Jumaat, 13 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Di Congo, 48 Wanita Dirogol Setiap Jam

Posted: 12 May 2011 05:31 AM PDT

Congo mungkin tempat yang paling mengerikan dan menggerunkan kepada perempuan, lapor berita Agensi. Dengan kata lain, Congo mungkin neraka bagi kaum wanita. Berdasarkan kajian, 1 152 wanita dirogol di sana setiap HARI. Hal ini bermakna sebanyak 48 wanita dirogol setiap jam. Data ini diperoleh berdasarkan temu bual secara bersemuka dengan mangsa.

Michelle Hindin, Prof Madya di  Johns Hopkins' Bloomberg School of Public Health berkata, jumlah mangsa mungkin lebih tinggi daripada angka yang dilaporkan itu. 

Berdasarkan statistik, Congo yang mempunyai rakyat sekitar 70 juta menyamai saiz penduduk di Eropah Barat sering dihantui perang saudara. Kumpula militia yang menguasai kawasan tertentu menggunakan pendekatan rogol untuk memusnahkan sesebuah komuniti.
Untuk pengetahuan pembaca DCM, analisis yang telah disiarkan dalam  American Journal of Public Health menunjukkan lebih 400,000 wanita telah diperkosa di Congo dalam tempoh 12 bulan (2006-2007).

Secara purata, 29 daripada 1000 wanita Congo diperkosa di seluruh negara. Kawasan yang mempunhyai kes rogol tertinggi ialah Kivu Utara, sebanyak 67 daripada 1000 wanita dirogol di situ.

P/s: Gila!!!

10 Remaja Bawah Umur Didakwa Mencabul & Merogol Remaja Berusia 13 Tahun

Posted: 11 May 2011 11:21 PM PDT

Sekadar hiasan.
Saya petik:
[SH] KULAIJAYA – Sepuluh remaja bawah umur termasuk empat perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulaijaya, di sini, semalam berhubung kes mencabul kehormatan dan rogol seorang remaja berusia 13 tahun.

Seorang daripada remaja lelaki berkenaan berusia 15 tahun dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan kerana merogol remaja berusia 13 tahun itu.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu pada jam 11 malam di bawah jambatan kereta api di Batu 21, berhampiran stesen hentian kereta api di sini, 1 Mei lalu.

Manakala dua remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap mangsa itu dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara yang boleh mencapai sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan terhadap ketiga-tiga tertuduh di hadapan Majistret, Zainon Anuar dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Jun ini.

Sementara itu, tujuh lagi remaja yang terbabit diletakkan di bawah perlindungan dan pengawasan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan, mangsa berkenaan ditemani rakan-rakannya untuk bertemu dengan teman lelaki yang baru dua hari menjalin hubungan cinta dengannya pada malam kejadian.

Bagaimanapun, mangsa dirogol oleh teman lelakinya sebaik sahaja tiba di tempat kejadian dan turut dicabul oleh rakan-rakan teman lelakinya itu.

P/s: Pembaca DCM yang mempunyai anak remaja, sila ambil perhatian. Mahiaddin hanya bimbang pelajar sekolah menjadi gemuk, jadi anda perlu sentiasa mengawasi anak-anak sendiri!

Pengundi BN, Katakan "Yahooo": Peniaga Naikkan Harga Teh Tarik

Posted: 11 May 2011 09:35 PM PDT


Saya petik:

[BH] KUANTAN: Tidak sampai 24 jam harga gula dinaikkan 20 sen kepada RM2.30 sekilogram kelmarin, ada peniaga restoran di bandar ini mula mengambil kesempatan turut menaikkan harga minuman.

Tinjauan di sebuah restoran di sini mendapati segelas teh tarik dijual RM1.50, naik 20 sen berbanding RM1.30 sebelumnya. 

Pengguna, Azman Hassan, 32 berkata, beliau terkejut apabila melihat bil yang menyatakan segelas teh tarik berharga RM1.50.  

"Tidak sampai 24 jam, peniaga menaikkan harga yang dianggap tidak munasabah dan membebankan pengguna kerana ia hanya membabitkan kenaikan gula," katanya.

Rakannya, Mohd Ashraf Zulkifli, 25, pula mahu tindakan tegas dikenakan terhadap peniaga yang sengaja cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

"Setiap kali pengumuman kenaikan harga gula atau barang keperluan harian seperti tepung atau susu, harga makanan atau minuman naik. Sepatutnya, peniaga tidak menjadikan pelanggan sebagai mangsa keadaan," katanya.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasi yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta....
 

P/s: Ini baru mukadimmah!  Apa Najib mampu buat untuk halang kenaikan harga makanan berikutan kenaikan harga gula tempoh hari. Apa menteri kelentong boleh buat?  Apa persatuan pengguna boleh buat?

Pesta kenaikan harga barang sudah bermula! Penyokong BN, sila raikannya!


Bakal Isteri No. 4 Salih Yaacob

Posted: 11 May 2011 08:25 PM PDT

Saya petik:

[HM] "Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya," kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.

Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu. 

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.

"Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.

Keluarga besar Salih.
P/s: Kalau mahu berpoligami, belajar dengan Salih Yaacob. Umur sudah 50 tahun, tetapi mantap.


Apa ...Lelaki Ini Ketua Pemuda UMCO Pulau Pinang? Biar Betul???

Posted: 11 May 2011 07:07 PM PDT


Saya ingat orang MIC atau Gerakan. Rupa-rupanya, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.


P/s: Mahu gelak seperti Shalehudin di blognya, tetapi tidak sampai hati...!

"Taubat" Pelakon Filem Porno

Posted: 11 May 2011 05:36 PM PDT

 
Berita Agensi melaporkan bahawa aktres dewasa terkenal Amerika Syarikat, Sasha Grey berhenti daripada kerjaya dalam industri filem lucah kerana pada kemuncak usia 23 tahun, dia mendakwa sudah 'melakukan semuanya.'  

Tiada apa lagi untuk saya lakukan. Saya sudah capai semua matlamat saya dan berikutnya adalah untuk menghasilkan atau mengarahkan filem syarikat produksi sendiri," kata Grey kepada media ketika mempromosi buku fotografinya, NEU SEX. NEU SEX menandakan kerjasama pertama Grey dengan jurugambar Ian Cinnamon. 

Selain minatnya dalam bidang fotografi, Grey kini meninjau untuk berlakon filem aliran perdana. 

Beliau pernah dididik pengarah paling banyak dikritik Steven Soderbergh untuk memegang watak pelacur kelas atasan dalam filem 2009, The Girlfriend Experience. Berikutan persaraannya dalam industri filem dewasa, Grey kini mengelak daripada peranan berkaitan seks.

"Mulai hari ini saya tidak akan pegang watak mewakili diri saya atau sebagai pelacur," tegasnya yang baru-baru ini dilaporkan beraksi dalam filem Indonesia, Pocong Mandi Goyang Pinggul. 

Walau bagaimanapun, berlakon dalam filem arus perdana bukan satu-satunya pilihan yang diteroka Grey kerana dia juga minat dengan muzik.


P/s: Pelakon upahan video porno Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara bila mahu bertaubat?

Nenek 80 Tahun Dibelasah, Dirompak, Dirogol

Posted: 11 May 2011 05:25 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[BH] NIBONG TEBAL: Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun trauma selepas dibelasah, dirompak dan dirogol lelaki yang memecah masuk rumahnya berhampiran ladang kelapa sawit dekat sini, malam Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang tinggal berseorangan di rumah berkenaan terkejut apabila disergah seorang lelaki menutup muka menggunakan kain. 

Sumber berkata, lelaki itu yang memecah masuk rumah mangsa kemudian mengugutnya menggunakan pisau sebelum menyelongkar barang peribadi mangsa.  

"Mangsa cuba melarikan diri untuk mendapatkan bantuan, namun tidak berjaya apabila lelaki itu berjaya menangkapnya dan membelasahnya di muka sehingga cedera sebelum merogolnya.

"Selepas merogol mangsa yang tidak berdaya untuk melawan, suspek melarikan diri dengan mengambil seutas jam tangan dan telefon bimbit wanita itu.

"Mangsa yang mengalami kecederaan dan lebam di beberapa bahagian muka kini dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

"Risau akan keselamatan mangsa, seorang anaknya membawa mangsa pulang ke rumahnya di Ipoh," katanya.

Sementara itu, anaknya yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian beliau keluar rumah untuk berjumpa rakan kira-kira sejam dan apabila pulang mendapati ibunya cedera kerana dipukul, dirompak dan dirogol.

Katanya, ini kali ketiga rumah ibunya dipecah masuk dengan yang pertama kira-kira 10 tahun lalu dan terbaru sebulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan. 

P/s: Gila!

Padah Asmara dengan Isteri Orang: Tangan Hampir Putus

Posted: 11 May 2011 05:19 PM PDT


Saya petik:
Tangan hampir putus kena libas

[BH] KODIANG: Bahana memadu kasih dengan isteri orang, seorang lelaki hampir putus tangan akibat ditetak suami kekasihnya yang berang selepas mengetahui hubungan sulit mereka di Kampung Palas di sini, pagi kelmarin. 

Kejadian itu berlaku jam 7.30 pagi ketika mangsa berusia 40-an dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Palas ke tempat kerjanya di Pekan Kodiang di sini, apabila keretanya ditahan seorang jiran lelaki.  

Suspek yang berada di kawasan berhampiran, kemudian dikatakan menarik mangsa keluar dari kereta dan mengheretnya ke kereta suspek yang terletak tidak jauh dari tempat itu.

Suspek kemudian mengambil sebilah parang yang diletak di atas but keretanya dan melibas ke arah mangsa.

Mangsa cuba mempertahankan diri dengan menepis tetakan itu, tetapi ia terkena ke sikunya sehingga menyebabkan tangan kiri mangsa hampir terputus.

Mangsa kemudian dikatakan cuba lari untuk mendapatkan pertolongan penduduk kampung, namun ditetak sekali lagi di bahu dan perut.
Bagaimanapun, tindakan segera penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan itu berjaya menahan suspek daripada terus menyerang mangsa. Suspek kemudian menyerah diri di Balai Polis Kodiang.

Anak lelaki sulung mangsa berusia 20-an yang tiba di lokasi kejadian membawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ).

Mangsa yang mempunyai empat anak kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar berikutan kecederaan serius.

Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada dendam lama dan mengakui suaminya pernah bercinta dengan isteri suspek.

"Mungkin tindakan suami saya pernah beberapa kali menghantar SMS kepada isteri suspek, menyebabkannya naik berang.

"Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Kodiang dan menyerahkan kepada polis untuk ambil tindakan terhadap penyerang suami saya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Katanya, polis sudah menahan lelaki berusia 47 tahun untuk membantu siasatan. 
 P/s: Sudah berumur pun, miang lagi?

Baik Pakai Selimut!

Posted: 11 May 2011 05:07 PM PDT

Anggota kastam, Ismail Mansor, 42, (tengah) dibawa keluar dari perkarangan mahkamah sambil salah seorang anggota keluarganya cuba menghalang jurufoto daripada merakamkan gambarnya dengan kain sejadah di Mahkamah Majistret dekat Kangar pada Rabu. Ismail dan seorang lagi rakannya yang juga anggota Kastam, Nazni Seman, 46, dituduh mengedar 7,101.92 gram dadah jenis kanabis pada April lalu. - Foto BERNAMA

P/s: Cuba lihat berat dadah yang didakwa diedarkan oleh anggota Kastam tersebut. Beratnya maut, hukuman pun maut! 

Anak Berderet, Masih Ada Hati Angau dengan Lelaki Lain?

Posted: 11 May 2011 04:57 PM PDT


Saya petik:
 
[Mstar] KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.

Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.

"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya,
" katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.

Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.

Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.

Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".

Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.

"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.

"Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.

"Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.

Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.

Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.

Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.

Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.

Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.

P/s: Artis, artis. Kalau tidak jadi artis kan aman?

Tiada ulasan: