Jumaat, 13 Mei 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Utusan malaysia Sekadar Diberi Surat Amaran? Laknat Betul Puak Ni

Posted: 12 May 2011 05:12 AM PDT

Kristian-Islam: KDN panggil ketua pengarang Utusan, beri teguran

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak dipanggil menghadap Kementerian Dalam Negeri petang tadi dan diberi teguran berhubung laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bertajuk "Kristian agama rasmi?".

The Malaysian Insider difahamkan Aziz bersama seorang editor kanan dipanggil bertemu dengan kementerian itu sekitar 4 petang tadi.

"Datuk Aziz dipanggil datang ke KDN kira-kira 3.45 petang tadi. Saya dimaklumkan seorang editor juga ikut sama. Utusan diberikan teguran, berhubung laporan isu penganut Kristian," kata sumber kepada The Malaysian Insider petang ini.

Sabtu lalu, ekoran pendedahan dua blog, Utusan Malaysia yang telah memetik laporan tersebut dan disiarkan dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?", mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) dan kumpulan Kristian.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Petang tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Perdana Mwnteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf secara terbuka ekoran laporan berunsur fitnah yang mengaitkan parti itu dengan konspirasi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, Lim berkata pihaknya juga mahu Utusan Malaysia menggantikan editor dan wartawan akbar itu yang terlibat dengan penyiaran laporan bersifat fitnah dan boleh merosakkan gagasan 1 Malaysia yang diperjuangkan Najib.

Kata beliau, hanya dengan cara itu Najib boleh membuktikan bahawa Utusan Malaysia tidak mendapat imuniti apabila mengeluarkan laporan salah dan fitnah.

Kristian-Islam: Blogger pro-Umno terus kecam ‘Bigdog’, gesa minta maaf

Posted: 12 May 2011 04:02 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ekoran pendedahan provokasi yang didedahkan melalui blog "Bigdog", penulis blog itu terus dikecam hebat oleh beberapa blog pro-Umno yang tidak bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan itu.

Malah blog-blog pro-Umno ini juga menyifatkan penulis blogger "Bigdog" sebagai bongkak kerana enggan mengakui kesalahan dan meminta maaf.

Penulis blog "Bigdog" melalui entri bertajuk "Making Christianity the official religion?" mendakwa wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara.

Selain menjadikan Kristian agama rasmi negara, penulis blog itu juga mendakwa ia akan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Ekoran pendedahan penulis blog "Bigdog" itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) dan kumpulan Kristian.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

"Untuk kontroversi terbaru ini bukan orang Melayu, Cina dan India sahaja, malah semua rakyat Malaysia mesti bangun mendesak dia menarik semula kenyataan 'Kristian Sebagai Agama Rasmi Negara?, yang kononnya didesak oleh sekumpulan paderi dan pemimpin DAP agar Kristian dijadikan agama rami negara.

"Pandangan blogger ini telah dikeluarkan di muka hadapan Utusan Malaysia, tiada bukti, tiada fakta... hanya sekeping gambar dikeluarkan. Mungkin ramai yang keliru dengan status blogger ini," kata kata blogger "Gelombang-Rakyat".

Tambah penulis blog itu, tindakan "Bigdog" itu akan menjatuhkan imej dan kepimpinan negara.

"Kenapa perlu nyatakan yang palsu? Tindakan Bigdog ini bukan sahaja menjatuhkan imej kepimpinan negara, malah boleh mencetuskan perpecahan perpaduan yang dipupuk sejak sekian lama.

"Lebih pelik, ia hanya sekadar rekaan semata-mata. Sebenarnya ini yang dinamakan mainan politik dan tidak mustahil Bigdog akan terus melaksanakan strategi-strategi begini," katanya.

Sementara itu blogger "Gelombangwangsamaju" bersetuju blogger "Bigdog" ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mencetuskan provokasi yang menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.

"Saya memang bersetuju, ISA sahaja, blogger pro-kerajaan yang memalukan BN dengan membangkitkan isu sehingga menggugat ketenteraman awam dan bakal menyebabkan perbalahan antara agama," katanya.

Sementara itu blogger "Papa Gomo", menyifatkan tuduhan palsu yang dilemparkan "Bigdog" bukan sahaja menjatuhkan imej negara tetapi kesannya turut diterima blogger pro-Umno yang lain.

"Kalau sudah salah mengaku sahaja, tidak perlu nak bongkak sangat... akibat dari tindakan anda ini telah mengakibatkan Malaysia jadi kecoh dan ketenteraman awam tergugat malah kesannya turut mencalar imej kami blogger pro-Umno yang lain.

"Kenapa nak bongkak sangat? Kerana dia, semua blogger terima tempias, isu yang dibawa Bigdog ini kesan kecelakaannya amat besar dan tidak ada guna nak simpan blogger macam ini.

"Bukan sekali dia merosakkan kerajaan malah sudah berpuluh-puluh kali... cukup-cukuplah elok anda duduk diam dan keluarkan permohonan maaf, tidak perlu keluarkan kenyataan yang bongkak dan angkuh," katanya.

Awal pagi tadi The Malaysian Insider melaporkan blogger "Bigdog" mempertahankan tulisannya dan enggan membuat permohonan maaf atas laporan yang disifatkan sebagai fitnah.

"Tidak (akan minta maaf), atas alasan apa saya perlu minta maaf? Kenapa saya perlu minta maaf? Kepada siapa saya harus minta maaf?

"Saya tidak akan minta maaf, saya tidak tahu sebab apa (perlu minta maaf), mereka perlu baca balik laporan saya itu, kalau tidak faham saya boleh jelaskan," kata penulis blog "Bigdog" kepada The Malaysian Insider.

Laporan Utusan cetus rasa tidak senang, pemimpin Kristian beritahu PM

Posted: 12 May 2011 03:50 AM PDT

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Pemimpin-pemimpin gereja menyifatkan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi sebagai perbincangan berfaedah di mana perdana menteri juga dimaklumkan tentang perasaan tidak senang mereka ekoran laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu menjadikan Malaysia negara Kristian.

Biskop Ng Moon Hing, yang mewakili Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) memberitahu pemberita bahawa mereka ada mengadu kepada perdana menteri mengenai laporan tidak berasas, yang mendakwa Kristian mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian dan menggantikan Islam sebagai agama rasmi.

"Kami memberitahu bahawa kami terganggu dan tidak gembira... perkataan-perkataan tidak bertanggungjawab, bersifat hasutan yang berpotensi untuk menyebabkan rusuhan, tidak seharusnya diterbitkan dalam media arus perdana atau sebarang media," katanya.

Ng berkata demikian selepas pertemuan waktu tengah hari selama 45 minit di Putrajaya hari ini.

Panas! Khaairy Tibai Anjing Besar Di Twitter

Posted: 12 May 2011 01:07 AM PDT

Dakwaan Bigdog konspirasi Kristian tindakan melulu, kata Khairy

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas penulis blog "Bigdog" sambi menyifatkan dakwaan yang dibuat kononnya wujud konspirasi mahu melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama Kristian sebagai "terlalu melulu."

Blog pro-Umno milik Zakhir Mohamad itu disifatkan Khairy sebaga satu tuduhan yang "luar biasa dan sangsi" tanpa "mempunyai apa-apa bukti."

"Apa yang dia ada hanya gambar dan apa yang dia tulis dalam blognya. Ia adalah amat tidak bertanggungjawab dan melulu. Dia adalah seorang yang sangat teruk," katanya kepada The Malaysian Insider selepas mengecam tindakan Zakhir melalui Twitter.

"Jangan terlalu sombong 'Fat Dog'. Jika anda salah anda akan dikenakan hukuman berat.

"Saya rasa kalau anda dibuktikan bersalah anda akan didakwa kerana menyebarkan laporan palsu dan hasutan. Berani buat berani tanggung," tulis Khairy dalam Twitter.

Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, semalam Zakhir dalam entri terbaru di blognya mempertahankan laporannya dengan berkata "apa yang perlu dikekalkan adalah janji paderi-paderi yang mahu melantik perdana menteri Kristian dan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi."

Dia berkata paderi-paderi itu berdoa agar perdana menteri dilantik tanpa mengira latar belakang agama.

"Sudah tentu, mereka telah melakukan perkara ini secara terang-terangan untuk menyingkirkan hak kaum majoriti, siapa orang Melayu Islam yang gembira dengan perkara ini," tulis Zakhir.

Dia juga memberi respons terhadap Khairy dengan berkata "ini bukan mengenai sombong. Hanya menyatakan fakta. Siasatan masih berjalan. Apa yang pasti polis belum menyiasat mereka yang hadir."

Khairy membalas dengan berkata polis telah mengambil keterangan pada Selasa.

"Anjing, anda telah buktikan anda seorang penipu dalam Twitter. Saya cadangkan anda hentikan sebarkan laporan palsu, pergi ke The Loaf, pesan makanan dan sedut semua," katanya dengan merujuk kepada fizikal Zakhir.

Beliau juga berkata Zakhir sepatutnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai mana yang disarankan sesetangah pihak.

Minggu lalu Zakhir dalam entrinya bertajuk "Making Christianity the official religion?" mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Ekoran pendedahan penulis blog "Bigdog" itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN), beberapa blog pro-Umno dan kumpulan Kristian.

Beberapa laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog itu.

Najib juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian hari ini ekoran laporan media bahawa komuniti Kristian mahu menggantikan Islam sebagai agama rasmi selepas kontroversi kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Kristian-Islam: Usul bantah tindakan Hishamuddin, Rais dibawa ke Parlimen

Posted: 12 May 2011 01:03 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Kesal dengan tindakan dua anggota Kabinet, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran mencadangkan usul membantah tindakan kedua-dua menteri itu kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia.

Sidang Parlimen akan berlangsung bulan depan Julai.

Tegas Kulasegaran, sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia walaupun laporan yang dikeluarkan salah dan berunsur fitnah disifatkan beliau sebagai tidak bertanggungjawab.

"Hishammuddin dan Rais telah menerima laporan itu tanpa mempersoalkan kesahihan, malah telah memberi amaran kepada rakyat agar tidak mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

"Sepatutnya mereka harus menyiasat segera kesahihan laporan yang berniat jahat dan tidak berasas itu bukannya melakukan siasatan terhadap dakwaan itu, nampaknya mereka bermain politik," katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu juga menyifatkan tindakan Hishammuddin dan Rais mempercayai laporan Utusan Malaysia sebagai tidak rasional.

"Sebagai ahli politik, mereka patut tahu laporan Utusan Malaysia itu berniat jahat dan mengancam keharmonian negara selain bersifat perkauman.

"Oleh itu tiada alasan untuk menerima laporan Utusan Malaysia itu, malah saya percaya mana-mana ahli politik yang rasional mereka sudah pasti tidak akan mempercayai laporan Utusan Malaysia itu.

"Hishammuddin dan Rais harus meminta maaf kerana menerima kesahihan laporan Utusan Malaysia, yang mana usul ini akan dibawa pada pembentangan belanjawan 2012," katanya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Kelmarin Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut Hishammuddin dan Rais memohon maaf secara terbuka kerana bersikap lepas tangan terhadap Utusan Malaysia.

Beliau berkata sikap yang diambil Hishammuddin dan Rais dilihat cuba melindungi Utusan Malaysia walaupun akhbar itu mengeluarkan laporan yang berunsur fitnah dan salah.

Selepas pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia, Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.

Katanya, apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

Semalam kerajaan negeri Pulau Pinang telah memfailkan satu aduan rasmi mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan yang mengaitkan DAP dengan konspirasi Kristian.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara menyokong usul itu termasuk dua wakil rakyat Umno yang tidak mempercayai laporan tersebut.

Kata Lim, dua wakil rakyat Umno yang turut menyokong usul itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang, Datuk Hilmi Yahya dan Adun Pulau Betong Muhammad Faris Saad ketika sidang DUN kelmarin.

No 2 PAS: Ulama penentu kemenangan, kata penganalisis

Posted: 12 May 2011 01:01 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Walaupun ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu mendahului senarai pencalonan bagi jawatan nombor dua parti itu, namun ia bukan petanda pemimpin itu boleh "merampas" kedudukan tersebut.

Ini kerana jelas beberapa penganalisis politik, faktor ulama dan golongan profesional adalah penentu kepada kemenangan mana-mana pemimpin PAS yang bertanding bagi jawatan dalam parti Islam itu.

Malahan mereka juga tidak menolak kemungkinan penyandang Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akan terus mempertahankan jawatan itu pada pemilihan Jun ini.

Setakat hujung minggu lalu The Malaysian Insider difahamkan Mohamad yang turut dikenali sebagai "Mat Sabu" sudah memperoleh 70 pencalonan manakala Nasharudin hampir 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan sudah bermesyuarat.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara dan hampir 80 peratus kawasan atau bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan masing-masing.

Ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa pun.

Menurut pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, jumlah pencalonan yang diterima Mohamad tidak boleh dijadikan ukuran bekas naib presiden PAS itu boleh merampas jawatan itu daripada Nasharudin.

Ini kerana jelas beliau, selama ini jawatan presiden dan timbalan presiden PAS dipegang golongan ulama dan agar sukar golongan profesional untuk memecah tradisi itu.

Justeru kata Sivamurugan, faktor itu harus diambil perhatian di samping perwakilan juga tidak harus mengetepikan sumbangan golongan profesional.

"Pencalonan tidak boleh menggambarkan kemenangan kerana ia akan bergantung kepada kompromi di saat-saat akhir dan dalam PAS lazimnya golongan ulama mampu menandingi kumpulan profesional.

"Saya setuju penentuan yang sama masih berterusan kepada sebilangan besar masih berpihak kepada kumpulan ulama berbanding golongan profesional.

"Tetapi ini tidak bermakna PAS harus meminggirkan golongan profesional kerana sumbangan golongan profesional semakin berkembang terutama dalam peningkatan ahli dari kelompok ini dan jika ruang berjawatan dan bersuara tidak diberikan, ia boleh memberi kesan kepada PAS dalam jangka panjang," katanya.

Selain itu tambah Sivamurugan, sudah tentu Hadi memerlukan seorang timbalan yang berkelayakan serta membantu beliau dalam melakukan perubahan dalam parti.

"Saya percaya presiden mahu seseorang yang boleh bekerja dengan beliau malahan strategi PAS juga mahukan seorang pemimpin yang boleh bergandingan dengan presiden.

"Ini bermakna, walaupun pencalonan Nasharudin masih kurang, peluang beliau masih ada," katanya.

Tambah beliau, pencapaian dan prestasi kedua-dua pemimpin PAS itu juga akan menjadi penentu siapa yang layak untuk memegang jawatan itu.

"Saya percaya sumbangan dan percapaian akan turut menjadi percaturan tetapi lebih daripada itu, siapakah yang mampu bergandingan dengan presiden akan menjadi faktor dominan kerana sudah pasti PAS tidak mahu melihat wujudnya kepuakan yang ketara pasca-pemilihan nanti yang boleh memberi kesan kepada struktur kepimpinan PAS," katanya.

Pandangan Sivamurugan itu dikongsi bersama Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat yang mengatakan ciri-ciri ulama dan profesional ada pada Nasharudin yang mana ia boleh menyumbang kepada perubahan PAS.

"Dari segi pencalonan saya tidak lihat ia mencerminkan kemenangan Mohamad Sabu kerana pencalonan hanya untuk lihat siapa yang layak bertanding.

"Dan, kalau kita lihat ciri-ciri yang ada pada Nasharudin, beliau masih mempunyai peluang kerana ciri-ciri itu memenuhi semangat yang diperlukan dalam kepimpinan parti," katanya.

Tambah beliau, walaupun Mohamad merupakan pemimpin lama dalam PAS, namun dari aspek kepimpinan dan latar belakang pendidikan Nasharudin mengatasi bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu.

"Saya tidak kata Mohamad Sabu ini bukan ulama, beliau ada ciri-ciri itu tapi ciri-ciri yang ada pada Nasharudin lebih banyak, selain berlatar belakang agama, pendidikan yang tinggi, masih muda dan Nasharudin mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan dalam parti.

"Selain itu, kalau kita lihat asas perjuangan PAS selama ini adalah Islam dan ulama menerajui PAS, kalau perwakilan mahu melakukan perubahan itu saya tidak pasti tapi yang saya pasti ulama adalah pilihan utama manakala profesional hanya cita rasa baru dalam PAS," katanya.

Pada pemilihan kali ini selain Mohamad dan Nasharudin, empat lagi pemimpin utama PAS turut dicalonkan bagi jawatan itu.

Ketiga-tiga pemimpin itu adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 17 pencalonan, Menteri Besar Kedah dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (lima pencalonan), seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (empat pencalonan) dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan satu pencalonan.

Bagaimanapun hanya Mohamad dan Nasharudin sudah mengesahkan untuk bertanding bagi jawatan tersebut.

Bagi Prof Abdul Aziz Bari, Mohamad berpeluang untuk merampas jawatan timbalan presiden ekoran kegagalan Nasharudin melakukan perubahan dalam parti.

Bagaimanapun penganalisis politik itu tidak menolak banyak faktor lain yang boleh menentukan siapa yang layak untuk memegang jawatan tersebut yang mana ia bakal menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Mohamad dan Nasharudin.

Selain itu, jelas Aziz, penentu bagi kemenangan kedua-dua calon itu juga bergantung kepada fakor ulama atau golongan profesional yang bakal dipilih perwakilan pada pemilihan parti Jun ini.

Menurut beliau, kelemahan dan kegagalan Nasharudin sepanjang menyandang jawatan itu kemungkinan akan dinilai dan diambil kira oleh perwakilan.

"Ya, kemungkinan itu ada, lagipun Mohamad Sabu masih belum mendapat pencalonan dari Terengganu yang dikira kawasan Nasharudin . . . ertinya pencalonan itu menggambarkan mood dalam parti.

"Faktor ini memang penting tetapi kita belum tahu sama ada kali ini penentu, dari segi prestasi Mohamad lebih ke depan dan begitu juga jemputan ceramah Mohamad Sabu ke depan.

"Selama ini Nasharudin kelihatan gagal membantu Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), mungkin perwakilan akan melihat itu yakni presiden sudah ulama apa perlunya timbalan juga ulama," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Aziz, prestasi Nasharudin yang tidak menyerlah juga akan memberikan kesan kepada Ahli Parlimen Bachok untuk mempertahankan jawatan itu.

"Apatah lagi apabila Nasharudin tidak begitu menyerlah, khususnya di Parlimen dan beliau hanya kelihatan apabila pemilihan hendak berlangsung.

"Sebelum ini Nasharudin tenggelam, ini menandakan prestasi yang kurang baik. Selain itu kita juga kena ambil kira prestasi sebagai ahli Parlimen yang sama teruk dengan ketika beliau jadi ahli Parlimen Yan dulu," katanya.

Ditanya peluang Mohamad yang bertanding buat kali kedua selepas tewas pada pemilihan dua tahun lalu, Aziz yang juga pensyarah UIA berkata, "peluang itu ada kerana tiada faktor lain yang boleh membantu kemenangan Nasharudin."

"Melihat kepada jumlah pencalonan saya fikir itu satu kemungkinan (kemenangan Mohamad kerana dalam dua pertandingan (pemilihan) sebelum ini ada faktor lain yang memenangkan Nasharudin.

"Kali ini faktor itu tiada lagi yang mana pada kali pertama Nasharudin disokong oleh golongan profesional yang mahukan Allahyarham Hassan Shukri digantikan dan pada pertandingan selepas itu pula Nasharudin menang kerana pecah undi antara Mohamad Sabu dengan Datuk Husam Musa (ahli jawatankuasa kerja PAS pusat).

"Dalam pertandingan kali ini Mohamad Sabu lebih bersedia dari awal dan momentum menyebelahi beliau, selain itu Mohamad Sabu adalah seorang yang terbukti veteran dalam politik dan ini saya fikir memberi kelebihan kepada beliau dan apa yang penting sekarang beliau perlu mengekalkan momentum supaya terus bersamanya," katanya.

Pada pemilihan 2009, kerusi timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad, Nasharudin dan Husam yang mana keputusannya memihak kepada Nasharudin yang menghimpunkan 480 undi.

Husam memperoleh 281 undi sementara Mohamad hanya mendapat 261 undi.

Umno, legitimasi dan perkauman — Roslee Mardan

Posted: 11 May 2011 11:42 PM PDT

12 MEI — Walaupun kebanyakan negara di dunia mempunyai pelbagai etnik atau kaum, Malaysia dilihat istimewa kerana asas kepada politiknya adalah kerjasama kaum. Semua dasar kerajaan, lantainya adalah soal kaum. Kedua barulah soal rakyat secara keseluruhan. Maka amat sukar untuk mendapat obligasi politik melalui legitimasi yang dijana daripada soal perkauman. Inilah yang dihadapi oleh kerajaan yang ditunjangi oleh Umno.

Baru-baru ini, pandangan bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai semangat perkauman yang masih sukar diatasi dalam politik Malaysia menarik perhatian untuk direnungi bersama. Jika ini wajar dijadikan petunjuk, bermakna legitimasi kerajaan hari ini amat bergantung kepada soal politik perkauman.

Mengimbau kesan Pilihan Raya Umum Ke-12 sememangnya memberi impak mendalam kepada Barisan Nasional (BN). Parti politik orang Melayu, Umno juga tidak terlepas daripada hakikat ini. Dewasa ini, Umno sering menjadi sandaran kepada terhakisnya legitimasi kerajaan sampaikan ada analisis melontarkan hujah, walaupun parti-parti komponen seperti MCA dan MIC gagal berperanan menarik sokongan kaum mereka, namun bagi rakyat dan sekelompok pemimpin BN meletakkan Umno sebagai liabiliti ekoran kuasa politik yang sudah terlalu lama dipegang selain nilai dalaman Umno yang berakomodasi dengan pengoperasian parti menjadi kritikan. Berapa lama lagikah Umno masih diterima sebagai parti orang Melayu?

Benarkah Umno terus bergantung kepada sokongan orang bukan Melayu melalui BN? Apakah Umno mampu mengekalkan legitimasinya lanjutan politik kaum kini menjadi "ancaman" yang menggugat perjuangannya?

Logiknya, semua persoalan ini hanya sesuai diberikan kepada "orang politik" dalam Umno untuk menjawabnya. Tetapi setiap kali pilihan raya, yang mengundi adalah rakyat. Maka persoalan ini wajib dijawab bersama oleh orang Melayu sendiri atas kapasiti kaum mereka dan bukan sekadar sebagai pengundi.

Umumnya politik Malaysia tidak boleh lari daripada soal kaum kerana di situlah terletak kunci utamanya. Justeru, legitimasi parti kerajaan dan negara disandarkan kepada soal hubungan kaum yang mana sejarah lampau mesti dikekalkan sebagai rujukan utama. Sesungguhnya, pelaksanaan tugas atau obligasi politik multietnik melalui legitimasi ini adalah terletak di atas bahu Umno.

Penulis percaya sempena hari ulang tahun Umno yang ke-65, sudah tentu hal ini (legitimasi dan hubungan kaum) semakin menambah bebanan kepada Umno selaku "key person" atau aktor utama dalam arus politik perdana. Umno menanggung beban yang begitu berat. Soal kaum sendiri, soal kaum-kaum yang lain perlu dijaga dengan rapi bagi memelihara imbangan sosio-politik di negara ini.

Undi protes seperti yang dipersetujui oleh ramai penganalisis politik tanah air dalam PRU-12 melanjutkan politik perkauman di Malaysia. Tetapi, di pihak parti pembangkang, undi ini diterjemahkan sebagai gelombang kebangkitan rakyat. Bagi penulis, kalaupun benar kebangkitan rakyat, sebenarnya ia lahir dalam ruang kontenum realiti persaingan kaum yang bersembunyi di sebalik nama kerjasama politik. Dan mungkin ini adalah titik mula.

Umno telah menghadapi banyak cabaran. Cabaran paling sukar bagi Umno adalah mengukuhkan nilai dalaman parti seperti budaya politik dan kepimpinan. Walaupun Umno kekal sebagai parti peneraju dalam pentadbiran kerajaan tetapi legitimasinya kian terhakis.

Kini, Umno berhadapan dengan masyarakat Malaysia yang kian terbuka mengenai soal hak asasi dan kesamarataan yang semua ini adalah impak globalisasi. Pembangunan material yang selama ini menjadi wadah Umno kurang "laku" walaupun di kalangan kaumnya yang masih dilanda masalah kemunduran, kemiskinan dan ketinggalan berbanding kaum lain.

Nilai dalaman Umno masih menjadi perhatian orang Melayu sendiri dalam pada menentukan sokongan. Proses-proses dalam penentuan barisan kepimpinan Umno juga menjadi atribut penting dalam mengekalkan legitimasinya. Kepimpinan yang tegas terutama dalam kebolehan strategi menangani masalah perkauman di Malaysia amat penting untuk mewujudkan rasa "selamat" kaum Melayu di negara ini.

Amat pelik kalau dikatakan Melayu takut di tanah air sendiri tetapi dalam konteks masyarakat majmuk itulah realitinya kerana sejarah lampau sangat ngeri untuk diulangi semula.

Hari ini, "kebangkitan rakyat" atau lebih tepatnya politik kaum merupakan cabaran besar Umno. Walaupun, sikap "laissez faire" atau keterbukaan menangani politik kaum dapat meredakan hubungan di kalangan masyarakat Malaysia, orang Melayu tetap akan memerhati Umno. Sama ada kekuatan nilai dalaman parti yang kini sedang diperbaiki serta proses pemantapan kepimpinan dapat meyakinkan mereka, semuanya diletakkan di bahu parti Umno.

Umno akan sentiasa menerima kesan akibat politik kaum. Tetapi, apa yang boleh menyelamatkan legitimasi Umno adalah orang Melayu sendiri. Walaupun dengan kepimpinan baru, perubahan politik dilakukan, Umno tidak boleh sekali-sekali mengharapkan perubahan parti sahaja.

Apa yang turut diambil berat adalah bagaimana mendidik orang Melayu agar kesedaran terhadap nasib bangsa dapat memupuk rasa sentimental Melayu terhadap perjuangan bangsa. Ini tidak salah kerana kaum lain juga mempunyai rasa yang sama. Tidak salah juga Umno "meminta-minta" kepada orang Melayu supaya terus memberi sokongan padu.

Nilai keterbukaan Umno sepatutnya diterjemahkan sebagai keterbukaan kepada kaumnya sendiri. Pandangan kaum Melayu harus diterima untuk memperbaiki parti. Barulah orang Melayu berasa "selamat" di bawah naungan Umno. Jika keterbukaan terlalu diberikan kepada tuntutan lain sedangkan peluang tertutup bagi kaumnya, legitimasi Umno tidak akan selamat selamatnya.

Tetapi, mungkin ada yang mempersoalkan bagaimana pula tuntutan kaum lain yang bekerjasama dengan Umno? Sebab itulah pentingnya sejarah diambil kira sebagai rujukan utama. Memetik kata tokoh pemikir Barat "politics is service". Maka sesuailah jika politik di Malaysia dilaksanakan sebagai politik untuk membangunkan rakyat dan negara bukan perlumbaan untuk memenangi antara satu sama lain sehingga mengorbankan perkara-perkara yang telah dipersetujui.

Peranan Umno, peranan orang Melayu, peranan parti-parti komponen perlu selari supaya bukan sahaja legitimasi Umno dapat dikekalkan tetapi juga melibatkan keabsahan orang Melayu sendiri serta parti-parti komponen yang lain. Ulang tahun yang ke-65 ini, apakah yang sedang direnungi Umno?

Apakah Umno masih relevan dan berupaya memimpin masyarakat majmuk kontemporari? Bagaimanakah Umno dapat terus mengekalkan kelangsungannya ketika semangat perkauman melangkaui fahaman ideologi parti-parti politik? Adakah orang Melayu masih setia kepada Umno? Inilah cabaran Umno hari ini. — Utusan Malaysia

* Penulis ialah Penolong Pendaftar Universiti Utara Malaysia.

Anjing Besar Laknat Tidak Akan Minta Maaf

Posted: 11 May 2011 11:36 PM PDT

Kristian-Islam: Blogger 'Bigdog' tidak akan mohon maaf

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 12 Mei — Dengan mempertahankan tulisannya, penulis blog "Bigdog", yang mencetuskan provokasi berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara menegaskan, dia tidak akan membuat permohonan maaf atas laporannya, yang disifatkan banyak pihak sebagai fitnah.

Selain menjadikan Kristian agama rasmi negara, penulis blog itu juga mendakwa ia akan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Ekoran pendedahan penulis blog "Bigdog" itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Penulis blog tersebut yang enggan namanya didedahkan menerusi entri bertajuk "Making Christianity the official religion?" mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

"Tidak (akan minta maaf), atas alasan apa saya perlu minta maaf? Kenapa saya perlu minta maaf? Kepada siapa saya harus minta maaf?

"Saya tidak akan minta maaf, saya tidak tahu sebab apa (perlu minta maaf), mereka perlu baca balik laporan saya itu, kalau tidak faham saya boleh jelaskan," kata penulis blog "Bigdog" kepada The Malaysian Insider.

Ditanya sama ada laporan yang ditulis itu benar atau palsu, penulis blog "Bigdog" enggan memberikan sebarang komen.

Sebaliknya hanya berkata: "Saya tidak boleh cakap, sebab ia sudah jadi kes polis, sudah ada laporan polis dibuat.

"Jadi biar polis siasat dulu," katanya.

Selain enggan meminta maaf, penulis blog itu juga enggan menarik balik laporan yang telah ditulis itu sambil menyifatkan tiada alasan untuk dia berbuat demikian.

Sebuah lagi blog yang turut mendakwa kewujudan konspirasi itu telah memadamkan entri-entri itu.

Selain blog "Bigdog", blog "Marahku" merupakan blog yang dipetik Utusan Malaysia yang dalam laporan itu menuduh DAP mungkin terlibat dalam konspirasi tersebut.

"Buat apa saya perlu tarik balik? Saya tidak akan . . . biarkan sahaja ia di situ," kata penulis blog "Bigdog".

Blog "Bigdog" juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan.

The Malaysian Insider pagi semalam melaporkan sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger "Bigdog".

Blogger "Papa Gomo" menerusi entri "Negara Kristian — Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan "Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

Selain itu, penulis itu juga mahu "Bigdog" ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

Harga gula: BN selamatkan 163 kali subsidi IPP untuk kroni

Posted: 11 May 2011 11:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh menyelamatkan RM19 bilion setahun melalui pemberhentian subsidi kepada Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), berbanding RM116 juta pemotongan subsidi gula yang menyusahkan rakyat.

Penjimatan itu berkadaran 163 kali ganda sekiranya kerajaan menamatkan subsidi gas kepada syarikat kroni IPP seperti Malakoff, Genting Sanyen dan YTL.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pada tahun kewangan 2009 sahaja, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi untuk bahan bakar itu mencecah RM10.2 bilion.

"Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah Sektor Tenaga 1997 dan Sektor Bukan Tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion.

"BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan. DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Menurut Lim, RM116.6 juta yang disimpan tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat selagi amalan rasuah dan projek runding terus dilaksana secara berleluasa.

"Akibatnya, gejala rasuah bermaharajalela dengan tiadanya tender terbuka untuk cadangan pembinaan MRT (Projek Aliran Transit Mass) yang berjumlah RM53 bilion dan keengganan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion saham bumiputera," katanya.

Lim berkata, pada masa yang sama kerajaan melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia cuba mengalih perhatian rakyat dengan sengaja mewujudkan isu konspirasi kononnya DAP dan para paderi Kristian ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian.

"Penipuan seperti itu dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia sedangkan tiada rakyat Malaysia beragama Kristian yang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Penipuan Utusan ternyata adalah cubaan terdesak UMNO untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pengurusan ekonomi serta kegagalan dasar- dasar lain sehingga menyebabkan kenaikan harga petrol dan gula," ujarnya.

Mat Zain: Eskay rancang timbul ketegangan di masjid

Posted: 11 May 2011 10:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim percaya tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memakai jaket kalis peluru ketika mengangkat sumpah laknat di sebuah masjid baru-baru ini, bertujuan menimbulkan kekecohan.

Dalam surat terbarunya, Mat Zain berkata perbuatan itu bukan sahaja mencemarkan kesucian masjid dan agama Islam malah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan.

"Sebaliknya apabila ke masjid, bukan sahaja beliau memerlukan jaket kalis peluru, malahan beberapa orang pengawal peribadi yang mungkin bersenjata mengawalnya.

"Dalam kata yang lebih mudah, pada pendapat saya, Eskay ingin memberi tahu umum bahawa kepada beliau, berada ditempat pelacuran, lebih selamat daripada berada dalam Masjid.

"Pada pendapat saya seterusnya, pemakaian jeket kalis perluru di dalam masjid itu adalah sesuatu yang telah dirancang. Suasana tegang yang timbul di perkarangan Masjid pada hari tersebut adalah sesuatu yang telah diduga, malah yang diharapkan oleh Eskay, Rahim dan Shuib," katanya yang baru-baru ini menulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya tidak mengikut telunjuk Peguam Negara dalam kes itu.

Menurut Mat Zain, keadaan itu ditambah dengan tindakan Eskay mengumumkan secara meluas acara sumpah laknat tersebut beberapa hari sebelum upacara itu diadakan di Masjid Amru Al-As itu, Sentul.

"Malah Eskay mencabar secara terbuka sesuatu pihak untuk turut sama dalam majlis tersebut.

"Tidak keterlaluan untuk saya berpendapat,bahawa Eskay,Rahim dan Shuib memang mengharapkan mereka atau salah seorang daripada mereka dicederakan walaupun sedikit, supaya keadaan yang lebih kecoh boleh diujudkan di dalam Masjid itu yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam , malah mungkin merebak ke masjid-masjid lain," ujarnya lagi.

Shazryl, bekas ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah tiga individu yang menayangkan rakaman video fitnah mengaitkan ia dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu.

Ia mengundang kecaman banyak pihak, berikutan video itu disebar secara meluas di internet dan dikesan sebagai percubaan jahat untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana paparan imej lelaki dalam video berkenaan ternyata bukan Anwar, berdasarkan kepada bentuk badan beliau, potongan rambut dan lenggok beliau.

Pada 29 April lalu, Syazryl, disaksikan Rahim dan Shuib mengangkat sumpah laknat bertempat di-Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur bagi membenarkan dakwaan itu.

Tindakan itu dikecam banyak pihak terutama golongan agamawan kerana sumpah seumpama itu, tidak dianjurkan Islam.

Di dalam Islam, Islam hanya menganjur kan sumpah Li'an, dalam perkara membabitkan hubungan suami dan isteri, manakala sumpah mubahalah pula hanya membabitkan persoalan akidah.

Tindakan Trio Datuk T itu mengundang kekecohan di dalam masjid berkenaan apabila beberapa pihak menghalang mereka dari melakukan perbuatan yang menghina kesucian Islam dan masjid itu.

Panas! Bendera Kelantan Dibakar!

Posted: 11 May 2011 07:57 PM PDT

Mana semangat kesukanan? Apa reaksi rakyat Kelantan? Kena manusia perangai macam ni dibiarkan masuk? Gambar ini dirakam ketika perlawanan bola sepak antara team kelantan lawan negeri 9.

Tiada ulasan: