Biaqpila |
- Kerana Filem Korea, Gadis Diperkosa Bergilir-gilir
- Datuk T hanya suruh wartawan teka pelakon seks rupanya
- Kisah aktivis UMNO Pendang, pecacai yang tidak dihargai
- Punca Lonjakkan Harga Minyak RON97
- Politik Sesumpah
Kerana Filem Korea, Gadis Diperkosa Bergilir-gilir Posted: 05 May 2011 09:00 AM PDT Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Gara-gara terpengaruh menyaksikan filem terbaru Korea terbaru, seorang wanita berusia 23 tahun dirogol dua lelaki di sebuah rumah di Manjalara, Kepong, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa bijak diperdaya seorang lelaki berusia lewat 20-an yang dikatakan baru dikenali menerusi laman sembang sosial sejak dua bulan lalu untuk mengikut ke rumahnya sebelum dirogol. Menurut sumber polis, mangsa pada mulanya dihubungi suspek sebelum mereka bertemu di sebuah restoran di kawasan Kepong, di sini. “Keghairahan mangsa terhadap filem Korea digunakan suspek dengan mengatakan dia sudah menonton filem berkenaan di rumahnya selepas membeli cakera padat video (CD) beberapa hari lalu. “Suspek mempelawa mangsa ke rumahnya untuk menonton filem berkenaan. Pada mulanya, mangsa menolak kerana bimbang dengan keselamatannya,” katanya. Sumber polis berkata, bagaimanapun selepas makan dan diyakinkan suspek bahawa dia tidak akan menyentuh mangsa selain berjanji menjaga keselamatannya, wanita terbabit bersetuju. “Malah, suspek dikatakan memberitahu dia tinggal berseorangan kerana rakan serumahnya pulang bercuti di kampung. “Mangsa dibawa ke rumah suspek dengan sebuah motosikal. Sebaik tiba, suspek mengarahkan mangsa masuk ke biliknya dan menonton filem berkenaan dengan menggunakan komputer miliknya manakala, suspek turut berjanji menunggu mangsa di luar sambil menonton rancangan televisyen,” katanya. Sumber berkata, kira-kira 30 minit, suspek masuk ke dalam bilik sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya. “Mangsa cuba melawan tetapi gagal. “Penderitaan mangsa tidak berakhir begitu saja sebaliknya turut dirogol rakan serumah suspek yang pulang selepas itu,” katanya. Selepas dirogol, mangsa dihantar pulang ke rumah dan suspek mengarahkannya supaya tidak membuat laporan polis selain berjanji akan bertanggungjawab terhadap kejadian itu. Namun, selepas dinasihatkan keluarga dan rakan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Difahamkan, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan sehingga kini suspek masih belum ditahan polis namun pihak berkuasa sedang memburu mereka. duniacacamarba KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Datuk T hanya suruh wartawan teka pelakon seks rupanya Posted: 05 May 2011 08:23 AM PDT Dalam sumpah laknatnya pada 29 April 2011 yang lepas, salah seorang Datuk T (Datuk Temberang), iaitu Datuk Eskay bersumpah mengaku bahawa pelaku di dalam video seks adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau dilihat sumpahnya itu merujuk kepada lelaki mirip Anwar Ibrahim yang melakukan hubungan seks di dalam rakaman video yang didedahkannya itu. Tetapi di dalam kenyataan medianya pada 4 Mei 2011, beliau tidak mengaku menuduh Anwar Ibrahim berzina. Datuk Eskay rupanya hanya menyuruh wartawan meneka siapa di dalam video tersebut kah kah kah. Cerita lanjut di milosuam Firman Allah: "Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan" [Surah al-Mujadilah (58):16]. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Kisah aktivis UMNO Pendang, pecacai yang tidak dihargai Posted: 05 May 2011 03:00 AM PDT Oleh: ZULKIFLI YAHAYA "Kami sedih kerana kami dulu adalah penyokong kuat UMNO dan sanggup mengeluarkan wang demi semangat tinggi untuk membina pejabat UMNO Pendang. Tetapi sekarang UMNO buat kami seperti pariah dan jika kami tidak mempunyai pilihan lain, kami sanggup untuk bawa tikar bantal untuk tidur di pejabat UMNO yang dibina menggunakan wang kami," ujar Mohamad Said, seorang dari mangsa kezaliman UMNO itu. Itu luahan hati Mohamad Said bekas aktivis UMNO Pendang, bercakap mewakili beberapa rakannya yang dianiayai parti yang mendakwa kononnya memperjuangkan Melayu itu. Kisahnya bermula lebih 30 tahun lalu, apabila lima aktivis UMNO yang diketuai oleh Allahyarham Safirol Hashim meminjamkan wang mereka sebanyak RM16 ribu kepada UMNO Bahagian Pendang bagi tujuan pembinaan pejabat UMNO bahagian. Haji Safirol, Yahya Abu, Mohamad Said, Ahmad Jalel dan Bakar Ahmad melalui syarikat mereka bersama Kilang Kayu Sawa telah membuat pinjaman bank sebanyak RM16 ribu. Wang itulah yang digunakan untuk pembinaan pejabat UMNO. Haji Safirol sempat membayar RM16 ribu semasa hayatnya, walaupun ketika itu faedah bank telah meningkat sehingga RM61 ribu. Isu yang membelit semua aktivis UMNO itu ialah pinjaman dibuat terhadap bank adalah dengan penyandarkan sepucuk geran tanah. Sewaktu Datuk Afifuddin Omar menjadi Timbalan Menteri Kewangan, mereka pernah meminta beliau menulis surat kepada pihak bank untuk melupuskan pinjaman tersebut. Bank adalah institusi perniagaan yang perniagaan mereka tidak pernah rugi. Apa mereka peduli dengan arahan menteri atau Perdana Menteri sekalipun. Hutang mesti dibayar. Selepas 10 tahun baru ‘menjawab’ surat Afifuddin dengan menghantar pegawai menguruskan pelelongan tanah cagaran. Maka tanah pun terlelong, tapi hutang masih berbaki. Maklumlah bunganya tidak pernah putus. Makin bertambah-tambah. Mereka membuat rayuan kepada Datuk Seri Najib, Presiden UMNO yang sangat banyak duitnya itu. Najib boleh turun setiap pilihanraya umum peruntukan berjuta-juta, tetapi tidak sudi menolong UMNO Pendang yang hanya memerlukan duit berpuluh ribu sahaja. Mereka diminta berjumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan. "Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" mereka mula meluahkan rasa hati. Hari ini bekas aktivis UMNO itu bersama keluarga mereka benar-benar kecewa. Selepas tiga dekad beralu baru mereka kenal UMNO. Perjuangan UMNO adalah atas dasar asobiyah Melayu. Jarang mereka sebut Islam. Persoalan dunia lebih banyak dibincangkan dari akhirat. Jika dunia yang sedikit itu pun mereka tertipu dengan permainan UMNO, maka apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO. Bekas aktivis UMNO itu pun barangkali tahu segala pengorbanan mereka bukan sampai ke akhirat. Tak padan nak tanggung kesusahan di dunia, sedang akhirat tidak dapat apa-apa. Bagi UMNO Bahagian Pendang sendiri, mereka tidak terhutang apa-apa dengan bank. Bangunan sudah mereka miliki atas nama UMNO. Pihak yang berhutang ialah mereka yang beriya-iya sangat hendak menolong UMNO dulu. Mereka yang gatal biarlah mereka yang garu. Itu perangai semulajadi UMNO. UMNO Pendang pernah dipimpin oleh Datuk Othman Abdul, jutawan Kurnia Insuran. Jika dia mahu menyelesaikan hutang bangunan UMNO bahagian itu, ia cuma ibarat sisa makanan yang melekat di celah gigi. Tapi masakan pemimpin UMNO sudi mengorbankan harta untuk parti, melainkan parti dijadikan kuda tunggangan bagi mencipta kekayaan semata-mata. Percayalah, walau bekas aktivis UMNO itu berkokok macam ayam jantan hingga ke pagi, masalah mereka tidak akan dipedulikan oleh UMNO bahagian, negeri mahupun Pusat. Duit yang diguna untuk menyelesaikan masalah ahli-ahli yang pernah berkorban itu lebih baik digunakan untuk membeli anggota KeADILan yang bermasalah untuk melompat parti. Hari ini hampir semua tokoh-tokoh KeADILan yang melompat menjadi kaya raya dalam sekelip mata, walaupun bertahun-tahun mereka pernah memaki hamun UMNO/BN. Tapi orang yang bekerja keras untuk parti, berpuluh tahun mempertahankan UMNO tidaklah sesenang mana. Dalam PAS terdapat aktivis dan susah dan senang. Tapi pemimpin pun ada yang susah dan senang. Tiada yang kaya raya kerana parti. Ahli PAS tidak kisah dan tidak mengungkit dalam melakukan pengorbanan untuk parti lantaran mereka tahu ganjaran yang sebenarnya ialah di akhirat. Kesimpulannya, jika anda adalah pejuang parti asobiyah UMNO tak perlulah berkorban apa-apa untuk parti. Jangan harap nak dapat pahala kerana yang pasti dapat ialah bala. Seelok-eloknya tinggalkan terus UMNO, pasti terhindar dari bala. DDKONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Punca Lonjakkan Harga Minyak RON97 Posted: 05 May 2011 01:21 AM PDT Harga RON97 adalah RM1.80 seliter ketika mula-mula RON95 diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Waktu itu rakyat telah dicemburui oleh kerajaan kerana memperolehi harga minyak yang RON97 yang sangat murah berbanding negara jiran. Rakyat Malaysia yang sebelum itu berdepan kenaikkan 78sen sekaligus oleh kerajaan BN pimpinan Paklah, telah berasa lega kerana penurunan semula harga minyak hingga ke lantai harga lantai RON97 sekitar RM1.80 per liter. Penurunan harga minyak adalah berkadar terus dengan harga minyak dunia yang turun merundum setelah mencecah kemuncaknya pada Ogos 2008 (seperti jangkaan Anwar Ibrahim dalam debat bersama Shabery Cheek). Maka rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol RON97 yang cukup melegakan. Di atas kelegaan rakyat, kerajaan pimpinan Najib pula yang tidak berasa senang. Bagi mereka, rakyat tidak boleh begitu bersenang lenang untuk ke mana sahaja yang mereka suka. Harga minyak yang murah akan menyebabkan rakyat tidak berjimat, selalu balik kampung dan akan kerap bercuti. Ini satu pembaziran pada pandangan pihak kerajaan pemerintah. Tindakan menaikkan semua RON97 secara mendadak hanya akan mendatangkan kemarahan rakyat. Maka hadirlah idea memperkenalkan minyak komersial RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai minyak premium negara. RON95 adalah minyak komersial untuk negara-negara yang tidak mempunyai pengeluaran minyak. Minyak RON97 adalah terlalu bermutu untuk digunakan oleh rakyat kelas ketiga seperti rakyat kebanyakkan di Malaysia. RON97 hanya untuk golongan berada manakala RON95 pula untuk golongan biasa, Malaysia juga punya kasta dalam penentuan harga minyak dalam negara. Kerajaan dengan sengaja meletakkan penetapan harga RON95 pada suatu harga mampu, supaya rakyat boleh berdiam diri apabila harga petrol RON97 naik sedikit demi sedikit. Sedar atau tidak sedar harga RON97 sekarang adalah RM2.90 seliter, menokok RM1.20 seliter daripada harga sebelum rakyat diperkenal petrol komersial RON95. Dengan idea RON95, kerajaan berjaya mengelak sebarang kebangkitan rakyat bagi memprotes kenaikkan harga minyak. Bijak bukan? Tidak sia-sia kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO. Hari ini kerajaan telah berjaya menjadikan harga minyak RON97 setinggi RM2.90 seliter. Teringat suatu ketika dulu kita sering mendengar harga minyak dalam negara akan menokok sehingga RM3.60 seliter, dalam keadaan tiada lagi subsidi untuk RON97. Sekarang, ianya bakal menjadi kenyataan di mana minyak yang biasa kita gunakan sejak tahun 90an hingga tahun 2009, akan diharamkan untuk tangki enjin kita apabila ia akhirnya mempunyai perbezaan harga yang ketara dengan RON95. Petrol RON97 tidak lagi menjadi minyak rakyat negara Malaysia sedangkan bumi bertuah Malaysia ini sebenarnya mempunyai simpanan minyak yang paling berkualiti dalam dunia. Inilah yang kerajaan mahukan, rakyat berhempas pulas untuk mendapatkan minyak yang berkualiti walaupun sebenarnya apa yang dihempas pulas oleh rakyat itu adalah hak milik sendiri. Tidakkah diri ini rasa dihina? Tidakkah rakyat kebanyakkan berasa dihina apabila membayangkan, kita semua tidak layak memiliki minyak yang lebih berkualiti? Bukan kita mahukan ia secara percuma, tetapi dengan harga yang berpatutan termasuklah dengan subsidi yang sebenarnya milik abadi rakyat Malaysia selagi minyak masih ada. Beringatlah wahai rakyat Malaysia, hari ini kamu diperlekeh, hari ini kamu dihina, setiap kali harga minyak RON97 naik, setiap kali itulah kita dihina oleh kerajaan pemerintah. Sudahlah sebelum ini kita dapat mengetahui Proton Waja dan Perodua Myvi keluaran Malaysia adalah jauh lebih murah apabila dijual di pasaran negara arab, Britain dan Australia. Kini kita mengetahui minyak keluaran Malaysia dijual di luar negara dan minyak arab yang kurang kualiti itu dijual pula dalam negara dengan harga yang cukup mahal. Tidakkah anda rasa rakyat Malaysia umpama merempat di negara sendiri? Tidakkah anda rasa seperti dibangsatkan oleh kerajaan Malaysia? edyesdotcom KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 04 May 2011 06:00 PM PDT Kalau kita hidup zaman Hikayat Merong Mahawangsa, kita boleh bersumpah untuk melindungi Putera Rom yang gian nak kahwin dengan China Doll dalam pelayarannya menemui Puteri China walaupun sebenarnya pergi jual putera dan puteri ni pada lanun Geruda lagi untung. Kalau kita hidup zaman Laksamana Hang Tuah, kita boleh bersumpah kepada Sultan Melaka untuk pergi ke puncak Gunung Ledang dan meminang Puteri Jawa walaupun puteri itu awek kita dan boleh saja buat projek bukan-bukan atas gunung itu. Kalau kita hidup zaman Rasulullah SAW, kita boleh bersumpah bawah sebatang pokok, tangan kita di atas tangan Baginda untuk berjuang ke titisan darah terakhir dalam menuntut bela atas khabar angin kematian Uthman. Dan rahmat Tuhan kepada mereka yang terlibat dalam Bay'at al-Shajarah hingga turunnya ayat memperingati dan menghargai sumpah tersebut. Itu cerita sumpah dulu-dulu. Orang zaman dulu, zaman betul-betul dulu kala punya kalau bersumpah maka sumpah itu diangkat lebih tinggi dari nyawanya sendiri. Tapi zaman sekarang lain. Ini zaman Johnny Depp jadi Rango, seekor sesumpah. Dan dalam zaman serba moden ini kebanyakan yang bersumpah itu sebenarnya tak banyak beza dengan seekor sesumpah, boleh berubah warna dan lidah berbelit. Tak perlulah nak pening kepala sama ada kita boleh pakai sumpah seorang kutu dalam masjid tentang lubang juburnya dijolok, atau sumpah seseorang yang tak pernah main dengan awek Mongolia atau sumpah baru-baru ini oleh seorang Datuk tentang video baik punya yang dia ada itu adalah ori dan bukan Bangkok mari. Setiap hari orang bersumpah dan kemudian buat perangai seekor sesumpah. Dalam mahkamah tiap-tiap hari orang bersumpah kemudian semua putar belit cerita supaya terlepas dari hukuman. Budak-budak sekolah bersumpah setiap kali perhimpunan dengan mengangkat ikrar tapi dah besar panjang nanti seekor-seekor jadi sesumpah. Yang Islam bersumpah kalimah syahadah tapi berapa kerat saja yang pegang pada sumpahnya itu? Teruna bersumpah 'I love you' pada si dara sebabkan nak dara semata-mata bukan betul cinta pun. 'Sumpah abang tak kahwin lain' kata suami pada isteri sebelum berangkat kahwin satu lagi di Golok pun sumpah juga namanya. Yang tandatangan penerimaan kad kredit sebenarnya bersumpah nak bayar hutang kad kredit tapi berapa juta rakyat Malaysia yang kemudiannya haram tak bayar hutang dan melanggar sumpah? Benda-benda sumpah laknat ini, sumpah boleh dimakan dek sumpah, sumpah dalam masjid, sumpah dalam mahkamah, sumpah atas nama Tuhan dan segala jenis cucu-cicit sumpah semuanya tak boleh pakai. Jadi jadah apanya dalam Malaysia ini, semua benda politik nak bersumpah? Nak jadi sesumpah? tronohtranquility KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan