Khamis, 26 Mei 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Nazri Aziz kata Presiden Perkasa Ibrahim Ali badut

Posted: 25 May 2011 11:22 PM PDT

PORTAL berita The Malaysian Insider melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menggelarkan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali sebagai "badut" berhubung isu jihad yang dibangkitkannya. Sebelum ini Ibrahim Ali memberi amaran kepada orang-orang Kristian kononnya beliau mahu melancarkan perang jihad [Msian Insider].


Si badut Ibrahim Ali berapi-api melontarkan kata-kata lunaknya untuk memikat orang-orang Melayu No Otak. "Ibrahim Ali sedia jatuh (kalah pilihanraya) di atas kenyataannya demi mempertahankan Islam" Cheeeewahhh! Tak payah nak kencinglah badut! Ko bertanding kat Pasir Mas, kat situ majoriti pengundi Melayu. Sebab tu ko cuma peduli dengan hal ehwal orang Melayu kah kah kah.

Kalau kita lihat, Ibrahim Ali merangkap bapak katak atau badut sarkas seperti yang digelarkan oleh Nazri Aziz memang pandai mengambil peluang menonjolkan dirinya untuk meraih sokongan orang-orang Melayu.

Apa tujuan PERKASA ditubuhkan? PERKASA lebih layak ditukar nama kepada PERKOSA, sebuah badan NGO merapu yang sebenarnya sekadar mempopularkan si "badut" Ibrahim Ali. Badut ni sedar pengaruh dia sebagai calon bebas tidak menjamin tempat untuknya di Parlimen, maka dia tubuhkan PERKOSA. Tengok sajalah, PERKOSA ni baru berapa hari ditubuhkan? Tapi hari-hari keluar TV, hari-hari buat kontroversi untuk naikkan nama si "badut sarkas".

Orang-orang Melayu No Otak pun ikutlah merapu join Perkasa kononnya memperjuangkan Melayu, kerana orang-orang Melayu sudah ditipu oleh United Malays No Otak, UMNO. Mereka sangkakan PERKOSA akan jadi badan alternatif kepada United Malay No Otak, malangnya Melayu-Melayu tak ada otak ni tertipu lagi. PERKOSA hanyalah badan NGO yang ditubuhkan untuk mempopularkan Ibrahim Ali si badut sarkas.



RentaP© "Badut Sarkas PERKOSA Melayu No Otak elok sangatlah tu kah kah kah..."

Kartunis Juragan, Harian Metro perli Wan Azizah!

Posted: 25 May 2011 09:12 PM PDT

GUA dapat mesej pagi ni dari seorang kawan baik merangkap kawan lama masa gua masih study dan dok kaji DNA pagi petang siang malam sampai nak muntah tapi tak muntah-muntah.

Mesej beliau berbunyi begini, "Salam. Kartun Dialog Kota Raya oleh Juragan di Harian Metro hari ini menyindir DS Wan Azizah..."

Gua pun apa lagi segeralah melompat pergi ke kedai mamak berhampiran untuk beli Harian Metro. Tapi apa ke suwey pulak mamak tu tak bukak kedai. Gua cuba tinjau-tinjau kat page Kami Benci Saiful Bukhari, KBSB biasanya isu-isu macam ni akan ada fans yang share.

Memang sah, jangkaan gua tepat, pagi-pagi lagi dah ada orang share kartun yang dimaksudkan. Kat bawah ni gua siarkan juga kartun tersebut untuk santapan tengah hari korang semua.


Boleh tahan pedas sindiran kartun ni. Cuba korang bayangkan kalau bik mama laki si bibir merah tu yang kena sindir macam ni, jawabnya masuk lokap ler macam kartunis Zunar.

Akhbar Harian Metro ni lu orang pun taulah, hari-hari mesti ada cerita pasal seks. Setiap hari kalau lu orang bukak metro lain cerita takde, seks seks seks dan seks. Parti United Malay No Otak, UMporNO bergantung kepada seks untuk terus memerintah, Harian Metro pulak bergantung kepada seks untuk lakukan akhbar. Memang sesuai sangatlah kalau bergandingan kah kah kah desperate!

RentaP© "Dalam Malaysia ni kalau lu kutuk pembangkang, lu dapat pahala besar"

Orang gila cabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat!

Posted: 25 May 2011 01:19 PM PDT

SEBELUM ni gua selalu cakap United Malay No Otak ni "parti orang gila" pasal apa gua cakap macam tu? Pasal ramai orang gila meroyan dalam tu, ramai orang tak ada otak yang dok sokong parti tu. Lu orang boleh tengok sendiri dengan mata kepala lu orang.

Pemimpin-pemimpin parti United Malay No Otak ni walaupun parti dia sendiri tak terjaga, diorang tak henti-henti menyebok dengan parti orang lain. Sebelum ni gila meroyan nak ajak Parti Islam se-Malaysia, PAS bergabung untuk buat negara perpaduan. Lepas tu si Bibir Merah Presiden United Malay No Otak kata "tak apalah, tak mahu masuk Barisan Nyanyok tak apa tapi keluarlah dari Pakatan Rakyat".

Bila gagal mengajak PAS bergabung dengan Barisan Nyanyok, United Malay No Otak cuba pula memujuk DAP untuk menyertai Barisan Nyanyok rujuk sini [Umno pujuk DAP]

Sekarang ni pulak, adalah sorang "orang gila" merangkap orang nombor 2 dalam parti United Malay No Otak cabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa DAP "anak jantan" what the fish? Lihatlah betapa meroyannya parti "orang gila" ni? [Malaysiakini]



Cuba lu orang tengok sendiri dan fikir-fikirkan, Gerombolan songkok tinggi tiga jengkal ni tak habis-habis menyebok dengan parti orang. Kutuk-kutuk PAS sesat, PAS permainkan agama, PAS jahat, PAS tak hensem, PAS nak jual negara, dan macam-macamlah tapi ajak juga PAS join Barisan Nyanyok. Macam tu juga dengan DAP, kutuk-kutuk DAP lepas tu pujuk-pujuk What The Fish?

Sifirnya mudah je bhai, inilah taktik yang diamalkan oleh yahudi dan orang-orang kafir untuk menakluk negara-negara Islam, menghapuskan sistem Khalifah. Taktik ini dinamakan "taktik pecah dan perintah". Lu orang kena ingat, siapa penasihat United Malay No Otak? APCO beb, si bibir merah sanggup bayar RM77 juta setahun kepada yahudi APCO untuk bagi nasihat politik dan pemerintahan.

Maka tak hairanlah United Malay No Otak gunakan taktik Yahudi "PECAH dan PERINTAH" untuk terus berkuasa dan menjajah kepala otak lu orang yang tak mampu berfikir dengan TV3 suku dan media-media arus perdana yang lain.

RentaP© "Yahudi bhai, Yahudi ni bab pecah dan perintah memang power..."

Selangor capai pelaburan asing tertinggi di Malaysia

Posted: 25 May 2011 10:42 AM PDT



Statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mac 2011 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 2.5 billion bagi tempoh tersebut.


Jumlah pelaburan asing yang tertinggi

Selangor telah berjaya mencapai jumlah pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM 1.5 billion. Angka ini merupakan dua kali ganda negeri di tempat kedua iaitu Johor yang memperolehi nilai pelaburan asing sebanyak RM 766 juta.

Johor diikuti oleh Sarawak di tempat ketiga dengan pelaburan asing sebanyak RM 656 juta.

Jumlah projek perindustrian yang tertinggi

Selangor juga telah mencapai jumlah projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia dengan 59 projek perindustrian. Angka ini merupakan 32% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

Daripada 59 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 43 merupakan projek baru manakala baki 16 merupakan projek yang diperkembangkan.

Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 51 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 20 projek.

Jumlah peluang pekerjaan yang kedua tertinggi

Di samping itu, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang kedua tertinggi di Malaysia dengan 3,880 pekerjaan.

Pelaburan asing dan tempatan yang seimbang

RM 1.5 billion atau 60% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala 40% atau RM 1 billion terdiri daripada pelaburan tempatan. Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan juga berpuas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor, maka mereka sudi melabur di Selangor.

Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Korea Selatan menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM637 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 485 juta, dan Australia dengan RM102 juta.

Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan yang popular

Jumlah pelaburan asing dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Selangor menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular bagi pelabur asing dan tempatan [Teresa Kok].

ReJaM© "Tahniah di atas pencapaian cemerlang negeri Pakatan Rakyat"

Video seks dijangka diedarkan ke seluruh negara

Posted: 25 May 2011 04:31 AM PDT

SEBELUM ini kita digemparkan dengan pengedaran video aksi seks lelaki mirip ketua pembangkang yang telah dicetak dan diedarkan di masjid dalam bentuk VCD dengan gambar bogel kedua-dua pasangan seks tersebut terpampang di kulit dan permukaan atas VCD tersebut [Video seks diedar di Masjid].

Menyedari bahawa video lucah telah menjadi talian hayat gerombolan songkok tinggi untuk terus memerintah negara ini, dijangkakan video lucah akan dicetak secara besar-besaran untuk diedarkan ke seluruh Malaysia, untuk ditonton oleh semua lapisan umur termasuk bayi, orang buta, kambeng, anjing dan babi serta tumbuh-tumbuhan [Malaysiakini].



Video lucah sudah dihalalkan pengedarannya. Jangan risau, tiada siapa akan ditangkap Polis kerana menyebarkan video lucah. Polis kini sudah tidak mempunyai kuasa untuk menangkap penyebar video lucah kerana tiada undang-undang untuk menangkap pengedar video lucah. Rakyat Malaysia semua tontonlah dan sebarkanlah video lucah sesuka hatimu. Negara kita sudah bebas! Bebas sebebas bebasnya.

Seperti biasa penyokong gerombolan songkok tinggi akan kata video lucah ini dicetak dan disebarkan secara besar-besaran oleh orang dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Orang gerombolan songkok tinggi semuanya baik-baik, mustahil mereka sanggup menyebarkan video lucah! Orang yang bertanggung jawab menyebarkan video lucah adalah penyokong PR sendiri. Kalau difikirkan, semua gerombolan songkok tinggi memang baik-baik tidak ada yang tidak baik melainkan yang baik-baik belaka.

ReJaM© "Baik mampos!"

Tiada ulasan: