Sabtu, 28 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pelatih PLKN Lahirkan & Buang Bayi Di Belakang Asrama

Posted: 28 May 2011 03:34 AM PDT

SABAH DAILY


PASIR MAS : Seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cancun Park, Bukit Tuku dekat sini ditahan polis kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian bayinya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata kelahiran 'rahsia' pelatih berkenaan disedari selepas pelatih itu yang mengadu sakit dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini.

"Pihak hospital kemudian mengesahkan suspek telah melahirkan anak sebelum pihak kita menjalankan pemeriksaan mencari mayat bayi perempuan yang dilahirkan suspek di kawasan kem berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Gambar: MAYAT bayi perempuan seberat 2.6 kilogram dijumpai di dalam kawasan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Taman Cancun, Pasir Mas dibawa ke Hospital Pasir Mas, Kota Bharu untuk dibedah siasat. - Foto Syamsi Suhaimi

Beliau berkata mayat bayi tersebut dipercayai dijumpai kakitangan PLKN kem berkenaan di belakang asrama pelatih perempuan dalam kawasan kem.

"Mayat bayi seberat 2.6 kilogram tersebut ditemui masih bertali pusat dan dilahirkan cukup sifat. Mayat itu kemudiannya di bawa ke hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat,"
katanya.

Katanya pelatih berkenaan kini dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kota Baharu dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pelatih bagi menjaga maruah pelatih dan keluarga.

"Kita menerima laporan mengenai kes itu dan saya telah mengarahkan komander kem mengambil tindakan mengikut perintah yang ditetapkan dan membuat laporan polis," katanya.

Abdul Hadi berkata pelatih tersebut baru melaporkan diri bersama 300 pelatih lain untuk siri kedua pada 15 Mei lepas.

Menurutnya, pelatih tersebut menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pelatih lain sebelum melaporkan diri dan lulus dalam pemeriksaan tersebut.

Pemimpin Umno-BN resah jadi pembangkang

Posted: 28 May 2011 03:32 AM PDT

SABAH DAILY




Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.

Menurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini.

"Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa.

"Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.

"Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang," kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini.

NONEBeliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa.

"Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa.

NONE"Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami dari Penyokong Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu "disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan". -MK



MPS Anti Islam?

Posted: 28 May 2011 03:27 AM PDT

Oleh : KRANGKANG BATRUSI (sabahkini)

PAS Sabah menasihatkan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar menghentikan segera ancaman untuk menghentikan operasi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik PAS yang telah ditubuhkan sejak 25 tahun yang lalu secara sah menurut Perlembagaan PAS Fasal 6 (2).

"Saya menasihatkan MPS supaya menghentikan tindakan yang sia-sia ini dan bertindak mengikut lunas demokrasi serta undang-undang yang sedia ada," demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Hj Hamzah Abdullah.

Haji Hamzah merujuk kepada notis yang dikeluarkan oleh MPS bertajuk "Notis menghentikan operasi taska PASTI" yang bertarikh 23 Mei 2011 dengan nombor rujukan MPS:200-00/031/0004/007/. Notis ini menuntut supaya PASTI menghentikan operasinya serta-merta.

Tegasnya lagi, PAS tidak akan menghentikan operasi PASTI kerana kewujudannya adalah sah serta memberi manfaat kepada masyarakat dalam membentuk peribadi Muslim dan ini adalah isu lama yang telah selesai sejak lebih 20 tahun lalu.

Kata Hamzah, PASTI adalah sah dan berdaftar di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat serta dihalalkan oleh perlembagaan parti. Bagaimana mungkin perlu menghentikan operasi PASTI sedangkan ia merupakan salah satu aktiviti parti yang disebut di dalam perlembagaan PAS.

"Apakah MPS Anti-Islam dan mencabul Perlembagaan Persekutuan? Sewajarnya MPS bertindak menutup Pusat-Pusat Maksiat yang telah banyak menjerumuskan remaja Muslim ke lembah maksiat dan keruntuhan moral," sambungnya lagi.


Kerajaan Negeri Buat Semakan Audit Perbelanjaan MDKS

Posted: 28 May 2011 03:26 AM PDT

SELANGOR KINI

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menjalankan audit khas terhadap semua kontrak yang diberikan kepada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di bawah Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi mengenal pasti punca kelewatan serta melihat sama ada tuntutan pembayaran tersebut dibenarkan menurut garis panduan sedia ada.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Menteri Besar berkata sekiranya didapati MDKS tidak membayar seperti yang sepatutnya kepada kontraktor yang terlibat, kerajaan negeri tidak teragak-agak meminta MDKS menjual aset-aset miliknya untuk melunaskan hutang itu.

"Melalui semakan awal yang dilakukan, kerajaan negeri mendapati MDKS meluluskan perbelanjaan melebihi dari had yang dibenarkan. Ini kerana, kerajaan negeri hanya membenarkan MDKS membelanjakan sejumlah RM3.2 juta untuk kerja-kerja pembersihan seperti yang diputuskan pada 2007," katanya.

Menurutnya lagi Kerajaan negeri mendapati lebihan perbelanjaan berlaku kerana kontraktor-kontraktor yang terlibat mengenakan kadar caj yang melebihi sepatutnya.

Akibat dari lebihan caj tersebut, MDKS kini mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM18 juta yang tidak dibayar sejak 15 bulan lalu seperti yang dilaporkan media, hari ini.

Perbelanjaan yang melebihi RM3.2 juta adalah tidak sah kerana tiada arahan rasmi oleh kerajaan negeri yang membenarkan MDKS membelanjakan lebih dari jumlah itu.

"Kerajaan negeri menegaskan bahawa kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di MDKS adalah dilantik Alam Flora bukan lantikan kerajaan negeri. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap MDKS dan Ahli-ahli Majlis," katanya.

Hari Ilmu Selangor 2011 Buat Kelainan

Posted: 28 May 2011 03:21 AM PDT

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Atas kejayaan sambutan hebat daripada pembaca di negeri Selangor dalam Hari Ilmu Selangor pada tahun lalu, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sekali lagi akan menganjurkan 'Hari Ilmu' bermula pada 24 Jun sehingga 3 Julai ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata sambutan Hari Ilmu Selangor ini juga meletakkan harapan kepada pemimpin-pemimpin di sekitar untuk memainkan peranan dalam menguar-uarkan konsep hari ilmu kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Ujar beliau, kempen ini merupakan di antara proses dan inisiatif kerajaan negeri dalam mendidik rakyat supaya sedar akan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian.

"Tetapi konsep kali ini kita mahu dipanjangkan, diperluaskan dan juga menjangkau lebih ramai lagi kita punya pembaca, itu adalah konsep kita nak membudayakan ilmu pembacaan ini."

Dalam pada itu, menurut Pengarah PPAS, Mastura Muhamad kelainan yang akan diangkat pada tahun ini bagi menarik lagi jumlah pembaca di Selangor adalah dengan memberi pelbagai jenis buku untuk dipamerkan.

"Kali ini tanggungjawab terletak pada bahu-bahu penerbit buku, pereka grafik buku. Maknanya untuk membuat orang tu terus membaca adalah tanggungjawab penulis untuk buat benda yang kreatif, menarik dan memberi faedah kepada pembaca itu sendiri.

Malah menurut beliau lagi, buat pertama kalinya kempen "15 Minutes Reading Break" diperkenalkan bagi menjadikan amalan membaca selama 15 minit sebagai saat yang amat bernilai buat seluruh rakyat Selangor.

"Kali ini kelainan kita adalah kita buat perhimpunan dan konvensyen penulis dan juga 'Campaign 15 Minutes Reading Breaks'. Kempen ini mendapat insiprasi daripada konsep Earth Hour."

Kempen membaca ini akan diadakan secara serentak di seluruh Negeri Selangor.

Waktu sasaran ialah pada jam 10.45 pagi hingga 11.00 pagi, pada hari Ahad, 26 Jun 2011.

Majlis dwi Perasmian Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011 akan berlangsung pada 26 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan Majlis bakal disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pesta Buku Selangor 2011 akan disertai oleh pelbagai penerbit dan pengedar buku yang akan mempamerkan pelbagai buku-buku terbitan dalam dan luar negara dan sejumlah 150 buah gerai akan menyertai pameran ini.

Sasaran pengunjung tahun ini adalah seramai 350,000, sebanyak 70 pempamer yang akan menyertai hari ilmu ini, antaranya adalah Al Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd, Ana Muslim Distributor Sdn Bhd, Cerdik Publication Sdn Bhd, E-Media Publication Sdn Bhd, Ez Math, Galeri Buku Shabab dan pelbagai syarikat penerbitan lain.

KPT KENA JELASKAN STATUS KOLEJ TIRAM

Posted: 28 May 2011 03:16 AM PDT



Oleh: SURIATI MAHMUD

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi disarankan menjelaskan kedudukan dan status Kolej Tiram di Lahad Datu yang menjalan operasi tanpa kelulusan sejak 30 tahun lalu dan tidak termasuk dalam senarai lima IPTS di Sabah yang dikenakan kompaun RM50,000 kerana melanggar peraturan.

Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Nahul yang sebelum ini menimbulkan isu berkenaan kesal kerana Kolej Tiram terus beroperasi tanpa sebarang halangan termasuk menawarkan kursus berkembar dengan IPTS di Semenanjung Malaysia dan sekolah menengah swasta.

"Apa istimewanya Kolej Tiram hingga dikecualikan daripada hukuman dan terus beroperasi tanpa sebarang sekatan sedangkan Tadika PASTI dan swasta tidak dibenarkan beroperasi tanpa lesen," ujar Kunsul yang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM menyiasat isu ini.

Kunsul mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung bahawa sekurang-kurangnya lima Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Sabah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 atas pelbagai kesalahan tahun lepas, namun tidak menyebut nama Kolej Tiram.

Dr Hou menyatakan antara kesalahan itu termasuk mengendalikan kursus tamat tempoh, pindah premis atau menawarkan kursus tanpa kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan memberi amaran kepada semua IPTS agar sentiasa mematuhi kriteria dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Memandangkan Kolej Tiram tidak berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi namun masih menjalankan operasi, maka Kunsul menjelaskan ada sesuatu yang tidak kena; apatah lagi sekolah swasta ini dipercayai dimiliki oleh pemimpin MIC.

"Kenapa Majlis Daerah Lahad Datu juga tidak mengambil tindakan kerana ubah suai sekolah ini tidak mendapat kelulusan Majlis Daerah," ujar Kunsul yang mengatakan pengurusan Kolej Tiram meremehkan teguran beliau sebelum ini.

Kunsul bagaimanapun bersetuju agar Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak berkuasa tempatan diberi kuasa penuh bagi memastikan Akta 555 dipatuhi demi kepentingan negara.

Oleh itu, Kunsul menggesa Kerajaan bertindak tegas ke atas Kolej Tiram sebagaimana tindakan yang diambil terhadap Institut Senireka Raffles yang telah disabit kesalahan dan didenda RM120,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas lima pertuduhan berkaitan dengan mengendalikan kursus tanpa mendapat kelulusan.

Untuk rekod, jumlah IPTS yang beroperasi di negara ini ialah 488 buah, termasuk 25 berstatus Universiti, 22 berstatus Kolej Universiti, lima cawangan universiti luar negara dan 436 berstatus kolej.

BN berlakun 'kononnya' Prihatin Rakyat

Posted: 28 May 2011 03:11 AM PDT


Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan harga RON 95 kekal, menandakan BN goyang, Pakatan Rakyat kuat. Menjadi kelaziman kepada mana-mana pemimpin dunia yang tidak prihatin kepada rakyat akan tersentak bila hampir pilihanraya dalam negara mereka.

Pemimpin Umno BN sudah mula cakna rakyat kerana hendak ambil hati pengundi, lebih-lebih lagi suasana pilihanraya akan datang bukan era 60 an dan 70 an. Pengundi sudah berbeza dan semakin matang untuk memilih mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab. Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat

Ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.

Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik. Tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik. PAS yakin minyak akan naik selepas pilihanraya nanti jika BN terus mendapat mandat. Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang.

PAS masih menunggu apakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin. Rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan. BN mewujudkan "Makmal", untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat. Sepatutnya peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.

PAS yakin harga minyak akan naik melambung selepas pilihanraya Umum ke 13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat. Oleh itu untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putrayaya di dalam pilihanraya akan datang.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Pinjaman 100% untuk rumah pertama bohong!

Posted: 28 May 2011 03:09 AM PDT


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/hanafiah.jpgKEMAMAN - Pinjaman seratus peratus kepada orang muda bagi membeli rumah pertama sebagaimana yang diheboh-hebohkan sebenarnya adalah cakap kosong dan bohong.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, tidak ada satu bank pun yang mengamalkan 'polisi kosong' kerajaan itu.

"Ia adalah cakap kosong, janji menjelang pilihanraya sahaja, saya sudah berjumpa dengan pihak bank dan bertanya adakah kemudahan pinjaman 100% untuk rumah pertama itu,

"semuanya memberikan jawapan negatif,"tegasnya.

Menurutnya, apa yang diamalkan oleh pihak bank sekian lama adalah, setiap orang yang mahu meminjam bagi tujuan membeli rumah mestilah mempunyai simpanan sebanyak RM4500 terlebih dahulu.

Oleh itu katanya, mana mungkin orang muda yang baru habis belajar dapat menyimpan wang sebanyak itu dalam bank.

"Kalau seseorang yang baru habis belajar, baru keluar Universiti, tidak akan mampu menyimpan wang sebanyak itu kerana mereka juga dibebani hutang pembiayaan pengajian yang perlu dibayar,"jelasnya.

Sehubungan itu, Hanafiah berkata tindakan kerajaan tidak menaikkan minyak petrol RON95 adalah helah Umno-BN bagi menghadapi pilihanraya umum yang sudah terlalu hampir.

"Saya baru mendapat maklumat terkini dari Putrajaya, PM Najib baru sahaja selesai mesyuarat bersama semua jentera Kerajaan termasuk SPR dan Jemaah Menteri,

"Keputusan telah diambil, Parlimen akan dibubarkan bagi tujuan memberi laluan untuk diadakan Pilihanraya Umum ke 13 pada bulan Julai, selepas pilihanraya, sekiranya BN menang, RON95 akan dinaikan,"katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada semua orang muda menolak Umno dan BN pada pilihanraya akan datang kerana pembohongan mereka yang begitu jelas.

Kem PLKN Tanaki ditutup ekoran risiko tanah runtuh

Posted: 28 May 2011 03:00 AM PDT

BERNAMA


KUALA LUMPUR - Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tanaki di Tambunan, Sabah ditutup buat sementara mulai hari ini ekoran berhadapan risiko tanah runtuh.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, tindakan proaktif itu diambil hasil tinjauan Tim Pemantauan JLKN pada 23 Mei lalu berpendapat struktur tanah di beberapa kawasan di dalam kem tersebut perlu dibuat kajian keselamatan.

Jumlah pelatih di kem berkenaan adalah seramai 265 termasuk 35 orang dari Semenanjung dan mereka terdiri daripada 147 lelaki dan 118 perempuan.

"Kesemua mereka telah dipindahkan pada jam 9 pagi tadi ke kem-kem PLKN yang lain iaitu Kem PLKN Mesapol Sipitang iaitu seramai 52 orang, Kem PLKN KK Bawah Bayu Tuaran, 71 orang, Kem PLKN Wawasan Papar, Kota Kinabalu, 70 orang dan Kem PLKN Sinarjaya Kota Belud 72 orang," katanya hari ini.

Abdul Hadi berkata, ibu bapa dan keluarga pelatih telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Abdul Hadi berkata, JLKN telah meminta pengusaha kem berkenaan supaya memperbaiki tempat berisiko berkenaan seterusnya mendapatkan pengesahan juruperunding bertauliah.

Beliau berkata, Bahagian Teknikal Kementerian Pertahanan kemudian akan membuat siasatan dan memberi cadangan kepada pihaknya sama ada kem berkenaan boleh dibuka semula atau sebaliknya.

"JLKN amat mengambil berat soal keselamatan dan keselesaan pelatih dan tidak akan bertolak ansur dalam aspek ini," katanya.

MANA LEBIH KEBAL, ANWAR ATAU IBRAHIM RAJA KATAK?

Posted: 28 May 2011 02:50 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS



IBRAHIM ALI Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas terkenal dengan nama `raja katak' yang ingin `berjihad' dalam `Perang Salib'. Agak kelakar bila Ibrahim Ali menyebut sanggup berjihad di dalam `Perang Salib' apabila isu Kristian sebagai agama rasmi negara ini dimainkan oleh Blogger celaka yang tidak pun ditangkap sehingga sekarang.

Tahukah Ibrahim Ali apa itu `Perang Salib'? Apabila Ibrahim Ali menyebut sanggup berjihad di dalam `Perang Salib' maka ramai yang keliru akan agama MP Pasir Mas ini. Istilah `Perang Salib' itu sebenarnya digunakan oleh kumpulan `Pejuang Kristian' untuk menentang Pejuang Islam suatu ketika dahulu. Bagi Pejuang Islam peperangan ini disebut `Perang Fi-Sabililillah' atau `Perang Sabil'. Itu istilah buat orang Islam, tetapi Ibrahim Ali menyebut sanggup berperang salib, ini bererti istilah pun Ibrahim tidak tahu guna.

Saya pernah menyebut sepatutnya Ibrahim Ali boleh `berjihad' yakni berkorban di Pasir Mas iaitu meletakkan jawatan MP Pasir Mas atas alasan kukuh iaitu majoriti pengundi-pengundi beliau dahulu sudah tidak redha beliau sebagai Wakil Rakyat mereka. Jika Ibrahim Ali sanggup `Perang Salib' yang nyawa adalah gadaiannya, maka mengapa takut mahu korbankan Kerusi Parlimen? Kalau mahu lepaskan Kerusi Parlimen yang tidak diredhai itu pun takut, usahlah Ibrahim Ali berdegar-degar mahu berjihad `Perang Salib'.

Hari ini pula, Ibrahim Ali mendakwa bahawa beliau tidak kebal dari segi undang-undang apabila rakyat tertanya mengapa beliau tidak ditahan atau ditangkap apabila beliau memainkan isu `Perang Salib'? Sebaliknya, raja katak dari Pasir Mas ini mendakwa DS Anwar lah yang kebal sebenarnya. Benarkah DS Anwar itu kebal? Butakah mata Ibrahim Ali sehingga tidak tahu sejarah DS Anwar semenjak tahun 1998 sehingga kini? Bukankah Ibrahim Ali di antara orang pertama yang memeluk dan mencium tangan DS Anwar sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu dibebaskan dari penjara dan dibawa untuk rawatan di German?

Ibrahim Ali berkata, " Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya merupakan pemimpin yang 'tidak boleh disentuh' kerana masih mengulas mengenai kes yang dibicarakan di mahkamah (Malaysiakini). Ibrahim Ali nampaknya cuba mengaitkan DS Anwar untuk melindungi kebaculannya. Memang wajar beliau dan Nazri Aziz saling menuduh sebagai `Badut Sarkas' kerana kedua-duanya memang `Joker Badut' yang murahan.

Saya mahu tanya Ibrahim Ali, apa bentuk penderaan dan kezaliman yang tidak pernah dilakukan terhadap DS Anwar? Diaibkan, difitnah, ditahan. dipenjara, ditelanjangkan, dipukul, digantung dari Parlimen, disekat berceramah, diugut dan berbagai lagi yang membuktikan tiada seorang tokoh Melayu Islam di negara ini mungkin di abad ini yang melalui apa yang DS Anwar lalui. Jika Ibrahim hanya boleh berbangga dengan kemasukan beliau ke dalam penjara untuk menunjukkan kehebatannya, kita boleh kumpulkan berapa ramai pejuang politik yang pernah masuk penjara. Tetapi, berapa ramai yang boleh bertahan apabila keluar dari penjara untuk terus berjuang? Ramai juga yang pernah masuk penjara, keluar penjara terus menjadi pencacai kerajaan yang zalim. Tidak percaya, cuba bertanya Ezam raja sesumpah. Pada saya `Ismail Kerbau' lebih hebat kerana lebih kerap masuk penjara dari Ibrahim Ali.

Mahu tahu kebal atau tidak, saya cadangkan Ibrahim Ali diterima masuk PKR, PAS atau DAP, kemudiannya buat kenyataan seperti yang beliau sebut baru-baru ini iaitu sanggup `Perang Salib' dengan golongan Kristian. Saya rasa tidak sempat Ibrahim Ali telan air liur, beliau akan disumbatkan ke dalam penjara di bawah Akta ISA. Tidak percaya? Kita boleh beri Ibrahim Ali untuk mencuba./

wfauzdin.blogspot.com

Mengapa Umno suka kekalkan kemunduran kampung?

Posted: 28 May 2011 02:46 AM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Otman


Semasa mengunjungi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar di Seremban baru-baru ini, sambil menikmati keenakan daging rusa masak lemak semasa makan tengahari, saya tertarik dengan fenomena penurunan jumlah pengundi di beberapa kawasan Dun di negeri itu. Ia lebih tertumpu di kawasan pedalaman atau kampung-kampung tradisi.

Semasa mengunjungi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar di Seremban baru-baru ini, sambil menikmati keenakan daging rusa masak lemak semasa makan tengahari, saya tertarik dengan fenomena penurunan jumlah pengundi di beberapa kawasan Dun di negeri itu. Ia lebih tertumpu di kawasan pedalaman atau kampung-kampung tradisi.

Zul membangkitkan soal pembangunan yang tidak seimbang di antara desa dan kota, yang menyebabkan penghijrahan ke bandar. Biarpun Menteri Besar, Mohamad Hassan mempunyai latar belakang dunia korporat, namun keupayaannya untuk memastikan Negeri Sembilan mendapat limpahan pembangunan pesat Lembah Klang boleh disifatkan gagal. Mohamad juga dikatakan berdepan dengan masalah dalaman Umno yang serius.

BN Negeri Sembilan lebih diingati kerana dapat menghalang penguasaan Pakatan Rakyat ke negeri-negeri di selatan tanahair. Namun begitu, buat pertama kali, BN gagal meraih majoriti dua pertiga dalam sidang Dun. Ini merupakan satu rekod. Sebelum ini, wilayah selatan boleh diumpamakan sebagai "simpanan tetap" buat Umno.

Dalam pilihan raya umum ke-12, DAP menang semua kerusi Dun ditandinginya, kecuali satu. Kerusi berkenaan adalah Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Lukut, Repah dan Senawang. Calonnya hanya tewas di Chennah. Manakala KeADILan, yang diperuntukkan 12 kerusi, mencipta kejutan di Sikamat, Ampangan, Chuah dan Port Dickson.

PAS melakar sejarah di Paroi, meskipun diberi kepercayaan bertanding kerusi Dun paling banyak iaitu 13 kerusi. Congak atas kertas agak menarik. Pakatan hanya memerlukan empat kerusi lagi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, berdasarkan trend pengundian masyarakat Melayu, khususnya di kampung dan penempatan Felda, impian itu berdepan cabaran yang cukup sengit.

Kecenderungan ini merata sifatnya, bukan sekadar di Negeri Sembilan, malah di negeri-negeri lain juga. Strategi Umno memang mahu mengekalkan majoriti masyarakat Melayu di kampung-kampung dalam keadaan daif, dihimpit masalah ekonomi, bergantung dengan kerajaan, tidak terdedah dengan maklumat, manakala golongan yang berpendidikan tinggi akan meninggalkan kampung.

Sesungguhnya proses perbandaran dan pembesaran kelas menengah, yang seringkali dikaitkan dengan gelombang pendemokrasian, begitu menggerunkan Umno-BN. Perhatikan saja dalam kes Negeri Sembilan, hampir semua kerusi bandar dan pinggir bandar dikuasai Pakatan.

Begitu juga di Selangor. Umno hanya boleh bertahan di kawasan luar bandar (itu pun dengan majoriti cukup kecil, misalnya di Sungai Air Tawar dan Sabak) dan MCA tinggal satu kerusi di Sungai Pelek, Sepang.

Mungkin dengan strategi memperlambatkan proses pembangunan di kampung-kampung membuatkan Umno terus berjaya "menjajah" minda pengundi, selain memaksa anak-anak muda yang semakin celik politik berhijrah ke pekan.

Namun begitu, taktik ini tidak mampu bertahan lama. Lambat-laun kesedaran tentang hak dan kewajipan itu akan merata dan menerobos ke seluruh pelosok negeri, sekali gus menyanggah mitos lama tentang kepalsuan "keramatnya" Umno.

Generasi yang berpendidikan dan memiliki tahap ekonomi lebih baik, meskipun tidak lagi tinggal bersama ibu bapa di kampung, akan mempengaruhi keluarga dan memudahkan perubahan berlaku.

Soalnya, apakah peranan aktivis parti khususnya pendokong PAS, bagi mempercepatkan proses peralihan kerajaan itu? Masakan kita hanya menunggu untuk meraih laba, dengan mengharapkan kitaran itu berlaku secara semulajadi?

Dan harus diingat, strategis dan aktivis Umno tidak akan duduk diam menunggu takdir. Di samping taktik kotor jangka pendek seperti memanipulasi senarai daftar pemilih, maka sentimen, psikologi dan emosi pengundi khususnya masyarakat Melayu akan "dipermainkan", selain tradisi politik wang yang menjadi nadi kempen Umno-BN.

Jika Umno mahu orang Melayu terus terkurung dengan "kejahilan" dan "ketergantungan", seharusnya PAS mempunyai misi dan visi jelas tentang "pencerahan" atau "politik baru".

"Parti Islam tidak harus membeku pada takuk lama, sebaliknya harus berada di tengah gelanggang, arif tentang budaya setempat, apatah di Negeri Sembilan yang mempunyai keunikan tersendiri, menjadi penggerak di medan dan penyelesai konflik. Biar nampak sosok yang matang dan penampilan yang dihormati," ujar seorang pemerhati politik.
"Dakwah memang tunjang pendekatan politik PAS tetapi jangan berlegar dalam isu-isu titik-bengik dan dan membazirkan masa dengan problem dalaman sehingga meminggirkan gelodak jiwa rakyat yang perlu disantuni dan didekati," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, saya perhatikan seolah-olah ada persamaan menarik di antara PAS Negeri Sembilan dan PAS Perak (yang juga saya kunjungi tidak lama dulu). Berdasarkan perbualan dengan Zulkefley dan sebelumnya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr Khairudin Abd Malik, hubungan PAS dengan parti-parti komponen Pakatan di kedua-dua negeri itu cukup erat.

Persefahaman yang terbentuk bukan sahaja di peringkat parti tetapi melibatkan personaliti utama kepemimpinan tertinggi. Mungkin jalinan baik itu dibantu oleh penglibatan lebih awal dalam isu-isu kemasyarakatan, khususnya membabitkan pemimpin PAS dan DAP negeri semasa mereka bergerak dalam NGO.

II. Melayu dibelenggu propaganda

Apakah benar bahawa masalah politik orang Melayu lebih kepada kesukaran untuk mempengaruhi persepsi mereka, yang dipegang atau diwarisi sejak lama, dan bukannya berkisar kepada halangan untuk mendapatkan maklumat ataupun informasi terkini?

Benarkah pengundi Melayu sudah cukup dibekalkan dengan segala fakta dan data tentang realiti politik Malaysia yang rencam ini? Ada pendapat yang mengatakan, bukannya mereka jahil sangat tentang seribu satu penyelewengan, salahguna kuasa dan korupsi pemimpin Umno. Malah mereka juga arif tentang kebobrokan akhlak dan gaya hidup pemimpin yang menyimpang daripada tuntutan Islam.

Tanpa mengetepikan hakikat bahawa masih ada sekelompok orang Melayu yang terus "ditawan" oleh akhbar Utusan Malaysia dan siaran propaganda RTM dan TV3 -- dan ini juga memerlukan penekunan tersendiri untuk memecahkan kepompong itu -- tetapi apa yang lebih urgent adalah memastikan persepsi atau tanggapan mereka tentang real politik dipandu oleh kesedaran mendalam dan maklumat yang kemaskini.

Timbunan informasi kadangkala membingungkan juga, atau ia sekadar memaparkan fakta dan statistik tanpa berupaya membentuk "gelombang" atau membangkitkan "sentimen". Misalnya, pengundi Melayu-Melanau dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu tentunya turut menyedari gumpalan skandal kewangan dan aksi kezaliman regim Taib Mahmud, sepertimana dirasai pengundi Tionghua, tetapi reaksi mereka begitu berbeza, 'kan?

Begitu juga, misalnya, ketika Melaka pernah heboh dengan dakwaan skandal seks Ketua Menterinya yang dikaitkan dengan gadis bawah umur, selain senarai panjang penyelewengan yang didedahkan Lim Guan Eng (sehingga akhirnya pemimpin DAP itu dipenjarakan), apakah rakyat negeri berkenaan, terutama orang Melayu seolah-olah berada dalam kubu yang tidak ditembusi sebarang maklumat mengenainya?

Pendekatan tentang kelakuan mengundi di Malaysia pernah dibincangkan oleh Ghazali Mayudin (2006), bekas Ketua Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengutarakan tiga pendekatan, iaitu sosiologikal, identifikasi parti dan pilihan rasional.

Pendekatan sosiologikal menekankan bahawa status sosioekonomi (pendidikan, pendapatan dan kelas), agama, etnik dan tempat tinggal (bandar dan luar bandar) mempunyai kaitan yang rapat dengan pilihan pengundi.

Identifikasi parti pula merujuk kepada ikatan dan kesetiaan kepada sesuatu parti dan atas dasar inilah maka sesuatu parti itu dipilih dalam pilihan raya. Kesetiaan itu pula melalui proses sosialisasi politik iaitu proses yang menurunkan dan menanamkan nilai dan norma daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Oleh kerana adanya penurunan nilai itu, maka terdapat kecenderungan parti yang disokong oleh anak adalah sama dengan parti ibu bapa mereka.

Pendekatan ketiga ialah pendekatan pilihan rasional yang mengandaikan pengundi bertindak secara rasional semasa membuat keputusan untuk keluar mengundi dan semasa membuat pilihan ketika mengundi. Pengundi akan bertindak secara rasional dengan memilih calon atau parti yang sesuai dengan kehendaknya dan dijangka akan memberi faedah atau kepentingan kepadanya.

Saya percaya, pengundi di Malaysia semakin matang untuk membuat pilihan secara rasional. Masalahnya, kadang-kadang sentimen dan emosi dapat mengalahkan pilihan rasional, meskipun profil pengundi kian sofistikated dan berilmu. Ya, dalam politik, kebenaran bisa sahaja "ditewaskan" oleh persepsi. Percaturannya tidak semudah "1+1=2".

Apa pun, kebenaran dan hujah rasional jika dibentangkan secara bijaksana, berhemah serta dapat menawan imiginasi, akhirnya akan membentuk satu persepsi yang lebih mantap dan "bertahan lama".

III. Azizi Haji Abdullah

Agak lama saya tidak mendengar khabar sasterawan terkenal, Azizi Hj Abdullah. Selepas saya menjalani pembedahan pintasan jantung, agak kerap juga kami bertukar pandangan tentang kesihatan. Rupanya Azizi turut mengalami masalah jantung, tetapi nampaknya beliau lebih cenderung dengan rawatan tradisional.

Beliau pernah mengirimkan saya bawang putih yang dibakar khas. Katanya, ia sesuai untuk menurunkan kolestrol. Dalam umurnya 69 tahun, memang agak berisiko melakukan "bypass", apatah lagi jika ada masalah kronik yang lain, seperti buah pinggang, diabetis mahupun darah tinggi.

Sehinggalah dua minggu lepas, saya dimaklumkan oleh aktivis Paksi, Kasim Muhammad dan Hasni Abas, bahawa Azizi sudahpun dibedah di Pulau Pinang. Cikgu Azmi Abd Hamid (Teras) turut mengesahkan sambil menambah, Azizi turut mengalami kegagalan buah pinggang dan ini menyukarkan proses pemulihan.

Sepatah kata Kasim, yang sempat meminjamkan buku Azizi -- Kuras-Kuras Kreatif -- tentang proses pengkaryaan kreatifnya: "Susah nak cari penulis besar yang sebegitu merendah diri."

Pagi Jumaat lalu, laporan Berita Harian memaklumkan Azizi masih di ICU "dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga tengkuknya terpaksa ditebuk bagi membolehkannya bernafas". Bersama-samalah kita mendoakan kemudahan buat Ustaz Azizi dan segera sembuh.

Kebetulan saya sedang mengulangi dua bukunya, Jiwa Hamba dan Luka Rakyat, buku yang cukup menarik dan lengkap, antara lain memperihalkan gelodak rasa masyarakat bawahan. Namun, saya lebih mengingati cerpen-cerpennya yang "menyentuh dan menikam", terutama mengisahkan tentang bapanya dan cinta monyet anak-anak kecil.

Saya turut menerima SMS daripada anggota keluarga Azizi, pada petang 21 Mei lalu: "Keadaan ustaz agak lemah dan kurang stabil. Buat masa sekarang, masih di ICU. Doktor minta dikurangkan pelawat kerana masalah kebangitan kuman. Diminta sahabat-sahabat dapat mendoakan kesihatan yang baik.

Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 naib

Posted: 28 May 2011 12:12 AM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:


PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj

2. Nasharudin Mat Isa, YB

3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato'

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato'

2. Idris Haji Ahmad, Ustaz

3. Mahfuz Omar, YB Dato'

4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato'

5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri

6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz

2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz

3. Abdul Wahid Endut, YB Hj

4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,

5. Ahmad Sabki Yusof,

6. Aiman Athirah Al-Jundi

7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.

8. Apandi Mohamad, Hj

9. Asmuni Awi, Hj

10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,

11. Azman Shapawi, Ustaz

12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr

13. Halimah Ali, YB Dr.

14. Hamzah Abdullah,

15. Hamzah Jaafar, Dr.

16. Hanipa Maidin, Hj

17. Hassan Ali, YB Dato' Dr.

18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)

19. Iskandar Abdul Samad, YB

20. Kamal Ashaari, Ustaz

21. Kamarudin Jaffar, YB Dato'

22. Khalid Abd Samad, YB Hj.

23. Khalil Idham Lim, YB

24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.

25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.

26. Mazlan Aliman,

27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz

28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.

29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB

30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz

31. Mohd Anuar Tahir, Hj

32. Mohd Firdaus Jaafar, YB

33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.

34. Mohd Nasir Mustafa,

35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz

36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji

37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr

38. Muhammad Husin, YB

39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.

40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB

41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,

42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz

43. Norazli Musa, Ustaz Hj.

44. Normala Sudirman,

45. Nuridah Salleh, Ustazah

46. Razman Zakaria,

47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,

48. Rosidi Hussin

49. Sa'ari Sungib, YB Hj.

50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.

51. Suhaizan Kaiat,

52. Wan Hasrina Wan Hassan,

53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj

Tidak Salah Kalau Ada Yang Pro Anwar, Kenapa?

Posted: 27 May 2011 05:06 PM PDT

MSO


ADA seorang politik gila bercakap perebutan jawatan dalam Pas yang akan terlaksana pada muktamar ke 57 minggu depan adalah perkadasan dan pertembungan di antara golongan ulama dan golongan pemuja Anwar - pro Anwar. Begitu rendah sekali analisa dan pemerhatian orang gila ini. Dia berkata demikian seolah-olah Pas sebuah parti yang diwakili oleh budak-budak yang cacat akal.

Sudah 57 tahun Pas berada di persada negara ni telah melalui berbagai liku dan luruh perjuangan. Pas bukan saja boleh dianggap matang, tetapi dalam sesetengah perkara sudah sampai ke peringkat terlampau matang, sehinggakan boleh membaca kilau di dalam kilat. Atau terkilas saja ikan di air Pas sudah dapat mengenal apakah jantan atau betia atau pun 'husna'.

Jadi apabila orang politik gila ini membuta tafsiran demikian ia adalah menunjukkan kedangkalan pemikiran beliau sendiri yang tidak dapat mengenali perjungan Pas sebetualnya. Mungkin kerana telah lama meninggalkan Pas maka perkembangan dan perubahan dalam Pas tidak sampai kepada akalnya.

Dia masih teroleng-oleng seperti dulu juga merasa syok sendiri kononnya akulah betul dan cara akulah benar.

Seperti ditegaskan oleh pemimpin Pas, tidak wujud kumpulan atau mana-mana puka tegar di dalam Pas, apa lagi kumpulan pro Anwar. Pas adalah satu kumpulan yang memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran dibawa oleh Umno khususnya. Itulah kumpulan Pas.

Adapun kenapa dilihat ia mirip kumpulan tertentu ialah kerana pendekatan dan aliran yang digunapakai. Ada yang mengambil pendekatan modern penuh tektikal, yang cuba mempraktikan berbagai teori baru dan ada yang masih mengambil pendekatan konsevertif dengan berlunak dan berdoa atau pun rigid dengan pendekatan lama. Ada juga yang menerima politik itu rencam ke mana dan apa saja boleh diterima pakai asalkan Pas mencapai kemenangan kerana matlamat di dalam perjuangan ialah untuk menang.

Tidak boleh nafikan ini berlaku. Saya sudah nyatakan perbezaan ini berlaku kerana latar belakang pendidikan dan terbiah mereka yang berada di barisan depan berbeza. Yang berpendidikan barat akan menggunakan pendekatan ala barat, yang berpendidikan Timur Tengah pula akan menggunakan pendekatan tradisi stail gerakan Islam. Dalam hal ini gerakan Islam di Mesir, Ikhwan Muslimim lah dijadikan contoh.

Kalau dihayati dan dilihat kedua-dua tektik dan pendekatan itu untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu kemenangan Pas bagi membolehkan parti itu merealisasikan aspriasi perjuangan. Baik yang mengambil fahaman barat atau pun fahaman Timur Tengah, keduanya berpaksikan kepada syahadat Islam.

Sebab bagi mereka yang tidak memperakui ketauhidan Tuhan mereka tidak akan masuk ke dalam Pas awal-awal lagi, atau kalau pun mereka masuk dengan tujuan hendak mengucar kacirkan atau menumpang 'mangkok somping' dari Pas saja.

Sekiranya mereka yang berpendidikan sekular, ini tidak sedia akur prinsip dan dasar perjuangan Pas mereka tidak akan bersama Pas. Mereka lebih senang dan mesra dengan Umno seperti setengah kalangan profesional memilih Umno. Bukan itu saja mereka yang sekular yang memilih Islam ini juga kerana di dalam hati mereka sudah tertanam bibit atau kepcayaan bahawa Islam adalah cara hidup.

Bila mereka menerima Islam sebagai cara hidup ertinya mereka menggunakan perencah dan perasa Islam untuk membina negara. Seperti tukang masak bila mereka sudah mengambil satu jenis perencah atau perasa untuk membuat kueh, buatlah kueh itu dalam bentuk bagaimana pun tetapi perasa dan pencecah itu tetap ada. Nah begitulah juga golong sekular di dalam Pas.

Pulak, tidak semestinya apabila seseorang itu mendapat pendidikan Timur Tengah yang lebih tampak berbudaya Islam dengan perwatakan, pakaian dan budaya, boleh menuduh mereka adalah Islam tulen atau kaedah mereka tepat mencapai matlamat. Ia mungkin baik tetapi kaedah harus disesuaikan dengan keadaan di sini.

Kambing atau unta dari tanah padang pasir tidak boleh dipelihara dengan menggunakan keadaan di sini. Maka ia harus disesuaikan dengan membentuk iklim, permakanan dan suasana kehidupan kambing dan unta padang pasir. Sebab kalau kambing atau unta itu dipelihara seperti di padang pasir nescaya akan matilah kambing berkenaan.

Memahami gambaran ini, tidak adalah puak yang pro Anwar di dalam Pas dalam erti kata menerima prinsip perjuangan Anwar. Ertinya pro Anwar bukan menjadi bahaya kepada Pas, kerana pro itu adalah sokongan saja untuk memastikan Pas mendapat keuntungan. Sebagai parti siasah Pas harus bijak bertindak, bijak membuat perhitungan dan penilaian mengikut keperluan semasa. Pas mungkin sudah mengenal pasti bahawa aura Anwar kini kuat dan hebat, maka Pas peru ikut arus berkenaan untuk menumpang kemenangan.

Saya tidak kira kalau pun Pas menang setelah menumpang pengaruh dan auara Anwar Pas akan rela menyerahkan jawatan kepada Anwar. Kalau begitu maka bodoh amatlah cara Pas berpolitik.

Perkara ini harus difahami oleh ahli Pas dan tidak mudah terjebak dengan lontaran dan dakwaan pihak-pihak musuh termasuk orang gila politik tadi. Kalau orang Pas juga turut berfikir seperti orang politik gila itu maka rosaklah Pas kerana yang nyatanya orang itu sudah lama rosak hanya beliau belum menanggalkan selua dan bajunya saja lagi untuk berlarian di khayalak ramai

Umno cuba tawan Kedah ulangi taktik Terengganu 2004

Posted: 27 May 2011 05:02 PM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


ALOR SETAR: Usaha BN merampas kembali tampuk pemerintahan daripada Pakatan Rakyat melalui manipulasi daftar pemilih dilihat mulai rancak di Kedah selepas ianya di kesan di Selangor sebelum ini. Terbaru, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Pertama 2011 iaitu bagi bulan Januari hingga Mac yang dipamerkan menunjukkan pertambahan luar biasa melibatkan kemasukan 26,384 pengundi baru.

Jumlah itu tidak termasuk 3,033 yang bertukar alamat masuk sementara 3,685 nama bertukar alamat keluar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, BN kini sedang menggunakan modal 'Operasi Terengganu 2004' dalam usaha tersebut.

Ujarnya, operasi itu diketuai seorang pemimpin Umno yang telah berpengalaman menggerakkannya semasa BN merampas pemerintahan Terengganu daripada PAS pada pilihan raya 2004 dahulu.

"Strategi BN kini adalah meletakkan pemilih di Dun-dun yang mereka kalah tipis pada pilihan raya lalu," ujarnya pada Ijtimak PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini 21 Mei baru-baru ini.

Ujarnya, berdasarkan undi popular 2008, BN berada pada garis kemenangan yang cukup kritikal apabila memperolehi hanya 50.5 peratus undi seluruh negara.

"Tetapi oleh kerana kemenangan pilihan raya berdasarkan jumlah kerusi, bukan jumlah undi, maka dia nampak macam kuat lagi walaupun tidak cukup 2/3 majoriti. Tetapi keputusan itu menunjukkan mereka terjejas teruk," ulas Phahrolrazi yang juga Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Jelasnya lagi, penurunan turut berlaku di Sarawak sebanyak lapan peratus undi popular berdasarkan perbezaan undi pada keputusan pilihan raya negeri yang terbaru dengan terdahulu.

Ujar beliau, sekiranya kadar itu berlaku di Semenanjung Malaysia, bermakna dari segi percaturan pilihan raya, BN akan jatuh.

Sementara itu, Setiausaha JPN Kedah, Kapten (B) Zamri Ibrahim berkata, beberapa contoh keraguan dalam rang tersebut adalah seperti di Parlimen Langkawi dan Parlimen Sungai Petani.

Di Parlimen Langkawi yang melibatkan Dun Air Hangat dan Kuah katanya, berlaku pertambahan masing-masing 969 dan 960 pemilih baru.

Ujar beliau, sekiranya diteliti, pertambahan itu turut melibatkan pelarian politik Rohingya yang diberikan kad pengenalan.

Sementara, di Parlimen Sungai Petani berlaku pertambahan luar biasa melibatkan pemilih berketurunan India di mana sebelum ini telah wujud aduan permohonan luar biasa kerakyatan di Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Petani.

Jelas beliau, keraguan itu menimbulkan persoalan terhadap taraf kerakyatan yang diberikan sedangkan mereka bukan rakyat tempatan hingga melayakkan didaftarkan sebagai pemilih.

Untuk itu ujarnya, pertikaian tersebut bukan sahaja menuntut ketelusan dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, bahkan juga dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Ujar Zamri, beliau juga menjangkakan pertambahan luar biasa itu akan terus berlaku dalam Rang DPT seterusnya sebagai persiapan BN mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13.

LYNAS: Panel Bebas Tidak Bebas

Posted: 27 May 2011 04:52 PM PDT

Oleh pemudatua2011


Ramai pihak ragu-ragu dengan ketelusan 9 orang Jawatankuasa Panel Bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional(BN) khususnya oleh Kementerian Industri Dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) yang diketuai oleh menterinya Dato' Seri Mustapha Mohamed dan timbalannya Dato' Mukhriz Tun Mahathir.

Keraguan yang pastinya akan menjejaskan integriti atau ketelusan laporan keselamatan, kesihatan dan persekitaran 'panel bebas' itu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya akan terus dipertikaikan malah ditolak.

Dan jika laporan yang tidak telus itu digunapakai sebagai panduan atau rujukan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk membenarkan Lynas untuk terus beroperasi pada bulan September atau November ini, hampir 800-850 ribu nyawa manusia termasuk keturunan mereka akan diperjudikan sampai bila-bila demi keuntungan ekonomi pihak tertentu semata-mata.

Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata badan binasa.

Satu insiden yang melibatkan kebocoran sisa buangan radioaktif ke udara, air, tanah dan makanan sudah memadai untuk mengheret semua rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman termasuk keseluruhan perniagaan atau perusahaan malah sektor awam ke situasi yang cukup kritikal. Satu keadaan kritikal, yang jika gagal dikawal oleh pihak yang bertanggungjawab akan mengheret semua pihak tidak kira agama dan bangsa, tua atau muda kepada kehancuran total sampai bila-bila.

Kenapa keraguan itu timbul:

1. Laporan daripada Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) pada 18/5/11 mempertikaikan kewajaran MITI untuk menubuhkan 'panel bebas' itu sedangkan penilaian kesihatan awam, isu keselamatan radiasi, dan kemudahan kilang berbahaya atau 'hazardous' tidak terletak di bawah bidang kuasa MITI.

2. Pihak berkuasa tidak dilihat terlibat di dalam perlantikan 9 ahli 'panel bebas' itu khususnya Jabatan Alam Sekitar (DOE) sedangkan permohonan awal penilaian persekitaran telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar semenjak tahun 2008. Matlamat DOE untuk melindungi alam sekitar lebih kukuh dan berkaitan dalam isu ini dan juga relevan dengan kegusaran penduduk setempat kepada ancaman sisa buangan radioaktif dari operasi Lynas kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran penduduk setempat.

3. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi (MOSTI) menyerahkan pula keseluruhan tanggungjawab 'panel bebas' itu kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di mana IAEA adalah badan antarabangsa yang mempunyai kepentingan khusus untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan keseluruhan aktiviti yang berkaitan dengannya di seluruh dunia. Mereka bukan penggubal undang-undang atau 'regulator' yang diyakini tiada berkepentingan untuk menyebelahi sesiapapun.

Bagaimanakah pihak yang berkepentingan untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan dengannya dapat menjalankan tugas sebagai penggubal atau 'regulator' dalam Kes Lynas ini. Sebagai satu badan yang tiada berkepentingan langsung khususnya di dalam mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia. Pastinya, penilaian berat sebelah mungkin berlaku dalam kes penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran dari operasi Lynas ini pada 29/5/11 sehingga 03/06/11 ini.

4. 4 daripada 9 orang ahli 'panel bebas' itu adalah kakitangan IAEA. Keraguan teramat sangat dari penduduk setempat bahawa kepentingan 4 orang kakitangan IAEA itu untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia akan mempengaruhi ketelusan mereka ketika penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran itu.

5. 5 orang pakar luar atau 'external expert' yang bukan dari IAEA telah dimaklumkan oleh CAP/SAM sebagai tidak bebas kerana dikaitkan dengan syarikat-syarikat yang berasaskan tenaga nuklear dan nadir bumi termasuk pernah berkhidmat sebagai jururunding malah sebagai pekerja atau bekas pekerja kepada syarikat berkenaan malah kepada IAEA termasuk mempuyai kepentingan seperti IAEA untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan.

'Individu misteri iring perjalanan Razak, Altantuya'

Posted: 27 May 2011 04:34 PM PDT

Susan Loone

Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu," kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.

PRU 13: Pemilihan bukti PAS berani

Posted: 27 May 2011 04:28 PM PDT

Harakahdaily


TEMERLOH: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa pemilihan pucuk pimpinan utama pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 minggu depan membuktikan PAS adalah parti yang berani.

Ini, katanya kerana pemilihan itu diadakan dalam tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diadakan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, sedangkan ada parti yang menangguhkan pemilihan apabila berhadapan dengan PRU.

"Kita berani buat pemilihan walaupun dalam tempoh pilihan raya diadakan sedangkan parti lain menangguhkan pemilihan," ujarnya pada sidang media tengah malam tadi selepas berucap pada majlis ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.

Hadir sama ialah Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mazlan Aliman.

Tuan Guru Abdul Hadi yang diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden PAS bagi sesi 2011-2013 menyatakan demikian ketika diminta mengulas berhubung calon-calon yang mengesahkan bertanding dalam pemilihan parti pada muktamar kali ini.

Petang semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mengumumkan senarai-senarai yang mengesahkan bertanding pada muktamar kali ini.

Mengulas lanjut senarai calon-calon yang bertanding, beliau berkata ia menunjukkan wujudnya demokrasi di dalam PAS.

Jelasnya, PAS memberi hak kepada calon untuk bertanding dan perwakilan untuk membuat pilihan.

Baginya, pemilihan pucuk pimpinan di dalam PAS tidak mendatangkan masalah kerana ianya mempunyai kawalan moral.

TV AlHijrah guna Astro lebar siaran ke seluruh negara

Posted: 27 May 2011 04:27 PM PDT

Oleh Latifah Kasmuri


KUALA LUMPUR — TV AlHijrah (TVAH) melebarkan siarannya ke seluruh negara menerusi saluran Astro 114 mulai awal bulan depan.

Kini, TVAH yang beroperasi sejak Disember lalu, terhad siarannya dan hanya meliputi Terengganu, Pahang, Lembah Klang, utara Johor, Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu diambil bagi memperluaskan siaran TVAH memandangkan siarannya mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

"Kerjasama dengan Astro ini sebagai usaha meluaskan siarannya kerana sudah ramai bertanya mengapa siaran hanya didapati di negeri-negeri tertentu," kata beliau pada sidang media pelancaran TVAH di Astro 114 hari ini.

Kata beliau, apabila siaran TVAH disiarkan menerusi Astro 114, ini akan memberi peluang kepada orang lain untuk menontonnya.

"Tetapi hanya kepada mereka yang melanggan Astro. Walaupun, siaran TVAH adalah percuma tetapi ini tidak bermakna memperoleh siaran TVAH menerusi Astro juga percuma.

"Mereka (yang melanggani Astro) tetap perlu bayar untuk caj perkhidmatan," kata beliau lagi.

Dengan keluasan liputan siaran dan pertambahan penonton berpotensi, Jamil berkata, TVAH akan menambah waktu siaran daripada 72 jam sekarang kepada 100 jam seminggu.

"TVAH akan memulakan siaran lebih awal berbanding sekarang. Siaran TVAH sebelum ini disiarkan dari pukul 3 petang hingga 12 tengah malam," katanya.

Siaran akan dilanjutkan dari pukul 7 pagi sehingga 12 tengah malam pada hujung minggu manakala Isnin hingga Khamis, siaran bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam
.

PAS akui pemilihan 2011 paling sengit, tapi tidak bimbang

Posted: 27 May 2011 04:22 PM PDT

TERKINI

Oleh : Syed Putra dan Latifah Kasmuri


KUALA LUMPUR — Pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan pemilihan parti Islam itu kali ini paling sengit berbanding pertandingan-pertandingan sebelum ini.

Ini kerana jelas beliau, jawatan-jawatan yang dipertandingkan termasuk barisan kepimpinan tertinggi menyaksikan persainga sengit dengan hampir kesemua jawatan disaingi.

Pada pemilihan kali ini menyaksikan saingan tiga penjuru untuk jawatan timbalan presiden dan enam penjuru bagi naib presiden.

Calon yang akan bertanding untuk jawatan nombor dua parti adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu.

Untuk jawatan naib presiden, selain dua penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, empat pemimpin lain yang turut bertanding adalah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan Idris Ahmad dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Pada pemilihan 2009, saingan timbalan presiden menyaksikan pertarungan tiga penjuru manakala naib presiden pula lima penjuru.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden yang disandang sejak 2002.

"Ya, saya setuju ... persaingan paling sengit tahun ini sebab banyak nama-nama besar yang bertanding seperti Nizar yang paling popular.

"Selain itu, kita ada Datuk Mahfuz, Salahuddin, Husam, Datuk Mohd Amar dan Idris... walaupun sengit tapi saya tidak bimbang sebab perwakilan ini ada akhlak dan bijak buat keputusan," kata Abdul Halim pada sidang media mengumumkan senarai calon yang mengesahkan menyertai pertandingan pada pemilihan parti itu.

Beliau juga menafikan akan wujud kompromi antara perwakilan yang akan mengundi nanti.

"Tidak mungkin, sebab perwakilan ini dari seluruh negara dan kita tidak tahu siapa mereka," katanya.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu juga berkata setiap calon boleh berkempen tetapi dengan syarat ia mesti mematuhi tatatertib yang ditetapkan parti.

Fasal 82 Perlembagaan PAS menyebut "semua ahli hendaklah taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS, taat dan patut kepada perlembagaan parti serta aturan dan peraturanya, taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah parti dan melaksanakan kewajiban yang ditugaskan oleh parti sedaya upaya yang boleh."

Selain itu, setiap ahli juga harus menjaga dengan cermat segala rahsia parti, mengamal akhlak Islam, mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan parti dan menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di negara ini.

Pada sidang media itu juga, Abdul Halim berkata, mana-mana calon masih boleh menarik diri dengan memaklumkan kepada jawatankuasa pemilihan.

"Calon masih boleh tarik diri tapi nama mereka tidak akan dipadamkan (dalam kertas undi), tapi kita akan maklumkan kepada perwakilan sebelum pengundian (jika ada calon menarik diri).

"Selain itu sebelum pengundian dijalankan kita akan beri taklimat kepada perwakilan (tentang cara pengundian), contoh kertas undi rosak jika perwakilan pangkah lebih daripada yang diperlukan," katanya.

Bagaimanapun beliau percaya calon-calon yang sudah mengesahkan akan bertanding tidak akan berubah fikiran.

"Masing-masing sudah sahkan akan bertanding, tak akan dalam masa dua hari mereka boleh berubah fikiran tapi kalau berlaku tarik diri mesti ada hitam putih, cakap mulut kita tidak terima," katanya.

Abdul Halim juga berkata pada pemilihan kali ini semua kertas undi mempunyai cop rasmi supaya tidak berlaku kertas undi bocor.

"Kali ini semua kertas undi akan ada cop rasmi mana yang tidak ada cop rasmi tidak dikira sebagai kertas undi yang sah.

"Kertas undi yang ada cop rasmi ini yang akan dipangkah perwakilan," katanya sambil menambah inisiatif itu adalah idea Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Tambah beliau, seramai 30 petugas jawatankuasa pemilihan akan memantau proses pemilihan nanti.

Untuk jawatan ketua Pemuda PAS, penyandangnya Nasrudin Hasan at-Tantawi menang tanpa bertanding manakala jawatan nombor dua sayap parti Islam itu menyaksikan pertarungan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shapawi Abd Rani, Pengarah Pilihan Raya Mohd Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai), Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat dan ahli jawatankuasa Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara itu, untuk naib ketua Pemuda PAS pula menyaksikan pertembungan antara Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria dan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob.

Selain itu, teka-teki calon yang akan bertanding jawatan ketua Muslimat PAS akhirnya terjawab yang mana penyandangnya Nuridah Salleh akan dicabar Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff.

Jawatan timbalan ketua Muslimat pula menyaksikan pertarungan antara Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Siti Mahmud dan Wan Hasrina Wan Hassan.

Naib ketua Muslimat pula menyaksikan seramai empat calon mengesahkan menyertai pertandingan iaitu Mastura Mohamad, Mumtaz Md Nawi, Najihatussalehah Ahmad dan Normala Sudirman.

Dalam pada itu, kepimpinan Dewan Ulama PAS menyaksikan tiada cabaran bagi kesemua jawatan.

Pun begitu, pengumuman calon yang menang hanya akan diumumkan pada pemilihan sayap PAS itu, 2 Jun ini.

"Untuk jawatan dalam Dewan Ulama, semua menang tanpa bertanding dan kita akan umumkan pada pemilihan nanti," katanya.

CALON JAWATAN UTAMA PUSAT

Presiden PAS

  1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden PAS

  1. Mohamad Sabu
  2. Nasharudin Mat Isa (penyandang)
  3. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden PAS

  1. Datuk Husam Musa
  2. Idris Ahmad
  3. Datuk Mahfuz Omar (penyandang)
  4. Datuk Mohd Amar Abdullah
  5. Datuk Seri Nizar Jamaluddin
  6. Salahudin Ayub (penyandang)

CALON DEWAN PEMUDA

Ketua Pemuda PAS

  1. Nasrudin Hasan at-Tantawi (menang tanpa bertanding)

Timbalan Ketua Pemuda PAS

  1. Azman Shapawi Abd Rani (penyandang)
  2. Mohd Firdaus Jaafar
  3. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
  4. Suhaizan Kaiat

Naib Ketua Pemuda PAS

  1. Mohd Nasir Zakaria
  2. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

CALON DEWAN MUSLIMAT

Ketua Muslimat PAS

  1. Nuridah Mohd Salleh (penyandang)
  2. Siti Zailah Mohd Yusoff

Timbalan Ketua Muslimat PAS

  1. Dr Siti Mariah Mahmud
  2. Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua Muslimat PAS

  1. Mastura Mohamad
  2. Mumtaz Md Nawi (penyandang)
  3. Najihatussalehah Ahmad
  4. Normala Sudirma
    n

Najib: BN tak risau jika PR panggil PRU DUN berasingan

Posted: 27 May 2011 04:19 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Perdana Menteri berkata BN tidak boleh mempengaruhi keputusan negeri-negeri yang ditadbir PR termasuk tidak membubarkan DUN masing-masing apabila kerajaan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum.
KUALA LUMPUR— Barisan Nasional (BN) tidak risau untuk menghadapi pilihan raya umum berasingan jika negeri-negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya ke-13 diadakan secara serentak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, BN tidak boleh mempengaruhi keputusan negeri-negeri yang ditadbir PR termasuk tidak membubarkan DUN masing-masing apabila kerajaan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Kita tak boleh tentukan apa dia akan buat, kita cuma boleh tentukan apa yang kita boleh buat," kata beliau dipetik Bernama Online.

"Saya akan bagi pandangan yang berat pada apa saya boleh buat," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini.

Pengerusi BN itu berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN atau tidak.

"Raja ada kuasa untuk menolak permohonan tapi tiada kuasa untuk membubar. Itu kedudukan dari segi perlembagaan," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini berkata, negeri-negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang tidak akan membubarkan DUN sekiranya kerajaan persekutuan membubarkan Parlimen tahun ini.

Kerajaan negeri Selangor juga pernah mengumumkan pendirian yang sama.

Dalam pada itu, Majlis Tertinggi Umno memutuskan simulasi pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang akan dijalankan pada pertengahan tahun ini.

Kata Najib, semua pemimpin parti akan turun padang untuk meninjau perjalanan sepanjang pilihan raya itu berlangsung bagi meningkatkan persediaan secara berterusan menghadapi pilihan raya umum.

"Simulasi (pilihan raya olok-olok) kita akan buat mengikut jadual pada pertengahan tahun ini. Itu (dibuat) berterusan dan akan ditingkatkan dalam usaha kita ke arah PRU-13," kata beliau.

Najib bagaimanapun tidak menyatakan tarikh bagi melaksanakan simulasi berkenaan.

Ditanya mengapa pendekatan turun padang seperti yang dilakukan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam usaha mendekatkan diri dengan rakyat tidak diamalkan pemimpin-pemimpin lain, Najib berkata ia dijalankan dalam bentuk berbeza.

"Cuma kerana acara turun padang walkabout itu dilakukan oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri, ia menjadi acara formal tetapi sebenarnya semua peringkat pemimpin negeri turun padang," katanya.

Mengenai persidangan perwakilan Umno bahagian, Najib berkata setakat hari ini, sebanyak 90 bahagian Umno, 134 Pergerakan Wanita, 135 Pergerakan Pemuda dan 152 Pergerakan Puteri telahpun mengadakan mesyuarat.

Sementara itu, Najib berkata mesyuarat MT hari ini turut memutuskan bahawa tindakan penggantungan terhadap tiga anggota Umno iaitu Ketua Wanita Bandar Tun Razak, Salmah Pin, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil Saadon Basiron dan Naib Ketua Puteri Umno Bukit Katil Zarina Ismail, yang digantung tiga tahun lepas, ditarik balik.

"Mesyuarat telah bersetuju bahawa tindakan penggantungan ketiga-tiga anggota Umno itu diketepikan," katanya dalam laporan itu.

Selain itu, beliau berkata mesyuarat juga bersetuju untuk melantik bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno MT bagi penggal 2011-2013.

Perkasa mahu Bumiputera diberi 67 peratus biasiswa JPA

Posted: 27 May 2011 04:15 PM PDT

TERKINI



PUTRAJAYA — Perkasa menuntut agar 67 peratus biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diberi kepada Bumiputera untuk menggambarkan komposisi penduduk negara ini.

"Melihat pada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti yang memerintah, dapat kuasa disebabkan sokongan majoriti Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kumpulan ini mesti diberi keutamaan dalam semua peruntukan, termasuk biasiswa JPA," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar).

"Kuota sekarang (bagi Bumiputera) adalah 55 peratus," kata beliau selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah hari ini.Ibrahim berkata bahagian Bumiputera mendapatkan biasiswa JPA telah jatuh daripada 90 peratus pada 2007 kepada 55 peratus pada tahun berikutnya dan 55.49 peratus pada 2009 dan 55 peratus tahun lalu.

Sehubungan itu ketua Perkasa ini menuduh MCA dan MIC mengeksploitasi isu biasiswa JPA untuk kepentingan politik.

"Apabila mereka berjuang bagi kaum mereka, mereka mahu dapatkan kelebihan politik," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

Kedua-dua komponen Barisan Nasional (BN) itu mendakwa JPA telah mengetepikan garis panduan Kabinet dengan memberi biasiswa kepada mereka yang tidak memperoleh prestasi cemerlang.

Ibrahim mendakwa biasiswa merupakan hak istimewa orang Melayu dan ia termaktub di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Wakil rakyat itu juga mempertahankan JPA daripada dakwaan wujud salah guna kuasa dalam proses pengagihan biasiswa.

Katanya, Abu Bakar menjelaskan bahawa pelajar-pelajar terbabit tidak memperoleh biasiswa bagi kursus pilihan mereka sebab mereka tidak memohon kursus-kursus di universiti-universiti yang relevan.

"JPA membuktikan tiada salah guna kuasa," kata Ibrahim
.

Tiada ulasan: