Khamis, 5 Mei 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


VIDEO SEKS - SAYA TIDAK TUDUH ANWAR, KATA ESKAY? PUTARAN 360 DARJAH

Posted: 04 May 2011 11:04 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini di Malaysiakini, Eskay membuat kenyataan mengelirukan lagi. Eskay berkata, " Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay (Malaysiakini).

Mula-mula dulu dia kata dia terjumpa kamera tersembunyi, dia buka dan terperanjat melihat Anwar melakukan adegan itu. Beliau menjemput beberapa rakannya untuk menonton untuk mengesahkan adakah itu Anwar. Kemudiannya, dijemput beberapa wartawan dan editor akhbar menonton video hitam putih tersebut di Seri Carcosa. Ertinya, beliau mungkin tidak tahu itu adalah Anwar jika tidak menjumpai kamera tersembunyi tersebut.

Kemudian terbaru, beliau di dalam sumpahnya mengaku Anwar yang terlibat di dalam aksi tersebut kerana beliau bersama Anwar ketika kejadian. Pulak dah. Dan, hari ini seperti yang dilaporkan Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak menuduh Anwar tetapi wartawan-wartawan yang telah menontonnya membuat penilaian. Tidak disebut pula oleh Eskay, apakah penilaian wartawan itu semua? Adakah kita mendengar mana-mana wartawan yang mengesahkan lelaki itu adalah Anwar? Yang ada kita dengar, beberapa orang yang menontonnya menafikan dan tidak percaya itu adalah Anwar.

Cukuplah Eskay, banyak keterangannya yang berputar 360 darjah. Mungkin Zul Kulim yang percaya 110 % cerita putaran 360 darjah ini. Diberitakan beliau dipanggil Polis untuk siasat tentang kejadian sumpah laknat di dalam masjid. Bagaimana dengan kes menayangkan video lucah? Jangan dilupakan sudahlah./wfauzdin.blogspot.com

APA MASALAH NI, ESKAY? DIMAKAN SUMPAH KE?

Posted: 04 May 2011 07:03 AM PDT

Eskay nafi tuduh Anwar lakukan seks

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan. Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar. "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu. Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu. Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional./KeadilanDaily

Tiada ulasan: