Khamis, 5 Mei 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Punca Lonjakkan Harga Minyak RON97

Posted: 05 May 2011 08:15 AM PDT



Harga RON97 adalah RM1.80 seliter ketika mula-mula RON95 diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Waktu itu rakyat telah dicemburui oleh kerajaan kerana memperolehi harga minyak yang RON97 yang sangat murah berbanding negara jiran.

Rakyat Malaysia yang sebelum itu berdepan kenaikkan 78sen sekaligus oleh kerajaan BN pimpinan Paklah, telah berasa lega kerana penurunan semula harga minyak hingga ke lantai harga lantai RON97 sekitar RM1.80 per liter. Penurunan harga minyak adalah berkadar terus dengan harga minyak dunia yang turun merundum setelah mencecah kemuncaknya pada Ogos 2008 (seperti jangkaan Anwar Ibrahim dalam debat bersama Shabery Cheek). Maka rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol RON97 yang cukup melegakan.

Di atas kelegaan rakyat, kerajaan pimpinan Najib pula yang tidak berasa senang. Bagi mereka, rakyat tidak boleh begitu bersenang lenang untuk ke mana sahaja yang mereka suka. Harga minyak yang murah akan menyebabkan rakyat tidak berjimat, selalu balik kampung dan akan kerap bercuti. Ini satu pembaziran pada pandangan pihak kerajaan pemerintah.

Tindakan menaikkan semua RON97 secara mendadak hanya akan mendatangkan kemarahan rakyat. Maka hadirlah idea memperkenalkan minyak komersial RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai minyak premium negara.

RON95 adalah minyak komersial untuk negara-negara yang tidak mempunyai pengeluaran minyak. Minyak RON97 adalah terlalu bermutu untuk digunakan oleh rakyat kelas ketiga seperti rakyat kebanyakkan di Malaysia. RON97 hanya untuk golongan berada manakala RON95 pula untuk golongan biasa, Malaysia juga punya kasta dalam penentuan harga minyak dalam negara.

Kerajaan dengan sengaja meletakkan penetapan harga RON95 pada suatu harga mampu, supaya rakyat boleh berdiam diri apabila harga petrol RON97 naik sedikit demi sedikit. Sedar atau tidak sedar harga RON97 sekarang adalah RM2.90 seliter, menokok RM1.20 seliter daripada harga sebelum rakyat diperkenal petrol komersial RON95. Dengan idea RON95, kerajaan berjaya mengelak sebarang kebangkitan rakyat bagi memprotes kenaikkan harga minyak. Bijak bukan? Tidak sia-sia kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO.

Hari ini kerajaan telah berjaya menjadikan harga minyak RON97 setinggi RM2.90 seliter. Teringat suatu ketika dulu kita sering mendengar harga minyak dalam negara akan menokok sehingga RM3.60 seliter, dalam keadaan tiada lagi subsidi untuk RON97. Sekarang, ianya bakal menjadi kenyataan di mana minyak yang biasa kita gunakan sejak tahun 90an hingga tahun 2009, akan diharamkan untuk tangki enjin kita apabila ia akhirnya mempunyai perbezaan harga yang ketara dengan RON95. Petrol RON97 tidak lagi menjadi minyak rakyat negara Malaysia sedangkan bumi bertuah Malaysia ini sebenarnya mempunyai simpanan minyak yang paling berkualiti dalam dunia.

Inilah yang kerajaan mahukan, rakyat berhempas pulas untuk mendapatkan minyak yang berkualiti walaupun sebenarnya apa yang dihempas pulas oleh rakyat itu adalah hak milik sendiri. Tidakkah diri ini rasa dihina? Tidakkah rakyat kebanyakkan berasa dihina apabila membayangkan, kita semua tidak layak memiliki minyak yang lebih berkualiti? Bukan kita mahukan ia secara percuma, tetapi dengan harga yang berpatutan termasuklah dengan subsidi yang sebenarnya milik abadi rakyat Malaysia selagi minyak masih ada.

Beringatlah wahai rakyat Malaysia, hari ini kamu diperlekeh, hari ini kamu dihina, setiap kali harga minyak RON97 naik, setiap kali itulah kita dihina oleh kerajaan pemerintah.

Sudahlah sebelum ini kita dapat mengetahui Proton Waja dan Perodua Myvi keluaran Malaysia adalah jauh lebih murah apabila dijual di pasaran negara arab, Britain dan Australia. Kini kita mengetahui minyak keluaran Malaysia dijual di luar negara dan minyak arab yang kurang kualiti itu dijual pula dalam negara dengan harga yang cukup mahal.

Tidakkah anda rasa rakyat Malaysia umpama merempat di negara sendiri? Tidakkah anda rasa seperti dibangsatkan oleh kerajaan Malaysia?


edyesdotcom

UMNO...buli cina tipu melayu....awas jangan sampai terpedaya....!!!

Posted: 05 May 2011 08:10 AM PDT

Buli Cina, tipu Melayu, itulah sahaja cara Umno BN untuk terus berkuasa,..




gambar ini ada kena mengena dengan UMNO yang jadi pondan...pakat ramai ramai pondan pergi buli cina....muakakakaka....umno memang tak ada kote....!!!


Pada masa yang sama, parti itu juga terpaksa menjangkitkan wabak takut Cina ke dalam pemikiran orang-orang Melayu sebagai salah satu strategi utamanya untuk menipu orang-orang Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa...

Setelah menggunakan bermacam-macam cara untuk memeras ugut orang-orang Cina supaya menyokongnya, termasuk ancaman tidak ada lagi menteri dari kalangan kaum Cina jika kaum itu enggan mengundi Barisan Nasional (BN), sokongan orang-orang Cina terhadap parti itu tetap semakin pupus.

Akibatnya, Umno hanya mengharapkan undi orang-orang Melayu sahaja. Untuk menghasut orang-orang Melayu supaya menyokongnya, parti itu terpaksa menyebarkan wabak fobia Cina dan fobia DAP.

Itu taktik Yahudi Zionis yang digunakan oleh Amerika Syarikat yang menakut-nakutkan dunia dengan fobia Islamnya.Tidak menghairankan jika Umno khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menggunakan taktik yang sama kerana Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide adalah tempat beliau dan parti yang dikepalainya memohon petunjuk..

Dengan memainkan sentimen perkauman, Perdana Menteri mendakwa penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya menguntungkan DAP.Dengan harapan untuk memudahkan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno itu kelihatan berharap sangat agar PAS keluar dari PR.dengan berkata PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang...

Menyifatkan hasutan perkauman Najib itu sebagai keluhan orang putus asa dan terdesak.
Najib dan Umno sudah berputus asa dengan undi orang-orang Cina dan hanya mengharapkan sokongan orang Umno.Untuk memastikan Umno menang di kawasan-kawasan yang ditandinginya, racun perkauman digunakan habis-habisan untuk menghasut PAS supaya bersendirian dan bila ada pertandingan tiga penjuru di antara Umno, PAS dan PR, Najib menyangka mudahlah Umno memenangi kerusi-kerusi yang ditandinginya.

Tidak perlu aktivis politik, budak berhingus pun boleh membaca muslihat yang sangat tidak cerdik itu. Apa boleh buat, setakat itu sahaja kemampuan dan kebolehan Perdana Menteri untuk berfikir bagi memastikan partinya terus berkuasa..

Jadi kita ingin  mengingatkan orang-orang Melayu agar tidak membiarkan Umno yang membawa wabak perkauman terus menipu mereka kerana jika dibiarkan, negara ini boleh terjerumus ke dalam kehancuran akibat rusuhan kaum.

Keganasan strategi buli Cina, tipu Melayu tidak boleh terus dibiarkan.
Jika dibiarkan dan Umno terus berkuasa, rusuhan kaum mungkin tercetus dan orang-orang Melayu pula akan terus rugi dan ketinggalan kerana parti perasuah tentulah lebih mengutamakan tuan-tuannya yang terdiri dari tauke-tauke yang selama ini menjadi rakan kongsinya, bukannya orang-orang Melayu yang tidak mampu mengenyangkan perasuah..

Kita  juga mengingatkan, orang-orang Melayu juga tidak boleh membiarkan Umno terus berkuasa untuk membuli orang-orang Cina.Jika dibiarkan, orang-orang Melayu juga akan terpalit dengan imej jahat itu. Orang-orang Melayu tidak boleh membiarkan Umno mempalitkan mereka dengan imej pembuli yang jahat dan gila bermusuh...

Kita  tidak nampak kemungkinan Umno akan menghentikan agenda buli Cina dan tipu Melayu itu kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk membolehkan parti itu terus berkuasa.Umno nampaknya begitu selesa dengan strategi buli Cina, tipu Melayu itu...

SEBENARNYA WANITA ITU `DIROGOL' OLEH ANWAR ??????

Posted: 05 May 2011 07:50 AM PDT

SEBENARNYA WANITA ITU `DIROGOL' OLEH ANWAR ?




MUDAH untuk dibaca mengapa Eskay mengeluarkan perkataan ini, "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay (Malaysiakini). Kerana apa? Sebab utamanya tentulah beliau mahu mengelak dari dibicarakan di dalam kes qazaf. Lojik tak?

Sekarang ini majoriti rakyat termasuk yang Non Muslim menolak dan mentertawakan sumpah laknat Eskay. Umat Islam, termasuk beberapa tokoh ugama dan Mufti meminta isu ini diadili mengikut Islam iaitu di dalam Mahkamah Syariah berkaitan hukum Qazaf. Apa itu Qazaf? Qazaf adalah satu bentuk perundangan Islam yang mana barang siapa yang menuduh seseorang itu berzina tanpa membawa 4 orang Saksi yang adil, maka hendaklah dibicarakan di bawah kes qazaf.

Ini lah yang amat ditakuti oleh Eskay kerana Qazaf memperuntukkan 80 kali sebatan jika sabit kesalahan. Ketika sebatan dilakukan, tentunya tidak dibenarkan memakai baju besi atau kalis peluru. Justeru itu, cerita mesti diubahsuai bahawa beliau tidak menuduh Anwar berzina tetapi jelas, terang dan nyata di dalam sumpahnya beliau menyebut Anwar yang beraksi di dalam video seks berkenaan kerana beliau ada di situ. Menambahkan bukti lagi, beliau mengugut agar Anwar dan Azizah meletakkan jawatan di dalam politik sekiranya tidak mahu video seks berkenaan diedarkan.

Ada seorang teman FB saya berhujah, mengapa bukti video tidak boleh diterima di dalam kes zina ini dan mengapa perlu 4 orang saksi? Beliau memberi contoh kisah Nabi Allah Yusof AS dengan Zulaikha yang mana hanya baju koyak dijadikan bukti, tiada pun menggunakan 4 orang saksi. Inilah pertanyaan puak-puak yang sudah sebati dengan Umngok yang tidak pernah serius dengan hukum hakam Islam yang membuatkan mereka terus jahil.

Saya bukan mahir untuk menjawab hujah teman saya ini, tetapi saya katakan padanya adakah Nabi Allah Yusof dan Zulaikha itu berzina? Kisahnya secara rengkas, Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusof tetapi tidak dilayan oleh Nabi Yusof lantas ketika terdesak, Zulaikha menuduh Nabi Yusof cuba mencabul atau merogolnya. Maka, perlu apanya 4 orang saksi di dalam kes ini? Memang ketika itu apa jua bukti yang ada boleh digunakan kerana tidak melibatkan kes zina. Justeru itu, baju yang koyak di bahagian belakang Nabi Yusof dijadikan bahan bukti. Satu lagi, adakah Syariat Nabi Allah Yusof boleh digunakan di dalam Syariat Nabi Muhammad S.A.W?

Jika Eskay masih berhajat untuk mengenakan Anwar juga, patutnya beliau mengubah cerita baru yang lain iaitu wanita di dalam video berkenaan sebenarnya dirogol oleh Anwar. Jika itu ceritanya, maka terpakailah video itu untuk dijadikan bahan bukti termasuk DNA dan tidak perlu lagi 4 orang saksi. Mungkin tidak terlambat untuk Eskay mengubah cerita, cuma wanita itu kena cepat sedikit membuat laporan Polis mengatakan sebenarnya beliau dirogol oleh Anwar. Masalah kita lihat di dalam video berkenaan wanita itu melawan atau tidak, itu masalah lain janji Anwar mesti dikenakan. Tidakkah Saiful juga dikatakan `dirogol' dari belakang oleh Anwar walaupun selepas itu Saiful makan karipap dan goreng pisang? Ada orang kisah?

Fahamlah kita mengapa jalan cerita ini sentiasa berubah. Jangan pelik jika jalan cerita ini akan berubah dari zina kepada rogol pula. Sekiranya kali ini gagal juga untuk mengenakan Anwar, tidak perlu bimbang kerana Eskay telah memberitahu ada yang lain untuk didedahkan. Ada kita kisah?



WFAUZDIN NS

kerajaan najib dayus dan mandul kerana bergelumang dengan bahan fitnah lucah...!!!

Posted: 05 May 2011 07:10 AM PDT



Kerajaan Umno-Barisan Nasional disifatkan mandul dan dayus kerana membiarkan gejala fitnah dan lucah berleluasa..

Sikap berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan membendung gejala itu, merendahkan nilai dan norma masyarakat selepas 53 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Institusi agama Islam termasuk perundangan dan pihak berkuasa Malaysia diibaratkan seperti orang yang telah 'mandul' dan 'dayus' kerana tidak mampu mengambil sebarang tindakan berhubung gejala fitnah yang berleluasa.

Sebagai sebuah negara yang mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi, tindakan berdiam diri pemerintah adalah sangat memalukan. Dalam masa yang sama, undang-undang syariah diketepikan.

Ketika negara lain maju ke hadapan, Malaysia mengambil langkah mundur sehingga berada di ambang kehinaan..

Perkara ini berlaku akibat sikap pucuk pimpinan negara yang mahu menjatuhkan lawan politik mereka dengan cara yang tidak bermoral.

Segala institusi yang dibina melalui Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, dengan perkenan Yang Dipertuan Agong dimusnahkan semata-mata perbuatan sumpah laknat.
Semenjak kemerdekaan, persaingan politik tidak sehina dan sekotor begini. Gejala ini hanya muncul selepas peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tohmah dan fitnah disebar di kalangan orang Melayu-Islam sehingga menjadi 'budaya'. Ini berlaku akibat lawan politik mereka itu didapati terlalu kuat dan menjadi pilihan orang ramai untuk menjadi pemimpin.

Oleh kerana mereka telah kehabisan modal, maka digembeling seluruh jentera kerajaan, kehakiman dan media massa sebagai senjata untuk menyerang lawan.

Dengan  keadaan politik hari ini, kita tidak yakin negara mampu untuk membina generasi baru dan kepimpinan yang berwibawa.

Rumusan yang akan digunapakai oleh anak-anak muda hari ini ialah, persaingan politik mengabsahkan penggunaan politik kotor dan jijik. Sepatutnya Malaysia mencapai tahap politik yang murni jernih dan matang.

Tetapi nampaknya, ada pihak-pihak tertentu yang memang tidak mahu negara Malaysia ini, menuju ke arah itu..

ha ha ha ...bala sumpah lahanat sudah turun.....eskay putar 360 darjah salahkan wartawan pulak....,,,,!!!!

Posted: 05 May 2011 05:21 AM PDT

Eskay: Saya tidak tuduh Anwar



Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet.

Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu.

"Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini," kata Eskay.

Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman.

Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Namun sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mereka masih belum muncul untuk memberi kenyataan. -TVSnews


Eskay : Wartawan Yang Kaitkan Anwar Kepada Video

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini cuba menunding jari kepada media sebagai pihak yang merumuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh beliau sejak Mac lalu.

"Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Eskay dipanggil ke balai polis untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu yang mencetuskan kekecohan.

Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Selepas member kenyataan kepada polis, Shazryl diasak dengan pelbagai soalan oleh wartawan yang menunggu di luar balai.

Beliau menafikan membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki dalam rakaman itu, walaupun mengaku muncul dalam klip video berkenaan, lapor Malaysiakini.

"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan," katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.

Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay. -tvs



penyapu sial


Itu hari dia kata dia mencari jam yang tertinggal kemudian menjumpai kamera, sekarang dia mengatakan Pelacur itu mencuri jam.. bagaimana dia tahu Jam itu dicuri Pelacur? lkdepas itu dia mengatrakan dia tidak menuduh anwar... dan dia meletakkan beban itu kepada wartawan samaada pelakun dalam video itu samaada anwar atau pun tidak .. kemudian dia membuat sumpah laknat mengatakan dia dan Anwar ada dalam paparan video itu.. kemudian dia mengatakan bahawa dia tidak menuduh anwar berzina.....

kalau macam itu, bermaksud dia sendiri pun tidak tahu siapa dalam Video, dan mengharapkan para wartawan terpilih untuk mengenal pasti..... Jadi wartawan terpilih itu siapa?

Ini berkmaksud, segala tohmahan selama ini, hanya bergantung kepada wartawan dalam menentukan siapa pelakun dalam video itu.Jadi bagaimana pulak sumpah laknatnya itu???

Dari apa yang diperkatakan maka jelas lah bahawa ini hanya konsipirasi untuk menjatuhkan Saudara Anwar Ibrahim kerana dia sendiri pun tidak yakin yang didalam video itu saudara Anwar Ibrahim.. Bermakna dia menipu apabila mengatakan yang dia berada ditempat kejadian itu.

Lagi satu tentang kamera yang diperkatakan jelas menunjukkan bahawa dia tahu benar bahawa kamera itu dibuat di Malaysia.

disini jelas kita dapat simpulkan keiklasan keislamannya apakah dia Islam atau masih engeh dalam agama lamanya, Eshkay@Sivakumar atau Eshkay Abdullah

kementerian pelajaran UMNO lebih dasyat dari DAP.....tergamak sebar budaya barat di kalangan pelajar

Posted: 05 May 2011 05:11 AM PDT



Nampaknya Kementerian Pelajaran ni lagi teruk dari DAP. Menjahanamkan pelajar sekolah Melayu dengan tarian terkangkang-kangkang budak perempuan. Boleh pula Kementerian Pelajaran menjadi penaja atau penganjur bersama program My School Rocks 2011. Siapa yang merosakkan orang Melayu, pelajar sekolah pula tu, DAP atau Kementerian Pelajaran (UMNO) ?

Melalui Mickey Mouse, Astro dan berbagai saluran, institusi dan tokoh, Barat dan kuncu-kuncunya menyerang keperibadian dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Islam di sekolah-sekolah mereka.

Disamping Budaya Barat menyerang golongan belia dan dewasa di Malaysia melalui penyebaran isu-isu lucah sejak akhir-akhir ini, golongan kanak-kanak dan remaja pula diserang melalui penganjuran tarian rock, pengadilnya celebriti dari Barat.

Tarikh tutup pendaftaran "My School Rocks" pada 20 Mei 2011 ini adalah menggunakan promosi ala-Mickey Mouse yang mendapat tempat dalam minda ramai kanak-kanak sedunia.

Jika tidak kerajaan, RAKYAT HARUS BANGKIT MENENTANG SERANGAN BUDAYA BARAT YANG MEROSAKKAN GENERASI.


Budaya Barat serang sekolah-sekolah Malaysia



Showbiz: Which school rocks?

Tiada ulasan: