Sabtu, 28 Mei 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Woit! Mana Najib? Balik Tidur Dengan Rosmah Dah Ker? Barca 3 Gol!

Posted: 28 May 2011 01:19 PM PDT

Barcelona [3 - 1] Manchester U.

27'[1 - 0]P. Rodriguez


34'[1 - 1]
W. Rooney

54'[2 - 1]L. Messi


60'
D. Alves


61'

M. Carrick

69'[3 - 1]D. Villa


kedudukan sekarang pada minit ke 73'

Keputusan Dan Kedudukan Terkini Liga Super Malaysia 28 Mei

Posted: 28 May 2011 09:07 AM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/252783_230952573586422_169759156372431_1119670_2495797_n.jpg

Didakwa hina Islam, Pemuda PAS mahu menteri muda Sarawak minta maaf

Posted: 28 May 2011 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Dewan Pemuda PAS Sarawak mendakwa langkah Majlis Islam Sarawak yang mahu mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung sebagai "satu diskriminasi" dan secara tidak langsung memberi impak ke atas kemasukan mereka ke negeri Bumi Kenyalang.

Ketua Pemudanya, Arifiriazul Paijo berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan seorang anggota Kabinet negeri kerana seolah-olah menganggap guru dari Semenanjung sebagai "ekstrem" dan mahu beliau meminta maaf.

"Sepatutnya (menteri muda) YB (Datuk) Daud (Abdul Rahman) sendiri patut berterima kasih kerana mereka telah mengimarahkan surau-surau dan masjid.

"Beliau sepatutnya mengambil contoh kesungguhan mereka dalam merencana program dan aktiviti yang bermanfaat untuk diimarahkan di masjid-masjid seluruh negeri dan bukan mempolitikkan urusan agama ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam)

Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman bahawa Majlis Islam Sarawak akan mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung.

Daud dipetik berkata demikian dalam laporan akhbar Borneo Post hari ini.

Kata Arifiriazul, kenyataan tersebut bersifat mengecam dan amat memilukan umat Islam Sarawak kerana mereka yang dimaksudkan selama inilah antara orang-orang yang sanggup berkorban untuk membantu menyampaikan dakwah Islam di Sarawak.

Selain itu katanya, Dewan Pemuda PAS Sarawak juga mahu Daud meminta maaf secara terbuka kepada semua guru agama yang berkhidmat di Sarawak.

Belia Akan Halau Najib Dan Rosmah Dari Putrajaya

Posted: 28 May 2011 08:11 AM PDT

Najib mahu Himpunan Sejuta Belia pertahan Putrajaya dari Pakatan

Oleh Yow Hong Chieh

PUTRAJAYA, 28 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia di sini hari ini mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju.

Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa.

Najib berkata beliau gembira kerana berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak, sejuta orang muda berhimpun di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya.

"Di Malaysia, satu juta pemuda berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya," katanya.

"Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?" tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin hari ini.

Terdahulu timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu pemberita bahawa pengunjung perhimpunan hari ini sudah melepasi sejuta orang.

Dalam ucapan Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Najib yang juga presidennya berkata Putrajaya harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun.

Najib berkata kerajaan tidak akan berjaya dalam usaha transformasi tanpa sokongan daripada belia negara ini.

"Ada yang panggil saya Bapa Transformasi, saya tidak tahu, tetapi anda semua adalah pemangkin perubahan," katanya.

"Jika belia bersama dengan kerajaan, negara kita akan aman dan kita boleh menjadikan negara kita makmur," katanya lagi.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut Najib hari ini meninjau aktiviti dan program-program belia sempena Himpunan Belia Putrajaya 2011.

Lawatan Perdana Menteri di 12 kawasan program selama tiga jam, bermula 2.30 petang dengan diiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu, telah memberi peluang kepadanya beramah mesra dengan para belia.

Para belia yang teruja bertemu dengan Najib turut tidak melepaskan peluang untuk bersalam serta bergambar dengannya.

Beliau memulakan tinjauan mesranya dengan menyaksikan pertandingan akhir Sasuke Malaysia sebelum melancarkan Program Latihan 1 Malaysia.

Najib turut menyaksikan tarian perang yang dipersembahkan oleh pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia serta demonstrasi menyelamat tebusan kapal oleh Regimen ke-11 Gerak Khas.

Perdana Menteri kemudiannya melancarkan Himpunan Sejuta Belia 2011.

Awal pagi esok, Perdana Menteri dijangka menyertai para belia menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Liga Juara-Juara di antara pasukan pilihannya, Manchester United bertemu Barcelona.

Gambar Ekslusif TG Nik Aziz Melawat Mangsa Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Posted: 28 May 2011 02:05 AM PDT

Di antara Gerakan dan DAP

Posted: 28 May 2011 02:00 AM PDT

27 MEI — Ada sebuah parti politik yang hampir semua pemimpin dan anggotanya adalah dari kaum Cina walau pun ia menegaskan perjuangannya untuk semua kaum. Matlamatnya ialah mewujudkan Malaysia yang bersatu, mengamalkan keadilan sosial dan bersifat sekular.

Ia juga mahu mewujudkan masyarakat yang mempunyai hak dan peluang saksama untuk semua walau pun bersetuju bahawa bantuan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan tetapi tidak boleh berasaskan kaum.

Parti itu juga memerintah Pulau Pinang — pada suatu ketika dahulu. Nama parti itu adalah Parti Gerakan Rakyat Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Gerakan.

Tidak ada sesiapa, khususnya dari pemerintah pusat, yang menuduh Gerakan sebagai parti rasis, cauvinis, komunis, anti-Melayu dan anti-Islam.

Tidak ada media arus perdana atau mana-mana kumpulan pelampau kaum yang menuduh Gerakan mahu menghapuskan Bahasa Melayu, mengkhianati Perlembagaan Persekutuan atau pun mahu menubuhkan negara Kristian.

Mengapa begitu?

Pertamanya, kerana memang Gerakan bukan rasis, cauvinis, komunis, anti-Melayu dan anti-Islam, serta ia tidak ada konspirasi untuk menghapuskan Bahasa Melayu, mengkhianati Perlembagaan Persekutuan atau pun mahu menubuhkan negara Kristian.

Keduanya, kerana ia adalah rakan komponen Barisan Nasional yang didominasi oleh Umno. Ia tidak melawan Umno. Ia tunduk dan patuh kepada Umno. Ia mengikut telunjuk Umno. Dan ia jarang menimbulkan kemarahan para pemimpin Umno.

Walau pun kadang-kadang Gerakan bersuara tidak puas hati, ia cepat-cepat dipadamkan atas nama semangat setiakawan BN.

Berlainan pula nasib dengan sebuah parti yang banyak persamaan di segi majoriti etnik khusus, ideologi dan matlamat dengan Gerakan. Ia telah menjadi mangsa tohmahan BN, khususnya Umno dan konco-konconya, kerana ia tidak berada dalam BN dan ia enggan tunduk kepada ketuanan Umno.

Ia menjadi mangsa fitnah dan pembohongan yang dahsyat sehingga ramai pemimpinnya merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan sehingga kini terpaksa berdepan dengan tuduhan-tuduhan liar yang tidak berasas.

Sebarang jawapan balas dari parti ini untuk menjelaskan kedudukan sebenar tidak diberi ruang sama sekali dalam mana-mana media arus perdana, terutamanya dalam akhbar, TV dan radio berbahasa Melayu.

Parti ini yang bernama Parti Tindakan Demokratik atau DAP hanya menjadi sasaran tuduhan dan fitnah tanpa berpeluang memberi penjelasan, apatah lagi membela diri, sejak 45 tahun ditubuhkan.

Bagi tukang-tukang fitnah, tidak penting bagi mereka bahawa DAP, yang hampir sama seperti Gerakan, bukan rasis, cauvinis, komunis, anti-Melayu dan anti-Islam. Yang penting bagi mereka, DAP harus dibalun habis-habisan supaya sentiasa dibenci orang Melayu.

Kini DAP menjadi teraju Pakatan Rakyat mentadbir Pulau Pinang. Dengan tiba-tiba ia dituduh menindas orang Melayu di negeri itu. Ia didakwa menjadi punca orang Melayu terbiar dan hidup melarat.

Walau pun pihak yang menuduh tidak membuktikan dakwaan dengan perangkaan, fakta dan maklumat yang benar serta lengkap, tuduhan itu bertubi-tubi dibuat sehingga ramai orang Melayu di luar Pulau Pinang menelan bulat-bulat fitnah sedemikian.

Yang tidak diceritakan oleh tukang-tukang fitnah itu ialah, jika benar pun orang Melayu terbiar melarat, bukan DAP yang memerintah Pulau Pinang sejak Merdeka. DAP dan Pakatan Rakyat yang menguruskan pentadbiran negeri baru berusia setahun jagung.

Sejak pilihan raya umum pertama atas nama Malaya pada 1959, MCA telah memerintah Pulau Pinang dengan diterajui oleh Ketua Menteri Wong Pow Nee sehingga ditewaskan oleh Gerakan pada 1969 (dan Gerakan kemudian menyertai BN). Gerakan menguasai pemerintahan negeri hampir 40 tahun dengan dua ketua menteri Tun Dr Lim Chong Eu dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Jika benar lah orang Melayu Pulau Pinang papa kedana dan hidup daif, sama seperti golongan fakir dan miskin tegar di pedalaman Terengganu, Sabah dan Sarawak, sukar untuk dipercayai ia berpunca daripada pentadbiran Pakatan di bawah pimpinan Lim Guan Eng yang baru menerajui negeri sejak tiga tahun lalu.

Namun, pemerintah pusat BN serta media arus perdana yang mereka kuasai seperti malu-malu kucing untuk mendedahkan maklumat dan fakta sebenar tentang apa yang berlaku kepada orang Melayu di Pulau Pinang sejak 50 tahun sebelum 2008. Walau pun MCA dan Gerakan memerintah Pulau Pinang selama itu, banyak keputusan mereka tertakluk kepada Umno sebagai tonggak pemerintah pusat.

Fitnah berterusan terhadap DAP menyebabkan masyarakat Melayu hanya mendapat tahu tentang parti itu dari kaca mata musuh-musuh politiknya sahaja. Selama ini, sebelum bermula zaman Internet, kebanyakan orang Melayu disogokkan "berita" tentang DAP melalui media arus perdana milik Umno dan BN.

Tidak ada tanda-tanda keadaan ini akan berubah.

Bayangkan jika ditakdirkan Gerakan keluar atau dipecat dari BN, ia mungkin menerima nasib yang sama dengan DAP.

Tidak mustahil jika segala jasanya kepada Umno dan BN akan dicampakkan serta-merta, dan secara tiba-tiba ia akan dituduh parti rasis, cauvinis, komunis, anti-Melayu dan anti-Islam.

Namun, ini sekadar andaian. Gerakan tetap setia dengan BN. Ia tetap patuh dan tunduk kepada Umno serta sanggup menerima tohmahan dan kecaman apabila ia sesekali berani menegur sesetengah dasar dan amalan Umno.

Ketua Bagan balas notis disiplin, tegas hanya mahu elak puak dalam MIC

Posted: 28 May 2011 01:45 AM PDT

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 28 Mei — Ketua MIC bahagian Bagan Datuk Henry Benedict Asirvatham menjawab surat tunjuk sebab disiplin dengan menekankan bahawa beliau hanya membangkitkan "agenda tersembunyi kepimpinan semasa" agar ia tidak memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Beliau menerima surat tunjuk sebab minggu lalu dan diperuntukkan 14 hari untuk memberi penjelasan secara bertulis.

"Sebagai seorang ketua MIC bahagian, saya merasakan bahawa menjadi tugas saya untuk memastikan tidak wujud puak (dalam parti) dan hanya perpaduan ada dalam parti. "Saya mengambil tanggungjawab untuk membangkitkan agenda tersembunyi yang wujud kepada rakan-rakan saya dalam MIC menerusi kenyataan media mengenai keadaan dalam MIC sebab peruntukan perlembagaan tidak dipatuhi," kata Asirvatham dalam jawapan bertulis kepada jawatankuasa disiplin, yang salinannya diedarkan kepada media hari ini.

Asirvatham memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau menghantar jawapan bertulis kepada jawatankuasa disiplin menerusi perkhidmatan kurier hari ini.

Dalam surat itu, kata Asirvatham, beliau berkemungkinan telah menggunakan kata-kata yang salah ataupun kenyataannya kemungkinan telah menyinggung perasaan sesetengah pihak, tetapi "saya mahu menekankan bahawa apa yang dikatakan adalah ikhlas untuk mengetengahkan kepada ahli-ahli MIC dan publik apa yang sebenarnya berlaku."

Ada pihak dalam MIC menganggap bahawa kepimpinan baru Datuk G Palanivel, yang mengambil alih jawatan presiden Disember lalu sudah mula menerima bangkangan dari dalam parti meskipun beliau berniat mahu mengembalikan perpaduan.

Dalam surat tunjuk sebab bertarikh 18 Mei lalu, pengerusi jawatankuasa disiplin Tan Sri Dr K.S Nijhar meminta Asirvatham menjelaskan dua kenyataan media beliau iaitu tindakan Palanivel untuk menyatupadukan pelbagai kumpulan ke dalam MIC adalah sebahagian daripada usaha "membunuh" timbalannya Datuk Dr S Subramaniam dan mendakwa anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti sebagai boneka yang hanya mengikut arahan ketua parti itu.

"Ini adalah tuduhan serius untuk dibuat. Oleh itu, anda dikehendaki menunjukkan bukti secara bertulis dalam dua minggu mulai hari ini (18 Mei), dengan asas-asas yang berfakta.

"Kegagalan berbuat demikian atau memberi penjelasan memuaskan, akan menyebabkan tindakan disiplin, bersamaan dengan (tindakan) pemecatan dari parti, boleh diambil ke atas anda," kata Nijhar.

Komen-komen Asirvatham merujuk kepada keputusan CWC bulan yang menerima balik tiga pemimpin yang pernah menganjurkan kempan Gerakan Anti Samy (GAS) — V Mugilan, Kumar Aamaan dan K.P Samy. Mugilan telah dikembalikan jawatan timbalan ketua Pemuda MIC pusat dan Kumar dan K.P Samy sudah boleh menganggotai semula CWC.

Susulan keputusan CWC itu, Setiausaha Pemuda MIC, C Sivarraajh juga ada membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan mendakwa keputusan tersebut sebagai tidak sah. Sivarraajh menimbulkan persoalan adakah wajar perlembagaan parti diketepikan untuk memberi pengampunan kepada tiga pemimpin berkenaan dan menegaskan, ia bertentangan dengan Perkara 15.4 dan 61.5 perlembagaan.

Perkara 15.4 menyatakan seseorang ahli yang sudah dipecat hanya boleh dikembalikan ke jawatan asal jika merayu kepada CWC dan rayuan diterima oleh jawatankuasa berkenaan manakala Perkara 61.5 pula menyebut ahli yang dipecat hanya boleh diterima balik sebagai ahli selepas dua tahun daripada tarikh dipecat.

Sebahagian pemimpin sayap pemuda itu didakwa cenderung kepada kepimpinan timbalan presiden Datuk Dr S Subramaniam bersama ketua Pemuda MIC T Mohan. Mugilan dilaporkan akan mencabar jawatan ketua Pemuda MIC susulan penerimaan balik ke pangkuan MIC.

Jika tidak Mohan, Sivarraajh juga disebut-sebut bakal bertanding jawatan itu. Ekoran komen-komennya, Asirvatham yang juga seorang ahli perniagaan di utara Semenanjung menerima surat tunjuk sebab daripada Nijrar minggu lalu.

"Jika memerlukan bukti, saya akan membawa saksi-saksi, yang merupakan penyokong Dr S Subramaniam, dari seluruh negara dengan bas untuk membuktikan adanya usaha mahu membunuh (politik) Dr Subramaniam," tegas Asirvatham kepada The Malaysian Insider awal minggu ini.

"Saya ada bukti, Palanivel membawa masuk mereka yang dipecat oleh Samy Vellu untuk memperkuatkan kedudukan beliau, bukan kerana kepentingan parti tetapi kerana bimbang dengan populariti Dr Subramaniam," kata beliau.

Bahagian Bagan, Pulau Pinang itu, dakwa Asirvatham, digantung oleh Samy Vellu pada 2006 juga kerana Palanivel.

Bekas presiden membatalkan hukuman itu pertengahan tahun lalu ketika kempen GAS diadakan.

"Perlembagaan MIC dengan jelas menyebut mereka yang dipecat hanya boleh diambil balik selepas dua tahun (dari tarikh dipecat)... tiada peruntukan untuk pengampunan, ini canggah dengan perlembagaan.

Itu yang saya maksudkan," katanya sambil menegaskan, tindakan Palanivel sebenarnya akan membawa kepada kehancuran MIC, bukannya menyatukan parti.

Perkara-perkara itu juga dijelaskan dengan panjang lebar dalam surat penjelasan yang dihantar kepada jawatankuasa disiplin hari ini.

Nik Aziz : Pemfitnah Harus Minta Maaf

Posted: 28 May 2011 01:26 AM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz

RAWANG 28 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan pihak yang menabur fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil memohon maaf.

Katanya, ini kerana maruah dan harga diri seseorang individu adalah tunjang sifat kemanusiaan secara jelas tidak boleh diaibkan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik semata.

Justeru, Nik Aziz tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam merupakan faktor kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) yang khuatir akan kehilangan kuasanya.

"Mereka tahu Anwar pandai. Mereka bimbang Anwar jadi Perdana Menteri, sebab itu mereka fitnah. Anwar bukan batang kayu tapi orang. Orang ini ada malu," ujar beliau.

Sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 10 laporan berhubung pengedaran cakera padat (CD) rakaman video seks lucah yang cuba dikaitkan dengan ahli Parlimen Permatang Pauh itu di seluruh negara juga kepada ketua-ketua kampung di sekitar Selangor.

Aktiviti pengedaran cakera padat itu juga didakwa didalangi oleh ahli Umno-BN.

Namun sehingga hari ini, polis masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap trio 'Datuk T' yang merupakan dalang utama dalam pendedahan video berkenaan Februari lalu.

Dalam siri ceramah perdana 'Pas Ganti Umno' semalam, Nik Aziz berkata ideologi parti Umno-BN secara langsung memerangkap mentaliti masyarakat Melayu sehingga keliru untuk membezakan kepentingan mewujudkan senario politik sihat.

Malah beliau turut berpendapat pendekatan Umno-BN itu juga telah menghakis prinsip demokrasi yang diamalkan negara ini.

"Mereka rampas Perak. Ini bukan demokrasi. Kalau mahu pindahkan nama pengundi tidak ada masalah tapi di akhirat nanti akan dapat balasan. Mana ada demokrasi halang orang bercakap. Ini hak semua orang," katanya.

Dalam ucapannya di hadapan dua ribu pengunjung yang hadir di padang Kampung Setia itu, Nik Aziz menyifatkan perbalahan isu agama dan kaum hanya membuka ruang kebencian terhadap masyarakat yang pelbagai.

Walhal katanya, fokus pemerintah seharusnya menjurus kearah penyatuan rakyat seperti mana yang di uar-uarkan dalam slogan 1 Malaysia.

Sehubungan itu Nik Aziz mengingatkan, kaedah politik terbaik bagi struktur masyarakat kompleks seperti di Malaysia merupakan politik yang selari dengan Islam.

Dimana, beliau mengambil contoh pendekatan yang dilaksanakan oleh Pas di negeri Kelantan dari sudut sosio-ekonomi, budaya dan sosial tanpa bersikap dwi standard atau prejudis terhadap kaum lain.

"Umno cuba pecahkan (perpaduan) tidak betul. Semua berasal dari seorang bapa iaitu (Nabi) Adam dan Hawa. Cuba kamu cari siapa nenek moyang. Kalau masih tidak jumpa maka semua manusia berasal dari keturunan yang sama," katanya lagi.

Baru-baru ini Presiden Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ibrahim Ali mengisytiharkan kesediaan beliau untuk berperang 'Jihad' sekiranya masyarakat beragama Kristian mempersoal kedudukan agama Islam di negara ini.

Kenyataan tersebut walau bagaimanapun tidak disokong oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sebaliknya menyatakan bahawa pendapat Ibrahim hanya mewakili segelintir masyarakat Melayu beragama Islam.

Jelas Nik Aziz lagi, beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa Pas tidak akan bergabung dengan Umno-BN walaupun perkara tersebut pernah berlaku dahulu.
"Saya antara orang yang menyokong Pas masuk BN selepas 13 Mei. Sehinggakan Pas di Kelantan berpecah kepada empat. Bila (Pas) masuk, dan (BN) senang dia tendang kita. Sekarang bila sudah susah, mereka datang balik kepada kita.

"Jangan masuk lubang kali kedua. Kalau pertama sudah kena sengat, maknanya bodoh kalau kita masuk kali ke dua," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu menerima penyerahan borang 114 bekas ahli Umno cawangan Kampung Melayu Seri Kundang yang diserahkan sendiri oleh bekas Ketua Bahagiannya, Mat Senin Mat Lana.

Antara lain yang turut menjejaki langkah Mat Senin adalah bekas Ketua Wanita, Kamariah Meor Baldin dan bekas Pemuda, Mohd Khairuddin Abu Bakar.

Pemuda Umno Kelantan Kutuk Nik Aziz?

Posted: 27 May 2011 07:58 PM PDT

Bertaburan risalah berkaitan penghinaan kepada tok guru. Banyak betul modal puak ni.

Puak umno perlu tepuk dada, cermin diri, muhasabah geng korang la dulu. Kalau dapat projek, boleh pakai kereta ferrari korang tak layak nak hina tok guru.

Tepuk dada, tanya iman. Ayuh, mari join pemuda pas kelantan. Tolak umno, tolak gelombang laknat merah.

Tiada ulasan: