Sabtu, 21 Mei 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


MB Kelantan mahu kapten bola sepak jadi imam solat

Posted: 20 May 2011 11:33 PM PDT

SATU pendekatan yang baik dibuat oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di dalam menarik golongan anak muda ke arah Syiar Islam. Kalau kita lihat, di dalam apa sahaja situasi dan keadaan, Menteri Besar Kelantan ini hanya bimbangkan tentang Islam. Di dalam benaknya hanya berfikir tentang Islam, Islam, Islam dan Islam.

Terbaru, MB Kelantan di dalam usaha menarik golongan muda kepada Syiar Islam, telah menyatakan kemahuannya menunaikan solat di Stadium baru Kelantan dengan diimamkan oleh kapten Pasukan Bola Sepak [Harakahdaily].

Apa yang jelas MB Kelantan mewujudkan satu budaya, persepsi, dan lembaran baru dalam dunia bola sepak tempatan. Kebolehan menjadi imam kini menjadi salah satu kriteria kepada anak muda yang bercita-cita menjadikan bola sepak sebagai bidang kerjaya untuk diceburi.

Lantaklah orang nak buat bangunan, rumah, padang bola, padang golf, jalanraya, tugas-tugas ini diserahkan kepada orang yang pakar untuk menguruskannya. Tuan Guru Nik Aziz pula akan mengambil kesempatan memasukkan ciri-ciri Islam selari dengan slogan Negeri Kelantan "Membangun Bersama Islam".


Namun insan inilah yang dihina dan dicerca setiap hari di dalam media-media arus perdana kawalan kerajaan Barisan Nasional. Pernah digambarkan sebagai pemimpin ajaran sesat, membawa perpecahan, digelar ulama terompah, wali selipar, malah pernah digambarkan sebagai sama dengan imej "Ayah Pin" oleh media arus perdana kawalan kerajaan [Nik Aziz, Ayah Pin].




Kalau baca Utusan Malaysia, "Taik boleh jadi nasi, manakala nasi jadi taik". Perkasa pulak sanggup mati untuk mempertahankan media propaganda yang memperbodohkan rakyat kah kah kah bangang betul Perkasa.

ReJaM© "Kalau ikut media arus perdana, pejuang Islam sebenar adalah Rosmah Mansor"

Berita baik! Susu naik harga mulai Jun 2011

Posted: 20 May 2011 08:43 PM PDT

INILAH sebabnya kenapa rakyat bawahan cukup marah bila kerajaan naikkan harga minyak dan gula. Kerajaan nak naikkan harga keretapi, kapal terbang, basikal, lipan, mengkarung, tayar basikal, skirt rosmah, dam aji dan bakul sampah tak ada siapa peduli. Naikkanlah! kerana tiada atau kurang kesannya kepada perkara lain.

Tapi bila kerajaan yang kononnya "mendahulukan rakyat" ni dah mula menggila menaikkan harga gula dan minyak, kerajaan ni memang cari masaalah! Memang cari pasal dengan rakyat!

Bila minyak naik harga, maka semua barang yang ada kaitan atau menggunakan minyak, akan naik harga. Cuba korang fikir, betapa susahnya nak namakan barang yang tak ada kaitan dengan minyak? Semua barang mesti diangkut dengan kenderaan, maka bila kos pengangkutan meningkat, secara automatik harga barang meningkat!

Begitu juga dengan harga gula. Berapa banyak makanan yang berkaitan dengan gula? Kalau korang hebat, korang pergi cari bahan apa yang boleh menggantikan gula dalam Malaysia ni? Kalau tak ada dalam Malaysia, cari juga kat seluruh dunia, apa yang boleh gantikan gula? Gula melaka? Madu? Memang tak ada!

Maka bila harga gula naik, semua bahan makanan yang menggunakan gula juga akan naik harga! Contoh kat bawah ni, dipetik dari Akhbar Kosmo, harga susu akan naik harga mulai Jun 2011 [Kosmo]

Sekarang ni bukan saja harga minyak atau gula yang naik, tapi dua-dua sekali naik harga! Bayangkan kesan gabungan kenaikkan harga gula dan minyak ini. Gaji pulak dah berapa tahun tak naik-naik?

Kalau baca surat khabar, tengok televisyen, tak habis-habis mengampu kerajaan bagus, kerajaan pandai memerintah, pandai ekonomi, rakyat didahulukan dan bermacam-macam pujian termasuk Rosmah Mansor wanita hebat! Ini semua bullshit! Propaganda untuk membengapkan rakyat Malaysia!

Kalau betul kerajaan ini "mendahulukan rakyat", sebelum menaikkan harga barang-barang penting seperti minyak dan gula, kerajaan sepatutnya fikir bagaimana nak naikkan pendapatan rakyat. Naikkan gaji rakyat, naikkan pendapatan isi rumah, buat peluang kerja yang banyak, latih golongan muda agar pandai berniaga. Kemudian barulah naikkan harga. Tapi apa yang kerajaan buat sekarang? Ini namanya "rakyat didahulukan"? Hak Ptuihhh! Kahak hijau aku bagi!


ReJaM© "Selagi parti Barang Naik (BN) terus memerintah, rakyat akan terus sengsara. Lebih malang penyokong Barang Naik terus rela diperbodohkan malah bangga jadi bengap!"

Tiada ulasan: