Sabtu, 28 Mei 2011

Biaqpila

Biaqpila


Panas!! 103 Ahli UMNO Tenom Sertai PKR

Posted: 28 May 2011 03:00 PM PDT



Seramai 103 orang lagi ahli UMNO Tenom telah mengucapkan ‘Selamat Tinggal Kepada UMNO’ kerana secara beramai-ramai menyertai PKR Cabang Tenom dengan kerelaan hati mereka sendiri sewaktu menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman. Dalam ucapannya, Halik menyentuh beberapa isu semasa yang hangat dirasai oleh penduduk kampung daerah Tenom, antaranya isu kenaikan tariff elektrik, harga gula dan kos hidup yang melambung tinggi dan mencekik leher orang miskin di kampung. 







Beliau juga memberikan penerangan terhadap fitnah yang paling keji, kotor dan aib yang dilemparkan kepada Ketua Umum PKR, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya sudah melampau. Halik telah memberikan penjelasan kepada penduduk kampung yang hadir pada petang itu bahawa pelaku dalam video skandal seks itu bukanlah Anwar Ibrahim seperti yang di gembar-gemburkan oleh media dan kepimpinan UMNO/BN. 






Dalam penerangan beliau, telah memberikan beberapa 'bezantara' di antara si pelaku dalam video tersebut dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Antaranya, bentuk fizikal mereka ternyata berbeza kerana ada beberapa faktor susuk fizikal yang jelas menunjukkan dua individu berbeza.Dari segi perut buncit, potongan rambut pendek semacam polis atau askar yang tipis dan bertetek besar bujur. Sedangkan Anwar kata Halik tidak mempunyai cirri-ciri sedemikian tetapi hanya 'seiras'.





Malah menurut Halik Zaman lagi, dalam ucapan Presiden, selama Dato’ Seri dalam penjara selama 6 tahun, beliau banyak mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis, serta makanan rutin beliau hanyalah buah kurma. Jadi dengan rutin diet sebegini, bagaimana beliau boleh mempunyai susuk tubuh yang agak ‘berisi’ dan ‘berperut buncit’?





Suasana yang agak paling mengharukan, sedih dan amat memilukan apabila ada antara yang hadir turut mengalirkan airmata kerana turut bersedih dan bersimpati yang menimpa nasib Anwar Ibrahim, serta keluarganya yang tertimpa fitnah terancang itu. 







Menurut penduduk kampung berkenaan, bukan sahaja diri individu yang hadir itu, malah rata-rata mereka tidak mempercayai fitnah terbaru itu dan menganggapnya sebagai mainan politik kotor BN yang ingin membunuh karier politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Perdana Menteri akan hadir ke Tenom khususnya di Kemabong pada 11 Jun ini bagi mengageh-agehkan geran tanah yang berbentuk saham, mengikut nisbah 60% kepada penduduk kampung dan 40% kepada Sime Darby.





Namun mereka yang hadir pada petang itu tidak termakan ‘gula-gula’ yang bakal di berikan kerana menurut mereka lagi, UMNO paling bijak memutar-belitkan kenyataan dan ada kemungkinan juga nanti bila akhir tahun tidak mustahil Sime Darby akan umumkan tiada keuntungan dan rakyat hanya tinggal gigit kuku.





Oleh kerana itulah, kata Halik, penduduk pedalaman di Kemabong sudah mulai bosan dengan lakonan putar-alam kepimpinan UMNO/BN dan biar apa pun ‘juadah’ yang bakal UMNO/BN hidangkan kepada mereka kelak, mereka tetap tidak akan terpengaruh.





Kata Halik,"Jika Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat dalam PRU13 nanti, geran tanah adat akan diberikan langsung kepada rakyat di atas nama sendiri tanpa menerusi Sime Darby"./Sabahkini


addin77


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN LIGA SUPER 28/5/11

Posted: 28 May 2011 07:57 AM PDT





HARIMAU MUDA A 2 : 0 SABAH

TERENGGANU 0 : 1 KEDAH

KELANTAN 1 : 0 PAHANG

PERLIS 0 : 1 FELDA UNITED

PERAK 2 : 0 T-TEAM

SELANGOR 2 : 0 N.SEMBILAN

K.LUMPUR 1 : 2 JOHOR FC






SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Terima kasih UMNO/BN.....Rakyat dahulu dikenakan !!!

Posted: 28 May 2011 03:00 AM PDT


Bagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah atau masih di peringkat bayi atau di peringkat Universiti, sudah tentu banyak memerlukan duit lebih-lebih lagi dalam keadaan harga barang semuanya mahal.

Bila kita bekerja setengah mati mencari duit, apabila dapat melunaskan apa-apa bayaran atau perbelanjaan anak-anak, diri sendiri merasa puas......lagipun apalah ada pada duit yang banyak kalau bukan untuk membesar anak-anak.

Begitu jugalah Kerajaan......apalah ada pasda hasil mahsyul yang melimpah ruah.....cukai sana...cukai sini kalau bukan rakyat didahulukan.....tapi keadaan sekarang menjadi terbalik...rakyat dahulu dikenakan. Bukankah subsidi itu sebagai membalas jasa rakyat sebagai pembayar cukai, menambah pendapatan negara? Kenapa mesti diungkit dan ditarik balik?

Harga minyak tidak dinaikkan.....tetapi jangan lupa ia tidak diturunkan untuk sekian lama.....yang peliknya Singapura boleh mampu menurunkan harga walaupun ia bukan negara pengeluar minyak.

Sekarang...harga gula naik, tarif letrik akan dinaikkan.....selepas tarif letrik dinaikkan maka dengan sendiri barangan lain akan melonjak.

al-brangionline:

Harap-harap kalau harga barangan tak turun pun.....biarlah ameno/BN yang turun.....memang jelas rakyat DAHULU dikenakan......alahai.....[sumber .]

al-brangi Online

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tarif Elektrik : Kroni Terus Kaut Untung, Rakyat Kekal Menderita

Posted: 28 May 2011 12:00 AM PDT


SHAH ALAM 27 MEI : Kenaikan tarif elektrik yang hanya akan diperincikan butirannya Isnin ini mungkin menyaksikan kenaikannya dilakukan secara berperingkat-peringkat demi mengelakkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah terus merudum menjelang Pilihan Raya Umum.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, strategi Umno-BN ini tidak memberikan sebarang makna kepada rakyat memandangkan ketirisan subsidi kepada kroni masih diteruskan kerajaan pemerintah.

"Kalau ia (tarif elektrik) tak naik, juga bermaksud pilihanraya sudah dekat (tetapi ) kerajaan akan naikkannya selepas pilihanraya, jadi isu tarif ini tidak selesai.

"Mereka hanya buat sedikit perubahan untuk menahan sekejap (kenaikan) sahaja tetapi mereka tidak selesaikan masalah ketirisan subsidi kepada kroni-kroni yang kaya," kata Tian kepada TV Selangor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menuntut kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat terpaksa menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.

Jelas beliau, perjanjian itu sebelum ini direka untuk memastikan 26 syarikat IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seperti gas, disel dan arang batu menyebabkan TNB terpaksa menanggung akibat jika berlaku kenaikan harga.

Walau bagaimanapun berikutan perjanjian itu, Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya semula pada kadar harga subsidi tetap.

"Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli," kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar.

Justeru itu katanya, ekoran perjanjian yang rumit dan berat sebelah itulah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi.

Majlis Ekonomi Negara (NEC) yang bermesyuarat hari ini meluluskan kenaikan tarif elektrik dan butirannya akan diumumkan Isnin depan. -TVS

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru

Posted: 27 May 2011 09:00 PM PDT


LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud.

HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.

Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.

"Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam," dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.

Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.

Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.

Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.

kosmo

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PERADUAN MENCARI PELAKON VIDEO LUCAH KAH!KAH!KAH!

Posted: 27 May 2011 06:00 PM PDT

DEY MACHA!!!
ORANG RAMAI DAH TAK PERCAYA,
SAMPAI TERPAKSA BUAT PERADUAN
HADIAH ROLL ROYCE PULAK TU
KAH! KAH! KAH!

BANYAK BETOI DUIT HANGPA,
LEPAS CETAK VIDEO LUCAH,BUAT PULAK PERADUAN
DALAM RAKYAT DOK KELAM KABUT BARANG NAIK HARGA
KAH! KAH! KAH!


HADIAH ROLLS ROYCE: DEDAH PELAKU VIDEO



Orang ramai ditawarkan sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce jika dapat membawa seorang yang mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya didakwa sebagai pelaku klip video seks. Tawaran itu dibuat oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim memandangkan Anwar sebelum ini menafikan bahawa dirinya adalah pelaku dalam klip video berkenaan.

Bagaimanapun menurut Zamil tawaran itu akan berakhir 10 Jun depan dan tiga orang panel khas akan dijemput untuk membuat penilaian bagi mengesahkan pelaku itu.

Zamil berkata tiga penel termasuklah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang juga Senator Dewan Negara Ezam Mohd Nor.

Menurut Zamil, ketiga-tiga panel itu akan dijemput untuk mengesahkan entiti pelaku itu memandangkan mereka merupakan kenalan rapat Anwar.


"Anwar beri kenyataan bahawa pelaku dalam video seks itu bukan dia, muka hanya mirip saya. Anwar sendiri bermati-matian menafikan bahawa dia adalah pelakunya.

"Siapa yang mirip dia kalau pelaku itu adalah dia? Maka parti Kita Kedah nak tamatkan sandiwara Anwar…..dia tidak mahu mengaku sedangkan polis sudah kata video adalah tulen. Tapi Anwar tetap dengan sandiwaranya dengan buat laporan polis yang palsu.

Zamil menjelaskan beliau bertindak sedemikian untuk menamatkan kontroversi yang masih berpanjangan mengenai 'siapa' pelaku dalam video seks tersebut.

Beliau turut mencabar Anwar mahupun penyokong setia PKR untuk menampilkan pelaku yang mirip dengan pemimpin pembangkang itu.

"Saya cabar Anwar agar bercakap benar mengenai hal ini. Janganlah sentiasa berbohong sepanjang hidupnya. Hanya penyokong beliau yang masih tidak buka mata sedangkan hakikatnya rakyat sudah bosan dengan perlakuan peribadi Anwar ini.

"Maka saya tawarkan kereta Rolls Rocyce milik saya kepada mana-mana individu yang dapat menampilkan pelaku yang mirip seperti Anwar.

"Saya jemput penyokong-penyokong setia PKR serta Anwar sendiri untuk tampilkan pelaku dalam video seks itu sebagai bukti kepada penafiannya," katanya lagi.

kl-today

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: