Sabtu, 21 Mei 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Seorang Doktor Pelatih Hilang Sejak 4 Hari Lalu

Posted: 21 May 2011 01:00 AM PDT

Jitra – Seorang doktor pelatih berusia 26 tahun hilang sejak empat hari lalu selepas keluar untuk bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dekat sini pada pagi Isnin lalu.

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, sehingga semalam gagal dihubungi dan kehilangannya merupakan satu misteri kerana tidak berlaku sebarang perselisihan faham antara dia dengan keluarga sebelum ini.

Graduan dari Moscow Medical Academy itu menjalani program latihan perubatan di HSB sejak Oktober tahun lalu.

Bapanya, Mohd. Nazri Wan Senik, 54, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan Mohd. Noor Azam ialah ketika menghantarnya ke HSB kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin lalu.

Katanya, anaknya pada hari tersebut memakai kemeja berkolar warna kuning air, bertali leher dan berseluar hitam serta mengenakan uniform pegawai perubatan.

"Bagaimanapun, ketika saya menghubunginya pada pukul 7 petang untuk mengambilnya pulang, panggilan telefonnya tidak berjawab menyebabkan saya terpaksa ke HSB kira-kira pukul 9 malam untuk mencarinya.

"Kami pergi ke wad tempat dia bertugas dan dimaklumkan oleh petugas wad berkenaan bahawa dia tidak datang bekerja pada hari tersebut dan usaha mencari di sekitar hospital juga gagal menemuinya," kata Mohd. Nazri ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini semalam. -kosmo

Akhirnya J/K Pemilihan Minta Maaf, 5 Nama Tercicir - Ulasan GB

Posted: 21 May 2011 12:00 AM PDT

5 Nama Calon AJK PAS Pusat Tercicir

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menjelaskan lima nama calon untuk pemilihan ahli jawatankuasa kerja telah tercicir dari senarai media. "Bukan nama Dr Dzulkefly Ahmad (ahli parlimen Kuala Selangor) sahaja yang tercicir. Kesilapan ini adalah kelemahan manusia," kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS. Selain Dr Dzulkefly, nama Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS bahagian Keningau Hishammuddin Sulaiman, Exco Pemuda Pusat Kamal Ashaari dan ahli parlimen Pasir Puteh Mohamad Husin.

Isu keciciran hangat diperkatakan apabila nama Dr Dzulkefly tidak tersenarai di dalam senarai yang diberikan kepada media Selasa minggu lalu. "Sebanyak 146 kawasan layak hantar calon kali 18 bersamaan dengan 2682 calon." "Ia kesilapan teknikal yang tidak disengajakan," kata Abdul Halim dalam satu sidang media yang diadakan pada pagi ini di ibu pejabat PAS pusat.

Kesilapan teknikal Abdul Halim, ahli parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan turut menjelaskan bahawa surat pencalonan sudahpun dihantar kepada calon-calon tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa senarai calon telahpun dikemaskini. "Calon untuk jawatankuasa kerja Dewan Pemuda pada asalnya ada 68 tetapi sekarang 63 kerana umur calon mesti bawah 40 tahun," katanya.

Calon yang digugurkan adalah Kamal Shaari, Nik Abduh Nik Aziz, Taufiq Ghani, Dr Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah. -FMT


5 tercicir, JK Pemilihan mohon maaf

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini memohon maaf ekoran lima nama yang layak bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahun ini tercicir dari senarai awal yang diedar kepada media 17 Mei lalu.

Lima calon tersebut adalah termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS Keningau Hishamuddin Sulaiman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Kamal Ashaari dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husin.

"Keciciran ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan sewaktu memindahkan nama-nama calon ke dalam senarai untuk diedarkan kepada media sahaja.

"Saya mewakili pihak JK Pemilih memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan ini," kata Pengerusi JK Pemilihan PAS 20011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Bagaimanapun katanya, kelima-lima calon tersebut telah pun dimaklumkan akan kelayakan mereka untuk bertanding dan surat juga telah pun dihantar.

Sebelum ini, hanya nama Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dikesan tertinggal dari 82 nama yang disenarai kepada media dan pembetulan telah dimaklumkan 18 Mei lalu.

Bagaimanapun, selepas membuat semakan secara keseluruhan, empat lagi nama trurut tercicir.

Dengan pembetulan tersebut, bermakna jumlah keseluruhan calon yang layak bertanding jawatan AJK PAS Pusat untuk sesi 2011-2013 adalah seramai 87 orang.

Selepas menerima senarai pencalonan dari kawasan katanya, JK Pemilihan katanya terpaksa meneliti termasuklah nama calon yang tidak lengkap, nama sama yang bertindan, salah ejaan nama dan salah catatan.

"Tuan tuan tahu yang hantar pencalonan ini 148 kawasan iaitu seramai 2628 calon senarai semua. Masa sangat suntuk. 15 haribulan (Mei) kita tutup pencalonan, 16 haribulan kita terima dan 17 haribulan media minta kita umum.

"Petugas kita buat kerja sampai larut malam, nak keluar biji mata...kesalahan manusia ini biasa la, nak buat macamana." katanya lagi.

Kesemua mereka yang layak bertanding perlu menyatakan persetujuan sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum jam 5.00 petang 26 Mei ini .

Pembetulan AJK Dewan Pemuda dan Ulama

Sementara itu, pembetulan juga turut dibuat terhadap senarai calon yang layak bertanding bagi jawatan AJK Dewan Pemuda dan Dewan Ulama.

Untuk pemuda, daripada 68 nama yang layak bertanding sebelum ini diperbetulkan menjadi 63 orang ekoran lima dari mereka melebihi umur yang yang dihadkan iaitu 40 tahun ke bawah.

Mereka yang dikeluarkan adalah Nik Abduh Nik Aziz, Ustaz Kamal Ashaari, Taufiq Ghani, Dr. Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah.

Untuk AJK Dewan Ulama pula, daripada 26 senarai asal sebelum ini dikurangkan menjadi 24 orang ekoran terdapat dua nama yang disenarai dua kali dengan ejaan berbeza.

Mereka adalah Ustaz Abu Bakar Abdullah yang juga disenarai dengan nama satu lagi iaitu Ustaz Abdullah Abu Bakar dan Ustaz Shuib Din yang juga disenarai dengan satu lagi nama Ustaz Shuib Mat Amin.

Berikut adalah senarai kemaskini calon yang layak bertanding AJK PAS Pusat:

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato' Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato' Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
17. Halimah Ali, YB Dr.
18. Hamzah Abdullah,
19. Hamzah Jaafar, Dr.
20. Hanipa Maidin, Hj
21. Hashim Jasin, YB Ustaz
22. Hassan Ali, YB Dato' Dr.
23. Hayati Othman, YB Dr.
24. Husam Musa, YB Dato'
25. Idris Ahmad, Ustaz
26. Iskandar Abdul Samad, YB
27. Kamarudin Jaffar, YB Dato'
28. Khairuddin Dato' Abdul Malek, Dr.,
29. Khalid Abd Samad, YB Hj.
30. Khalil Idham Lim, YB
31. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.
32. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
33. Mahfuz Omar, YB Dato'
34. Mazlan Aliman,
35. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
36. Mohamad Abdullah, (Sabah)
37. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
38. Mohamad Sabu, Hj.
39. Mohd Anuar Tahir, Hj
40. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
41. Mohd Firdaus Jaafar, YB
42. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
43. Mohd Nasir Mustafa,
44. Mohd Nasir Zakaria, YB,
45. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato' Seri
46. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
47. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
48. Mustafa Ali, Dato'
49. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
50. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
51. Nasuruddin Hj Daud, Dato' Ustaz Hj
52. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
53. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
54. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
55. Norazli Musa, Ustaz Hj.
56. Normala Sudirman,
57. Nuridah Salleh, Ustazah
58. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato' Hj
59. Razman Zakaria,
60. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
61. Rosidi Hussin
62. Sa'ari Sungib, YB Hj.
63. Salahudin Ayub, YB,
64. Salleh Man, YB Ustaz
65. Sallehen Mukhyi, Ustaz
66. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
67. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
68. Siti Zailah Yusoff, YB
69. Suhaizan Kaiyat,
70. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
71. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato'
72. Takiyuddin Hassan, YB Dato'
73. Taufek Ghani, YB
74. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato'
75. Wan Hasrina Wan Hassan,
76. Wan Nik Wan Yusof,
77. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
78. Yusof Embong, Ustaz Hj.
79. Zainuddin Yusof, YB Hj
80. Zaki Ibrahim, YB
81. Zuhdi Marzuki, Dr.
82. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
83. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

[Tambahan]

84. Ahmad Yaakob, Datuk
85. Kamal Ashaari, Ustaz
86. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)
87. Muhammad Husin, Yb -harakahdaily


Ulasan GB

Entahlah, GB rasa masih ada lagi nama-nama yang tercicir atau dicicirkan, sebab itu maka tidak diumumkan jumlah pencalonan setiap calon yang diumumkan layak bertanding.

Itu pun bersyukur kerana akhirnya Allah terima juga doa kita sebelum ini: Kita berserah kepada Allah s.w.t. di atas apa juga muslihat di belakang semua ini. walaupun GB ini bukanlah dari kalangan ulamak yang pandai berhujjah dalam bab keagamaan.

GB telah berkali-kali meminta J/K Pemilihan meminta maaf, hanya baru sekarang mereka melakukannya. Walau bagaimana pun kita ucapkan terima kasih dan syabas kerana mengakui kelemahan.

"Saya mewakili pihak JK Pemilih memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan ini," kata Pengerusi JK Pemilihan PAS 20011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Tetapi alasan untuk melakukan kesilapan kerana faktor manusia adalah sesuatu dalih yang tidak patut diutarakan.

Kita sering mempersoalkan kerajaan tidak kompeten, tidak professional dan tidak cekap, bagaimana PAS sendiri sekarang ini boleh dijangkiti dengan sindrom pondan dan tidak cekap ini?

Selepas menerima senarai pencalonan dari kawasan katanya, JK Pemilihan katanya terpaksa meneliti termasuklah nama calon yang tidak lengkap, nama sama yang bertindan, salah ejaan nama dan salah catatan.

"Tuan tuan tahu yang hantar pencalonan ini 148 kawasan iaitu seramai 2628 calon senarai semua. Masa sangat suntuk. 15 haribulan (Mei) kita tutup pencalonan, 16 haribulan kita terima dan 17 haribulan media minta kita umum.

"Petugas kita buat kerja sampai larut malam, nak keluar biji mata...kesalahan manusia ini biasa la, nak buat macamana." katanya lagi.


Buat kerja sampai larut malam, nak keluar biji mata, kata Pengerusi J/K Pemilihan. Dengan keadaan sedemikian pun masih ada yang tercicir! Bukankah itu lambang ketidak cekapan? Baru pemilihan pimpinan parti yang tak beberapa orang, kerja dah tak kompeten. Di zaman setiap orang ada telefon bimbit, tidak reti-retikah untuk menyemak dengan pimpinan kawasan untuk mempastikan kesahihan calon-calon yang dikemukakan? GB hairan apa yang kerja sampai larut malam nak keluar biji mata di zaman teknologi maklumat ini? Di zaman kita bercakap tentang teknologi maklumat, tak reti-retikah nak gunakan perisian komputer yang paling mudah pun seperti Microsoft Excel yang boleh melakukan kerja hanya di dalam beberapa minit? Itu belum lagi GB suruh gunakan perisian pengkalan data seperti Oracle, MSSQL, MySQL yang jika dibuatkan data mining sepatutnya siap di dalam beberapa saat! Apa pasal mahu bengkak-bengkakkan mata?

GB rasa itu bukan soalnya. Soalnya ialah kejujuran, soalnya ialah keikhlasan & soalnya ialah pertanggungjawaban.

Komputer nak paling canggih, bangunan pun nak yang canggih-canggih, tapi mentaliti kerja tahap lapuk!

Jika tak mampu untuk bekerja secara ikhlas, cekap dan kompeten maka GB minta J/K Pemilihan akur dengan tuntutan supaya LETAK JAWATAN dan cari pengganti yang lebih baik. Keluarkan mereka yang lembab, yang tua-tua, yang jahat, yang dah tak mampu untuk membawa PAS ke mercu kemerlangan.

Sekali lagi GB ulangi, kami akan tetap berdoa kepada Allah s.w.t. untuk mendedahkan setiap konspirasi (jika ada) di dalam pemilihan yang berlansung kerana banyak hal yang terselindung dan tidak telus mengenai pemilihan pimpinan kali ini.

Misi Penyelamat Malaysia Ke Gaza Lancar Mogok Lapar

Posted: 20 May 2011 10:30 PM PDT

El-Arish (Mesir), 20 Mei — Matthias Chang, 61, ketua misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza melancarkan mogok lapar sejak petang semalam di atas kapal kargo MV Finch bagi membantah tindakan pihak berkuasa menghalang kemasukan kapal berkenaan ke Pelabuhan El-Arish.

Tindakan itu dilakukannya sebaik sahaja tentera Mesir menghalau keluar kapal kargo itu dari kawasan pelabuhan, menurut wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan, seorang daripada 12 penumpang dan anak kapal MV Finch (gambar), kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Laporan Bernama Online menyebut pihak berkuasa pelabuhan itu sebelum ini telah memberi kebenaran kepada kapal MV Finch untuk berlabuh dan memberikan bekalan makanan.

Bagaimanapun menukar fikiran di saat akhir tanpa sebarang alasan kukuh.

Bagaimanapun katanya, mereka mendapat bekalan makanan daripada ejen yang dilantik oleh Yayasan Keamanan Global Perdana lewat tengah malam semalam waktu tempatan.

Sehingga pagi waktu tempatan, Matthias masih lagi enggan makan walaupun dipujuk dan keadaan dijangka berlarutan sehingga permintaan untuk berlabuh ditunaikan.

Pihak berkuasa pelabuhan telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan diminta menyediakan bantuan perubatan untuk sebarang kemungkinan, katanya.

Mohd Faizal berkata beliau difahamkan kebenaran akan diberikan esok namun tiada sebarang pengesahan diperoleh daripada mana-mana pihak berwajib.

Kapal MV Finch itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor yang dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd Jaffery Ariffin masing-masing warga Malaysia, serta dua warga India Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.

Selain wartawan Bernama, turut berada atas kapal itu ialah wartawan akhbar New Straits Times Iskandar Alang Bendahara, petugas sukarela Felda Mohd Radzillah Abdullah dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland serta Julie Levesque dari Kanada.

Terkini


Makanan dihantar ke kargo

Mesir dijangka beri kelulusan untuk Rachel Corrie berlabuh hari ini

KURANG enam jam selepas penumpang kapal misi kemanusiaan The Spirit of Rachel Corrie melancarkan mogok lapar dan cuba berlabuh tanpa kebenaran, pihak berkuasa pelabuhan Al Arish akhirnya membenarkan bekalan makanan dihantar ke kapal kargo itu, kira-kira jam 3.30 pagi waktu Malaysia, semalam.

Bekalan makanan itu antara lain mengandungi empat kotak air mineral, 180 biji telur, ayam, daging, makaroni, spageti, roti, minyak masak, jus buah-buahan, kentang, buah-buahan seperti pisang dan oren serta sayur-sayuran yang mampu bertahan selama 10 hari pelayaran.

Bekalan makanan ke kapal kargo dinaiki 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di sini sejak lima hari lalu, dihantar menggunakan sebuah 'pilot ship' iaitu bot kecil yang digunakan bagi menghantar barang ke kapal.

Ketika berita ini ditulis, pasukan evakuasi diketuai Pegawai Kedutaan Malaysia di Mesir, Saharuddin Hassan, turut dimaklumkan pihak berkuasa Mesir dijangka mengeluarkan kelulusan untuk kapal itu berlabuh hari ini.

Sebelum ini, pihak berkuasa pelabuhan bertegas kapal kargo itu memerlukan kelulusan Kementerian Luar Mesir, Tentera dan Perisikan memandangkan ia dikategorikan sebagai bukan kapal kargo komersial biasa tetapi kapal misi kemanusiaan yang membabitkan isu Palestin yang sensitif bagi Mesir selain proses penghantaran bekalan makanan perlu melalui prosedur ditetapkan.

Pengurus Besar El Reedy Shipping Agency di Al Arish, Mohamed Ayob ketika ditemui selepas penghantaran bekalan makanan itu berkata pihaknya segera ke pelabuhan untuk menghantar bekalan makanan selepas agensi tempatan yang menguruskan kapal itu di Alexandariah, bersetuju dengan sebut harga dan proses itu memakan masa.

"Ia memakan masa kerana melalui prosedur ditetapkan. Kami juga dihubungi wakil Kedutaan Malaysia yang berada di Al Arish supaya mempercepatkan proses itu kerana kapal kekurangan bekalan makanan dan air bersih.
"Kami juga mendapat tahu kapal kargo yang membawa rakyat Malaysia ini menuju ke arah Gaza untuk membantu rakyat Palestin," katanya kelihatan bersemangat ketika ditemubual kumpulan petugas Media Prima yang berada di Al Arish sejak Isnin lalu bagi membuat liputan terkini mengenai keadaan kapal kargo dengan nama asalnya MV Finch.

Namun ketua misi kemanusiaan itu, Matthias Chang tetap meneruskan mogok lapar kerana beliau tidak yakin pihak berkuasa Mesir akan memberikan kebenaran kepada kapal kargo itu berlabuh untuk menurunkan penumpang dan memunggah barang keluar, walaupun kelulusan dijangka diterima hari ini.

Sebelum itu, Kapten Abdul Jalil Mansor berkata berdasarkan konsensus kesemua krew dan penumpang termasuk dua warga Ireland, dua warga India dan seorang rakyat Kanada, bertindak nekad cuba berlabuh di pelabuhan itu jam 10 malam waktu Malaysia kelmarin sebelum dihalang bot peronda Mesir dan dipaksa kembali ke kawasan menunggu, kira-kira tiga batu nautika dari pelabuhan.

Kapal kargo yang berlepas dari Piraeus, Greek, pada 11 Mei lalu, terpaksa bertindak demikian selepas terkandas lebih empat hari di pelabuhan itu selepas dipintas dan ditembak dua bot peronda Israel ketika memasuki perairan Gaza sebelum diarahkan berundur ke perairan Mesir. -BH


Kahwin Siam: Lelaki Dibelasah Dipercayai Oleh Ahli Keluarga Isteri Tua

Posted: 20 May 2011 08:45 PM PDT

Sungai Petani: "Saya bukan saja dibelasah dengan tangan diikat pada tiang, malah hanya tinggal seluar dalam selepas pakaian saya ditanggalkan," kata seorang peniaga, Mohd Azhar Aziz, 31, yang mendakwa dipukul lebih sejam oleh sekumpulan 40 lelaki di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati anggota keluarga isteri Mohd Azhar yang baru dikahwininya seminggu lalu di Thailand.

Mohd Azhar yang juga seorang peniaga berkata, dalam kejadian itu sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal datang ke rumahnya di Taman Orkid, Sungai Layar di sini, sebelum memecah masuk pagar dan pintu rumah.

Ketika itu, Mohd Azahar dan isterinya yang berusia 23 tahun berada di rumah dan kumpulan lelaki terbabit memaksanya memandu kereta dengan diiringi dua lelaki manakala isterinya dibawa dengan sebuah kereta lain.

Dia kemudian diarah berhenti dan turun dari kereta sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Kampung Rantau Panjang, Kota Kuala Muda. -hm

Kena seksa kerana kahwin lari

MOHD AZHAR mengalami kecederaan parah dibelasah di Sungai Petani, awal pagi kelmarin.

Sekumpulan 40 orang ikat lelaki pada tiang rumah, dibelasah lebih sejam

SUNGAI PETANI: Seorang pemuda berusia 31 tahun diikat pada tiang rumah sebelum dibelasah dan dicucuh dengan puntung rokok gara-gara bernikah dengan teman wanitanya di Thailand, dalam kejadian di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Azhar Aziz, dilucutkan pakaian hingga tinggal seluar dalam, dipukul dengan tangan dan kayu serta diseksa lebih sejam oleh sekumpulan 40 orang dipercayai ahli keluarga isterinya dan penduduk kampung terbabit, kira-kira jam 2 pagi.

Berikutan itu, Mohd Azhar cedera dan lebam di seluruh anggota badan termasuk kedua-dua mata serta menerima lebih 20 jahitan pada bahagian muka, tangan dan kaki.
Menceritakan kejadian itu, Mohd Azhar berkata, beliau dan isteri yang baru dinikahinya seminggu lalu, didatangi sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal di rumah mereka di Taman Orkid, di sini.

"Lelaki terbabit bertindak memecah masuk ke dalam rumah sebelum memaksa saya masuk ke dalam kereta dan dibawa ke Kampung Simpor Tambang manakala isteri saya dibawa dengan kereta berasingan.

"Sebaik tiba di kampung itu, saya dapati ada kira-kira 40 orang penduduk kampung termasuk saudara isteri saya sebelum mereka membogelkan saya hingga tinggal seluar dalam dan diikat pada tiang sebuah rumah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Azhar berkata, beliau dipukul dengan kayu dan tangan, malah dicucuh puntung rokok sehingga tidak bermaya.

"Selepas menanggung sengsara lebih sejam, mereka melepaskan saya sebelum saya menghubungi polis dan memaklumkan saya terbabit dalam kes culik," katanya.

Beliau berkata, isterinya yang berusia 23 tahun bersetuju bernikah di Thailand kerana tidak mahu berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga.

"Sebaliknya, isteri memilih saya kerana kami sudah saling mengenali sejak lima tahun lalu. Malah, sebelum kami bernikah di Thailand, isteri saya membuat laporan di Balai Polis Kangar memaklumkan beliau secara sukarela mengikut saya untuk bernikah di sempadan," katanya.

Mohd Azhar berkata, beliau kehilangan sebuah telefon bimbit, MyKad, kad juru wang automatik (ATM) dan lesen memandu dalam kejadian itu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan sedang dijalankan. -BH



Iklan Arak Masuk Sekolah, Menteri Pelajaran Pejam Mata?

Posted: 20 May 2011 07:40 PM PDT

Lindungi pelajar daripada alkohol di sekolah Oleh SM Mohamed Idris

Kanak-kanak dan golongan muda terdedah kepada iklan alkohol memandangkan syarikat minuman alkohol berjaya menutup atau menyembunyikan mesej ini sebagai promosi pendidikan atau pembangunan sukan.

Fakta sebenar yang menyedihkan ialah syarikat alkohol diberikan laluan utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak sekolah terhadap tabiat meminum minuman keras.

Dengan mewujudkan keadaan yang biasa melalui keadaan yang dilihat dan didengar, pihak syarikat akan mempengaruhi kanak-kanak dan remaja untuk menerima nama jenama secara positif, dan dengan itu melanjutkan lagi pengambilan produk mereka.

Contoh bagaimana syarikat alkohol diterima tanpa dikawal dengan kelulusan tanpa bertulis daripada pihak berkuasa untuk mengganggu ke sekolah dan menjejaskan minda anak-anak kita adalah bukti jelas dalam strategi yang digunakan oleh pihak Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Bhd (GAB).

Melayari laman sesawang Carlsberg Malaysia mendedahkan gambar kanak-kanak yang tersenyum memegang beg hijau Carlsberg berisi barangan dengan nama jenama yang terpampang, sewaktu kegiatan luar bagi pelajar sekolah yang ditaja oleh syarikat itu pada Disember lalu.

Mesej pengambilan minuman keras sebagai diterima ditanam ke dalam pemikiran anak-anak muda dengan promosi sebegini.

Carlsberg Malaysia juga menyerbu masuk ke dalam pendidikan melalui cara mengatur kerjasama dengan media berbahasa Inggeris arus perdana.


Dinyatakan bahawa Carlsberg Malaysia "menaja akhbar harian tempatan untuk 40 sekolah rendah Tamil di wilayah utara" untuk memperbaiki mutu bahasa Inggeris di sekolah ini.

Dakwaan oleh syarikat alkohol bahawa mereka membantu untuk meningkatkan mutu kehidupan masyarakat India boleh dipersoalkan apabila realitinya mereka memusnahkan keluarga mereka dengan memupuk peminum alkohol di masa depan.

Kenyataan mereka bahawa mereka "tidak menggalakkan pengambilan minuman alkohol oleh mereka yang di bawah umur" adalah tidak benar sama sekali.

Satu lagi syarikat alkohol utama, Guinness Anchor Berhad (GAB), terus tanpa halangan untuk bekerjasama dengan sekolah Tamil di Malaysia dengan alasan mempromosikan pembelajaran walaupun pada hakikat sebenarnya mempromosikan nama jenama kepada mereka yang di bawah umur.

Melalui Program GAB Foundation SMILES (Supporting Malaysian Indian Learning, Education and Sports), syarikat minuman keras itu 'menjual' jenama dengan menawarkan kelas pemulihan bahasa Inggeris secara percuma dan mewujudkan sudut membaca di sekolah Tamil.

Program Pengayaan Bahasa Inggeris ini mensasarkan beratus kanak-kanak sekolah setiap tahun, dengan rancangan untuk meliputi semua kumpulan usia yang berbeza di sekolah rendah dalam fasa masa depan.

Anak-anak muda terutama sekali daripada awal hingga lewat remaja adalah sasaran yang sesuai memandangkan mereka merupakan pasaran masa depan untuk peminum alkohol.

Tidak kira bagaimana mendesaknya syarikat itu untuk menafikan hubungan antara pengiklanan dan pengambilan alkohol yang tinggi, pengiklanan mereka memang menggalakkan pengambilan alkohol.


Kita perlu menghentikan mitos yang disebarkan oleh syarikat itu bahawa iklan hanya menyebabkan orang ramai bertukar jenama.

Tambahan pula pengiklanan jenama tertentu oleh pengeluar alkohol adalah khusus disasarkan kepada golongan muda daripada etnik tertentu. Pergantungan alkohol berkembang dalam kalangan orang ramai apabila mereka memasuki usia 20-an.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pelajaran bertindak sebagai penjaga yang bertanggungjawab terhadap pelajar sekolah, dan menjauhkan mereka daripada pengaruh syarikat alkohol di sekolah.

Apabila kanak-kanak melihat syarikat alkohol diiktiraf, dipuji dan diterima dari segi sosial dalam kalangan pendidik dan kerajaan, mereka akan memikirkan bahawa alkohol tidaklah buruk sepenuhnya.


Ini membolehkan syarikat alkohol mempengaruhi dan meningkatkan pengambilan dan penjualan minuman alkohol dengan mengambil peminum baru.

CAP juga menggesa kerajaan dan badan sukan di negara ini menilai sama ada kecenderungan semasa penajaan sukan oleh syarikat alkohol mencabuli Piagam Alkohol WHO yang menyatakan bahawa "semua kanak-kanak dan remaja mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran yang dilindungi daripada kesan negatif pengambilan alkohol dan daripada promosi minuman alkohol".

Kini sudah pun terdapat kebimbangan di seluruh dunia terhadap bahaya yang disebabkan oleh alkohol. Lebih daripada dua juta orang di seluruh dunia mati setiap tahun akibat yang berkaitan dengan alkohol.

Bahaya penggunaan alkohol merupakan faktor risiko utama bagi kematian pramatang dan kecacatan di seluruh dunia.

Majlis Keselamatan Jalan Raya menganggarkan bahawa 30 peratus kemalangan jalan raya di seluruh negara disebabkan oleh memandu dalam pengaruh alkohol.

Pengambilan alkohol menjejaskan penilaian dan mencetuskan tingkah laku agresif dan ganas, membawa kepada keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, pergaduhan dan jenayah lain.

Penyelidikan saintifik dan agensi kesihatan boleh menunjukkan pengiklanan alkohol boleh meningkatkan pengambilan alkohol.

Pengambilan alkohol juga turut menyumbangkan kos kepada negara dari segi ketidakhadiran ke tempat kerja, kehilangan kemahiran kerja, dan kehilangan produktiviti yang menjejaskan pekerja.


CAP menggesa kerajaan melarang dengan tegas syarikat alkohol daripada menaja sebarang projek atau program di sekolah atau terlibat di sekolah dalam sebarang cara.

Kerajaan juga perlu menaikkan cukai duti eksais produk alkohol dan memantau industri terhadap pencabulan undang-undang dan menggunakan cukai dan denda yang dikumpul daripada industri untuk membiayai pendidikan dan aktiviti berkaitan komuniti yang lain.

* Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Gadis Maut Digilis Kereta Kerana Kejar Peragut

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

Padang Besar: "Saya tak sangka niat arwah keluar membeli nasi ayam kegemarannya malam semalam (kelmarin) berakhir tragedi memilukan, malah lebih menyedihkan apabila saya tak sempat bercakap seharian dengannya."

Gambar: USUNG...jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Nur Syaza Yasmin.

Begitu kata Ruslan Ali, 49, apabila anaknya, Nur Syaza Yasmin, 17, terbunuh akibat digilis sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal diboncengnya ketika cuba mengejar seorang lelaki yang cuba meragut beg duitnya di Jalan Kangar-Padang Besar dekat Balai Baru di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk pecah kepala manakala adiknya, Nur Syaza Norah, 15, yang menunggang motosikal berkenaan hanya cedera ringan.

Ruslan dari Kampung Bukit Keteri berkata, anak kedua daripada empat beradik itu membonceng motosikal yang ditunggangi adiknya dan keluar dari rumah mereka kira-kira jam 7.30 malam.

Menurutnya, dia dimaklumkan mereka sempat mengisi petrol di stesen minyak berhampiran sebelum membungkus nasi ayam kegemaran arwah yang dibeli di Pekan Balai Baru. -hm


Nyawa melayang kejar peragut

ANGGOTA polis mengusung mayat Yasmin yang maut digilis kereta di Jalan Kaki Bukit, Beseri malam kelmarin.

PADANG BESAR – Tindakan berani Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, mengejar penjenayah bermotosikal yang cuba merentap rantai leher adiknya ketika mereka menunggang motosikal berakhir dengan gadis itu maut digilis sebuah kereta di Kilometer 10, Jalan Kaki Bukit, Beseri dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, Yasmin terkorban apabila digilis kereta Proton Gen 2 yang datang dari arah belakang.

Mangsa sebelum itu terjatuh daripada motosikal yang ditungganginya selepas motosikalnya berselisih dengan sebuah Toyota Unser yang dipandu dari arah bertentangan.

Tragedi ngeri itu disaksikan oleh adiknya, Nur Syaza Norah, 15, yang hanya cedera ringan dalam kejadian itu.

Kedua-dua beradik itu belajar di Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan di sini.

Sebelum kejadian, Yasmin yang menunggang motosikal Suzuki Smash bersama Norah keluar dari rumah untuk melihat telefon bimbit di Beseri.

Dalam perjalanan tersebut, mereka didatangi seorang lelaki menunggang motosikal Modenas Kriss yang bertanyakan sesuatu sebelum tiba-tiba rantai leher perak dan kristal yang dipakai Norah cuba diragut.

"Suspek bertanyakan terdapat apa-apa program di Timah Tasoh sebelum lelaki itu terus sentap rantai leher saya.

"Namun lelaki itu gagal menarik rantai leher saya," kata Norah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Keteri di sini semalam.

Ekoran itu, Norah berkata, kakaknya yang berang dengan tindakan lelaki itu terus memecut mengejar motosikal yang ditunggangi suspek bagi mendapatkan nombor pendaftaran motosikal suspek. -kosmo


Najib Bakal Hilang Sokongan Jika Tidak Bertindak Tegas Ke Atas Datuk T - Bekas Polis

Posted: 20 May 2011 03:30 PM PDT

Seorang bekas pegawai kanan polis semalam memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa masyarakat Islam di negara ini akan memberikan reaksi negatif jika beliau gagal untuk menghukum trio "Datuk T" kerana "mempersendakan" Islam apabila ketiga-tiga mereka menghadiri majlis sumpah laknat di masjid dengan memakai pakaian kalis-peluru.

Bekas Ketua CID KL Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam .

"YAB (Yang Amat Berhormat) tidak boleh menyalahkan sesiapa jika umat Islam di dalam negara ini, yang bukan sedikit jumlahnya, hilang kepercayaan terhadap YAB.

"Tambahan pula, dimana terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB," tulisnya di dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri.

Mat Zain berkata ia akan jelas merupakan satu penyalah-gunaan kuasa jika Najib memilih untuk melindungi para pesalah tersebut terhadap perbuatan salahlaku mereka semata-mata kerana beliau menganggap mereka sebagai sekutu beliau.

Jika Najib menolak atau sengaja mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga orang itu, maka ia bukan saja memperlihatkan beliau bersekongkol dengan jenayah dan konspirasi bersama mereka, malah ia juga akan menyebabkan kebencian terhadapnya semakin semarak," tambahnya.

Najib, katanya, juga akan dilihat membenarkan dirinya sebagai pemimpin yang mengkhianati dan mempersendakan Islam.

"Malah lebih menyedihkan YAB telah mengizinkan seseorang, yang kabinetnya sendiri telah menganggap seorang individu yang bukan saja telah menghina Islam tetapi juga menyalahgunakan kuasa, sebagai korup, penipu dan seorang perogol, untuk membawa bahan pornoografi dan pelacuran ke rumah Allah," tambahnya.

Mat Zain juga mengulangi dakwaannya minggu lepas bahawa "Datuk T" — Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, trio di belakang episod seks video — telah melanggar seksyen 295 Kanu Jenayah apabila mereka menghadiri majlis sumpah laknah Shazryldi Masjid Amru Al-As Sentul dengan memakai baju kalis-peluru.

Pada ketika itu, Shazryl mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran bahawa pelaku di dalam video seks 21-minit itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mat Zain mendakwa tindakan tersebut telah menyebabkan lahir persepsi bahawa keadaan di masjid sudah tidak lagi selamat.

Seksyen 295 menyatakan bahawa "sesiapa juga mencemarkan mana-mana tempat ibadat, dengan pengetahuan bahawa sebarang kumpulan orang boleh dikira mencemarkan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama" boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan/atau denda.

Mat Zain berkata jika trio itu didakwa di bawah undang-undang syariah atau Kanun Jenayah akibat tindakan mereka, kes itu tidak akan memberi kesan terhadap siasatan polis ke atas video tersebut.

"Dua kes itu adalah berlainan," tambahnya.

Beliau berkata sekalipun identiti pelaku di dalam video itu didedahkan, ia tidak samasekali membebaskan trio tersebut dari dakwaan mencemari masjid dan menghina Islam.

"Kedua-dua hal tersebut adalah kesalahan jenayah yang berasingan.

"Selain itu, YAB dan Peguam Negara tidak ada kuasa, mengikut undang-undang, untuk menjamin trio berkenaan dan membebaskan mereka dari apa-apa kesalahan jenayah," katanya.

AMK Tangguh Perhimpunan Di Utusan Elak Sabotaj UMNO & Perkasa

Posted: 20 May 2011 07:45 AM PDT

Enggan Disabotaj Media Arus Perdana, AMK Tangguh Perhimpunan

KUALA LUMPUR 20 MEI : Enggan sekali lagi difitnah media arus perdana, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengambil keputusan untuk menangguhkan perhimpunan aman membantah syarikat akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan berunsur fitnah dan lucah.

AMK maklum akan kehadiran pemuda UMNO dan PERKASA yang turut berhimpun dihadapan premis Utusan, dipercayai mahu mensabotaj perhimpunan aman tersebut.

Justeru bimbang pertembungan demonstrasi antara AMK dengan kumpulan pro- Utusan itu dimanipulasikan media kawalan UMNO BN, perhimpunan aman itu ditunda ke satu tarikh baru.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip menjelaskan jika perhimpunan itu diteruskan, ia dijangka disusuli dengan kekecohan dan ia akan mengubah matlamat sebenar perhimpunan itu.

"Kami bimbang sekirannya diteruskan juga kemungkinan besar akan berlakunya kekecohan dan huru hara ekoran pertembungan demonstrasi antara pemuda Umno ini dan sekirannya dilaporkan oleh media arus perdana terutamanya Utusan mungkin akan diputar belitkan.

"Mereka akan menuduh, pemuda Umno hadir atas alasan mahu menghalang AMK dari membuat kekecohan, sekali lagi kami akan terperangkap dengan manipulasi berita dan oleh itu demi memastikan perhimpunan berjaya kami buat keputusan, tunda,"
tegasnya.

Rozan turut mengulas tindakan pemuda UMNO dan PERKASA yang secara tiba- tiba turut berdemontrasi dihadapan premis Utusan.

"Mereka mengkritik AMK suka membuat huru hara di Utusan Malaysia tetapi ironinya mereka (pemuda Umno) berkumpul hari ini, ini yang mereka harus perjelaskan mengapa perlu mereka turut kumpul pada hari dan waktu yang sama, jadi kami tidak mahu terperangkap dengan agenda mereka." soal Rozan pada sidang media khas tengahari tadi di Restoran Kg Pandan Kari Kepala Ikan, Kuala Lumpur.

Rozan menegaskan walaupun dihimpit pelbagai halangan dalam menjayakan perhimpunan aman tersebut, AMK tetap komited untuk menjayakannya.

"Utusan adalah akhbar tertua di Malaysia malangnya Utusan hilang etika kewartawanannya dalam melaporkan berita rakyat yang mana menjadi medium ahli politik dalam meneruskan agenda tersembunyi, jadi kami selari dengan perjuangan pakatan Rakyat ingin membeaskan Utusan dari terus titunggangi parti - parti politik ini (UMNO-BN)"kata Rozan.

Beliau berkata, penangguhan itu turut dibuat berikutan mahu memberi tumpuan kepada penyerahan memorandum di Kedutaan Australia berhubung isu luji pemprosesan nadir bumi Lynas.

"Kami terpaksa menangguhkan perhimpunan ini adalah kerana faktor keutamaan dimana AMK diminta untuk turut serta memobilisasi anak muda dalam membantah loji Lynas," kata Rozan.

Sehubungan itu, AMK akan menyertai perhimpunan aman membantah pelaksanaan kilang pemprosesan tanah jarang yang menghasilkan radiasi, Thorium.

Meskipun pelbagai pihak berkepentingan menjamin keselamatan projek ini, namun ia masih diragui banyak pihak termasuk penduduk setempat.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sebelum ini berkata peratus kecil pembebasan Thorium tetap akan memberi kesan seiring dengan masa dan tahap pengeluaran tanah jarang yang diproses. -tvsnews



Azizi Terlantar Di ICU, Pemimpin PAS Bersegeralah Menziarahinya

Posted: 20 May 2011 06:45 AM PDT

Kuala Lumpur: Sasterawan terkenal, Azizi Abdullah, yang terkenal dengan novel Seorang Tua di Kaki Gunung ketika naskhah itu dijadikan teks wajib pelajar Tingkatan Lima, kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak dua minggu lalu.

Gambar: Azizi bersama Ust. Takiyudin Hamzah. Bersama-sama menunggu dibedah. Gambar diambil dari blog Azizi

Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Rahimidin Zahari berkata, Azizi baru saja menjalani pembedahan jantung sebelum mengalami masalah jangkitan kuman dan sejak empat hari lalu, tidak sedarkan diri sehingga tengkuknya terpaksa ditebuk bagi membolehkannya bernafas.

"Setakat ini, saya dimaklumkanAzizi kritikal dan berdoa dia cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala," katanya yang menziarahi sasterawan terbabit bersama ahli PENA, Shamsudinn Othman, Ridzuan Harun dan Ariff Mohamad, awal minggu ini. -BH


4 JUMAAT DALAM PENUNGGUAN

1.
Tidur bangun, makan mandi, suntik, ujidarah dan entah apa-apa lagi, sedar tak sedar sudah empat kali Jumaat tidak solat Jumaat berjemaah di masjid. Katil B/N 3 (bukan Barisan Nasional) R/N 838715 wad CRW Hospital Pulau Pinang begitu sudi memerapkan saya selama sebulan hanya kerana menunggu satu tarikh pembedahan.

Terpaksa menelan pil tidak kurang 300 biji untuk berbagai fungsi. Kencing pun lebih dari 20 liter. Sesekali ingat bagus juga hikmah sakit jika di hospital, layanan serba baik ketika usia menancap enam puluh sembilan tahun sebelas hari, sementara menunggu pembedahan yang kononnya akan dikendali Dato Dr Hamzah.

Sungguh-sungguh amat terasa doa kawan-kawan melalui pengakuan lewat Facebook, e-mail, blog dan SMS. Kudusnya seperti angin malam membisik ke telinga memberitahu bagaimana mereka bermunajat memohon seorang hamba yang terlantar ini kembali sembuh seperti mereka. Saya sangat sedar bagaimana kawan-kawan, peminat mengharap saya dipanjangkan umur untuk terus menulis.

Tuhan, saya sangat sedar murninya harapan mereka.

Menunggu dada dibelah sangat menggerunkan. Tapi banyak rangsangan memberitahu itulah cara terbaik. "Lakukan. Aku dah mengalami," kata seorang sahabat dari Terengganu, Rahman CM dan kemudian dia memberitahu dia baru selesai solat hajat untuk saya.

Tuhan, murninya hati sahabat.

Tapi saya tidak dapat membayangkan ngeri yang bagaimana, dan terbaik yang bagaimana? Kata Rahman CM,ketika dibius, satu kengerian mimpi dan igauan akan bermula. -petikan dari blog aziziabdullah



Ulasan GB

GB tersentak membaca berita mengenai seorang penyokong kuas PAS dari kalangan penulis/sasterawan yang kini terlantar di ICU.

GB cepat-cepat buka blognya, dan benar beliau menulis di situ bahawa beliau kini berada di hospital.

GB tidak tahu samada harakahdaily sudah menyiarkan atau pun tidak berita mengenainya, dan tidak tahu samada pemimpin-pemimpin PAS Negeri dan Pusat sudah atau tidak menjengah beliau di sana.

Jika belum bersegeralah kerana hargailah beliau yang penulisan-penulisannya banyak memperjuangkan kebenaran dan keadilan yang didokong oleh PAS mutakhir ini.


Jangan masing-masing duk sibuk merebut jawatan dan mengatur strategi untuk menang sedangkan saudara kita kini sedang terlantar dan sedang berjuang dengan maut di hospital.

Jika dekat GB tetap pergi menziarahinya.... seorang pejuang yang berjuang melalui penanya... Yang termampu kita lakukan, sama-sama kita doakan beliau segera sembuh.

p/s Baca tajuk artikel ini dengan nada lembut

[Video & Bergambar] Perhimpunan Bantah Logi Lynas Di Kedutaan Australia

Posted: 20 May 2011 05:55 AM PDT

300 berkumpul bantah pembinaan loji nadir bumi

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 orang mengadakan demonstrasi secara aman berdekatan Menara Berkembar Petronas, di sini, petang tadi bagi membantah rancangan menempatkan sebuah kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan yang dimiliki syarikat Lynas yang berpangkalan di Australia.

Mereka yang terdiri daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli pembangkang berarak dari Menara Kembar Petronas sehingga ke jalan berdekatan Suruhanjaya Tinggi Australia.

Mereka turut membawa sepanduk bertulis "Balik Australia" dan "Malaysia bukan tempat pembuangan sisa radioaktif."

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa sebelum ini mengesahkan sedang membantu kerajaan Malaysia bagi memastikan tidak terdapat sebarang risiko pencemaran dengan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi itu. - AFP


Anti-Lynas: Ratusan demo depan kedutaan Australia
Abdul Rahim Sabri

Lebih 200 orang berhimpun bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi bernilai RM700 di Gebeng, Kuantan yang dimiliki syarikat Lynas yang berpengkalan di Australia.

Mereka yang terdiri daripada anggota Pemuda PAS, PKR, Parti Sosialis Malaysia (PSM), NGO dan aktivis sosial itu mengadakan perhimpunan di hadapan pesuruhjaya tinggi Australia di Kuala Lumpur.

Sambil mengiringi enam wakil mereka untuk menghantar memorandum bantahan berhubung pembinaan pusat itu yang dikatakan akan mengeluarkan bahan radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar Gebeng di negeri itu.

Mereka juga membawa pelbagai sepanduk, poster dan kain rentang yang menuntut kerajaan supaya segera menghentikan projek berkenaan. Ia antaranya bertulis "Selamatkan Bumi, Hapuskan Radiasi" dan "Katakan tidak Pada Radiasi! Hentikan Lynas!".

Penunjuk perasaan mula berkumpul di Masjid As Syakirin KLCC sebelum berarak menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia yang terletak kira-kira 700 meter dari selepas solat Jumaat.

Sewaktu tiba di pada jam 2.15 petang mereka turut melaungkan "Hancur Lynas, Hidup Rakyat" berulang kali.

Mereka kemudiannya disertai oleh ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, empat wakil NGO dan aktivis sosial sebelum memasuki perkarangan pejabat tersebut.

Turut hadir ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zamanhuri, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail.

Sejurus mereka masuk, hujan turun dengan lebatnya, tetapi penyokong anti-Lynas tidak berganjak daripada tempat mereka berhimpun sambil menyanyikan 'Suara Rakyat' dan bertakbir.

Tikus makmal

Mereka dikawal lebih 50 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Malah kelihatan sebuah bas dan sebuah kereta meriam air diparkir di hadapan kedutaan itu.

Beberapa siri penerangan yang dianjurkan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.

Kerajaan pada 22 April lalu telah juga mengumumkan penubuhan satu panel bebas bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang itu.

Sebelum ini, ramai aktivis yang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mengadakan demonstrasi di seluruh negara.

Bantahan hari ini diketuai pemimpin PAS Pahang Suhaimi Saad yang merupakan naib yang dipertua kawasan Indera Mahkota dan bekas ketua Pemuda Pahang.

Memulakan ucapannya, Suhaimi melaungkan "Kami bukan tikus makmal, Kami mahu Lynas undur" sambil ikuti oleh penyokong yang hadir di situ.

"Kita menolak industri daripada Lynas yang dibawa dari jarak 2,500 kilometer ke negeri Pahang. Kita tidak izinkan secubit tanah diberikan (kepada mereka) di negeri Pahang," katanya.

Katanya, sebelum ini Malaysia mempunyai 'sejarah hitam' yang menimpa penduduk di Bukit Merah, Perak dan rakyat perlu mempelajari daripada pengalaman tersebut.

Manakala Rodziah yang juga timbalan ketua Wanita PKR menegaskan kerajaan Selangor bersama-sama rakyat Pahang menentang habis-habisan pemprosesan nadir bumi di negeri Pahang.

41 syarat

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan Fuziah pula berkata pihaknya telah menyampaikan kebimbangan rakyat di Malaysia khususnya penduduk di Kuantan.

Katanya, pembinaan tempat pemprosesan nadir bumi itu bukanlah satu amalan yang baik dilakukan di negera ini.

"Tidak ada kilang yang menjadi rujukan (dalam pembinaan pusat ini). Jadi kita tidak boleh buat sebarangan. Industri ini banyak mengundang bencana kepada semua.

"Lynas ada tanah di Australia, tetapi kenapa tak dibuat di sana," katanya yang juga naib presiden PKR.

Fuziah mendakwa Lynas mengambil peluang beroperasi di negara ini disebabkan oleh "kelemahan undang-undang negara".

Sedangkan, tambahnya, undang-undang di Australia sangat ketat dan mereka terpaksa mengikuti 41 syarat sebelum beroperasi.

Memorandum tiga halaman yang diserahkan wakil pesuruhjaya tinggi Austaralia menyebut, rakyat Malaysia tidak yakin dengan jaminan bahawa Lynas Advanced Material Plant (LAMP) adalah selamat.

"Sekiranya ia adalah benar, sudah tentu negara kamu bersedia untuk menyimpan (hasil) industri itu ataupun sekurang-kurangnya mengambil balik baki (kimia thorium yang membunuh).

"Tetapi negara kamu menolak untuk menerima semula baki (bahan kimia) itu," memorandum itu dipetik. -mk


Foto ehsan malaysiakini




















Kes Isteri Dilarikan Mat Indon: Suami Tak Percaya SMS Isteri Kahwin

Posted: 20 May 2011 04:35 AM PDT

Kuala Lumpur: 'Saya sudah selamat berkahwin sekarang... tolong jangan cari saya," demikian SMS pertama dihantar pegawai bank, Roslina Awang Kechik, 37, kepada suaminya, Jumaat lalu, sejak dilaporkan hilang pada 22 April lalu.

Bagaimanapun, sebaik SMS itu diterima, suaminya, Sabri Man, 38, cuba menghubungi semula nombor itu beberapa kali, termasuk menghantar SMS kerana mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri, namun tidak dibalas sebelum telefon bimbit isterinya itu dimatikan.

"Saya pasti SMS itu bukan daripada Roslina berdasarkan ayat digunakannya, sebaliknya saya percaya ditulis lelaki yang menculik isteri saya.

"Bagaimanapun, sekiranya perkara diungkapkan itu benar, saya mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri sebelum sesuatu tindakan diambil.

"Secara logiknya, kenapa perkara sebegitu penting hanya dimaklumkan menerusi SMS dan bukannya bersemuka. Saya tegaskan, kami masih pasangan suami isteri dan Roslina tidak boleh berkahwin lain," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Berita Harian sebelum ini melaporkan kehilangan kakitangan bank itu selepas keluar rumah menuju ke pejabatnya di Dataran Maybank, Bangsar.

Sabri berkata, sejak kehilangan isterinya sebulan lalu, kehidupan mereka sekeluarga sepi terutama anak bongsunya berusia lapan tahun yang sering memanggil ibunya.

"Suami mana tidak sedih, isteri hilang begitu saja tanpa sebab. Malah, rumah tangga saya sebelum ini tidak dilanda sebarang masalah yang boleh menjadi punca Roslina melarikan diri.

"Saya cuba menjalankan tugas sebagai suami merangkap ibu sebaik mungkin untuk tiga anak saya walaupun dalam keadaan tertekan kerana saya tidak mahu anak terasa kehilangan ibu mereka," katanya.

Beliau berharap individu yang menjadi dalang kehilangan isterinya itu melepaskan Roslina segera supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga bagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. -BH

Minyak RON95 Bakal Dimansuhkan?

Posted: 20 May 2011 03:30 AM PDT

Jitra - PKR mendakwa Kerajaan Pusat bawah Barisan Nasional (BN) akan memansuhkan penggunaan minyak petrol RON95 dan menggantikannya dengan RON97 sekiranya menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa, perkara sama pernah dibuat Kerajaan Pusat sebelum ini sewaktu rakyat negara ini menggunakan dua jenis minyak petrol iaitu jenis RON92 dan Superb sebelum RON92 dimansuhkan untuk digantikan dengan RON95.

Menurutnya, kenaikan harga RON97 yang dibuat secara berperingkat sebelum ini seharusnya dijadikan petanda bahawa Kerajaan Pusat kini sedang merancang mewujudkan jenis minyak petrol baru bagi menggantikan RON97 setelah mendakwa tidak menampung bebanan tanggungan subsidi bahan bakar itu yang semakin tinggi.

"Jika sebelum ini, pengguna minyak petrol didedahkan dengan jenis RON92 dan jenis Superb di mana harga RON92 tidak pernah diselaraskan sebelum pemansuhan dibuat, sebaliknya harga jenis Superb yang mengalami beberapa kali kenaikan harga.

"Berdasarkan tren Kerajaan Pusat sedia ada, saya yakin BN tidak akan menaikkan harga minyak petrol RON95 buat masa ini untuk mengekalkan sokongan rakyat. Bagaimanapun, jangan terkejut apabila RON95 akan dimansuhkan dan digantikan dengan RON97 selepas mereka menang PRU ke-13 nanti," katanya sewaktu menyampaikan ceramah di Markas Pas Kubang Pasu Padang Tok Kesop.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas keputusan Kerajaan Pusat akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

Tian Chua berkata, dari segi perbandingan kualiti penggunaan RON92 dan RON97 tidak jauh beza kerana bukan semua jenis kenderaan boleh menggunakan minyak jenis itu, terutamanya kenderaan model baru dan berprestasi tinggi.

Menurutnya, Kerajaan Pusat seharusnya meneliti semula penyaluran subsidi kepada syarikat-syarikat pengeluar tenaga persendirian (IPP) di negara ini dan memindahkan sebahagian besar peruntukan itu untuk menampung pembiayaan subsidi bahan bakar yang semakin meningkat naik.

"Kerajaan Pusat perlu memikirkan bagaimana untuk mengurangkan bebanan rakyat berikutan kenaikan harga barang yang semakin meruncing dan sebarang keputusan menaikkan harga bahan bakar tidak relevan buat masa ini," katanya.

Sementara itu, Tian Chua menggesa semua parti politik tidak menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat kepentingan politik masing-masing.

Menurutnya, PKR sebulat suara bersetuju menerima agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bersedia mempertahankan sebarang usaha untuk menukarkan kepentingan agama itu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan negara. -SH

Tiada ulasan: