Kerabu Bersuara ® |
- Jangan cepat label pengkhianat Islam, pemimpin PAS tegur Mufti Perlis
- Kematian Osama: Parti Islam terbesar Pakistan protes AS esok
- Anwar mahu panel bebas kerajaan Selangor pantau MRT
- Ketika harga minyak dunia menjunam, kerajaan naikkan RON97
- Pembohongan Eskay tentang video fitnah semakin terserlah- Rafizi
- Kes jambatan bengkok: Eskay dicabar sumpah laknat
- Saya pertahan tol tidak naik sehingga dipecat 98, kata Anwar
- Fitnah lucah: TV3, Utusan dan Berita Harian dilindungi kerajaan
- Surat terbuka Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara
- Strategi Fitnah Bn Untuk Melemahkan Pakatan Rakyat
- Bazar Tok Guru, mainan persepsi pembohong di Kelantan
- Video seks ‘Datuk T’ dijangka fokus Hari Amarah Rakyat esok
- Universiti Sintok Bergelora HeHeHe
- Mat Zain gesa Putrajaya tubuh suruhanjaya diraja siasat A-G
- Jambatan Bengkok: Shazryl Eskay kalah kes tuntut RM20 juta
- Parlimen Mahasiswa sekadar boneka
- Kisah aktivis UMNO Pendang, pecacai yang tidak dihargai
- Berita kematian Osama Bin Laden palsu?
- Elok Anwar bersumpah secara sumpah biasa, dengan nama Allah
- Antara Melayu dan Malaysia
- usamah bin laden: apa selepasnya?
Jangan cepat label pengkhianat Islam, pemimpin PAS tegur Mufti Perlis Posted: 05 May 2011 08:00 AM PDT Oleh Zulaikha Zulkifli KUALA LUMPUR, 5 Mei – Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam. Sehubungan itu Salahuddin menambah, tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu. Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama. "Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa. "Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik," katanya. Malah kata beliau, perpecahan tidak berlaku tetapi cuma wujud perbezaan politik. "Kita tidak memutuskan silaturrahim sehingga membawa kesan yang besar kepada umat Islam," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau juga berkata, perpaduan atau penyatuan tidak semestinya perlu berada di bawah satu bumbung dan kenyataan Juanda semalam sama sekali tidak praktikal dan tidak wajar. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam. Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam. "Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,'' katanya. Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno. "Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun. "Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia," katanya berseloroh. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS. Beliau berkata, sebagai seorang mufti, sepatutnya sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan perlu memahami tentang gambaran sesuatu hukum tersebut. "Dia kenal ke siapa Umno yang sebenarnya? PAS menolak tentulah ada sebab. Jangan disebabkan Juanda makan gaji dengan Umno, dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu (pengkhianat Islam). "Adakah dia (Juanda) nak kita bersekongkol dengan parti yang terbukti banyak melakukan pengkhianatan terhadap amanah rakyat, dengan soal rasuah yang banyak melibatkan orang di dalam parti itu," katanya. |
Kematian Osama: Parti Islam terbesar Pakistan protes AS esok Posted: 05 May 2011 07:30 AM PDT ISLAMABAD, 5 Mei – Parti Islam paling berpengaruh di Pakistan menggesa pengikutnya mengadakan protes besar-besaran mendesak kerajaan mereka menarik balik sokongan ke atas perang menentang pengganas Amerika Syarikat (AS), esok ekoran pasukannya menembak mati Osama bin Laden. Jamaat-e-Islami (JI), salah satu parti politik agama terbesar Pakistan berkata, AS telah melanggar kedaulatan sekutu Washington itu dengan menghantar tentera sendirinya sehingga ke bandar tentera Abbottabad untuk membunuh ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda itu. Sokongan Pakistan adalah kunci kepada usaha-usaha AS melawan militan Islam dan menangani ancaman Taliban di Afghanistan. "Jikapun ada simpati bagi Amerika, ia akan pudar ekoran cara mereka menceroboh dan melanggar kedaulatan dan kemerdekaan kami," kata ketua JI Syed Munawar Hasan kepada Reuters hari ini. "Kami telah merayu kepada setiap orang agar mengadakan demonstrasi aman pada hari Jumaat (esok) secara besar-besaran," katanya. "Tuntutan pertama kami ialah Pakistan... harus menarik diri daripada perang ke atas pengganas," katanya. Sentimen anti-Amerika sangat tinggi di Pakistan meskipun berbilion dolar dalam bentuk bantuan senjata nuklear disalurkan kepada negara miskin itu. Parti-parti berorientasikan agama di Pakistan secara tradisi tidak mempamerkan prestasi mengagumkan dalam pilihan raya tetapi mempunyai pengaruh kuat di negara itu, di mana Islam menjadi semakin radikal. Perang AS ke atas militan tidak begitu popular di Pakistan disebabkan persepsi ekoran kematian yang tinggi di kalangan rakyat awam ketika serangan ketenteraan ke atas puak pelampau di sempadan Afghanistan. Bagaimanapun ramai yang turut bersikap kritikal dengan sikap Al-Qaeda yang mentafsir Islam dan terlibat dalam pengeboman berani mati. Penganalisis Hasan Askari Rizvi berkata, sebarang protes dipercayai berkaitan sikap anti-AS berbanding pro-Osama. "Saya tidak fikir mereka (parti-parti agama) akan menarik peserta dalam jumlah yang besar. Protes-protes ini juga tidak akan membawa tekanan ke atas kerajaan supaya mengubah pendiriannya," kata beliau. Setakat ini hanya ada protes-protes kecil di Pakistan ekoran pembunuhan Osama pada awal pagi Isnin lalu di Abbottabad, 50 kilometer ke timur laut Islamabad. Salah satu kumpulan militan Pakistan, Lashkar-e-Taiba telah mengadakan solat khas dengan menyifatkan Osama mati syahid. – Reuters |
Anwar mahu panel bebas kerajaan Selangor pantau MRT Posted: 05 May 2011 07:29 AM PDT Oleh Yow Hong Chieh AMPANG, 5 Mei – Kerajaan Selangor sewajarnya mengadakan panel bebas untuk menyelia projek Transit Rapid Massa (MRT) Lembah Klang dan mengelakkan peningkatan kos akibat amalan kronisme, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Anwar (gambar), yang juga penasihat ekonomi Selangor berkata, panel seumpama itu boleh memastikan perbelanjaan persekutuan ke atas projek MRT dioptimumkan demi manfaat rakyat dan tidak memasukkan kos-kos yang tidak perlu akibat kronisme selepas pentadbiran Najib menganugerahkannya kepada MMC-Gamuda. Malah kata beliau, panel yang disyorkan itu juga boleh memastikan pentadbiran persekutuan Barisan Nasional (BN) mengambil kira maklum balas kerajaan negeri Selangor. Anwar berkata kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk memantau projek ini memandangkan Selangor akan menjadi 'hos' bagi sebahagian besar laluan MRT dan melibatkan proses pengambilalihan tanah. "Tidak adil jika orang ramai menderita apabila kos pengangkutan harian ini digunakan sebagai alasan untuk pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan daripada dana awam," kata beliau pada forum ekonomi di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini hari ini. Forum Anwar kali ini bertajuk "Pengangkutan Di Lembah Klang: Penambahbaikan dan Cabaran". Kos awal projek itu dianggarkan RM36 bilion, tetapi tidak membabitkan kos tanah. Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB), pemilik perkhidmatan itu juga belum memuktamadkan pembiayaan dan fi bagi pengurus projek bagi MRT walaupun perancangan telah dimulakan bagi kerja-kerja kejuruteraan sivil awam, yang dijangka bermula November ini. Perkhidmatan MRT ini merupakan projek infrastruktur dan projek Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) terbesar di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Projek ini dijangka menjana 130,000 peluang pekerjaan sepanjang lima tahun akan datang. |
Ketika harga minyak dunia menjunam, kerajaan naikkan RON97 Posted: 05 May 2011 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat, kerajaan Umno-BN pula bertindak menaikkan harga minyak Ron97. Harga minyak mentah di pasaran dunia dilapor turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden. Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong. Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat. Ia adalah hari kedua berturut-turut kejatuhan mendadak untuk WTI dan Brent, yang dilihat mengukuhkan harga pasaran sejak bulan-bulan kebelakangan ini, di tengah- tengah pergolakan Arab yang memarakkan kebimbangan terhadap bekalan bahan mentah itu. Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kerajaan membuat keputusan yang songsang dan tidak mengikut petunjuk yang betul apabila melaksanakan harga minyak mengikut pasaran semasa dalam negara. "Kenaikan harga minyak yang dilakukan kerajaan mengikut purata bulanan tidak berpandu kepada harga pasaran dunia. Ini merupakan satu pentunjuk songsang yang dilakukan Umno-BN. "Keputusan menaikkan harga minyak kali ketujuh dalam tempoh tertentu satu keputusan yang tidak waras," katanya lagi. Menurutnya lagi, alasan yang seringkali digunakan kerajaan iaitu terpaksa menanggung subsidi akibat kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak logik. "Subsidi yang diperkatakan kerajaan hanya lah ilusi tetapi tidak dapat dibuktikan dengan angka, di atas kertas dengan pembentangan akaun yang betul," ujarnya. Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat mempunyai kaedah untuk menurunkan harga minyak selepas mengambil alih kerajaan di Putrajaya, Azan berkata Pakatan mempunyai mekanisme berhubung perkara itu. "Kita mempunyai mekanisme tetapi kita tidak mahu hebahkannya sekarang sebab kita tahu ia akan diciplak oleh Umno-BN. Banyak idea yang kita kemukakan dirompak mereka. Apa yang saya ingin tegaskan adalah kerajaan tidak ada idea yang bernas untuk menangani isu kenaikan harga minyak ini," ujarnya. Jika dibuat perbadingan, harga minyak di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara lain seperti China (RM2.41), Brunei (RM1.29), Bahrain (87 sen), Kuwait (81 sen), Arab Saudi (58 sen), Libya (43 sen) dan Venezuela (16 sen) bagi setiap liter. |
Pembohongan Eskay tentang video fitnah semakin terserlah- Rafizi Posted: 05 May 2011 06:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Pembohongan Ahli Perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Beliau diminta mengulas kenyataan Eskay semalam yang menafikan menuduh Anwar melakukan zina, ketika ditanya wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu. "Orang seperti Eskay, lama kelamaan kredibiliti akan terserlah dengan kebohongan. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula-mula kata tempat (kejadian seks) berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang. "Selain itu, perkara asas dia berbohong pasal jam (Omega) yang dikata dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pula. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula. "Ini salah satu dari rentetan penipuan, kita boleh masukkan senarai-senarai baru. Malah sumpah laknat yang dibuatnya juga satu penipuan. Seperti pepatah Inggeris, orang yang berbohong dengan satu pembohongan akan terus berbohong untuk menutup pembohongan lain yang dilakukannya," ujar Rafizi kepada Keadilandaily.com. Rafizi dalam pada itu turut ditanya mengenai ugutan Eskay, kononnya akan mendedahkan 'perkara baru' mengenai Anwar. Menurut Rafizi, sejak dari awal tuduhan yang dibuat Eskay terhadap Ketua Umum KEADILAN itu tidak memberi sebarang kesan kepada KEADILAN, kerana rakyat tidak mempercayai fitnah yang dilemparkan. "Ia tidak memberi kesan kepada kita, fokus kita jadi kerajaan dan memenuhi kehendak rakyat yang bersabit tentang menjaga kebajikan rakyat. "Di pihak KEADILAN, ini perkara biasa apabila kita dilontar fitnah demi fitnah. Tetapi kita tumpu hal ehwal pentadbiran negara dan membanteras rasuah. "Mereka cipta fitnah baru, kita dah lali. Rakyat sudah muak dan tidak teruja lagi dengan cerita mereka, akhirnya ia makan diri," ujar beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kenyataan terbaru Eskay itu juga menunjukkannya semakin gelabah dan mula mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari tuduhan yang dibuatnya sebelum ini. "Mungkin dia takut dikenakan tuduhan qazaf. Tetapi kita akan teruskan dan pastikan dia dikenakan tuduhan qazaf di mahkamah syariah. " Dia mula cari jalan untuk keluar dari tuduhan menuduh Datuk Seri Anwar berzina," katanya. Semalam, Eskay menafikan menuduh Anwar melakukan zina, sebaliknya menyerahkan beban dakwaan itu kepada wartawan yang menonton video itu di Hotel Seri Carcosa Negara pada 21 Mac lalu. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," katanya kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan itu, lapor Malaysiakini. Ketika ditanya mengenai jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada pihak polis, Eskay enggan menjawab mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya berikutan rakaman video itu langsung tidak menunjukkan jam tangan berkenaan. Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan yang diberikannya dan kenyataan yang dibuat polis. Eskay mendakwa kejadian seks itu berlaku di sebuah hotel melibatkan seorang pelacur warganegara China. Manakala polis pula berkata video itu dirakam di sebuah kondominium dan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelajar di sebuah kolej di ibu negara. |
Kes jambatan bengkok: Eskay dicabar sumpah laknat Posted: 05 May 2011 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN mencabar ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya melakukan sumpah laknat dalam kes jambatan bengkok. Naib Presiden AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, ini kerana Eskay sebelum ini menjadikan medium 'sumpah' untuk membuktikan kebenaran dakwaannya, dengan membelakangi prosedur dan prinsip undang-undang. "Sekiranya Datuk T iaitu Eskay tidak berpuas hati kerana permohonan saman nya di mahkamah ditolak, AMK sarankan agar dia bersumpah seperti mana yang dilakukan dalam kes video fitnah yang kononnya dilakukan untuk menegakkan kebenaran. "Ini lah akibat perbuatan cuba mempolitikkan sumpah yang sejak awal kami bantah kerana tidak berlandaskan prinsip undang-undang dan kebenaran," sindir Rozan ketika dihubungi Keadilandaily.com. Rozan secara sinis berkata, AMK juga tidak gentar dengan kenyataan Eskay semalam, yang kononnya akan mendedahkan 'perkara baru' mengenai Anwar. "Kami yakin sejak awal tuduhan terhadap Anwar bermotif politik. AMK tidak takut kerana kami yakin semuanya adalah strategi politik yang ternyata kempen untuk membunuh kredibiliti Anwar. Ia adalah semata-mata satu komplot," tegasnya. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan saman sebanyak RM20 juta yang dikemukakan Eskay berhubung projek pembinaan jambatan bengkok. Keputusan berkenaan dibuat hakim Datuk VT Singham dengan alasan penganugerahan projek itu tidak lagi wujud, maka tuntutan berkenaan juga perlu ditolak. Eskay yang merupakan pengarah dalam syarikat Aman Agropreneur Sdn Bhd menamakan Merong Mahawangsa dan pengarah eksekutifnya Yahya Abdul Jalil sebagai defendan bagi dakwaan pelanggaran kontrak itu. Sebelum ini, bekas pengawal peribadi Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan, Eskay membuat perancangan untuk membalas dendam terhadap Anwar. Mohamad Mahti Abdul Rahim 63, berkata, Eskay memberitahunya akan menjatuhkan Anwar, kerana enggan menjadi saksi dalam kes itu. |
Saya pertahan tol tidak naik sehingga dipecat 98, kata Anwar Posted: 05 May 2011 06:00 AM PDT AMPANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempertahankan supaya kadar tol di negara ini tidak dinaikkan sehingga lah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998. Menurutnya, kenaikan tol pada Oktober tahun yang sama bukan kebetulan kerana semasa di kementerian kewangan, Menteri Pengangkutan ketika itu mendesak beliau menaikkan harga tol atas alasan kos selian lebuhraya yang semakin tinggi "Saya tanya adakah kamu wakil konsesi tol atau wakil rakyat?" kata Anwar semasa berucap di Forum bertajuk Pengangkutan Awam di Lembah Klang: Penambahbaikan Dan Cabaran hari ini. Forum tersebut diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kuala Lumpur. Anwar berkata, beliau turut meminta pandangan Perbendaharaan Negara adakah perlu tol dinaikan. "Perbendaharaan jawab, tidak perlu dan harga tol kekal sehinggalah saya di pecat pada 2 September 1998 dan sebulan kemudian, harga tol naik," katanya. Anwar menjadi Menteri Kewangan Malaysia sejak 1990 hingga 1998 dan merupakan Timbalan Perdana Menteri sejak 1993 hingga 1998. Semasa memimpin kementerian kewangan, Anwar berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak lapan peratus setahun selama lapan tahun berturut-turut. |
Fitnah lucah: TV3, Utusan dan Berita Harian dilindungi kerajaan Posted: 05 May 2011 05:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, media perdana seperti TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian, diberikan perlindungan atau imuniti oleh kerajaan dalam menyebarkan fitnah dan politik lucah. Beliau menyuarakan kekesalannya apabila media berkenaan berterusan memberikan liputan 'bertali arus' berhubung video seks fitnah yang didakwa melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Walaupun ramai tokoh-tokoh Islam dan bukan Islam mengecam tindakan ini, namun kerajaan sengaja 'menghalalkan' isu ini diberi liputan meluas tetapi jauh sekali untuk menangkap pesalah yang mengedar bahan lucah," kata Nik Nazmi ketika dihubungi Keadilandaily.com. Menurut Nik Nazmi, tindakan TV3, Utusan dan Berita Harian semakin ketara menjadi alat Umno menyebarkan fitnah dan pelbagai perkara lucah sehingga melenyapkan etika kewartawanan dalam menyampaikan berita kepada orang ramai. Tambah beliau, cara media berkenaan menangani isu itu juga jauh berbeza dengan skandal seks membabitkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek beberapa tahun lalu. "Kita boleh simpulkan secara mudah sahaja apabila video seks Soi Lek tidak diberi 'liputan' yang meluas bahkan polis digesa menangkap pengedar video tersebut. Tetapi dalam kes video terbaru, kerajaan dan media bersungguh-sungguh menjadikannya berita sensasi," ujarnya yang juga Adun Seri Setia. Menurutnya lagi, media perdana di negara ini seolah menjadi hamba yang hanya mengikut perintah tauke mereka iaitu Umno- Barisan Nasional sehingga melupakan tanggungjawab terhadap orang awam. "Kita sedar itu semua agenda politik Umno menggunakan media yang mengikut sahaja perintah daripada 'tauke' mereka. Sementara itu Ketua Penerangan Selangor, Shuhaimi Shafiei menyifatkan TV3, Utusan dan Berita Harian 'dinaungi' pemimpin tertinggi negara ekoran berita yang disiarkan sejak kebelakangan ini menjurus kepada politik lucah dan fitnah. "TV3,Utusan dan Berita Harian dinaungi pemimpin tertinggi negara yang jelas melihat kepada laporan beritanya yang mengikut acuan pemimpin mereka yang satu persatu bertujuan menjatuhkan Anwar bagi menghilangkan sokongan orang Melayu terhadapnya. "Media adalah senjata terakhir puak Umno yang kita akan lawan balik sebagai senjata makan tuan dengan mempersiapkan program siri jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas) yang akan bermula hujung minggu ini selama dua bulan," kata beliau. |
Surat terbuka Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara Posted: 05 May 2011 03:30 AM PDT Kepada, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP, Ketua Polis Negara, Polis Di-Raja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur, Email:iho@rmp.gov.my YDH Tan Sri, KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PDRM SEMAKIN PARAH 1. Sejak dua minggu kebelakangan ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk caramana tindakan PDRM menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim.Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan PDRM.Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh Polis sendiri,dan diperbesarkan oleh media,kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian. 1.1. Secara peribadi saya mendapati PDRM terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.Sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan,saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan "pisang akan berbuah dua kali". 1.2. Saya tidak bimbang untuk menyatakan,bahawa akibat terlalu melayani karenah Peguam Negara dan terlalu mengharapkan dan percaya kepada Gani Patail, menyebabkan mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Rahim Noor terpaksa masuk kepenjara selama dua bulan selain terpaksa membayar denda maksima RM 2000. 1.3. Pada hal,sekiranya Rahim Noor mengekalkan pendirian dan keputusan beliau sendiri yang dibuat secara gentleman pada 8.10.1998,untuk mengambil tanggung jawab sepenuhnya akan keterlanjuran beliau mencederakan Anwar, kemungkinannya beliau akan hanya didenda sahaja serta mengelakkan penyiasatan yang agresif terhadap beliau.Kemungkinan ini berdasarkan beliau mempunyai faktor mitigasi yang kukuh dan diperkuatkan lagi apabila Mahkamah dijangka mengambil kira jasa beliau kepada keselamatan Negara yang tidak ternilai, khasnya ketika beliau menjadi Pengarah Cawangan Khas. 1.4. Akibat dipermainkan oleh Gani Patail,bukan sahaja Rahim Noor telah dipenjarakan, malahan sehingga lebih kurang dua bulan yang lalu, beliau telah dilabelkan sebagai orang yang bertanggung jawab merosakkan imej Negara dikaca-mata Antarabangsa pula.Sila Tan Sri rujuk muka surat 693 memoirs Tun Dr.Mahathir Mohamad;dalam buku Doctor In The House, dimana Tun Mahthir merakamkan,… "Rahim did me no favours politically – in fact, he did much harm to Malaysia's International standing." 1.5. Tidak dapat dielakkan kenyataan tersebut akan kekal dalam sejarah hidup Rahim Noor dan keluarga dan menjadi sejarah hitam buat PDRM, manakala segala pengorbanan dan jasa Tan Sri Abdul Rahim Noor kepada Negara dilupakan selamanya. 1.6. Sedih untuk menyatakan,tidak ada apa-apa perkara yang bagus untuk kenangan PDRM dalam keseluruhan Chapter 53 memoirs, melainkan menyedarkan kita hakikat bahawa Tun Mahathir, tidak dapat memaafkan Rahim Noor. 2. Namun begitu kita tidak boleh secara terburu-buru menuding jari menyalahkan Tun Mahathir.Sebagai manusia biasa beliau juga boleh diperdayakan atau dalam bahasa mudah,ditipu untuk mempercayai sesuatu perkara yang tidak benar sebagai benar, atau perkara yang benar sebagai tidak benar.Kita tinjau beberapa insiden penipuan yang dilakukan keatas Tun Mahathir seperti berikut; 2.1. Pada bulan July 1993 Rahim Thamby Chik telah menipu Tun Mahathir dengan membuat Akuan Sumpah Palsu untuk menyembunyikan harta lebih kurang RM 40 juta yang diperolehi menerusi salahguna kuasa dan rasuah seperti yang dilaporkan oleh Badan Pencegah Rasuah yang disahkan oleh Gani Patail sendiri. 2.2. Pada bulan July 2010 pula Tun Dr.Ling Liong Sik telah dituduh kerana menipu Jamaah Menteri yang termasuk Tun Mahathir dalam kes skandal PKFZ. Bezanya antara kes ini dengan kes dipara 2.1. diatas ialah Peguam Negara enggan mengenakan pertuduhan terhadap Rahim Thamby Chik walaupun kedua-dua kes ini melibatkan penipuan terhadap Tun Mahathir.Sedangkan semasa sidang Parlimen bulan lalu Menteri di-Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk "indemnify" mana-mana orang daripada liability jenayah semasa persoalan mengenai Rahim Thamby Chik dibangkitkan. 2.3. Pada bulan September 1998,Tun Mahathir pernah diperdayakan untuk mempercayai bahawa kecederaan mata-lebam Anwar adalah akibat "self-inflicted" sepertimana yang dirakamkan dalam memoirs beliau muka surat 693. 2.4. Pada bulan Januari 1999 Gani Patail sendiri terlibat menipu Tun Mahathir dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar berkaitan dengan hasil siasatan Polis bersangkut insiden mata-lebam.Akibat perdayaan ini Tun Mahathir telah membenarkan pembentukkan Suruhanjaya Di-Raja mengambil alih siasatan insiden mata-lebam daripada tangan Penyiasat PDRM. 3. Contoh-contoh diatas dengan jelas membuktikan bahawa Tun Mahathir juga terdedah kepada perbuatan penipuan oleh Menteri atau Ketua Menteri ataupun oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang berpeluang memberi taklimat kepada beliau mengenai sesuatu perkara. Ringkasnya Tun Mahathir tidak "kebal" dari tipuan.Dengan demikian itu kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktibiti homosexual tidak boleh diperkecilkan. 4. Dengan kata-kata diatas,saya persilakan Tan Sri merujuk kepada "The memoirs of Tun Mahathir-A DOCTOR IN THE HOUSE" yang dilancarkan pada 8.3.2011.Secara spesifiknya untuk merujuk kepada Chapter 53: Anwar's Challenge muka surat 684 hingga 698.Saya sarankan juga Tan Sri merujuk kepada surat saya bertarikh 27.12.2010 yang salinannya turut diedarkan kepada YAB Perdana Menteri dan YBhg.Peguam Cara Negara,memandangkan terdapat beberapa kandungannya yang relevan.Chapter 53 ini menimbulkan beberapa persoalan dan keraguan. 4.1. Saya menyimpulkan bahawa Tun Mahathir sangat percaya bahawa Anwar terlibat dalam aktibiti homosexual berdasarkan kepada dua surat yang beliau terima daripada Umi Hafilda dalam tahun 1997 dan taklimat daripada pegawai penyiasat Musa Hassan sepertimana terdapat dalam muka surat 684 memoirs tersebut.Saya tidak akan menyentuh berkaitan surat Umi Hafilda memandangkan keterangan dan bukti sesuatu siasatan Polis adalah dikumpul,disusun dan dipegang oleh Pegawai Penyiasat sendiri. 4.2. Persoalan yang timbul adalah sama ada Musa Hassan telah memberi Tun Mahathir taklimat yang jujur dan betul mengenai keterangan yang telah dikumpulkannya terhadap Anwar itu,ataupun Musa Hassan telah menokok tambah keterangan dalam taklimatnya untuk memperdayakan Tun Mahathir supaya mempercayai bahawa Anwar benar-benar terlibat dalam aktibi homosexual itu.Tidak boleh juga diperkecilkan kemungkinan Musa Hassan mengambil kesempatan hubungan teruk antara Tun Mahathir dan Anwar ketika itu ,supaya nama beliau disenaraikan dalam "good book" Tun Mahathir. 4.3. Sekiranya pada ketika Musa Hassan memberi taklimat kepada Tun Mahathir, beliau telah sedia memiliki keterangan yang lengkap dan kukuh bagi membuktikan Anwar terlibat dengan aktibiti homosexual seperti yang didakwa,mengapakah pada 1.10.1998 Musa Hassan cuba memujuk saya untuk mengambil contoh darah Anwar untuk tujuan DNA, ketika saya sedang menyiasat insiden mata-lebam?.Apabila saya menolak permintaanya itu dengan alasan perbuatan tersebut adalah "illegal",Musa Hassan bersama Rodwan Yusof sendiri telah "mencuri" sample darah Anwar untuk tujuan DNA tersebut daripada simpanan dan kawalan Dr.Zahari Noor di-Hospital Kuala Lumpur pada 15.10.1998.Seolah Musa Hassan terdesak mendapatkan bukti dengan apa cara sekalipun, untuk menguatkan keterangan dalam siasatan beliau,yang telah ditaklimatkan kepada Tun Mahathir sebelum itu.Urutan peristiwa ini secara kebetulan telah saya jelaskan secara terperinci dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 kepada Tan Sri dan rasanya tidak perlu untuk saya ulangi. 5. Bagi maksud menguji kredibiliti Musa Hassan,dan sama ada cakapan atau kesaksian beliau boleh dipercayai ataupun dicurigai sebahagian atau sepenuhnya,diperturunkan peristiwa-peristiwa yang mungkin boleh digunakan sebagai ukuran; 5.1. Pada April 2008,Musa Hassan telah membuat kenyataan umum yang tidak benar yang mengelirukan rakyat apabila menyatakan bahawa kertas siasatan Polis terhadap Tun Mahathir telah diedarkan kepada Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan laporan terhadap Tun Mahathir belum ujud lagi ketika itu oleh kerana laporanya hanya dibuat pada 13 Jun 2000.Komen saya mengenai perkara ini terdapat dalam Surat Terbuka saya bertarikh 8.10.2010 yang dialamatkan kepada Datin Kalsom Taib,isteri kepada bekas Ketua Pengarah BPR Dato Shafee Yahya. 5.2. Tahun 2009 Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Puan Supang Lian (kini seorang Pesuruhjaya Kehakiman)dalam penghakiman bertulis beliau menyatakan bahawa kesaksian yang Musa Hassan berikan dalam perbicaraan tersebut sebagai "unreliable and to be disregarded".Perbicaraan ini melibatkan bekas Pengarah PDRM,Ramli Yusuff.Hakim Puan Supang Lian tidak akan membuat kenyataan yang sebegitu keras sekiranya beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh memandangkan Musa Hassan adalah seorang Ketua Polis Negara yang sedang berhidmat ketika memberi keterangan tersebut. 5.3. Pada March 2010 seorang penggubal undang-undang Sivarasa Rasiah telah membuat laporan Polis mendakwa Musa Hassan telah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan Anwar pada Disember 1998 dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi,mendiang Dato Augustine Paul.Difahamkan laporan ini masih dalam siasatan.Tidak bermakna jika laporan itu dibuat oleh seorang Wakil Rakyat Pembangkang,laporan tersebut tidak boleh dipakai.Saya percaya Tan Sri juga maklum dan ramai Pegawai Polis sama ada yang sedang berhidmat atau telah bersara maklum, bahawa laporan Sivarasa Rasiah itu adalah berasas. 5.4. Diantara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 Musa Hassan telah memberikan kemudahan kepada Gani Patail untuk mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof, mereka tiga laporan perubatan palsu berkaitan kecederaan Anwar dalam siasatan kes mata-lebam. 6. Senarai diatas tidak termasuk permohonan-permohonan yang dibuat oleh Peguambela di-Mahkamah terhadap Musa Hassan kerana menghina Mahkamah dengan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan.Sekiranya sekadar sekali sahaja Musa Hassan lakukan perkara seumpama,mungkin ianya boleh dianggap sebagai suatu kesilapan tulen yang tidak disengajakan.Tetapi jika dilakukan berulang kali dan berterusan serta dengan sengaja dan terancang,maka tidak salah untuk kita merumuskan bahawa Musa Hassan sememangnya sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai. 7. Berkaitan dengan Gani Patail pula,telah banyak laporan-laporan yang telah didedahkan mengenai beliau.Sememangnya beliau boleh menafikan apa-apa juga perkara yang dibincangkan atau diperkatakan kepada saya, memandangkan kebanyakkan urusan saya dengan beliau adalah "on a one to one basis".Tidak ada saksi untuk menyokong mana-mana pihak.Juga tidak ada rakaman video untuk membukti perbincangan kami.Namun begitu Gani Patail tidak boleh menafikan perkara-perkara berikut; 7.1. Bahawa beliau telah mengarahkan dan/atau memaksa Dr.Abdul Rahman Yusof untuk membuat tiga laporan perubatan palsu berkaitan kecederaan Anwar dalam siasatan insiden mata-lebam diantara 26.10.1998 hingga 21.12.1998. Ketiga-tiga produk pemalsuan ini sememangnya ujud dan telah diedarkan bersekali dengan penerangannya sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri, Peguam Cara Negara dan Lembaga Penasihat SPRM. 7.2. Beliau tidak dapat menafikan bahawa dua laporan yang dipalsukan itu telah dikemukakan sebagai keterangan dalam prosiding RCI Mata-Lebam serta dirakamkan dalam laporan RCI tersebut. 7.3. Beliau tidak dapat menafikan bahawa beliau yang membuat Kenyataan Akhbar Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang mengandungi beberapa maklumat palsu berkaitan hasil siasatan Polis mengenai siasatan insiden mata-lebam. Kenyataan Akhbar ini juga telah digunakan dalam prosiding RCI Mata-Lebam walaupun Gani Patail sedar ia mengandungi maklumat mustahak yang palsu. 7.4. Beliau tidak dapat menafikan bahawa hasil siasatan RCI Mata-Lebam telah dimanipulasikan.Dimana laporan perubatan palsu bertarikh 26.10.1998 yang dibuat oleh Dr.Rahman diatas arahan Gani Patail sendiri telah ditinggalkan daripada dimasukkan kedalam laporan akhir RCI tersebut yang dikemukakan kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong. 8. Kesalahan-kesalahan terhadap Keadilan Awam yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan adalah terlalu besar untuk dimaafkan.Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap Sistem Keadilan Jenayah Negara.Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan Rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Di-Raja Malaysia malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri. 8.1. Saya berpendapat,demi Keadilan Awam itu sendiri,Tan Sri mengangkat perkara ini kepada YAB Perdana Menteri,mencadangkan supaya RCI atau suatu Tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta "once and for all".Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan Rakyat. 9. Apapun,tanggung jawab dan pendirian PDRM menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lamapun ia telah berlaku wajar dikekalkan.Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani Patail dan Musa Hassan didakwa berlaku 12 tahun yang lalu,tidak bermakna yang ianya boleh dilupakan begitu sahaja,atau "swept under the carpet".Tidak ada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci. 10. Contoh terbaik yang boleh dijadikan sandaran ialah kes bunuh beramai-ramai di-Batang Kali pada 1948.Dalam kejadian ini seramai 24 orang tempatan keturunan Cina telah ditembak mati pada Disember 1948 di-Sungai Rimoh, Batang Kali,Selangor oleh sepasukan Tentera British dari G Company,2nd Scott Guard ketika operasi menentang komunis di-Malaya ketika itu. 10.1. Pada pertengahan tahun 1993 satu laporan Polis yang baru telah dibuat oleh beberapa saksi insiden tersebut yang masih hidup.Ketua Polis Negara ketika itu, YA Bhg.Tun Mohd Hanif Omar memberi jaminan Polis akan menyiasat kes ini sebagai kes bunuh walaupun insiden berlaku berpuloh tahun terdahulu oleh kerana "tidak ada sekatan masa" untuk menyiasat sesuatu kes jenayah.Kertas siasatan dibuka oleh DSP Sivaramamoorthy ketika itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Kubu Bharu.Penyelaras siasatan pertama pada masa itu ialah Supt.Khew Chin Hoi dari Bukit Aman. Saya adalah salah seorang daripada Pasukan Penyiasat kes ini ketika itu sedang menjawat jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor. 10.2. Pada pertengahan tahun 1994 saya mengambil alih sebagai Ketua Penyelaras siasatan setelah selesai tugas siasatan trajedi keruntuhan condominium "Highland Towers" Hulu Kelang,suatu insiden malang yang menggemparkan Negara berlaku pada Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa. 10.3. Walaupun Batang Kali Massacre ini telah berlaku hampir 63 tahun yang lalu,persoalan mengenainya masih belum padam lagi dan saya tidak nampak yang ia akan padam dalam masa terdekat ini. 10.4. Lebih kurang 3 minggu yang lalu tersiar semula kisah insiden ini;dimana pada 9 April 2011,penulis Mark Townshend dari majalah Guardian (dan dilaporkan juga dalam STAR 14.4.2011),telah mendedahkan maklumat terbaru kononya Pegawai PDRM telah menghubungi pihak Interpol dalam tahun 1993 untuk menghantar satu Pasukan Penyiasat ke-United Kingdom bagi merakamkan percakapan beberapa anggota tentera British yang terlibat dalam insiden tersebut.Kononya juga Pejabat Luar Britain telah mengenakan tekanan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menghalang atau menghentikan lawatan Pasukan PDRM ke-UK ketika itu, kononya sebagai usaha untuk "cover-up" siasatan ini. 10.5. Untuk makluman Tan Sri, saya adalah Pegawai yang dipilih oleh Bukit Aman untuk mengetuai rombongan eksesais ini ke-UK yang dimaksudkan. Mengenai sebab mengapa eksesais ini dibatalkan, terdapat dalam laporan khas saya yang dipercayai masih terdapat dalam kertas siasatan yang berkenaan. 11. Isu yang diketengahkan disini ialah,sekiranya satu insiden jenayah yang berlaku pada tahun 1948,ketika Tan Sri dan saya sendiri belum dilahirkan lagi, pun kita siasat dengan bersungguh,apatah lagi perbuatan jenayah yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan dalam tahun 1998 dan selepasnya yang masih segar dalam ingatan Rakyat, seolah ianya berlaku hanya beberapa bulan yang lalu sahaja. 11.1. Sekiranya dalam kejadian Batang Kali Masaccre 1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan,insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang,perbuatan Gani Patail dan Musa Hassan sejak tahun 1998 telah memusnahkan keseluruhan Sistem Keadilan Jenayah Negara. Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh,Rakyat akan mengungkitnya selama mana Rakyat mengungkit Batang Kali Masaccre. 12. Saya percaya Tan Sri masih ingat cara mana kita dengan pantas dan penuh keyakinan serta bebas menangani beberapa kes berprofil tinggi dan menarik perhatian umum yang berlaku secara berturut-turut diakhir tahun 1999 hingga awal tahun 2000.Ketika itu Tan Sri sebagai Pegawai Turus di-Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman.Antara kes-kes tersebut adalah; 12.1. Pada September 1999 dimana seorang Dr.Tai Eng Teck ditembak mati oleh seorang anggota Konstabal Daerah Ceras,Tony Beliang ketika mendiang Dr.Tai sedang berduaan dengan teman wanitanya dalam kereta berhampiran Stesyen LRT Bandar Tasek Selatan. 12.2. Dalam bulan Disember 1999,seorang penyanyi popular ketika itu, "Along Spoon" atau nama penuhnya Sabiul Malik Shafie ditemui mati dibunuh oleh seorang anggota Polis Cawangan Pengawal Pengiring Kuala Lumpur,Lans Koporal Mohamad Yaacob Demyati. 12.3. Dalam bulan Mac 2000 bilamana seorang Kontraktor Kenneth Lee(Fook Mun) @ Omar Iskandar Lee Abdullah cucu kepada Menteri Kewangan Pertama, mendiang Tun Sir H.S.Lee telah menembak mati seorang akauntan wanita Lee Good Yew diJalan Lapangan Terbang Lama berhampiran Jalan Bellamy Kuala Lumpur. 13. Polis telah dapat menyelesaikan ketiga-tiga kes bunuh diatas hanya dalam tempoh antara satu minggu dan dua minggu sahaja daripada tarikh insiden,serta menghadapkan ketiga-tiga pesalah berkenaan ke-Mahkamah bagi menghadapi pengadilan terhadap masing-masing.Untuk rekod,ketiga-tiga tertuduh telahpun disabitkan dengan kesalahan masing-masing serta menjalani hukuman undang-undang yang dijatuhkan keatas mereka. 13.1. PDRM mampu melakukan ini semua kerana kita telah bertindak secara professional, berkecuali serta without fear or favour dengan mengenepikan soal darjat atau kedudukkan dalam masyarakat, keturunan dan Agama sesaorang pesalah jenayah,sambil kita mengekalkan hubungan yang professional dengan Jabatan Peguam Negara dan patuh kepada Rule of Law. 14. Jika PDRM mampu melakukan seperti diatas 12 tahun yang lalu,secara lojiknya tentulah PDRM boleh lakukan dengan lebih baik lagi sekarang ini. Namun begitu sejak akhir-akhir ini sangat jelas kelihatan PDRM seperti kehilangan taring, dan seolah jawatan Ketua Polis Negara "subservient" kepada Peguam Negara.Kes kecil seperti kesalahan manayangkan video lucah pun, yang lazimnya dahulu disiasat oleh seorang AIO berpangkat Sarjan, kini terpaksa diusung turun naik beberapa kali kepejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan dan masih belum ada keputusan lagi walaupun lebih satu bulan telah berlalu. 15. Saya sedar bukan mudah untuk Tan Sri mengambil balik kuasa Polis yang Musa Hassan telah gadaikan kepada Gani Patail,untuk membawa kepada situasi "status quo", kerana ia melibatkan pindaan semula undang-undang yang telah dikuatkuasakan sejak pertengahan 2007.Namun begitu usaha mesti diteruskan untuk mengembalikan kepada keadaan dimana amalan perinsip pemisahan kuasa dan peranan antara Penyiasat dengan Pendakwa Raya dipulihkan seperti sediakala.Mungkin rakyat sukar memahami maksud saya dalam perenggan ini. Namun begitu saya yakin Tan Sri dan pucuk pimpinan PDRM faham,dan pesara-pesara seperti saya juga faham serta akan mengikuti perkembangannya. 16. Saya berharap Tan Sri serta pucuk pimpinan PDRM yang baru sudi menggalakkan setiap warga Polis meneliti dan menghayati setiap perkataan dalam Akta Polis 1967 dan Hukuman Tetap Ketua Polis Negara untuk mereka disedarkan akan kuasa,peranan dan fungsi serta tanggung jawab Polis yang sebenar-benarnya.Apapun keadaannya, PDRM tidak bolih sama sekali terus membiarkan Gani Patail "memegang" Perdana Menteri atau mana-mana orang sekalipun sebagai "hostage" beliau. Salam hurmat dan selamat maju jaya. Yang benar, Mat Zain bin Ibrahim. 5 Mei 2011. |
Strategi Fitnah Bn Untuk Melemahkan Pakatan Rakyat Posted: 05 May 2011 02:48 AM PDT Oleh MOHD SAIFULLAH Politik kotor dan kolot UMNO-Barisan Nasional sejak pemerintahan Mahathir hingga Najib tidak berubah. Politik fitnah dan mengaibkan maruah serta cubaan rasuah tokoh pembangkang menjadi modus operandi utama di dalam mengekang kebangkitan rakyat menyokong perubahan. Pengalaman pilihanraya 1990 dalam pakatan pembangkang menerusi Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, Tengku Razaleigh Hamzah dicanang sebagai agen Kristian hanya kerana memakai tengkolok Sabah yang ada corak seakan salib Gambar Ku Li memakai tengkolok Salib ini menjadi bahan kempen utama di dalam menjatuhkan kepercayaan rakyat kepada Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46. Begitu juga seperti yang diketahui umum UMNO-Barisan Nasional pada tahun 1998 memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan Kabinet Menteri kerana fitnah pertama yang dilemparkan kepada beliau, sehingga dipenjarakan selama 6 tahun. Beliau bukan sahaja difitnah, malah, diracun, ditumbuk, dan dipenjarakan. Dalam hal ini adalah pelik jika dibandingkan dengan kes rogol remaja bawah umur yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik. Beliau bukan sahaja tidak dipecat daripada UMNO, malah dibela oleh pimpinan Mahathir dan didapati tidak bersalah oleh Mahkamah. Dalam kes ini yang bersalah adalah pimpinan pembangkang, Lim Guan Eng yang dipenjarakan kerana usaha beliau membela anak remaja perempuan melayu yang dirogol. Hasil tekanan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya Tan Sri Rahim Tamby Chik meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka. Pilihanraya 1999 membuka sejarah besar dalam politik Malaysia apabila pakatan pembangkang diperkukuhkan hasil daripada konspirasi politik pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) yang menggabungkan semua parti pembangkang dan pertandingan satu lawan satu sewaktu PRU ke-10. Hasil daripada pakatan ini Barisan Alternatif memenangi 42 kerusi, mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas Terengganu. Barisan Alternatif tidak kekal antara sebab utamanya adalah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Selepas konspirasi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama, pembangkang mara lebih jauh apabila DSAI dilepaskan pada tahun 2006 dan pemuafakatan semua parti pembangkang membentuk Pakatan Rakyat. Pembangkang sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen dan memenangi 5 negeri menerusi Pakatan Rakyat. Bagi menyekat kemaraan ini, UMNO-Barisan Nasional merangka strategi Fitnah ke-2 dengan kes Liwat Saiful Bukhari. Setelah lebih 2 tahun perbicaraan Fitnah ke-2 ini, kelihatan UMNO-BN hilang modal dan bakal kalah dalam perbicaraan. Lebih merisaukan UMNO-BN Pakatan Rakyat telah melancarkan Buku Jingga yang menjadi testamen, manifesto tawaran Pakatan Rakyat kepada Rakyat Malaysia bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13. Tidak cukup dengan Fitnah 2, pihak UMNO-Barisan Nasional yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor melancarkan fitnah 3 yang melibatkan video seks oleh Datuk T, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shazyl Eskey Abdullah. Fitnah terbaru ini, dengan perancangan konspirasi yang penuh kelompongan membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional terdesak melemahkan Pakatan Rakyat dengan mengaibkan imej pimpinannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemerosotan peratus undi yang diperoleh sewaktu Pilihanraya negeri membuatkan UMNO-Barisan Nasional lebih terdesak. Undi popular Pakatan Rakyat yang mencecah hampir 45% amat menggusarkan mereka. Lebih merisaukan adalah apabila perkiraan sokongan rakyat dan gelombang kebangkitan rakyat Sarawak dalam pilihanraya negeri mampu memberikan lapan kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat di kawasan Bandar di Sarawak. Rakyat Malaysia telah matang dengan segala politik fitnah yang dimainkan oleh UMNO-Barisan Nasional. Rakyat tidak akan berganjak dari menuntut perubahan dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Bangkit, Selamatkan Malaysia! MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI Ketua Penerangan, Angkatan Muda Keadilan Selangor |
Bazar Tok Guru, mainan persepsi pembohong di Kelantan Posted: 05 May 2011 01:00 AM PDT Dalam ruang politik persepsi, apa sahaja isu bersifat sensasi akan dinilai dalam dua kesan. Pertama, positif apabila kesannya mencapai nilaian baik seperti pujian dan meningkatnya sokongan politik kepada si pembawa isu. Sebaliknya akan menjadi negatif apabila si pembawa dikutuk malah berjaya dijawab balas oleh pihak berlawanan serta merosotnya sokongan politik. Apa pun dalam konteks isu politik atau politik pembangunan, ruang politik persepsi biasanya di sempitkan antara parti-parti yang berlawanan dan juga hubungan kerajaan dengan rakyat. Justeru persepsi yang berlaku sama ada antara parti berlawanan akan menggunakan setiap isu untuk mencetus persepsi buruk kepada parti lawan. Begitu pula, pihak kerajaan akan melakukan kebersamaan dalam sesuatu isu bagi mencorakkan sokongan baik di kalangan rakyat. Sementara akan ada pula segolongan rakyat yang melakukan kebersamaan dengan parti lawan (bukan kerajaan) bertujuan membuli kerajaan bagi menghakis atau memaling sokongan rakyat. Atas asas ini, masing-masing akan berperanan mencetus apa sahaja isu demi mencipta sesuatu nilai persepsi––positif (baik) atau negatif (buruk). Kelantan dalam ruang persepsi Berikutan teori politik persepsi, kebelakangan ini Kelantan turut tidak ketinggalan daripada ruang yang dibicarakan. Ia berpunca daripada tindakan parti Umno yang berada di sisi penentang segala macam dasar dan program anjuran Kerajaan Negeri pimpinan PAS sejak 20 tahun lepas. Maka ruang persepsi itu sekarang ini semakin sendat dan tersumbat dengan segala macam kecamukan isu politik. Seiringan dengannya, boleh dikatakan setiap agensi yang pro-Umno telah menjadi alat atau diperalat sebagai aparatus Umno di Kelantan demi mencapai cita-cita politik pemimpinnya––merampas kuasa negeri ini. Antara yang utama ialah saluran TV1 dan TV3 serta Radio Kelantan FM. Tidak ketinggalan akhbar utusan dan sinar! Logiknya, tindakan Umno Kelantan itu adalah bertepatan dengan peranannya sebagai penentang PAS dan pembangkang kepada apa sahaja usaha memajukan rakyat di bumi Kelantan ini. Maka segala macam program, termasuk agenda melaksanakan pentadbiran Islam, memartabatkan siasah syariyyah, mendidik rakyat secara Islamik dan mengurus kebajikan serta program pembangunan untuhttp://www.blogger.com/img/blank.gifk rakyat akan diputar sebagai buruk dan batil. Paling malang, program solat hajat berjamaah di stadium pun turut diputar dalam ruang persepsi dengan menuduhnya sebagai program nak mengajar tuhan. Ia bukti kuat, betapa teruknya mainan politik persepsi Umno Kelantan. Bazar Tok Guru sebagai premis persepsi [Selanjutnya] |
Video seks ‘Datuk T’ dijangka fokus Hari Amarah Rakyat esok Posted: 05 May 2011 12:27 AM PDT Oleh Zulaikha Zulkifli KUALA LUMPUR, 5 Mei — Hari Amarah Rakyat Malaysia esok, yang dijangka turut menyentuh isu video seks sejak dua bulan lalu, dilihat akan menjadi titik permulaan bagi umat Islam menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, yang didakwa tidak diendahkan oleh pihak-pihak yang berkuasa. Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata, perhimpunan yang akan diadakan di pekarangan Masjid Negara di sini selepas solat Jumaat akan menjadi medan bagi rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mereka. "Selama ini pihak-pihak tertentu tidak ambil tahu tentang suara rakyat. Jadi dengan adanya Hari Amarah Rakyat ini, sekurang-kurangnya ia dapat menarik perhatian pihak terbabit," kata beliau. Sambil menekankan suara rakyat perlu didengari, Mohd Azmi berkata masyarakat belum cukup kuat untuk menzahirkan sesuatu yang mereka tidak berpuas hati. "Jadi ini adalah salah satu alternatif yang rakyat ada," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Mewakili lebih 60 badan-badan Islam dalam negara ini, kata Mohd Azmi beliau berharap himpunan aman itu berjaya menyatakan hasrat semua pihak yang mempunyai rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan politik fitnah, keji dan kotor. Mohd Azmi berkata, pihaknya sedang menyenaraikan isu yang hendak disampaikan esok, antaranya isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kita tidak ada cara lain lagi bagi menyuarakan rasa tidak puas hati. Maka, saya harap dengan adanya himpunan seperti ini, pihak tertentu akan mengambil tindakan," katanya. Azmi berkata lagi, terdapat beberapa badan bukan kerajaan akan turut sertai himpunan tersebut, antaranya Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia. Selain itu, Azmi yang juga Presiden Teras memberitahu, selepas dari himpunan esok, terdapat beberapa lagi tindakan susulan yang akan mereka lakukan seperti menghantar memorandum dan mengumpul tandatangan. "Kami juga akan melakukan tindakan yang lebih terperinci untuk mendapatkan reaksi pihak atasan, antaranya bertemu Perdana Menteri dan Majlis Raja-raja Melayu," ujarnya. |
Universiti Sintok Bergelora HeHeHe Posted: 05 May 2011 12:00 AM PDT Kedah tolak sambung rebat cukai tanah UUM BALING, 5 Mei — Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung rebat cukai tanah universiti itu, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Justeru kata Azizan, pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan. "Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju, jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas," katanya di sini. Dipetik laporan Bernama, kadar cukai sebanyak RM0.20 bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi. "Universiti Teknologi Mara pun bayar RM0.50 bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu nak bayar banyak tu dan kalau mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun," katanya. Pertengahan April lalu, UUM menerusi Bendaharinya telah menghantar surat kepada PTG untuk mendapatkan rebat bagi cukai tanah untuk tempoh lima tahun setelah tempoh rebat terdahulu tamat pada 2008. Azizan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta Pengarah PTG Negeri untuk memberi pandangan sama ada rebat yang diberikan kepada UUM sebelum ini selama dua tahun perlu disambung atau tidak. Sepanjang tempoh rebat diberikan, UUM hanya membayar RM150,000 bagi cukai tanah universiti itu. |
Mat Zain gesa Putrajaya tubuh suruhanjaya diraja siasat A-G Posted: 04 May 2011 11:15 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 Mei — Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim. Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam "adalah terlalu besar untuk dimaafkan." "Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara. "Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri," kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini. Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'. "Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat," katanya lagi. Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan. Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara. Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan. "Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau 'swept under the carpet'," katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci. Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993. "Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara. "Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang," katanya. Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar. "Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis. "Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian," katanya lagi. Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri. Katanya, "sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali." |
Jambatan Bengkok: Shazryl Eskay kalah kes tuntut RM20 juta Posted: 04 May 2011 10:39 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 Mei — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd, yang didakwa telah menjanjikan "komisen" bagi mendapatkan projek "Jambatan Bengkok", 13 tahun lalu. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes Shazryl Eskay, salah seorang "Datuk T" dalam isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu, ke atas Datuk Yahya A. Jali selaku pemegang saham utama syarikat tersebut. Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka. Sementara Hakim Datuk V.T. Singham bersetuju bahawa Shazryl Eskay seharusnya dibayar RM20 juta kerana membantu mendapatkan projek jambatan yang menghubungkan Johor dan Singapura, sebagaimana dipersetujui dalam surat antara beliau dan defendan, ahli perniagaan tersebut juga tertakluk kepada klausa bahawa bayaran itu dipulangkan jika projek terbatal. Awalnya, Singham berkata para defendan telah gagal untuk membuktikan bahawa kontrak dan cara ia diperoleh "mencatatkan dasar awam" sebagaimana dikatakan dalam hujah bertulis. Hakim juga berkata sementara kontrak itu diperoleh menggunakan cara tidak teratur, tiada bukti bahawa Shazryl Eskay telah menggunakan pengaruh atau cuba merasuah pegawai-pegawai kerajaan dalam proses. Singham juga berkata mahkamah hanya boleh memutuskan bersandarkan fakta-fakta secukupnya dan tidak akan terikat dengan soal menduga atau membenarkan prejudis peribadi dalam menentukan keputusannya. "Mahkamah ini juga tidak bertindak sebagai badan membuat keputusan untuk menarik persepsi awam tetapi hanya akan bertindak sebagai badan kehakiman, yang fungsinya ialah mentafsir dan bukannya membuat undang-undang," kata beliau. Bagaimanapun Singham menekankan bahawa tidak ragu-ragu kontrak-kontrak yang besar sepertinya seharusnya dikurniakan menerusi tender terbuka dan bukannya menerusi aturan peribadi atau menggunakan pengaruh menter-menteri dan pemimpin-pemimpin politik bagi manfaat peribadi. Yahya berada di mahkamah ketika hakim membacakan keputusannya tetapi Shazryl Eskay tidak hadir atas sebab-sebab tidak boleh dielakkan. Mengikut laporan media sebelum ini, bekas menteri pusat Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah membantu Shazryl memperoleh hak untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai "Jambatan Bengkok" 13 tahun lalu. Pengawal peribadi Allahyarham Megat Junid, Mohamad Mahti Abdul Rahim memberitahu mahkamah Mac lalu bahawa dia pertama kali mengetahui tentang projek itu apabila bekas menteri berkenaan menyerahkan satu surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) kepada Shazryl Eskay pada 1998. Megat Junid yang meninggal dunia pada Januari 2008 pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan kemudian sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Idea pembinaan jambatan itu digerakkan oleh Dr Mahathir tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. |
Parlimen Mahasiswa sekadar boneka Posted: 04 May 2011 09:00 PM PDT Oleh Mohd Syahid bin Mohd Zaini Semasa diumumkan mengenai penubuhan Parlimen Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM), saya bersama rakan-rakan berasa teruja. Timbul persoalan di benak, apakah implementasi Parlimen Mahasiswa ini adalah fasa pencerahan bagi mahasiswa yang sudah sekian lama hak dan autonomi mereka dinafikan? Namun setelah beberapa penelitian dan kajian dibuat antara saya dan rakan-rakan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) berserta wakil Perwakilan Pelajar daripada USM, Parlimen Mahasiswa dan pelaksanaannya amat menghampakan. Boleh saya katakan, Parlimen Mahasiswa tidak ubah seperti boneka. Mahasiswa perlu celik meneliti perkara dasar bahawa Parlimen Mahasiswa masih berada di bawah telunjuk Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Maka jelaslah mahasiswa masih terikat dengan perkara 15, perkara 16 malah masih ditadbir di bawah seorang Naib Canselor yang mempunyai kuasa veto untuk memutuskan apa saja. AUKU secara tidak langsung memberi kesan terhadap ruang lingkup perbahasan dan perbincangan di dalam Parlimen Mahasiswa. Walaupun disebut bahawa fungsi Dewan ialah untuk membahaskan isu-isu semasa yang berlaku di peringkat luar kampus iaitu di peringkat nasional dan antarabangsa, namun persoalannya sejauh manakah perbahasan itu akan berlaku secara bebas tanpa disekat? Sebagai contoh, di dalam "standing order" Dewan Perundingan Pelajar di Bahagian 3 (Peraturan-peraturan berbahas) perkara 40 (5) (b) menyebut bahawa adalah salah pada peraturan menggunakan perkataan-perkataan membangkitkan perasaan anti Kerajaan dan Negeri. Lalu bagaimana mahasiswa sebagai entiti intelektual di dalam negara boleh berfungsi sebagai agen semak imbang terhadap dasar-dasar negara? Apakah mengkritik dasar negara dianggap anti Kerajaan? Setelah 40 tahun AUKU mencengkam mahasiswa, perkara apa pun yang ditubuhkan bertujuan memuaskan hati mahasiswa adalah boneka. Parlimen Mahasiswa model USM menerima nasib yang sama seperti Sudut Pidato yang diusahakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Lalu, bagaimanakah model Parlimen Mahasiswa yang diidamkan? Hanya tiga falsafah utama: Autonomi, Kebebasan dan Demokrasi. Selagi mana ketiga-tiga falsafah ini tidak diimplementasi dalam Parlimen Mahasiswa, maka badan ini selamanya menjadi tidak relevan dan layak dipandang sepi oleh mahasiswa. Mohd Syahid bin Mohd Zaini, YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya |
Kisah aktivis UMNO Pendang, pecacai yang tidak dihargai Posted: 04 May 2011 08:00 PM PDT Penulis TamuOleh: ZULKIFLI YAHAYA "Kami sedih kerana kami dulu adalah penyokong kuat UMNO dan sanggup mengeluarkan wang demi semangat tinggi untuk membina pejabat UMNO Pendang. Tetapi sekarang UMNO buat kami seperti pariah dan jika kami tidak mempunyai pilihan lain, kami sanggup untuk bawa tikar bantal untuk tidur di pejabat UMNO yang dibina menggunakan wang kami," ujar Mohamad Said, seorang dari mangsa kezaliman UMNO itu. Itu luahan hati Mohamad Said bekas aktivis UMNO Pendang, bercakap mewakili beberapa rakannya yang dianiayai parti yang mendakwa kononnya memperjuangkan Melayu itu. Kisahnya bermula lebih 30 tahun lalu, apabila lima aktivis UMNO yang diketuai oleh Allahyarham Safirol Hashim meminjamkan wang mereka sebanyak RM16 ribu kepada UMNO Bahagian Pendang bagi tujuan pembinaan pejabat UMNO bahagian. Haji Safirol, Yahya Abu, Mohamad Said, Ahmad Jalel dan Bakar Ahmad melalui syarikat mereka bersama Kilang Kayu Sawa telah membuat pinjaman bank sebanyak RM16 ribu. Wang itulah yang digunakan untuk pembinaan pejabat UMNO. Haji Safirol sempat membayar RM16 ribu semasa hayatnya, walaupun ketika itu faedah bank telah meningkat sehingga RM61 ribu. Isu yang membelit semua aktivis UMNO itu ialah pinjaman dibuat terhadap bank adalah dengan penyandarkan sepucuk geran tanah. Sewaktu Datuk Afifuddin Omar menjadi Timbalan Menteri Kewangan, mereka pernah meminta beliau menulis surat kepada pihak bank untuk melupuskan pinjaman tersebut. Bank adalah institusi perniagaan yang perniagaan mereka tidak pernah rugi. Apa mereka peduli dengan arahan menteri atau Perdana Menteri sekalipun. Hutang mesti dibayar. Selepas 10 tahun baru 'menjawab' surat Afifuddin dengan menghantar pegawai menguruskan pelelongan tanah cagaran. Maka tanah pun terlelong, tapi hutang masih berbaki. Maklumlah bunganya tidak pernah putus. Makin bertambah-tambah. Mereka membuat rayuan kepada Datuk Seri Najib, Presiden UMNO yang sangat banyak duitnya itu. Najib boleh turun setiap pilihanraya umum peruntukan berjuta-juta, tetapi tidak sudi menolong UMNO Pendang yang hanya memerlukan duit berpuluh ribu sahaja. Mereka diminta berjumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan. "Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" mereka mula meluahkan rasa hati. Hari ini bekas aktivis UMNO itu bersama keluarga mereka benar-benar kecewa. Selepas tiga dekad beralu baru mereka kenal UMNO. Perjuangan UMNO adalah atas dasar asobiyah Melayu. Jarang mereka sebut Islam. Persoalan dunia lebih banyak dibincangkan dari akhirat. Jika dunia yang sedikit itu pun mereka tertipu dengan permainan UMNO, maka apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO. Bekas aktivis UMNO itu pun barangkali tahu segala pengorbanan mereka bukan sampai ke akhirat. Tak padan nak tanggung kesusahan di dunia, sedang akhirat tidak dapat apa-apa. Bagi UMNO Bahagian Pendang sendiri, mereka tidak terhutang apa-apa dengan bank. Bangunan sudah mereka miliki atas nama UMNO. Pihak yang berhutang ialah mereka yang beriya-iya sangat hendak menolong UMNO dulu. Mereka yang gatal biarlah mereka yang garu. Itu perangai semulajadi UMNO. UMNO Pendang pernah dipimpin oleh Datuk Othman Abdul, jutawan Kurnia Insuran. Jika dia mahu menyelesaikan hutang bangunan UMNO bahagian itu, ia cuma ibarat sisa makanan yang melekat di celah gigi. Tapi masakan pemimpin UMNO sudi mengorbankan harta untuk parti, melainkan parti dijadikan kuda tunggangan bagi mencipta kekayaan semata-mata. Percayalah, walau bekas aktivis UMNO itu berkokok macam ayam jantan hingga ke pagi, masalah mereka tidak akan dipedulikan oleh UMNO bahagian, negeri mahupun Pusat. Duit yang diguna untuk menyelesaikan masalah ahli-ahli yang pernah berkorban itu lebih baik digunakan untuk membeli anggota KeADILan yang bermasalah untuk melompat parti. Hari ini hampir semua tokoh-tokoh KeADILan yang melompat menjadi kaya raya dalam sekelip mata, walaupun bertahun-tahun mereka pernah memaki hamun UMNO/BN. Tapi orang yang bekerja keras untuk parti, berpuluh tahun mempertahankan UMNO tidaklah sesenang mana. Dalam PAS terdapat aktivis dan susah dan senang. Tapi pemimpin pun ada yang susah dan senang. Tiada yang kaya raya kerana parti. Ahli PAS tidak kisah dan tidak mengungkit dalam melakukan pengorbanan untuk parti lantaran mereka tahu ganjaran yang sebenarnya ialah di akhirat. Kesimpulannya, jika anda adalah pejuang parti asobiyah UMNO tak perlulah berkorban apa-apa untuk parti. Jangan harap nak dapat pahala kerana yang pasti dapat ialah bala. Seelok-eloknya tinggalkan terus UMNO, pasti terhindar dari bala. |
Berita kematian Osama Bin Laden palsu? Posted: 04 May 2011 07:00 PM PDT Oleh Huzir Sulaiman Berita CNN sendiri mengesahkan gambar yang dipaparkan dikebanyakan suratkhabar di seluruh dunia adalah palsu malah jurugambar dari New York yang dirujuk oleh CNN sendiri mengesahkan kepalsuan gambar itu kerana pelbagai kelemahan yang sedia ada. "Dari pixel yang terdapat pada gambar itu, jelas ia adalah palsu," kata-kata dari Kenna Lindsay, jurugambar yang berpengalaman dalam imej komposit. Gambar yang sama juga telah dianalisis oleh Makmal Agensi Akhbar Perancis dan pengesahan telah diterima bahawa ia juga palsu khususnya di bahagian jambang dan bawah muka yang jelas kelihatan seolah-olah ditampal dari imej individu yang lain. Tidak pasti kenapa Amerika Laknatullah cukup beriya-iya untuk memaparkan berita 'kematian' itu di akhbar utama dunia sedangkan kita tahu, negara barat seperti mereka yang dilengkapi dengan teknologi yang cukup canggih mampu mengesahkan ketulenan gambar itu. Kenapa terlalu mendesak untuk melaporkan berita kematian itu? Adakah dengan kematian itu, Al-Qaeda khususnya akan menghentikan segala gerakan mereka? Adakah Osama Bin Laden cukup cuai dalam gerakan beliau sehingga tiada barisan pengganti yang sedia untuk diganti serta merta selepas ketiadaan beliau? Adakah itu jaminan keselamatan yang pasti kepada seluruh penduduk dunia dengan tiadanya Osama memimpin Al-Qaeda? Jika segala soalan itu tiada pasti jawapannya dan ditambah pula dengan penafian oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat, kenapa perlu Datuk Seri Najib Razak bersorak dengan pengumuman itu? Tiada apa yang sepatutnya disorakkan khususnya dari pemimpin Negara OIC itu yang seharusnya melihat dari pelbagai aspek atau sudut kenapa gerakan Al-Qaeda itu mula ditubuhkan kalau bukan kerana keganasan atau provokasi yang sebenarnya mula dicetuskan oleh Amerika Syarikat sendiri khususnya sekutu rapatnya Israel terhadap dunia umat ISLAM. Pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua cukup ketara di Palestin, Iraq dan Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan tentera sekutunya. Kenapa perlu kita bersorak menyokong pengumuman itu kalau mereka sendiri yang sebenarnya menjaja keganasan di seluruh dunia malah menjadi penyebab utama provokasi kepada beberapa pertubuhan seperti Al-Qaeda untuk melancarkan serangan balas. Saya melihat, tekanan dari rakyat Amerika dan sekutu mereka sendiri telah mendesak berita itu untuk disegerakan kerana setelah hampir 10 tahun mereka mencabuli semua kedaulatan negara tertentu termasuk membelanjakan berjuta sehingga berbillion ringgit wang rakyat mereka untuk mengesan pimpinan Al-Qaeda itu, hasil ditagih segera. Amerika dan sekutunya khususnya Israel adalah sebenarnya pengganas dunia yang berselindung disebalik ciptaan 'keganasan' Al-Qaeda untuk menghalalkan kezaliman mereka meragut dan merampas kedaulatan umat ISLAM di abad moden ini melalui apa sahaja yang dirasakan perlu demi memenuhi dendam kesumat mereka sejak zaman berzaman. Bersorak keriangan dengan berita kematian itu seolah-olah menyokong segala matlamat mereka yang tidak menghalalkan cara khususnya pencabulan kepada hak asasi manusia, dan kedaulatan negara atas nama memerangi keganasan. Wallahua'lam |
Elok Anwar bersumpah secara sumpah biasa, dengan nama Allah Posted: 04 May 2011 06:00 PM PDT Oleh Zaharuddin Abd Rahman Sekali lagi isu sumpah berdengung hebat di dalam negara kita. Dalam peruntukan perundangan Islam, amalan sumpah wujud dengan syarat-syarat tertentu, bagi mensabitkan sesuatu dakwaan atau menolaknya. Apabila itu dilakukan, bermakna individu yang bersumpah sedang menyandarkan inti yang dikatak annya kepada Allah. Tindakan itu menjadikan inti yang didakwa atau bantah itu mempunyai suatu 'weight' menurut perspektif hukum Islam atau secara spiritual, malah juga mempunyai pengaruh di dalam menagih keyakinan dan kepercayaan hakim dan masyarakat umat Islam. Ramai yang bertanya saya pandangan berkenaan sumpah yang dilakukan oleh orang-orang politik dengan bermotifkan politik tentunya. Sebenarnya, eloknya sokongan yang diinginkan tidaklah digunakan mana-mana kaedah-kaedah Islam sebagai platformnya. Ada yang berusaha untuk menjadikan satu peraturan dalam hukum Islam iaitu sumpah dengan nama Allah sebagai senjata dalam politik kepartian. Bagi saya,itu kurang sihat. Bagi mereka yang sudi membaca dan menyelak lembaran artikel ini, saya nasihatkan agar membaca dengan tenang sehingga habis sebelum membuat sebarang tanggapan dan komentar. Itu perlu bagi mendapatkan gambaran jelas kandungan artikel ini. WUJUDKAH SUMPAH LAKNAT DALAM HAL TUDUH ZINA? Kembali kepada isu terkini iaitu 'sumpah laknat' yang dilakukan oleh Dato' Eskay di dalam masjid tempohari sambil memegang dan mencium Al-Quran. Oleh kerana sumpah tersebut dilakukan atas dasar dan prinsip hukum agama, bagi dianggap sah dan mempunyai nilai, cara ia dilakukan mestilah disandarkan kepada dalil khusus dari Al-Quran atau Al-Hadis. Oleh itu, menjadi satu KEMESTIAN bagi memastikan sumbernya dalam hukum Islam dan betul pula cara pelaksanaannya. Kedua hal tersebut mesti disemak sebelum inti sesuatu sumpah itu diterima oleh orang ramai dan pihak berkuasa sebagai mempunyai 'sesuatu kekuatan' untuk menyokong kes individu yang melakukan bersumpah. Secara ringkasnya, membaca pandangan beberapa tokoh ilmuan tanahair dalam hal sumpah laknat ini, saya bersetuju dengan pandangan beberapa mereka yang secara ringkasnya berkata, sumpah yang dilakukan itu :- 1. TIDAK PERLU; disebabkan proses mahkamah perlu dinantikan bagi menjamin keadilan bagi semua pihak. Maruah adalah isu besar dalam Islam, justeru, setiap kes yang boleh memalukan dan tidak lagi dipastikan benar atau salah, mestilah dibicarakan secara adil di tempat perbicaraan yang tertutup. 2. TIDAK TERPAKAI; sumpah laknat dengan nama Allah itu tidak dikira terpakai atau sah, kerana sumpah laknat atau li'an hanya wujud untuk urusan suami isteri yang menuduh isteri pasangan mereka berzina, sebagaimana wujud peruntukan di dalam Al-Quran dalam surah an-Nur ayat 6-8. Ertinya : "Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahwa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta." (An-Nur 6-7) Justeru, sebarang tindakan mewujudkan sumpah laknat dalam hal menuduh zina individu lain adalah SATU TINDAKAN SALAH atau REKA CIPTA DALAM URUSAN AGAMA yang tidak dibenarkan oleh Islam. Ia ditegah oleh seluruh para ulama berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak, disebabkan ia memungkinkan individu secara bebas mencipta peruntukan baru tanpa sebarang basis atau sandaran dalil. 3. MENGELIRUKAN; Protokol sumpah tersebut dilaksanakan secara sangat mengelirukan dan ada juga yang kurang tepat, ini kerana bersumpah sambil memegang al-Quran bukanlah satu keperluan. Nabi bersabda :- فمن كان حالفاً فليحلف بالله أو ليصمت Ertinya : Barangsiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam sahaja (tidak bersumpah) (Riwayat Al-Bukhari) Melakukannya di dalam masjid adalah HARUS menurut mazhab Hanafi dan Hanbali berdasarkan hadis nabi bahawa pernah kes kehakiman dan pertelingkahan serta sumpah laknat antara suami isteri dijalankan di masjid pada zaman Nabi s.a.w. ( rujuk Fath Al-Bari, 3/133 ; Syarah sohih Muslim An-Nawawi, 1/121 ). Bagaimanapun mazhab Syafie menganggap melakukan urusan sumpah dan perbincangan pertikaian hak serta tuduh menuduh di dalam masjid adalah MAKRUH. (Fath al-Aziz, Al-Rafi'e, 8/165 ; Al-Muhazzab, Al-Shirazi, 2/293) Apapun, kita tidak mahu, kaedah dan cara khususnya memegang Al-Quran ketika bersumpah dan dibuat di dalam masjid sedang telah wujud mahkamah, menjadi syarat dan kebiasaan masyarakat kita, hingga disalahfahami oleh ramai sehingga merasakan ia adalah kaedah dan cara sebenar pelaksanaan sumpah li'an. Sumpah laknat yang sebenarnya, perlu dilakukan di dalam proses mahkamah dengan empat kali, DIIKUTI yang kelima sumpah laknat dan IA TIDAK untuk tontonan dan sebaran awam. 4. Sumpah mubahalah juga tidak perlu dan tidak terpakai, kerana sumpah mubahalah memerlukan kedua-dua belah pihak untuk bertemu dan sama-sama bersetuju. WALAUPUN BEGITU, SUMPAH BIASA MASIH SAH Pun begitu, sumpah yang dikira terpakai dan sah dalam kes yang dirujuk adalah hanya sumpah biasa, bukan sumpah laknat. Sumpah biasa boleh dianggap sah apabila dimulakan dengan lafaz "wabillahi, wattallahi" atau salah satu antara lafaz tersebut juga sudah mencukupi. Namun SUMPAH BIASA ini sepatutnya hanya dilakukan sesudahkan 'bayyinah' atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukan di mahkamah. Apakah bayyinah ini? KEPERLUAN 'BAYYINAH' SEBELUM BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH Di dalam Islam, setiap individu adalah dianggap TIDAK BERSALAH selagi belum dibuktikan bersalah. Prinsip ini datang dari pelbagai dalil dan disimpulkan oleh para ulama dalam kaedah dan dalil berikut :- Hadis Nabi :- لو يعطى الناس بدعواهم؛ لادعى رجال أموال قوم ودماءهم، ولكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر Ertinya : Kalaulah diberikan (kebebasan) kepada manusia untuk mendakwa; nescaya akan akan individu yang mendakwa milikya harta satu kaum yang lain dan darah mereka, oleh itu (dalam Islam), Pembuktian menjadi tanggungjawab pertama ke atas pendakwa, dan (apabila telah sabit bukti), sumpah menolak adalah bagi mereka yang mengingkari (bukti tadi). ( Riwayat al-Bukhari & Muslim) Kaedah Fiqh : الأصل برآءة الذمة Ertinya : Hukum asal (bagi semua individu) adalah bebas dirinya dari tanggungan. Dan satu lagi kaedahnya : اليقين لا يزول بالشك Ertinya : Yakin ( iaitu asal semua individu sebagai tidak bersalah), tidak akan dapat dihilangkan oleh bukti-bukti yang bertaraf syak. Juga satu prinsip yang berbunyi ان الشك يفسر لمصلحة المتهم Ertinya : Sesungguhnya sebarang keraguan ( tidak kukuh bukti dakwaan), akan ditafsirkan sebagai menyebelahi pihak tertuduh (untuk membuktikannya tidak bersalah) Berkata Az-Zubaydi قاعدة أصولية مفادها أن الأصل براءة ذمة المكلف عن التكليف المشكوك Ertinya : Kaedah di atas adalah kaedah usul yang kandungannya menyatakan bahawa asal bagi semua individu yang mukallaf adalah bebas dari dakwaan & tuduhan yang diragukan. (Az-Zubaydi, Taj Al-Urus) AL-BAYYINAH yang disebut di dalam hadis nabi di atas AMAT diperlukan bagi mewajibkan sumpah ingkar dan bantah dari tertuduh, tanpanya, sumpah tertuduh TIDAK WAJIB sama sekali. Imam Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni (10/139) dan para ulama menjelaskan ringkasan bahawa untuk mendapatkan bayyinah, ia bergantung kepada kes yang dibawa seperti berikut : 1. Zina dan liwat Syarat untuk penuhi bayyinah : Empat saksi adil atau pengakuan pelaku. 2. Hukum hudud yang lain seperti bunuh, qazaf, murtad dan lainnya. Syarat untuk penuhi bayyinah : saksi dua lelaki adil dan sumpah dibenarkan. 3. Jual beli, dan lain-lain pertikaian melibatkan isu harta dan pemilikan kewangan Syarat untuk penuhi bayyinah : dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua orang wanita ( sebagaimana disebut di dalam Al-Quran) dan sumpah dibenarkan. 4. Penyusuan, kelahiran, dara dan tamat iddah Syarat untuk penuhi bayyinah : Seorang wanita yang adil. Justeru, perlu ditegaskan dalam hal zina dan liwat, bagi menganggap bersalah, salah satu antara dua cara ini mestilah menjadi jalannya, iaitu :- IQRAR ATAU PENGAKUAN SUKARELA secara insaf oleh pelaku bahwa dia melakukan sesuatu kesalahan itu, sama ada mencuri, berzina, liwat, membunuh dan sebagainya. Sebagaimana yang dilakukan oleh pemuda bernama Ma'iz bin Malik Al-Aslami di zaman Nabi Muhammad s.a.w EMPAT SAKSI LELAKI YANG ADIL; Khusus bagi kes zina dan liwat, sesiapa yang menuduh mestilah membawakan empat orang saksi yang adil lelaki bagi mensabitkan kesalahan pada hukum Islam. Selagi tiada saksi sebegitu, kes MASIH BOLEH diadili tetapi IA BUKAN LAGI TERMASUK DALAM KES HUDUD BAGI SI TERTUDUH. Manakala yang menuduh tanpa empat saksi pula BAKAL DISABITKAN KESALAHAN QAZAF, penuduh hanya boleh terselamat dari hukuman qazaf (yang perlu dilaksanakan di dunia, jika tiada, hukumannya menanti di akhirat amat berat) apabila membawakan 4 saksi seperti di atas atau membawa kes tanpa 4 saksi secara senyap dan tertutup untuk perbicaraan di mahkamah. Di sana, hakim mahkamah akan menyemak semua bukti-bukti tambahan sama ada video, DNA, gambar dan sebagainya untuk beliau menjatuhkan sebarang keputusan di bawah peruntukan ta'zir. LEPAS 'BAYYINAH', BARU KITA NANTIKAN BANTAHAN Kerana asal setiap indiivdu TIDAK BERSALAH sehingga dibuktikan sebaliknya, setelah bayyinah dipersembahkan, barulah tindakan menjawab bayyinah perlu dilakukan oleh tertuduh. Bantahan dan keingkaran hanya diperlukan apabila pihak pendakwa berjaya membawakan bukti yang sah dan diterima oleh pihak qadhi atau hakim. Pihak hakim pula perlu memberikan masa yang sesuai untuk tertuduh membela diri. Namun tertuduh tidak boleh sengaja senyap sunyi tanpa membawakan hujjah balas, bantahan dan ingkaran terhadap bukti yang dibawa. ( Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 16/63; As-Syarh Al-Kabir, Ad-Dardir, 4/151) BAGI KES DATO' SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI) Melihat perkembangan dalam kes DSAI, menurut pandangan Fiqh Islam tanpa campur tangan politik kepartian adalah seperti berikut :- a. DSAI TIDAK WAJIB membalas dengan bersumpah bersihnya diri beliau kerana sumpah laknat yang dijalankan itu tidak sah. b. DSAI juga TIDAK WAJIB menjawab atau respon kepada sumpah laknat yang dilakukan kerana 'bayyinah' belum dikemukan oleh pendakwa. c. NAMUN, sumpah yang dilakukan dengan nama Allah dengan lafaz yang betul ( wabillah, wattallah) oleh Dato' Eskay adalah sah di sisi hukum Islam. Sama ada sumpah itu datang dari fakta yang benar atau tidak, tiadalah kita perlu menolaknya secara mutlaq. Namun umat ISLAM masih TETAP TIDAK BOLEH MEMPERCAYAINYA kerana ia tidak dilakukan di dalam proses kehakiman mahkamah dan ia juga tidak menyeratkan saksi empat orang yang adil. Sesiapa yang menyebarkan tuduhan zina itu akan tertanggung ke atasnya hukuman qazaf, yang walaupun tidak dilaksana di dunia, bakal amat menyusahkan di akhirat. d. Jika individu yang dituduh adalah orang kebanyakan yang TIDAK DIKENAL OLEH RAMAI, PASTINYA SUMPAH YANG DITUJUKAN KEPADANYA TIDAK PERLU DILAYAN SAMA SEKALI. Kerana itu semua tidak memberi kesan kepada keputusan hakim di dunia dan Allah. Itulah hokum asal dalam kes seperti ini. e. NAMUN, hukum asal boleh berubah mengikut zaman dan situasi sehingga menghasilkan hukum pengecualian tertentu. Sebagaimana Rasulullah pernah membatalkan hasratnya untuk mengubah bentuk Ka''bah kepada asas yang didirikan oleh Nabi Ismail a.s disebabkan desakan keadaan masyarakat, iaitu kejahilan mereka, masih barunya dengan Islam dan belum bersedia untuk Ka'abah diperlakukan sedemikian. Rasulullah bersabda kepada Aisyah: لو لا أن قومك حديثو عهد بشرك لبنيت الكعبة على قواعد إبراهيم Ertinya : Sekiranya tidaklah kaummu itu baru-baru sahaja (keluar) dari zaman syirik (menyembah berhala) nescaya sudah tentu akan ku bina semula Kaabah di atas binaan asal nabi Ibrahim ( Al-Bukhari & Muslim) JUSTERU, MENURUT PANDANGAN PERIBADI SAYA, disebabkan DSAI adalah seorang pimpinan politik tanahair yang besar, menggalas beban tanggungjawab gerakan perjuangan politik yang besar, dicampur dek kejahilan majoriti umat Islam dalam persekitaran Malaysia serta momokan media yang sentiasa memburukan lagi suasana, saya cenderung kepada DSAI PERLU BERSUMPAH BIASA SAHAJA dengan NAMA ALLAH MENAFIKAN BELIAU ADALAH INDIVIDU DI DALAM VIDEO SEKS YANG DIDAKWA, itu penting untuk menangkis sangka buruk masyarakat yang kurang kefahaman serta kurang pula ilmu, bukan hanya terbeban ke atas dirinya selaku individu tertuduh, malah menjadi beban terhadap kepada seluruh ahli gerakan pakatan rakyat yang bersamanya serta masyarakat Malaysia lain yang melihatnya sebagai ketua pembangkang. yang terlibat dalam membentuk minda dan masa hadapan masyarakat Malaysia. Sebagaimana pertimbangan dalam bab Maqasid Shariah menyatakan :- درء المفاسد مقدم على جلب المصالح Ertinya : Menolak keburukan didahulukan dari tindakan mensasarkan membawa kebaikan Justeru, pada hemat saya, jika DSAI bersumpah dengan nama Allah, paling kurang ia mampu menyelamatkan keburukan yang lebih besar dalam masyarakat seperti bertambahnya individu yang di hukum qazaf di sisi hukum Islam, semakin melemahkan keyakinan terhadap gerakan Pakatan Rakyat di samping mampu meleraikan syak wasangka rakyat 'atas pagar'. Walau apa jua keputusan mahkamah, itu adalah suatu isu terasing dan boleh dihujjah atas lain-lain platform dan politik. Namun untuk membiarkan sumpah dengan nama Allah iu dibiar beredar di dalam masyarakat tanpa sebarang respon, bagi saya mudaratnya lebih besar, tanpa menafikan melayaninya dengan melakukan sumpah juga ada mudaratnya. KESIMPULAN Saya sedar, ahli politik yang melingkungi DSAI pastinya mempunyai pandangan pelbagai, memikirkan strategi, maruah yang mungkin dirasakan jatuh kerana seolah telah berjaya dipaksa untuk turut bersumpah dan sebagainya. Namun tulisan saya ini, benar-benar dari rasa hati sebagai seorang yang neutral, ahli akademik yang melihat perkembangan isu-isu semasa. 1. Saya berasa amat senang sekali selaku rakyat Malaysia jika DSAI boleh menyahut cabaran sumpah biasa tadi, tiada sebarang malu ditanggung walau terpaksa melakukan itu. 2. Perkara kedua, kita tidak mahu umat Islam mengambil cara bersumpah ini apabila sahaja ingin mendakwa sesuatu, kerana ia bukanlah cara yang betul dalam masyarakat Islam yang sepatutnya bediri di atas sifat kekuatan amanah dan jatidiri, tiada memerlukan kepada sumpah untuk menagih kepercayaan dan keyakinan. Bahkan, kita bimbang teknik ini bakal digunakan oleh ramai penipu di luar sana untuk bersumpah bagi mendapatkan perhatian dan mencuri hak orang lain serta mengaibkan. Dari tiga jenis sumpah di dalam Fiqh Islam, sumpah dari penipu dan pencuri ini dinamakan 'al-Yamin al-Ghamus'. Ditanya kepada Nabi apakah 'Al-Yamin Al-Ghamus' itu, baginda menjawab : وما اليمين الغموس ؟ قال : الذي يقتطع مال امرئٍ مسلم هو فيها كاذب Ertinya : Orang yang mengambil harta (hak, termasuk maruah dengan mengaibkan melalui qazaf) orang Islam lain (melalui sumpah) sedangkan dia adalah pembohong ( Riwayat Al-Bukhari) Imam Az-Zahabi, Ibn Hajar Al-Asqalani menghuraikan sumpah dari pendusta (yamin ghamus) ini merupakan salah satu dari dosa besar. Ghamus ertinya tenggelam dan Imam An-Nawawi menyatakan dalam 'Tahzib Al-Asma wa al-Lughaat', sumpah tersebut dinamakan ghamus kerana penyumpah tenggelam dalam dosa dan bakal ditenggelamkan di dalam neraka Allah di akhirat kelak. Di dalam Al-Quran, pendusta bersumpah dan menagih habuan dunia ini disebutkan sebagai: إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih (Al-Imran : 77). Justeru, penyumpah dusta ini perlu segera bertaubat dan jika ia telah mengambil hak orang lain melalui sumpahnya, WAJIBlah atasnya untuk memulangkannya. 3. Bagi orang ramai, semua perlu memahami bahawa isu maruah dan tuduhan sebegini WAJIB hanya dibicarakan di dalam Mahkamah Islam dan bukan di khalayak. Apabila, di sebabkan rosaknya system nilai dalam masyarakat, lalu ini dibicarakan terbuka di media dan kahalayak awam, semua individu mestilah memahami semua HAKIM TIDAK BOLEH menghakimi sesuatu isu secara emosi, takut itu dan ini, sakit, sedih, dukcaita, ngantuk, lapar, dahaga dan semua asbab luaran yang menganggu penilaian seorang hakim yang berkelayakan. Nabi memberi amaran : لا يقضين حكم بين اثنين وهو غضبان Ertinya : Tidak boleh se0rang hakim memberi keputusan terhadap dua orang ( yang dibicarakan) sedang dia dalam keadaan marah ( terhadap salah seorang atau sebab lain). ( Riwayat Al-Bukhari) Para ulama sepakat menyatakan hadis di atas bukan hanya TERHAD kepada 'marah' tapi merangkumi semua emosi-emosi luaran yang menganggu seperti disebut di atas. (Al-Mabsut, Al-Sarakahsi, 16/78 ; Al-Minhaj wa nihayatul Muhtaj, 8/94 ) Kini malangnya, isu ini seolah dibicarakan di pentas awam, dipenuhi oleh manusia yang tiada kelayakan asas sebagai hakim, sering pula terpukau dengan emosi dan kepentingan masing-masing. Ia amat tidak adil kepada kedua-dua pihak. Justeru, nasihat ikhlas saya, wahai umat Islam jauhilah menentukan pendirian dan meletakkan keyakinan dalam isu berat sebegini, kerana anda tidak punyai basis yang diharuskan Islam untuk berbuat demikian. (www.zaharuddin.net) |
Posted: 04 May 2011 05:00 PM PDT Oleh Muhammad Hafizuddin Gempar dengan boikot MCA terhadap akhbar rasmi UMNO, mengejutkan seluruh parti komponen Barisan Nasional. MCA yang mendakwa bahawa Utusan Malaysia bersikap perkauman yang bias terhadap Melayu. Utusan mendapat padah dengan pengisytiharan boikot oleh pimpinan MCA. Namun demikian, PM tetap dengan 1Malaysia menyebarluas ke seluruh kaum di Malaysia. PERKASA yang memilih jalan raya berdemonstrasi di hadapan pejabat MCA bagi menyatakan tentangan kepada MCA. PERKASA tetap teguh berpegang dengan kedaulatan Melayu. Tiada puak selain Melayu yang berkuasa di Tanah Melayu Malaysia ini. Perjuangan mengangkat martabat Melayu kali ini diambil tegas oleh PERKASA tanpa celahan UMNO. Pada masa yang sama, DAP juga turut menjadi mangsa terjahan PERKASA. Mengakui undian kaum Cina tidak lagi berpihak kepada BN, Ketua Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie meletakkan kesalahan kepada Utusan Malaysia dan PERKASA yang menyebabkan BN kehilangan sokongan masyarakat Cina sejak 2008. PRN Sarawak ke-10 juga memberi petunjuk bahawa undian kaum Cina berpihak kepada DAP. Ini menjelaskan bahawa peranan Utusan hanyalah untuk kaum Melayu semata-mata. Wawasan PM mungkin sedikit tergendala apabila PERKASA mengambil keputusan untuk memperkenalkan 1Melayu 1Bumi bagi menyemarakkan gelombang Melayu di Malaysia. Konsep yang sama tapi berlainan tema ini agak mengelirukan rakyat. Barisan yang dibina selama ini untuk kesepakatan semua kaum di bawah bumbung BN seolah-olah berkecai. Namun kekuatan UMNO masih dapat diatasi dengan membersihkan kembali sentimen perkauman walaupun perjuangan nasionalism itulah perjuangan mereka. Pelbagai kemungkinan akan berlaku, samada PERKASA bersama-sama BN atau PERKASA berjuang bersendirian atau PERKASA bersama-sama PR atau PERKASA bersama-sama UMNO menolak parti-parti lain. Pengaruh PERKASA tidak dapat dinafikan kehebatannya sehingga menyebabkan keteguhan penyokong UMNO beralih ke PERKASA. Kehadiran PERKASA membuktikan perjuangan Melayu sebenar, UMNO atau PERKASA. Namun, UMNO tidaklah bodoh untuk mengiakan PERKASA tanpa mengira bangsa lain kerana mereka berjuang atas nama BN, bukan bersendirian. 1Melayu 1Bumi diakui Datuk Seri Dr Rais Yatim akan menggugat 1Malaysia. Semoga mereka sedar dan kembali kepada perjuangan asal. Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor Mahasiswa UIAM |
usamah bin laden: apa selepasnya? Posted: 04 May 2011 04:12 PM PDT Oleh nik mohamad abduh Semoga Allah merahmati Usamah Bin Laden, menghimpunkannya bersama para syuhada' di jalan Allah di sepanjang zaman, diketuai Hamzah bin Abdul Muttalib radhiaLlahu anhu. Orang yang hidup sepertinya tiada mengingini selain terbunuh syahid di tangan musuh Allah yang ditentangnya habis-habisan. Semoga Allah mengurniainya kemuncak keinginannya di dunia dan di akhirat. Di dunia, dia mahu Amerika menjadikannya musuh nombor satu dan di akhirat, dia mahu Allah mengasihaninya di tempat yang pertama. Kematiannya adalah doanya. Saya pasti dan cukup pasti bahawa setiap mujahid di jalan Allah tiada berdoa selain itu. Selain berebut menerkam dan menikam Abu Jahal, mereka juga berbahagia jika diterkam dan ditikam Abu Jahal dan syahid kerana itu. Jika mereka terkulai di katil kesakitan dan keuzuran, mereka menangisi nasib dan ketakutan jika Allah menentukan bahawa mereka gugur di luar medan perang. Itu, sedang Allah tidak lekang dan undur daripada mengasihi setiap hambaNya yang berjuang di jalanNya walau di mana pun kematiannya. Kemudian, semoga Allah mengampuni Usamah Bin Laden, menutupi dan menghapuskan segala dosanya di dunia. Setiap manusia pulang kepada Allah dengan dosa dan kesalahan, walaupun dia membawa bersamanya berbanjar-banjar kebajikan dan pahala daripada amal dan kehidupannya di dunia. Keterlanjuran adalah milik setiap hamba dan Usamah Bin Laden juga tiada terlepas daripadanya. Tiada siapapun mampu menyucikannya selain tuhannya yang disembahnya, dicintainya dan keranaNyalah beliau gugur di tangan Amerika, musuh Allah dan umat Islam. Adakah keganasan berakhir dengan kematian Usamah? Tidak! Keganasan hanya berakhir selepas kematian Amerika! Pengganas adalah Amerika. Dan sesiapa yang menuduh Usamah sebagai pengganas, dia hanya memasuki perangkap dan konspirasi tajaan Amerika, demi melepaskan mereka daripada bebanan dan tuduhan sebagai penaja keganasan di dunia. Membunuh adalah keganasan. Tetapi, adakah membunuh keganasan adalah keganasan? Kejayaan terbesar manusia hari ini adalah keupayaan melepaskan diri daripada perangkap dan konspirasi Amerika untuk menguasai dunia. Jika tidak, dia hanyalah hidup merangkak di bawah telunjuk Amerika. Otaknya adalah otak Amerika. Dia hamba Amerika. Orang Islam dilarang sama sekali selain menjadi hamba Allah. Berfikir cara al Quran dan berjalan di belakang al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Islam adalah ugama keamanan dan keadilan. Islam adalah rahmat untuk sekelian alam. Islam menyeru kepada persaudaraan dan persahabatan sejagat. Kerana itu, seluruh manusia dan anutan mereka bukanlah musuh Islam dan umatnya. Allah menyeru para nabi dan umatnya menjalin keharmonian di antara ugama dan umatnya sampai bila-bila. Dakwah? Bukankah dakwah Islam menafikan persahabatan? Tidak. Dakwah adalah seruan untuk jalinan persahabatan yang tulen dan terbuka. Dakwah ialah seruan kepada pembukaan akal dalam semua perkara. Dakwah adalah dengar, lihat, fikir dan putuskanlah secara bebas dan hak. Untuk kamu agama kamu dan untuk kami ugama kami. Tiada kekacauan dan pertembungan apabila manusia benar-benar menghargai akal dan berjalan dengannya. Jihad? Ya, jihad difardhukan untuk dua perkara besar. Pertama, meneguhkan persaudaraan dan keamanan sesama manusia. Kedua, menyekat kuasa kejahatan daripada meruntuhkan persaudaraan dan keamanan manusia sejagat. Kerana itu, Islam menerima jemputan, bahkan mewajibkan umatnya untuk memerangi keganasan walaupun menimpa orang lain yang tidak beragama dengan agamanya. Itulah sebesar-besar sumbangan Islam demi keamanan seluruh manusia. Itulah maksud jihad bersenjata. Adapun jihad di dalam maknanya yang lebih luas, maka ia semakin melonjakkan Islam ke persada keadilan dan kerahmatan. Jihad, dalam semua sudut dan medannya adalah seruan Allah ke arah ketamadunan manusia dan kemanusiaan sejagat. Malaysia ini, jika Islam adalah cara hidupnya, akan menyeru kepada persaudaraan dan persahabatan hatta dengan Amerika dan sekutunya, apatah sesama jiran di Asean dan Asia. Tiada sebab untuk Islam bermusuh dengan Amerika dan rakyatnya. Setiap rakyat Amerika, putih dan hitam, semuanya adalah daripada Adam. Adam adalah datuk rakyat Malaysia. Adam adalah nabi dan nabi diturunkan untuk manusia hidup aman damai bertugas memakmurkan muka bumi dengan ilmu yang dianugerahi Allah. Yang akan membezakan kita dengan kerajaan kita hari ini adalah kebebasan dari telunjuk Amerika. Kita tidak akan berkata, dunia akan aman dengan terbunuhnya Usamah Bin Laden! Itu Amerika, dan sesiapa yang telah berada di bawah telunjuk Amerika akan berkata seperti Amerika berkata. Tiada beza pada tajwid dan makhrajnya. Adapun kita, jika kita memerintah secara Islam yang syumul, kita akan berkata, kematian Usamah bukan mengakhiri keganasan, bahkan dibimbangi Amerika akan lebih mengganas. Jika begitu, kegiatan memburu Amerika akan menjadi-jadi. Tindakan ganas daripada golongan yang lemah dan tertindas akan berterusan. Amerika hendaklah kembali kepada akal dan sempadannya, menyantuni manusia dan kebebasan mereka untuk hidup harmoni tanpa penjarahan dan penjajahan ke atas negara-negara berdaulat dan bebas. Islam adalah ugama yang membenci perang dan pertumpahan darah, mengelaknya dan menggalakkan perdamaian di antara semua pihak. Perang adalah pilihan terakhir sebelum kematian dan kehinaan memerangkap kemuliaan. Mengapa Usamah membenci Amerika? Jawabannya, kerana seluruh dunia, kecuali Israel, membenci Amerika. Malangnya, kebencian itu hanya tertanam di lubuk jantung setiap negara. Negara-negara miskin ketakutan. Negara-negara kaya dan membangun seperti negara kita terpaksa menumpang untuk kekal kaya dan membangun. Usamah Bin Laden keluar daripada kongkongan itu dan melewati sempadannya. Hatinya, lidahnya dan tangannya telah bebas. Kebebasannya untuk berkata dan bertindak menjadikannya kambing hitam untuk Amerika menakut-nakutkan dunia agar jangan sesekali menyanggahnya. Usamah diburu dan segala kerja-kerja keganasan di seluruh dunia, Usamahlah puncanya dan denyut nadinya. Adakah anda, jika anda sejenak berfikir, akan mengiyakannya semudahnya? Mari mengenali Usamah Bin Laden. Seorang muslim terpelajar. Kelebihan lain adalah kekayaan miliknya. Akidahnya adalah benar. Ahlus Sunnah wal Jamaah dan menjauhi bidaah. Ibadahnya usah dipertikaikan. Beliau memilih zuhud dan jihad. Adakah ini mudah dalam dunia mujahadah melawan nafsu? Akhlaknya begitu tinggi. Seorang yang lembut jiwa dan kata-katanya, membenci kezaliman dan menjunjung kebenaran. Apa lagi selepas akidah, ibadah dan akhlak? Ya, bagaimana pemikirannya? Di sinilah ruang yang dipersoalkan ulama Islam. Usamah dikaitkan dengan pemikiran yang melampau terutama di dalam bab jihad menentang kezaliman dan kekufuran. Sebelum itu, mari bezakan di antara dua yang perlukan kejelasan. Pertama, pemikirannya dan kedua, tindakannya. Adapun tindakannya yang dikaitkan dengan keganasan, maka ia sukar dipastikan. Amerika menuduhnya mengganas di mana-mana, sedangkan beliau hanya berada di Afghanistan (mungkin kadang-kadang menyusup ke Pakistan). Di situlah beliau memulakan jihad dan mengakhirinya. Ulama Islam sepakat bahawa jihad di Afghanistan adalah sah demi menghalau penjajahan Rusia. Oleh kerana kerajaan Afghanistan hari ini adalah kerajaan boneka Amerika dengan tentera Amerika terus menguasai negara tersebut, adalah sukar untuk menafikan hak rakyatnya terus berjihad menghalau Amerika keluar dari negara mereka. Di Afghanistan, bagi akal yang sihat, mereka mudah saja menjawab, siapakah pengganas pertama? Amerika atau Usamah? Oleh kerana tindakan Usamah di Afghanistan sering dikambing hitamkan oleh Amerika, janganlah anda menghukum Usamah daripada sudut dan dimensi ini. Kita memerlukan lebih maklumat yang benar tanpa mengangkat 'riwayat-riwawat Israeliyat-Amerikiyat' ke darjat sahih sebagai hujah dan bukti. Adapun pemikirannya, maka inilah yang dipertikaikan dan seterusnya ditolak sebahagiannya oleh ulama Islam secara jelas. Bahagian yang ditolak adalah pandangan jihadnya yang melampaui had yang dibenarkan. Melampau di dalam memahami jihad adalah penyakit umat yang diwarisi sejak ratusan tahun hasil kefahaman yang salah terhadap ajaran Islam mengenai jihad. Kesucian kefardhuan al jihad yang diselubungi pemikiran dan kefahaman yang salah, khususnya pemikiran al Qaedah akhirnya mencetuskan kekalutan di dalam tindakan keganasan sesetengah jentera jihad umat Islam. Kesannya adalah buruk. Tumpahnya darah yang haram ditumpahkan melalui siri-siri pengeboman di tempat awam di seluruh dunia adalah ditolak oleh Islam dan seluruh ulama Islam sepakat menolaknya. Perang adalah di tempat perang yang disyara'kan, bukan di mana-mana tempat dan masa. Itu kefahaman jihad yang salah dan batil. Amerika mengambil kesempatan melancarkan perang terhadap umat Islam seluruhnya dengan mengapi-apikan kelibat Usamah Bin Laden sebagai pengganas antarabangsa. Hasilnya, mereka menghalalkan kedatangan mereka di mana-mana, terutama di negara-negara Islam demi memburu dan memerangi Usamah, al Qaedah dan keganasan global. Tidakkah Amerika telah menobatkan diri sebagai polis antarabangsa, di sebalik hakikat diri sebagai pengganas antarabangsa? Dunia yang ketakutan dan bisu mengiyakan Amerika. Usamah tidak! Selepas anda memahami ini, fahami juga bahawa Amerika sedang memerlukan pengganas baru untuk dikambing hitamkan. Usamah dan pemikirannya yang dipertikaikan itu telah tumpul. Umat Islam semakin memahami jihad yang sebenar dan telah semakin banyak kumpulan pelampau ugama terutama di Mesir mula kembali kepada pemikiran Islam dan jihadnya yang lebih benar dan sah. Amerika tidak suka umat Islam mengenali Islam yang benar (maaf, macam UMNO!). Jihad Palestin oleh HAMAS semakin diterima umat Islam seluruhnya. ia adalah pelaksanaan jihad yang dikawal selia oleh para ulama Islam agar ianya menjadi sebaik-baik contoh kepada maksud jihad bersenjata yang diterima Islam. Justeru usaha Amerika memadamkan jihad telah gagal! Usamah perlu dibunuh segera. Sekarang, anda hanya perlu menanti penobatan angkatan pengganas Islam baru oleh Amerika dengan watak dan pakaian baru. Tunggulah, dan haram ke atas anda mengaminkan Amerika sebagaimana itulah pengucapan pemimpin negara kita yang dimamah ketakutan terhadap Amerika itu. Semoga Allah mengasihani Usamah Bin Laden, penghidup dan peniup jihad Islami menentang Amerika dan Israel. Kerananya umat terus hidup dengan ruh, bukan merangkak di jasad yang kering.. http://nikabduh.wordpress.com |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan