Sabtu, 21 Mei 2011

.

.


Posting Biru

Posted: 20 May 2011 07:10 PM PDT

Bagaimana Rasuah Berlaku Di Negara Ini

Sambung cerita rasuah semalam. Rasuah melibatkan RM1.5 juta seperti mana dibayangkan semalam membabitkan bekas seorang menteri. Menteri berkenaan telah meluluskan projek air luar bandar di sebuah negeri di Pantai Timur. Kelulusan projek berkenaan tidak pun ada apa-apa proposal dan hanya sekeping surat sahaja yang mencadangkan agar projek itu di adakan di negeri berkenaan.

Kalau amalan biasa dengan hanya sekeping surat seumpama itu, menteri tidak akan lulus projek berjumlah RM113 juta itu. Tanpa proposal tidak dapat diketahui apakah projek itu vaibale atau tidak.

Tetapi apa boleh buat kerana di surat itu ada catatan berbunyi: YB Tan Sri sila pertimbangan permohonan, ini sahabat baik", di bawa perkataan itu di initial kan dan ada chop nama dan jawatan (Timbalan Perdana Menteri).

Bagaimana pun menteri berkenaan tidak segera meluluskan permohonan berkenaan. Hinggalah ianya dibawa menerusi adik kepada menteri berkenaan barulah projek itu jalan. Manakala di pihak satu lagi menggunakan nama timbalan menteri berkenaan konon dia adalah sepupunya. Disebabkan hubungan itu (kroni) projek belakan air luar bandar itu diluluskan.

Bagaimana rasuah berlaku. Adik menteri berkenaan telah meminta RM1.5 juta daripada kontrektor yang mendapat projek berkenaan. Wang sebanyak itu dikeluarkan. Kata adik menteri itu wang itu adalah untuk abangnya.

Macam mana perkara ini boleh terdedah. Seseorang yang menemui saya semalam ada orang bertanggungjawab memperkenalkan adik menteri berkenaan dengan pihak kontrektor berkenaan. Selain itu setelah disiasat, penulis surat yang memoh projek berkenaan adalah salah seroang AJK Umno Bahagian.

Sebenarnya perkara ini adalah biasa dalam Malaysia hari ini. Ia berlaku setiap hari ini. Keadaan inilah menyebabkan rakyat terpaksa memikul beban perbelanjaan yang tinggi kerana untuk membayar rasuah.

InsyaAllah dokumen mengenai hal ini akan disiarkan bila sampai masanya nanti. [wm.kl.10:30 am 21/05/11]

Sajak

Posted: 20 May 2011 06:42 PM PDT

PROLOG: Malam tadi telah berlangsung himpunan 10 Ribu Pemuda Pas di Padang Perdana Kota Bharu. Mulanya saya berhajat untuk balik menyaksikan lupan perasaan anak-anak pembela agama itu, tetapi kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan niat itu terbatal.

Saya hanya dapat merasai akan getaran semangat dan gema laungan Allahuakhbar dari kejauhan. Tahniah kepada seluruh pemuda Kelantan. Terima kasih kepada sdr Jeming Hassan yang mengirimkan sekeping gambar dan gambar ini telah mengilhamkan sebuah puisi spontan oleh saya. Tidak terlupa terima kasih juga kepada sdr Yusri yang mengingatkan saya mengenai himpunan itu. Wassalam.



LADANG KAPAS

Malam ini dalam renjisan embun jantan

bagaikan ladang kapas

yang sedang mengepak sejuta kembang

putih menyinar banar menyuluh maya

mengimbau, memanggil menggamit

turunlah... burung-burung malam

ke atas jelapadang ini

permadaini terhampar untuk sama-sama sujud

syukur atas sisa nafas masih terhela

mendepakan jihad terbuka

Tuhan pasti menerima permohonan ini.


Di sisi pedang tersedia tajam dan kelaparan

rindu menghirup darah petualang

yang berselimut dengan batik dan selendang kebangsaan.

Lewalah pedang juang ini menjunam padu ke perut munafikin...

biar sekali kota desa ini banjir dengan darah

menyimbah segala dosa dan nanah.

Tidur lena akan terbangkit dek panahan petir... menggila

sesekali biarlah ada keriuhan di sini.


Wahai gerombongan ciak merah

nah keluyuhan sayap

di terpa angin hilang arah

jika kau benar merasa kuat dan gah

turun ke ladang kapas ini

bertarung secara mendada,

mengadukan kekuatan jasad dan nyawa.

Kau terbanglah dengan suara angkuhmu meski ke mana

takkan berani untuk kau singgah

di ladang ini takkan berani.


Malam ini di ladang kapas putih bersih

megema tasbeh dan tahmid

mengulik keagungan Tuhan

membuaikan dalam jiwa.


Pemuda ladang kapas, goncangkan pedang mu

sewah pancung leher kesyirikannya

pencung lidah kemunafikannya

sampai ia bergelumpur lumpur....

Sumpah yang ditabikkan

Harus dihormati.


Pemudaku ladang kapas

taburlah benih putihkan bumi ini

Dengan kalimah jihad,

Lailahailalah waasyhaduana Muhammadur rasulullah.


MSO

Wangsa Melawati,

Kuala Lumpur.

22 Mei 2011.

Celoteh Murai 83

Posted: 20 May 2011 07:38 AM PDT

Nik Aziz Pintas Annuar Musa, Makan Salentia

Yang riuh randah nak buat stadium ialah Annuar Musa, sejak tahun lepas lagi, tapi yang dah umum nak buat stadium ialah Nik Aziz. Terkejut juga Murai mendengarnya. Harga stadium RM159 juta, lengkap dengan kolam renang dan ada musallah sekali. Pembinaanya atas tanah kerajaan seluas 40.5 hektar di Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh.

Ya la setahunya Murai Nik Aziz bila tahu main bola, sepak bola pun masuk ke dalam kain sarung. Kata Selentia dia (Nik Aziz) hanya tahu beri kuliah Subuh saja.

Jadi bila Nik Aziz umum nak bina stadium baru untuk rakyat Kelantan itu, kenyataan itu bukan makan Annuar seorang tetapi makan sama Selentia. Inilah Nik Aziz bijak macam buah aji yang sudah naik haji. Dia bukan makan buah depan saja, buah belakang, rusuk kanan dan rusuk kiri, dimakan satu persatu..tap tap tap! semua dimakannya. Begitulah kalau orang banyak pengalaman dan masak dalam siasah.

Murai ucap tahniah atas keprihatinan Tok Guru dalam bidang bola ini. Mudah-mudahan dengan adanya stadium, kualiti dan kemajuan sukan di Kelantan meningkat bukan saja dalam bola tetapi bidang lain juga.

Cuma Murai harap janganlah ada kalangan orang Pas Kelantan dok cekah balah sama sendiri pula kerana nak berebut komisyen dari pembinaan stadium berkenaan. Murai jamin kalau dok berebut tak dan sampai setahun bumbung stadium itu akan runtuh macam di Terengganu. Janganlah begitu..

Khabarnya pengumuman Nik Aziz itu benar-benar mengecewakan Annuar kerana katanya dia sudah pun rancang nak buat stadium di Kelantan. Katanya semasa Najib melawat Kelantan bulan depan akan dipohon pada Najib untuk buat stadium. Annuar juga katanya sudah kenal pasti tanah untuk tujuan itu, bukan tanah kerajaan tetapi milik orang Umno. Tanah sapa, tanya orang baru Pas mungkin dia tahu!

Murai: Tak makan ulat bulu gatal.

Posting Biru

Posted: 20 May 2011 05:44 AM PDT

Bagaimana Rasuah Berlaku di Negara Ini?

Sore tadi seseorang menemui saya. Sebelum itu dia menghubungi saya, katanya ada perkara besar untuk diberitahu. Walaupun hari ini kurang sihat, tetapi saya berikan masa untuknya jumpa saya selepas Jumaat.

Tepat pada masanya kami berjumpa. Dia memperkenalkan dirinya. Dia seorang ahli perniagaan filem dan juga pernah terlibat dalam dunia publication, mengendalikan advertising. Umurnya dsalam lingungan 40-an. Berbadan gempal ada misai.

Beberapa orang yang disebutnya memang saya kenali. Salah seorangnya pernah duduk dan minum kopi bersama saya. Saya lupa sepanjang mengenali orang itu dia pernah singgah rumah saya atau pun tidak.

"Apa ceritanya," tanya saya selepas habis dia mentakrufkan -- memperkenalkan diri.
"Saya pilih tuan kerana saya tidak yakin dengan orang lain," dia membuka cerita. Saya dengar dengan suspen. Ditangan terpegang sehelai polio yang didalamnya terdapat beberapa kertas yang dikepil rapi. Dia menghulur kepada saya; "tuan baca dulu, tetapi saya tidak akan lepas setakat baca saja," dia memberi peringatan.

Saya ambil dan membacanya. Setelah dibaca fahamlah apakah maksudnya untuk berjumpa saya dan faham juga dengan isi surat berkenaan. Ia menceritakan bagaimana dia melihat perbuatan najis rasuah berlaku di depan matanya. Malahan dari sisi lain dia juga terlibat dalam episod raqsuah berkenaan.

"Sdr tenguk sendiri?" tanya saya apakah dia tenguk pemberian wang rasuah berkenaan.

"Iya saya tenguk sendiri." jawabnya yakin.

"Macam mana boleh tenguk?' tanya saya.

Dia terhenti sekejap. "Sebenarnya saya tidak diberitahu wang ini dikeluarkan dari bank, tetapi kawan yang bagi tahu. Bila saya pergi ke bank saya tenguk wang itu dalam sebuah kotak terletak di lantai," ceritanya.

Di dalam surat itu yang merupakan surat laporan untuk SPRM diceritakan jumlah wang itu sebanyak RM1.5 juta. Gambar wang itu juga yang masih dalam bundle ada disertakan sama. Menurutnya rakaman perbualan semasa transaksi penyerahan wang itu juga ada dalam simpanannya.

Bersambung..... [wm.kl.8:58 pm 20/05/11]

Ulasan Perebutan Jawatan Naib Presiden

Posted: 19 May 2011 10:25 AM PDT

Jawatan Naib Presiden Pas Juga Jadi Tumpuan

SELAIN daripada jawatan Timbalan Presiden, kerusi Naib Presiden juga menjadi tumpuan. Sembilan orang yang dicalonkan dan layak untuk bertanding. Mereka ialah ketiga-tiga penyandang sekarang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Sallahuddin Ayub dan Mahfuz Omar. Yang lain turut dicalonkan Mohd Amar Nik Abdullah, Mujahid Yusuf, kedua mereka merupakan calon yang tewas pada tahun 2009 lalu.

Mereka yang lain ada muka baru, Mazlan Aliman, Dr Mohd Hatta Ramli, Nik Zawawi Nik Salleh dan Nizar Jamaluddin.

Sudah pasti ketiga penyandang akan mempertahankan jawatannya. Kecuali Tuan Ibrahim yang dikira masih berfikir dan membuat perhitungan terakhir sama ada akan melompat ke jawatan nombor dua atau tidak. Sementara Sallahuddin yang juga turut dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden rasanya akan kekal mempertahankan jawatan begitu juga dengan Mahfuz Omar.

Perkiraan muda dibuat kalau ketiga Naib Presiden lama itu kekal mempertahankan jawatan, kemungkinan mereka akan dapat mengekalkan kedudukan. Berdasarkan kepada pencalonan, mereka adalah ketiga yang berada di paling atas. Sallahddin mendapat 119 pencalonan, Tuan Ibrahim 90 dan Mahfuz 80. Pencalonan Tuan Ibrahim mungkin rendah apabila ada kawasan yang mencalonkan beliau untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Mungkin muka baru akan masuk untuk mengisi salah satu dari tiga kerusi naib presiden ini sekiranya, Tuan Ibrahim jadi bertanding kerusi timbalan. Yang menarik di sini siapakah di antara lima nama yang dicalonkan itu akan masuk? Kalau dilihat kepada jumlah pencalonan mereka mempunyai peluang sama rata kerana masing-masing mendapat kurang 20.

Katanya Mujahid sudah pun awal-awal surrender tidak mahu bertanding. Ini bermakna ada lima nama yang mungkin menerusikan cabaran. Besar kemungkinan akan mencuba ialah Idris Ahmad, Nizar Jamaluddin, Dr Hatta Ramli dan Mohd Amar Nik Abdullah. Mazlan Aliman dan Nik Zawawi rasanya tidak akan ikut bertanding sebab tidak ada keperluan untuk mereka berbuat demikian.

Bagi Mazlan cukup kalau dia bertanding jawatan ahli jawatankuasa saja. Beliau masih muda, sementara Nik Zawawi pula agak asing dalam perebutan jawatan ini. Kalau benar Tuan Ibrahim akan meninggalkan kerusi Naib Presiden ini bererti perebutan di antara Dr Mohd Hatta Ramli, Mohd Amar dan Idris Ahmad. Kedudukan Sallahuddin dan Mahfuz bolehlah dikira selamat.

Walaupun ada kemungkinan Mahfuz akan diberi tentangan sengit, namun ahli Parlimen Pokok Sena ini dikira masih relevan. Kejayaan beliau dalam kempen saman ekor (Kase) meletakkan beliau popular. Kejayaan kempen itu masih di hati bukan saja ahli Pas tetapi rakyat. Walaupun ada kalanya kenyataan-kenyataan Mahfuz boleh dipertikai dari segi inteleknya tetapi orang Pas suka dengan gaya beliau berpolitik dan cara beliau bekerja menggerakkan aktiviti parti. Mahfuz seorang yang serius dalam kerjanya.

Justeru tumpuan kini kepada Idris, Hatta Ramli dan Mohd Amar. Kalau ikut kepada amalan Pas salah satu mereka mungkin akan dipilih sebagai mewakili kouta ulamak. Tetapi kalau format ini sudah tidak diterima pakai lagi ini bermakna tidak akan ada ulamak dalam barisan Naib Presiden. Sallahuddin dan Mahfduz bukan ulamak!

Dalam pada itu ada juga ada angin menghembuskan kononnya untuk mengukuhkan institusi ulamak dalam Pas Naib Presiden akan dianggotai oleh dua tokoh agama. Ini bermakna salah seorang sama ada Mohd Amar atau Idris Ahmad berpeluang untuk menduduki jawatan itu atau kedua-duanya sekali. Jika arus ulamak terus melanda Pas kedudukan Mahfuz sedikit merbahaya. Ada kemungkinan kalau Mahfuz tercabar tempat itu akan diisi oleh Dr Mohd Hatta Ramli.

Walaupun Nizar Jamaluddin popular tetapi kegagalannya untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan di Perak mungkin dijadikan ukuran sejauh mana kemampuan beliau, dan dalam hal ini mengenai kebijaksanaan beliau dalam memamastikan bahteran kerajaan Pakatan itu selamat! Apabila kerajaan Pakatan berjaya dilanuni UBN sedikit sebanyak ia sebab musababnya kerana kelemahan dan ketidakcerdikan Nizar.

Tetapi dalam suasana Pas yang sudah berkembang dan banyak dianggotai ahli profesional dan golongan muda saya tidak kira individu ulamak akan memboloti keseluruhan jawatan tertinggi dalam Pas. Tetapi kalau tertakdir demikian ini bermakna hanya Sallahuddin saja yang akan menjadi wakil tokoh yang tidak bertitle ulamak. Sebaliknya kalau arus liberalisme dalam Pas sudah meluas tidak Mustafa kekosongan ditinggalkan Tuan Ibrahim itu akan dipenuhi oleh Mohd Hatta Ramli. [wm.kl. 7:00 pm 20/05/11]

Tiada ulasan: