Jumaat, 20 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


RON 95 Naik 30 Sen Pagi Ahad Ini?

Posted: 20 May 2011 06:23 AM PDT


Saya petik:
Berita yang tersebar di kalangan ramai
di Lembah Klang bahawa petrol RON95 akan dinaik
harga mulai tengah malam, iaitu awal pagi, Ahad.
Kenaikan dijangka sebanyak 30 sen seliter. -

Lelaki Dipenjara kerana Jalin Hubungan Seksual dengan Anak Saudara Teman Wanita

Posted: 20 May 2011 05:00 AM PDT


The Straits Times melaporkan seorang lelaki berusia 51 tahun yang menjalin hubungan seksual dengan anak saudara teman wanitanya ketika remaja itu berusia 13 tahun. Perbuatan itu walaupun didakwa atas kerelaan buadak itu menyebabkan lelaki itu dipenjara 12 tahun.

Lelaki warganegara Singapura itu yang bekerja sebagai penyelenggara dan  tukang cuci mengaku salah atas dua pertuduhan, iaitu tuduhan seks oral dan merogol.

Lelaki itu berusia 48 tahun dan remaja yang dirogolnya itu hanya berusia 13 tahun ketika kejadian pertama berlaku. Insiden itu berlaku sekitar Mac 2008 hingga Julai 2009. Remaja itu kini berusia 16 tahun dan bekerja sebagai pelayan.

Tertuduh mempunyai tujuh anak daripada tiga perkahwinan mula menjalin hubungan dengan mak cik remaja itu pada tahun 2006. Dia kemudiannya berpindah ke pangsapuri wanita itu. Remaja itu dikatakan turut berpindah ke pangsapuri mak ciknya pada April 2009.

P/s: Gila seks! Banyak pengajaran yang boleh diambil.


Ramalan Matahari Terbit dari Barat

Posted: 20 May 2011 04:00 AM PDT


Saya petik:
[estidotmy] Menurut seorang ahli psikologi, berdasarkan kepada penyelidikan lanjutan mengenai anomali (keluarbiasaan), menjelang 2012, sesuatu fenomena membimbangkan diramalkan akan berlaku.

Ramalan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bahawa dalam beberapa tahun hadapan berkemungkinan berlaku perubahan pada kutub magnet bumi.

Walaupun sukar dipercayai, misalnya NASA mengatakan bahawa pada tahun 2001 bintang kita 'matahari', telah mengalami perubahan kutub tersebut.

Namun kerana jisim matahari seragam dan kita tidak tinggal di sana, manusia secara relatif tidak merasakan perubahan berkenaan.
Bumi diibaratkan sebutir telur yang mana kulit telur merupakan dataran dan lautan tempat kita berpijak manakala cairan telur adalah bahan larva logam cair sementara inti bumi adalah kuning telur yang merupakan logam padat pada suhu tinggi.
Inti bumi inilah yang memiliki medan magnet yang keluar dari Kutub Utara menuju Kutub Selatan yang dikenal dengan Sabuk Van Hallen.
Dalam beberapa dekad akan datang, dinyatakan Kutub Utara telah bergeser dalam darjah yang signifikan tetapi tidak dapat dipastikan bila berlakunya pergeseran di mana Kutub Utara menjadi Kutub Selatan.
Mungkin dalam beberapa tahun atau ratusan tahun akan datang.
Bukan bumi yang berputar, tapi inti bumi dan kerak bumi yang diisi oleh cairan, posisi inti dan kerak yang sebenarnya berputar seperti kuning telur berputar di dalam telur.
Jadi jika ini berlaku apakah kesan terhadap kehidupan di dunia?
Satu hal yang pasti adalah jarum kompas tidak akan lagi menunjuk ke arah utara tetapi ke kutub magnet Utara yang sudah berpindah di Selatan.
Adakah cuma jarum kompas berubah arah?
Senario paling buruk mungkin melibatkan gangguan magnetik yang boleh merosakkan peralatan elektronik, satelit, elektrik atau peranti teknologi lain.
Cuba fikirkan, apabila kutub magnetik Utara bumi ada di Selatan, dari mana Matahari akan terbit?

P/s: Bertaubatlah!

Pencacai BN Sanggup Demo Sokong Fitnah daripada Sertai Demo Anti-Lynas

Posted: 20 May 2011 02:43 AM PDT


Saya baca berita demo PERKASA menyokong akhbar harian milik UMCO, Utusan Malaysia di MK dan beberapa portal lain. Rata-ratanya menganggar tidak sampai seratus orang ahli PERKASA menyertai perhimpunan menyokong  Utusan daripada asakan pembangkang. Dalam berita MK yang sama dinyatakan bahawa kira-kira 70 orang ahli UMCO turut datang menyertai ahli PERKASA yang tengah meroyan di depan pejabat Utusan.

Tidak sampai 200 orang ahli PERKASA dan UMCO berkumpul untuk mempertahankan Utusan. Kalau ditolak dengan SB dan polis, agak-agak tinggal berapa bilangan mereka? Berapa RM yang diperoleh mereka? Sudah tentu, jika tiada RM, tidak ada demo. Logiknya, upacara memasang bendera BN semasa pilihan raya pun perlu dihulur duit, masakan upcara menjerit-melalak hari ini tidak disediakan ongkos. Apa-apapun saya menjangkakan perhimpunan itu akan menarik sekurang-kurangnya seribu orang ahli UMCO dan PERKASA. Maklumlah di Utusan itu ada nama "Melayu". Cakap mereka pun hebat! Promosi di blog pencacai juga hebat. Namun kehadiran menyedihkan!

Kalau anda baca di blog pencacai, hampir kesemuanya mengambil kesempatan membantai AMK kerana menunda demo di depan Utusan atas alasan untuk memberikan tumpuan terhadap perhimpunan membantah pembinaan loji nadir bumi di depan Pejabat Kedutaan Australia.  Penundaan itu menjadi modal blog pencacai untuk melabelkan mereka sebagai pengecut. Bola tanggung!

Antara laungan yang dijeritkan oleh balaci PERKASA termasuklah "(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu," Mereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusan sehingga titisan darah terakhir. Fuh, ayat! Gebang maut! Bila PR mempersoal bangsa, Melayu, dan agama? Orang hanya mempersoal tentang etika kewartawanan Utusan.

 Langkah mayat konon! Cuba berjuang di Palestine! Ada yang terkencing hanya mendengar tembakan tentera Israel!  Retorik "hampeh"!


Yang saya mahu persoalkan di sini ialah sikap tidak sampai 200 orang pencacai kerajaan Barisan Nasional yang berhimpun di depan bangunan Utusan ini. Mereka sanggup menjerit-melalak semata-mata mahu mempertahankan sikap akhbar itu menyiarkan artikel fitnah dan gambar lucah, melakukan provokasi dengan menggunakan nama Melayu, dan menulis artikel demi agenda politik pemilik tanpa menghiraukan kesannya kepada keharmonian kaum di negara ini. Habis Melayu dipergunakan - daripada nama hinggalah kepada bangsa, institusi semata-mata untuk kelangsungan politik UMCO yang kian terancam.

Walhal pada masa yang sama, PR dan NGO mengadakan demo di depan pejabat Kedutaan Australia untuk membantah pembinaan loji nadir bumi yang ternyata memberikan mudarat kepada penduduk dan persekitaran negara ini. Mengapa mereka enggan menyertai bantahan ini jika benar mereka berjuang untuk Melayu secara amnya? Mereka mereka tidak menentang Melayu yang menjadi dalang projek ini? Sikap mereka ini sudah jelas menunjukkan bahawa mereka hanya menyokong agenda segelintir Melayu yang sudah terbukti mengkhianati Melayu. Jangan terkejut, jika malaon-malaon ini diarahkan untuk mempertahankan Lynas, mereka akan melalak di depan pejabat kedutaan menyokong syarikat itu!

Mahu berbicara soal Melayu? Anda tentukan Melayu mana yang wajar anda sokong. Melayu yang menyokong akhbar tukang fitnah atau Melayu yang berdemo demi  keselamatan saudaranya dan kemakmuran negara yang terancam oleh loji nadir bumi yang didalangi oleh kerajaan BN?


P/s: Rasa-rasanya, jika mereka disuruh terjun lombong pun sanggup atas nama Melayu yang diputarbelitkan oleh Melayu terdesak!

Berita lanjut fasal demo PERKASA dan UMCO boleh di baca di sini. Berita lanjut fasal demo bantahan L:ynas boleh dibaca di sini.



Pembonceng Wanita Maut dalam Kemalangan Ngeri

Posted: 20 May 2011 12:30 AM PDT


Saya petik:
[SH] PUCHONG – Seorang pembonceng wanita maut dalam keadaan menyayat hati dengan isi kepalanya hampir terkeluar apabila motosikal dinaiki terbabas di Lebuh Puteri berhadapan pasaraya terkenal di Bandar Puteri, malam kelmarin.

Difahamkan, penunggang motosikal jenis Kawasaki yang membawa mangsa turut cedera parah di bahagian tangan dan kaki, namun sempat dikejarkan ke hospital.

Jurucakap Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam membabitkan sebuah kenderaan yang belum dapat dipastikan jenisnya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa merupakan warga Indonesia dikatakan baru pulang dari tempat kerja di Bandar Puteri menuju ke Batu 7, Jalan Puchong.

"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi mereka dipercayai dihimpit sebuah kenderaan lain sehingga gagal dikawal.

"Motosikal itu terjatuh dan terseret beberapa meter sebelum melanggar pembahagi jalan," katanya.

Beliau berkata, pembonceng dikenali dengan nama Rosida, 28, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala rakannya yang mengalami cedera parah sempat dikejarkan ke hospital oleh ambulan yang tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas dihubungi orang ramai yang menyaksikannya.

"Saya menggesa saksi yang melihat kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-89422222," katanya.

 P/s: Daripada pemerhatian saya, penunggang atau pembonceng motosikal yang mengalami kemalangan maut lazimnya disebabkan sikap penunggang yang gemar "mencilok" sewaktu di jalan raya. Perbuatan "mencilok" di laluan yang sibuk dengan kenderaan yang dipandu laju boleh menyebabkan motosikal terbabas kerana bergesel dengan kenderaan lain. Banyak kali saya lihat situasi penunggang hampir terjatuh kerana bergesel atau dihimpit oleh kenderaan besar. 

Jadi, bagi penunggang motosikal, saya nasihati anda agar menunggang di lorong tepi dan hanya memotong kenderaan jika keadaan betul-betul selamat. Biarpun mungkin disindir orang kerana anda menunggang di laluan tepi jalan, tidak mengapalah, janji anda selamat sampai ke destinasi. Saya berkata demikian, kerana saya kerap menunggang motosikal di jalan raya.

Nenek 64 Tahun Kena Hukum Gantung Angkara Dadah

Posted: 19 May 2011 11:42 PM PDT


Saya petik:
[Bernama] SHAH ALAM: Hukuman mati ternyata tidak mengira usia apabila seorang wanita warganegara India berumur 64 tahun dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah mengedar ketamin seberat 2,925 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di Sepang dua tahun lepas.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, Fazila Bee Abdul Kareem gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Wanita itu, yang mempunyai tiga orang anak, didakwa mengedar dadah berbahaya itu di Kaunter Pemeriksaan Kastam A, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA, kira-kira pukul 2.30 petang pada 13 Februari 2009.

Fazila Bee didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata tertuduh dalam pembelaannya mendakwa dia datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan kerana berasal daripada keluarga susah.

Beliau berkata tertuduh mendakwa semasa di lapangan terbang di India, seorang wanita telah meminta tertuduh untuk mendaftar masuk sebuah beg dengan alasan wanita terbabit akan datang bekerja di tempat sama dengan tertuduh.

Noor Azian berkata setelah mempertimbangkannya beliau mendapati keterangan pembelaan tertuduh langsung tidak masuk akal kerana banyak sebab antaranya, visa yang digunakan tertuduh ialah visa pelancong dan bukan permit kerja.

"Kalau nak kerja mesti dah tahu tempat mana nak kerja, nama majikan dan ada permit kerja. Tertuduh juga dikatakan berumur 64 tahun tetapi berdasarkan penampilannya, umur tertuduh dilihat lebih daripada 64 tahun, jadi tidak mungkin ada orang yang nak ambil dia bekerja sebagai pembantu rumah.

"Keterangan tertuduh penuh dengan percanggahan, tidak konsisten, lebih kepada rekaan dan difikirkan semula. Saya dapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan tertuduh didapati bersalah. Hanya ada satu hukuman sahaja iaitu tertuduh digantung sampai mati," katanya.

Sejurus Noor Azian membacakan keputusannya, Fazila Bee yang memakai t-shirt putih, berseluar sukan dan bertudung hitam tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Bagaimanapun, selepas dia keluar dari kandang tertuduh dan diterangkan oleh peguamnya K.A.Ramu mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, Fazila Bee dilihat menangis sambil mengangkat tangan seperti berdoa.

Tertuduh juga dilihat berterusan menangis sambil memegang sehelai tuala kecil dan berdoa ketika diiringi anggota polis keluar dari mahkamah...

P/s: Kemaruk hendak melancong tanpa menyedari menjadi keldai pengedar dadah.

Harga Produk Tenusu DL Akan Dinaikkan Jun

Posted: 19 May 2011 09:30 PM PDT


Saya petik:
 
[Kosmo] PETALING JAYA – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.

"Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.

"Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Dutch Lady, Datuk Zainal Abidin Putih.

Van den Berg menjelaskan, sebagai persediaan ke arah fenomena berkenaan pihaknya telahpun menaikkan harga sebanyak lima peratus bagi beberapa produk susu yang baharu dilancarkan pada awal tahun ini.

"Kami harus mengambil langkah berjimat-cermat dan efisien dengan harga material bahan mentah yang tidak menentu ini," katanya.

Beliau bagaimana pun tidak melihat bahawa peningkatan harga tersebut akan menjejaskan jualan rangkaian produk tenusu Dutch Lady di pasaran....

P/s: Syarikat selain DL ini sudah pun menaikkan harga produk tenusu mereka secara senyap-senyap. Cuba semak dan bandingkan harga produk tenusu di pasaran.

Siapa yang Menghidap Darah Tinggi atau Kandungan Kolesterol Tinggi? Sila Baca Artikel Ini!!!

Posted: 19 May 2011 08:33 PM PDT


Berita baik untuk pembaca DCM.

Menurut kajian saintis di Australia, tomato terutamanya yang telah dimasak dapat bertindak sebaik ubat statin yang biasanya digunakan oleh pesakit untuk mengurangkan kolesterol dalam darah atau mengurangkan tekanan darah tinggi. Statin ialah sejenis ubat untuk mengubati masalah kesihatan yang boleh menyebabkan masalah jantung.

Menurut salah seorang pengkaji, Dr Karin Ried dari Universiti Adelaide, rahsia khasiat tomato ini terdapat pada lycopene yang menjadikan tomato berwarna merah ranum. Antioksida hebat ini adalah elemen penting untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.

Dalam jurnal Maturitas, Dr Karin menyatakan bahawa  pengambilan 50 gram pati tomato atau minum segelas jus tomato (setengah liter) sehari dapat mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh pesakit dan dalam masa yang sama melindungi mereka daripada penyakit jantung.

Kata Dr Karin "Kajian kami mendapati jika pesakit mengambil lebih 25 miligram lycopene sehari, mereka dapat mengurangkan kolesterol yang tidak baik untuk tubuh sebanyak 10 peratus."

P/s: Jom minum jus tomato!


Awas, "Paracetomol" Palsu di Pasaran!

Posted: 19 May 2011 06:00 PM PDT


Saya petik:

[HM] IPOH: Pengguna dinasihatkan berhati-hati berikutan muncul sindiket penipuan menggunakan tepung gandum dan serbuk pewarna untuk menghasilkan pil paracetamol palsu yang diedarkan meluas di pasaran.

Pil ubat demam dan sakit kepala tiruan berkenaan dibimbangi mendatangkan mudarat kerana dicampur dengan kimia atau bahan pewarna yang masih belum dikenal pasti kandungannya.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mazlan Ismail berkata, penemuan pil paracetamol palsu itu dikesan selepas pihaknya melakukan serbuan dan pemeriksaan mengejut di seluruh negara sejak awal bulan lalu.

Menurutnya, pihak sindiket cuba memperdaya orang ramai dengan meniru sepenuhnya bentuk termasuk pembungkusan dan kotak produk pil paracetamol berkenaan.

"Sekali pandang, pengguna memang sukar membezakan antara produk tulen dan tiruan namun pihak KKM mempunyai kaedah khas untuk mengenal pasti ubat-ubatan tiruan ini.

"Memudahkan tugas apabila semua produk ubat-ubatan diwajibkan melekatkan pelekat keselamatan hologram Meditag KKM sebagai bukti ia diluluskan penjualan oleh KKM," katanya...


P/s: Semua barang sudah ada klon!

Pengarah Kluang Rail Coffee Didakwa Jual Kopi BABI

Posted: 19 May 2011 05:06 PM PDT


Saya petik:
[Kosmo] KLUANG - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu. Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa. Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama.


[HM] KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.

P/s: Boikot sampai matilah kedai kopi ini! Sesiapa yang telah minum kopi BABI ini, sila ambil pengajaran. Lain kali pastikan status halal sesebuah kedai makanan. Pihak berkuasa pula perlu mengambil tindakan tegas kerana orang bukan Islam di negara ini sewajarnya sudah mengetahui halal/haram makanan orang Islam.




Tiada ulasan: