MiLo SuaM |
- Kerana parti politik, dua bidang tanah keluarga tergadai!
- Pertubuhan Muslim Malaysia kecam kenyataan Najib
- Kristian akan jadi Agama Rasmi Malaysia?
- Chegubard keluar KEADILAN sertai DAP?
| Kerana parti politik, dua bidang tanah keluarga tergadai! Posted: 07 May 2011 01:35 AM PDT ![]() SEORANG ahli Umno kecewa dengan tindakan parti itu yang mengakibatkan beliau kehilangan dua bidang tanah milik keluarga. Tanah itu dicagarkan kepada bank untuk tujuan perbelanjaan membina pejabat Umno Bahagian Pendang, 30 tahun lalu. Ahli Umno terbabit, Mohamad Said Awang Kechik berkata, tiada pemimpin Umno tampil menyelesaikan baki pinjaman overdraf yang ditanggungnya sehingga salah seorang rakan perniagaan, Yahya Abu membuat pembayaran RM15,346 kepada bank pada 19 September 1995 untuk mengelakkan dua tanah itu dilelong. Bagaimanapun, beliau sekali lagi diarah menjelaskan pembayaran semula pinjaman sebanyak RM25,000 oleh bank melalui perintah mahkamah pada Mei 1997 untuk mengelakkan tanah itu dilelong. "Sebagai tindakan susulan, kami memutuskan berjumpa dengan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Dr Afifuddin Omar yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan ketika itu dan memohon beliau membuat permohonan pelupusan baki dan caj faedah pinjaman mencecah lebih RM100,000 ketika itu. "Dr Affifuddin memberi respons dan membuat permohonan pelupusan baki pinjaman overdraf itu kepada bank melalui surat bertarikh 1 Ogos 1997, bagaimanapun tiada jawapan balas dikemukakan bank," katanya. Mohamad Said mendakwa, beberapa kali berjumpa dengan pihak Umno Bahagian, termasuk Ketua Bahagian, Datuk Mohd Rozai Shafian tetapi tidak mendapatkan kerjasama sewajarnya. "Saya mendesak Umno negeri segera menjelaskan tuntutan dan sekiranya tidak diberi perhatian, kami sekeluarga akan membawa tikar dan bantal untuk ke pejabat Umno yang dibina menggunakan wang kami," katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media dekat sini yang dihadiri puluhan media arus perdana termasuk RTM namun hanya sebuah akhbar sahaja yang melaporkan isu tersebut. Selain itu beberapa ahli Umno yang hadir turut melahirkan kekecewaan sehingga mengungkap 'Umno buat kami macam paria' ketika sidang media tersebut. Ujar mereka, pada 1979 ahli-ahli Umno sanggup meminjam duit daripada bank untuk menyiapkan bangunan Umno Bahagian Pendang. "Ahli-ahli Umno tersebut pinjamkan duit kepada Umno Bahagian, bukan sikit RM15,000. Malangnya bila siap bangunan itu, Umno bahagian tak mahu bayar balik dekat depa sampai la ni. "Mereka pergi minta tolong dengan Najib. Najib tak layan suruh pi jumpa Umno negeri. Mereka nak jumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan. "Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" luah mereka. ReJaM© "Orang dah cakap UMNO ni penipu taknak percaya kah kah kah..." |
| Pertubuhan Muslim Malaysia kecam kenyataan Najib Posted: 06 May 2011 11:42 PM PDT Sebelum ini Najib Tun Razak dengan lantang mengeluarkan kenyataan yang jelas sekali menunjukkan bahawa dirinya seorang "kaki bodek" Amerika Syarikat. Najib tanpa rasa bersalah berkata "Dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama Laden" sebagai menunjukkan tanda sokongan mutlak kepada Amerika terhadap pembunuhan Osama [Malaysiakini]. Namun begitu Tun Mahathir yang jelas selama ini seorang yang anti Amerika dan Yahudi mengeluarkan kenyataan sebaliknya yang jelas sekali berlawanan dengan kenyataan Najib apabila menyifatkan Amerika sebagai tidak bertamadun apabila membunuh Osama Laden yang tidak bersenjata [Msian Insider]. Hari ini Portal Malaysian Insider melaporkan bahawa sebuah badan induk Pertubuhan Muslim Malaysia mengecam pemimpin-pemimpin Islam khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana memperkatakan bahawa dunia ini lebih selamat selepas kematian Osama [Msian Insider]. ![]() Jelas sekali Najib menunjukkan bahawa dirinya hanyalah seorang Perdana Menteri yang tidak mempunyai prinsip, dan mengikut telunjuk Amerika Syarikat. Putih kata Amerika maka putihlah kata beliau. Beliau yang kononnya menuduh orang lain sebagai tali barut Amerika, namun diri sendiri jelas sekali menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada Amerika. Ini yang dinamakan "memburukkan orang lain untuk menggambarkan diri sendiri baik" ibarat seekor ayam berkokok namun ekornya terpalit taik. ReJaM© "Apa yang jelas Najib hanyalah boneka Amerika" |
| Kristian akan jadi Agama Rasmi Malaysia? Posted: 06 May 2011 09:09 PM PDT PAPARAN muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini terpampang tajuk besar "Kristian Agama Rasmi?". Jelas sekali tanpa berselindung, niat akhbar rasmi milik gerombolan songkok tinggi itu mahu mencetuskan perasaan benci rakyat beragama Islam di negara ini kepada orang-orang Kristian. Dengan berbekalkan artikel provokasi dari blog-blog jalanan gerombolan songkok tinggi, Utusan kini jadi medium menanam kebencian dan memecah belahkan rakyat Malaysia. ![]() Seperti yang pernah didedahkan di MiLo SuaM sebelum ini, taktik terbaru Najib Tun Razak pada Pilihanraya Umum kali ini adalah dengan mendapatkan "undi solid" 70% kaum Melayu melihatkan rekod PRK dan PRN Sarawak sebelum ini, kaum Cina sudah tidak mahu lagi mengundi Barisan Nasional. Maka isu kaum dan isu agama akan digunakan. Barisan Nasional sudah mula menanamkan kebencian Melayu kepada kaum cina sebelum ini dengan mengedarkan VCD perkauman melampau di dalam sebuah program karnival satu Malaysia rujuk sini [Karnival 1 Malaysia]. Kali ini demi mengekalkan kuasa, Barisan Nasional memainkan isu agama pula untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang Kristian. Telah berulang kali ReJaM© tekankan, kita harus berhati-hati dengan dua isu yang selalu dibangkitkan oleh Barisan Nasional, iaitu "isu kaum" dan "isu agama", dua isu ini akan membawa kita kepada huru hara, dan mencetuskan pertumpahan darah antara rakyat Malaysia yang berlainan agama dan bangsa. Demi mengekalkan kuasa Najib Tun Razak sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat asalkan dia kekal menjadi Perdana menteri. Perdana Menteri bangsat ini tidak peduli jika rakyat saling berbunuhan, tidak peduli mayat rakyat bergelimpangan akibat dari isu kaum dan agama yang dicetuskan ini. Bila rakyat sudah bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri, Najib dan pemimpin gerombolan songkok tinggi yang lain boleh lari menaiki jet atau pesawat peribadi untuk bersembunyi di luar negara. Lihat sahajalah semua kempen Barisan nasional kini semuanya berbaur provokasi perkauman dan agama. Jika anda sayangkan keamanan negara ini, ayuh tumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang bangsat ini! Lihat sahajalah, di depan mata dan batang hidung anda, masyarakat cuba dipecah belahkan. Ini semua demi kuasa, demi wang ringgit. ReJaM© "Rakyat mampos mereka tak peduli, yang penting Barisan Nasional terus memerintah dan Najib terus jadi Perdana Menteri!" |
| Chegubard keluar KEADILAN sertai DAP? Posted: 06 May 2011 03:31 AM PDT Teka-teki dan desas desus yang bertiup kencang sejak kebelakangan ini nampaknya hampir terjawab. Sebelum ini beberapa buah blog seperti AdukaTaruna dan Cucu Mat Kilau telah menyebarkan desas desus bahawa ikon anak muda KEADILAN Chegubard akan keluar parti. Hari ini portal berita The Malaysian Insider mengukuhkan lagi khabar angin itu dengan laporannya bahawa Chegubard akan keluar dari Parti KEADILAN untuk menyertai parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat sama ada DAP atau PAS [Malaysian Insider]. ![]() ReJaM© secara peribadi menghormati segala keputusan beliau selagi beliau tidak memilih bersama UMNO dan Barisan Nasional. Malah adalah lebih baik sekiranya beliau memilih untuk bersama DAP bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu bukanlah parti yang rasis seperti MCA dan UMNO yang lebih kepada perjuangan kaum masing-masing. Selepas ini media-media gerombolan songkok tinggi pasti akan memainkan isu kononnya Chegubard telah menjadi hamba DAP, atau digelar sebagai pengkhianat Melayu kerana menyertai DAP. Namun hakikatnya media gerombolan songkok tinggi sendiri sudah pening kepala bagaimana untuk membuktikan DAP sebagai sebuah parti rasis sekiranya Chegubard memilih dan terpilih untuk bersama DAP kah kah kah. ReJaM© "Teruskan perjuanganmu Chegubard! Anak muda akan terus menyokong selagi anda tidak bersama parti politik lucah dan rasis!" |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan