Khamis, 26 Mei 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Usah tunjuk lebih kuasa dari kerajaan, Pemuda MIC kecam Perkasa

Posted: 25 May 2011 11:59 PM PDT

Pemuda MIC mencabar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali supaya bersuara untuk rakyat, bukannya mempertahankan kerajaan jika ada kelemahan dalam pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang muncul isu kontroversi sekarang.

Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda MIC kebangsaan C Sivarraajh berkata, kenyataan Ibrahim menerusi badan yang diwakilinya semalam menunjukkan ia lebih berkuasa berbanding kerajaan dalam isu membabitkan masa depan pelajar.

"(Oleh itu) pergerakan Pemuda MIC dengan sekeras-kerasnya ingin membantah kenyataan akhbar oleh YB Ibrahim Ali (semalam) yang memberi amaran kepada MIC dan MCA agar tidak bercampur tangan dalam urusan JPA.


"Persoalan yang timbul di sini adalah apakah YB Ibrahim Ali sungguh berkuasa untuk bersuara demi kerajaan dan mampu memberikan amaran kepada MIC dan MCA parti politik yang terulung di Malaysia bersama Umno?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, MIC dan juga rakan parti komponen dalam BN iaitu MCA merupakan kerajaan pemerintah dan apa salahnya menegur antara satu sama yang lain.

"YB Ibrahim Ali mewakili parti mana? Beliau merupakan seorang calon bebas dan bersuara menerusi NGO yang bernama Perkasa.

"Saya ingin mencabar YB Ibrahim Ali untuk tampil bersuara dalam menyuarakan isu biasiswa JPA dan kelemahan dalam implementasi arahan Kabinet," katanya lagi.

Oleh itu kata Sivarraajh, beliau mencabar Ibrahim Ali bahawa, sebagai seorang wakil rakyat, harus bersuara untuk rakyat bukannya mempertahankan kerajaan sekiranya ada kelemahan dalam implementasi keputusan Kabinet.

"Keputusan YAB Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri untuk memberi biasiswa kepada semua yang menerima 8A+ dan ke atas dalam SPM harus dihormati.

"Sekiranya arahan Perdana Menteri itu tidak disambut dengan baik oleh JPA yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, maka ini menunjukkan kelemahan serius dalam pentadbiran. Arahan Perdana Menteri diingkari oleh pegawai kerajaan dan ini harus dipandang serius," tegas Sivarraajh.

Katanya lagi, untuk pengetahuan umum dan khas buat Ibrahim, seramai 363 pelajar yang layak mendapat tawaran biasiswa JPA tidak diberikan skim itu.

"Ini merupakan sesuatu yang serius. Kami dari Pemuda MIC menghormati keputusan Perdana Menteri dan ingin keputusan itu dilaksanakan tanpa sebarang isu.

"Kita tidak menyoal tentang siapa yang dapat biasiswa luar negara mahupun dalam negeri, apa yang menjadi isu adalah kerana masih ramai yang layak, namun tidak diberikan biasiswa berkenaan?" katanya.

Kata Sivarraajh, sekiranya Ibrahim ingin bersuara untuk kaum Bumiputera menerusi Perkasa, sayap itu tidak ada isu dan beliau boleh meneruskannya dengan sebaik yang mungkin, akan tetapi jangan ganggu atau menyoal hal ehwal dalaman BN.

"Kami parti komponen BN dan bukannya calon bebas yang bersuara dengan sebuah NGO.

"Kami mempunyai hak untuk bersuara demi kaum India. MIC sedang berbincang dengan Perdana Menteri dan pihak yang terlibat," katanya lagi.

Justeru, kata beliau, Pemuda MIC ingin menasihatkan Ibrahim agar jangan masuk campur hal ehwal BN dan kalau boleh luangkan lebih masa di kawasan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya.

"Kami tidak memerlukan nasihat YB Ibrahim Ali mahupun Perkasa. Secara kesimpulannya, 'mind your own business YB Ibrahim Ali and Perkasa'!" kata beliau.

Sivarraajh menambah, Pemuda MIC juga mahu Perdana Menteri segera campur tangan dalam isu tawaran biasiswa ini agar tiada sesiapa yang sengaja memanipulasikan isu berkenaan.

Najib dijangka akan mengadakan pertemuan dengan JPA berkenaan isu ini esok.

"Kami percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri dan kami tahu benar bahawa Perdana Menteri sangat prihatin terhadap kaum India," katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Ibu pejabat PKR hadapi kemungkinan dilelong

Posted: 25 May 2011 11:57 PM PDT

PKR mungkin diusir dari ibu pejabat parti itu kerana pemilik bangunan yang disewanya gagal membuat bayaran pinjaman bank sehingga mengakibatkan bangunan berkenaan terpaksa dilelong.

Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara "RM10,000 hingga RM20,000".

Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong hartanah rumah kedai di Tropicana, Petaling Jaya ini.

Mengesahkan perkara ini dengan Malaysiakini, bendahari PKR dan ahli parlimen Selayang William Leong berkata lelongan dijadualkan pada 9 Jun ini.


"Kami hanya menyewa. Tuanpunya tidak bayar. Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa.

"Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin (pemiliknya) ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka," katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Umno-BN ‘cipta’ label ulama, profesional di PAS

Posted: 25 May 2011 06:57 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya "dihidupkan" oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz (gambar) berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.


Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran.

Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini.

"Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

"Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN," kata Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi.

Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Justeru, tegas Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

"Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.

"Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.

"Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

"Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah," katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.

Tambah Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.

"Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

"Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air," katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Menjawab Cabaran Bodoh Dan Bangang Ahmad Maslan

Posted: 25 May 2011 06:22 AM PDT

SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan( gambar ) mencabar negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga barangan keperluan terutamanya petrol jelas menunjukkan beliau dangkal mengenai sempadan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata, tindakan itu juga sekaligus memperlihatkan betapa rendahnya pemikiran kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu-isu rakyat.

" Saya fikir Datuk Ahmad Maslan ini memang tidak mengetahui apakah peranan kerajaan mahupun tanggungjawab sebenar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri."


" Sudah jelas dalam isu-isu yang berkait dengan harga barangan keperluan itu adalah di bawah tanggungjawab pihak Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, cabaran beliau untuk kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengurangkan harga barangan tidak masuk akal dan ia merupakan satu kenyataan yang jelas menunjukkan bahawa orang UMNO ini tidak begitu pandai," ujarnya ketika dihubungi Tv Selangor.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, empat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dicabar menurunkan harga barang-barang keperluan terutama petrol berikutan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang sering menjadikan isu harga barang sebagai modal politik.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka boleh memberi subsidi sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ketika ini.

"Saya cabar mereka berikan subsidi sama seperti Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa kaya-raya mungkin boleh memulakan langkah itu melalui Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Menurut Charles, kenyataan Ahmad Maslan itu disifatkan sebagai satu lagi cubaan Umno-BN untuk memutar belitkan fakta serta memperbodohkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan keperluan ini dengan mengalihkan tugas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.

" Kenyataan Ahmad Maslan itu hanya memperbodohkan orang ramai. Dia (Ahmad Maslan) hanya mahu putar-belitkan isu ini sahaja dengan mengatakan ia dibawah bidang kuasa kerajaan negeri dan negeri boleh menukar harga barangan sewenang-wenangnya, walhal ia tidak boleh berlaku," tegasnya.TVS

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kemenangan Calon Pro-Ulama Akan Cepatkan Kehancuran PR

Posted: 25 May 2011 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.

Walaupun tidak mengatakan siapa yang boleh membawa ke arah kerjasama itu, namun Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mengesahkan turun gelanggang.

Selain Nasharudin dan Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga akan bertanding jawatan nombor dua itu.

"Nasharudin OK, Tuan Ibrahim OK... perspektif berbeza tapi ada kekuatan masing-masing.


"Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud," kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.

Beliau bagaimanapun tidak mahu meramalkan siapa yang menang bagi jawatan itu.

"Saya tidak mahu masuk campur, itu terserah kepada PAS untuk menentukannya," katanya.

Mubarak merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri bekas wakil rakyat dan mempunyai keahlian kira-kira 1,000 orang seluruh negara.

Selain Nasharudin, Mohamad dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Husam memutuskan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu.

Kesemua calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum pukul 5 petang esok.

Pada sidang media itu juga, Abdul Aziz berkata konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh diperkuatkan sekiranya Umno dan PAS bekerjasama.

"Soal Melayu itu tunggal, kekuatan orang Melayu dan 1 Malaysia tidak boleh diperkuatkan jika orang Melayu berpecah.

"Jadi kekuatan 1 Malaysia itu bergantung kepada kekuatan satu Melayu, 1 Malaysia adalah satu Melayu dan ia boleh dijayakan sekiranya orang Melayu ini bergabung," katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Gaji guru: K'jaan tak mampu sebab krisis kewangan

Posted: 25 May 2011 05:51 AM PDT

Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.

Datuk Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.


Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.

Perbelanjaan meningkat

"Kerajaan sebenarnya telah memindahkan defisit kerajaan kepada guru berpendapatan sederhana," katanya dan menambah, hanya sebanyak 30 peratus sahaja daripada kira-kira setengah juta guru dalam negara ini yang akan menikmati kenaikan pangkat itu.

"(Tindakan) mengurangkan subsidi menyebabkan kos meningkat. Perbelanjaan rakyat juga turut meningkat (sedangkan) pendapatan tidak mencukupi.

"Guru merupakan individu yang melahirkan seorang pemimpin, tindakan pihak kerajaan dengan menaikkan pangkat sebilangan guru saja umpama tindakan menipu orang cerdik," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, langkah kerajaan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan begitu terdesak untuk menjaga kebajikan pekerja semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada Disember tahun lalu.

Manifesto berkenaan antara lainnya menggariskan usaha Pakatan untuk memastikan agihan kekayaan yang saksama bagi golongan pekerja.

"Tindakan yang seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menaikkan gaji semua guru seperti apa yang dicadangkan oleh pihak PKR baru-baru ini," tegasnya yang turut menyeru kumpulan guru itu supaya lebih vokal dalam menyatakan tuntutan melalui kesatuan mereka.

Tapi dapat bonus

Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan pula tetap mempertahankan langkah "rasional" itu kerana tidak ada guru yang akan didiskriminasi dalam kenaikan pangkat berkenaan.

Ketika ditanya, beliau menafikan bahawa tindakan kenaikan pangkat itu dijalankan bagi menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.

"Kalau pembangkang memang akan berkata sedemikian (untuk pilihan raya).tapi bagi saya ia sesuatu yang tidak masuk akal," kata Abdul Rahman ketika dihubungi.

Jelasnya, kenaikan ke atas kumpulan guru itu tidak melibatkan guru yang berpendapatan sehingga mencecah RM20,000.

"Tidak ada yang dianaktirikan," katanya lagi yang menambah, kumpulan guru yang berpendapatan lebih rendah itu juga akan menikmati kenaikan pangkat.

"Jika kita mampu bagi setengah, kita bagi setengah dulu. Waktu ini untuk segmen (pangkat tinggi) dahulu.

"Kerajaan bagi kenaikan berkenaan berdasarkan kemampuan pihak kerajaan. Namun perdana menteri sendiri masih sedang berbincang dengan timbalan perdana menteri berkenaan kenaikan pangkat atau gaji bagi guru-guru yang lain," katanya lagi.

Abdul Rahman juga berkata golongan guru yang berpendapatan rendah juga sebelum ini telah menikmati bayaran bonus.

"Kerajaan telah bagi (bonus) kepada golongan berpendapatan dua ribu ke bawah. Yang penting kerajaan ikhlas," katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Pengedaran video seks semakin meluas

Posted: 25 May 2011 02:51 AM PDT

Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Terbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu.

Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam.


Menurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India.

Mereka menerima VCD itu di mana kandungannya adalah versi penuh yang telah dimuatnaik ke internet sebelum ini, kata Mohamad Salleh.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka.

"Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tidak sepatut berlaku

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

"Adalah lebih malang sekiranya ia diterima oleh anak-anak ketua kampung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos.

Beliau bagaimanapun setakat ini belum menerima VCD tersebut dan pihaknya akan mengumpul jumlah ketua kampung yang menerimanya sebelum membuat laporan polis.

DUN Hulu Bernam mempunyai 18 kampung yang meliputi 14 kampung Melayu, tiga (Cina) dan satu perkampungan India.

Mohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan disebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Papagomo Di Ugut Bunuh

Posted: 25 May 2011 02:17 AM PDT

 Selalu sangat buat fitnah akhirnya mangkuk ni mengadu diugut untuk dikutip dan dipotong... 


Bodyguard Shukri Penasihat Sultan Muhammad Ke V Ugut Kutip Dan Potong Papa Gomo?


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: