Blog-list Malaysia |
- Cukai tanah UUM: UMNO Kedah hantar surat rayuan
- Turun Pangkat Kerana Terlalu Jujur Dan Amanah
- Ada Yang Sakit Hati Dengan Chegu Bard
- “Bila saya datang, ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno,”
- Siapa Yang Bongkak.. Najib Atau Anwar ?
- Najib Jangan Cabar Kami
- Kabinet bayangan: PKR lapar kuasa
- Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan?
- Jangan Guna Taktik Kotor Rampas Selangor
| Cukai tanah UUM: UMNO Kedah hantar surat rayuan Posted: 07 May 2011 01:14 AM PDT UMNO Kedah akan menghantar surat rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk meminta kerajaan negeri meneruskan pemberian rebat cukai tanah kepada Universiti Utara Malaysia (UUM). Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Kedah, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, berkata tindakan itu adalah untuk membantu UUM mendapatkan kembali rebat cukai tanah yang diberikan kerajaan negeri sebelum ini, sekali gus mengekalkan caj yang dikenakan terhadap UUM sebelum ini. "Kami akan menghantar surat rayuan kepada Datuk Seri Azizan sama ada esok atau Isnin supaya meluluskan permohonan rebat cukai tanah daripada UUM bagi meringankan beban UUM daripada membayar pada kadar yang tinggi sebanyak RM1.7 juta," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Sri Zaleha, NAZA, di sini hari ini. Majlis itu disempurnakan Setiausaha UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz. Seramai 486 pelajar cemerlang yang mendapat A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan SPM tahun lalu dari seluruh negeri menerima wang tunai RM200 dan sijil. Rabu lalu, Azizan berkata Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri menolak permohonan UUM untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu dan justeru pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan. Sementara itu, Othman berkata kerajaan negeri seharusnya menyokong kewujudan dan kepentingan UUM terhadap pembangunan ekonomi di negeri ini. - BERNAMA ![]() |
| Turun Pangkat Kerana Terlalu Jujur Dan Amanah Posted: 07 May 2011 12:45 AM PDT Meskipun mendapat bantahan, Ketua Pengarah Kerja Raya, Prof Ir Dr Judin Abd Karim (gambar) tetap ditukar, mulai 1 Mei depan ke jawatan barunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan), iaitu satu jawatan yang lebih rendah, yang meletakkannya seolah-olah diturun pangkat. Kes Judin ini cukup mengejutkan kerana inilah kali pertama dalam sejarah Jabatan Kerja Raya, ketua pengarahnya, yang dikenali ramai sebagai berintegriti tinggi, ditukarkan ke agensi lain. Ramai warga JKR kecewa dengan langkah drastik itu. Rata-rata mereka beranggapan ia satu tindakan bermotif politik bagi memencilkan seorang pegawai awam berpersonaliti mulia, yang dilihat sepanjang kerjaya terakhirnya di JKR boleh menyusahkan pihak yang "tamak dan rakus". Namun begitu, Judin pasrah. Mulai minggu lalu, beliau telah mengadakan lawatan perpisahan ke semua cawangan JKR di seluruh negara. Desas-desus menyebut pertukaran Judin dikaitkan dengan projek kontroversi, pembinaan Istana Negara yang baru, selain ketegasan Judin berdepan karenah kontraktor kroni yang hanya mahu mengaut keuntungan sebanyak mungkin daripada dana awam. Projek ini diberikan secara runding terus (reka dan bina) kepada Maya Maju (M) Sdn Bhd, dengan cadangan kos oleh kontraktor kepada kerajaan sebanyak RM1.1 bilion. Hanya selepas kos berkenaan didedahkan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar di Dewan Rakyat dan turut dibangkitkan Harakah, baharulah perkara ini disemak dan dirunding semula dengan kontraktor. Akhirnya, projek ini telah dianugerahkan dengan kos RM650 juta. Cadangan pembinaan di peringkat awal di bawah kos RM400 juta. Bagaimanapun, kos projek Istana Negara kini telah meningkat hampir RM900 juta dengan pelbagai kerja tambahan (VO) dan skop tambahan yang dikatakan tiada dalam skop asal atau telah dikeluarkan semasa di peringkat awal. Semua maklum dan bukanlah menjadi rahsia mengenai stail Maya Maju (dikatakan ala-samseng) apabila berkomunikasi dengan pegawai-pegawai kanan JKR yang terlibat dengan projek Istana Negara. Kontraktor berkenaan dikaitkan dengan "orang kuat" Umno Kedah. Ketika diberikan tender projek istana pada Oktober 2007, syarikat tersebut disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat. Menurut sumber, bukanlah mudah untuk Judin memastikan projek Istana Negara disiapkan mengikut jadual. Beliau dikatakan telah mengadakan mesyuarat koordinasi projek hampir setiap minggu di tapak istana dengan mewajibkan semua pengarah kanan hadir. Usaha beliau membuahkan hasil. Istana dijangka disiapkan pada pertengahan tahun ini. Inilah pendekatan yang pertama kali dibuat seorang Ketua Pengarah Kerja Raya dalam melaksanakan projek berprofil tinggi seperti ini. Kontraktor dikatakan tidak menghormati JKR dan cuba melibatkan raja (Raja Perlis sebagai wakil Majlis Raja-Raja Melayu) dalam membuat keputusan meletakkan Judin dalam keadaan yang sukar. Bagaimanapun beliau menghadapinya dengan tenang demi memastikan projek berjalan lancar. Memang sensitif menangani isu berkaitan pihak istana, apatah lagi apabila ada pihak tertentu yang memperalatkan nama raja untuk kepentingan mereka. Misalnya, apabila Lim Kit Siang mula membangkitkan hal berkaitan projek ini, timbul dakwaan bahawa beliau telah "menderhaka" kepada istana. Malah, saya dapat menjangkakan, selepas Harakah dilihat mempertahankan Judin, tentunya beliau akan dilabelkan sebagai propembangkang atau penyokong Pakatan Rakyat. Ia hanya bagi mengalihkan isu sebenar daripada dibincangkan. Tuduhan liar terhadapnya sudahpun tersebar dalam blog-blog Umno. Walhal isunya jelas: Umno akan bermusuh dengan pegawai awam yang baik dan berwibawa sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak politik dan nafsu serakah mereka bagi membolot kekayaan berlipat ganda dengan cara mudah. Umno selama ini memang bergantung dengan dana awam melalui komisyen (terutama melalui projek rundingan terus apabila nilai kos dapat dinaikkan dengan mudah) bagi memenuhi tabung politik mereka, seterusnya "membeli undi" semasa pilihan raya. Judin bukan pegawai kerajaan pertama dan terakhir yang menjadi mangsa. Mungkin ramai lagi yang bersedia mengikuti telunjuk elit penguasa dan meraikan apa jua kehendak orang-orang politik di sekeliling, namun Judin akan dikenang sebagai kakitangan awam yang berusaha mempertahankan integriti sehingga terpelanting jawatan strategiknya. -HD ![]() |
| Ada Yang Sakit Hati Dengan Chegu Bard Posted: 07 May 2011 12:34 AM PDT Memang ada pihak PKR tak senangi saya, akui Chegubard Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin, yang disebut-sebut akan keluar parti itu berkata, beliau masih ahli seumur PKR tetapi secara terbuka mengakui "memang tidak disenangi beberapa pemuka" dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. Meskipun mengakui beliau ahli seumur hidup PKR, beliau yang turut dikenali sebagai "Chegubard" tidak menjawab sama ada akan keluar PKR untuk menyertai komponen PR iaitu PAS atau DAP. "Chegubard masih ketua cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. Sejak menjadi ahli Keadilan 1999 saya tidak pernah memperlahankan gerak kerja saya," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Malah tegas Badrul Hisham (gambar), ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepadanya dan mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika meninggalkan PKR. Katanya, mereka yang pro-BN sudah tentu kecewa dan "saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita Chegubard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR." The Malaysian Insider dalam laporan semalam menyebut Badrul Hisham yang hujung tahun lalu tewas pemilihan jawatan ketua Angkatan Muda PKR disebut-sebut kemungkinan akan keluar PKR, dan jikapun keluar akan menyertai DAP atau PAS. Pemimpin-pemimpin sayap muda DAP dan PAS pula menjelaskan mereka tidak tahu-menahu mengenai desas-desus itu. Pengerusi Pemuda DAP pusat Anthony Loke ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan belum ada sebarang perbincangan mengenai isu itu. "Belum ada permohonan atau perbincangan. Saya tidak boleh komen selagi tiada pengumuman daripada Chegubard sendiri. Dan jika ada, perkara ini akan dibincangkan di peringkat pemimpin kanan Pakatan, perlu dibincangkan bersama," kata beliau ketika dihubungi tengah hari ini, sebelum Chegubard mengeluarkan kenyataannya. Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kayat juga memberitahu, perkara tersebut perlu dibincangkan bersama dan menerima 'lampu hijau' PKR jika benar Badrul Hisham mahu menyertai PAS atau DAP. "Kita ada konsensus bahawa komponen Pakatan Rakyat tidak boleh menerima ahli yang keluar parti komponen... kita kena menjaga keharmonian dalam Pakatan," katanya."Bagaimanapun jika hendak terima (Chegubard atau mana-mana ahli PKR), perlu ada persetujuan PKR, dalam kes ini, jika Chegubard mahu masuk PAS," katanya lagi. Justeru kata beliau, setakat Dewan Pemuda PAS belum ada sebarang perbincangan mengenainya. "Kalau peringkat atas (pusat) saya tidak pasti," kata Suhaizan. Dalam penjelasannya hari ini, Badrul Hisham menambah, ketika ramai meninggalkan parti semasa tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih satu dekad lalu, "saya melihat suasana kosong yang mendesak, maka saya telah melangkah sepenuh masa bersama perjuangan ini." "Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat?" kata beliau lagi. Badrul Hisham juga berkata, beliau tidak menafikan beliau berdepan dengan pelbagai masalah pascapemilihan selepas mendesak keadilan dan ketelusan. "Tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan diselesaikan dengan langsung saya tak dipanggil menghadap mana-mana jawatankuasa," katanya. Namun katanya, beliau tetap bersabar kerana ada agenda besar menumbangkan BN dan mendesak perubahan dalam negara. Badrul Hisham juga berkata, pergerakannya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki, termasuk program Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berbentuk karnival yang diadakan Febuari lalu mahu dibatal oleh sesetengah pihak dalam PKR dengan menemui Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan "kami tak dibantu atau dibatal lesen." "Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. "Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PKR sebagai NGO mendekati anak muda," katanya yang juga pengerusi SAMM. Kata Badrul, jika beliau mahukan jawatan banyak cara yang boleh digunakan untuk memperolehinya, malah "saya pernah menolak tawaran pun." Badrul Hisham menolak pelantikannya sebagai penolong setiausaha agung selepas tewas pemilihan pusat tahun lalu. "Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu," katanya lagi. ![]() |
| “Bila saya datang, ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno,” Posted: 06 May 2011 09:25 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri jelajahnya dengan malam tadi menuduh Umno "memperbodohkan" rakyat negara ini terutamanya orang Melayu melalui "pembohongan" semata-mata untuk berkuasa. Berucap pada ceramah perdana isu-isu semasa di sini malam tadi, beliau berkata, Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak kini berada dalam keadaan semakin terdesak terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. Anwar meramalkan pilihan raya umum ke-13 tahun ini, sebelum bulan Ramadan. "Bila saya datang, orang tengok muka saya... ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno," katanya secara berseloroh. Seterusnya Ketua Pembangkang itu bertanya, mengapa apa pimpinan Umno cemas. "... sebab apa Najib tuduh saya macam itu? Ini budaya apa? Budaya Melayu? Budaya Cina? Budaya India? Budaya apa ini?... budaya Najib. "Sebab apa dia serang (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Sebab apa serang (Datuk Seri) (Abdul) Hadi (Awang)? Sebab apa mereka serang saya? Ini sebab mereka berasa cemas," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini. Tegas Anwar (gambar), rakyat terutamanya orang Melayu "diperbodohkan" dengan tindakan Umno yang mempergunakan media bagi mengelakkan segala kelemahan mereka terbongkar. "Kenapa saya kata rakyat diperbodohkan? Media kita dikongkong, adakah rakyat tahu masalah ekonomi negara? Tidak... adakah rakyat tahu masalah-masalah yang dihadapi negara? Sudah tentu tidak. "Sebab itu, saya kata rakyat perlu buat perubahan, orang muda kena ikut trend... orang muda kena berfikiran terbuka... berfikiran bebas untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim, rasuah dan mengawal semuanya," katanya. Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR itu, sekiranya Umno masih berkuasa segala masalah atau penyalahgunaan kuasa yang berlaku tidak akan diketahui rakyat termasuk kes jenayah dan rasuah. "Kalau sokong Umno, kes bunuh... kes rasuah... kes rogol, semua akan tutup kes. "Tapi kalau kita tidak bersetuju dan tentang mereka, yang tidak ada akan mereka adakan (ciptakan)... jangan bagi maklumat kepada rakyat, Umno anggap rakyat bodoh," katanya. - dppwm ![]() |
| Siapa Yang Bongkak.. Najib Atau Anwar ? Posted: 06 May 2011 08:57 PM PDT Anwar nasihat Najib: Jangan bongkak, anda akan jadi ketua pembangkang Anwar Ibrahim meningatkan Najib Razak tidak bermimpi untuk merampas Selangor ketika menyampaikan ceramah di Marang, Terengganu malam tadi. MARANG, 7 Mei — Sehari selepas kenyataan Datuk Seri Najib Razak mahu merampas Selangor dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden Umno itu jangan terlalu yakin untuk menawan balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat. Sebaliknya Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memberi amaran kepada Najib agar tidak mengamalkan "politik rampas" semata-mata untuk memerintah negara. "Rampas-merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini. "Najib jangan bongkak... insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru," katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi. Dalam ucapan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu, Anwar menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13. "Kita akan tambah bilangan kerusi Parlimen, di Terengganu kita tambah tiga atau empat kerusi... Pulau Pinang tambah lagi satu... Perak kita boleh tambah tiga kerusi dan di Selangor kita boleh tambah dua kerusi lagi. "Di Wilayah Persekutuan kita menang 11 kerusi, kalah satu kerusi di (Parlimen) Setiawangsa itu pun sebab undi pos... 14,000 undi pos paling banyak dalam sejarah. "Di Sarawak, melihat kepada keputusan pilihan raya Sarawak yang lalu, kita boleh tambah 10 hingga 11 kerusi lagi," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh. Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya "sudah hampir tiba." Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka. Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS. Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian. "Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas. "Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor. Kata Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenangi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN. "Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita. "Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan," katanya. Bercakap soal Buku Jingga yang dilancarkan Pakatan Rakyat, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti perikatan akan dilaksanakan jika berjaya menawan Putrajaya. "Apa yang kita buat dalam Buku Jingga ini adalah buku program kita yang akan kita laksanakan jika kita berjaya tawan Putrajaya, yang penting kita perlu tawan Putarajaya. "Tawan Putrajaya hari ini, dalam tempoh 24 jam, saya akan buat pengumuman, minyak akan turun... dari Perlis sampai ke Sabah, malah kita akan berikan wang royalti kepada negeri pengeluar minyak sehingga 20 peratus," katanya. Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan. "Jangan main-main, ini bukan janji-janji politik... saya bukan main-main. "Apa yang kita nak buat akan kita lakukan, minyak kita akan turunkan, royalti kita akan pulang dan banyak lagi kita akan lakukan," katanya. Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu. ![]() |
| Posted: 06 May 2011 06:34 AM PDT "Sekali lagi, saya ingatkan Najib, jangan pernah cabar kami, Keadilan dan Pakatan Rakyat Selangor. "Kami telah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa. Jentera telah kami susunkan, barisan pertahanan telah kami ampuhkan demi terus mempertahankan Selangor, dari kezaliman dan penindasan Umno walau apa cara sekalipun," tegas Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin (gambar). Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan' di Shah Alam malam semalam. "Saya ingin mengingatkan Najib agar jangan pernah berani cabar kami. Jangan jadi penderhaka kepada rakyat Selangor," katanya yang juga Ketua Wanita PKR. Tambahnya, melalui ucapan itu, jelas membuktikan bahawa Najib kini sudah terlalu desperado (terdesak) dan sudah gila kepingin mahu memerintah Selangor. Malah, katanya secara terang-terangan telah menunjukkan bahawa beliau akan bermain cara kotor demi merampas Selangor. "Saya yakin beliau akan menggunakan cara yang lebih teruk berbanding di Perak. "Saya mahu mengingatkan Najib, Kerajaan Selangor yang dipilih adalah berdasarkan atas mandat pilihanraya yang adil dan bersih," ujarnya yang juga ahli Parlimen Ampang. Maka, katanya niat Najib mahu merampas dengan cara kotor adalah suatu penghinaan dan penderhakaan kepada autonomi rakyat Selangor. "Jika benar-benar Najib, yang juga selaku Perdana Menteri mahu merampas Selangor, dan seorang pemimpin yang berani berhadapan dengan rakyat, saya mencabar beliau untuk bersedia berdebat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen saya, yakni di Ampang dan saya sendiri sedia menjadi penganjur utamanya," katanya. - hrkh ![]() |
| Kabinet bayangan: PKR lapar kuasa Posted: 06 May 2011 03:26 AM PDT Perbalahan Pakatan Rakyat di Sarawak semakin parah apabila DAP hari melabelkan PKR sebagai "lapar kuasa" kerana menolak kabinet bayangan yang ditubuhkan pada 1 Mei lalu pada mesyuarat majlis gabungan itu. "Biro politik (kebangsaan) PKR (pada 4 Mei lalu) menimbulkan bantahan terhadap senarai kabinet bayangan atas dasar portfolio yang serahkan kepada mereka adalah kurang penting. "Tidak ada asas bagi bantahan itu," kata pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng (kiri). "Oleh kerana ia hanya kabinet bayangan, maka tidak ada portfolio yang kanan ataupun kurang penting atau lebih penting. "Ini hanya membuktikan bahawa seseorang dalam biro politik PKR adalah lapar kuasa tanpa (memahami) maksud atau fungsi sebenar kabinet bayangan...," kata Wong dalam satu kenyataan hari ini. Memandangkan perkembangan ini, katanya lebih baik bagi PKR Sarawak diberikan beberapa bentuk kuasa autonomi daripada kepemimpinan pusat mereka. Biro politik PKR itu, kata Wong membuat keputusan tanpa mengetahui "fakta sepenuhnya" mengenai apa yang berlaku pada mesyuarat 1 Mei di Kuching lalu. Sambil menafikan kenyataan daripada ketua PKR Sarawak Baru Bian (kanan) semalam yang mendakwa "tidak ada perbincangan dan rundingan" sebelum senarai berkenaan diumumkan selepas mesyuarat 1 Mei, Wong berkata Baru dengan jelas menghantar tiga perwakilan ke mesyuarat berkenaan. "Dalam SMS kepada saya, Baru berkata beliau terlupa mengenai mesyuarat itu. Justeru, beliau menghantar naib presiden kebangsaan PKR, anggota jawatankuasa negeri PKR Ibi Uding dan (pembantu baru) Vernon Kedit untuk menghadirinya. "Wakil PKR membincangkan senarai kabinet bayangan itu dan membuat beberapa pindaan sebelum ia diumumkan pada sidang (akhbar) bersama," kata Wong. ![]() |
| Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Posted: 06 May 2011 02:17 AM PDT "A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku." Demikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu adalah Anwar Ibrahim.Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan. Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong: "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay. Seterusnya di sini ![]() |
| Jangan Guna Taktik Kotor Rampas Selangor Posted: 06 May 2011 01:57 AM PDT Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Datuk Teng Chang Khim mengalu-alukan Perdana Menteri Malaysia menggesa Umno Selangor supaya bekerja keras merampas semula negeri ini dari tangan Pakatan Rakyat. Teng bagaimanapun mengingatkan Perdana Menteri itu bahawa beliau boleh menggunakan apa jua 'senjata' atau cara yang di mahukan, namun ia haruslah dilakukan dengan cara yang betul dan bukannya menggunakan politik wang ketika rampasan kuasa di Perak dua tahun lalu. "Setiap parti memang berhak untuk bertanding bagi mendapatkan kuasa tapi saya berharap pihak Barisan Nasional menggunakan cara yang mengikut peraturan, undang-undang, cara yang bersih, jangan menggunakan cara yang kotor dengan menfitnah dan tidak menggunakan cara yang tidak direstui agama bagi mencapai matlamat tersebut,"katanya. Menurut Teng, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kekhuatiran tidak perlu wujud ketika menjelang pilihan raya kerana kuasa adalah di tangan rakyat. Justeru, beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertindak zalim terhadap rakyat sedangkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mendapat sambutan baik dari masyarakat di negeri ini. Ia ujar Teng hanyalah strategi terdesak Umno-BN untuk meraih kembali sokongan rakyat kepada parti itu. "Kita mengakui kalau ada kelemahan, tidak ada manusia dan sistem yang sempurna tapi kalau kita membandingkan program dan juga dasar yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, sudah jelas ketara perbezaannya di mana program Pakatan Rakyat memang meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan,"tambah Teng. Jelas beliau contoh paling ketara yang dilakukan kerajaan negeri adalah dengan memberi air percuma, di mana Pakatan Rakyat mampu melakukannya pada tahun pertama memerintah sedangkan Barisan Nasional yang memerintah selama 50 tahun namun tidak membantu meringankan beban rakyat. Malah katanya lagi baru-baru ini kerajaan negeri telah menubuhkan Kumpulan Wang Tabung Warisan Bencana Alam sebagai langkah menghadapi bencana yang tidak pernah difikirkan Umno-BN sebelum ini. Najib malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional dapat merampas kembali negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 yang disifatkannya "sudah hampir tiba." Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka. "Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lalu). "Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya. ![]() |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Demikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu adalah Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan