Jumaat, 20 Mei 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Awang Adek Ajak Rakyat Bersama Kerajaan Dalam Isu Mengurangkan Subsidi?

Posted: 20 May 2011 07:30 AM PDT

Rakyat diminta bersama kerajaan kurangkan subsidi


BACHOK 20 Mei - Rakyat haruslah bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan jumlah subsidi yang semakin meningkat dari RM10.3 bilion tahun lepas kepada RM20.58 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Katanya, kerajaan akan mengkaji secara terperinci agar sebarang keputusan bagi mengurangkan subsidi tidak membebankan rakyat golongan miskin.

"Kajian itu akan dibuat secara menyeluruh yang membabitkan bahan bakar, tepung, gula dan bahan makanan asas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Telong di sini, hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan rakyat terutama di luar bandar terhadap kemungkinan kenaikan harga barangan berikutan langkah mengkaji semula pemberian subsidi termasuk bagi petroleum RON95. - Bernama

bodoh betul la awe adek ni.

makhluk macam ni nak jadi mb kelantan?

orang macam ni macam mana la najib boleh lantik jadi menteri? macam dah pupus orang yang bijak pandai dalam bab ekonomi dalam malaysia ni.

kalau awe adek masih bercita-cita nak jadi mb kelantan, pergi jalan la dengan angan-angan mat jenin.

sekarang kuat betul geng umno laknat dok mempergunakan institusi pendidikan di kelantan dalam agenda politik. ramai dah guru-guru dok melhirkan rasa tidak puas hati mereka kepada puak pimpinan umno ni. guru-guru di kelantan akan menolak umno dalam pru 13 nanti, percaya lah!

Live Gambar Munanjat Perdana Pemuda PAS Kelantan 10 Ribu

Posted: 20 May 2011 06:45 AM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/249325_212770795423005_100000702578804_669623_3193722_n.jpg


alhamdulillah ramai yang hadir. sokongan berterusan orang muda kepada kerajaan pimpinan tok guru. solat hajat dan ceramah perdana pada malam ni.

ayuh pemuda sekalian kita kuburkan umno bn dan konco-konconya dari bumi ini. ayuh kitaa terus berdoa mengharapkan allah makbul kan hajat kita.

kredit gambar di atas kepada ketua pemuda pas kawasan tumpat, mohd rusli abdullah.

Fuziah ulangi, mengapa Lynas tak bina projek nadir bumi di Australia?

Posted: 20 May 2011 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengulangi persoalan mengapa Lynas Corporation tidak membina pusat pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Australia, sebaliknya dibina di Gebeng Kuantan.

Beliau berkata demikian selepas perarakan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia, petang tadi.

Ketika ditemui para pemberita, Fuziah berkata, Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi loji ini kerana undang-undang Australia ketat dalam penjagaan alam sekitarnya.

"Lynas mendapat lesen di Australia tetapi mereka tidak memilih untuk membuka kilang di sana kerana peraturan yang ketat dalam aspek menjaga alam sekitar.

"Ada 41 komitmen yang perlu dijaga dengan pelbagai aspek melalui agensi Lembaga Pemuliharaan Alam Sekitar (EPA).

"Di Malaysia badan pengawalnya ialah Agensi Tenaga Atom Kebangsaan (AELB) yang hanya memikirkan kesan radiasi dan tahap radioaktif. Namun, AELB tidak dapat berfungsi seperti EPA kerana sekatan perundangan dan penguatkuasaan yang lemah dari Kerajaan Malaysia sendiri," tegas Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Justeru itu beliau menyatakan tindakan Lynas itu jelas bertujuan untuk memanipulasi undang-undang alam sekitar di Malaysia yang longgar.

"Di Australia, zon penampannya (Buffer Zone) ada dalam radius 30 km, dan tak boleh ada penduduk. Di Gebeng ada 70 ribu penduduk dalam radius 30 km itu. Kami bimbang Lynas mengambil kesempatan dengan undang-undang Malaysia," jelasnya.

Fuziah menambah, tidak ada kilang yang menjadi rujukan bagi pembinaan loji tersebut, justeru kerajaan Malaysia tidak boleh membuat sebarang keputusan untuk membenarkan industri yang bakal mengundang bencana.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong berkata, kerajaan Selangor tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kilang pemprosesan bahan radioaktif.

"Kita tidak akan membenarkan sebarang industri yang mencemar alam sekitar," katanya yang turut serta dalam perarakan di lokasi perhimpunan tersebut.



Penduduk bukan 'Tikus Makmal'

Petang tadi, meskipun dalam keadaan cuaca yang berubah dari panas terik kepada hujan, namun ia tidak menghalang kira-kira 500 peserta dari pelbagai lapisan umur dan bangsa untuk berhimpun bagi membantah projek tersebut.

Bermula dari masjid As Syakirin KLCC, kumpulan tersebut menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan berhimpun di persimpangan Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

Perarakan itu anjuran People's Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas bersama pimpinan parti Pakatan Rakyat dari KEADILAN, Pas, DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sebanyak enam trak polis lengkap dengan meriam air dan dua trak dari Pasukan Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan, namun tidak ada sebarang tangkapan dilakukan.

Setibanya di lokasi berhampiran Kedutaan Australia, peserta perarakan melaungkan slogan 'Hidup Rakyat', 'Bantah Lynas' dan 'Kami bukan tikus makmal' manakala, pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO bergilir-gilir memberikan ucapan.

Pelbagai slogan bantahan tertera pada kain pemidang yang direntangkan, sementara pengguna kenderaan di Jalan Ampang turut membunyikan hon tanda sokongan.

Selepas menunggu lebih sejam, enam wakil yang diketuai Fuziah sendiri berjaya menemui Pemangku Timbalan Duta Besar Australia, Arthur Spyrou.

Dengan merujuk kepada pengalaman di Bukit Merah, Perak kandungan memorandum tersebut menjelaskan bahawa penduduk di pinggir bandar Ipoh itu masih trauma dengan kesan Thorium yang berterusan sehingga ke hari ini.

"Lynas akan memproses nadir bumi yang mana terdiri dari Thorium. Sementara mineral Thorium tersebut merupakan bahan radioaktif.

"Australia sendiri menyatakan bahawa bahan tersebut adalah berbahaya, maka keprihatinan kami bahawa di sini kami masih belum bersedia untuk 'bereksperimen' dengan kesihatan nasib masa depan generasi di Malaysia," jelas memorandum tersebut.

Analisis: PRU 13 sengit, Muhyiddin kritik Najib?

Posted: 20 May 2011 06:00 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan menjangka Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menyaksikan persaingan paling sengit bakal dilalui Barisan Nasional.

Pilihan raya umum akan datang akan menjadi yang pertama dilalui Perdana Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang mengambil alih kepimpinan kerajaan dan BN pada April 2009.

Najib mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan atas kekalahan besar dan kegagalan mengekalkan majoriti dua pertiga untuk BN di Parlimen.

Tekanan terhadap pemerintah meningkat selepas pilihan raya pada Mac 2008 dan kerajaan BN berdepan risiko kehilangan kerajaan pusat ekoran tekanan pakatan pembangkang melalui satu rancangan lompat parti.

Najib dilihat bakal diukur berdasarkan hal yang sama, iaitu memenangi kembali majoriti dua pertiga di Parlimen untuk BN, dan bakal berdepan tekanan sekiranya gagal.

"Kita kena tanya selepas (Pilihan Raya Umum ke-13) masihkah kita berkuasa... ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan," Muhyiddin dilaporkan berkata.

Selain untuk mengejutkan Umno dan mendesak parti itu supaya lebih bersedia, kenyataan itu juga mempunyai sisi yang ditujukan kepada Najib.

Sesetengah pihak berpendapat sekiranya gagal mencapai kemenangan dua pertiga, Najib turut akan dipersalahkan, termasuk berhubung gagasan 1 Malaysia yang dinilai sebagai bermasalah kepada orang Melayu.

Muhyiddin pernah dilihat kritikal terhadap gagasan 1 Malaysia dan merupakan pemimpin yang banyak bercakap isu Melayu, ketika isu tersebut semakin tidak popular ekoran kemunculan gagasan 1 Malaysia.

Muhyiddin menerima sokongan kumpulan lebih cenderung menangani isu Melayu dengan lebih agresif dalam Umno.

http://siasahdaily.blogspot.com/2011/05/pru-13-sengit-muhyiddin-kritik-najib.html

Kenaikan Harga Makanan Negara Dalam Jangka Masa 4 Bulan Pertama Tahun 2011 Merupakan Kenaikan Dua Kali Ganda Dari Harga Dunia

Posted: 20 May 2011 05:45 AM PDT

Statistik inflasi terbaru yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia untuk empat bulan pertama 2011 (sehingga bulan April 2011) begitu membimbangkan.

Saya perihatin dengan kenaikan sebanyak 4.9% harga makanan dan minuman tidak beralkohol dari bulan Januari sehingga bulan April tahun ini sekiranya dibandingkan dengan harga makanan serta minuman tidak beralkohol untuk jangka masa yang sama tahun lepas.

Sekiranya kenaikan ini tidak dibendung dan kekal untuk bulan seterusnya, tahun 2011 akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua tertinggi semenjak tahun 2006. Kenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008 lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8% akibat dari kenaikan mendadak harga minyak dan petrol.


2006 2007 2008 2009 2010 2011*
Kenaikan Harga Makanan

3.4%

3.0%

8.8%

4.1%

2.4%

4.9%

Jadual 1:

Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011( tahun *2011 merupakan satu jangkaan)

Harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga makanan seluruh dunia sepanjang empat bulan pertama tahun 2011.

Perbandingan antara Indeks Harga Pengguna (CPI) yang dilaporkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation's Food and Agricultural Organisation [FAO] ) dengan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan ramai rakyat Malaysia bakal terkesan dengan tindakan terburu buru kerajaan merasionalisasi subsidi.


Jan 2011 Feb 2011 Mar 2011 Apr 2011 % kenaikan Jan – Apr
Indeks Harga Pengguna untuk makanan dan minuman tidak beralkohol (sumberBNM)

102.6

103.7

103.7

104.0

1.4%

Indeks Harga Makanan Bulanan

(sumber: FAO)[1]

230.7

237.2

231.0

232.1

0.6%

Jadual 2:

Harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda berbanding harga makanan seluruh dunia.

Kami yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan subsidi buat rakyat Malaysia dengan kenaikan harga makanan sebagaimana yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Alasan kerajaan untuk menarik kembali subsidi kerana ianya meringankan beban defisit belanjawan ternyata lemah. Jelasnya rakyat yang terkesan akibat dari program rasionalisasi tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit tidak pula diatasi sesegera mungkin. Rakyat mulai muak dengan tatakelola ekonomi yang lemah oleh Barisan Nasional apabila mereka terpaksa menanggung derita sedangkan kroni dan mereka yang dekat dengan pemerintah mendapat keuntungan yang bukan sedikit malah tidak pula dihukum.

Pakatan Rakyat telah merangka langkah yang jelas dan beriltizam untuk mengurangkan defisit belanjawan negara serta berusaha memastikan upaya itu tidak membebankan rakyat sebagaimana yang terkandung dalam Buku Jingga.

Langkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat yang berjumlah 19billion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat Pengeluar Tenaga Bebas/Swasta (IPP). Kita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan kerajaan persekutuan sekitar RM 28 billion setiap tahun( kesimpulan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara pada dari tahun 2008)

Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30% lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005. Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30% sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6% dari tahun 2001 sehinggga tahun 2010.

Pakatan Rakyat akan jelaskan kepada rakyat bahawa memilih Barisan Nasional, adalah memilih penyelewengan pengurusan ekonomi dan kenaikan harga makanan.

ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG

Video ‘Anwar’ fahamkan semua tentang islam

Posted: 20 May 2011 05:30 AM PDT

Video lucah yang memfitnah Anwar Ibrahim sekali pun ia kekal sebagai fitnah, dibenci dan dikutuk tetapi di sebalik semua keburukan itu dalam waktu yang singkat ia mula menyalurkan pengetahuan kepada semua tentang beberapa isu dalam perundangan Islam.

Walau pun tujuan asalnya untuk memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memusnahkan kerjaya politiknya, menghalang Pakatan Rakyat dari merampas kuasa di Putrajaya, tetapi ia telah mendedahkan beberapa isu untuk difahami oleh orang ramai tentang perundangan Islam.

Sebelumnya beberapa isu tersebut hanya menjadi pengetahuan kepada mereka yang lulus dalam pengajian dan perundangan Islam, tetapi sekarang banyak isu mengenai Islam mulai difahami oleh orang ramai termasuk orang bukan Islam.

Orang mulai tahu apa itu qazaf dan isu-isu berkait dengan kesaksian dalam perkara itu.

Isu pertamanya Anwar difitnahkan berzina. Bahan buktinya ialah satu slot video hitam putih. Ia boleh dijadikan bahan bukti untuk mendakwa Anwar.

Video itu tidak boleh dijadikan bahan bukti bagi mendakwa Anwar atas tuduhan zina. Sebarang tuduhan zina atas sesiapa saja mesti didahului dengan membicarakan saksi yang membuat tuduhan itu dulu.

Tuduhan zina itu termasuk dalam kes qazaf. Orang yang dituduh tidak boleh disiasat dulu. Yang perlu disiasat ialah penyebar cerita yang dipanggil saksi.

Dan saksi itu sendiri mestilah terdiri dari empat orang yang adil. Empat orang yang adil mengikut Islam ialah orang yang diketahui soleh. Orang soleh dalam Islam itu bukan sekadar dia beramal soleh tetapi tidak diragui peribadinya, tidak pernah terlibat dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil.

Bagi mereka yang terlibat dalam dosa besar, kesaksiannya boleh dipakai setelah diketahui taubatnya.

Dalam satu kejadian di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khatab, terdapat empat orang yang diketahui solehnya oleh masyarakat umum bahkan oleh Khalifah Umar sendiri. Mereka mengadu tentang satu maksiat yang mereka sendiri saksikan.

Ia melayakkan Saidina Umar membuka fail penyiasatan. Saidina Umar terkenal sebagai seorang yang keras, bengis tetapi adil. Orang tidak berani untuk berbuat sebarangan dengannya. Apabila orang mengadu kepadanya, maka ia tidak boleh dibuat sebarangan.

Orang yang dikatakan melakukan maksiat itu tidak dipanggil dulu. Yang dipanggil untuk dibicarakan dulu ialah empat orang yang membuat pengaduan itu. Apabila perbciaraan hendak dilakukan, seorang dari empat itu menarik diri menjadi saksi.

Maka Saidina Umar terpaksa menutup fail. Saksi tinggal tiga saja. Tidak cukup bilangan saksi adil yang dikehendaki. Sekali pun Saidina Umar keras dan bengis tetapi beliau tidak dapat berkata apa-apa tentang saksi yang menarik diri itu.

Dalam kes video lucah ini, Anwar bersumpah bagi menafikan tuduhan terhadapnya. Dia telah melakukan indakan yang betul. Mahkamah tidak boleh memanggilnya dan memaksanya selagi saksi yang membuat aduan itu tidak adili dulu.

Seperti Saidina Umar tidak memanggil orang yang diadu melakukan maksiat, maka tidak wajar Anwar diminta bersumpah.

Apa pun dalam kes video ini, tiga Datuk yang membuat dakwaan itu mesti diadili dulu. Apakah mereka layak menjadi saksi yang adil? Banyak tanda tanya tentang mereka. Dan sekali pun mereka itu didapat sebagai orang yang soleh, tetapi bilangan saksi tidak cukup.

Hikmat di sebalik syarat kesaksian yang ketat itu ialah Islam mahu menghindari fitnah, dan supaya orang tidak boleh membuat aduan begitu senang.

Apabila dibicarakan saksi membuktikan kesaksiannya, maka mereka dihukum dulu. Dan orang yang dituduh seperti Anwar tidak diusik langsung.

Setelak kesaksian empat orang yang adil itu meyakinkan mahkamah, maka barulah orang yang dituduh dipanggil.

Setakat perkembangan yang ada dalam isu video ini, Anwar adalah orang yang terakhir untuk memberi keterangan.

Segala cabaran baginya untuk bersumpah dan sebagainya itu, ia tidak buat dalam kontek perundangan, ia dibuat di luar mahkamah, benda yang di luar mahkamah tidak boleh menjadi kesaksian.

Sehingga ini video belum menjadi isu dalam perundangan Islam.

Apa pun yang berlaku dalam isu video itu ia membuka peluang kepada orang ramai yang mengikutinya mengkaji dan memahami isu-isu tertentu dalam perundangan Islam.

Sebelumnya isu ini tidak difahami orang ramai, tetapi dengan perkembangan itu semua orang mulai mempelajarinya. Nampaknya dakwah dan maklumat tentang Islam boleh berjalan dalam suasana yang negatif.

Biasanya orang yang rajin ke surau dan masjid dapat memungut isu-isu seperti itu dalam kuliah maghrib atau kiliah subuh. Yang tidak ke surau tidak tahu isu-isu tertentu. Tetapi dengan isu video ini, maklumat tentang Islam itu tersebar dengan cepat termasuk kepada orang yang tidak pernah ke surau.

Haji Abdul Subky Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia.

Anwar Keluar Amaran, Rakyat Akan terbean Dengan Isu Kenaikan Harga Barang

Posted: 20 May 2011 05:15 AM PDT

Harga barang: Anwar beri amaran situasi 2008 berulang


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Pakatan Rakyat (PR) memberi khuatir kadar kenaikan harga makanan sekarang jika tidak dikawal akan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding enam tahun lalu dan berulangnya situasi 2008.

"Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir 2011 (tahun ini), rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding 2005.

"Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga 2010," kata Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Anwar, bekas menteri kewangan berkata, statistik inflasi terbaru dikeluarkan Bank Negara untuk empat bulan antara Januari dan April lalu begitu membimbangkan.

"Saya prihatin dengan kenaikan sebanyak 4.9 peratus harga makanan dan minuman tidak beralkohol dari bulan Januari sehingga bulan April tahun ini sekiranya dibandingkan dengan harga makanan serta minuman tidak beralkohol untuk jangka masa yang sama tahun lepas," katanya.

Kata beliau, jika kenaikan itu tidak dibendung dan kekal untuk bulan seterusnya, tahun ini akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua tertinggi semenjak 2006.

"Kenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008 lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8 peratus, akibat kenaikan mendadak harga minyak dan petrol" kata beliau lagi.

Dalam kenyataan itu, kata Anwar, harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga makanan seluruh dunia sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Katanya, perbandingan antara Indeks Harga Pengguna (CPI) dilaporkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan statistik dikeluarkan Bank Negara menunjukkan ramai rakyat Malaysia bakal terkesan dengan tindakan terburu buru kerajaan merasionalisasi subsidi.

Malah kata Anwar, PR yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan subsidi buat rakyat Malaysia dengan kenaikan harga makanan sebagaimana yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Oleh itu kata Ketua Pembangkang di Parlimen, alasan kerajaan untuk menarik kembali subsidi atas alasan boleh meringankan beban defisit belanjawan ternyata lemah.

"Jelasnya rakyat yang terkesan akibat daripada program rasionalisasi tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit tidak pula diatasi sesegera mungkin.

"Rakyat mula muak dengan tatakelola ekonomi yang lemah oleh BN apabila mereka terpaksa menanggung derita sedangkan kroni dan mereka yang dekat dengan pemerintah mendapat keuntungan yang bukan sedikit malah tidak pula dihukum," katanya lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, PR telah merangka langkah yang jelas dan beriltizam untuk mengurangkan defisit belanjawan negara serta berusaha memastikan upaya itu tidak membebankan rakyat sebagaimana terkandung dalam Buku Jingga.

"Langkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat IPP.

"Kita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan kerajaan persekutuan sekitar RM28 bilion setiap tahun," katanya lagi.

Perkasa Jangan Angkuh Sangat!

Posted: 20 May 2011 04:44 AM PDT

Sokong Utusan: Perkasa, Umno beri amaran 'langkah mayat kami'

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Perkasa dan Umno menggesa agar orang Melayu mempertahankan Utusan Malaysia dengan apa cara sekalipun sambil mendakwa akhbar itu kekal satu-satunya suara tulen masyarakat itu di negara ini.

Kedua-dua kumpulan itu menyerang parti-parti Pakatan Rakyat yang menggambarkan Utusan sebagai akhbar rasis.

Menurut Perkasa dan Umno, akhbar milik Umno itu menyediakan laporan yang seimbang berbanding akhbar-akhbar milik pembangkang dan portal berita.

"Utusan Malaysia adalah suara rasmi orang Melayu, selagi Utusan hidup, selagi itulah orang Melayu hidup.

"Perkasa akan mempertahankan Utusan Malaysia sehingga ke akhir," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.

Syed Hassan memberi amaran kepada bukan Melayu dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sambil berkata, pertubuhan itu tidak akan teragak-agak untuk memobilisasikan ahlinya untuk mengadakan protes bagi mempertahankan akhbar tersebut.

Kira-kira 150 ahli Perkasa dan Umno berarak ke arah ibu pejabat Utusan untuk menyerahkan memorandum menyokong akhbar tersebut.

"Utusan berani, ia bercakap yang benar mengenai orang Melayu, kami memberi amaran kepada mereka yang menyerang Utusan, langkah mayat kami dulu. Kami tidak akan benarkan ia berlaku," teriak seorang ahli Perkasa ketika perarakan itu.

Turut hadir bekas ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifa dan Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdaus Megat Junid.

MB Desak KDN dan Hishamuddin Ambil Tindakan Segera Terhadap ADUN Kuang

Posted: 20 May 2011 03:30 AM PDT

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammudin Tun Hussein bagi mendesak kementerian itu mengambil tindakan segera terhadap ADUN Kuang, YB Abdul Shukor Idrus.

Abdul Shukor yang juga Ketua Penerangan UMNO Selangor telah mengaku secara terbuka memiliki dan mengedar akhbar haram, Selangor Terkini sekali gus melanggar Seksyen 5 (1) dan (2) Akta Penerbitan Mesin Cetak 1984.

Dalam surat yang dihantar kepada Hishammuddin bertarikh 13 Mei, Menteri Besar kesal kerana KDN dan Hishammuddin tidak berbuat apa-apa walaupun laporan polis telah dibuat terhadap Abdul Shukor dan Selangor Terkini.

Beliau berkata, kegagalan KDN dan Hishammuddin menyiasat menyebabkan Peguam Negara tidak boleh bertindak termasuk mendakwa Abdul Shukor kerana tiada hasil siasatan yang dikemukakan untuk tindakan lanjut.

Dalam surat balas kepada Menteri Besar bertarikh 21 Mac, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan bahawa KDN belum mengemukakan sebarang hasil siasatan untuk pertimbangan.

"Kegagalan KDN dan Hishammuddin bertindak secara efisien menyebabkan akhbar haram ini dicetak dan diedar di Selangor tanpa sebarang sekatan. Saya percaya ia didalangi orang yang sama kerana muka ADUN Kuang terpampang di muka depan akhbar haram ini," kata Menteri Besar.

Tan Sri Abdul Khalid sekali lagi mendesak KDN dan Hishammuddin menjalankan siasatan kerana laporan kedua telah dibuat pada 6 Mei lalu terhadap Selangor Terkini selepas dua individu ditangkap ketika mengedarkan akhbar haram ini secara terbuka.

"Saya menggesa Hishammuddin memainkan peranan sebagai Menteri Dalam Negeri dengan lebih berkesan, amanah, bertanggungjawab dan menjangkaui ideologi politik supaya keadilan dapat ditegakkan dan pihak yang didapati bersalah menerima hukuman setimpal," kata Menteri Besar.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

MRT: Perkasa dakwa Najib ‘dengar’ suara kami

Posted: 20 May 2011 03:00 AM PDT

Oleh Clara Chooi


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Perkasa memuji Datuk Seri Najib Razak sambil berkata disebabkan perdana menteri Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) melonggarkan kriteria bagi kontrak-kontrak projek Transit Rapid Massa (MRT) Lembah Klang.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Pengarah ekonomi Perkasa Dr Zubir Harun berkata, Najib telah "mendengar" keprihatinan yang dibangkitkan pihaknya bahawa kontraktor-kontraktor Bumiputera telah 'dinafikan' peluang kontrak projek MRT.

"Perdana Menteri mendengar Perkasa dan bertindak secara positif. Sekarang, terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi perhatian ke atas permintaan kami, SPNB sedikit sebanyak telah cuba untuk memastikan bahawa kesemua kontraktor — Bumiputera dan bukan Bumiputera boleh terlibat dalam MRT dan berkongsi kek," katanya.

Zubir mendakwa ketika program tinjauan beliau awal bulan ini, Najib telah memaklumkan kumpulan itu bahawa beliau menerima kebimbangan mereka dan SPNB akan mengkaji semula syarat-syarat yang digariskan.

"Ramai orang mendengar apa yang beliau katakan. Anda boleh memetik yang ini. Ia diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri," katanya lagi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, SPNB mengumumkan kajian semula kriteria prakelayakan kontrak kerja-kerja membina MRT Lembah Klang, yang membolehkan kontraktor-kontraktor berminat membentuk usaha sama (JV) atau konsortium dengan syarikat-syarikat tempatan.

Langkah itu dilihat akan membuka laluan kepada lebih ramai kontraktor bermodal kecil khususnya Bumiputera menyertai kerja-kerja pembinaan projek tersebut.

Bulan lalu, Perkasa meminta SPNB mengkaji semula syarat-syarat yang didakwa ketat dan menghalang penyertaan kontraktor Bumiputera.

Kriteria baru ini melibatkan kerja-kerja sivil bertingkat, stesen dan pembinaan depot, kata SPNB.

Selain itu, SPNB juga mengumumkan bahawa ia akan mempamerkan kajian semula prakelayakan selama lapan hari mulai esok dan menetapkan bahawa kesemua permohonan mesti dikemukakan sebelum 6 Jun.

"Prasarana telah memutuskan kajian semula tender prakelayakan bagi Kategori Terbuka (PKK 'A' / CIDB G7) dan Kategori Bumiputera (PKK 'A' Bumiputera / CIDB G7).

"Di bawah kriteria prakelayakan baru, kontraktor-kontraktor yang berminat boleh membentuk JV atau konsortium di kalangan syarikat tempatan," kata SPNB.

Bagaimanapun SPNB yang merupakan pemilik MRT menekankan, komposisi JV atau konsortium tidak seharusnya melebihi tiga syarikat.

"Dalam memastikan perkongsian yang berkualiti dan cekap, setiap kontraktor hanya dibenarkan mengemukakan maksimum dua permohonan JV atau konsortium," katanya.

Selepas Mengidam PAS, Sekarang Umno Mahu DAP Pula?

Posted: 20 May 2011 02:30 AM PDT

Umno wajar pelawa DAP sertai BN, kata bekas VC UUM


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Seorang kolumnis Utusan Malaysia mengesyorkan agar Umno mempertimbangkan penerimaan DAP, yang selama ini didakwa parti cauvinis Cina, sebagai komponen Barisan Nasional (BN).

Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan memberikan latar belakang kelahiran DAP menulis Umno seharusnya menerima parti itu bersama PAS, yang sebelum ini banyak kali dipelawa oleh Umno.

Katanya, jika DAP dan PAS sama-sama menjadi pemilik BN bersama Umno dan parti-parti picisan lain nanti, apakah yang menghalang semua mereka mengubah BN bersama-sama, jika itu yang dimahukan.

"Kesampingkan nostalgia dan sentimen tradisi, saya lihat DAP dan PAS akan amat selesa menyertai BN.

"Jika BN memang benar berhasrat menjadi satu parti tanpa komponen seperti sekarang, ia akan berlaku setelah hal yang saya utarakan ini didahulukan. Mengapa tidak?" kata Nordin.

Katanya, bagi DAP pula, tentulah Umno lebih sesuai dijadikan rakan serumah berbanding dengan PAS.

Kata Nordin, dasar Umno yang secara konsisten sangat pragmatik sewajarnya menyelesakan DAP untuk tinggal bersama BN berbanding di rumah tumpangan pakatan pembangkang.

"DAP yang sangat sekular (kehendak yang terpancar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin utamanya) sulit untuknya mengekalkan rumah tangga yang aman bersama PAS yang dilihat sangat teologikal.

"Lainlah jika PAS berada dalam rumah BN yang lebih besar nanti tentulah PAS juga akan pandai bertingkah laku sesuai pengalamannya tersingkir daripada BN pada tahun 1970-an dahulu," katanya.

Nordin juga menambah, pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN, misalnya tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan 'Malaysian Malaysia' sudah terangkum dalam '1 Malaysia', dasar semuanya inklusif, mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN.

"Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN," katanya sambil menambah, jika semua telah ada dalam BN — "sekularnya ada, teologinya ada, suasana inklusif telah ada", semua kepentingan pelbagai kaum telah ada, apakah lagi kewajaran mengubah 'status quo'.

"Jika, misalnya ada alasan lain seperti BN masih tidak bersih maka BN perlu ditolak, hujah itu tidaklah begitu kukuh. Sebaliknya, hujah yang lebih kukuh ialah 'ubahlah' BN bukan 'menggantikan' BN," kata beliau.

Kata Nordin, BN tidak harus menunggu sehingga benar-benar lemah dan hampir lemas baharu cuba berenang mencari tebing.

Kata beliau, amat menarik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini seperti dengan sengaja memilih masa yang agak sama menyerukan PAS meninggalkan pakatan pembangkang sambil memberi amaran kepada kaum Cina supaya tidak mengharapkan perwakilan yang biasa dalam Kabinet sekiranya mereka tidak memilih mana-mana parti Cina yang menjadi komponen BN dalam PRU yang akan datang.

"Seruan itu seperti hanya kurang sedikit daripada secara terang-terangan menjemput PAS menyertai BN dan juga kurang sedikit daripada memberi altimatum kepada MCA dan Gerakan supaya 'take it or leave it', sambil pada masa yang sama menghitung sejarah bahawa MCA terutamanya tidak pernah tidak setia kepada ikatan yang telah terjalin semenjak masa merdeka dituntut," katanya.

Katanya lagi, atas setiakawan demikianlah agaknya mengapa Najib tidak secara serentak 'menyapa' PAS dan DAP supaya meninggalkan PKR terkonteng-konteng sendirian.

Nordin menambah, pelbagai medium digunakan oleh pelbagai pihak dari luar bagi mengurangkan kebolehpercayaan orang ramai terutamanya pengundi terhadap kesucian 'rumah tumpangan' DAP dan PAS itu tetapi setakat ini mereka masih mampu di situ.

"Sebaliknya, rumah BN sendiri yang seperti bergoyang-goyang dari dalam," kata beliau.

Nordin menambah, hal ini mendorongnya meneliti semula tentang sentimen BN tidak boleh menerima DAP menjadi pengongsi rumah besar itu.

Mengambil kita latar belakang PAP dan DAP, kata beliau, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa.

PRU-13 sangat perit jika BN gagal kuasai dua pertiga, kata Muhyiddin

Posted: 20 May 2011 02:15 AM PDT

BALING, 20 Mei — Pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan waktu terdekat, dijangka paling sengit bakal dihadapi Barisan Nasional (BN) kerana parti-parti pembangkang sangat agresif, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

"Dalam 16 pilihan raya kecil lepas, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa.

"Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi," katanya Timbalan Perdana Menteri dipetik Bernama Online hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, BN perlu membuat persiapan lebih baik dan mantap untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun perhatian masyarakat terhadap BN dan Umno khususnya telah meningkat.

BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen pada 8 Mac 2008.

"Kita kena tanya selepas PRU-13 masihkah kita berkuasa... ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan," katanya yang juga Timbalan Pengerusi BN.

"Kita kena selesaikan semua masalah dari bawah hingga atas," kata Muhyiddin yang kini mengadakan lawatan kerja ke negeri-negeri menjelang pilihan raya umum ke-13.

Justeru, beliau mengingatkan "jangan lagi ada pertembungan di peringkat bahagian kerana pengertian perjuangan tidak lagi sama bila kalah dan tiada kuasa."

Muhyiddin berkata setiap anggota Umno hendaklah beristiqamah dan mengambil iktibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum 2008.

"Saya bersyukur semangat ahli-ahli Umno bertambah baik dan kuat dan trend perubahan sikap ini baik dan penting menjelang PRU akan datang," katanya.

Mandat semasa akan berakhir 2013 tetapi spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan tahun ini ataupun awal tahun depan.

Bekas pembantu MB Selangor bebas tuduhan tipu

Posted: 20 May 2011 01:50 AM PDT

Oleh Clara Chooi


SHAH ALAM, 20 Mei — Pemimpin PKR Mohd Yahya Mat Sahri, bekas pegawai kanan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan menipu oleh Mahkamah Sesyen, hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah gagal membuktikan tuduhan di luar keraguan munasabah bahawa Yahya telah melakukan kesalahan dimaksudkan.

Malah kata beliau, pihak pembela juga telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah berhubung tuduhan ke atasnya.

TG Nik Aziz Selepas Kuliah Pagi Tadi.

Posted: 19 May 2011 09:58 PM PDT

Gambar terakhir tok guru selepas kuliah pagi tadi.

Orang ramai berebut-rebut untuk bersalam kerana keberkatan alim ulamak tidak sama org pemimpin nasionalis dan sekular yang ada sekarang.

Hanya mulut manis dengan perkataan islam, tetapi penuh dengan kezaliman dan penipuan.

Live! Gambar TG Nik Aziz Dengan Rakyat

Posted: 19 May 2011 07:46 PM PDT

Rakyat berebut untuk bersalam dengan tok guru.

Gambar ini khas untuk pembaca blog kerabu bersuara.

Live! Ayuh Rakyat Kelantan Bangun!

Posted: 19 May 2011 07:23 PM PDT

Ramai rakyat kelantan yang tengah menurunkan tanda tangan pada kain yang disediakan.

Biar rakyat kelantan ajar najib, umno dan bn erti kezaliman yang mereka buat kepada rakyat dengan balasan yang setimpal oleh allah.

Yakin lah, allah tak akan biarkan kita yang dizalimi terus dizalimi. Allah maha adil. Najib dan bn akan terima azabnya!

Live! Tanda Tangan Sokong Royalti Kel

Posted: 19 May 2011 07:16 PM PDT

Berlansung majlis tanda tangan untuk rakyat kelantan menyokong usaha kerajaan kelantan menuntuk hak royalti.

Kain tanda tangan ini akan digantung di depan parlimen.

Allahuakbar!

Live! Kuliah Tg Nik Aziz

Posted: 19 May 2011 07:00 PM PDT


Live! Kuliah Tg Nik Aziz, originally uploaded by Atendent.

Tok guru ulas isu royalti kelantan yang dizalimi oleh kerajaan laknat umno.

Tok guru jua ulas pembinaan stadium nanti biar arkitek rangka stadium yang ada banyak ruang solat.

Isya allah saya akan dapatkan gambar tok guru dengan lebih jelas.

Tiada ulasan: