Kelab Greenboc |
- PAS Tidak Angkuh, Tetapi UMNO Terlalu Zalim, Dulu Kini Dan Selamanya
- Isteri Dikelar Suami Ditikam Di Bilik Tidur
- Eskay Kalah Tuntut RM20 Juta Komisyen Jambatan Bengkok
- Amerika Selewengkan Banyak Fakta Mengenai Pembunuhan Osama
- Janda Ditikam Tunang Bertubi-tubi
- Eskay Cuba Tepis Laknat Allah Kepada Wartawan
- Mahathir: Bunuh Osama Tak Bertamadun, Najib & Hishamuddin Sokong Tindakan AS
- SAH Bukan Anwar: Eskay Dah Tak Mengaku Tuduh Anwar, Tuding Wartawan
- [Bergambar] Tragedi Ulu Bendul: Dua Mayat Kanak-kanak Ditemui
- P.Pinang Naikkan Elaun Bilal, Siak 80 Peratus
- MCA Jelas Menentang Islam - S/U Akhbar Nik Aziz
- UMNO Sebuah Parti Perkauman - Nizar
PAS Tidak Angkuh, Tetapi UMNO Terlalu Zalim, Dulu Kini Dan Selamanya Posted: 05 May 2011 01:00 AM PDT Siapa Pengkhianat Islam? Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi 1. Mereka yang menghalang penyatuan UMNO dan PAS digelar pengkhianat Islam oleh Mufti Perlis. Sekilas pandang, siapa jua yang menghalang usaha penyatuan adalah pengkhianat. Justeru penyatuan secara asasnya adalah suci malah dituntut. Tiada siapa yang mahu berpecah dan berpisah tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh. Tetapi apabila bercakap soal penyatuan antara PAS dan UMNO, saya sarankan sohibus samahah Mufti Perlis mengkaji terlebih dahulu secara mendalam dan teliti. 2. Antara PAS dan UMNO jangan hanya dilihat pada bangsa dan warna kulit semata - mata lalu disogok agenda penyatuan bangsa melayu. Sebaliknya perlu dilihat bagaimana pula sikap kedua - dua parti melayu itu [PAS dan UMNO] terhadap Islam. Sikap terhadap Islam dan bagaimana mereka menanggapi Islam adalah kayu ukur yang paling penting untuk bercakap soal penyatuan antara kedua parti ini. 3. Sungguhpun Islam menggalakkan malah menyuruh supaya ummatnya bersatu padu, namun Islam meletakkan syarat serta garis panduan yang jelas bagaimana penyatuan itu wajar dilakukan atau sebaliknya. Antaranya Firman Allah yang bermaksud : Wahai orang - orang yang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar - benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan kamu tunduk menyerah diri kepada Allah swt. dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah dan jangan sekali - kali kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika dulunya kamu saling bermusuhan maka Allah telah menyatukan hati - hati kamu, lalu dengan nikmat Allah itu kamu bersaudara sedang kamu telah berada di jurang api neraka, lantas Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah dijelaskan oleh Allah kepada kamu ayat - ayatNya, mudah - mudahan kamu beroleh petunjuk. Surah Aali Imran 103 4. Ayat di atas jelas meletakkan syarat utama untuk tidak berpecah belah ialah berpegang teguh dengan Tali Allah iaitu Al Quran atau Al Islam bukan bangsa atau warna kulit jauh sekali harta benda, pengaruh dan pangkat. Lantaran penyatuan manusia adalah melibatkan penyatuan hati dan hati tidak boleh dijinakkan dengan harta benda dunia. Firman Allah swt yang bermaksud : Dialah [Allah] yang telah menyatukan antara hati - hati mereka. sekiranya engkau membelanjakan keseluruhan apa yang ada di atas muka bumi ini, nescaya engkau tidak boleh menyatukan hati - hati mereka akan tetapi Allah swt telah menyatukan antara mereka sesungguhnya Ia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Surah al Anfaal 63 5. Islam adalah asas penyatuan. Tanpa Islam bagaimana mungkin penyatuan itu boleh direalisasikan. Sementara kebajikan dan taqwa pula menjadi objektif utama kepada penyatuan yang dianjurkan oleh syariah. Firman Allah swt yang bermaksud : dan bertolong bantulah kamu dalam perkara yang membawa kepada kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara yang mengundang dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah swt sesungguhnya balasan Allah sangat dahsyat. Surah al Maaidah 2 6. Ayat di atas pula bukan sahaja menyuruh kita bertolong bantu, bekerja sama dan bersatu padu untuk melakukan amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah [ dengan melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah swt dan meninggalkan apa jua yang telah dilarang oleh Allah swt.] tetapi nas di atas juga melarang sebarang kerjasama dan penyatuan yang menumbuhkan bibit dosa serta menyuburkan permusuhan sesama ummat manusia. 7. Penyatuan antara PAS dan UMNO mesti disokong malah wajib diusahakan jika ianya berteraskan Islam dan berobjektifkan taqwa kepada Allah swt. Pengusahanya dijulang dan penyokongnya dialu - alukan. Sementara penentangnya adalah jahat dan pengkhianat. 8. Sebaliknya penyatuan antara PAS dan UMNO tidak boleh dilaksanakan jika ianya tidak diasaskan kepada Islam dan pula berobjektifkan dosa kepada Allah swt. Pengusahanya dilarang dan penyokongnya pula sia - sia. Sementara penentangnya pula adalah hebat dan berwibawa. 9. Bahkan kerjasama yang disertai PAS bersama Pakatan Rakyat adalah kerana Islam dan ianya dilandaskan di atas konsep Tahaaluf Siasi [kerjasama politik] untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional guna menamatkan siri penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kezaliman, penindasan yang dilakukan oleh Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun yang lalu. 10. Tanpa perlu membuang masa lagi, saya mengundang UMNO meninggalkan Barisan Nasional dan meninggalkan segala perbuatan mungkar demi masa depan agama, rakyat dan negara. Ayuh kita bersatu dan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk membina masa depan dan peradaban baru yang lebih dinamis, jauh dari pengaruh mungkar yang dimurkai oleh Allah swt. Pengusaha yang gigih untuk menamatkan siri keangkuhan kuasa dan sombong dengan dosa yang dilakukan oleh mereka adalah pejuang sementara Penentang usaha inilah pengkhianat Islam !
Ulasan GB Orang yang melihat PAS dari luar cepat untuk menyatakan PAS angkuh, sedangkan penderitaan yang dilalui PAS sekian lama hasil dari kezaliman UMNO yang mengaku Islam tidak pernahkah diambilkira. Banyak kezaliman UMNO yang jika ingin didedahkan disini, maka ruangan blog GB ini tidak mempunyai ruang cukup untuknya, namun kenyataan Ahli Parlimen Jerai boleh menjawab tuduhan Mufti Perlis tersebut: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan tindakan Umno yang mempelawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan duduk bersama dengan BN sebagai tindakan tersepit dan terdesak. Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar berkata, Umno kini ibarat 'orang hampir lemas yang cuba berpaut pada apa sahaja' sedangkan mereka selama ini yang memburukkan PAS di mata masyarakat dengan pelbagai tuduhan hodoh dan menghinakan. Selama ini, katanya mereka sombong dengan menganggap mereka sahaja parti terbaik untuk kaum Melayu dan PAS adalah sebuah parti yang sesat serta tidak mempunyai masa depan. Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, perlu dingat bahawa selama puluhan tahun Umno hidup dengan membuli dan mengganyang musuh politik mereka. Menurutnya, PAS dan lain-lain parti pembangkang tidak pernah diberikan hak dalam pentas demokrasi yang sebenar. Bahkan, ujarnya hampir setiap hari media massa milik mereka memburukkan pemimpin PAS dan PR. Selain itu, katanya hampir seluruh jentera kerajaan dipergunakan semaksima mungkin dalam memastikan pembangkang khususnya PAS terus jatuh terduduk dalam setiap pilihan raya umum dan kecil. "Apakah dalam keadaan demikian, Umno masih terhegeh-hegeh mencari simpati PAS?" soalnya. Tegasnya, DPPP mengingatkan bahawa PAS telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan perjuangan mereka dalam pentas politik di Malaysia, bukan sekadar ugutan dan fitnah, bahkan pemimpin PAS pernah dikenakan ISA, dipenjara, bahkan dibunuh. Ini semua, jelasnya dilakukan oleh pemimpin Umno yang kononnya mahu memperjuangkan bangsa Melayu. Beliau menambah, masih segar dalam ingatan bagaimana tindakan Umno terhadap kerajaan Terengganu yang majoritinya bangsa melayu pada tahun 1999-2004 apabila dinafikan royalti petroleum hanya kerana mereka diperintah oleh PAS. Begitu juga, ujarnya nasib yang sama diterima oleh Kerajaan PAS Kelantan yang sehingga ke hari ini terpaksa memperjuangkan hak untuk mendapatkan royalti petroleum di mahkamah. Menurutnya lagi, sejarah juga membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati hak orang melayu sebaliknya Umnolah yang menjadi petualang dalam menghakis hak keistimewaan orang melayu. "Apakah kita lupa bahawa biasiswa telah digantikan dengan PTPTN, bagaimana bantuan sekolah agama rakyat ditarik?" tanya beliau. Beliau turut mempersoalkan ke mana perginya saham bumiputera yang bernilai 52 bilion. Ini, katanya semua berlaku kerana Umno sememangnya tidak pernah memikirkan bagaimana mahu membantu orang melayu sebaliknya menyalahgunakan kuasa yang di amanahkan dengan mengaut keuntungan peribadi. Tambahnya tindakan mempelawa PAS ini menjelaskan kepada semua bahawa sebenarnya sokongan orang Melayu kepada Umno sudah semakin terhakis. "PAS pula dilihat sebagai pengganti yang sesuai bagi orang Melayu, lebih-lebih lagi dengan budaya politik kotor dan keji yang mereka amalkan seperti video lucah seperti yang dipaparkan sekarang," katanya. Tegasnya, orang Melayu sudah semakin meluat dengan politik 'Machiavelli' Umno sehingga sanggup mengenepikan syariat Islam. DPPP juga, katanya melihat tindakan Presiden Umno yang mempelawa PAS keluar daripada PR dan bersama dengan BN sebagai helah politik semata-mata demi untuk menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakan-rakan di dalam PR. "Dan ini juga merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan sisa-sisa riwayat Umno yang semakin menghampiri penghujungnya. "PAS tidak sesekali akan terpedaya dengan umpan Umno sehinggalah akhirnya Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13," tegasnya. |
Isteri Dikelar Suami Ditikam Di Bilik Tidur Posted: 05 May 2011 12:00 AM PDT Orang surau' dibunuh kejam BENTONG: Sepasang warga emas mati dibunuh secara kejam apabila suami ditemui berlumuran darah berhampiran tandas rumahnya dengan kesan tikaman di perut dan dada manakala isterinya terlentang di tepi katil dalam keadaan leher dikelar. Mayat Mohammad Yusof@Abdul Rashid Samah, 71, dan Timah@Fatimah Pachu, 68, ditemui di rumah mereka di Kampung Gementi, di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam oleh jiran yang kemudian membuat laporan polis. Terdahulu jiran terbabit terdengar jeritan dan pergelutan di rumah mangsa. Ketika kejadian, hanya pasangan warga emas itu berada dalam rumah kerana empat anak mereka tinggal berasingan, termasuk di Kuala Lumpur. SERIUS... Narenasegaran bercakap dengan sanak saudara mangsa di pekarangan rumah mangsa, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisisoner T Narenasegaran, berkata sejurus polis tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua mangsa ditemui berasingan di bilik tidur tingkat atas rumah dua tingkat milik mereka. Menurutnya, polis percaya pembunuhan pasangan itu bukan bermotifkan samun kerana barangan berharga mangsa tidak dicuri.
|
Eskay Kalah Tuntut RM20 Juta Komisyen Jambatan Bengkok Posted: 04 May 2011 10:50 PM PDT Jambatan bengkok: Saman Eskay ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan saman yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung projek pembinaan 'jambatan bengkok' bernilai RM20 juta. Keputusan berkenaan dibuat oleh hakim Datuk VT Singham yang berkata, penganugerahan projek berkenaan tidak lagi wujud, maka tuntutan berkenaan juga perlu ditolak. "Satu klausa dalam perjanjian kerja itu menyebut, sekiranya projek itu gagal dimulakan, dia perlu membayar semula RM20 juta itu," kata Singham. Begitu pun, Singham turut mengakui peranan Eskay dalam mendapatkan projek berkenaan bagi syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd. Eskay yang merupakan pengarah dalam syarikat Aman Agropreneur Sdn Bhd menamakan Merong Mahawangsa dan pengarah eksekutifnya Yahya Abdul Jalil sebagai defendan dalam kes saman RM20 juta bagi dakwaan pelanggaran kontrak itu. Beliau mendakwa, Yahya dan syarikat tersebut telah menemui beliau pada tahun 1998 bagi mendapatkan projek pembinaan jambatan kontroversi itu. Eskay berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan. -mk Ulasan GB Minggu lepas, bersumpah laknat, semalam buat penafian menuduh Anwar berzina, hari ini kalah di mahkamah esok? wallahu'alam |
Amerika Selewengkan Banyak Fakta Mengenai Pembunuhan Osama Posted: 04 May 2011 09:15 PM PDT London - Rumah Putih memang terpaksa mengubah cerita tentang penyerbuan yang menewaskan Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan, demikian harian yang terbit di Inggeris, Guardian, melaporkan. Media ini mencatat, banyak fakta yang bertentangan tentang operasi penyerbuan itu, dan tentang Osama bin Laden sendiri. Kini, rumah persembunyian Osama dijaga ketat anggota polis Pakistan. Namun, banyak jejak Osama di sana yang sudah dihapuskan. Setidak-tidaknya, para tentera Amerika yang telah menjelajahi bangunan tiga lantai itu membawa serta harddisk komputer dan dokumen berharga- termasuk juga tubuh Bin Laden yang berlumuran darah, yang kemudian dikubur di laut. Keesokan harinya, intelijen Pakistan - marah kerana tidak menerima maklumat tentang penyerbuan itu. Mereka datang mengangkut perabot dan barang-barang lain. Tapi itu tidak mungkin untuk menghapus setiap jejak drama yang menjadi akhir perburuan tersebut. Apa saja fakta yang diubah mengenai penyerbuan itu? Berikut data-data dari Guardian: * "Ini adalah perak!" Yasser, kanak-kanak 12 tahun, menyatakan. Apa yang dipegangnya hanyalah potongan dari sebuah batang exhaust kereta biasa. Gambaran AS bahawa Osama tinggal di rumah mewah ikut mempengaruhi orang awam Pakistan, bahawa pimpinan Al Qaeda itu bergelimang kekayaan di akhir hayatnya. Seorang intelijen yang berkeliaran di dekatnya kelihatan gugup, sebelum menyambar anak dengan tangan dan membawanya pergi. * Beberapa jam setelah kematian Bin Laden, para pejabat AS memberitahu bahawa Osama melawan dan kerananya dia ditembak oleh pasukan khusus AL Amerika Syarikat yang menyerbu lantai kedua dan tiga dari tempat persembunyiannya. Fakta itu ternyata tidak benar. Bin Laden tidak bersenjata, ditembak di kepala dan dada. * Perincian lain menyebutkan ia menggunakan salah seorang isterinya sebagai teman hidup. Faktanya, isterinya telah terluka di kaki sambil bergegas ke arah pasukan khusus sebelum ia terbunuh. * Disebut-sebut, rumah persembunyian Osama bin Laden adalah sebuah bangunan dekat markas tentara Pakistan berharga sewa jutaan dolar AS. Faktanya, rumah bertembok tinggi itu jauh dari gambaran itu; setidaknya terlihat dari cat bangunan yang terkelupas dan tak terjaga, serta tak ada satupun AC di lantai-lantainya. * Berbagai perincian, bagaimanapun, tetap kabur. Para pejabat Amerika mengubah versi awal mereka untuk mengungkapkan bahawa seorang perempuan yang terbunuh dalam serangan terhadap kompleks itu bukan isteri Bin Laden. Hal ini juga tidak jelas bagaimana Bin Laden, yang terlantar dalam ruangan di lantai tiga yang ditandai dengan kaca jendela hancur, melawan ketika tentera AS menerobos ke kamarnya. -republika |
Janda Ditikam Tunang Bertubi-tubi Posted: 04 May 2011 08:10 PM PDT Bukit Mertajam - Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini semalam. Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi. "Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan. Kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di sini semalam. Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun. Mengikut maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya. -kosmo
|
Eskay Cuba Tepis Laknat Allah Kepada Wartawan Posted: 04 May 2011 06:00 PM PDT Mahu dedah lagi salah laku Anwar SHAZRYL Eskay menjawab soalan sekumpulan media mengenai rakaman video seks membabitkan Anwar selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong, semalam. Shazryl Eskay sahkan lokasi rakaman video seks bukan di Thailand KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan mendedahkan beberapa lagi salah laku lebih besar membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik polis mendedahkan pelaku sebenar dalam video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu. Malah, Shazryl Eskay turut mengesahkan rakaman video berkenaan yang diterimanya sebelum dipertontonkan kepada media dirakam di Malaysia, bukannya di Thailand seperti digembar-gemburkan berikutan tersebar beberapa bahagian di laman YouTube menggunakan tulisan Thai. "Saya hanya akan dedahkan beberapa konspirasi membabitkan Anwar sebaik polis mengesahkan kepada masyarakat siapa pelaku sebenarnya dalam video berkenaan. Bagaimanapun, ia tiada kaitan dengan video seks itu. "Kita tunggu dan lihat.. saya percaya kebenaran akan muncul selepas ini. Siapa dalam video terbabit juga akan terungkai," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong, di sini, semalam. Trio Datuk T iaitu Shazryl Eskay, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim dipanggil memberi keterangan berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu ketika sumpah laknat dilakukan. Shazryl Eskay yang tiba kira-kira jam 11 sebelum meninggalkan pekarangan itu tiga jam kemudian. Bagaimanapun, dua lagi Datuk T turut memberi keterangan di balai polis berlainan. Jumaat lalu, Shazryl Eskay ditemani Rahim dan Shuib membuat sumpah laknat di masjid Amru Al-As bagi membuktikan kebenaran berhubung isu video seks yang didedahkan mereka. Ketika ditanya sekiranya polis tidak mendedahkan pelaku dalam video terbabit, adakah pendedahan konspirasi itu akan dilakukan, Shazryl menjawab, segala-galanya bergantung kepada keadaan. "Saya tahu semua orang marah selepas kami mendedahkan video seks berkenaan sehingga ramai pihak menyuruh saya membuat sumpah laknat bagi membuktikan kebenaran terhadap apa yang saya buat. "Saya sudah buktikan... perlu faham, saya tidak tuduh Anwar berzina, sebaliknya hanya menunjukkan video berkenaan kepada kumpulan media supaya menyaksikan sendiri siapa pelaku dalam video berkenaan," katanya. Turut ditanya sama ada beliau adalah pembekal wanita kepada Anwar Ibrahim berikutan dirinya turut berada dalam video berkenaan, Shazryl Eskay enggan mengulas lanjut berikutan siasatan polis sedang berjalan. Sementara itu, Rahim ketika dihubungi mengesahkan turut memberi keterangan berhubung insiden kekecohan di masjid Jumaat lalu, namun enggan mendedahkan lokasi balai polis yang dibuat. "Cukuplah hanya memaklumkan saya turut membuat laporan polis pada hari ini," katanya. -BH Ulasan GB Semasa menyiarkan berita dari tvsnews semalam mengenai penafian Eskay mengkaitkan Anwar dengan zina, ramai persoalkan apakah benar Eskay berkata demikian. Ini kerana tvsnews adalah portal berita milik kerajaan Pakatan rakyat Selangor, justeru kemungkinan berita itu adalah rekaan wartawan untuk membersihkan Anwar. Namun, GB bawa tulisan dari Berita Harian di atas untuk buktikan memang benar Eskay menafikan pernah mengkaitkan Anwar dengan perlakuan zina seperti yang terkandung di dalam video seks berkenaan. Baca ayat ini: "Saya sudah buktikan... perlu faham, saya tidak tuduh Anwar berzina, sebaliknya hanya menunjukkan video berkenaan kepada kumpulan media supaya menyaksikan sendiri siapa pelaku dalam video berkenaan," katanya. Sedangkan sebelum ini Eskay melakukan sumpah laknat yang berbunyi: "Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku." Sekarang Eskay sudah tidak mengaku mengkaitkan Anwar sebagai pelaku di dalam video yang melakukan perzinaan dengan perempuan tersebut. Dan enggan mengulas samada beliau pembekal wanita berkenaan: Turut ditanya sama ada beliau adalah pembekal wanita kepada Anwar Ibrahim berikutan dirinya turut berada dalam video berkenaan, Shazryl Eskay enggan mengulas lanjut berikutan siasatan polis sedang berjalan. Di dalam tvsnews semalam dilaporkan "Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong.. Eskay kini cuba menunjukkan bahawa wartawanlah sebagai pihak yang menilai bahawa pelaku di dalam video yang melakukan perzinaan itu adalah Anwar. Jika demikian, wartawan yang bakal menerima laknatullah itu kerana memfitnah. Habislah sang wartawan berkenaan... |
Mahathir: Bunuh Osama Tak Bertamadun, Najib & Hishamuddin Sokong Tindakan AS Posted: 04 May 2011 03:15 PM PDT Mahathir: Operasi bunuh Osama tindakan tak bertamadun PUTRAJAYA, 4 Mei – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kematian Osama bin Laden tidak mungkin petanda sudah berakhirnya keganasan atau rangkaian Al-Qaeda, sambil meramalkan tindakan balas akan terus berkembang di seluruh dunia. Perdana menteri paling lama memegang tampuk kerajaan ini berkata, operasi dikendalikan oleh pasukan elit AS awal kelmarin adalah satu "tindakan tidak bertamadun." "Ya, dia mungkin bersalah tetapi menghantar satu pasukan untuk membunuh satu orang bukan caranya. "Jika dia dapat ditangkap, tangkap dia. Tetapi mereka masuk, membunuh seorang yang tidak bersenjata dan kemudian mencampakkan jenazah ke dalam laut," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Dunia Lebih Selamat Dengan Kematian Osama - Najib Harap Kematian Osama Bawa Keamanan Sejagat: Hishamuddin Ulasan GB Ketara kini Najib dan Hishamuddinlah yan terperangkap apabila Mahathir mengecam tindakan Amerika membunuh Osama. Jika Mahathir sendiri menyatakan tindakan Amerika itu tidak bertamadun, maka tidak bertamaddun jugalah Najib dan Hishamuddin yang menyokong tindakan Amerika itu. Bukankah begitu sifirnya? |
SAH Bukan Anwar: Eskay Dah Tak Mengaku Tuduh Anwar, Tuding Wartawan Posted: 04 May 2011 08:20 AM PDT Eskay: Saya tidak tuduh Anwar KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini. Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi. Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan. Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar. "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau. Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu. Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu. Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet. Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu. "Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini," kata Eskay. Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman. Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain. "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya. Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011". Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube. Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu. Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar. Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman. Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini. Namun sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mereka masih belum muncul untuk memberi kenyataan. -TVSnews
|
[Bergambar] Tragedi Ulu Bendul: Dua Mayat Kanak-kanak Ditemui Posted: 04 May 2011 06:40 AM PDT Kuala Pilah: Mayat dua daripada tiga kanak-kanak yang lemas dibawa arus deras ketika mandi sungai bersama keluarga mereka di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang semalam ditemui pagi Rabu. Gambar: WAN Azleela Wan Abdullah, 32, (ibu mangsa lemas), hampir pengsan tidak dapat menahan sedih ketika melihat jenazah dua anaknya dari tiga beradik yang mati lemas di Hutan Lipur Ulu Bendul, malam tadi. Abangnya, Wan Aziz Wan Abdullah, 38 (kanan) dan saudara menenangkan ahli keluarganya di rumah abang ipar beliau di Senawang, Seremban, hari ini. - Foto Owee Ah Chun Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Jaafar Baba berkata mayat Nursyaza Alisa Syed Ahmad, 5, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 3.15 pagi kira-kira 500 meter dari tempat kejadian manakala mayat adiknya, Nursyaza Azira, 4, pula ditemui oleh pasukan yang sama pada 10.20 pagi, 2.5 kilometer dari tempat kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Katanya mayat kedua-dua kanak-kanak itu, yang dicam oleh ahli keluarga mereka, kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini. Jaafar berkata usaha mencari adik kepada kedua-dua kanak-kanak itu, Nursyaza Sakina, 2, diperhebatkan membabitkan 100 anggota bomba, Jabatan Pertahanan Awam,Rela, polis, tentera, Jabatan Perhutanan dan penduduk kampung. Dalam kejadian pada 5 petang semalam, tiga kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras ketika sedang mandi manda di kawasan perkelahan popular itu. Bapa mereka, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 19, yang turut dihanyut arus deras, diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan melawat tempat kejadian hari ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga Syed Ahmad. Katanya kerajaan negeri akan uruskan bantuan kepada keluarga terbabit. Beliau berkata kejadian arus deras jarang berlaku di kawasan sungai Ulu Bendol tetapi akibat hujan lebat di hulu sungai, ia telah menyebabkan terjadi apa yang dipanggil "kepala air". Pengarah Perhutanan Negeri Roslan Ariffin, yang turut hadir, berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk memasang sistem amaran awal di sungai kawasan perkelahan di seluruh negeri. Katanya sistem amaran ini akan berbunyi apabila paras air sungai naik mendadak untuk memberikan kesempatan kepada orang ramai untuk beredar dan menyelamatkan diri. "Kita juga akan memasang papan tanda amaran agar tidak mandi di kawasan berkenaan terutama ketika musim hujan," katanya.-BERNAMA |
P.Pinang Naikkan Elaun Bilal, Siak 80 Peratus Posted: 04 May 2011 05:25 AM PDT George Town: Kira-kira 800 bilal dan siak di negeri ini akan menerima kenaikan elaun sebanyak 80 peratus mulai 1 Jun ini. Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman (gambar) berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Beliau berkata dengan kenaikan itu, kira-kira 400 bilal yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM180 sebulan akan menerima RM324 sebulan, manakala elaun bagi kira-kira 400 siak akan dinaikkan kepada RM360 sebulan daripada RM200 sebulan. "Keputusan untuk menaikkan elaun bilal dan siak ini dibuat pada mesyuarat MAIPP dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahagian agama Islam minggu lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu. Mansor berkata kerajaan negeri akan menanggung 70 peratus daripada perbelanjaan berkenaan yang berjumlah kira-kira RM2.3 juta manakala MAIPP pula menanggung 30 peratus kos terbabit, berjumlah hampir RM985,000. -BERNAMA |
MCA Jelas Menentang Islam - S/U Akhbar Nik Aziz Posted: 04 May 2011 04:10 AM PDT MCA penentang Islam sebenar - Pejabat MB Kelantan Semua pihak diminta mengkaji pendirian politik MCA yang menjadi kawan Umno sejak sekian lama sebelum mempertikaikan hubungan antara PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana, kenyataan-kenyataan dari pimpinan MCA terbukti menentang Islam berbanding dengan DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Fadhli Shaari. Pegawai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengulas laporan muka depan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan kenyataan Mufti Perlis kononnya siapa yang menentang perpaduan antara Umno dan PAS adalah pengkhianat Islam. "Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hukum kerjasama di antara Umno dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi dengan syarat PAS menggugurkan agenda perjuangan negara Islam," katanya. Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa? Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mempermainkan tindakan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang, Normala Sudirman, yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya tanpa memakai sarong tangan. Beliau juga berkata, apa gunanya beliau memahami kehendak Islam dalam isu ini. Bagi pegawai Nik Aziz itu, PAS mempunyai hujjah yang jelas kenapa parti Islam itu berkawan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. "Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," katanya. PAS dan DAP Sebelum ini, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad ketika berhujjah dalam isu ini berkata, "MCA menolak PAS daripada menyertai BN jika PAS kekal dengan dasar perjuangan Islam. Najib jemput, Soi Lek tolak!" "Tapi, DAP tidak pernah sesekali meminta PAS untuk menggugurkan negara Islam, ia cuma bukan agenda bersama Pakatan Rakyat," tulis Dzulkefly di laman Twitternya, yang secara langsung ingin memberitahu Najib bahawa MCA adalah jauh lebih teruk daripada DAP dalam hal yang berkaitan dengan Islam. Dzulkefly juga menyifatkan drama antara Najib dan Chua hanyalah sebagai satu percubaan untuk memberikan lesen kepada kedua-dua pihak untuk memburukkan kaum Tionghua, PAS dan Islam, semua pada masa yang sama, tapi kepada hadirin berlainan. "Chua tengah memberikan Umno lesen untuk memburukkan kaum Tionghua, dan Umno memberikan lesen kepada Chua untuk membusukkan PAS dan Islam. Satu gabungan yang sesat!" kata Dzulkefly. "Chua selalu didedahkan oleh Umno bahawa PAS sentiasa berpendirian untuk sebuah negara teokratis dan otokratik. Aduh, betapa ianya jauh menyimpang daripada kebenaran!" kata Dzulkefly. Hari ini, Utusan menyiarkan kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang dilaporkan berkata mana-mana pihak yang menentang penyatuan di antara Umno dan PAS ialah pengkhianat kerana al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu dan Islam perlu ditegakkan. "Dengan bersangka baik kepada Sohibus Samahah Mufti Perlis, saya menganggap kenyataan tersebut separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak untuk meletakkan persepsi bahawa Mufti Perlis menghentam pihak-pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS dan Umno," tulis Fadli dalam kenyataannya. Katanya, perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam. Kenyataan ini pernah disiarkan dalam sebuah media Rabu 14 Julai 2010 yang lepas. Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah UMNO telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?, soal Fadli. Justeru, beliau berharap agar Mufti Perlis dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar dapat difahami dengan jelas letak duduknya kenyataan beliau. "Hakikatnya, PAS tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam tetapi perlulah diletakkan Islam sebagai dasar terlebih dahulu," katanya. -HD |
UMNO Sebuah Parti Perkauman - Nizar Posted: 04 May 2011 02:00 AM PDT Nizar kepada Dr Juanda: Umno parti perkauman PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang menyifatkan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam dan tergolong sebagai pengikut Khawarij. Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang menyoal Dr Juanda samada perjuangan berdasarkan nasionalisme dan perkauman dibenarkan dalam agama Islam. "Di mana dalam al Quran, hadis, qias, atau ijma' ulama' disebut bahawa perjuangan berteraskan kebangsaan (perkauman) dibenarkan oleh Islam? "Dr Juanda kata penentang kesatuan PAS-Umno berfikrah Khawarij, kenapa Umno tak sanggup ubah dasar perjuangan kepada Islam berteraskan Quran dan Sunnah?," soal beliau yang dipetik dalam blog mikro Twitter. Khawarij merupakan kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib tetapi kemudian menolak dan menentang kepimpinan beliau malah membunuhnya. Nizar menegaskan, "Perkembar adalah parti perkauman!" Beliau merujuk Umno sebagai Perkembar kerana singkatan Umno dalam bahasa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. "Umno dalam bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Perkembar. Kenapa tak berani sebut kepada orang Melayu gelaran itu? Kalau sebut, mereka akan tinggalkan Umno," ujar beliau. Beliau turut memetik ayat 103 Surah Ali Imran yang bermaksud: "Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai." Juanda dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia berkata pihak yang menentang penyatuan Umno-PAS adalah pengkhianat Islam dan boleh dianggap pengikut Khawarij. "Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu," kata Juanda. Ramai pemimpin Umno termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Penerangan parti Datuk Ahmad Maslan turut mencanangkan idea penyatuan Umno-PAS sebelum ini. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan