Kelab Greenboc |
- Ketua Pengarah JKR Dianiaya Kerana Pertahankan Integriti Pegawai Awam
- Siapa Bagi Idea Sumpah Mubahalah?
- Najib Bakal Jadi Ketua Pembangkang
- [Video] Khalid Samad Sokong Tubuh S'jaya Siasat Peguam Negara
- [Video] Protes Lebih Besar Jika Tuntutan Qazaf Tidak Diindahkan
- Jururawat Rentung Selepas Selamatkan 3 Anaknya
- Datuk T Kecut Kerana Takut Dirotan, Sebab Itu Eskay Buat Penafian Pernah Tuduh Anwar
- Malaysia Tempat Terbaik Utk Kilang Nadir Bumi - Lynas Perli Kebebalan Menteri Malaysia
- [Bergambar & Video] Video Seks - NGO Desak JAWI Kuatkuasakan Qazaf
- Thasleem, Pengerusi Pasukan Bertindak Interlok Juga Kata Ia Bukan Anwar
- Tarikh Pilihanraya Bergantung Kepada Tahyul "11" Najib?
- [Video] Kenyataan Eskay Berubah Buktikan Beliau Pendusta Besar - MP Kuala Langat
- Rogol Anak Tiri: Bomoh Dakwa Alat Sulitnya Tak Berfungsi Bersama Isteri
| Ketua Pengarah JKR Dianiaya Kerana Pertahankan Integriti Pegawai Awam Posted: 07 May 2011 01:00 AM PDT Judin teraniaya: Rekod hitam 120 tahun JKR PAS menuntut Kementerian Kerja Raya memberikan alasan munasabah kepada umum berhubung perpindahan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir Dr Judin Abd Karim, ke satu jawatan yang lebih rendah, baru-baru ini. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata penjelasan itu diperlukan memandangkan rekod perkhidmatan Judin dikatakan bersih, amanah dan bertanggungjawab selama menjalankan tugas beliau di JKR. Beliau yang melahirkan rasa kesal dengan perpindahan tersebut, berkata kementerian sewajarnya berasa bangga memiliki pegawai yang bertanggungjawab dan berintegriti dalam melaksanakan tugas, bukan bertindak sebaliknya dengan memindahkan beliau ke jabatan yang lebih kecil. Mulai 1 Mei lalu, Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Meskipun mendapat bantahan awam dan protes senyap kakitangan JKR, kerajaan tetap berkeras "menghukum" Judin yang dikenali sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi. "Saya difahamkan, Judin bersikap tegas memastikan setiap prosedur berkaitan tender kerajaan dipatuhi oleh kontraktor. Dalam kes kontroversi pembinaan Istana Negara (yang menelan belanja di luar jangka), beberapa keputusan Judin, termasuk untuk menamatkan khidmat kontraktor utama yang mempunyai prestasi buruk, menjadi punca beliau disingkirkan," dakwa beliau. Tambah Mahfuz, tindakan kementerian itu turut bertentangan dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada 2004 bagi meningkatkan integriti penjawat awam apabila berlaku peminggiran terhadap pegawai yang berintegriti seperti Judin. Katanya, perpindahan itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang kemungkinan berlaku pertembungan penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian untuk meminggirkan sesiapa pegawai yang tidak sealiran dengan 'pihak tertentu'. Selain kesal dengan tindakan kementerian tersebut, kekesalan Mahfuz turut dilemparkan terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila tidak mempertahankan Judin, sedangkan beliau bertanggungjawab penuh ke atas pegawai-pegawai yang bertanggungjawab. "Adakah KSN turut terlibat dalam konspirasi ini, hingga mendiamkan sahaja perkara tersebut? Sedangkan pegawai seperti Judin inilah yang sebaik-baiknya untuk kebaikan dan pembangunan negara," kata Mahfuz. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tindakan yang dikenakan terhadap Judin itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak komited dalam mengembalikan dan meningkatkan integriti sistem pentadbiran negara. Tegas beliau, sekiranya kerajaan benar-benar komited dalam soal integriti ini, badan-badan seperti kehakiman dan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan-badan lain perlu diberi isyarat yang baik sekiranya pegawai mereka bertindak dengan penuh tanggungjawab. "Tindakan ini seolah-olah menunjukkan kerajaan pimpinan Najib Tun Razak ini 'bermusuh' dengan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas mereka dengan amanah dan bertanggungjawab. Persoalannya, apakah isyarat yang ingin diberikan kepada kakitangan kerajaan ini? Tindakan terhadap Judin ini hanya menunjukkan pertentangan amalan dengan PIN yang dilancarkan sebelum ini," tegas beliau. Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata pegawai-pegawai awam ini sepatutnya diberikan kepercayaan atas keupayaan mereka menjalankan tugas dan amanah yang diberikan, bukan 'dihukum' kerana bertanggungjawab. Tambahnya, situasi ini akhirnya akan menyebabkan pegawai kerajaan akan dilihat menjadi penakut, tidak bebas dan sentiasa dilihat terkongkong, yang kemudiannya menyebabkan sistem pentadbiran negara tidak akan dapat dipertingkatkan. Dalam pada itu, beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku dan berusaha untuk mengembalikan dan memulihkan integriti badan-badan kehakiman dan penguatkuasaan yang selama ini mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat. Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang mula mendedahkan pertukaran mendadak Judin itu awal April lalu, turut mendesak Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberikan penjelasan segera. "Shaziman seorang yang berpengalaman sebagai jurutera awam sepatutnya mempertahankan Judin daripada tekanan politik elit penguasa dan kontraktor bermasalah. Pertukaran Judin adalah satu pengkhianatan terbuka kerajaan terhadap kakitangan awam yang berintegriti tinggi dan beretika cemerlang," tegas Lutfi. "Kes Judin tidak boleh dipandang remeh. Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Najib Razak amat dikesali. Dia mesti memberi jawapan di atas pertukaran jelas yang mahu mengaibkan Ketua Pengarah Kerja Raya itu," tambah Lutfi. Beliau menegaskan: "Ini merupakan rakaman hitam sepanjang sejarah JKR yang sudah berusia 120 tahun. Tidak pernah seorang Ketua Pengarah Kerja Raya ditukarkan ke jawatan lebih rendah walhal Judin dikenali ramai, khususnya warga JKR sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi dan teguh memegang prinsip kerja." -HD
Nyatakan sokongan anda kepada Dato' Seri Ir Dr Judin Abdul Karim dalam facebook Sokongan Judin Karim |
| Siapa Bagi Idea Sumpah Mubahalah? Posted: 06 May 2011 11:30 PM PDT Sumpah mubahalah bukan bagi kes jenayah syariah'Timbalan Presiden Persatuan Syarie Malaysia (PPSM) Musa Awang berkata sumpah mubahalah hanya membabitkan isu yang berkaitan dengan akidah. Tegasnya, sumpah tersebut tidak terdapat dalam kes dalam jenayah syariah yang antaranya berkaitan dengan kes liwat atau zina. "Tidak ada sumpah dalam kes jenayah syariah kecuali sumpah 'qasamah' dalam jenayah membunuh. "Maksudnya, dalam satu kes pembunuhan, tidak ada orang yang melihat (insiden itu) sedangkan keluarga yang dibunuh berkata si 'A' yang membunuh. "Maka keluarga ini boleh sumpah 'qasamah' kata si A ini yang bunuh. Itu sahaja (sumpah) yang saya jumpa dalam kitab-kitab dan buku-buku... sumpah lain tak ada. Sumpah mubahalah lagi lah tak ada," katanya. Menurutnya, sumpah mubahalah yang dimaksudkan itu berlaku ketika Nabi Muhammad SAW yang berdialog dengan orang Yahudi dan Nasrani mengenai keesaan Allah SWT. Katanya, kedua-dua kumpulan itu tidak mempercayainya maka Nabi Muhammad mencabar mereka untuk bersumpah laknat (mubahalah) walaupun akhirnya mereka tidak menyahut cabaran baginda. Musa berkata demikian pada diskusi 'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah' di Dewan Pembangunan Belia Islam Taman Cemerlang Gombak. Diskusi tersebut dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dihadiri kira-kira 70 orang. Turut dijemput sebagai panel diskusi itu tiga tokoh agama dan ahli akademik iaitu Naib Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Dr Abdul Halim El-Muhammady, pensyarah Prof Dr Ashraf Md Hashim dan wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Mohd Fauzi Zakaria. Siapa beri idea? Mengulas lanjut, Musa yang juga seorang pengamal undang-undang berkata beliau mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab "memberi idea" untuk melakukan sumpah mubahalah dalam beberapa peristiwa sebelum ini. "Siapa yang beri idea buat (sumpah mubahalah) ini... Saya tengok (ia bermula) dalam kes (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan) dahulu. "(Dalam) kes liwat atau zina, tidak ada sumpah (mubahalah). (Sumpah) yang lain adalah (yang) berkaitan dengan kes mal (harta). "Ada banyak jenis sumpah, tetapi semuanya dalam kes mal (harta), (tetapi) bukan kes jenayah (syariah)," katanya sambil membaca jenis-jenis sumpah yang disyariatkan dalam Islam. Mengulas mengenai isu qazaf (melempar tuduhan zina), Musa berkata orang yang dituduh berzina mestilah seorang muhsan iaitu orang yang baik dan bukannya seorang pelacur. Kata lagi, pihak yang membuat tuduhan itu terhadap seseorang dikatakan mempunyai niat jahat sekiranya penuduh itu tidak mengemukakan empat orang saksi. "Maka kita boleh kata dia membuat tuduhan dengan niat jahat," katanya. Menurutnya lagi, mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan memperuntukkan orang menuduh seseorang yang melakukan zina perlu membawa membawa empat orang saksi. Pada 29 April lalu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang tokoh pemimpin pembangkang. Dua lagi anggota iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim turut hadir dalam majlis tersebut. Trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -mk Ulasan GB Yang nyata, yang bertempik sorak dengan SUMPAH MUBAHALAH ini ialah UMNO. Samada di dalam kes Liwat Saiful atau Zina Eskay, pihak yang berlebih-lebihan memberi dan mencari publisiti daripadanya. Lihat gelagat media massa yang dikuasai UMNO samada eletronik (radio & TV) atau bercetak (akhbar & majalah), malah media siber juga melalui blog pencacai UMNO, setiap hari kesemuanya memukul gendang bak pesta besar mengenainya. Dari dulu GB kata, juak UMNO ini golongan jahil dalam agama. Quran tak pernah nak baca, jauh sekali kitab hadith. Kalau ada pula yang tahu maka mereka berdiam diri, membisu seribu bahasa kerana takut kedudukan tergugat. Takut jawatan melayang, takut habuan ditarik balik. Kalau setakat blogger pencacai UMNO, bak kata seorang sahabat, blog mereka sudah dijadikan seperti pintu tandas awam yang diconteng juvana, penuh dengan lukisan lucah dan kata-kata mencarut. Itu tahap blog mereka yang cuba disebarkan pula ke blog-blog PR di ruang-ruang komen dan di kotak-kotak sembang. Ia sebenarnya satu petanda - petanda apa? Petanda kehancuran UMNO itu sendiri. Hanya menunggu masanya. |
| Najib Bakal Jadi Ketua Pembangkang Posted: 06 May 2011 10:00 PM PDT Anwar nasihat Najib: Jangan bongkak, anda akan jadi ketua pembangkangMARANG, 7 Mei — Sehari selepas kenyataan Datuk Seri Najib Razak mahu merampas Selangor dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden Umno itu jangan terlalu yakin untuk menawan balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat. Sebaliknya Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memberi amaran kepada Najib agar tidak mengamalkan "politik rampas" semata-mata untuk memerintah negara. "Rampas-merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini. "Najib jangan bongkak... insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru," katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi. Dalam ucapan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu, Anwar menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13. "Kita akan tambah bilangan kerusi Parlimen, di Terengganu kita tambah tiga atau empat kerusi... Pulau Pinang tambah lagi satu... Perak kita boleh tambah tiga kerusi dan di Selangor kita boleh tambah dua kerusi lagi. "Di Wilayah Persekutuan kita menang 11 kerusi, kalah satu kerusi di (Parlimen) Setiawangsa itu pun sebab undi pos... 14,000 undi pos paling banyak dalam sejarah. "Di Sarawak, melihat kepada keputusan pilihan raya Sarawak yang lalu, kita boleh tambah 10 hingga 11 kerusi lagi," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh. Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya "sudah hampir tiba." Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka. Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS. Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian. "Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas. "Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor. Kata Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenangi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN. "Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita. "Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan," katanya. Bercakap soal Buku Jingga yang dilancarkan Pakatan Rakyat, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti perikatan akan dilaksanakan jika berjaya menawan Putrajaya. "Apa yang kita buat dalam Buku Jingga ini adalah buku program kita yang akan kita laksanakan jika kita berjaya tawan Putrajaya, yang penting kita perlu tawan Putarajaya. "Tawan Putrajaya hari ini, dalam tempoh 24 jam, saya akan buat pengumuman, minyak akan turun... dari Perlis sampai ke Sabah, malah kita akan berikan wang royalti kepada negeri pengeluar minyak sehingga 20 peratus," katanya. Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan. "Jangan main-main, ini bukan janji-janji politik... saya bukan main-main. "Apa yang kita nak buat akan kita lakukan, minyak kita akan turunkan, royalti kita akan pulang dan banyak lagi kita akan lakukan," katanya. Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu. -TMI |
| [Video] Khalid Samad Sokong Tubuh S'jaya Siasat Peguam Negara Posted: 06 May 2011 08:00 PM PDT Sokong Tubuh Suruhanjaya Siasat Gani Dan Musa - Khalid SamadSHAH ALAM 6 MEI : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersetuju dengan cadangan bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Khalid berkata, meskipun Gani Patail disabitkan dengan pelbagai dakwaan yang menjejaskan kreadibilitinya sebagai peguam negara, beliau masih dibenarkan betugas seperti biasa tanpa sebarang siasatan keatasnya. "Saya sokong saranan beliau (Datuk Mat Zain Ibrahim) kerana amat pelik bagaimana peguam negara yang jelas telah terlibat dalam kes itu untuk menutup kebenaran dan fakta berhubung dengan kes itu dan masih boleh bertugas sebagai peguam negara dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan." Semalam, Mat Zain melalui surat terbukanya menyarankan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Gani Patail dan Musa Hassan kerana menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan Malaysia. Mat Zain dipetik sebagai berkata kesalahan keadilan awam, yang didakwa ke atas Gani Patail dan Musa Hassan "adalah terlalu besar untuk dimaafkan." Justeru Khalid ketika dihubungi TV Selangor berkata, penubuhan suruhanjaya ini penting agar kerajaan persekutuan dapat membersihkan imej instituisi ini dimata rakyat. "Penubuhan RCI itu untuk menyiasat kes itu dan latarbelakang kes itu adalah amat perlu sekiranya kerajaan ingin mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pendakwaan di negara." Khalid turut menyifatkan pemilihan jawatan peguam negara tidak boleh diambil sambil lewa dan paling penting individu itu perlu bebas serta tidak terikat dengan mana- mana parti politik yang akan mempengaruhi pendakwaan yang dibuat. "Jawatan peguam negara adalah begitu penting, dan perlu bebas daripada pengaruh politik dan kesetiaan politik yang menebal," katanya. Sekiranya pendakwaraya didapati bersalah seperti mana yang didakwa oleh Datuk Mat Zain, di mana telah berusaha menutup maklumat sebenar yang berlaku, maka dia mesti dipecat dan didakwa," katanya lagi. Sebelum ini Mat Zain mendedahkan Gani Patail berperanan dalam insiden mata lebam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 12 tahun lalu. |
| [Video] Protes Lebih Besar Jika Tuntutan Qazaf Tidak Diindahkan Posted: 06 May 2011 06:45 PM PDT 80 NGO Gesa JAWI Laksana Hukum Qazaf, Tolak FitnahRatusan umat mewakili 80 badan bukan kerajaan berkumpul secara aman di Masjd Negara bagi membantah budaya fitnah yang semakin ghairah disebarkan dan tindakan pihak berkuasa Islam membelakangkan hukum Qazaf terhadap gandingan Datuk T kerana menayangkan video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka kemudian berarak ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menghantar memorandum bantahan terhadap tindakan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mengambil sumpah laknat kononnya Anwar adalah pelaku dalam rakaman itu Jumaat lalu. 80 NGO itu yang bergabung sebagai SAF Anti Fitnah turut menuntut supaya JAWI mengambil mengenakan pertuduhan qazaf terhadap Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video itu pada 21 Mac lalu untuk memaksa Anwar berundur dari politik. Kira-kira seratus anggota polis mengawal ketat perkarangan Masjid Negara dan merampas segala sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan serta melarang mereka daripada menggunakan pembesar suara. Sepanduk itu antara lain berbunyi "Kami tolak politik fitnah" dan "Mahasiswa tolak politik jijik." Selain mengecam penyebaran fitnah, penunjuk perasaan juga meluahkan kemarahan terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menghebahkan fitnah itu termasuk menyiarkan rakaman video seks berkenaan berulang kali. Penyokong-penyokong yang hadir mengoyakkan akhbar Utusan Malaysia di hadapan masjid bagi menandakan Himpunan Amarah Rakyat Malaysia. Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis. Gabungan NGO itu kemudian berarak ke JAWI untuk menuntu supaya badan itu menguatkuasakan Jenayah Syariah Qazaf bagi menangani fitnah tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar. Pengerusi Saf Anti Fitnah Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perbuatan fitnah bukan lagi berkisarkan politik negara semata-mata tetapi melibatkan prinsip agama Islam. Justeru pihaknya bercadang menyampaikan memorandum kepada Raja-Raja Melayu di setiap negeri untuk menzahirkan keresahan rakyat Islam terhadap penyebaran fitnah seks yang semakin berleluasa tanpa penguatkuasaan undang-undang syariah. "Kami akan berterusan berjumpa dengan Majlis Raja-raja Melayu bermula di negeri Kedah," kata Mohd Azmi pada Hari Amarah Rakyat hari ini. Seterusnya SAF memberikan JAWI sebulan untuk mengangkat perundangan Qazaf bagi menangani dakwaan-dakwaan Datuk T. Jika JAWI gagal berbuat demikian, SAF akan meneruskan siri bantahan demi mempertahankan kewibawaan undang-undang syariah di Malaysia. Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah Jawi(Pengurusan), Abdul Murat Abdul Wahab oleh liwa wakil NGO berkenaan. Selain membantah penyebaran fitnah menerusi media kawalan Umno, penunjuk perasaan juga senada dengan beberapa mufti negeri dalam mengutuk tindakan Eskay mengambil sumpah laknat yang bertentangan dengan syariat Islam. Sehingga hari ini, Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali belum menjelaskan kenapa beliau merestui sumpah laknat Eskay itu yang diambil Masjid Amru Al-As Sentul, walaupun ia jelas di luar peruntukan hukum Syariah Islam. -tvsnews
|
| Jururawat Rentung Selepas Selamatkan 3 Anaknya Posted: 06 May 2011 05:40 PM PDT Wanita rentung selepas selamatkan tiga anakKUALA KRAI: Sehari menjelang sambutan Hari Ibu, seorang ibu berkorban nyawa bagi menyelamatkan tiga anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari semalam. Sebelum ditemui rentung, Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anakanaknya bagi disambut jiran. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga anaknya, Rashidah Iliana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6; dan Zaim Iqbal, 2, selamat, bagaimanapun Rafidah terperangkap di dalam rumah dipercayai gagal membuka jeriji pintu. Mayat mangsa yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui dekat pintu utama rumah berkenaan. Namun bagi bapa mangsa, Ismail Husin, 63, yang masih terkejut dengan kejadian itu, jeritan meminta tolong anak sulungnya akan menghantuinya sepanjang hayat."Masih terngiang-ngiang suaranya meminta tolong ketika api marak tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa," katanya sebak. Suami mangsa, Zamri Hamat, 38, tentera di Kem Sri Banding Grik, Perak, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapa mentuanya, kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat. "Bapa mentua minta saya bertenang ketika memberitahu rumah saya terbakar dan isteri terperangkap di dalam rumah," katanya yang tiba di Kuala Krai jam 5.45 petang. Katanya, kejadian itu memberi tamparan hebat baginya sekeluarga terutama anak sulung mereka Rashidah Ilyana yang masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa ibunya. "Anak sulung saya hanya mendiamkan diri bila ditanya kerana benar-benar terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya," katanya. -BH
|
| Datuk T Kecut Kerana Takut Dirotan, Sebab Itu Eskay Buat Penafian Pernah Tuduh Anwar Posted: 06 May 2011 04:15 PM PDT Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Oleh Wira Arjuna"Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: "A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku." Demikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu adalah Anwar Ibrahim. Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan. Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong: "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay. Sebaliknya dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di bahu wartawan. Eskay berkata, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan. "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada para pemberita. Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul. Yang menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan bahasa Melayunya lemah? Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri? Atau, mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu? Namun seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu disiasat. Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah. Paling nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut peraturan agama Islam. Meskipun sebelum itu beliau diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan "kerendahan moral" Anwar, Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim - melakukannya juga. Mungkinkah setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama di negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali seperti yang diwajibkan Allah dalam al-Quran. Mungkinkah Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah? Regu Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh menggantikan ketetapan Allah. Pembuktian tuduhan zina mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib dirotan 80 kali. Adakah Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut "dirotan" oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh perbuatan mereka itu? Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina? Siapa pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum. Umum juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas. Apa yang dinantikan khalayak umum di negara ini hari ini (tidak kira penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah? Atau, adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini? Bagi pemerhati politik, apakah kegagalan Umno melaksanakan perintah Allah ini tidak akan menjejaskan lamarannya kepada PAS untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini? |
| Malaysia Tempat Terbaik Utk Kilang Nadir Bumi - Lynas Perli Kebebalan Menteri Malaysia Posted: 06 May 2011 08:30 AM PDT Malaysia tempat terbaik dunia bina kilang nadir bumi'Dalam video ringkas yang dimuat-naik di laman sosial Facebook, syarikat perlombongan Australia - Lynas menyifatkan pantai timur di Malaysia sebagai "tempat terbaik di dunia" bagi mendirikan pusat pemprosesan nadir bumi. Dalam video sepanjang 26 saat itu, pengerusi eksekutif Lynas Corporation Nicholas Curtis menjelaskan sebab-sebab mengapa pusat berkenaan tidak didirikan di Australia meskipun telah mendapat kelulusan membina pusat penapisan di negara itu. Katanya, mengikut perancangan asal, ia sepatutnya dibina di Australia tetapi "perkara itu tidak menjadi". "Australia bukan, malangnya, kompetitif dalam industri kimia berbanding pantai timur di Malaysia. Ia adalah tempat terbaik di dunia bagi mendirikan pusat berkenaan." Curtis berkata Lynas senang dengan persekitaran perniagaan dan infrastruktur di Malaysia dan "paling utama adalah rakyatnya". Namun, beliau tidak mengulas lanjut perkara berkenaan dalam rakaman itu. Pendedahan bahawa pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng yang terletak kira-kira 25 kilometer dari timur laut Kuantan, Pahang telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar yang bimbang kemungkinan radiasi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka dan juga orang ramai sekitar kawasan perindustrian tersebut. -mk Ulasan GB Lynas Corporation tidak membina kilang nadir bumi di Australia, tetapi memilih Malaysia sewaktu satu dunia menolaknya. Lalu dipujilah Malaysia yang telah bersetuju dengan menyatakan pantai timur di Malaysia sebagai "tempat terbaik di dunia" bagi mendirikan pusat pemprosen nadir bumi. Menteri-menteri yang bebal di negara ini tersenyum lebar dengan pujian itu disokong oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang nampaknya lebih bebal (atau nak membebalkan rakyat Malaysia), ingin terus menggadaikan keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini menjadi pak angguk kepada tokeh nadir bumi tersebut. Bangun rakyat Malaysia! Katakan TIDAK kepada projek yang mempunyai RISIKO BESAR terhadap keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini. |
| [Bergambar & Video] Video Seks - NGO Desak JAWI Kuatkuasakan Qazaf Posted: 06 May 2011 07:30 AM PDT Protes di Masjid Negara: NGO, Pakatan tolak politik lucahGambar: Peserta Himpunan Amarah Rakyat membawa sepanduk tertera "Hentikan Fitnah Jijik" di pekarangan Masjid Negara petang ini. — Foto Choo Choy May (TMI) KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 penyokong Pakatan Rakyat dan 80 dari NGO hari ini mengadakan demonstrasi aman di Masjid Negara di sini menolak politik lucah. Perhimpunan sempena 'Hari Amarah Rakyat' anjuran Gerakan Saf Anti Fitnah (SAF) itu diadakan di perkarangan luar masjid selepas solat Jumaat bagi memprotes kerajaan Umno-BN melindungi trio Datuk T 'menyebarkan klip video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka melaungkan "hidup rakyat", "hancur BN", "hancur fitnah", "hancur TV3″ sebelum bertindak agresif mengoyak, memijak dan duduk atas akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai 'perkakas Umno' kerana menyiarkan berita secara berat sebelah. Kumpulan itu kemudiannya mula bergerak ke bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menyerahkan memorandum bantahan sambil dikawal ketat kira-kira 50 polis yang memastikan keadaan aman dan lancar. Polis pada mulanya menghalang kumpulan berkenaan daripada naik ke pejabat JAWI namun kemudiannya membenarkan 10 orang wakil sahaja menyerahkan memorandum itu. Pengerusi SAF Azmi Abdul Hamid ketika ditemui pemberita berkata pihaknya berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAWI Abdul Murat Abdul Wahab. Memorandum itu mendesak JAWI melaksanakan peruntukan undang-undang Islam terhadap pelanggaran jenayah syariah qazaf dalam kes tuduhan zina terhadap Anwar. Katanya, pihaknya juga akan memanjangkan memorandum ini kepada Majlis Raja-Raja supaya campur tangan dan menghentikan gejala menabur fitnah dan menghina undang-undang Islam berkaitan sumpah laknat. "Kita akan kemukakan dulu kepada Sultan Kedah, kemudian Terengganu dan seterusnya. "Kami memberi tempoh sebulan untuk semua tuntutan ini dilaksanakan. "Jika tidak kemarahan kami akan dilanjutkan dengan perhimpunan yang lebih besar dari apa yang diadakan pada hari ini," katanya. Perhimpunan itu turut didendangkan dengan deklamasi sajak seniman Dinsman "Jangan Mudah Menuduh"yang menyeru rakyat agar jangan mudah percaya dengan politik kotor yang memfitnah pemimpin. Turut hadir dalam perhimpunan itu Naib Ketua AMK Khairul Anwar Ahmad Zainuddin, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) Ahmad Syazwan Hasan dan PAS Wilayah Persekutuan. -FMT
![]() ![]() ![]() |
| Thasleem, Pengerusi Pasukan Bertindak Interlok Juga Kata Ia Bukan Anwar Posted: 06 May 2011 06:24 AM PDT Video seks: Pengerusi Interlok terima CD, dakwa si pelaku bukan AnwarKUALA LUMPUR, 6 Mei — Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang "Datuk T" dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan "Prasan Mit" — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan. "Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali," kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai "tidak Islamik." Thasleem berkata satu lagi kemungkinan ialah beliau selalu membawa pelbagai isu dan dalam kes ini ia melibatkan aktiviti moral. Ketika ditanya mengapa beliau menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis, Thasleem berkata beliau sibuk dan memerlukan masa untuk melihat sendiri video seks. "Ia klip kira-kira 16 minit, saya telah menontonnya untuk meyakinkan saya tentang apa di dalamnya," katanya. Tambah beliau pada klip ada tulisan Thailand dengan angka 2011 dari awal hingga akhir. "Pada pandangan saya, wajah wanita itu sangat jelas, yang seorang macam Datuk Eskay... dan orang ketiga, ramai yang mengatakan sebagai Anwar tetapi saya pasti bahawa dia bukan Anwar," katanya lagi. Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada tiga "Datuk T" awalnya mendedahkan video seks itu pada 21 Mac lalu. "Mana-mana warganegara seharusnya telah melakukan yang ini, pergi kepada polis dan menyerahkannya. "Saya biarkan pihak berkuasa memutuskan apa yang perlu dilakukan," katanya lagi. Awal minggu ini, Ahli Parlimen PKR dari kawasan Kapar juga mendedahkan ada menerima VCD daripada pihak tidak dikenali dari Thailand. -TMI Ulasan GB Semakin luas disebarkan semakin ramai tampil menyatakan "ia bukan Anwar". Nampaknya ketara kebenaran semakin terserlah. Semakin sakit jiwa orang-orang UMNO dan para blogger pencacai kerana tembelang video seks sudah pecah dan tidak laku. Yang penting sekarang, siapa menyebarkannya? Ada orang Malaysia yang dihantar ke Thailand untuk mengeposkannya dari Thailand. Dan Uthaya berkata hanya pihak polis yang benar-benar tahu alamatnya yang sebenar. Rumusannya? Anda tahu! |
| Tarikh Pilihanraya Bergantung Kepada Tahyul "11" Najib? Posted: 06 May 2011 05:20 AM PDT Angka 11 tarikh PRU 13 pilihan Najib?KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11. Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November tahun ini (11.11.11). Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini. Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya "untuk mengisi masa terluang". "Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya. Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat. "Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan. "Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," kata Perdana Menteri. Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu…Wallahhualam". Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya. Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya. Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11. - Bernama |
| [Video] Kenyataan Eskay Berubah Buktikan Beliau Pendusta Besar - MP Kuala Langat Posted: 06 May 2011 02:30 AM PDT Kenyataan 'Flip- flop' Eskay DipersoalKenyataan berubah- ubah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam fitnah video seks, dilihat cenderung kepada ciri- ciri orang munafik dan tidak amanah. Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata watak rakyat seperti Eskay ini bukan sahaja mencerminkan kerugian besar kepada negara bahkan ia mampu mengguggat keamanan negara. "Selepas beliau membuat sumpah laknat itu, beberapa hari selepas itu pengakuannya berbeza, ini menunjukan beliau tidak amanah, jujur dan pembohong besar malah ciri-ciri munafik sudah pun ada pada sikapnya, inikah orang yang kita boleh angkat sebagai orang yang boleh dipercayai?, "Amat malang negara kita kerana mempunyai seorang pembohong besar seperti beliau," tegas Abdullah. Beliau berkata demimkian ketika ditemui Tv Selangor di Ibu Pejabat Tv Selangor. Kelmarin, Eskay menafikan beliau menuduh Anwar berzina... pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini. Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar. Semalam, turut menyaksikan Trio Datuk T itu gagal menjawab apakah jam omega yang diserahkan kepada polis, terakam dalam video seks yang didedahkan pada 21 Mac lalu. Mengulas persoalan ini, Abdullah Sani menjelaskan kegagalan Eskay dalam berhubung kewujudan Jam omega dalam klip video itu, sekali lagi membuktikan beliau seorang munafik dengan pelbagai persoalan yang tidak terjawab. "Ini satu isu yang rapuh dan tidak kukuh dijadikan bukti, malah saya sifatkan ia sebagai resipi menyedapkan rasa tetapi tidak mampu diangkat sebagai bahan bukti penting, jadi isu jam omega sebanarnya bukannya isu," katanya. -tvsnews |
| Rogol Anak Tiri: Bomoh Dakwa Alat Sulitnya Tak Berfungsi Bersama Isteri Posted: 06 May 2011 01:24 AM PDT Bomoh dipenjara 15 tahunIPOH: Seorang bomoh berusia 71 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol anak tirinya, tahun lalu. Hamzah Abd Ghani, 71, berasal dari Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah, dekat sini, diperintah menjalani hukuman itu berkuat kuasa tarikh ditahan pada 13 Februari 2010. Hakim Noorhayati Mat bagaimanapun mengecualikan tertuduh yang juga seorang penoreh getah daripada hukuman sebat kerana faktor usia. Noorhayati berkata, keputusan mensabitkan tertuduh terhadap dakwaan itu dibuat selepas mahkamah berpuas hati dengan hujah pihak pendakwaan dan pembelaan. Ketika keputusan dibacakan, Hamzah yang memakai kemeja lengan pendek dan berseluar sukan serba putih serta berselipar, langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi sedih, sebaliknya kelihatan lebih banyak bermenung ketika diminta berdiri dalam kandang tertuduh. Hamzah didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 24 tahun di sebuah rumah beralamat No 8, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Kampung Changkat Tin, Batu Gajah, kira-kira jam 1 pagi pada 2 Februari 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan. -BH
|
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















Tiada ulasan:
Catat Ulasan