Lynas: Panel bebas tidak bebas

Ramai pihak ragu-ragu dengan ketelusan 9 orang Jawatankuasa Panel Bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya oleh Kementerian Industri Dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) yang diketuai oleh menterinya Dato' Seri Mustapha Mohamed dan timbalannya Dato' Mukhriz Tun Mahathir.

Keraguan yang pastinya akan menjejaskan integriti atau ketelusan laporan keselamatan, kesihatan dan persekitaran 'panel bebas' itu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya akan terus dipertikaikan malah ditolak.

Dan jika laporan yang tidak telus itu digunapakai sebagai panduan atau rujukan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk membenarkan Lynas untuk terus beroperasi pada bulan September atau November ini, hampir 800-850 ribu nyawa manusia termasuk keturunan mereka akan diperjudikan sampai bila-bila demi keuntungan ekonomi pihak tertentu semata-mata.

Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata badan binasa.

Satu insiden yang melibatkan kebocoran sisa buangan radioaktif ke udara, air, tanah dan makanan sudah memadai untuk mengheret semua rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman termasuk keseluruhan perniagaan atau perusahaan malah sektor awam ke situasi yang cukup kritikal. Satu keadaan kritikal, yang jika gagal dikawal oleh pihak yang bertanggungjawab akan mengheret semua pihak tidak kira agama dan bangsa, tua atau muda kepada kehancuran total sampai bila-bila.

Kenapa keraguan itu timbul:

1. Laporan daripada Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) pada 18/5/11 mempertikaikan kewajaran MITI untuk menubuhkan 'panel bebas' itu sedangkan penilaian kesihatan awam, isu keselamatan radiasi, dan kemudahan kilang berbahaya atau 'hazardous' tidak terletak di bawah bidang kuasa MITI.

2. Pihak berkuasa tidak dilihat terlibat di dalam perlantikan 9 ahli 'panel bebas' itu khususnya Jabatan Alam Sekitar (DOE) sedangkan permohonan awal penilaian persekitaran telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar semenjak tahun 2008. Matlamat DOE untuk melindungi alam sekitar lebih kukuh dan berkaitan dalam isu ini dan juga relevan dengan kegusaran penduduk setempat kepada ancaman sisa buangan radioaktif dari operasi Lynas kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran penduduk setempat.

3. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi (MOSTI) menyerahkan pula keseluruhan tanggungjawab 'panel bebas' itu kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di mana IAEA adalah badan antarabangsa yang mempunyai kepentingan khusus untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan keseluruhan aktiviti yang berkaitan dengannya di seluruh dunia. Mereka bukan penggubal undang-undang atau 'regulator' yang diyakini tiada berkepentingan untuk menyebelahi sesiapapun. Bagaimanakah pihak yang berkepentingan untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan dengannya dapat menjalankan tugas sebagai penggubal atau 'regulator' dalam Kes Lynas ini. Sebagai satu badan yang tiada berkepentingan langsung khususnya di dalam mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia. Pastinya, penilaian berat sebelah mungkin berlaku dalam kes penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran dari operasi Lynas ini pada 29/5/11 sehingga 03/06/11 ini.

4. 4 daripada 9 orang ahli 'panel bebas' itu adalah kakitangan IAEA. Keraguan teramat sangat dari penduduk setempat bahawa kepentingan 4 orang kakitangan IAEA itu untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia akan mempengaruhi ketelusan mereka ketika penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran itu.

5. 5 orang pakar luar atau 'external expert' yang bukan dari IAEA telah dimaklumkan oleh CAP/SAM sebagai tidak bebas kerana dikaitkan dengan syarikat-syarikat yang berasaskan tenaga nuklear dan nadir bumi termasuk pernah berkhidmat sebagai jururunding malah sebagai pekerja atau bekas pekerja kepada syarikat berkenaan malah kepada IAEA termasuk mempuyai kepentingan seperti IAEA untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan. - Huzir Sulaiman

Runtuhan Makin Besar Di Gombak

Posted: 27 May 2011 03:50 AM PDT

Lebih 200 penduduk kawasan perumahan Town Villa, Jalan 8/11, Taman Seri Gombak, dekat sini, bimbang keselamatan mereka terancam selepas tebing bukit berhampiran kediaman mereka runtuh dan pada masa sama hakisan tanah masih berlaku disebabkan hujan lebat beberapa hari lalu.

Runtuhan setinggi kira-kira 30 meter itu bermula sejak dua minggu lalu dan menjadi semakin serius apabila hakisan tanah melebar sehingga kurang 10 meter dari rumah mereka serta sebuah sub stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membekalkan tenaga elektrik di perumahan itu.

Lebih membahayakan, runtuhan juga dikhuatiri mengancam nyawa penduduk Kampung Sungai Cincin di kaki bukit berkenaan.

Wakil penduduk, Yusri Kamarudin, 40, berkata, runtuhan terbaru berlaku kira-kira jam 7 malam kelmarin dan beberapa runtuhan susulan turut berlaku hingga jam 9.30 malam.

Menurutnya, taman perumahan itu mempunyai 52 unit rumah bandar, dua banglo dan 20 rumah di perkampungan berhampiran di kaki bukit berkenaan. Penduduk juga mendakwa sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab, namun tiada tindakan sewajarnya diambil.

"Sejak empat hari lalu, baru ada kerja penambakan dibuat namun hujan lebat semalam dan kelmarin menyebabkan hakisan tanah semakin serius hingga mungkin menyebabkan stesen TNB itu runtuh.

"Hakisan tanah berlaku mungkin juga disebabkan saluran longkang untuk menyalurkan limpahan air hujan ditutup pemaju sebuah projek pembinaan kira-kira 150 meter dari taman perumahan itu," katanya.

Katanya, penduduk berharap siasatan dan pemantauan menyeluruh pihak yang berkenaan perlu dilakukan segera kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk mungkin terjadi.

"Buat masa ini, kami tiada pilihan lain selain dari terus menetap di rumah masing-masing. Sehingga kini belum ada arahan dari pihak berkuasa untuk kami semua berpindah dan kami akan akur sekiranya diminta berbuat demikian," katanya.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian malam kejadian mendapati polis dan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kerja Raya (JKR), TNB dan wakil pemaju turut berada di lokasi berkenaan bagi memantau keadaan. -hm

SAH - 3 Calon Timbalan Presiden, 6 Calon Naib Presiden

Posted: 27 May 2011 02:40 AM PDT

Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 naib

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj
2. Nasharudin Mat Isa, YB
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato'

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato'
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz
3. Mahfuz Omar, YB Dato'
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato'
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri
6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj
4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,
5. Ahmad Sabki Yusof,
6. Aiman Athirah Al-Jundi
7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
8. Apandi Mohamad, Hj
9. Asmuni Awi, Hj
10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,
11. Azman Shapawi, Ustaz
12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
13. Halimah Ali, YB Dr.
14. Hamzah Abdullah,
15. Hamzah Jaafar, Dr.
16. Hanipa Maidin, Hj
17. Hassan Ali, YB Dato' Dr.
18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)
19. Iskandar Abdul Samad, YB
20. Kamal Ashaari, Ustaz
21. Kamarudin Jaffar, YB Dato'
22. Khalid Abd Samad, YB Hj.
23. Khalil Idham Lim, YB
24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.
25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
26. Mazlan Aliman,
27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB
30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
31. Mohd Anuar Tahir, Hj
32. Mohd Firdaus Jaafar, YB
33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
34. Mohd Nasir Mustafa,
35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz
36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji
37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr
38. Muhammad Husin, YB
39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
43. Norazli Musa, Ustaz Hj.
44. Normala Sudirman,
45. Nuridah Salleh, Ustazah
46. Razman Zakaria,
47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
48. Rosidi Hussin
49. Sa'ari Sungib, YB Hj.
50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
51. Suhaizan Kaiat,
52. Wan Hasrina Wan Hassan,
53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj

-harakahdaily

Peniaga Kecil Melaka Berdemo Tuntut Pampasan Lebih Adil

Posted: 27 May 2011 01:40 AM PDT

Peniaga tuntut pampasan adil

Gambar: PENIAGA kecil membuat demonstrasi aman membantah pampasan pengambilan tapak peniaga di hadapan pasar raya di Banda Hilir.

MELAKA TENGAH: Kira-kira 25 peniaga dari Lorong Melaka Raya bersebelahan pusat beli-belah Hatten Square, di Banda Hilir, mengadakan demonstrasi bagi menuntut pampasan lebih adil selepas diarah berpindah dari kawasan itu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Demonstrasi aman yang diadakan hampir satu jam itu kelmarin, bertujuan menyuarakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan mereka terhadap perkembangan rundingan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini dan pemilik pusat beli belah berkenaan yang didakwa tidak mengambil kira kesukaran dihadapi.

Seorang peniaga kedai makan, Mahmud Sirun, 47, berkata, beliau tidak berpuas hati kerana pengurusan Hatten hanya memberi pampasan RM300, selain diarah keluar dari kawasan itu lebih awal dari tarikh ditetapkan.

Beliau mendakwa, dalam satu mesyuarat antara Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan peniaga sebelum ini, PBT itu bersetuju menambah RM500 sebulan, tetapi ia hanya diberikan kepada sembilan peniaga aktif, manakala selebihnya hanya mendapat RM300.

"Semua 25 peniaga terbabit termasuk saya menerima notis MBMB pada awal April lalu untuk berpindah segera, sedangkan kontrak kami hanya berakhir Julai ini. Menerusi notis itu, kami dimaklumkan Hatten akan membayar pampasan RM300 sebulan selama setahun iaitu sehingga projek pembinaan bangunan pusat beli belah berkenaan siap.

"Apa yang kami tidak puas hati, kenapa MBMB boleh membayar RM500 sebulan tetapi Hatten cuma membayar RM300 sebulan. Sebelum ini, kami juga sudah meminta kadar RM300 itu dinaikkan kepada RM150 sehari atau RM4,500 sebulan," katanya.
Seorang peniaga kraf tangan, Masitah Zaini, 32, pula mendakwa, dia mendapat notis mengosongkan premisnya itu daripada MBMB pada 28 April lalu dan mengesahkan akur mematuhinya selepas dijanji mendapat pampasan sewajarnya.

"Saya terkejut apabila mengetahui hanya mendapat RM300 sebulan dan tidak berpuas hati dengan nilai pampasan itu kerana sangat sedikit. Tambah menyedihkan, apabila kawasan baru perniagaan kami di Taman Rempah tidak mempunyai sebarang kemudahan," katanya.

Sementara itu, usaha kumpulan peniaga terbabit menyerahkan memorandum lima muka surat bagi tuntutan pampasan itu tidak berjaya, selepas pengurusan Hatten menolaknya.

Berikutan itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah yang mewakili peniaga terbabit, kemudian menyerahkan memorandum itu kepada seorang wakil MBMB yang turut berada di situ. -BH

Ulasan GB

Biasanya mutakhir ini demo-demo dari kumpulan peniaga kecil berlaku di negeri-negeri PR seperti Pulau Pinang dan Selangor kononnya kerajaan negeri PR enindas kaum peniaga.

Kini ia berlaku di negeri Melaka - sebuah negeri yang diperintah UMNO-BN.

Tiada ulasan: